http://garapmaju.tripod.com/seleweng_duit.wmv

http://www.reuters.com/newsArticle.jhtml?storyID=8891114&type=worldNews

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=141809 

-------------------------------------------------------------------------------------------

 

            Islam amat memuliakan ahli siasah berasaskan ilmu. Mengikut 
sejarah, kemuliaan Adam a.s hingga melayakkan Baginda menjadi Nabi sekali gus 
khalifah pertama di bumi ialah ilmunya yang tinggi mengatasi makhluk lain (2:31 
dan :33). Jadi, Islam mengiktiraf politik berasaskan ilmu pengetahuan.

 

            Di sana, ada yang berpendapat bahawa orang baik itulah sebaik-baik 
pemimpin. Tetapi, kenapa Allah tidak melantik para malaikat untuk menjadi 
khalifah kerana mereka langsung tidak membuat dosa? Bahkan, malaikat sendiri 
menafikan kekhalifahan Adam dan keturunannya kerana mereka sering melakukan 
kerosakan (2:30). 

 

Namun, adakah watak yang baik, tapi tidak berilmu itu harus diberi peluang 
untuk memimpin? Allah s.w.t akhirnya mencabar para malaikat untuk menamakan 
segala benda yang wujud di dalam syurga. Malangnya dengan ketiadaan ilmu, 
mereka ini gagal sama sekali (2:32). Mereka tidak layak menjadi pemimpin. Oleh 
itu, di dalam Islam tidak semua watak yang baik itu mampu memimpin.

 

            Justeru, di mana bermulanya ‘politik wang’? Sejauh yang dikesan, 
amalan politik wang ini berasal daripada Bani Israel. Salah satu kisah yang 
dirakamkan dalam al-QurÂ’an ialah ketika perlantikan Talut (Toliath) disanggah 
oleh Bani Israel (2:247): “… dan Talut pula tidak diberikan keluasan harta 
kekayaan.”

 

            Namun, untuk memerangi penjajahan Jalut (Goliath) yang gagah 
perkasa, mereka sebenarnya tidak memerlukan seorang lelaki yang kaya. Lalu, 
Rasul mereka pun berkata: “Allah memilih Talut menjadi raja kerana dia 
mempunyai ilmu dan kekuatan tubuh.”

 

            Dari sinilah munculnya amalan ‘politik wang’. Iaitu, fahaman bahawa 
yang kaya itulah yang sebenarnya pemimpin. Kini, Yahudi di Amerika mengguna 
kuasa wang untuk melobi semua ahli Kongres. Adakah kita mahu bertolak ansur 
dengan pesalah laku politik wang ini agar mereka boleh lagi mengeksploitasikan 
wang bagi meneruskan kepimpinan?

 

            Contoh yang lain, bangsa Melayu terjebak dengan dua penyakit yang 
sukar untuk dipulihkan; ‘dadah’ dan ‘rasuah’. Dua perkara ini adalah senjata 
dalaman penjajah untuk melemahkan bangsa Melayu sebelum bermulanya era 
penjajahan.

 

            Tentang dadah, penagihnya bukanlah penjenayah tetapi pesakit yang 
memerlukan rawatan. Manakala pengedar dadah itu tidak diberikan peluang kerana 
ditakrifkan sebagai penjenayah. Hukumannya mati mandatori, hukum gantung sampai 
mati. 

 

            Tentang rasuah, demikian juga. Jika pengedar rasuah masih lagi 
berleluasa, maka sukarlah kita membanteras amalan rasuah ini. Mustahillah di 
dalam jutaan ahli Pakembar semasa muktamar agung dulu, ada ahlinya yang meminta 
agar disuapkan duit, melainkan adanya penawaran secara sulit terlebih dulu. 
Akhirnya, permintaan pun makin bertambah kerana wujudnya penawaran. Hal ini 
akan berulang dan berlanjutan.

 

            P. Ramlee (Anak Bapak) menyebut bahawa orang yang memang menyimpan 
niat menyeleweng wang ke jalan yang tidak betul serta berulangkali pula 
melakukan jenayah yang sama, wajarlah dihukum pecat. Keduanya, diputuskan 
hubungan dengan mereka ini. Sudah terbukti bersalah dalam lima daripada 
sembilan pertuduhan, kenapa tertawa lagi?

 

Sedangkan penyanyi yang terjebak dengan dadah telah menangis serta menginsafi 
keterlanjurannya dan akhirnya beliau diterima semula dalam masyarakat, mengapa 
sukar sangat meminta maaf oleh pemimpin yang terjebak rasuah? Demikianlah 
perbezaan dosa Adam dan seterunya, Iblis. Adam bertaubat, lalu taubatnya 
diterima, sedang Iblis enggan, lalu dia dilaknat hingga kiamat. Jadi, kita ini 
dipihak mana?

 

Tiada seorang manusia pun akan bebas dari dosa melainkan Nabi Isa dan ibunya 
Mariam. Bezanya, siapakah yang berdosa lalu bertaubat dan siapa berdosa tetapi 
enggan bertaubat?Hari ini seorang ayah dan ibu yang kehilangan anaknya tidak 
pernah menerima ucapan maaf daripada pihak atasan di atas kelalaian mereka. 
Namun, kita anggap mereka telah pun memaafkan orang atasan kerana tiada saman 
yang dilakukan.

 

Mungkin juga kerana mereka telah menjumpai semula anak yang telah hilang.Dan 
berat derita yang ditanggung kerana kehilangan anak ini bukan kepalang.Jika 
tidak, Allah tidak rakamkan derita Nabi Yaakob yang kehilangan anak bongsunya 
Nabi Yusuf dalam al-QurÂ’an. Ini kerana, derita kehilangan itu amat pedih hingga 
buta mata Nabi Yaakob a.s menangisi kehilangan, atau seperti butanya Kassim 
Selamat kerana kehilangan Sabariah.

 

Bangsa kita telah lama bersukaria dan lupa menangis di dunia. Dalam sukaria 
itu, mereka lupa bahawa mereka kehilangan semuanya; bahasa, maruah, dan agama 
di negara sendiri. Semuanya kerana sikap serta pendirian pihak atasan yang 
tidak jelas dengan nilai sendiri. Mereka hakikatnya bukanlah pemimpin. Ini 
kerana pemimpin yang sejati tidaklah memukat undi dengan menjala rasuah dan 
memancing simpati.

 

            Kita tidak boleh berkompromi dengan menerima semula kehadiran 
pesalah rasuah dan politik wang ke arena politik kebangsaan. Ini kerana 
reputasi negara dan bangsa akan turut terjejas di peringkat antarabangsa. 
Lagipun, berita mengenai politik wang ini sudah pun dipetik oleh agensi berita 
antarabangsa seperti Reuters dan lain-lain. 

 

Dari sudut ekonomi, apabila sesebuah negara berhadapan dengan masalah rasuah 
ini, maka pelabur asing akan turut berasa ragu-ragu untuk melabur. Jadi, 
fikirlah dengan panduan akal rasional. Hendak menyelamatkan karier politik 
individu atau ekonomi? Jika cerita buruk ini sudah sampai ke peringkat global, 
ada baiknya kita tolak saja pemimpin korup agar imej kita dipulihkan dan 
keyakinan pelabur kepada negara dikembalikan.

 

 

Ibnuamir al-Pendangi

Tunjungan School of Thought.




GARAP (Gerakan Pelajar Raya Persekutuan) adalah badan amanah pelajar Malaysia 
yang menjalankan penulisan berterusan untuk memasarkan idea pembangunan bagi 
usaha pembaharuan sosial. Untuk agenda ini, GARAP memerlukan sokongan moral & 
modal.Sumbangan dana boleh disalurkan ke Bank Islam; 2-011-02-029707-5 

 






__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



***************************************************************************
Berdikusi dg Santun & Elegan, dg Semangat Persahabatan. Menuju Indonesia yg 
Lebih Baik, in Commonality & Shared Destiny. www.ppi-india.org
***************************************************************************
__________________________________________________________________________
Mohon Perhatian:

1. Harap tdk. memposting/reply yg menyinggung SARA (kecuali sbg otokritik)
2. Pesan yg akan direply harap dihapus, kecuali yg akan dikomentari.
3. Lihat arsip sebelumnya, www.ppi-india.da.ru; 
4. Satu email perhari: [EMAIL PROTECTED]
5. No-email/web only: [EMAIL PROTECTED]
6. kembali menerima email: [EMAIL PROTECTED]
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/ppiindia/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Reply via email to