Berdebatlah mengenai fakta-fakta sejarah secara terbuka!
 
Ilmu sentiasa berkembang melalui perdebatan yang memakan tahunan masa. Salah 
satu disiplin ilmu yang mendasari segala ilmu adalah sejarah. Oleh itu, 
fakta-fakta sejarah masih ada ruang untuk diperdebatkan agar ilmu sentiasa 
berkembang. Ia akan sentiasa dicabar oleh para cendekiawan, para pemikir muda 
atau para 'mujaddid' dalam pembaharuan masyarakat kita. 
 
Misalnya, fakta kedatangan Islam di Malaysia yang dipercayai pada mulanya 
berasal dari India dan lainnya, akhirnya disangkal Buya Hamka dan Syed Muhammad 
Naquib al-Attas. Alasannya, mazhab fekah as-Shafie yang diamalkan oleh 
masyarakat Melayu menunjukkan bahawa Islam di rantau ini dikembangkan oleh para 
muballigh Arab (Jeddah dan Hadramaut). Sedangkan, amalan feqah di India dan 
lainnya bukan bermazhab Syafie. 
 
Demikian juga penelitian al-Attas ke atas Batu Bersurat Terengganu yang 
membuktikan tarikh yang tepat mengenai kedatangan Islam di Tanah Melayu. Kajian 
rasional, saintifik dan konkrit itu tidak mudah disangkal oleh generasi 
selepasnya. Ringkasnya, penjelajahan ilmu di lautan fakta amat mengasyikkan dan 
mengghairahkan minda generasi muda. 
 
Tiada apa yang perlu ditakutkan. Apatah lagi dengan kedewasaan usia negara 
mencecah 48 tahun merdeka, generasi muda kini dan masa depan sudah tentu perlu 
disedarkan mengenai hakikat sebenar mengenai asal-usul perkembangan konsep 
'kontrak sosial', 'ketuanan Melayu, dan lain-lain.
 
Insan yang takut berdebat mengenai fakta sejarah tidak sepatutnya memimpin 
sesebuah organisasi. Apatah lagi organisasi yang besar. Ini kerana, pemimpin 
perlu menghadam sirah dan mengunyah fakta-fakta peristiwa untuk diambil iktibar 
agar hal buruk yang lalu tidak diulangi. Pemimpin yang buta sejarah amat mudah 
terjebak dalam kesilapan yang sama. Ini sudah tentu merugikan agama dan bangsa. 
Al-Qur'an contohnya mengisahkan pelbagai ragam insan di sepanjang peradaban. 
 
Boleh dikatakan rakaman peristiwa perjuangan Nabi dan beberapa siri penentangan 
antara kebenaran dan kepalsuan itu akan berulang-ulang sehingga kini. Kisah 
pembunuhan pertama melibatkan Habil dan Qabil dinisbahkan kepada jenayah 
pembunuhan kini. 
 
Kisah Nabi Daud a.s yang masih kecil saat membunuh Jalut dengan batu 
dinisbahkan kepada ulangan kisah kanak-kanak Palestin yang berjuang dengan batu 
kerikil melawan juak-juak Israel kini. Sejarah ini adalah ulangan peristiwa 
lalu tetapi dilakonkan oleh watak lain dan mungkin dengan sedikit pertukaran 
watak. Demikian nasihat Buya Hamka. Itu baru cerita falsafah sejarah. 
 
Ketepikan cerita falsafah. Pertamanya, bersediakah umat menelan semua fakta 
walaupun pahit? Jika bersabar, ia tetap manis untuk dikenang. Kedua, menurut 
al-Attas, budaya ilmu hanya tercetus apabila setiap anggota masyarakat itu 
mempunyai sikap 'berani menyoal'. Yang lebih mencabar, siapa pula orang yang 
'berani menjawab' tanpa emosi melainkan rasional semata-mata? Islam Hadhari 
amat mengagungkan penguasaan ilmu. Ilmu terbina melalui siri perdebatan secara 
terbuka 'free-market of ideas'. Tepuklah dada tanyalah keikhlasan jiwa. 
 
Tidak semua perkataan 'musuh' itu palsu. Tidak semua nasihat  'kawan' itu 
benar. Sebabnya, dalam banyak sokongan, falsafah Melayu selalu mengasah 
ingatan; berhati-hatilah kerana ada 'sokong bawa rebah' seperti ampuan, bodekan 
dan lain-lain. Oleh itu, Kalau 'musuh' mempertikai siapa pejuang merdeka, 
rasanya betul juga. Kerana para pejuang merdeka bukan seorang dua. Yang 
menentang Portugis, Belanda, Jepun, Siam dan lain-lainnya mustahil ditangani 
oleh seorang sahaja melainkan dengan angkatan besar pejuang Melayu terdahulu. 
 
Umpama sirah perjuangan para anbiya memerangi kekufuran sehingga kemerdekaan 
'aqidah mengatasi syirik. Ia bermula dari zaman Nabi Adam. Kemudian, Nabi 
Ibrahim yang berulang-ulang memperjuang aqidah tauhid - millah hanif yang bukan 
syirik sehinggalah kepada Nabi Muhammad yang dibangkitkan untuk menyempurnakan 
akhlak sebagai pelengkap kepada Insan Kamil. Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasul 
terakhir tidak menafikan jasa, sumbangan dan perjuangan para Rasul sebelumnya 
melalui ikatan sabdanya. 
 
Syahadan, jika tiada saranan tarikh 31 Ogos daripada ulama seperti Haji 
Abdullah Fahim kepada Almarhum Tunku, masakan kita merdeka? Di mana fakta-fakta 
mengenai perjuangan ulama' menjelang merdeka seperti Dr. Burhanuddin al-Helmy, 
Abu Bakar al-Baqir, Hassan Adli dengan ketuanan Melayunya dan lain-lain? Hal 
ini tidak boleh didiamkan daripada generasi muda hadhari di era Islam Hadhari. 
 
Rumah tidak terbina hanya melalui tiang seri. Ada batu-bata dan lain-lain 
sistem sokongan yang utuh juga. Rumah merdeka telah pun siap dibina, namun 
paku-paku berkarat telah tertanggal kesemuanya dan pahat-pahat muda telah 
berbunyi. Serulah jurutera yang faqih sirah di pondok universiti untuk kembali 
membinanya semula. Apabila selesai, jangan pula diulang derita Taj Mahal; 
tangan arkiteknya ditanggalkan seusai pembinaannya. 
 
Hormatlah kepada cendekiawan universiti yang ingin membantu. Apabila bantuan 
ilmiah dihulur, mereka ini jangan 'dipinggirkan' dari suaka ilmu jika mereka 
terkasar sedikit dalam ucapan kata-kata. Marahnya seorang pendeta bangsa adalah 
nasihat untuk merawat keangkuhan untuk memimpin bangsa merdeka!
 
 
Ibnuamir al-Pendangi, 
Sekolah Pemikiran Tunjungan, 
Pasca-USM. 



GARAP (Gerakan Pelajar Raya Persekutuan) adalah badan amanah pelajar Malaysia 
yang menjalankan penulisan berterusan untuk memasarkan idea pembangunan bagi 
usaha pembaharuan sosial. Untuk agenda ini, GARAP memerlukan sokongan moral & 
modal.Sumbangan dana boleh disalurkan ke Bank Islam; 2-011-02-029707-5 

 






__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Give at-risk students the materials they need to succeed at DonorsChoose.org!
http://us.click.yahoo.com/Ryu7JD/LpQLAA/E2hLAA/BRUplB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

***************************************************************************
Berdikusi dg Santun & Elegan, dg Semangat Persahabatan. Menuju Indonesia yg 
Lebih Baik, in Commonality & Shared Destiny. http://www.ppi-india.org
***************************************************************************
__________________________________________________________________________
Mohon Perhatian:

1. Harap tdk. memposting/reply yg menyinggung SARA (kecuali sbg otokritik)
2. Pesan yg akan direply harap dihapus, kecuali yg akan dikomentari.
3. Reading only, http://dear.to/ppi 
4. Satu email perhari: [EMAIL PROTECTED]
5. No-email/web only: [EMAIL PROTECTED]
6. kembali menerima email: [EMAIL PROTECTED]
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/ppiindia/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke