KERIS TERNYATA MENYEBAR.
salam


--- Azwari Bustam wrote:

Salam sejahtera,   
  Saya memang amat meminati hal-hal senjata terutamanya keris.
   
  Saya pernah menerima sebilah keris dari arwah datuk saya pada 
tahun 1995. Oleh kerana kurangnya pengetahuan saya mengenai keris 
dan kepercayaan serta dongeng oleh masyarakat setempat, saya telah 
memberikan keris tersebut kepada seorang teman yang berminat pada 
tahun 2004.
   
  Seingat saya (malang sekali saya tidak mempunyai kamera masa itu), 
keris tersebut berluk 9 dapur Carang Suka. Pamornya mungkin Umbak 
Senggara atau Ujung Gunung atau kedua-dua sekali dengan ukiran Jawa 
Demam dan wrangka Tebeng. Terdapat kesan pendok yang hilang pada 
sarongnya. Telah saya tanyakan kepada 3 orang tua yang 
berpengetahuan tentang keris dan kesemuanya memberi gambaran yang 
sama iaitu seorang wanita yang berpakaian seperti penari kuda 
kepang. Setiap orang yang saya tanyakan memberikan nama yang 
berlainan (mungkin dari tafsiran pengalaman yang berbeza) yang mana 
nama-namanya adalah Puteri Sumatera Selatan, Puteri Ratu Dorowati 
dan Puteri Jendro Kuning.
   
  Pernah saya membawa keris tersebut di dalam suatu persengketaan 
dan orang yang menghadapi saya menjadi sesak nafas dan terus 
berundur. Hal ini saya ceritakan kepada seorang rakan dan dia 
meminjam keris itu dari saya kerana secara kebetulan dia pun sedang 
dalam persengketaan dengan seseorang. Rakan saya itu juga mengalami 
peristiwa yang sama dan ingin memiliki terus keris itu. Saya berikan 
dengan syarat bilamana saya memerlukan dia harus mengembalikan keris 
itu kepada saya.
   
  Setahun kemudian, rakan saya memulangkan keris tersebut kerana 
katanya semenjak menyimpan keris itu sering berlaku pergaduhan 
antara dia dengan isterinya (walhal setahu saya, jika isteri 
mendapat tahu suami curang pasti akan terjadi pergaduhan).
   
  Setelah saya berkahwin, saya menyimpan keris tersebut di tempat 
kerja kerana mertua serta isteri saya tidak setuju saya menyimpan 
keris di rumah. Pada perasaan saya sepanjang menyimpan keris 
tersebut di tempat kerja, saya tidak dimarahi oleh majikan walaupun 
kerap "curi tulang" di tempat kerja.
   
  Pada tahun 2003, datuk kepada isteri saya sakit tenat. Beliau juga 
mempunyai koleksi keris yang saya kira ada lebihkurang 20 bilah 
kesemuanya. Keris serta pusaka yang dimilikinya telah dituduh 
sebagai penyebab sakit yang dialami. Di atas desakan keluarga 
mertua, saya telah dinasihat untuk tidak memiliki perkara-perkara 
seperti keris atau apa-apa pusaka.
   
  Memang berat untuk melepaskan sesuatu yang kita suka tetapi 
masyarakat setempat dan supaya tidak dipandang serong oleh ahli 
keluarga perlu diambil kira. Kini saya masih lagi mempunyai tiga 
bilah keris "cetakan" dan beberapa senjata lain (yang bukan keris) 
sebagai koleksi dan mungkin akan mengirim gambar apabila kelapangan.
   


--- End 






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Clean water saves lives.  Help make water safe for our children.
http://us.click.yahoo.com/YNG3nB/VREMAA/E2hLAA/BRUplB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

***************************************************************************
Berdikusi dg Santun & Elegan, dg Semangat Persahabatan. Menuju Indonesia yg 
Lebih Baik, in Commonality & Shared Destiny. 
http://groups.yahoo.com/group/ppiindia
***************************************************************************
__________________________________________________________________________
Mohon Perhatian:

1. Harap tdk. memposting/reply yg menyinggung SARA (kecuali sbg otokritik)
2. Pesan yg akan direply harap dihapus, kecuali yg akan dikomentari.
3. Reading only, http://dear.to/ppi 
4. Satu email perhari: [EMAIL PROTECTED]
5. No-email/web only: [EMAIL PROTECTED]
6. kembali menerima email: [EMAIL PROTECTED]
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/ppiindia/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Reply via email to