Bukti Ke-Islaman Rasul2 Terdahulu 
  
 
              Al-Quran menjelaskan agama rasul-rasul terdahulu adalah Islam. 
Islam bermaksud tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT. Setiap rasul 
menyeru masyarakatnya ke arah mengabdikan diri kepada Allah SWT semata-mata dan 
mematuhi syariatNya yang diutuskan kepada setiap rasul ini.
   
  Setiap rasul berpegang dengan syariat yang diutuskan oleh Allah kepadanya 
yang sesuai dengan masa dan masyarakatnya. Begitulah juga nabi Muhammad SAW 
diutuskan oleh Allah bagi menegakkan aqidah nabi-nabi terdahulu dan 
melaksanakan syariat yang diutuskan kepada baginda untuk seluruh umat manusia 
sehingga berlakunya hari kiamat. 
   
  Ini bermakna syariat Muhammad SAW adalah penyudah atau pelengkap dalam 
menyempurnakan segala syariat nabi-nabi terdahulu dan sesuai dengan suasana 
manusia yang hidup di akhir zaman hinggalah ke hari Kiamat (D'day). Berdasarkan 
keterangan ini jelas menunjukan agama para rasul terdahulu adalah islam kerana 
mereka menyeru manusia ke arah ketundukkan dan kepatuhan kepada segala yang 
diperintahkan oleh Allah SWT, sebagaimana juga nabi Muhammad SAW diperintahkan 
menyeru manusia ke arah ketundukan dan kepatuhan kepada segala yang 
diperintahkan oleh Allah SWT. 
   
  Pada prinsipnya semua Rasul memeluk dan mengajar agama tauhid atau Islam. 
Sebagai contoh: 
   
  Nabi Adam as. yang diperkirakan hidup lebih kurang 930 tahun merupakan 
manusia pertama yang bergelah khalifah Allah dimuliakan dan ditinggikan 
darjatnya menjadi nabi yang pertama. Baginda diutuskan kepada anak cucunya agar 
menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Maka diantara mereka ada yang taat dan 
adapula yang membangkang. 
   
  Nabi Idris as. merupakan keturunan Nabi Sits as. diutus oleh Allah kepada 
anak cucu Qabil agar bertaubat dan menyembah Allah SWT, namun mereka terus 
menerus membangkang perintah Allah SWT. Begitu juga 
   
  Nabi Nuh as. merupakan keturunan nabi Idris as. yang diutus Allah kepada kaum 
kafir. Baginda menyeru supaya semua manusia menyembah Allah, tetapi ajakan Nabi 
Nuh ditolak, akhirnya orang-orang yang ingkar atau kafir itu tenggelam dalam 
banjir yang besar. 
   
  Nabi Hud as. adalah keturunan Yafit bin Nuh, bertempat tinggal di Hadharal 
Maut Utara. Baginda diutus Allah kepada kaum Aad kerana bangsa itu menyembah 
patung. Kemudian Nabi Nuh menyuruh mereka supaya menyembah Allah, tetapi mereka 
ingkar, akhirnya mereka menerima seksaan dengan ditimpa badai dan udara yang 
sangat dingin selama tujuh hari lapan malam. Begitu juga 
   
  Nabi Salleh as. merupakan keturunan Sam bin Nuh yang diutuskan Allah kepada 
bangsa Tsamud disebelah selatan Palastin. Kebudayaan mereka sudah tinggi tetapi 
mereka menyembah dewa dan patung, kemudian Nabi Salleh menyuruh kepada mereka 
agar menyembah Allah, sebahagia besar bangsa Tsamud menolak untuk memeluk agama 
Allah. Mereka ingkar kepada larangan Nabi Salleh. Pada hari pertama muka mereka 
berwajah kuning, hari kedua menjadi merah,hari ketiga menjadi hitam, akhirnya 
mereka disambar petir. 
   
  Nabi Ibrahim as. juga keturunan Sam bin Nuh yang diutuskan Allah kepada kaum 
Namrud di negeri Babilon lebih kurang 4000 tahun sebelum Masehi. Kaum Namrud 
menyembah berhala bahkan akhirnya Namrud menganggap dirinya sebagai Tuhan. Nabi 
Ibrahim juga menyerukan ajaran tauhid atau Islam kepada mereka namun mereka 
tetap ingkar, akhirnya Allah mendatangkan kepada mereka tentera nyamuk sebagai 
balasan, maka musnahlah kaum yang ingkar. Begitu halnya dengan Nabi Luth as. 
adalah bersaudara dengan nabi Ibrahim yang diutuskan kepada kaumnya di negeri 
Sadum, supaya kaumnya menyembah Allah SWT, namun mereka ingkar. Allah SWT 
membalas keingkaran mereka dengan dibalik bumi Sadum sehingga musnah negeri 
tersebut. 
   
  Nabi Ismail as. adalah anak Nabi Ibrahim melalui perkahwinannya dengan Siti 
Hajar. Baginda diutus kepada bangsa Arab di negeri Yaman, kerana mereka belum 
kenal dengan agama tauhid atau Islam. Mereka juga diperintahkan supaya 
berpuasa, membayar zakat dan menunaikan haji. Baginda mempunyai 12 orang anak 
lelaki yang seluruhnya disebut dengan Bani Ismail atau Adnanniyun. Dari 
keturunan inilah lahirnya suku Quraisy yang melahirkan Nabi Muhammad SAW. 
   
  Nabi Ishaq as. adalah anak kandung Nabi Ibrahim melalui perkahwinan dengan 
Siti Sarah. Baginda diutus oleh Allah di negeri Kan'an untuk menyembah Allah, 
mengajarkan tauhid, menyuruh membayar zakat, berpuasa dan menunaikan haji. Nabi 
Ishaq berkahwin dengan Rifka dan mendapat anak kembar iaitu ish dan Ya'kub. 
Nabi Ishaq wafat dalam usia 170 tahun dan dimakamkan di Baitul Maqdis daerah 
Palastin. Begitu juga dengan 
   
  Nabi Ya'kub as. diutus oleh Allah SWT di negeri Kan'an kerana penduduknya 
telah ramai menyembah berhala. Nabi Ya'kub mengajar kaumnya supaya menyembah 
Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Baginda wafat dalam usia 148 tahun dan beliau 
mempunyai 12 orang anak lelaki. 
   
  Nabi Yusuf as. anak Nabi Ya'kub as yang diutus oleh sebagai nabi kepada 
bangsa Mesir untuk mengajarkan agama tauhid iaitu agar menyembah Allah, Tuhan 
yang Maha Esa. Disampaing baginda seorang nabi ia juga seorang raja dengan 
dasar pemerintahannya adalah Islam. Beliau wafat dalam usia 120 tahun dan 
dimakamkan ditepi sungai Nil. Kemudian Nabi Ayub as. anak Amus bin Tarikh bin 
Rum bin Ish yang diutuskan oleh Allah SWT ke negeri Rom untuk mengajarkan agama 
tauhid iaitu menyembah Allah SWT. Beliau wafat dalam usia lebih kurang 93 tahun 
dan dimakamkan di suatu tempat di daerah Itali. 
   
  Nabi Zulkifli as. adalah anak Nabi Ayub as. diutus oleh Allah SWT ke negeri 
Rom. Disamping beliau seorang nabi juga seorang raja yang tetap mengajarkan 
agama tauhid iaitu supaya menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa.Beliau menyeru 
kepada kaumnya supaya meninggalkan penyembahan berhala dan melaksanakan syariat 
Islam supaya solat dan membayar zakat. Beliau wafat dalam usia 95 tahun dan 
dimakamkan di Napoli, daerah Rom Selatan. Begitu juga 
   
  Nabi Syuaib as. keturunan Nabi Luth as, diutus oleh Allah ke negeri Madyan, 
Palastin Selatan agar mengajar agama tauhid iaitu menyembah Allah SWT. membayar 
zakat dan berlaku jujur kepada kaumnya. Ramai kaumnya yang tidak beriman, 
akhirnya ditimpa bencana daripada Allah berupa gempa dan kepingan awan panas 
daripada langit. 
   
  Nabi Musa as. dan 
   
  Nabi Harun as. diutus oleh Allah SWT kepada kaumnya Bani Israil supaya 
menyembah Allah, membayar zakat, berpuasa dan berlaku jujur. Bani Israil ramai 
yang ingkar sehingga mereka menyembah patung anak sapi yang dipelopori oleh 
Samiri. Nabi Musa as. mendapat kitab Taurat daripada Allah SWT dan diberi 
mukjizat. Kemudian 
   
  Nabi Daud as.dibekalkan oleh Allah dengan kitab Zabur mengajarkan kepada 
kaumnya agar menyembah Allah dan mengerjakan ibadah puasa. Nabi Daud as. wafat 
dalam usia lebih kurang 100 tahun, lalu dimakamkan di Palastin. 
   
  Nabi Sulaiman as. adalah anak Nabi Daud as. beliau seorang nabi dan raja. 
Nabi Sulaiman berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kepadanya kerajaan yang 
tidak akan diperolehi seorangpun sesudahnya. Doa beliau dikabulkan Allah, 
sehingga beliau dapat menguasai semua makhluk termasuk jin dan binatang. Nabi 
Sulaiman mengajak semua kaumnya agar menyembah Allah dan menghindari daparipada 
mensyirikkannya. Kemudian 
   
  Nabi Ilyas as. merupakan keturunan Nabi Harun diutus Allah sebagari rasul di 
negeri Balbik di Lebanon Selatan kerana orang Balbik ramai yang telah menyembah 
berhala. Patung terbesar sembahan mereka bernama "Ba'al" dibuat dari emas. Nabi 
Ilyas as. mengajak kaumnya agar menyembah Allah SWT iaitu agama tauhid, namun 
ramai yang ingkar, sehingga kebanyakan mereka ditimpa musibah gempa yang 
dahsyat. Nabi Ilyas wafat dan dimakamkan di daerah Lebanon Selatan. 

Nabi Ilyasa' as. diutus Allah SWT kepada Bani Israil, agar mengajarkan agama 
tauhid berdasarkan kitab Taurat dan kitab Zabur. Kerana kederhakaan dan 
pembangkangan mereka terhadap Allah dan Rasul-Nya akhirnya orang-orang yahudi 
dijajah oleh raja dari Babil bernama Nebukad Nezar. Kemudian Nebekud Nezar 
dikalahkan oleh Cyrus raja dari Persia. Pada tahun 70 Sebelum Masehi raja Rom 
bernama Titus memasuki Palastin dan merosak seluruh kota Jerusalam, kecuali 
Baitul Maqdis. Begitulah bangsa Yahudi mendapat kutukan dan laknat daripada 
Allah dan Rasul-Nya sehingga bertebaranlah mereka ke seluruh pelosok, dikutuk 
dan dihina oleh bangsa-bangsa lain di dunia. 

Nabi Yunus as. keturunan Nabi ya'kub as. diutus oleh Allah kepada bangsa Ninawa 
didaerah Mansul dalam kerajaan Babil. Beliau mengajak kaumnya agar menyembah 
Allah , namun ajakan beliau ditentang bahkan diejek. Akhirnya Nabi Yunus 
meninggalkan kaumnya dan berdoa kepada Allah agar diturunkan azab kepada 
mereka. Ketika tanda-tanda azab akan turun, maka seluruh penduduk mencari nabi 
Yunus kerana ingin bertaubat, namun nabi Yunus telah meneruskan pelayarannya. 
Mereka semuanya beriman kepada Allah serta menyesal kerana melawan Rasul Allah. 
Nabi Yunus diuji Allah ketika berada didalam perut ikan Nun. Setelah kembali ke 
Ninawa dilihatnya mereka semua telah beriman, maka nabi Yunus meneruskan 
dakwahnya, sehingga negeri tersebut menjadi aman dan makmur.
   
  Nabi Zakaria as dan 
   
  Nabi Yahya as. diutus kepada bangsa Yahudi, agar mereka menyembah Allah SWT, 
berlaku jujur, adil dengan memegang petunjuk yang ada dalam kitab Allah. 
Kemudian nabi Yahya dibunuh, kepala baginda dipenggal. Begitu juga dengan Nabi 
Zakaria dibunuh ketika itu juga. Kedua nabi tersebut telah mati syahid. Begitu 
sombong bangsa Yahudi sehingga hati mereka menjadi tertutup dalam menerima 
kebenaran. Hanya seksa Allah yang sesuai bagi mereka yang ingkar. 
   
  Nabi Isa as. adalah insan yang lahir dari tubuh Maryam tanpa ayah, kemudian 
diangkat martabatnya menjadi nabi dan Rasul. Sedangkan Hawa dilahirkan dari 
tubuh Adam tanpa ibu di dalam syuga. Kemudian ditakdirkan oleh Allah SWT 
menjadi ibu dari seluruh umat manusia. Maka agar tidak keliru dalam beriman 
atau beriktikad, kita lihat firman Allah SWT maksudnya: 
    "Sesungguhnya perbandingan kejadian Nabi Isa di sisi Allah adalah sama 
seperti kejadian Nabi Adam, Allah telah menciptakan Adam dari tanah, lalu 
berfirman kepadanya: 'Jadilah engkau! maka menjadilah ia' ".
  (Surah Ali Imran ayat 59)
  Nabi Isa as. diutus oleh Allah kepada kaumnya sendiri iaitu Bani Israil di 
daerah Palastin agar tetap taat kepada Allah SWT. Belaiu diberi kitab Injil 
yang melengkapi kitab Taurat dan Zabur. Segala firman Allah yang diwahyukan 
kepada beliau ditulis oleh pengikut-pengikutnya dengan tulisan Ibrani (Hebrew 
bahasa Ibrani Yahudi).
   
  Dapatkah kita menemukan kembali kitab Injil peninggalan Nabi Isa as. itu? 
Untuk meyakinkan diri kita mari kita perhatikan ayat-ayat Allah dibawah ini: 
   
  Firman Allah SWT maksudnya: 
    "Ia menjawab: "Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan 
kepadaku Kitab Injil dan ia telah menjadikan daku seorang Nabi".
  (Surah Maryam ayat 30)
  Firman Allah SWT maksudnya: 
    "Dan sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembahlah kamu 
akan Dia, inilah jalan yang betul atau lurus". 
  (Surah Maryam ayat 36)
  Ayat-ayat diatas membuktikan dengan jelas bahawa Nabi Isa as. hanyalah 
seorang nabi dan Rasul bukanlah sebagai anak Tuhan seperti yang didakwakan 
sesetengah pengikutnya. Kitab Injil yang asal dengan tegas dan jelas menyuruh 
para pengikutnya agar menyembah Allah semata tidak menyekutukannya dengan yang 
lain. Namun kebanyakan pengikut nabi Isa telah merubah Kitab Injil yang asli 
itu menurut selera mereka sendiri, maka lahirlah beratus-ratus kitab Injil 
bahkan beribu-ribu jumlahnya. 
   
  Kerana terlalu keras tentangan kaumnya terhadap ajaran tauhid, bahkan beliau 
diancam akan dibunuh, maka nabi isa dibawa hijrah oleh bondanya ke negeri Mesir 
selama 12 tahun. Kemudian berpindah lagi ke negeri Nazaret daerah Palastin. Di 
negeri ini beliau mulai ada pengikut yang membenarkan ajarannya iaitu 
Mengesakan Allah SWT. 
   
  Di antara orang-orang Yahudi tersiar berita nabi Isa yang mempunyai ibu tanpa 
bapa itu sudah ditangkap oleh Yudas Iskariot, lalu diserahkan kepada penguasa 
Romawi, kemudian disalib di bukit Golgota. Ada pula yang berkata bukan Isa yang 
ditangkap tetapi Yudas kerana dia berkhianat. Sebahagian orang meyakinkan diri 
berkata bahawa bukan Nabi Isa, bukan Yudas tetapi orang lain yang serupa dengan 
benar dengan beliau. Nabi Isa sendiri selamat dari bencana malapetaka dunia. 
Sesungguhnya Allah telah mengangkatnya ke atas langit. 
   
  Memang banyak sekali pendapat manusia bahkan antara satu dengan yang lainnya 
bertentangan. Maka sebaiknya beriman sesuai dengan ketentuan didalam Al Quran. 
Firman Allah maksudnya: 
    "Demi sesungguhnya, telah kafirlah orang-orang yang berkata; bahawasanya 
Allah ialah Al Masih Ibni Maryam. 
  Padahal Al Masih sendiri berkata: 
    'Wahai Bani Israil, sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya 
sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya 
Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka; dan 
tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim.'
  Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah 
ialah salah satu dari tiga tuhan. 
  Padahal tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH Yang Maha Esa. 
  Dan jika tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu 
orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak 
terperi sakitnya". 
  (Surah Al Maidah ayat 72-73)
  Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada tahun 571 Masehi melalui perkahwinan Aminah 
dengan Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim. Baginda adalah keturunan Nabi 
Ismail as. bin Nabi Ibrahim as. Nabi Muhammad SAW adalah insan termulia 
melebihi tingkat dan darjat dari seluruh nabi-nabi dan umat manusia, bahkan 
seluruh makhluk-makhluk Allah SWT. Sebab itu Rasulullah (Nabi Muhammad SAW) 
bergelar "Rahmatan Lil 'Alamin". ertinya "Rahmat bagi seluruh alam". 
   
  Rasulullah diberi kitab Al Quran, diutus oleh Allah untuk seluruh bangsa di 
dunia ini. Seperti nabi-nabi atau rasul-rasul Allah terdahulu bagindapun 
mengajar dan menyeru manusia supaya menyembah Allah. Nabi Muhammad SAW adalah 
penutup dari sekalian nabi dan rasul, jadi agama Allah yang diwahyukan semenjak 
nabi Adam secara bertahap-tahap lagi teratur dilengkapi dan disempurnakan Allah 
pada kenabian Muhammad SAW. Sebab itu tidak akan ada lagi nabi dan wahyu 
sesudah baginda. 
   
  Bahkan dalam kitab-kitab yang sebelumnya menyatakan tentang kelahiran Nabi 
Muhammad SAW sebagai rasul yang terakhir. Dalam hal ini Nabi Isa as. sendiri 
menjelaskan kepada kaumnya tentang akan munculnya seorang nabi terakhir 
sesudahnya. Di dalam Al Quran dijelaskan ungkapan Nabi Isa as tersebut sebagai 
berikut. 
  Firman Allah SWT maksudnya: 
    "Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika nabi Isa Ibni Maryam berkata: 
    'Wahai Bani Israil sesungguhnya aku ini pesuruh Allah kepada kamu, 
mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab taurat dan 
memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang 
kemudian daripadaku bernama Ahmad.'
  Maka tatkala ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas 
nyata, mereka berkata: 
    'ini ialah sihir yang jelas nyata'.". 
  (Surah As Saaf ayat 6)
  Firman Allah SWT lagi maksudnya: 
    "Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa 
yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul 
Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha 
Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu". 
  (Surah Al Ahzab ayat, 40)



 Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]

Reply via email to