Salam Pramuka dan Pengakap!
Seperti kalian sedia maklum, hubungan dua tetangga antara Malaysia dan 
Indonesia beberapa minggu ini menjadi tidak stabil kerana beberapa isu yang 
berkaitan antara dua negara serumpun ini. Jika masalah ini tidak ditangani 
dengan bijak oleh pemerintah kedua-dua negara, dua negara yang saling perlu 
memerlukan antara satu sama lain akan kembali pada zaman Kofrantasi dahulu. 
Sudah tentu kita rakyat antara kedua-dua negara tidak mahu perkara silam ini 
berulang. Oleh itu, sebagai pergerakan yang mana mengatasi batas sempadan 
negara dan melangkaui politik negara masing-masing, dan mementingkan keamanan 
diperingkat global, saya sebagai seorang ahli biasa didalam Pengakap Malaysia 
menyeru agar setiap anggota Pramuka dan Pengakap memainkan peranan sebagai agen 
keamanan diantara kedua-dua negara. Sebarkan kepada dunia bahawa Pramuka dan 
Pengakap tidak pernah bermusuhan, apatah lagi berkofrantasi. Kita tunjukkan 
kepada warga negara masing-masing bahawa Indonesia dan Malaysia saling perlu 
memerlukan antara satu sama lain. Kita sampaikan mesej kepada warganegara 
masing-masing bahawa sebarang masalah antara kedua-dua negara mampu 
diselesaikan secara berhikmah dan baik. Kita harus memainkan peranan bahawa 
Indonesia dan Malaysia adalah serumpun, seagama, sebangsa, dan sebarang 
kofrantasi antara dua `beradik' ini hanya membawa keburukan. Sebagai pergerakan 
yang antara tujuan dan sebab penubuhannya adalah menyebarkan keamanan, kita 
harus memainkan peranan ini.

Dan cara paling sesuai ialah dengan mengadakan aktiviti yang melibatkan Pramuka 
dan Pengakap. Jambori, Jota dan Joti harus diadakan untuk menyampaikan mesej 
ini kepada dunia. Jika setiap dari jutaan ahli Pramuka dan sejuta ahli Pengakap 
memainkan peranan ini, nescaya dunia dan warganegara masing-masing mampu 
melihat keupayaan pergerakan kepanduan sebagai penyebar dan agen keamanan dunia.

Ayuh Pramuka dan Pengakap, MAINKAN PERANANMU!




Nota kaki:
Mesej ini adalah pandangan peribadi, dan bukannya pandangan Persekutuan 
Pengakap Malaysia

Kirim email ke