Salam


Ini lah lambang PDRM..


http://galeripdrm.blogspot.com/2010/04/tahukah-anda-lencana-integriti.html


Polis Melayu Cina.. India.. Singh.. Tak kira Islam/Kafir.. semua pakai lencana 
yang sama.. ketika masuk tandas.. ketika menindas orang2 yang lemah / tidak 
melawan..

http://www.youtube.com/watch?v=K3643d-6-_g


“Bersabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Siapa yg merasa pernah berbuat 
aniaya kepada saudaranya, baik berupa 
kehormatan badan, harta atau lainnya, hendaknya segera meminta halal 
(maaf)nya sekarang juga sebelum datang suatu hari yg tiada harta, dinar 
atau dirham, jika ia punya amal shalih, maka akan diambil menurut 
penganiayaannya, dan jika tidak mempunyai hasanat (kebaikan), maka 
diambilkan dari kejahatan orang yg dianiaya utk ditanggungkan 
kepadanya.” (HR. Bukhari, Muslim).

http://edukasi.kompasiana.com/2010/09/14/3-syarat-minta-maaf-yg-afdol/


[9.66] Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana 
sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan 
sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang 
lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah. 

[9.67] Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan 
setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang 
jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam 
tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan 
perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. 
Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik. 

[9.68] Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki dan perempuan serta 
orang-orang kafir dengan neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah 
neraka itu menjadi balasan mereka; dan Allah melaknatkan mereka, dan bagi 
mereka azab seksa yang kekal. 


WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
( http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ )


________________________________
 From: Syed Zainal Abidin Al Attas <syedalat...@yahoo.com.my>
Subject: Re: [chainz_of_frenz] Mulakan 2012 dengan secangkir darah – Oleh Izmil 
Amri
 

  
ni satu contoh kartun yg 'kurang ajar' bila adanya kalimah suci...

kalau nak sampaikan mesej apapun, kalimah tu jaga baik2la zunar..silap2 jadi 
bahan ketawa utk non-muslim bila nampak kalimah mcm tu dengan mesej yang 
keterlaluan yg kau lukiskan...

agak agak la zunar...

 
Syed Azman Zainal Abidin Al Attas


Tel: 013 261 9195
014 622 3325


________________________________
 From: roslan mohd <mohros...@gmail.com>
Subject: [chainz_of_frenz] Mulakan 2012 dengan secangkir darah – Oleh Izmil Amri
 

  





5 JANUARI – Aku ini penggemar kopi. Aroma kopi awal pagi (atau lewat petang, 
bergantung pukul berapa 
bangun tidur) adalah cara mudah untuk buka luas kelopak mata. Ada mazhab lain 
yang lebih cenderung ke bilik mandi dan basuh muka, atau yang 
lebih gemar minuman coklat; tetapi tidak aku. Kopi, itu yang aku mahu. 
Itu ritual piawai bila bangun tidur. Ritual bila ada kemampuan untuk 
beli kopi.
Awal pagi 1 Januari, tidak ada kopi. Jam 3.30 pagi, Eekmal talipon. 
“Hilman kena tangkap,” kata Eekmal. Lima minit sebelumnya aku sudah baca di 
garis masa Twitter. “Safwan Anang nazak dibelasah polis.” Demikian 
propaganda mahasiswa meraih simpati Twitterjaya supaya datang berhimpun 
di Tanjung Malim awal pagi buta kerana katanya polis sudah menggila 
sepak terajang anak mahasiswa.
Safwan, ketika aku sampai tidak berada di sekitar UPSI. Sudah dibawa 
ke hospital katanya dengan ambulan. Dipanggil ambulan itu kerana polis 
yang baik hati telah mencabut kunci kereta yang mahu digunakan untuk 
menghantar mahasiswa malang itu ke hospital. Kereta anak mahasiswa 
malang yang itu pula diserang dan cermin depannya cuba dipecahkan. Bukti 
bergambar menunjukkan demikian.
Safwan, peneraju BEBAS, organisasi mahasiswa yang akhir-akhir ini 
mendesak hebat pemansuhan AUKU dan kebebasan akademik, tidak sedar diri 
untuk waktu yang panjang akibat usaha polis untuk menahan beliau. 
Giginya patah, mata kirinya terkatup dek kerana mukanya ditumbuk, punya 
kesukaran bernafas kerana didakwa telah diinjak oleh sepatu pihak 
keselamatan. Safwan tidak melawan. Tiada daya, pastinya. Dia hanya anak 
mahasiswa yang kecil molek. Suaranya juga lembut dan punya peribadi 
menjaga tutur kata.
Safwan, ketika akhirnya membuka mata dan mampu bersuara bertanya 
lembut kepada yang dikeliling katil hospital, “Kawan-kawan yang lain di 
mana? Mereka okay?” Hek eleh, kau tu mata pun tak boleh bukak. Gigi pun 
patah, kau risau diri kau lah. “Tak apa, saya okay. Kawan-kawan macam 
mana?”
Si Hilman yang popular dengan kes UKM4-nya tenang-tenang di Balai 
Polis Tanjung Malim. Uniknya balai ini, letaknya hanya sepelaung dari 
pintu utama UPSI, bersebelahan dengan masjid. Hilman disumbat masuk ke 
lokap banjir, bau mengalahkan longkang. Selayaknya mungkin bagi seorang 
pejuang hak asasi mahasiswa, biarpun kini sudah graduasi.
Hakikatnya mudah, polis telah berkasar dengan mahasiswa, dan ada 
antaranya yang cedera teruk. Awal pagi 1 Januari 2012 disambut dengan 
secangkir darah anak muda mahasiswa.
Jadi kenapa harus sampai disepak terajang dan dilayan macam haiwan? 
Keselamatan siapa yang mahu dijaga sampai perlu pijak henyak mahasiswa?
Tak cukupkah yang kerajaan bagi?
Soal kebebasan akademik adalah soal nasional. Ini bukan soal sentimen atau soal 
romantisme pasca syarah umum Fahmi Reza. Sungguh, 
syarah-syarah itu telah memberi inspirasi tentang kehidupan sebelum ada 
AUKU; kehidupan kampus yang lebih terbuka, kritis dan berani.
AUKU, sebagai suatu aparat menambat mahasiswa di meja studi adalah 
kezaliman yang membodohkan. Justeru lahirlah sekelompok besar graduan 
universiti yang selesa dan redha membayar hutang pengajian sambil 
tersenyum tanpa rasa bersalah apabila dengar cerita suami menteri serta 
anak pinaknya kaya raya dapat pinjaman mudah kerajaan untuk ternak 
lembu. Bagi kelompok ini, dengan langkah begitu, orang Melayu akan 
tambah maju.
Kenapa mahasiswa beriya mahu hapus AUKU? Apa tidak cukup ruang diberi kerajaan 
untuk belajar dan timba ilmu? Tidak cukup kemudahan 
infrastruktur di kampus? Tidak cukup kedai makan disubsidi untuk 
kenyangkan mahasiswa? Di mana yang anak mahasiswa ini semua pedih sangat dengan 
AUKU dan soal kebebasan akademik?
Mari aku tunjukkan di mana pedihnya anak mahasiswa sampai sanggup 
buat kerja gila baring atas jalan depan UPSI sampai perlu dileraikan 
dengan kekerasan polis. Sifir dalam cerita ini sangat mudah, segalanya 
bermula dengan masalah-masalah dalam negara yang berpokok pangkal kepada partai 
pemerintah, United Malays National Organisation. Di sinilah 
puncanya bagaimana pergulatan mahasiswa akhirnya terkait politik 
kepartaian.
Ramai yang tidak nampak, mari sini aku cerahkan
Kita mulakan dari Tanjung Malim, di bumi tumpahnya darah anak 
mahasiswa pada pagi tahun baru 2012, di depan pagar Universiti 
Pendidikan Sultan Idris. Nama manja UPSI ini, ramai tidak tahu; 
termasuklah aku. Selain namanya yang berbunyi seolah baru tersedar 
melakukan kesalahan itu, UPSI dikenal sebagai ‘Suluh Budiman’.
Sekitar 1957, si Suluh Budiman inilah yang bertanggungjawab 
melahirkan segolongan intelek Melayu nasionalis guna mengisi ruang 
kemerdekaan. Antara lain, nama-nama besar yang lahir dari Tanjung Malim 
termasuklah Senu Abdul Rahman, Embong Yahya, Syed Nasir Ismail, Ibrahim 
Yaakob, Abdul Rahman Talib dan Abdul Ghafar Baba.
Nama-nama lain dalam bidang sastera budaya antara lain Haji Buyung 
Adil, Harun Aminurrashid, Abdullah Sidek, Shahrom Hussein, Awang Had 
Salleh dan ramai lagi. UPSI adalah kilang tenaga pendidik anak bangsa, 
pengisi kemerdekaan.
Tidak perlu hairan kenapa mereka kritis dan responsif. Mahasiswa 
melihat masalah-masalah negara hasilan kebobrokan UMNO dan Barisan 
Nasional. Mahasiswa tahu bahawa masalah-masalah ini lahir daripada 
kebijakan UMNO yang gagal. Justeru membuaklah rasa di dada untuk 
menyuarakan kritik-kritik itu.
Malang bagi mahasiswa, ada pula satu malaon bernama AUKU yang menutup mulut 
mereka ini. AUKU ini tidak memberi izin untuk menyatakan simpati 
kepada idea puak-puak yang tidak bersetuju dengan pemerintah. Maka 
dilawanlah malaon yang satu ini di awal pagi Januari 2012.
Malang lagi bagi anak mahasiswa, AUKU ini kerja buat pemerintah yang 
mahu kekal kuasa, kerana katanya mahu kekalkan ketuanan dan 
kepemimpinan. Maka dikerahlah sekalian aparat keselamatan untuk 
menyelamatkan si pemerintah daripada desakan anak mahasiswa.
Tambah malang, aparat keselamatan ini pula tidak selalunya cerdik. 
Kita sudah digemparkan dengan pengakuan seorang pegawai FRU yang 
menyatakan bahawa dia tidak tahu bangunan yang sedang ditembaknya dengan meriam 
air pada 9 Julai tahun lalu ialah Hospital Tung Shin, padahal 
tembakan dihalakan tepat ke papan tanda yang tertulis besar ‘Hospital 
Tung Shin’.
Mahasiswa melawan akar masalah
Malang bertimpa-timpa. Maka disepak terajang sekalian mahasiswa, 
malah dituduh pula kemudiannya bahawa si mahasiswa cedera kerana 
perbuatan sendiri. Mungkin kerana dulu ada seorang perdana menteri yang 
menuduh lawannya yang juga mantan timbalannya menumbuk muka sendiri 
dalam penjara hingga pecah mata dan lebam teruk.
Maka apa nak dihairankan apabila mahasiswa akhirnya melawan akar 
masalah, yakni regim kerajaan pimpinan United Malays National 
Organisation, dan dilihat memihak kepada mana-mana kelompok yang turut 
sama menentang organisasi etnosentrik ini.
Rasa macam darah pukul kepala? Pening? Sakit dada? Itu sebabnya 
jangan mulakan hari dengan secangkir darah mahasiswa. Cari kopi panas, 
itu lebih baik.
Mana aku letak cawan kopi aku tadi? 




Polis didesak sisasat keganasan polis di UPSI
Sekumpulan aktivis mahasiswa telah membuat laporan polis terhadap 
insiden keganasan polis di perhimpunan aman di luar perkarangan 
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim di ambang tahun baru 
2012. 
Kumpulan mahasiswa BEBAS yang diwakili oleh Haziq Abdul Aziz membuat 
laporan polis tersebut di IPD Dang Wangi jam 2 petang semalam.
Dalam laporan itu, mahasiswa mendesak polis agar membuat siasatan 
secara bebas dan terbuka terhadap dakwaan insiden-insiden keganasan 
melampau yang digunakan terhadap peserta perhimpunan aman.
Antaranya insiden pembelasahan Safwan Anang oleh pihak polis sehingga terpaksa 
mendapatkan rawatan hospital, dan juga dakwaan bahawa ramai 
demostran turut dibelasah polis seperti disepak, dipijak dan disembam 
muka mereka di atas jalan raya.
Seorang jurucakap kumpulan mahasiswa berkenaan berkata bahawa janji 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menjunjung demokrasi dan 
hak asasi adalah satu penipuan kerana kerajaan Malaysia pada 1990 telah 
menerima Prinsip Asas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Terhadap 
Penggunaan Kekerasan dan Senjata Api yang menyekat kekerasan polis.
“Mahasiswa tiada apa-apa senjata. Hanya ada suara, suara itu menuntut kebebasan 
akademik, namun dipukul, dipijak dan dihalang daripada 
mendapat rawatan perubatan mahu pun guaman,” kata jurucakap itu.
Menurutnya, ia jelas merupakan satu kesalahan berunsur jenayah yang 
harus disiasat secara adil dan individu-individu yang bersalah harus 
dihadapkan ke mahkamah.



Tragedi UPSI: Bukti UMNO-BN pinggirkan mahasiswa
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang 
bertindak zalim terhadap mahasiswa dan menuntut agar Datuk Seri Najib 
Razak campur tangan segera terhadap tragedi UPSI untuk membuktikan 
ketelusan Perdana Menteri dalam Program Transformasi Negara.
Ketua Parlimen DAP Lim Kita Siang berkata, apa yang berlaku terhadap 
pelajar adalah akibat keganasan pihak polis dan ia tidak patut berlaku 
kerana cara terbaik menanganinya ialah melalui pentadbiran universiti.
“Kejadian pada ambang tahun baru itu sangat dikesali, malah Perdana 
Menteri sendiri patut menunjukkan keperihatinannya supaya kejadian 
seperti itu tidak berulang lagi,” katanya pada sidang media di sini 
semalam.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur menjelaskan, mahasiswa 
sekarang mahukan  kebebasan akademik dan kebebasan berfikir dengan 
mansuhnya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Dalam masa sama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, 
Majlis Pimpinan Pakatan kesal dan mengutuk sikap keras kerajaan Barisan 
Nasional terhadap tragedi tersebut.
“(Malah, menyesal) dengan sikap beberapa universiti yang mengongkong 
pemikiran, yang menghalang wacana bebas bertentangan dengan semangat 
pendidikan dan tradisi akliah dan ilmu,” katanya.
Beliau yang juga Ketua Umum PKR, isu yang menyentuh kedudukan 
mahasiswa dan anak muda adalah antara yang akan dibincangkan selain 
beberapa penambahan isu pokok bagi manifesto Pakatan untuk pilihan raya 
ke-13.
Konvensyen Pakatan Rakyat ketiga yang bertemakan “Bersihkan Malaysia” akan 
diadakan di Alor Setar pada 14 dan 15 Januari ini.


Polis tidak tunjukkan bukti penuh insiden di UPSI, kata peguam Safwan
Oleh Mohd Farhan Darwis
January 05, 2012
Safwan Anang (dalam kerusi ronda) keluar dari balai polis dengan peguam-nya 
selepas membuat report polis. — Foto oleh Jack OoiKUALA LUMPUR, 5 Dis — Polis 
tidak menunjukkan bukti penuh insiden demonstrasi di Universiti Pendidikan 
Sultan Idris (UPSI) malam tahun baru lalu, 
menurut peguam yang mewakili Muhammad Safwan Anang, pemimpin mahasiswa 
yang mengalami kecederaan dalam insiden pertempuran polis dan mahasiswa 
tersebut. 
Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi (gambar) yang mewakili  Pengerusi Gerakan Menuntut 
Kebebasan Akademik (Bebas) 
itu mendakwa rakaman yang disiarkan polis di kaca televisyen adalah 
rakaman sebelum insiden pertempuran, dan pihak berkuasa berkenaan tidak 
menyiarkan rakaman penuh insiden tersebut.
“Kami dapati pihak polis tidak menunjukkan video penuh dalam kejadian di UPSI 
tempoh hari. Apa yang ditayangkan adalah video sebelum insiden 
tersebut, mereka tidak mengeluarkan rakaman semasa kejadian itu berlaku.
“Sehubungan itu, kami akan mengemukakan video tersebut yang mempunyai bukti 
kekasaran pihak berkuasa terhadap mahasiswa,” tegasnya di Ibu 
Pejabat Polis Dang Wangi selepas Safwan selesai membuat laporan polis 
atas dakwaan pihak polis menggunakan kekasaran terhadapnya.
Dalam laporan polis yang dibuatnya, Safwan mendakwa dia telah 
ditumbuk di bahagian kiri mukanya, dan disepak menggunakan lutut yang 
mengakibatkan kecederaan di bibir, dan patah beberapa batang gigi serta 
turut tidak sedarkan diri selama lebih kurang sejam dalam insiden 
tersebut.
“Ketika demonstrasi itu, anggota polis beberapa orang polis yang 
berpakaian preman yang memakai vest polis menyerbu kami dan menarik saya ke 
arah lain secara paksa dan kasar.
“Saya telah ditumbuk dengan kuat di bahagian muka kiri yang mana 
hasil daripada tumbukan tersebut, bibir sebelah kiri dan mulut saya 
pecah dan berdarah.
“Kemudiannya saya ditundukkan dan di dihentak menggunakan lutut di 
bahagian rusuk kanan, akibat daripada itu, saya mengalami sesak nafas 
dan tidak sedarkan diri,” jelas Safwan yang berkerusi roda ketika hadir 
di balai polis.
Menurutnya lagi, dia turut cam anggota polis yang telah memukulnya melalui 
rakaman video yang berada di dalam simpanannya.
Kenyataan Safwan itu turut disokong melalui laporan kesihatan yang dikeluarkan 
doktor yang merawatnya.
Dalam kejadian di UPSI malam tahun baru itu, seramai 60 mahasiswa 
daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut 
Kebebasan Akademik (Bebas) telah melakukan demonstrasi membantah Akta 
Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Kumpulan terbabit telah bertempur dengan anggota keselamatan selepas 
dipercayai ingkar arahan bersurai dan hasil daripada kejadian tersebut, 
17 daripada telah ditahan dan dua termasuk Safwan mengalami kecederaan.
=============================================================================================

----- Forwarded Message -----
From: roslan mohd <mohros...@gmail.com>
Subject: [Idaman_Group] SUNNAH WAL RASUAH
 


http://www.youtube.com/watch?v=8Gxa4TkYNxg




NOTA

perdebatan antara sunnah 
dengan sunnah wal rasuah

sila tonton dan hayati
untuk pencerahan kita semua

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Reply via email to