http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_06.htm
Indonesia dilanda ribut, 14 maut


Anggota polis dan pasukan menyelamat mengangkat pokok yang tumbang ke atas 
beberapa kenderaan di Jalan Dharmawangsa IV, Jakarta ekoran ribut dan hujan 
lebat minggu lalu. - Agensi 

--------------------------------------------------------------------------------


JAKARTA 29 Jan. - Jumlah korban akibat ribut serta hujan lebat yang melanda 
Indonesia minggu lalu meningkat kepada 14 orang, lapor pihak berkuasa, hari ini.

Lebih 2,300 buah rumah di 35 daerah dan bandar termasuk pulau peranginan 
terkenal Bali musnah akibat ribut berserta hujan lebat yang berterusan selama 
empat hari.

"Jumlah korban meningkat kepada 14 orang, manakala 60 cedera.

"Kesemua mangsa maut akibat dihempap pokok-pokok tumbang," kata jurucakap 
Pengurusan Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho.

Ribut itu dibawa oleh Siklon Tropika Iggy di Lautan Hindi, iaitu di selatan 
Bali dan berhampiran kepulauan Nusa Tenggara.

"Namun siklon itu semakin lemah dan bergerak meninggalkan Indonesia," jelas 
Sutopo.

Pada minggu lalu, akhbar Jakarta Globe melaporkan, sebuah feri membawa lebih 
200 penumpang termasuk lima warga Australia yang menuju ke kepulauan Gili 
hampir karam selepas dipukul ombak besar setinggi tiga meter.

Tiada kematian dilaporkan dalam kejadian tersebut. - AFP


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke