Salam



Hukum oral seks suami isteri adalah najis.. Mani itu suci.. TETAPI MAZI itu 
najis.. Siapakah yang mampu menahan mazinya..


http://www.scribd.com/doc/18121363/Seks-Oral-Menurut-Islam-Wacana-wwwsuamiistericom
 ( Ustaz Zaharuddin - Oral Seks Menurut Islam )
Mufti Saudi Arabia bagian Selatan, Asy-Syaikh Al`Allamah Ahmad bin Yahya 
An-Najmi berpenapat bahwa isapan istri terhadap kemaluan suaminya (oral seks) 
adalah haram dikarenakan kemaluannya itu bisa memancarkan cairan 
(madzi). Para ulama telah bersepakat bahwa madzi adalah najis. Jika ia 
masuk kedalam mulutnya dan tertelan sampai ke perut maka akan dapat 
menyebabkan penyakit.  

http://www.eramuslim.com/ustadz-menjawab/berjima-secara-oral.htm 

http://www.youtube.com/watch?v=Yg5EfFlsso0( Ustaz Azhar Idrus - Hukum Paksa 
Isteri Seks Oral )

http://www.youtube.com/watch?v=yxb2VLSdUc0&feature=related( Ustaz Azhar Idrus - 
Hukum Liwat Isteri? )

WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
( http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ )


======================================================================

From: roslan mohd <mohros...@gmail.com>
Sent: Monday, January 16, 2012 5:03 PM
Subject: [Idaman_Group] Kegatalan antara dubur dan zakar disebabkan seks oral
 

  
SAYA 
lelaki berusia 22 tahun dan mendirikan rumah tangga enam bulan lalu. 
Sejak kebelakangan ini saya mengalami kegatalan pada zakar iaitu 
kegatalan dalaman (bukan pada kulit). Kadangkala kegatalan itu terasa di antara 
dubur dan buah zakar.

Apakah punca masalah terbabit dan adakah ia membawa apa-apa penyakit kelamin 
atau kuman? 

Adakah ia boleh memudaratkan isteri saya, lebih-lebih lagi dia kini 
mengandung. Adakah kemungkinan ia disebabkan oleh onani atau seks oral 
isteri? 

MIROL
Sibu, Sarawak 


Perasaan gatal yang dialami dalam salur kencing mungkin mempunyai 
kaitan dengan jangkitan penyakit kelamin memandangkan perkara ini tidak 
pernah berlaku ketika anda belum berkahwin. 


Anda menyatakan anda dan pasangan mengamalkan seks oral. 


Kemungkinan kegatalan yang dialami disebabkan oleh jangkitan, kerana 
jangkitan boleh berlaku kepada mukosa salur kencing anda akibat seks 
oral yang dilakukan pasangan anda berikutan jangkitan kuman daripada 
mulut. 


Jangkitan sebegini jarang memberi apa-apa kesan kecuali perasaan 
gatal dalam salur kencing. Jarang kegatalan itu membuatkan mukosa salur 
kencing menjadi radang dan menghasilkan lelehan atau ‘urethral 
discharge’. 


Jika keadaan ini dibiarkan saja dan kebetulan pula, memang 
benar-benar ada jangkitan, ia akan menular ke faraj dan jika ketara, 
boleh mengancam kehamilan isteri anda. 


Saya cadangkan anda menggunakan kondom ketika bersetubuh dengan pasangan selagi 
masalah ini tidak selesai. 


Anda boleh berjumpa doktor untuk menjalani ujian air kencing dan 
darah. Jika ada keradangan salur kencing, air kencing akan mengandungi 
sel nanah. 


Ujian darah boleh dilakukan saudara untuk mengesan jika ada kuman 
atau kuman virus dalam sistem saudara. Jika ada dan jenis kuman terbabit dapat 
dikenal pasti, maka ubat sewajarnya akan diberi doktor untuk 
mengatasi masalah berkenaan. 


Segeralah berjumpa dengan doktor untuk menjalani pemeriksaan supaya masalah 
sebenar dapat dikesan.
========================================================================
========================================================================

http://qalamcikgu.blogspot.com/2010/12/hukum-liwat-memasukkan-zakar-ke-dubur.html

Hukum Liwat & Memasukkan Zakar Ke Dubur Isteri Oleh Ustaz Nor Amin



Salam ustaz. Saya nak tanya soalan yang agak peribadi sedikit. Wajibkah 
seorang isteri menurut kehendak suaminya yg mahu si isteri belajar dan 
selalu menonton video lucah sedangkan dia tahu itu adalah haram. 
Alasannya ialah hanya untuk belajar. Ia berkenaan dengan melakukan 
hubungan suami isteri melalui jalan belakang dan di luar tabie. 
Pertengkaran selalu berlaku hanya kerana si isteri berasa amat berdosa 
setiap kali melakukannya. Perlukah si isteri mengubah pendiriannya untuk 
menyelamatkan perkahwinan tersebut?

Jawapan

Perkahwinan merupakan satu kurniaan Allah kepada hambanya, perkahwinan 
juga banyak hikmahnya, seperti terhindar dari zina, dapat mendorong 
nafsu kearah yang halal, terhindar dari penyakit, merapatkan hubungan 
silaturahim dan sebagainya. Perkahwinan mestilah dilayari dengan 
tanggungjawab atau kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh pasangan, 
supaya perkahwinan mereka menjadi lebih barakah dan bahagia selamanya. 
Perkahwinan juga perlu bersandarkan kepada agama Islam, kerana Islam 
sahaja yang mampu atau dapat memberikan kebahgiaan kepada pasangan 
tersebut.


Tidak Wajib Isteri Mentaati Suami Atas Perkara Yang Mungkar

Isteri wajib 
mentaati perintah suami selagimana perintah suami itu tidak bercanggah 
dengan prinsip dan undang-undang Islam. Contohnya suami menyuruh isteri 
mencuri dengan tujuan untuk membantu suami menampung perbelanjaan dapur, isteri 
tidak wajib mengikuti perintah suami tersebut yang menyuruhnya 
mencuri, malah isteri wajib menegur suaminya supaya bertaubat dan 
mengatakan bahawa perbuatan mencuri itu adalah salah di sisi Islam. 
Begitulah persoalan yang ditanyakan di atas bahawa hukum suami menyuruh 
isteri menonton filem lucah dengan alasan belajar cara berjimak adalah 
dosa dan haram bagi isteri yang mentaati perintah suami tersebut, kerana 
perintah itu jelas perbuatan dosa dan melanggar perintah Allah. Firman 
Allah yang bermaksud :

“Tolong menolonglah kamu atas perbuatan baik dan taqwa dan janganlah kamu 
tolong menolong atas perbuatan keji dan dosa”.

Dosa besar bagi 
sesiapa yang menonton filem lucah, kerana Islam melarang umatnya 
menonton aurat orang lain, apatah lagi filem tersebut dapat 
membangkitkan syahwat orang yang menontonnya. Filem ini juga dapat 
menyumbangkan perlakuan maksiat dikalangan orang yang melihatnya. Salah 
bagi suami isteri yang melihat untuk mempelajari teknik atau adegan seks dari 
filem tersebut, kerana teknik seks yang ditayangkan dalam filem 
tersebut banyak bercanggah dengan Islam seperti liwat, tukar-tukar 
pasangan, seks berkumpulan, seks oral dan sebagainya. Lihat lebih lanjut 
perbahasan melihat filem lucah ini di sini.

Islam mempunyai 
cara melakukan seks yang baik dan telah diajar oleh Nabi Muhammad saw 
dengan memberikan kenikmatan, penuh adab, kelembutan, belaian dan tanpa 
mengecewakan kepada pasangan masing-masing. Banyak buku-buku di pasaran 
yang boleh anda baca dan pelajari cara seks yang diajar oleh Islam.

Hukum Liwat Isteri

Meliwat Isteri atau memasukkan zakar ke dubur isteri adalah haram. Banyak dalil 
dari Al-Quran dan Hadis yang menyatakan hukum meliwat isteri ini. Hadis 
Rasulullah saw yang bermaksud :

“Berjimaklah melalui depan atau melalui belakang. Jauhi dari memasukkan zakar 
ke dalam dubur dan berjimak semasa haid.” (Riwayat An-Nasai)

Jelas di dalam 
hadis di atas bahawa Islam sangat melarang umatnya melakukan hubungan 
seks melalui lubang dubur isterinya, kerana perbuatan ini adalah 
perbuatan luar tabi'e dan sangat dibenci oleh Allah. Tidak menjadi 
masalah bagi pasangan suami isteri yang melakukan hubungan seks dengan 
berbagai-bagai posisi atau teknik, tetapi ia mesti halakan zakarnya ke 
lubang faraj isterinya. Ini bertepatan dengan Hadis Rasulullah yang 
bermaksud :

“Tidak kiralah dia berjimak dalam keadaan berdiri , duduk atau meniarap (suami 
menindih perempuan yang meniarap dilantai) selagi tempat masuk zakar 
adalah faraj.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Isteri itu adalah seperti ladang yang luas, bercucuk tanamlah suami diladang 
tersebut 
dengan benda-benda yang baik, supaya suami tersebut memperolehi hasilnya nanti. 
Jelas bahawa isteri itu adalah tempat suami bersuka dan berkasih sayang, ini 
juga merupakan amanah Allah kepada suami supaya dapat 
dimanfaatkan dengan baik dan tidak sesekali mensia-siakan isteri dengan 
cara mengabaikan mereka. Firman Allah yang bermaksud :

“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah 
kebun 
tanaman kamu menurut cara Yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal 
Yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta 
ketahuilah Sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) 
dan berilah khabar gembira Wahai Muhammad) kepada orang-orang Yang 
beriman.” (Al-Baqarah : 223)

Hukum bagi suami 
yang meliwat isterinya ialah dosa besar dan Allah akan melaknat suami 
yang meliwat isterinya. Pasangan yang telah melakukan liwat akan ditarik oleh 
Allah akan nikmat jimak di faraj sama sekali dan ia akan sentiasa 
terus suka melakukan hubungan seks di jalan dubur isterinya. Mereka yang suka 
meliwat akan ditutup pintu hatinya dan mereka terus suka melakukan seks liwat 
dengan lebih teruk lagi. Mereka juga akan mudah dijangkiti 
dengan penyakit AIDS, penyakit kelamin dan sebagainya, kerana perbuatan 
liwat ini adalah sangat jijik dan kotor dengan memasukkan zakar ke dubur yang 
jelas jalan tersebut adalah saluran najis. Firman Allah yang 
bermaksud :

“Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi Lut tatkata ia berkata kepada kaumnya: 
"Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan Yang keji, Yang tidak pernah 
dilakukan oleh seorangpun dari penduduk alam ini sebelum kamu.” (Al-Ankabut : 
28)

Lagi dalil dari Hadis Rasulullah yang bermaksud :

“Allah melaknat siapa yang berbuat dengan perbuatannya kaum Luth”. (Riwayat 
Ahmad)

Pasangan yang 
telah melakukan perbuatan terkutuk dan perbuatan yang sangat dilaknat 
Allah ini, maka kembalilah kepangkal jalan dan bertaubatlah kepada 
Allah. Jadikan agama Islam sebagai cara hidup dan sebagai rujukan dalam 
semua aspek kehidupan, jauhkanlah dari menonton filem lucah, kerana 
musuh Islam itu sentiasa akan berusaha menyesatkan umat Islam. Allah 
Maha pengampun dan Maha Penerima Taubat. Jalanilah kehidupan berkeluarga dengan 
penuh keharmonian dan penghormatan di antara satu sama lain. 
Mudah-mudahan keluarga anda semua memperolehi keberkatan dan kebahgiaan 
dari Allah.

Peranan Isteri

Isteri wajib 
menolak permintaan suaminya untuk mengadakan hubungan liwat, kerana 
Islam tidak sama sekali meredhoi benda yang haram walaupun pasangan 
suami isteri. Isteri juga wajib menegur atau menasihati suaminya yang 
mempunyai keinginan seks luar tabi’i itu. Ini tidak dinamakan sebagai 
isteri yang derhaka, kerana isteri telah melakukan amal makruf dan nahi 
mungkar dalam rumahtangga mereka.

Kalau suami 
ingkar dan marah sehingga sering terjadinya pergaduhan di dalam 
rumahtangga mereka, maka si isteri boleh membuat aduan ke Jabatan Agama 
Islam berdekatan tentang masalah keinginan seks suaminya yang jelas 
haram. Pihak jabatan agama akan terus mengambil tindakan kepada suami 
dengan cara memberikan kaunseling dan tindakan yang sepatutnya.
========================================================================

http://www.eramuslim.com/ustadz-menjawab/berjima-secara-oral.htm


Hukum Oral Seks


Ada beberapa pertanyaan yang masuk ke rubrik kita ini tentang 
permasalahan yang sama yaitu Hukum Oral Seks Menurut Islam dan untuk 
mewakilinya saya mencoba mengambil dua contoh pertanyaan diatas. Semoga 
Allah swt memberikan kemudahan kepada saya untuk membahasnya dan 
senantiasa mencurahkan ilmu-Nya kepada kita semua.


Hubungan seksual antara pasangan suami istri bukanlah hal yang 
terlarang untuk dibicarakan didalam islam namun bukan pula hal yang 
dibebaskan sedemikian rupa bak layaknya seekor hewan yang berhubungan 
dengan sesamanya.


Islam adalah agama fitrah yang sangat memperhatikan masalah 
seksualitas karena ini adalah kebutuhan setiap manusia, sebagaimana 
firman Allah swt,”Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu 
bercocok tanam, Maka datangilah tanah tempat bercocok-tanammu itu 
bagaimana saja kamu kehendaki. dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk 
dirimu, dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa kamu kelak 
akan menemui-Nya. dan berilah kabar gembira orang-orang yang beriman.” 
(QS. Al Baqoroh : 223)


Ayat diatas menunjukkan betapa islam memandang seks sebagai sesuatu 
yang moderat sebagaimana karakteristik dari islam itu sendiri. Ia 
tidaklah dilepas begitu saja sehingga manusia bisa berbuat 
sebebas-bebasnya dan juga tidak diperketat sedemikian rupa sehingga 
menjadi suatu pekerjaan yang membosankan.


Hubungan seks yang baik dan benar, yang tidak melanggar syariat 
selain merupakan puncak keharmonisan suami istri serta penguat perasaan 
cinta dan kasih sayang diantara mereka berdua maka ia juga termasuk 
suatu ibadah disisi Allah swt, sebagaimana sabda Rasulullah saw,”..dan 
bersetubuh dengan istri juga sedekah. Mereka bertanya,’Wahai Rasulullah, apakah 
jika diantara kami menyalurkan hasrat biologisnya (bersetubuh) 
juga mendapat pahala?’ Beliau menjawab,’Bukankah jika ia menyalurkan 
pada yang haram itu berdosa?, maka demikian pula apabila ia menyalurkan 
pada yang halal, maka ia juga akan mendapatkan pahala.” (HR. Muslim)


Diantara variasi seksual yang sering dibicarakan para seksolog adalah oral 
seks, yaitu adanya kontak seksual antara kemaluan dan mulut 
(lidah) pasangannya. Tentunya ada bermacam-macam oral seks ini, dari 
mulai menyentuh, mencium hingga menelan kemaluan pasangannya kedalam 
mulutnya.


Hal yang tidak bisa dihindari ketika seorang ingin melakukan oral 
seks terhadap pasangannya adalah melihat dan menyentuh kemaluan 
pasangannya. Dalam hal ini para ulama dari madzhab yang empat bersepakat 
diperbolehkan bagi suami untuk melihat seluruh tubuh istrinya hingga 
kemaluannya karena kemaluan adalah pusat kenikmatan. Akan tetapi setiap 
dari mereka berdua dimakruhkan melihat kemaluan pasangannya terlebih 
lagi bagian dalamnya tanpa suatu keperluan, sebagaimana diriwayatkan 
dari Aisyah yang mengatakan,”Aku tidak pernah melihat kemaluannya saw 
dan beliau saw tidak pernah memperlihatkannya kepadaku.” (al Fiqhul 
Islami wa Adillatuhu juz IV hal 2650)


Seorang suami berhak menikmati istrinya, khususnya bagaimana dia 
menikmati berjima’  dengannya dan seluruh bagian tubuh istrinya dengan 
suatu kenikmatan atau menguasai tubuh dan jiwanya yang menjadi haknya 
untuk dinikmati maka telah terjadi perbedaan pendapat diantara para 
ulama kami, karena tujuan dari berjima’ tidaklah sampai kecuali dengan 
hal yang demikian. (Bada’iush Shona’i juz VI hal 157 - 159, Maktabah 
Syamilah)


Setiap pasangan suami istri yang diikat dengan pernikahan yang sah 
didalam berjima’ diperbolehkan untuk saling melihat setiap bagian dari 
tubuh pasangannya hingga kemaluannya. Adapun hadits yang menyebutkan 
bahwa siapa yang melihat kemaluan (istrinya) akan menjadi buta adalah 
hadits munkar tidak ada landasannya. (asy Syarhul Kabir Lisy Syeikh ad 
Durdir juz II hal 215, Maktabah Syamilah)


Dibolehkan bagi setiap pasangan suami istri untuk saling melihat 
seluruh tubuh dari pasangannya serta menyentuhnya hingga kemaluannya 
sebagaimana diriwayatkan dari Bahz bin Hakim dari ayahnya dari kakeknya 
berkata,” Aku bertanya,’Wahai Rasulullah aurat-aurat kami mana yang 
tutup dan mana yang kami biarkan? Beliau bersabda,’Jagalah aurat kamu 
kecuali terhadap istrimu dan budak perempuanmu.” (HR. tirmidzi, dia 
berkata,”Ini hadits Hasan Shohih.”) Karena kemaluan boleh untuk 
dinikmati maka ia boleh pula dilihat dan disentuhnya seperti bagian 
tubuh yang lainnya.


Dan dimakruhkan untuk melihat kemaluannya sebagaimana hadits yang 
diriwayatkan Aisyah yang berkata,”Aku tidak pernah melihat kemaluan 
Rasulullah saw.” (HR. Ibnu Majah) dalam lafazh yang lain, Aisyah 
menyebutkan : Aku tidak melihat kemaluan Rasulullah saw dan beliau saw 
tidak memperlihatkannya kepadaku.”


Didalam riwayat Ja’far bin Muhammad tentang perempuan yang duduk 
dihadapan suaminya, di dalam rumahnya dengan menampakkan auratnya yang 
hanya mengenakan pakaian tipis, Imam Ahmad mengatakan,”Tidak mengapa.” 
(al Mughni juz XV hal 79, maktabah Syamilah)


Oral seks yang merupakan bagian dari suatu aktivitas seksual ini, 
menurut Prof DR Ali Al Jumu’ah dan Dr Sabri Abdur Rauf (Ahli Fiqih Univ 
Al Azhar) boleh dilakukan oleh pasangan suami istri selama hal itu 
memang dibutuhkan untuk menghadirkan kepuasan mereka berdua dalam 
berhubungan. Terlebih lagi jika hanya dengan itu ia merasakan kepuasan 
ketimbang ia terjatuh didalam perzinahan. 

Meskipun banyak seksolog yang menempatkan oral seks ini kedalam kategori
 permainan seks yang aman berbeda dengan anal seks selama betul-betul 
dijamin kebersihan dan kesehatannya, baik mulut ataupun kemaluannya. 
Akan tetapi kemungkinan untuk terjangkitnya berbagai penyakit manakala 
tidak ekstra hati-hati didalam menjaga kebersihannya sangatlah besar.


Hal itu dikarenakan yang keluar dari kemaluan adalah madzi dan mani. 
Madzi  adalah cairan berwarna putih dan halus yang keluar dari kemaluan 
ketika adanya ketegangan syahwat, hukumnya najis. Sedangkan mani adalah 
cairan kental memancar yang keluar dari kemaluan ketika syahwatnya 
memuncak, hukumnya menurut para ulama madzhab Hanafi dan Maliki adalah 
najis sedangkan menurut para ulama Syafi’i dan Hambali adalah suci.


Mufti Saudi Arabia bagian Selatan, Asy-Syaikh Al`Allamah Ahmad bin 
Yahya An-Najmi berpenapat bahwa isapan istri terhadap kemaluan suaminya 
(oral seks) adalah haram dikarenakan kemaluannya itu bisa memancarkan 
cairan (madzi). Para ulama telah bersepakat bahwa madzi adalah najis. 
Jika ia masuk kedalam mulutnya dan tertelan sampai ke perut maka akan 
dapat menyebabkan penyakit. 



Adapun Syeikh Yusuf al Qaradhawi memberikan fatwa bahwa oral seks selama tidak 
menelan madzi yang keluar dari kemaluan pasangannya maka ia 
adalah makruh dikarenakan hal yang demikian adalah salah satu bentuk 
kezhaliman (diluar kewajaran dalam berhubungan).


Berhubungan disaat Haidh

Allah swt berfirman,”Mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah:
 "Haidh itu adalah suatu kotoran". oleh sebab itu hendaklah kamu 
menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh; dan janganlah kamu mendekati
 mereka, sebelum mereka suci. apabila mereka telah Suci, Maka campurilah
 mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. 



Sesungguhnya 
Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang 
mensucikan diri.” (QS. Al BAqoroh : 222)


Ayat diatas telah menyebutkan bahwa haidh adalah kotoran yang keluar 
dari kemaluan perempuan dan diminta kepada para suami yang mendapati 
istrinya sedang dalam keadaan haidh untuk tidak menyetubuhinya hingga ia suci 
dari haidhnya.


Jumhur ulama berpendapat bahwa diharamkan bagi suami menyetubuhi 
(memasukkan penis kedalam vagina) istrinya yang sedang dalam keadaan 
haidh dan bersenang-senang dengan bagian tubuh yang ada diantara pusar 
dan lutut, sebagaimana firman Allah swt,” Oleh sebab itu hendaklah kamu 
menjauhkan diri dari wanita diwaktu haidh.”


Dibolehkan bagi suami yang mendapati istrinya sedang dalam keadaan 
haidh untuk menikmati bagian tubuh yang ada diatas pusar. Dikarenakan 
jika ia bersenang-senang dengan bagian yang dibawah pusar maka hal itu 
sangat mungkin mendorong kepada terjadinya wath’u (masuknya penis 
kedalam vagina) dan ini diharamkan sebagaiman sabda Rasulullah saw,”Maka 
barangsiapa yang mengitari daerah larangan maka dikhawatirkan ia akan 
jatuh kedalamnya.”  (HR. Bukhori Muslim)


Adapun tentang kafarat jika terjadi wath’u yang dilakukan suami 
terhadap istrinya maka terdapat perbedaan pendapat dikalangan para ulama :


1.      Para ulama madzhab Maliki, Hanafi dan Syafi’i dalam pendapatnya yang 
baru adalah tidak ada kafarat namun diwajibkan baginya untuk istighfar 
dan bertaubat.
2.      Para ulama Hambali, riwayat yang paling benar dari mereka, 
berpendapat wajib baginya membayar kafarat dia boleh memilih dengan 
membayar 1 dinar (seharga 3,25 gr emas, pen) atau ½ dinar. Kafarat ini 
tidak diwajibkan bagi yang memang tidak mempunyai sesuatu untuk 
membayarnya.
3.      Para ulama madzhab Syafi’i berpendapat barangsiapa menggaulinya 
diawal keluarnya darah maka ia harus bersedekah dengan 1 dinar sedangkan 
baangsiapa yang menggaulinya diakhir keluarnya darah maka ia bersedekah dengan 
½ dinar.
(al Fiqhul islami wa Adillatuhu juz I hal 627 – 630)


Bertaubat dari Zina


Perzinahan merupakan perbuatan yang sangat buruk dan pelakunya 
diancam dosa besar oleh Allah swt, firman-Nya,”Dan janganlah kamu 
mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. 
dan suatu jalan yang buruk.” (QS. Al Israa : 32) Hal itu dikarenakan 
terlalu banyaknya efek yang ditimbulkan dari perzinahan, baik efek 
psikologi, sosial maupun moral.

Untuk itu Islam menetapkan suatu hukuman yang berat bagi seorang 
pezina dengan cambukan seratus kali dan diasingkan bagi mereka yang 
belum menikah serta dirajam bagi mereka yang telah menikah, sebagaimana 
beberapa dalil berikut ini :


1.      “Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, Maka deralah 
tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas 
kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, 
jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah 
(pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang 
beriman.” (QS. An Nuur : 2)
2.      Dari Abu Hurairoh ra bahwasanya Rasulullah saw pernah memberikan 
hukuman kepada orang yang berzina (belum menikah) dengan hukuman dibuang 
(diasingkan) satu tahun dan pukulan seratus kali.” (HR. Bukhori)
3.      Rasulullah saw menanyakan kepada seorang laki-laki yang mengaku 
berzina,”Apakah engkau seorang muhshon (sudah menikah)? Orang itu 
menjawab,’Ya’. Kemudian Nabi bersabda lagi,’Bawalah orang ini dan 
rajamlah.” (HR Bukhori Muslim)
Namun Allah swt adalah Maha Penerima taubat dari setiap hamba-Nya 
yang mau bertaubat dari segala perbuatan maksiatnya. Untuk itu yang 
harus dilakukan oleh mereka yang telah jatuh kedalam perbuatan zina ini 
dan menginginkan kembali ke jalan Allah swt, adalah :


1.      Taubat Nashuha


Tidak ada hal terbaik yang harus dilakukan bagi seorang yang 
melakukan dosa kepada Allah swt kecuali taubat yang sebenar-benarnya. 
Taubat yang dibarengi dengan penyesalan dan tekad kuat untuk tidak 
mengulangi perbuatan tersebut.


Firman Allah swt,”Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada 
Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). 
Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan 
memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai." 
(QS. At Tahrim : 8)


Disebutkan didalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim 
bahwa ada seorang wanita hamil dari Juhainah mengaku telah berzina 
dihadapan Rasulullah saw maka ia dirajam setelah melahirkan bayinya itu. Pada 
saat itu Umar ra mengatakan,”Apakah engkau menshalati jenazahnya 
ya Rasulullah saw padahal ia telah berzina?’ beliau saw menjawab,’Dia 
telah bertaubat dengan suatu taubat yang andaikan taubatnya 
dibagi-bagikan kepada tujuh puluh penduduk Madinah, tentu akan mencukupi mereka 
semua. Apakah engkau mendapatkan sesuatu yang lebih baik dari 
kerelaannya untuk menyerahkan dirinya kepada Allah.”


Jadi tidak ada kata terlambat dan putus asa bagi seorang yang masih 
mengimani Allah swt sebagai Tuhannya untuk kembali kejalan-Nya, 
memperbaiki segala kesalahannya dan menggantinya dengan berbagai 
perbuatan yang baik.


2.      Tidak membuka aibnya kepada orang lain


Dengan tidak memungkin bagi setiap pelaku zina untuk dicambuk atau 
dirajam pada saat ini dikarenakan tidak diterapkannya hukum islam maka 
sudah seharusnya semua menutupi aibnya itu dan tidak menceritakannya 
kepada siapa pun. Dengan ini mudah-mudahan Allah swt juga menutupi aib 
dan kesalahannya ini.


Bahwasanya Nabi saw bersabda,”Setiap umatku mendapat pemaafan kecuali orang 
yang menceritakan (aibnya sendiri). Sesungguhnya diantara 
perbuatan menceritakan aib sendiri adalah seorang yang melakukan suatu 
perbuatan (dosa) di malam hari dan sudah ditutupi oleh Allah swt 
kemudian dipagi harinya dia sendiri membuka apa yang ditutupi Allah 
itu.” (HR. Bukhori dan Muslim)


3.      Beribadah dan beramal dengan sungguh-sungguh


Firman Allah swt,”Dan orang-orang yang tidak menyembah Tuhan yang 
lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah 
(membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, 
barang siapa yang melakukan yang demikian itu, niscaya Dia mendapat 
(pembalasan) dosa(nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari 
kiamat dan Dia akan kekal dalam azab itu, dalam Keadaan terhina, 
kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; 
Maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. dan adalah 
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al Furqon : 68 – 70)


Amal sholeh yang dilakukan haruslah sungguh-sunguh dan tidak 
asal-asalan agar bisa menutupi dosa besar yang telah dilakukannya. Amal 
sholeh tersebut juga sebagai bukti masih adanya iman didalam dirinya. 
Keimanan yang menggerakkannya untuk beramal sholeh ini yang kemudian 
menjadikan Allah swt menutupi dosa dan keburukannya. Bahkan tidak hanya 
itu, Allah swt menutup ayat itu dengan menyebutkan ‘dan adalah Allah 
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang’


Tips Mendapatkan Keturunan


Permasalahan seseorang mempunyai keturunan atau tidak maka itu semua 
adalah hak Allah swt dengan segala hikmah dan keadilan-Nya serta jauh 
dari berbuat zhalim terhadap hamba-hamba-Nya kecuali manusia lah yang 
menzhalimi diri mereka sendiri Firman Allah swt,”Dia menganugerahkan 
kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada siapa) yang dikehendaki-Nya, dan 
Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia 
Maha mengetahui lagi Maha Kuasa.” (QS. Asy Syuro : 50)


Allah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu yang terjadi di alam ini, 
jika Dia berkehendak atas segala sesuatu maka itu akan terjadi dan jika 
Dia tidak berkehendak atas segala sesuatu maka itu tidak akan terjadi. 
Dia memberikan kepada siapa yang Dia kehendaki dan menahan pemberian 
kepada siapa yang Dia kehendaki. Ketika Dia memberikan sesuatu maka 
tidak ada yang bisa menahannya dan jika Dia menahan sesuatu maka tidak 
ada yang bisa memberikannya.


Tidak disangsikan lagi adanya anak-anak adalah sebuah rezeki dan 
karunia Allah swt yang menjadi dambaan setiap pasangan suami istri untuk 
meneruskan nasab dan keturunannya. Tapi sayang, tidak jarang dari para 
orang tua yang menyia-nyiakan rezeki yang berharga ini sehingga justru 
membawa petakan bagi mereka, tidak cuma di dunia namun juga diakherat. 
Firman Allah swt,”Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis 
kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, 
anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezki dari yang baik-baik. Maka 
Mengapakah mereka beriman kepada yang bathil dan mengingkari nikmat 
Allah ?" (QS. An Nahl : 72)


Namun demikian bagi mereka yang belum mendapatkan keturunan tidak 
boleh berputus asa dan berprasangka buruk terhadap Allah swt. Mereka 
tetap dianjurkan untuk selalu berikhtiyar, baik melalui upaya-upaya 
medis atau dengan semakin mendekatkan dirinya kepada Allah swt melalui 
banyak berdoa dan beristighfar serta menyedikitkan kemaksiatan 
terhadap-Nya, sebagaimana firman-Nya,”Maka aku katakan kepada mereka: 
'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, -sesungguhnya Dia adalah Maha 
Pengampun-, Nniscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, 
Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan Mengadakan untukmu 
kebun-kebun dan Mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” 
(QS. Nuh : 12)


Ayat ini memberikan petunjuk kepada setiap orang yang ingin 
mendapatkan banyak rezeki—termasuk anak-anak—dari Allah swt adalah 
dengan memperbanyak istighfar dan bertaubat dari segala kemaksiatan dan 
dosa. Dikarenakan dosa dan maksiat yang dilakukan akan bisa menghambat 
rezeki yang akan diturunkan Allah kepadanya, sebagaimana sabda 
Rasulullah saw,”Sesungguhnya seorang hamba ditahan dari mendapatkan 
rezeki dikarenakan dosa yang dibuatnya.” (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)
========================================================================
========================================================================

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke