Salam

UMNO menuduh Anwar Ibrahim ajen Yahudi.. Padahal UMNO masih berurusniaga dengan 
Yahudi.. Dan APCO masih lagi Penasihat UMNO/BN...

Mahathir juga menuduh Anwar sahabat Yahudi.. Padahal Mahathir berkonspirasi 
dengan Yahudi dalam banyak hal..


UMNO menuduh DAP menetang hudud.. Padahal MCA LEBIH GERUNkan HUDUD dari DAP...

UMNO menuduh DAP Kafir Harbi.. Padahal MCA juga KAFIR Harbi..( 
http://www.youtube.com/watch?v=VuLEVp_zNjc)

[9.67] Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan 
setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang 
jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam 
tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan 
perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. 
Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik. 

[9.68] Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki dan perempuan serta 
orang-orang kafir dengan neraka Jahannam,mereka kekal di dalamnya. Cukuplah 
neraka itu menjadi balasan mereka; dan Allah melaknatkan mereka, dan bagi 
mereka azab seksa yang kekal. 


WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
( http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ )

======================================================================
From: dsj <dsjkama...@gmail.com>
Subject: [chainz_of_frenz] SEMASA:BUKTI VIDEO, KAPAL ISRAEL DI PELABUHAN KLANG
 

  
Jingga 13: Bukti video, kapal Israel di Pelabuhan 
Klang 

 2:20PM Feb 20, 
2012 
 
NGO mesra PKR, Jingga 13, hari ini membekalkan bukti menunjukkan kapal-kapal 
yang dimiliki sebuah syarikat yang didakwa dikuasai oleh kerajaan Israel 
mempunyai akses bebas ke Westport, Pelabuhan Klang.

Mendedahkan dokumen dari Jabatan Kastam, Wesport dan 
syarikat Zim Integrated Shipping Services Ltd, Jingga 13 berkata kapal, Zim 
Atlantic, yang berlabuh di Pelabuhan Klang pada 16 Februari lalu datang secara 
langsung dari pelabuhan Ashdod di Israel.

"Dagangan ini menyumbang kepada 
ekonomi Israel, dan kami percaya bahawa Malaysia telah menyumbang wang yang 
digunakan untuk membeli peluru yang membunuh rakyat Palestin," kata ketua 
penyelaras Jingga 13 Fariz Musa.
-- 

 
Your kind understanding upon receipt is much appreciates.
Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain 
(Hadis riwayat Al-Qudhi) 
….Nothing in life is to be feared..it is only to be understood….
Don’t be afraid to give up the good to go for the great!!!!
ஜ  ஜ"You are not responsible for what people think about you. 
But you are responsible for what you give them to think about you"
 Declaration
Setiap Penulisan,Nukilan maupun sebarang Article Yang Diposting Ke Laman 
sesawang ini,Ianya hanyalah Sebagai Bahan Bacaan Sahaja.Pengirim Tidak 
Samasekali Terniat Walaupun Sebesar Hama Untuk Mempengaruhi Hati Maupun 
Perasaan Pembaca. Dan Ianya Juga Tiada Kaitan Samasekali Samada Yang Masih 
Hidup Maupun Yang Telah Mati.
Sekian dimaklumkan
Pengirim article
======================================================================
From: http://groups.yahoo.com/group/al-Falaah/message/21304

Malaysia Pembela dan Penyumbang Ekonomi
Israel.
Posted on Friday, December 16 @ 18:07:21
PST 
Dilulus untuk paparan oleh danialrazali 
 Oleh: amanlegend

" 

 Jangan terpedaya, ada dalam pasaran negara
Kurma jenama Jordan River. Jika anda
membeli Kurma ini ia umpama berbuka puasa dengan darah dan
air mata anak Palestin.



Kurma ini didapati berasal dari Israel.
Dibawa masuk ke beberapa buah negara seperti Afrika Selatan
dan Singapura dan kemudian dibungkus semula sebelum dibawa
masuk ke beberapa negara Islam seperti Malaysia.


Dalam satu sisi regim UMNO ini memunculkan imej anti
Israel dan pro Palestin. Malah Regim ini pula
mewajahkan lawan politik dalam negara sebagai agen Amerika dan
perbagai imej seolah anti Islam. Namun sedarkah kita dalam
wajah yang lain Malaysia ialah antara negara Umat Islam yang
dipimpin olehpemimpin munafik yang menjadi
rakan dagang penyumbang kepada ekonomi Israel.


Dahulu sememangnya Malaysia ada satu undang –
undang yang dipanggil Akta Larangan Perdagangan yang
menghalang sebarang hubungan dagang langsung dan tidak
langsung dengan dua buah negara iaitu Israel dan
Afrika Selatan kerana dasar Apartheid.


Namun sebaik sahaja dasar Apartheid di Afrika
Selatan ‘runtuh’ maka pada tahun 1994 dibawah
kabinet Dr. Mahathir dasar kerajaan telah
diubah dengan meluluskan pindaan Akta Larangan Import
(pindaan bil.7) yang bukan sahaja menarik balik
sekatan larangan dagang dengan Afrika Selatan tetapi
kesempatan diambil untuk jalin hubungan dagang dengan Israel.


Sejak itu Malaysia menjadi antara rakan
dagang utama dan penyumbang kekuatan ekonomi kepada negara
haram Israel ketika kebanyakan negara memboikot
Israel.


Di Perpustakaan MITI dengan
jelas banyak terdapat bahan untuk promosi produk Israel
seperti majalah Israel-Asia Trade, Israel
Review, bukuAdvantage Israel, Trade
Policies Review (Israel), Advance
Technology From Israel, Opportunity Israel, The
Economics of Israel, Douanes (Buku
kod tarif perdagangan Israel) dan beberapa lagi.
 
 
di atas ialah bukti jelas bergambar bahan –
bahan rujukan berkaitanperdagangan Malaysia –
Israel yang terdapat di perpustakaan
MITIdi Kuala Lumpur.
Oleh itu kita tidak hairan, jika Dr. Mahathir
membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah syarikat Yahudi, Satchi
& Satchi untuk membantunya merangka strategi
pilihanraya umum 1986, Najib hari ini
mengunakan Apco Worldwide untuk persediaan
Pilihanraya ke-13.
Micha Harish, Israel Minister
of Industry & Trade dalam Israel-Asia Chamber of
Commerce pernah menulis kata-kata aluan yang
dipetik dalam satu makalah promosi perdagangan Israel seperti
berikut,


The public declaration of the Malaysian
Prime Minister and Minister of
International Trade and Industrial that their
country intends to pursue economic relations with Israel is
another milestone in the development of trade with this
continent.


Micha Harish
menggambarkan bahawa Perdana Menteri Malaysia telah
menyatakan hasrat dengan kementeriannya, Kementerian
Dagangan Antarabangsa dan Industri bahawa Malaysia ingin
mewujudkan hubungan ekonomi dengan negara Israel.


Benarkah kenyataan ini?
Sekiranya tidak benar, Perdana Menteri harus menafikan
kenyataan Micha Harish ini.


Persoalan hubungan dagang inilah yang
menyebabkan YB Er Teck Hwadiarah keluar
oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Seri
Panglima Pandikar Amin Haji Mulia apabila YB
Er Teck Hwa terus meminta penjelasan dan jawapan Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Dato’
Seri Mustapha Mohamed yang enggan menjawap
persoalan ini ketika berucap dalam Dewan Rakyat.


Dimaklumkan Speaker telah mengarahkan
bentara secara fizikal menarik dan menolak Er Teck Hwa
keluar dari dewan kerana ketegasan beliau menuntut
respon dari Menteri yang bertanggungjawab.


Kejadian ini seharusnya diangkat dalam
media dan menjadi catatan sejarah penting dimana
membuktikan betapa munafiknya negara ini.
Dalam satu wajah kita mengajak rakyat bersimpati
terhadap perjuangan dan penderitaan Palestin tetapi
dalam satu wajah yang lain kita membantu ekonomi
negara haram Israel.


Satu lagi rekod yang perlu ditandakan
hari ini ialah perjuangan pembebasan Palestin ini sudah
melangkaui agama dan bangsa. Er Teck Hwa bukan Islam
bangkit perkara ini dalam dewan malangnya mana suara
ahli parlimen Islam lain khususnya dari Umno ?


Memerangi Israel wajib
ke ke atas semua kerana kezaliman mereka. Lebih lagi
kita umat Islam ia ialah perang pembebasan kiblat
pertama Umat Islam. Kita tidak mampu untuk
memikul senjata memerangi tentera Israel tetapi percaya
dan yakinlah sama ‘maqamnya’ dengan memerangi Israel
apabila kita bangkit menjatuhkan Umno Bn kerana
dengan jatuhnya Umno Bn kita akan menghentikan hubungan
dagang dengan Israel dan seterusnya melumpuhkan sumber
ekonomi mereka.


Profesor Dr. Syeikh Yusuf
Al-Qardhawi dalam khutbah Jumaat bertarikh 12
April 2002 seperti disiarkan di dalam fatwa,
hakam dan…‘muhadaroh’ telah menyeru umat Islam dan
negara Islam untuk memboikot semua produk dan
membatalkan hubungan dagangan dengan Israel.Beliau
menegaskan bahawa perbuatan mengadakan hubungan dagangan
dengan Israel adalah tergolong dalam dosa-dosa besar dan
kerajaan adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan
dasar tersebut. 
 

Sebenarnya kita harus
bertanya pada diri kita semua bagaimana negara kecil
seperti negara haram Israel boleh masih bertahan
walaupun ramai membencinya. Jawapannya mudah, ini semua
kerana ada banyak negara khususnya negara pimpinan umat
Islam yang munafik yang masih memberikan sokongan
khususnya dengan membuat hubungan dagang secara
langsung dan tidak langsung bagi memastikan
negara haram ini terus mampu bertahan.


Malaysia sebuah negara
yang kononnya tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel.
Itulah persepsi yang cuba diwujudkan kononnya kerajaan
Barisan Nasional ini membentuk polisi
anti-Israel dan pro Palestin. Akan tetapi
sedar atau tidak kita sebenarnya mempunyai hubungan
dagangan secara langsung dan tidak langsung dengan 
Israel dan ini merupakan pengkhianatan terhadap polisi
negara ini.


Malah, ia seperti menipu
dunia dan rakyat Malaysia berkaitan hal ini.
Sebelah tangan kita anti-Israel tetapi sebelah tangan
lagi kita membantu ekonominya.


Kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya
organisasi yang memperjuangkan isu Palestin, tidakkah membuang
masa mengumpul dana kecil atau baju terpakai untuk rakyat
Palestin sedangkan regim penguasa sedang giat
secara rasmi jalin hubungan dagang bantu ekonomi negara
haram Israel.


Seluruh rakyat harus malu dengan hakikat ini, melawan
Israel itu wajib khususnya bagi umat Islam. Tidak
ada yang paling bangsat bagi satu – satu umat itu apabila
kiblatnya dijajah. Maka bangkitlah, hanya satu cara sahaja
jatuhkan BN regim pewaris penjajah penjaga legasi perang
salib maka kita meletakkan negara ini dalam trek betul
membantu perjuangan pembebasan Palestin khususnya Al Aqsa.


Ini gambar Menteri Umno dan dibelakang
beliau berdiri seorang peninju Israel yang masuk ke
negara ini melalui sempadan Malaysia – Thailand.Dikatakan
peninju tersebut ditahan oleh Imegresen ketika cuba memasuki
negara. Jelas Malaysia tidak membenarkan warga negara
Malaysia memasuki Israel dan begitu juga sebaliknya namun
kerana campur tangan Menteri sendiri peninju tersebut
kemudian dibenarkan masuk. Imegresen hanya akur arahan
Menteri, membenarkan peninju itu masuk. 
 

Memang benar kononnya Malaysia menyokong
perjuangan rakyat Palestin dengan memutuskan hubungan
diplomatik dengan Israel. Walaupun begitu ramai yang sudah
maklum pemutusan hubungan diplomatik itu bersifat lemah dan
longgar.Pernah didedahkan seorang warga negara Malaysia yang
terdiri darikerabat diraja pernah memasuki
Israel atas urusan perniagaan. Malah Malaysia sendiri berapa
banyak kali telah ditembusi oleh warga Israel atas namapersidangan
dan sukan. Walaupun putus hubungan diplomatik
tetapi ia boleh disambung dalam keadaan tertentu berdasarkan
kepentingan semasa. Maka apa erti pemutusan hubungan
diplomatik ini ? 
 
sumber:
che’GuBard
Solidariti Anak
Muda Malaysia (SAMM)

======================================================================
From: http://members.tripod.com/minda_rakyat/111118.htm

KONSPIRASI DR. MAHATHIR & YAHUDI Kronologi hubungan Dr. Mahathir dengan Yahudi 
        1. 1964 : Mahathir dilatih oleh CIA selama beberapa bulan di Harvard, 
Amerika Syarikat dalam seminar anjuran Asia Foundation oleh Dr. Henry 
Kissinger, Setiausaha Negara Amerika dan pakar strategi Yahudi. Hubungan 
Mahathir sangat akrab dengan Kissinger lebih-lebih lagi sejak beliau 
berjaya dilantik sebagai Perdana Menteri/Presiden UMNO (pada 16 Julai 1981) 
sehingga 
sekarang. Bahkan perlantikan 'luar biasa' Dr. Mahathir ke jawatan TPM 
oleh Dato' Hussein Onn pada Mac 1976 juga menimbulkan pelbagai tandatanya. 
Sebelum itu, 
ketika berkrisis dengan Tunku Abdul Rahman dahulu dan kerana takut 
ditangkap, Mahathir melarikan diri ke Thailand dan kemudiannya mendapat 
perlindungan 
'asing' di Australia. Dr. Mahathir bekerja di sana di samping menulis 
dalam akhbar luar negeri mengecam Tunku. Mahathir hanya kembali setelah Tun 
Razak jadi PM. Dengan strategi licik pihak-pihak tertentu (termasuk mereka yang 
dikaitkan dengan agen perisikan asing) akhirnya Tun Razak terpedaya untuk 
menerima 
semula Mahathir dan memberikan tempat kepadanya dalam Kerajaan walaupun 
sudah diingatkan oleh orang-orang yang mengetahui identiti sebenar Mahathir. 
Ajal 
telah menghalang Tun Razak dari bertindak terhadap Mahathir setelah 
beliau menyedari kesilapannya kerana terpedaya dengan perancangan licik 
Mahathir 
untuk menguasai UMNO dan Kerajaan. 
        2. 10 September 1982: Mahathir bercakap panjang lebar menafikan 
beliau dan Setiausaha Politiknya adalah ahli dan penyokong gerakan sulit Yahudi 
iaitu Freemason. Ini juga merupakan ucapan dasar sulung Mahathir di 
Perhimpunan Agung UMNO ke-33 selaku Presiden. Dikatakan bahawa ahli 
Freemason telah menjadi pekerja sukarela pilihanraya UMNO sejak 1974 lagi. 
Pertubuhan 
Freemason di Malaysia adalah didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. 
Pada tahun 1977 ia mempunyai 55 perkumpulan (lodges) dan 2,984 ahli. Malah 
ketika 
menjawab soalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (PAS-Pengkalan Chepa) di 
parlimen pada 25 Oktober 1978, Datuk Husein Onn berkata Kerajaan hingga kini 
tidak bercadang 
untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) itu walaupun mengakui ianya 
bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit dan berpengaruh dari 
kalangan 
umat Islam negara ini yang menyertainya. 
        3. 1986: Mahathir/UMNO membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah 
Syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantu Mahathir/UMNO 
merangka strategi pilihanraya umum 1986. Sebelum itu, syarikat terbabit telah 
membantu kempen pilihanraya Margaret Thatcher di Britain dan Ronald Reagan di 
Amerika Syarikat. (Dr. Kissinger, orang besar Yahudi dan rakan karib Mahathir 
juga 
merupakan penasihat belakang tabir Presiden Reagan). Pada tahun ini, 
Mahathir mengambil sikap membisu di atas keputusan Singapura mengundang ketua 
negara 
Israel Chaim Herzog sambil membiarkan pesawat Israel itu melintasi ruang udara 
Malaysia untuk ke Singapura. Segala tentangan umat Islam di Malaysia tidak 
diendahkan oleh Mahathir. 
        4. 1986: Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Dr. Kissinger di 
New York. Ini disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah ISIS yang juga 
merupakan 'anak didik Kissinger'. 
        5. 6 Mac 1987: Dr. Henry Kissinger mengadakan perbincangan tertutup 
sehari di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan ini dikendalikan oleh 
ISIS dan dikenali sebagai "Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur". Menurut Ketua 
Pengarah ISIS, Dr. Noordin Sophie, Dr. Mahathir dan Kissinger merasa 
perlu bagi para 'intelek' Amerika yang terkemuka dan ulung memahami dengan 
lebih 
mendalam masalah yang dihadapi oleh negara-negara Asean. 
        6. Mei 1994: Parlimen telah meluluskan Akta Larangan Import (pindaan 
bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan 
Afrika Selatan. 
        7. 6-9 Julai 1994 : Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan PM 
Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama 
menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Pertemuan ini dilaporkan oleh TV 
Israel dan 
dipetik oleh AFP. Bila berita ini sampai ke Malaysia, Mahathir seperti 
biasa segera menafikannya dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana 
lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala 
Rabin berada di tingkat 2. Akhirnya Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga 
berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat!. 
        8. 16 Julai 1994: Pengerusi Kumpulan Melewar Corporation Bhd. dan 
MBf, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman yang juga proksi perniagaan 
terpenting UMNO dan rakan karib Mahathir telah membuat pengakuan bahawa beliau 
telah 
berkunjung ke Israel pada bulan Jun 1994. Sebenarnya Malaysia di bawah 
Kerajaan Perikatan/BN telah lama mempunyai hubungan dagang dengan negara 
haram Israel. Dalam tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat 
lebih sekali ganda dari 272 ribu dolar Amerika dalam tahun 1966 kepada 565 ribu 
dolar 
Amerika dalam tahun 1967. Dalam waktu yang sama eksport Israel ke 
Malaysia bertambah hampir-hampir dari 1.1 juta dolar Amerika kepada hampir 1.7 
juta 
dolar Amerika. 
        9. 17 Julai 1994: Berita Harian melaporkan Tunku Abdullah sebagai 
berkata :"Ketika di sana, saya dijemput menemui Rabin dan Peres". 
..."Kita juga mengenalpasti potensi pelancongan terutama bagi rakyat Malaysia 
mengunjungi Masjid al-Aqsa". 
        10. 13 Oktober 1994: Far Eastern Economic Review melaporkan: "Perdana 
Menteri Malaysia telah memberitahu bahawa pengiktirafan (Israel) 
tersebut adalah bergantung kepada sejauh mana rakyat Palestine dan 
negara-negara 
Arab telah berpuas hati terhadap perlaksanaan perjanjian damai dengan 
Tel Aviv. Israel telah pun menghantar pemerhati khas ke Kuala Lumpur sejak awal 
tahun ini dalam rangka menjalinkan perhubungan diplomatik." 
        11. Disember 1996 : Mahathir menyeru supaya Negara-negara Arab tidak 
berperang dengan Israel bagi menyelesaikan masalah di Timur Tengah. 
Kenyataan Mahathir ini cuba meminta Umat Islam seluruh dunia supaya ditutup 
seruan 
jihad dari kamus umat Islam dan ia juga dipercayai ada hubungkaitnya 
dengan ura-ura Kerajaan Malaysia mahu mengiktiraf Israel melalui proses damai 
anjuran 
Amerika. 
        12. Januari 1997: Mahathir menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh 
Mayor (Datuk Bandar) berbangsa Yahudi, Tom Levyn dan turut dihadiri 
oleh 'masyarakat Yahudi' yang terdiri daripada tokoh hiburan dan karyawan filem 
di 
Beverly Hills, Los Angeles. Dalam pertemuan tersebut Mahathir meminta 
supaya diwujudkan taman hiburan/perkampungan industri perfileman ala Hollywood 
yang 
dimonopoli oleh Yahudi di Amerika itu di tapak MSC, Sepang. Penubuhan 
MSC di Malaysia juga sebenarnya telah dicadangkan dan diilhamkan oleh pihak 
asing kepada 
Mahathir. Perancangan Mahathir/Yahudi/kuasa asing ini akhirnya berjaya 
direalisasikan apabila Mahathir pada 9 Julai 1999 setelah mengadakan 
perbincangan 
dengan Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) untuk projek MSC, bahawa 
Perkampungan 'Hollywood' akan diwujudkan di Cyberjaya. 
        13. 21 Mac 1997: Mahathir membenarkan pasukan kriket Israel datang ke 
Malaysia untuk menyertai kejohanan kriket antarabangsa (ICC). Umat Islam yang 
membantah kehadiran pasukan Israel di bumi Malaysia ini diganyang, ditangkap 
dan didakwa di mahkamah oleh regim Mahathir. Mahathir berkata tujuan 
beliau membenarkan pasukan Israel datang ke Malaysia adalah untuk menunjukkan 
bahawa 
umat Islam di Malaysia bersikap 'terbuka'. 
        14. Tahun 1997 juga digemparkan dengan pengakuan terbuka Mahathir, 
bahawa beliaulah yang membenarkan rombongan pelajar-pelajar Israel untuk 
melawat negara kita dan bertukar-tukar fikiran dengan pelajar-pelajar di 
beberapa 
buah sekolah di ibunegara. Sebelum ini, lawatan pelajar Israel yang 
diaturkan secara sulit oleh Kementerian Pendidikan ini, telah didedahkan 
sehingga 
memaksa Mahathir untuk membuat pengakuan dan mengatakan bahawa ianya 
bertujuan untuk 'menginsafkan' pelajar Israel betapa baiknya umat Islam 
(terutama di Malaysia) yang boleh hidup dengan harmoni dengan rakyat berbilang 
kaum 
dan agama. 
        15. 1998: Mahathir mengambil syarikat dan spekulator matawang Yahudi, 
Solomon Smith & Barney sebagai penasihat kewangan negara dan bon 
Malaysia dijual kepada pelabur Yahudi di Amerika / Eropah. 
        16. September 1999 : Menteri Luar Malaysia iaitu Datuk Syed Hamid 
Albar, telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar negara haram 
Israel iaitu David Levy di New York. Di dalam pertemuan tersebut juga, Mahathir 
telah 
mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Israel iaitu Ehud Barak 
kerana kejayaannya menjadi Perdana Menteri baru Israel. 
OLEH : Penulis Siber 
( Penulisan asal oleh Wak Reformasi - terdapat sedikit pengubahsuaian) 
  
======================================================================

From:  Mus
Subject: MCA hanya bertumpu pada Hudud

  
Debat Guan Eng-Soi Lek, MCA hanya bertumpu pada Hudud
Written by  Viktor Wong, 


Debat Guan Eng-Soi Lek, MCA hanya bertumpu pada Hudud


Perdebatan
 di antara Setiausaha-Agung DAP Lim Guan Eng dan presiden MCA Chua Soi 
Lek semalam telah menyaksikan pemimpin MCA itu membuka tirai dengan 
hentaman terhadap PAS dan undang-undang Hududnya dengan menggunakan DAP 
sebagai bantal untuk tumbukan tersebut.


Hentaman demi hentaman 
daripada bermulanya siri perdebatan itu sehinggalah berakhirnya forum 
tersebut hanya bertumpu kepada ketakutan dan kebimbangan MCA dan Chua 
yang PAS akan memonopoli kuasa sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa dan 
undang-undang Hudud akan dikuatkuasakan terhadap semua kaum termasuk 
mereka yang bukan Islam.


Hudud, Hudud dan Hudud!


Malah, 
menurut pengarang akhbar The Star Wong Chun Wai turut menyokong Chua 
dengan mengatakan bahawa Lim telah gagal menjawab persoalan mengenai 
kedudukan DAP di dalam isu Hudud yang sering diketengahkan oleh PAS.


Ya,
 sekitar forum tersebut MCA dan Chua hanya menumpukan serangan mereka 
dengan menggunakan perkara tersebut sebagai senjata utama mereka. Dan 
sememangnya adalah amat tepat dan betul sekali bagi Lim untuk tidak 
menjawab sebarang isu yang berkaitan dengan Hudud itu, oleh kerana pucuk
 pimpinan tertinggi Pakatan telahpun menjelaskan kepada rakyat jelata 
bahawa undang-undang Hudud itu tidak akan dijadikan tajuk utama 
sekiranya Pakatan naik ke pentas Putrajaya di suatu hari nanti.


Ini
 adalah kerana pembikinan MCA dalam isu Hudud itu adalah merupakan suatu
 perangkap untuk menarik Lim ke dalam kancah yang bakal melibatkan Umno 
dan Perkasa apabila isu tersebut diperbesarkan dan diputar belitkan oleh
 media-media milik kerajaan.


Agak menghairankan kenapa Chua tidak
 menuding persoalan mengenai Hudud itu kepada pihak yang lebih rapat 
dengan PAS, iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan presidennya Hu
 Pang Chew? Ini adalah kerana Hu adalah merupakan pemimpin yang paling 
sesuai kerana beliau mewakili ahli-ahli bersekutu bukan Islam di dalam 
PAS.


Dalam membangkitkan isu pemerintahan PAS di negeri Kelantan,
 Chua juga telah lupa bahawa kerajaan PAS di negeri tersebut telah 
memberikan lebih banyak kemudahan dan bantuan kepada masyarakat bukan 
Islam berbanding dengan Umno yang memerintah negeri-negeri yang lain. 
Pemerintahan PAS di Kelantan juga tidak menampakkan penindasan terhadap 
masyarakat Cina dan India seperti yang didakwa oleh Chua dan MCA.


Umno takut diKristiankan, MCA takut diIslamkan


Apa
 yang Chua dan MCA asyik ketengahkan lebih daripada seribu kali 
sehinggalah ke hari pendebatan semalam adalah apabila Pakatan berkuasa 
nanti, PAS akan menjadi lebih berkuasa daripada PKR dan DAP, sejurus itu
 akan merombak negara ini kepada sebuah negara Islam, seterusnya 
undang-undang Islam akan dikenakan terhadap semua orang tidak kira 
seseorang itu beragama Kristian, Buddha, Tao, Sikh dan sebagainya.


Tetapi
 Chua sekali lagi telah lupa bahawa Umno dan presidennya Najib Razak 
tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Di dalam ceramah, siri 
penerangan di seluruh negara, Najib, timbalannya Muhyiddin Yassin dan 
para pemimpin Umno yang lain asyik memberikan peringatan kepada orang 
ramai, khususnya masyarakat Melayu bahawa jika sekiranya Pakatan 
berkuasa, DAP akan memonopoli kuasa dalam kerajaan, meminda perlembagaan
 persekutuan dan seterusnya membentuk sebuah negara Kristian berdasarkan
 undang-undang Katolik.


Ini jelas menunjukkan bahawa Umno dan MCA
 sebenar-benarnya tidak sehaluan langsung di dalam gabungan BN. Pemimpin
 manakah yang bercakap benar? Umno takut negara ini akan diKristiankan 
oleh DAP, sementara MCA pula takut negara kita ini akan diIslamkan oleh 
PAS.


Walaubagaima tidak sehaluan pun MCA dengan Umno, MCA dan 
parti-parti komponen BN yang lain tetap tunduk dan "kow tow" terhadap 
Umno dan agenda ketuanannya yang sungguh perkasa.


Sewaktu para 
pemimpin Umno menonjolkan keperkasaan dan ancaman pertumpahan darah 
terhadap rakyat jelata, apakah MCA telah buat? Sewaktu pemuda Umno 
berkumpul di hadapan Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur 
dan mengancam membakar bangunan pertubuhan tersebut, mengapa MCA tidak 
menyuarakan bantahan mereka? Sewaktu para pemimpin dan perwakilan Umno 
mengancam untuk membakar seluruh kota Kuala Lumpur dan menyalut keris 
mereka dengan darah masyarakat Cina, apakah MCA buat? Apabila masyarakat
 Cina diketepi dan didiskriminasikan, apakah MCA buat?


Yang MCA 
buat cuma berdiam diri dan asyik menjanjikan "perbincangan tertutup" 
dengan Umno akan dibuat bagi menyelesaikan masalah tersebut. Akan 
tetapi, yang kita lihat pada hari ini adalah agenda perkauman sempit 
yang dibawa oleh Umno ini telah menjadi semakin berleluasa dan tidak 
dapat dikawal lagi. Apakah MCA buat?


Isu pendidikan


Di 
dalam isu pendidikan pula Chua dan ahli-ahli MCA di dalam forum tersebut
 berulang kali mengecam DAP dan Pakatan mengenai pemerintahan tiga tahun
 mereka di negeri Selangor dan Pulau Pinang tidak menampakkan penambahan
 sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaan (SRJK-Cina) ekoran daripada 
penambahan bilangan murid-murid berketurunan Cina.


Malah ada yang
 menuduh Pakatan yang kononnya kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor
 enggan memberikan tanah untuk membina sekolah-sekolah Cina.


Chua
 dan MCA sekali lagi lupa bahawa dasar pendidikan di negara kita ini 
adalah dikelolakan oleh kerajaan pusat selama ini dan kerajaan negeri 
langsung tidak mempunyai kuasa untuk campurtangan di dalam menentukan 
sistem pendidikan di negeri masing-masing. Dasar tersebut adalah 
termaktub dengan jelas di dalam Akta Pendidikan dan Suruhanjaya 
Perkhidmatan Pendidikan.


Lupakah Chua pada apa yang telah berlaku
 di daerah Taiping, Perak sebelum ini? Sewaktu sekumpulan pemimpin 
masyarakat Cina di daerah tersebut mengunjungi seorang timbalan menteri 
pendidikan daripada MCA untuk mengemukakan permohonan untuk menubuhkan 
satu SRJK-Cina, pemimpin MCA tersebut menyampuk dan membalas "kita semua
 sekarang sudah ada banyak sekolah-sekolah Cina di negeri ini dan kalau 
nak ditambah sebuah lagi, saya fikir ini mustahil kerana Umno akan 
membantah sekiranya permohononan tersebut diteliti". Pada masa itu 
timbalan menteri pendidikan tersebut adalah seorang naib-presiden MCA.


Jadi,
 siapakah sebenarnya tidak berusaha begitu bersungguh bagi memastikan 
agar masyarakat Cina menerima dan menikmati kemudahan-kemudahan dan 
peruntukan yang setimpal?


Tumpuan MCA hanya perkauman


Sepanjang
 perdebatan antara Lim dan Chua semalam, pemimpin MCA itu hanya berminat
 untuk menumpukan perhatiannya mereka terhadap isu perkauman dan begitu 
juga dengan lain-lain perkara seperti pendidikan dan dasar-dasar 
kerajaan.


Chua sekali lagi telah lupa bagaimana Umno telah 
melayan MCA selama ini, malah perkara-perkara berbangkit dan soal yang 
melibatkan kepentingan negara seperti pembenterasan rasuah dan salahguna
 kuasa, kronisme di dalam parti dan kerajaan, pelbagai jenis skandal 
yang melibatkan kerugian berjuta-juta Ringgit tidak diketengahkan oleh 
pemimpin MCA itu untuk pengetahuan umum.


Sementara di pihak Lim 
dan DAP pula, yang diketengahkan oleh Setiausaha-Agung DAP itu adalah 
dasar-dasar kerajaan yang cekap, telus dan amanah, pencegahan rasuah dan
 salahguna kuasa, hak kesamarataan, keadilan untuk semua rakyat, 
perkhidmatan yang efisien, penyaluran bantuan untuk semua rakyat, 
kemajuan dan memantapkan ekonomi negara, menaikan kadar pendapatan 
setiap isi rumah dan demokrasi yang menyeluruh di dalam negara, serta 
hak dan kebebasan rakyat untuk bersuara.


Kesemua yang 
diketengahkan oleh Lim dan DAP ini bukan sahaja untuk masyarakat Cina 
untuk menikmatinya malah semua kaum, tak kira sama ada orang Melayu, 
Cina, India, Kadazan, Iban atau Dayak akan juga berhak menikmati segala 
manfaat tersebut. Ianya melibatkan kepentingan negara dan rakyat 
Malaysia pada keseluruhannya.


Apa yang Chua dan MCA ketengahkan 
sepanjang perdebatan tersebut hanyalah bertumpu kepada satu kaum 
semata-mata dan bukannya untuk seluruh rakyat Malaysia pada amnya.


Jika
 sekiranya MCA mendakwa ianya wakil masyarakat Cina yang paling 
berkesan, kenapa selama lebih 50 tahun MCA berada di dalam kerajaan, 
masyarakat Cina masih menghadapi ketidakadilan di dalam pelbagai 
dasar-dasar kerajaan dan pendidikan, masih terpinggit di dalam pelbagai 
faedah dan dianggap sebagai rakyat kelas dua.


Dengan hanya 
mewakili satu kaum sahaja, kenapa MCA sehingga pada hari ini masih gagal
 untuk memastikan keadilan dan kesamarataan untuk masyarakat Cina di 
negara ini?
======================================================================
From:  Mus


1Care: Persaraan lumayan untuk kongcu Najib dan Hisham
Written by  Maclean Patrick, 



1Care
 sama seperti produk-produk lain yang membawa tag '1' semestinya akan 
menjadi kontroversi. Bukanlah kontroversi yang berinovasi tetapi 
kontroversi kerana penipuan dan samar-samar. Ia sesuatu yang Perdana 
Menteri Najib Razak harus berhenti sejenak dan berfikir daripada terus 
membiarkan penasihat beliau memujuk untuk ia dilaksanakan.


1Care 
bukan setakat spekulasi 10% potongan cukai yang akan dimasukkan dalam 
dana kesihatan kebangsaan itu. Masalah dengan 1Care adalah lebih 
mendalam dan merunsingkan daripada membayar wang kepada perkhidmatan dan
 rawatan kesihatan yang tidak menyeluruh.


Tawaran lumayan untuk kerajaan, bukan rakyat


Objektif sebenar 1Care adalah untuk menjana situasi 'berbaloi untuk wang 
dibelanjakan' bagi pihak kerajaan bukan untuk rakyat.


1Care
 telah dengan efektifnya membenarkan kerajaan mengawal bujet yang 
disalurkan kepada Kementerian Kesihatan bagi tujuan penjagaan kesihatan.
 Mereka tidak mahu membebankan dana mereka jadi pentadbiran Najib telah 
membuat keputusan untuk membalingkan kosnya kepada rakyat, dengan 
tambahan bahawa mereka boleh mengawal dan membuat keputusan untuk kita, tentang 
siapa dan bila kita boleh mendapatkan rawatan kesihatan.


Timbalan
 Pengarah Kementerian Kesihatan untuk Pembiayaan Kesihatan Kebangsaan, 
Dr Rozita Halina berkata bahawa 1Care akan diwajibkan. Terus terang 
dikatakan, 1Care hanya akan dapat dilaksanakan jika ia adalah wajib. 
Jika tidak, tiada yang akan memilihnya. Memandangkan 1Care mahukan 
rakyat untuk menggunakan apa yang dimahukan oleh kerajaan, dan 
memandangkan kerajaan mengawal sepenuhnya, pasti ramai yang percaya Umno
 -BN akan mengaut keuntungan daripada skim ini.


Nepotisme dan pakej keluarga


Secara
 kebetulan, Dr Rozita Halina Hussein merupakan adik kepada Menteri Dalam
 Negeri, Hishammuddin Hussein Onn dan sepupu Perdana Menteri Najib 
Razak. Wah, nampaknya pakej famili! Jadi 1Care sudah pasti akan 
diimplimenkan. Walau apa jua kosnya.


Pengkritik daripada 
kedua-dua belah parti politik mengatakan bahawa bukan sahaja faedah yang
 dikaut melalui tawaran ini akan sangat luas dan tidak terkira besarnya,
 1Care sebenarnya akan menyediakan kongcu Najib dan Hisham dengan pelan 
persaraan yang lumayan sekiranya mereka kehilangan kuasa selepas PRU 13 
nanti ataupun semasa pemilihan Umno.


1Care dikatakan dimodelkan 
daripada National Health Service (NHS) iaitu perkhidmatan kesihatan 
kebangsaan UK yang telah dilaksanakan sejak tahun 1946 dan dikawal oleh 
kementerian kesihatan


Siapa yang akan menyelamatkan rakyat daripada doktor?


1Care
 juga bermaksud penjimatan kos, ini bermakna rakyat dijangka mendapat 
rawatan yang paling murah daripada caruman mereka. Ini mungkin bermaksud
 kualiti paling rendah, jauh lebih rendah daripada apa yang mereka boleh
 dapatkan dari pasaran. Memandangkan rakyat tidak boleh memilih dibawah 
skim 1Care, mereka semestinya akan mendapat perkhidmatan paling murah 
dan segalanya adalah atas nama menjimatkan kos.


Dan memandangkan 
juga kementerian Kesihatan Malaysia yang menentukan perkhidmatan dan 
doktor yang akan merawat pesakit, bolehkah ia bebas elemen perkauman dan
 agama apabila seseorang doktor itu mendapat pesakit yang ditugaskan 
untuknya?


Ini juga melangkaui isu kos untuk ubat-ubatan tetapi 
terus kepada peranan doktor untuk memastikan pesakit mendapat rawatan 
yang terbaik. Dengan doktor dibarisan pertama, terdapat kemungkinan 
keputusan tidak rasional dibuat. Di bawah 1Care, doktor akan menentukan 
jika anda perlukan rawatan lanjut. Siapa yang akan melindungi pesakit 
daripada doktor yang tidak cekap, lalai atan tidak mencapai standad 
sepatutnya apabila mereka ditugaskan oleh kerajaan untuk merawat?
  

Rawatan kesihatan adalah hak rakyat


Pentadbiran
 Najib harus ingat bahwa perkhidmatan kesihatan adalah sesuatu yang 
wajib untuk setiap warganegara. Ia bukan keistimewaan. Ia tidak harus 
ditentukan menurut iklim ekonomi pada waktu tertentu. Atau menjana 
keuntungan untuk pihak-pihak tertentu. Ia tidak harus dilihat sebagai 
produk yang mempunyai jenama. Yang sedihnya, inilah apa yang kita dapat 
lihat di Malaysia sekarang.


Apa masalahnya dengan sistem sedia 
ada yang telah digunapakai selama 50 tahun? Bukankah lebih baik untuk 
menghalusi apa yang sedia ada? Jadikan ia lebih effisyen dan mesra 
pengguna daripada ia dirombak dan diganti dengan yang baru.


Pengenalan
 1Care menunjukkan bahawa terdapat masalah serius dalam bagaimana 
Malaysia menguruskan wang dan kepentingannya. 1Care tidak perlu 
sekiranya bujet yang disalurkan kepada perkhidmatan kesihatan diurus 
dengan baik.


Perbelanjaan dalam rawatan kesihatan akan meningkat 
apabila populasi semakin membesar dan matang. Ini adalah sesuatu yang 
normal. Berbeza di Malaysia, terdapat kekurangan dalam perbelanjaan 
dalam bidang ini di mana kini rakyat harus berbelanja terlebih dahulu 
untuk perkhidmatan yang bakal merugikan mereka. Tidak hairanlah Menteri 
Kesihatan, Liow Tiong Lai yang berbohong mengenai pihak polis 
menggunakan gas pemedih mata di kawasan Hospital Tung Shin telah memilih
 untuk menyokong skim ini.


1Care tidak baik untuk Malaysia dan 
sekiranya kerajaan mendengar keluhan rakyat, rancangan ini haruslah 
dihapuskan atau berdepanlah dengan penolakkan daripada rakyat.

======================================================================
From:  Mus
Subject: Kecewa keluarga pemimpin boros, tak tutup aurat 


Kecewa keluarga pemimpin boros, tak tutup aurat

Harakahdaily,     20 Feb 2012


KUALA
 LUMPUR, 20 Feb: Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional, 
Profesor Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, pemimpin negara yang 
gagal mendidik anggota keluarga dengan ajaran Islam sebenar tidak boleh 
dijadikan role model kepada generasi akan datang.


Sambil 
melahirkan rasa kecewa, beliau berkata terdapat pemimpin di negara ini 
yang tidak berjaya membentuk sahsiah suami dan isteri mereka.


"Sekiranya
 ahli keluarga sendiri tidak menutup aurat misalnya, bagaimana dia 
hendak memimpin negara dan menyuruh orang lain berbuat demikian. Begitu 
juga anak-anak mereka perlu terlebih dahulu dijaga kerana ini memberi 
imej kepada pemimpin berkenaan.


"Manakala bagi wanita bergelar 
isteri yang menerajui parti politik dan sesebuah pertubuhan, sekiranya 
mereka tidak boleh menegur suami sendiri, saya rasa ia juga memang 
pelik," katanya yang dipetik Sinar Harian.


Beliau dilapor berkata
 demikian semasa membentangkan kertas kerja berjudul 1Malaysia dan 
Penghayatan Islam sempena Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis 
Maya Kebangsaan 2012, semalam.


Menurut Ridhuan Tee lagi, 
seseorang pemimpin perlu utamakan agenda bangsa dan negara, namun 
sekiranya si isteri dan anak-anak kepada pemimpin hidup bermewah, 
perkara ini menunjukkan ada tidak kena.


Beliau berkata, tidak kena jika rakyat disuruh berjimat sedangkan isteri 
sendiri atau suami tidak berbuat sedemikian.


Ditanya
 sama ada menegur peribadi pemimpin dikatakan satu kesalahan, katanya, 
dalam Islam, ia digalakkan dan apa dilakukan pemimpin itu menjadi 
perbualan.


Malah, kata Ridhuan Tee, menegur keluarga pemimpin 
tidak melanggar hak asasi manusia kerana sekiranya ia dibiarkan, 
lama-kelamaan pemimpin itu menjadi sasaran musuh politik dan beliau 
tidak mahu itu berlaku.
======================================================================
From: 
======================================================================
From: 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke