Salam

Semestinya BOLEH, Tetapi HANYA ketika ada persamaan dan toleransi.. seperti 
mana bersatunya PKR/PAS/DAP ataupun UMNO/MCA/MIC/Gerakan/PBS/dlll...


[16.9] Dan kepada Allah jualah tertentunya urusan memberi panduan yang 
menerangkan jalan yang lurus; dan di antara jalan-jalan yang dituju ada yang 
terpesong dari kebenaran; dan jika Ia kehendaki, tentulah Ia memberi petunjuk 
kepada kamu semua (yang menyampaikan ke jalan yang lurus itu). 


NAMUN apabila TIADA lagi persamaan atau toleransi, maka KEMANAKAH/SIAPAKAH 
rujukan kita setelah itu???

[42.10] Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): "Apa jua 
perkara ugama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah 
kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; 
kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala 
keadaan)". 

http://www.youtube.com/watch?v=smz-HFnd_nQ&feature=related ( Ustaz Azhar - 
Hukum bersumpah dalam Islam )

http://www.youtube.com/watch?v=EW5wL4eJCgA&feature=related ( Saifuddin - Ugut 
Nurul Izzah - Tinggalkan Anwar )


WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
( http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ )


________________________________
 From: amri el wahab <amriwa...@gmail.com>
Subject: [SurauKampung] SENARIO YANG KITA INGIN LIHAT - PAS/UMNO BOLEH BERSATU 
JIKA MAHU
 

  





  
PERBINCANGAN DI ANTARA ADUN PAS LEMBAH JAYA YB HJ KHASIM AZIZ
DENGAN KETUA WANITA UMNO AMPANG JAYA DR ROZAIDAH DALAM MEMBANTU MANGSA BANJIR
DI KG LEMBAH JAYA UTARA BARU BARU INI.








===================================
Salaam & Regards
Amri el Wahab
My Online Shop: http://amri-shoppe.blogspot.com
My Blog: http://hembusan-amal.blogspot.com/
=====================================

Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu 
Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila 
kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi 
ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak 
menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan 
kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi 
bala.





==================================================================================


Re:  Betapa umno MENOLONG bangsa MELAYU nya 2 


==================================================================================

From: Mus
Subject: Kegagalan sistem pengangkutan awam, BN asyik beri alasan

Kegagalan sistem pengangkutan awam, BN asyik beri alasan
Written by  Vikor Wong, 


Kegagalan sistem pengangkutan awam, BN asyik beri alasan

Sudah
 lebih 50 tahun negara kita merdeka dan BN yang juga telah memerintah 
negara kita lebih daripada 50 tahun, dengan dakwaan kononnya mereka ini 
ini penuh dan punyai pengalaman yang luas dalam menguruskan kerajaan, 
namun sistem dan kemudahan pengangkutan awam di negara kita ini masih di
 dalam keadaan yang memeritkan sehingga ke hari ini.

Sehinggalah 
ke hari ini, rakyat jelata masih mengeluh pada setiap hari mengenai 
pelbagai masalah dan karenah sewaktu berada di atas jalanraya ataupun 
semasa menggunakan kemudahan pengangkutan awam untuk berulang-alik dari 
rumah ke pejabat dan dari pejabat ke rumah.

Kegagalan kerajaan BN
 untuk menangani masalah tersebut yang semakin berleluasa saban hari 
jelas terpapar pada muka setiap rakyat yang menggunakan jalanraya dan 
kemudahan pengangkutan awam untuk berurusan. Oleh itu para pemimpin BN 
perlu bertanggungjawab penuh ke atas kegagalan tersebut.

Yang 
kita sering perhatikan adalah di hampir kesemua projek mega dan 
pembangunan yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan BN 
dipaparkan papan tanda yang besar dengan perkataan "Satu Lagi Projek 
Oleh Kerajaan Barisan Nasional" bagi mengingatkan rakyat akan "jasa" BN 
itu pada setiap hari.

Selain daripada itu, risalah-risalah dan 
panduan pelancongan negara juga sering memaparkan destinasi yang 
bewarna-warni, bangunan-bangunan bercakar langit, struktur-struktur yang
 canggih, perkhidmatan monorail yang berteknologi tinggi, keindahan dan 
keunikan lapangan terbang antarabangsa KLIA serta lain-lain daya tarikan
 yang dapat menarik perhatian pelancong asing untuk ke negara kita. Ya, 
memang menarik apabila diperhatikan kesemua risalah pelancongan tersebut
 dari mata kaca kita.

Akan tetapi, apabila kesemua bentuk 
pembangunan, projek dan tarikan ini dibina dengan menggunakan 
sumber-sumber daripada tanah rakyat dan wang-wang yang telah diperoleh 
juga daripada rakyat telah mengakibatkan lebih daripada 10 juta rakyat, 
bahkan juga lebih daripada 10 ribu murid-murid sekolah dan warga emas 
terperangkap di tengah-tengah perjalanan mereka hampir pada setiap hari 
sewaktu dalam perjalanan mereka dari rumah ke pejabat, dari rumah ke 
sekolah dan sebaliknya, apakah penjelasan kerajaan BN terhadap semua 
masalah tersebut.

Kenapa wang ringgit yang diambil daripada hasil
 titik peluh rakyat oleh kerajaan BN ini untuk tujuan pembangunan dan 
perlaksanaan projek perlu dibalas pula penderitaan yang sebegini? Ini 
tidak berbaloi sama sekali kerana apa nilai yang rakyat bayar perlulah 
dibalas dengan nilai perkhidmatan yang cekap dan efisien, kalau pun 
sekurang-kurangnya ia memuaskan hati rakyat.

Sebaliknya ia tidak terjadi!

Apakah menteri-menteri kita buat?

Apakah
 sebenarnya langkah-langkah yang telah dan sedang diambil oleh 
menteri-menteri yang berkenaan bagi menangani masalah dan karenah 
sedemikian? Kenapalah menteri-menteri negara kita ini langsung tidak 
punyai kebolehan untuk menawar atau memberikan kepada rakyat jelata 
suatu sistem pengangkutan awam yang lebih baik dan efisien.

Sudah
 lebih 50 tahun BN memerintah, ditambahkan dengan ratusan projek 
pembangunan yang menyeluruh di negara ini, namum ianya tidak menampakkan
 sebarang penyelesaian yang lebih berkesan terhadap masalah sistem dan 
kemudahan pengangkutan awam yang kian memeritkan.

Janji demi 
janji ditaburkan, bila tiada tindakan, diberikan pula alasan kononnya 
kajian sedang dijalankan dan diminta masa sehingga beberapa tahun untuk 
suatu penyelesaian diputuskan. Masalahnya, ramai kroni-kroni BN yang 
diberikan kontrok untuk menguruskan kesemua projek-projek mega dan 
pembangunan dan juga menguruskan sistem serta kemudahan pengangkutan 
awam. Jadi, apakah kesudahannya?

Adakah para pemimpin BN ini 
benar-benar peka akan penderitaan rakyat yang telah sekian lama 
terperangkap di dalam kesesakan lalulintas yang begitu buruk sekali pada
 setiap hari, dari pagi hinggalah malam. Kesesakan ini bukanlah suatu 
fenomena yang biasa tetapi telah bertukar menjadi sesuatu yang amat 
tragik sekali, di mana kesesakan tersebut sentiasa mencecah di antara 5 
hingga 10 kilometer.

Beranikah para pemimpin BN dan mentri-menteri kabinet mencuba pengalaman 
sebegini di tengah-tengah kotaraya?

Kenderaan kian bertambah

Dengan
 kesesakan lalulintas dan masalah sistem serta kemudahan pengangkutan 
awam yang sehingga kini masih tidak menampakkan sebarang penyelesaian, 
ianya diburukan lagi dengan penambahan jumlah kenderaan di permukaan 
jalan ini. Ianya dikatakan sedang berlaku hampir setiap hari.

Jika
 ditinjau pada setiap isi rumah pada hari ini, kita boleh dapati hampir 
setiap ahli keluarga mempunyai kenderaan mereka sendiri, malah ada 
sebuah keluarga boleh memiliki antara 4 hingga 6 buah kenderaan. 
Bolehkah kita salahkan mereka ini kerana tidak atau enggan menggunakan 
kemudahan pengangkutan awam?

Selain itu, tempat letak kereta di 
komuter KTM akan dipenuhi kenderaan seawal 5 pagi pada setiap hari. Kos 
dan bayaran tempat letak kereta pula semakin meningkat. Dan adakah 
kerajaan BN serta menteri-menterinya tahu apakah yang sedang berlaku?

Dapatkah
 para menteri kerajaan BN ini memahami bahawa keadaan kesesakan 
lalulintas ditambah pula dengan kenaikan kos tempat letak kereta dan 
juga pembaziran produktiviti rakyat jelata terhadap keadaan sebegini. 
Adakah para pemimpin BN ini sedar bahawa murid-murid sekolah akan berada
 di atas jalanraya seawal 5 pagi pada setiap hari.

Adakah para 
penggubal dasar BN ini menyedari bahawa jutaan rakyat di negara ini akan
 hanya dapat sampai kembali ke rumah mereka selepas jam 8 malam di mana 
waktu pejabat sebenarnya tamat pada jam 5 petang setiap hari? Adakah 
para penggubal dasar BN ini menyedari apakah yang mengakibatkan 
penambahan jmlah kenderaan di atas jalan pada setiap hari?

Dan 
jawapan yang lazim diberikan oleh para pemimpin BN ini adalah kerajaan 
senantiasa mengkaji langkah-langkah baru yang lebih berkesan bagi 
mengurangkan masalah kesesakan lalulintas serta meningkatkan lagi mutu 
perkhidmatan dan kemudahan pengangkutan awam.

Yang lebih buruk 
lagi, ada menteri-menteri dan pemimpin BN yang menjawab "tidak ada 
negara di dunia ini yang tidak menghadapi masalah kesesakan lalulintas".
 Maknanya mereka ini langsung tidak berminat untuk menyelesaikan masalah
 tersebut.

Para pemimpin BN sekalian, usah beri sebarang alasan 
lagi. Kalau tidak mampu, mengakulah kamu semua tidak mampu lagi, kalau 
gagal, mengakuilah kegagalan kamu dan usah berbohong dan berikan 
macam-macam alasan ataupun berdolak-dalih mengenai masalah tersebut.

Kita
 ambil contoh di kotaraya Bangkok di Thailand dan Taipei di Taiwan, 
walaupun ianya adalah merupakan antara dua metropolitan yang paling 
sibuk, namum masalah kesesakan lalulintas di dua negara tersebut adalah 
pada tahap yang paling minima. Ini adalah kerana sistem dan kemudahan 
pengangkutan awam di negara tersebut adalah sangat efisien. Selain 
daripada itu, jalan-jalanraya, lebuhraya dan terowong banyak dibina dan 
dibangunkan di dua kotaraya tersebut bagi memudahkan rakyat Thailand dan
 Taiwan untuk berurusan dan menjalankan tanggungjawab harian mereka.

Konspirasi untuk pastikan Proton terus hidup

Oleh
 kerana masalah tersebut langsung tidak menampakkan sebarang 
penyelesaian, rakyat mula mensyaki yang keadaan tersebut adalah 
merupakan suatu konspirasi kerajaan BN untuk memastikan pengeluar kereta
 nasional, Proton yang asyik mengalami kerugian, akan terus dapat 
menguasai pasaran tempatan.

Ini adlaah hakikat! Apabila kesesakan
 lalulintas semakin buruk, ditambah pula dengan keadaan kemudahan 
pengangkutan awam yang tidak efisien, rakyat akan memilih untuk memiliki
 kenderaan sendiri sebagai suatu jalan penyelesaian. Dan oleh kerana kos
 sesebuah kenderaan import dan berkualiti adalah lebih mahal, rakyat 
pula akan terpaksa memilih jenama kenderaan yang lebih murah, kurang 
bermutu dan berpatutan seperti Proton.

Bolehkah kita menyeru 
rakyat agar tidak membuat andaian sedemikian? Sudah tentunya tidak, oleh
 kerana keadaan dan masalah tersebut sudah pun terpapar di muka setiap 
rakyat. Jadi, haruskah rakyat disalahkan pula kerana inginkan sebuah 
kenderaan sendiri?

Apakah maknanya pembangunan, projek-projek 
mega dan pembinaan struktur-struktur yang begitu canggih sekali serta 
membanggakan negara, sedangkan rakyat jelata tidak dapat menikmati 
sebarang manfaat tersebut. Apakah maknanya segala pembangunan tersebut, 
sekiranya projek-projek tersebut tidak dapat membawa apa-apa keselesaan 
kepada rakyat, bahkan menambah lagi penderitaan dan penyiksaan psikologi
 terhadap rakyat jelata.

Apakah yang perlu dibanggakan dengan 
laungan "Malaysia Boleh" sedangkan rakyat masih terus menderita pada 
setiap hari dan tidak mempunyai masa yang berkualiti dan mencukupi untuk
 dinikmati bersama keluarga? Ya, "Malaysia Boleh", kroni- kroni BN akan 
terus bertambah kaya!

Malaysia Chronicle

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke