Salam


http://www.youtube.com/watch?v=wBeodJJ-3DU ( Hudud : Najib / UMNO vs Sultan 
Brunei )


http://www.youtube.com/watch?v=NorYyGjyN-g&feature=related  (Dr Asri : Hudud 
dan Jihad )

[40.47] Dan (ingatkanlah perkara yang berlaku) semasa orang-orang yang kafir 
dan yang menderhaka berbantah-bantahan dalam neraka, iaitu orang-orang yang 
lemah (yang menjadi pengikut) berkata kepada pemimpin-pemimpinnya yang sombong 
takbur: "Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut-pengikut kamu, maka dapatkah 
kamu menolak dari kami sebahagian daripada azab neraka ini?" 

[40.48] Pemimpin-pemimpin yang sombong angkuh itu menjawab: "Sebenarnya kita 
semua menderita bersama-sama dalam neraka (tidak ada jalan untuk kita 
melepaskan diri), kerana sesungguhnya Allah telah menetapkan hukumanNya di 
antara sekalian hambaNya "

WAllahua3lam

Wassalam
Hizamri
( http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ )

======================================================================================

http://www.youtube.com/watch?v=V7vY_nsVnVA   ( Rosmah : Tsunami di Jepun 
disebabkan Kerajaan Jepun Lalai )

======================================================================================

From: Mus


Bila pendidikan jadi sayur dan ayam

Adam Adli | Apr 09, 2012


Sebelum saya dan anda tenggelam lebih jauh dalam tulisan ini, biarlah 
saya tekankan terlebih dahulu tujuan dan matlamat akhir perkataan dan 
ayat-ayat dalam tulisan ini disusun.  Saya sedang cuba untuk mengolah 
kembali persetujuan dari semua orang bahawa pendidikan percuma adalah 
penting, relevan, dan tentu sekali perlu dituntut oleh semua orang tanpa
 perlu mengambil kira di mana letaknya diri anda dalam sistem masyarakat
 dan sosial hari ini.  Di akhir tulisan ini juga, tidak keterlaluan jika
 saya katakan objektifnya adalah untuk mengajak anda bersama-sama untuk 
turun ke Dataran Merdeka pada tanggal 14 April yang akan datang bagi 
menggenggam hak kita untuk mendapatkan pendidikan percuma.  Mesej 
utamanya; pendidikan bukan barang dagangan.


Umum ketahui, pendidikan adalah elemen penting dalam pembentukan insan dan 
Negara.  Tanpa pendidikan dan 
kemahiran, kita akan terus mundur dalam pembangunan, tidak mampu 
bersaing dengan arus dunia, terpaksa bergantung dengan kemahiran orang 
lain, merencatkan rencana-rencana masa depan Negara, serta yang lebih 
penting melahirkan lebih ramai golongan yang tidak berfungsi.  Rakyat 
yang tidak mendapat pendidikan secukupnya adalah rakyat yang gagal, dan 
pada skala lebih besar, Negara ini juga akan jadi Negara yang gagal. 
 Tidak perlu kita jelaskan lebih banyak tentang peri pentingnya 
pendidikan dan penguasaan ilmu, sudah terang lagi bersuluh.  Cuma yang 
menjadi persoalannya di sini, apabila kita sudah pun memahami keperluan 
dan kepentingan ilmu, dan kita mampu akui ilmu harus dimiliki oleh semua orang, 
persoalannya sekarang; berapa besar peluang untuk mendapatkannya dan bagaimana 
pula ilmu ini dilayan sebagai suatu perkara yang mulia.

Negara kita mempunyai sekurang-kurangnya 20 Institusi Pengajian Tinggi 
Awam (IPTA), dan angka ini sentiasa bertambah.  Di samping itu juga, 
kita turut memiliki ratusan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). 
 Secara keseluruhan, kita mempunyai seramai hampir sejuta pelajar yang 
sedang menuntut di universiti.  Pada permukaan, angka ini melegakan 
semua orang dan seolah-olah menjawab persoalan tentang peluang untuk 
anak-anak kita mendapatkan pendidikan setelah tamat pengajian di 
peringkat sekolah.  Namun hati-hati.  Kelegaan itu sebenarnya menjerat 
persepsi kita semua.  Tidak perlu saya mengulas terlalu panjang, 
cukuplah saya simpulkan bahawa situasi tumbuhnya institusi-institusi ini
 sebenarnya bukanlah untuk membuka peluang belajar kepada anak-anak yang
 cerdik sebaliknya adalah peluang untuk membuat keuntungan dari 
keperluan masyarakat.  Ramai yang menganggap, kenyataan ini hanya 
berkesan kepada kewujudan IPTS yang diakui mengaut keuntungan jutaan 
ringgit dari poket-poket ibu bapa dan pelajar yang sanggup membayar 
mahal, namun kita lupa tentang kewujudan lintah darat PTPTN yang 
menguasai pelajar dari IPTA-IPTA seluruh Negara.

Bagaimana menteri yang tidak hormat siswa dilantik jaga universiti?

Persepsi umum menganggap, IPTA kononnya ditanggung sepenuhnya oleh 
kerajaan, dan PTPTN adalah satu rahmat yang harus disyukuri oleh semua 
hamba rakyat.  Namun tidak disedari bahawa, IPTA yang kononnya adalah 
institusi awam sebenarnya telah lama diswastakan!  Fakta mudah untuk 
diketahui oleh semua orang adalah; PTPTN tidak lagi menerima suntikan 
dana dari kerajaan, sebaliknya terus-menerus bergantung kepada pusingan 
keuntungan yang tidak ada bezanya dengan bank-bank dagangan mahupun 
ceti-ceti haram dan halal yang beroperasi dalam Negara kita.  Memakan 
hasil keuntungan dari faedah dan riba, yang diperah melalui titik peluh 
graduan yang telah berkerja.  Maka yang demikian, adalah tidak adil buat
 kita untuk mengatakan bahawa PTPTN adalah satu bentuk amal jariah yang 
disediakan oleh kerajaan kita untuk pelajar-pelajar yang menuntut di 
universiti.  PTPTN hanyalah ceti yang dilesenkan oleh kerajaan untuk 
menabur hutang kepada pelajar tanpa rasa bersalah.  Alangkah terkejutnya
 bila kita selama ini seolah-olah tidak menyedari bahawa pemberian 
hutang sebegini adalah amalan yang seharusnya ditentang sejak dulu lagi.
  Menjadikan anak-anak mahasiswa sebagai hamba kepada PTPTN hanyalah 
menghina kegigihan mereka yang menuntut ilmu dan sekaligus, menjadikan 
mereka sebahagian lagi anggota masyarakat yang akan terus menjadi hamba 
kepada pemodal kaya.

Dengan wujudnya sistem PTPTN ini juga, sekaligus menjadikan ilmu sebagai 
barang dagangan, bukan lagi entiti suci yang diangkat tinggi dalam 
kalangan masyarakat.  Alangkah hinanya apabila ilmu menjadi barang 
dagangan, sedangkan kemuliaannya itu melebihi wang kertas.  Ilmu 
sebenarnya tidak mampu dan tidak mungkin boleh diletakkan tanda harga 
seperti ayam dan sayur di pasar.

Apabila muncul perdebatan dan tawaran mengenai pendidikan percuma oleh 
orang-orang politik, saya melihat situasi ini sebenarnya mula membuka 
topeng-topeng pemain politik Negara.  Saya terus percaya dan optimis 
bahawa pendidikan sawajibnya percuma di semua peringkat, yang 
menggelikan hati adalah kenyataan oleh bapak-bapak menteri dan 
politikus-politikus yang menentang idea pendidikan percuma ini.  Lihat 
sahaja kenyataan Menteri Pengajian Tinggi yang terus-menerus mendakwa 
pendidikan percuma tidak relevan, mengurangkan kompetensi antara 
pelajar, serta merugikan kerajaan.  Bagaimana kita boleh melantik orang 
yang tidak menghormati mahasiswa sebagai menteri yang menjaga 
universiti?  Beliau dengan mudahnya menganggap bahawa pendidikan percuma
 melemahkan daya saing mahasiswa.  Andai sahaja beliau mampu sedar 
bahawa bukan wang ringgit yang jadi ukuran terhadap daya saing pelajar, 
sebaliknya adalah minat dan keghairahan menuntut ilmu itu sendiri yang 
menjadi tanda aras persaingan antara mahasiswa.  Tidakkah mahasiswa rasa
 terhina dengan kenyataan bapak menteri ini yang seolah-olah menganggap 
pelajar berusaha mendapatkan ijazah kelas pertama hanya untuk melepaskan
 diri dari hutang?  Pelajar bukannya Gladiator yang berlawan di tengah 
gelanggang orang kaya untuk melepaskan diri dari menjadi hamba.  Pelajar
 adalah penuntut ilmu yang mahu mengembangkan potensi diri.

Lupuskan hutang kroni untungkan kerajaan?

Tidak sah juga jika kita tidak melihat kepada kenyataan Perdana Menteri 
kita, Najib Razak yang juga berpendapat, membelanjakan wang yang besar 
untuk menanggung pendidikan di peringkat universiti adalah langkah yang 
merugikan kerajaan.  Saya mula tertanya-tanya, adakah melupuskan hutang 
kroni sebanyak RM589 juta itu langkah yang menguntungkan kerajaan? 
 Bagaimana pula perbelanjaan besar ketika beliau memegang portfolio 
pertahanan?  Tidak juga ketinggalan, komisyen-komisyen yang dihulur 
kepada orang-orang tengah dalam pembelian senjata yang memakan belanja 
hangus jutaan ringgit selama ini; adakah ini juga tidak merugikan 
kerajaan?  Mungkin membeli beg tangan dan barang kemas yang turut 
berjumlah jutaan ringgit buat isteri tercinta juga tidak merugikan 
beliau dan kerajaan beliau.  Akhir sekali, kenyataan Negara bakal 
bankrap yang dikeluarkan oleh Ibrahim Ali turut mencuit hati saya. 
 Tidaklah saya perlu mengulas panjang, cukuplah saya bertanya, adakah 
beliau telah lupa perjuangan beliau ketika zaman beliau bergelar 
mahasiswa dahulu?  Kenyataan dan kewujudan orang-orang politik seperti 
mereka ini saya kira lebih merugikan Negara dari memberi pendidikan 
percuma kepada rakyat.

Pendidikan percuma bukanlah amalan yang pelik dan asing dalam kalangan 
Negara-negara merdeka.  Tidak semestinya hanya Negara yang maju sahaja 
mampu menanggung pendidikan percuma buat rakyatnya.  Lihat kepada Negara
 seperti Venezuela.  Pendapatan perkapitanya hampir sama dengan Negara 
kita, mengapa mereka mampu untuk menyumbangkan dana yang besar kepada 
sektor pendidikan?  Bukan kemampuan ekonomi semata-mata yang menjadi 
pemangkin kepada idea pendidikan percuma, sebaliknya juga keinginan 
politik atau "political will" turut memainkan peranan.  Keengganan 
memberi pendidikan percuma buat rakyat Negara ini bukanlah kerana Negara
 tidak mampu.  Hujah mengenai Negara tidak mampu dari segi ekonomi boleh
 dibakul sampahkan dengan mudah jika kita menyedari bahawa Negara kita 
kaya hasil bumi.  Petronas sahaja mampu menyuntik puluhan billion, 
ditambah lagi dengan lain-lain sumber pendapatan Negara seperti FELDA, 
estet-estet getah, kuari-kuari bijih timah, besi, dan emas, 
lading-ladang tebu, sawit, dan sebagainya.  Sektor industri Negara juga 
bernilai billion ringgit.  Tidak mampukah kita menanggung pendidikan 
anak-anak mahasiswa?

Banyak lagi hujah dan analisa lebih terperinci untuk membuktikan bahawa 
pendidikan percuma bukan idea karut dan populis.  Pendidikan percuma 
mampu untuk dinikmati oleh semua orang.  Cuma yang menjadi penghalangnya
 bukanlah kemampuan ekonomi, sebaliknya adalah keinginan politik itu 
sendiri.  Ahli politik pasti mempunyai sebab sendiri dengan tidak 
bersetuju terhadap idea ini.  Kita tidak perlu mengusutkan otak untuk 
memikirkan sebab musabab dan punca keengganan mereka ini.  Tugas kita 
adalah menuntut hak yang seharusnya telah pun kita genggam sekian lama 
dahulu.  Pilihan raya telah dekat, dan ini adalah waktu terbaik untuk 
kita menuntut segala hak yang sekian lama dinafikan dari kita.

14 April ini, saya akan turun bersama rakan-rakan ke Dataran Merdeka 
bagi menuntut hak kita untuk mendapatkan pendidikan percuma.  Anda 
bagaimana?

*Adam Adli ialah aktivis mahasiswa, bergiat aktif dalam pertubuhan 
Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) dan kini Bendahari Solidariti Mahasiswa
 Malaysia (SMM).

======================================================================================

From: Mus

"Jangan bersikap sombong dan mungkir janji" kata Najib. 
By aspan

"Dua
 perkara yang terpenting untuk diingati oleh pemimpin, pertamanya jangan
 bersikap sombong, dan jangan tidak tepati janji", kata PM Najib di 
Temerloh semalam. Saya dan sesiapa juga bersetuju dengan ungkapan Najib 
itu, baik kawan dan lawan dalam politik. Kata-kata itu memang satu 
nasihat dan peringatan yang baik kepada semua. Bak kata anak-anak muda 
sekarang 'gua caya lu Najib'.

Tetapi itulah diantara sebab kenapa
 UMNO dimarahi dan dipersoalkan oleh rakyat. 'Attribute' pemimpin UMNO 
adalah kesombongan mereka serta sikap tidak menepati janji. DAN dalam 
artikel ini kita boleh tambah lagi apa-apa yang melekat sebagai stigma 
yang tidak dapat dipisahkan dari parti pemerintah itu. Apa yang 
dinasihati Najib itu, itu lah yang ada kepada UMNO.

UMNO begitu 
sombong kepada rakyat dengan mengugut rakyat supaya jangan tinggalkan 
UMNO kerana jika UMNO ditinggalkan, mereka tidak akan dapat menentukan 
nasib yang baik untuk rakyat yang ramai. Hanya UMNO sahaja yang boleh 
mempastikan kehidupan yang baik untuk rakyat dan 'there is no life 
without UMNO'. Kepercayaan yang segala-galanya adalah dari Tuhan Semesta
 Alam tidak dipakai lagi. Mereka telah cuba mengalihkan keyakinan ramai 
yang, 'there is life without UMNO'.dan 'there is life after UMNO'.

Justru,
 sikap UMNO yang cuba mengambilalih kerja Tuhan itulah yang menyebabkan 
rakyat bertambah jemu terutamanya kepada mereka yang berfikir dan 
diselarikan dengan keimanan didalam diri mereka. UMNO hanyalah sebuah 
parti yang dipergunakan akhir-akhir ini (sejak 3 dekad yang lalu) hanya 
untuk membina kesombongan dan ke egoan pemimpin-pemimpin yang menerajui 
parti itu.

Janji-janjinya untuk membela bangsanya tidak pernah 
diberikan tumpuan. Jika benar UMNO menunaikan janji-janjinya, kenapa 
Melayu masih berada ditahap ini walaupun UMNO telah menerajui kepimpinan
 negara sejak merdeka sehinggalah ke hari ini? Janji-janji untuk membela
 bangsanya semakin menghampakan apabila hak keistimewaan orang Melayu 
dan Bumiputra itu hanya diambil kesempatan oleh hanya segelintiran 
Melayu yang istimewa sahaja. Mereka tidak membela bumi-putra dan mereka 
hanya memberikan pembelaan kepada putra-putra semata-mata.

Yang 
'bumi' tidak dapat pembelaan dan apabila bumi yang rata-rata masih 
miskin ini diambil kesempatan diatas kesusahan mereka dengan membeli 
sokongan dengan harga RM500 sahaja sekali dalam 5 tahun. Maka beraturlah
 ribuan 'bumi' yang fakir dan lapar untuk menerima RM500 dari 
pemimpin-pemimpin UMNO.dan pemberian sebanyak itu dipaparkan kepada 
dunia melaluii media massa perdana untuk menunjukkan yang rakyat mereka 
boleh dijadikan sebagai peminta sedekah dimata masyarakat sehingga 
keperingkat antarabangsa.

Segala daging batang pinangnya dibolot 
oleh 'putra-putra' mereka sahaja. 'Putra-putra' ini adalah dari keluarga
 pemimpin sahaja. Lepas bapa pindah pula kuasa kepada putra-putra 
mereka. Nasihat Najib dan pimpinan yang lain di Temerloh itu sepatutnya 
di arahkan kepada mereka sendiri. Pemimpin sepatutnya membela 
Bumi-putra, bukannya hanya membela putra-putra semata-mata. Jangan 
ditinggalkan 'Bumi-bumi' melata ditepian masyarakat yang dikuasai oleh 
'putra-putra' sahaja. Kerajaan dan pimpinan mesti membela Bumi-bumi 
bersama dengan putra-putra yang sudah kaya raya melalui jalan halal dan 
haram itu.

TETAPI, benarkah rakyat hanya marah terhadap pemimpin 
yang sombong dan mungkir janji sahaja? Tidak kah pemimpin-pemimpin yang 
berkuasa hari ini tidak diyakini oleh rakyat kerana banyak isu lain? Isu
 yang utama yang berhadapan dengan pimpinan UMNO dan BN hari ini ialah 
isu rasuah yang berada dalam lingkungan RM ratusan billion dan sekarang 
sudah ada bukti yang angka itu sudah mencecah sehingga RM.1.3 trillion 
sejak sepuluh tahun lalu?

Rakyat marah-marah kerana rasuah yang 
berlaku disetiap peringkat pentadbiran, dari peringkat Persekutuan 
sehingga keperingkat Daerah dan berlaku diseluruh Negara. Di peringkat 
daerah para pentadbir berlumba-lumba dengan rakyat biasa untuk merebut 
peluang kehidupan melalui jalan yang tidak dibenarkan oleh undang-undang
 dan moral. Pegawai-pegawai diperingkat daerah ramai yang mendaftarkan 
syarikat diatas nama anak atau isteri untuk merebut peluang yang 
sepatutnya untuk rakyat yang mereka tadbir.

Siapa diantara 
pemimpin yang memantau keadaan ini? Jawapannya tidak ada. Gejala rasuah 
ini telah diabaikan sejak sekian lama dan sampai ketahap rakyat sudah 
tidak lagi dapat menerimanya. Sekarang ini gejala rasuah yang sangat 
mengerikan ini sudah tidak dapat dikawal lagi kerana hampir semua yang 
berada dalam kuasa hari ini terlibat secara 'direct' atau 'indirect' 
dalam kegiatan hina ini.

Budaya ini telah menjalar ke segenap 
lapisan kepimpinan sehinggakan ramai diantara mereka menjawab kritikan 
seperti yang kita buat terhadap mereka dengan berkata, "kalau kau 
berkuasa pun kau akan belasah juga". Mereka menyamakan sikap kita dengan
 sikap mereka kerana mereka sudah percaya yang rasuah besar itu adalah 
budaya kepimpinan hari ini.

Bagi kumpulan ini rasuah itu adalah 
kemestian bagi sesiapa yang memerintah kerana semasa mereka yang sudah 
mula berfikir dalam kehidupan sudah melihat rasuah ini dihadapan mata 
mereka sendiri. Tetapi mereka tidak sedar yang negeri-negeri kepimpinan 
PR telah membuktikan yang rasuah itu boleh ditangani.

Di Pulau 
Pinang contohnya kontraktor tidak payah menggunakan 'cable' politik 
untuk mendapatkan kerja kontrak. Kontraktor-kontraktor hanya memerlukan 
'internet cable' sahaja kerana semua sebutharga dilakukan 'on-line'. 
Dengan cara ini kos sesuatu kontrak itu akan menjadi rendah kerana 
elemen kos pembayaran komisyen sudah tidak ada dalam didalam sebutharga 
mereka itu.

Tidak ada kronisma dan tidak ada rasuah dan kepada 
sesiapa yang tidak mempunyai 'connection' politik pun boleh bersama-sama
 berpeluang mendapatkan kerja-kerja yang sebelum ini hanya diperolehi 
oleh sekumpulan kecil orang-orang istimewa sahaja. Bagi kerajaan P 
Pinang dan Selangor serta kerajaan PR yang lain, semua rakyat itu adalah
 istimewa belaka.

Dengan acara itu tidak akan adalah situasi 
dalam mana kos yang diperuntukkan untuk membeli peralatan senjata yang 
bernilai RM5 billion dinaikkan kapada RM9 billion kerana hendak 
memasukkan elemen komisyen kepada mereka yang berkuasa didalam pembelian
 peralatan senjata dan perang negara kita.

Bayangkan jika BN 
tidak lagi berkuasa maka peluang untuk membenteras jenis rasuah yang 
begitu sistematik yang dilakukan oleh pemimpin hari ini akan dihapuskan.
 Wang yang digunakan untuk rasuah sekarang ini, sebaliknya akan dapat 
digunakan oleh PR untuk kesejahteraan rakyat. Jumlahnya bukannya 
kecil...tetapi berbillion-billion ringgit. 

======================================================================================

From: Mus

Bila pendidikan jadi sayur dan ayam

Adam Adli | Apr 09, 2012 

Sebelum
 saya dan anda tenggelam lebih jauh dalam tulisan ini, biarlah saya 
tekankan terlebih dahulu tujuan dan matlamat akhir perkataan dan 
ayat-ayat dalam tulisan ini disusun.  Saya sedang cuba untuk mengolah 
kembali persetujuan dari semua orang bahawa pendidikan percuma adalah 
penting, relevan, dan tentu sekali perlu dituntut oleh semua orang tanpa
 perlu mengambil kira di mana letaknya diri anda dalam sistem masyarakat
 dan sosial hari ini.  Di akhir tulisan ini juga, tidak keterlaluan jika
 saya katakan objektifnya adalah untuk mengajak anda bersama-sama untuk 
turun ke Dataran Merdeka pada tanggal 14 April yang akan datang bagi 
menggenggam hak kita untuk mendapatkan pendidikan percuma.  Mesej 
utamanya; pendidikan bukan barang dagangan.

Umum ketahui, 
pendidikan adalah elemen penting dalam pembentukan insan dan Negara.  
Tanpa pendidikan dan kemahiran, kita akan terus mundur dalam 
pembangunan, tidak mampu bersaing dengan arus dunia, terpaksa bergantung
 dengan kemahiran orang lain, merencatkan rencana-rencana masa depan 
Negara, serta yang lebih penting melahirkan lebih ramai golongan yang 
tidak berfungsi.  Rakyat yang tidak mendapat pendidikan secukupnya 
adalah rakyat yang gagal, dan pada skala lebih besar, Negara ini juga 
akan jadi Negara yang gagal.  Tidak perlu kita jelaskan lebih banyak 
tentang peri pentingnya pendidikan dan penguasaan ilmu, sudah terang 
lagi bersuluh.  Cuma yang menjadi persoalannya di sini, apabila kita 
sudah pun memahami keperluan dan kepentingan ilmu, dan kita mampu akui 
ilmu harus dimiliki oleh semua orang, persoalannya sekarang; berapa 
besar peluang untuk mendapatkannya dan bagaimana pula ilmu ini dilayan 
sebagai suatu perkara yang mulia.

Negara kita mempunyai 
sekurang-kurangnya 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), dan angka 
ini sentiasa bertambah.  Di samping itu juga, kita turut memiliki 
ratusan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).  Secara keseluruhan, 
kita mempunyai seramai hampir sejuta pelajar yang sedang menuntut di 
universiti.  Pada permukaan, angka ini melegakan semua orang dan 
seolah-olah menjawab persoalan tentang peluang untuk anak-anak kita 
mendapatkan pendidikan setelah tamat pengajian di peringkat sekolah.  
Namun hati-hati.  Kelegaan itu sebenarnya menjerat persepsi kita semua. 
 Tidak perlu saya mengulas terlalu panjang, cukuplah saya simpulkan 
bahawa situasi tumbuhnya institusi-institusi ini sebenarnya bukanlah 
untuk membuka peluang belajar kepada anak-anak yang cerdik sebaliknya 
adalah peluang untuk membuat keuntungan dari keperluan masyarakat.  
Ramai yang menganggap, kenyataan ini hanya berkesan kepada kewujudan 
IPTS yang diakui mengaut keuntungan jutaan ringgit dari poket-poket ibu 
bapa dan pelajar yang sanggup membayar mahal, namun kita lupa tentang 
kewujudan lintah darat PTPTN yang menguasai pelajar dari IPTA-IPTA 
seluruh Negara.

Bagaimana menteri yang tidak hormat siswa dilantik jaga universiti?

Persepsi
 umum menganggap, IPTA kononnya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, dan
 PTPTN adalah satu rahmat yang harus disyukuri oleh semua hamba rakyat. 
 Namun tidak disedari bahawa, IPTA yang kononnya adalah institusi awam 
sebenarnya telah lama diswastakan!  Fakta mudah untuk diketahui oleh 
semua orang adalah; PTPTN tidak lagi menerima suntikan dana dari 
kerajaan, sebaliknya terus-menerus bergantung kepada pusingan keuntungan
 yang tidak ada bezanya dengan bank-bank dagangan mahupun ceti-ceti 
haram dan halal yang beroperasi dalam Negara kita.  Memakan hasil 
keuntungan dari faedah dan riba, yang diperah melalui titik peluh 
graduan yang telah berkerja.  Maka yang demikian, adalah tidak adil buat
 kita untuk mengatakan bahawa PTPTN adalah satu bentuk amal jariah yang 
disediakan oleh kerajaan kita untuk pelajar-pelajar yang menuntut di 
universiti.  PTPTN hanyalah ceti yang dilesenkan oleh kerajaan untuk 
menabur hutang kepada pelajar tanpa rasa bersalah.  Alangkah terkejutnya
 bila kita selama ini seolah-olah tidak menyedari bahawa pemberian 
hutang sebegini adalah amalan yang seharusnya ditentang sejak dulu 
lagi.  Menjadikan anak-anak mahasiswa sebagai hamba kepada PTPTN 
hanyalah menghina kegigihan mereka yang menuntut ilmu dan sekaligus, 
menjadikan mereka sebahagian lagi anggota masyarakat yang akan terus 
menjadi hamba kepada pemodal kaya.

Dengan wujudnya sistem PTPTN 
ini juga, sekaligus menjadikan ilmu sebagai barang dagangan, bukan lagi 
entiti suci yang diangkat tinggi dalam kalangan masyarakat.  Alangkah 
hinanya apabila ilmu menjadi barang dagangan, sedangkan kemuliaannya itu
 melebihi wang kertas.  Ilmu sebenarnya tidak mampu dan tidak mungkin 
boleh diletakkan tanda harga seperti ayam dan sayur di pasar.

Apabila
 muncul perdebatan dan tawaran mengenai pendidikan percuma oleh 
orang-orang politik, saya melihat situasi ini sebenarnya mula membuka 
topeng-topeng pemain politik Negara.  Saya terus percaya dan optimis 
bahawa pendidikan sawajibnya percuma di semua peringkat, yang 
menggelikan hati adalah kenyataan oleh bapak-bapak menteri dan 
politikus-politikus yang menentang idea pendidikan percuma ini.  Lihat 
sahaja kenyataan Menteri Pengajian Tinggi yang terus-menerus mendakwa 
pendidikan percuma tidak relevan, mengurangkan kompetensi antara 
pelajar, serta merugikan kerajaan.  Bagaimana kita boleh melantik orang 
yang tidak menghormati mahasiswa sebagai menteri yang menjaga 
universiti?  Beliau dengan mudahnya menganggap bahawa pendidikan percuma
 melemahkan daya saing mahasiswa.  Andai sahaja beliau mampu sedar 
bahawa bukan wang ringgit yang jadi ukuran terhadap daya saing pelajar, 
sebaliknya adalah minat dan keghairahan menuntut ilmu itu sendiri yang 
menjadi tanda aras persaingan antara mahasiswa.  Tidakkah mahasiswa rasa
 terhina dengan kenyataan bapak menteri ini yang seolah-olah menganggap 
pelajar berusaha mendapatkan ijazah kelas pertama hanya untuk melepaskan
 diri dari hutang?  Pelajar bukannya Gladiator yang berlawan di tengah 
gelanggang orang kaya untuk melepaskan diri dari menjadi hamba.  Pelajar
 adalah penuntut ilmu yang mahu mengembangkan potensi diri.

Lupuskan hutang kroni untungkan kerajaan?

Tidak
 sah juga jika kita tidak melihat kepada kenyataan Perdana Menteri kita,
 Najib Razak yang juga berpendapat, membelanjakan wang yang besar untuk 
menanggung pendidikan di peringkat universiti adalah langkah yang 
merugikan kerajaan.  Saya mula tertanya-tanya, adakah melupuskan hutang 
kroni sebanyak RM589 juta itu langkah yang menguntungkan kerajaan?  
Bagaimana pula perbelanjaan besar ketika beliau memegang portfolio 
pertahanan?  Tidak juga ketinggalan, komisyen-komisyen yang dihulur 
kepada orang-orang tengah dalam pembelian senjata yang memakan belanja 
hangus jutaan ringgit selama ini; adakah ini juga tidak merugikan 
kerajaan?  Mungkin membeli beg tangan dan barang kemas yang turut 
berjumlah jutaan ringgit buat isteri tercinta juga tidak merugikan 
beliau dan kerajaan beliau.  Akhir sekali, kenyataan Negara bakal 
bankrap yang dikeluarkan oleh Ibrahim Ali turut mencuit hati saya.  
Tidaklah saya perlu mengulas panjang, cukuplah saya bertanya, adakah 
beliau telah lupa perjuangan beliau ketika zaman beliau bergelar 
mahasiswa dahulu?  Kenyataan dan kewujudan orang-orang politik seperti 
mereka ini saya kira lebih merugikan Negara dari memberi pendidikan 
percuma kepada rakyat.

Pendidikan percuma bukanlah amalan yang 
pelik dan asing dalam kalangan Negara-negara merdeka.  Tidak semestinya 
hanya Negara yang maju sahaja mampu menanggung pendidikan percuma buat 
rakyatnya.  Lihat kepada Negara seperti Venezuela.  Pendapatan 
perkapitanya hampir sama dengan Negara kita, mengapa mereka mampu untuk 
menyumbangkan dana yang besar kepada sektor pendidikan?  Bukan kemampuan
 ekonomi semata-mata yang menjadi pemangkin kepada idea pendidikan 
percuma, sebaliknya juga keinginan politik atau "political will" turut 
memainkan peranan.  Keengganan memberi pendidikan percuma buat rakyat 
Negara ini bukanlah kerana Negara tidak mampu.  Hujah mengenai Negara 
tidak mampu dari segi ekonomi boleh dibakul sampahkan dengan mudah jika 
kita menyedari bahawa Negara kita kaya hasil bumi.  Petronas sahaja 
mampu menyuntik puluhan billion, ditambah lagi dengan lain-lain sumber 
pendapatan Negara seperti FELDA, estet-estet getah, kuari-kuari bijih 
timah, besi, dan emas, lading-ladang tebu, sawit, dan sebagainya.  
Sektor industri Negara juga bernilai billion ringgit.  Tidak mampukah 
kita menanggung pendidikan anak-anak mahasiswa?

Banyak lagi hujah
 dan analisa lebih terperinci untuk membuktikan bahawa pendidikan 
percuma bukan idea karut dan populis.  Pendidikan percuma mampu untuk 
dinikmati oleh semua orang.  Cuma yang menjadi penghalangnya bukanlah 
kemampuan ekonomi, sebaliknya adalah keinginan politik itu sendiri.  
Ahli politik pasti mempunyai sebab sendiri dengan tidak bersetuju 
terhadap idea ini.  Kita tidak perlu mengusutkan otak untuk memikirkan 
sebab musabab dan punca keengganan mereka ini.  Tugas kita adalah 
menuntut hak yang seharusnya telah pun kita genggam sekian lama dahulu. 
 Pilihan raya telah dekat, dan ini adalah waktu terbaik untuk kita 
menuntut segala hak yang sekian lama dinafikan dari kita.

14 
April ini, saya akan turun bersama rakan-rakan ke Dataran Merdeka bagi 
menuntut hak kita untuk mendapatkan pendidikan percuma.  Anda bagaimana?

*Adam
 Adli ialah aktivis mahasiswa, bergiat aktif dalam pertubuhan Legasi 
Mahasiswa Progresif (LMP) dan kini Bendahari Solidariti Mahasiswa 
Malaysia (SMM).



======================================================================================

Oleh Khalid Samad 
Sejak kebelakangan ini, kedengaran isu "ancaman Kristianisasi" ingin 
ditonjolkan oleh pihak yang berkepentingan sebagai sesuatu yang sedang 
melanda ummat Islam, khususnya Negeri Selangor.  Walaupun ianya tidak 
disebut secara terang-terangan, tetapi semua memahami mesej yang cuba 
disampaikan oleh golongan "kontraktor upahan UMNO" ini, iaitu di bawah 
PR, aqeedah ummat Islam terancam dan orang Kristian "bermaharajalela"!

Bagi
 saya ini adalah bukti tambahan yang mengukuhkan keyakinan saya bahawa 
BN dan khususnya UMNO ketandusan isu.  Seperti dakwaan mereka bahawa 
Anwar Ibrahim menyokong pembunuhan rakyat Palestine demi menjamin 
keselamatan Israel, "ancaman Kristianisasi" merupakan satu lagi "kisah 
dogeng" untuk memukul PR.  Sedangkan rakyat, khususnya yang di Selangor,
 dapat melihat sendiri realiti yang berbeza di persekitaran mereka.  
Masjid dan Surau semakin diimarahkan, bukan semakin sunyi.  Para ustadz 
semakin disanjung dan dihormati, bukan semakin dipinggirkan.  
Sekolah-sekolah dan tadika Islam semakin dipenuhi murid dan bukan 
semakin lengang.  Malahan, para pemimpin turut kelihatan semakin 
berakhlak, bukan semakin sombong dan angkuh, tenggelam dalam kemewahan.

Namun,
 bagi yang tidak mempercayai apa yang dilihat di persekitaran mereka 
sendiri, maka saya pamerkan bersama jawapan Menteri BN sendiri ke atas 
soalan yang dikemukakan oleh wakil rakyat Parit Buntar berhubung 
statistik murtad di Negara Malaysia.

Jelas terbukti, jawapan yang diberikan oleh YB Menteri adalah:
"Tidak ada penganut agama Islam yang telah murtad berdasarkan tiada jenis 
permohonan untuk murtad di Mahkamah Syariah, kecuali… (sila baca yang 
seterusnya)".

Ini
 bererti segala dakwaan bahawa "gejala murtad" sedang melanda negara 
Malaysia, khususnya murtad dalam erti kata orang Islam yang keluar Islam
 demi memeluk agama Kristian, adalah satu dakwaan yang tidak berasas 
kepada mana-mana fakta atau perangkaan statistik yang boleh diyakini.  
Ianya hanya satu dakwaan yang sengaja dihebohkan oleh golongan yang 
berkepentingan dan tidak berakhlak demi masa depan politik mereka.

ANCAMAN MURTAD YANG SEBENAR

Walaupun
 begitu, saya tidak menafikan bahawa ummat Islam sememangnya diancam 
bahaya murtad.  Tetapi ianya suatu bahaya yang dihasilkan kejahilan 
ummat Islam terhadap Islam itu sendiri dalam memahami perkara-perkara 
yang boleh membatalkan syahadah mereka.  Dan di antara perkara yang 
termasuk di dalam perkara yang boleh membatalkan syahadah itu adalah 
penolakan hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah sebagai 
hukum-hukum yang zalim atau ketinggalan zaman.

Bahaya murtad yang
 terhasil dengan cara ini adalah lebih bahaya kerana seseorang individu 
terus menganggap dirinya seorang Muslim tetapi pada hakikatnya namanya 
telah digugurkan oleh Allah dari senarai orang yang beriman, 
Naudzubillahi min dzalik.  Ini berlaku kerana dia tidak mengimani bahawa
 Islam dan segala yang terkandung di dalam ajarannya adalah dari Allah 
yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

Ada juga yang menganggap
 dirinya Muslim walaupun dia tidak sembahyang atau puasa atau membayar 
zakat.  Ini adalah kerana dia Melayu dan Melayu itu adalah Islam 
mengikut perlembagaan Malaysia.  Golongan ini seolah-olah tidak sedar 
bahawa Perlembagaan Malaysia bukan merupakan rujukannya pada hari 
akhirat kelak!  Kejahilannya ditambah lagi oleh pihak UMNO yang ingin 
memperkukuhkan kedududkan politik mereka dengan menyamakan Islam dengan 
Melayu.  Maka diisytiharkan perjuangan untuk Melayu adalah perjuangan 
untuk Islam!  Sedangkan untuk menjadi Melayu dan bersama "perjuangan 
Melayu" tidak dijadikan solat, puasa dan sebagainya sebagai 
rukun-rukunnya.  Apatah lagi mengimani kitab-kitab Allah dan Hari 
akhirat.  Seorang Melayu tetap Melayu walaupun dia menolak perkara ini 
semua!

Bahaya murtad yang sebegini, yang jauh lebih ramai 
terancam olehnya, hasil pengaruh UMNO, adalah apa yang ingin ditangani 
oleh PAS.

Dr.Hasan Ali dan isu Murtad

Ada
 yang bertanyakan saya sejauhmana Hasan Ali (gambar bawah) ikhlas dalam 
menangani isu murtad. Saya menjawab, keikhlasan adalah merupakan soal 
hati dan oleh itu sukar untuk diukur kerana ianya sesuatu yang ghaib.  
Namun, apa yang boleh saya nyatakan ialah begini: sejak beliau memegang 
jawatan sebagai Pesuruh Jaya PAS Negeri Selangor pada tahun 2003 
sehingga 2011, termasuk tempoh beliau sebagai exco-agama dari 2008 
hingga 2011, isu murtad telah dibahas dan dibincang begitu kerap dan 
hangat sekali sebanyak "yiiiilek" ribu dan "yiiilek" ratus "yiiilek" 
kali banyaknya.  Jelas ianya sejak dulu lagi menjadi tajuk kegemaranya 
yang tidak dibincang.

Kalau dilihat dari turutan kronologinya, ianya hanya mula dibincang selepas 
beliau tidak lagi dilantik Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor pada tahun 
2011.  Ia mula disebut oleh beliau hasil peristiwa tindakan penguatkuasa JAIS 
menceroboh masuk kawasan DUMC pada Ogos 2011.  Pada ketika 
peristiwa pencerobohan itu berlaku, beliau sendiri mengakui beliau tidak 
dimaklumkan dan hanya mendapat maklumat mengenainya pada pagi esok 
ketika bersahur apabila Elizabeth menghantar sms kepada beliau.

Apabila
 ditanya Pengarah JAIS sendiri pada jam 9 lebih pada pagi tersebut, 
Pengarah JAIS juga memaklumkan beliau juga tidak mengetahui mengapa 
ianya dilakukan; dan semua pihak terpaksa menunggu pasukan penguat-kuasa
 kembali untuk memberi penerangan mengenai tindakan tersebut. 

Apabila
 semua keterangan telah diterima, termasuk dari pihak NGO dan Gereja 
yang terlibat, maka terbukti bahawa dakwaan pihak penguatkuasa JAIS 
bahawa adanya usaha memurtadkan orang Islam dalam majlis tersebut adalah
 dakwaan yang tidak mempunyai bukti yang kukuh.  Maka keluarlah titah 
Baginda, "bukti tidak mencukupi untuk menyabit kesalahan…".  Titah 
berkenaan turut mengandungi kenyataan bahawa usaha memurtadkan memang 
dijalankan walaupun pada asalnya diakui bukti tidak mencukupi untuk 
mengesahkan dakwaan tersebut.  Ini bagi saya merupakan sejenis amaran 
yang dikemukakan pihak Tuanku untuk menentukan tiada usaha oleh 
mana-mana golongan ke arah itu.

Walau apa pun, isu ini telah 
dimanfaatkan oleh Hasan Ali untuk memukul PAS supaya beliau dikeluarkan 
dari PAS dan atas isu ini beliau sedang mencari pengaruh untuk menjamin 
PAS kalah teruk dalam PRU ke 13.  Sekiranya ini tercapai maka pada hari 
itu akan dikatakannya kepada PAS, "padan muka kerana tidak menghargai 
kehebatan diri saya!"  Maka pada hari itu akan terbuktilah kehebatan 
dirinya dan dengan itu dia akan terus disanjung oleh UMNO dan diberikan 
jawatan yang bersesuaian dengan kehebatan dirinya.  Mungkin inilah yang 
beliau hajatkan.

Sebenarnya, bukti yang dikemukakan di rumahnya 
tempoh hari tidak ada apa-apa.  Kalau ingin dilihat dari sudut kekukuhan
 bukti, ianya tidak bernilai sama sekali.  Siapa sahaja mampu membuat 
video yang sebegitu dan hakikat bahawa ianya tidak dibenarkan untuk 
disalin dan sebagainya amat meragukan.  Sekiranya ianya adalah atas 
alasan "keselamatan", lagi baik tidak dibuat Sidang Akhbar kalau 
begitu.  Serahkan sahaja kepada pihak berwajib dan biar mereka siasat 
dan dakwa pihak yang bersalah.  Jamil Khir di dalam Parlimen telah 
mengesahkan kes sebegini sudah boleh didakwa di Mahkamah Sivil, maka apa
 masalahnya?

Masalahnya ialah isu Kristianisasi ini hendak dipolitikkan dan walaupun status 
persoalan ini tiada apa-apa perbezaan sejak dulu lagi, ia ingin 
disensasikan oleh Hasan Ali untuk tujuan politik beliau.  Maka biarlah 
beliau terjun dengan labu-labunya.  Pada masa yang sama, PAS akan terus 
membenteras gejala murtad dalam ertikata sebenar melalui usaha 
meningkatkan kefahaman ummat Islam dan perasaan cintakan Islam di 
kalangan masyarakat, khususnya orang Islam.

WaLlahu 'Alam 
KHALID SAMAD

*Tulisan ini dipetik dari blog Khalid Samad (gambar kiri), ahli parlimen Shah 
Alam, yang disiarkan pada 4 April 2012.





======================================================================================



Katanya, Utusan Malaysia dan juak-juak UMNO, lebih tepat lagi UMNO Pulau 
Pinang, terkinja-kinja kegembiraan kerana mendapat ‘peluru emas’ untuk menembak 
pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat, khususnya DAP dan Lim Guan Eng 
sendiri.


Halnya bertolak dari isu tanah di satu kawasan yang telah gagal 
dibangunkan oleh kerajaan BN (Koh Tsu Koon). Kemudian, setelah Pakatan 
Rakyat mengambil alih, maka kawasan ini akan dibangunkan, justeru proses 
pembangunan itu haruslah melalui proses yang sama sekali lagi, tetapi 
kali ini menerusi tender terbuka kepada semua kontraktor pemaju. Ini 
amalan rasmi kerajaan Pulau Pinang berdasarkan prinsip Cekap, Akauntabel dan 
Telus (CAT).


Akhirnya tender pembangunan di Bayan Mutiara ini telah dimenangi oleh pemaju 
tempatan. Isunya timbul apabila salah satu lot tanah dalam 
kawasan pembangunan Bayan Mutiara ini ‘dikatakan’ akan hilang. Tanah 
yang dimaksudkan itu ialah tanah untuk tapak sebuah masjid.


Kita harus membaca anatomi kes ini iaitu, setiap kawasan atau tanah 
yang akan dibangunkan, pastilah mendapat kelulusan Pihak Berkuasa 
Tempatan, dan syarat-syarat dalam perjanjian ini juga berdasarkan logik 
juga iaitu, mana-mana kawasan perumahan, wajiblah menyediakan prasarana 
asas. Prasarana ini termasuklah sekolah, masjid, rumah ibadat, klinik, 
balai polis, bomba dan lain-lain.


Jadi, jika kita membaca dan meneliti sekali lagi maklumat di atas, 
jelas bahawa apabila satu-satu pemaju telah mendapat hak untuk 
membangunkan kawasan tersebut, pastilah reka bentuk dan susun atur semua 
prasarana ini akan dipinda mengikut pelan baru yang dibentangkan oleh 
pemaju kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan juga kerajaan negeri.


Yang pasti, pemaju mesti ikut syarat membina masjid, sekolah, rumah 
ibadat bukan Islam dan sebagainya mengikut keluasan dan jumlah unit 
perumahan yang dibina. Itu undang-undang yang ada.


Justeru, pastilah ia berpindah, bertukar baik saiz, bentuk dan sebagainya, 
tetapi bukan hilang seperti dakwaan UMNO itu.


Berpindah maksudnya, mungkin akan dibina di kawasan B atau C dari 
tapak asalnya iaitu kawasan A. Begitu jugalah halnya dengan prasarana 
asas yang lain-lain itu. Bukankah sifir ini sangat mudah difahami olah 
manusia yang berakal waras?


Lihatlah bagaimana UMNO memanipulasikan maklumat dan menjadikannya 
fitnah seolah-olah tanah masjid itu telah hilang dan lenyap sama sekali. Inilah 
gaya propaganda UMNO yang semakin hilang sokongan rakyat, inilah bentuk 
mentaliti manusia yang meracau mahukan kuasa – niat menghalalkan cara.


Katanya … jika Koh Tsu Koon yang membinanya, pastilah projek-projek 
buat masjid ini akan diberi kepada kontraktor UMNO Pulau Pinang. 
Bukankah ini amalan rasmi UMNO? UMNO memang ramai penagih kontrak, dengan cara 
itulah mereka gunakan sebagai alat untuk terus berkuasa dan merembat harta 
rakyat atas nama Islam atau Melayu.


Katanya … kini juak-juak UMNO yang meracau itu hanya mampu melihat 
sambil meleleh air liur kerana pemerintahan Pakatan – DAP, PKR dan PAS – di 
Pulau Pinang tidak pernah menyalahgunakan wang zakat, wang 
baitulmal, wang tabung haji, wang amanah rakyat miskin tegar, malah 
peruntukan untuk pembangunan Islam di Pulau Pinang berlipat ganda dari 
sebelumnya, malah lebih besar dari peruntukan di negeri-negeri yang 
diperintah oleh UMNO sendiri.

Sedarlah diri, sebelum berkokok, pastikan ekor kamu (UMNO) tak 
bergelumang dengan tahi. Malah dosa mempermainkan agama bukannya kecil. 

======================================================================================

Lim Hong Siang 
Bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo meramalkan tarikh pilihan raya umum 
ke-13 pada Jun 2012, meskipun perkembangan terbaru menyaksikan 
perhimpunan BERSIH 3.0 (bersama Himpunan Hijau 3.0) pada 28 April bakal 
memberi impak yang besar kepada UMNO-Barisan Nasional.

"Himpunan BERSIH ni, kalau you tangguh (PRU 13), lebih banyak lagi himpunan 
BERSIH yang ada.  The more himpunan akan ada," kata Khir Toyo (gambar kanan).  
Malah, Khir Toyo 
berkongsi bacaannya bagaimana perhimpunan BERSIH dijadikan strategi 
Pakatan Rakyat untuk mengerah sokongan massa.

"Pertama, mereka 
mengundang Ambiga (Sreenevasan) untuk memimpin BERSIH, untuk menarik 
sokongan golongan profesional. (Ambiga ialah) Bekas Presiden Majlis 
Peguam.  Sekarang mereka guna A.Samad Said, untuk dapatkan sokongan 
cendekiawan.  Phd, profesor semua hormat dia (A.Samad Said).  Kalau 
pilihan raya lewat diadakan, dia akan adakan BERSIH 4.  Akan diketuai 
pemimpin mahasiswa.  Generasi muda," menurutnya.

Khir Toyo berkata sedemikian dalam satu wawancara bersama MerdekaReview di 
pejabatnya, semalam.  Beliau mendakwa setakat ini segala-galanya 
berjalan dengan baik, misalnya Perdana Menteri Najib Razak membuat 
keputusan yang baik untuk mengawal harga minyak, jikalau dibandingkan 
dengan kekecohan yang disaksikan di Indonesia apabila harga minyak 
naik.  Ketika ditanya bahawa banyak isu dan masalah yang belum selesai 
setakat ini, lantas beliau jawab, "Isu tak akan selesai."

Apabila ditanya mengenai isu National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang 
dilihat memberi tekanan yang amat besar terhadap UMNO, sehingga 
Shahrizat Abdul Jalil terpaksa melepaskan jawatan menterinya, Khir Toyo 
sekadar berkata, "(Kes ini) Sudah diambil tindakan..."

Beliau 
memperingatkan, apapun yang dilakukan, tidak ada kerajaan yang 
sempurna.  Malah Khir Toyo umpamakan kerajaan dengan suami dan isteri, 
mempersoalkan apakah wujudnya suami atau isteri yang sempurna?  
Lebih-lebih lagi, ketidaksempurnaan pasangan anda akan tertonjol selepas
 berkahwin, katanya.

Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 
menyaksikan lautan manusia mencecah lebih 50 ribu orang.  Cara polis dan
 FRU menyuraikan perhimpunan tersebut telah mengundang kritikan, malah 
dikatakan menjejaskan persepsi rakyat terhadap kerajaan, sehingga 
populariti Najib Razak selaku PM merudum kepada 59%, berbanding 72% 
dalam tinjauan sebelum itu.  Umum melihat kerajaan Najib mengambil masa 
untuk memperbaiki imejnya yang tercalar lantaran perhimpunan BERSIH 2.0.

Parlimen perlu dibubarkan sebelum akhir April 2013, dan UMNO bakal mengadakan 
pemilihan partinya sebelum Mac 2013.  Justeru itu, PRU 13 dijangka 
berlangsung sebelum Mac 2013.  September 2012 menjadi tarikh yang hangat 
dibincangkan sekarang, menggantikan Jun 2012 yang diramalkan sebelum 
ini.

Bagaimanapun, Khir Toyo tetap meramalkan Jun 2012.  Beliau 
mendakwa dirinya sempat berjumpa dengan Najib baru-baru ini, dan ketika 
ditanya sama ada isyarat diberikan oleh Najib mengenai tarikh pilihan 
raya, Khir menjawab, "Melihat kepada cara beliau (Najib) bekerja, dan 
bagaimana Tan Sri Muhyiddin kerja sekarang, dan kesemua parti komponen 
BN, saya rasa sekitar Jun."

UMNO yang tentukan, bukan Daim

Khir
 Toyo mengakui bahawa cabaran paling besar buat UMNO-BN kini adalah undi
 dari bukan Melayu dan golongan pemuda.  Mengimbas PRU 12, beliau 
mendakwa bahawa BN hanya kehilangan 2% hingga 5% undi Melayu, tetapi 
undi bukan Melayu hilang lebih 70%.  Hampir semua kerusi bandar hilang, 
melainkan Pandan (kerusi parlimen) yang dipertahankan BN di Selangor.

Menurutnya, golongan berumur 50 tahun ke atas telah membuat keputusan parti 
mana 
yang ingin diundi; sementara golongan berusia 30 tahun ke bawah tidak 
kisah sama ada kerajaan ditukar atau tidak.  Golongan berusia antara 30 
hingga 50 tahun inilah yang masih belum membuat keputusan, dan golongan 
ini jugalah cabaran terbesar buat BN.  Meskipun memuji pimpinan Najib 
sama ada di peringkat negeri mahupun negara, namun pemerhatian Khir Toyo turut 
mendapati, orang ramai yang hadir ke majlis Najib kebanyakannya 
berusia 50 tahun ke atas, sama ada di Puchong, Shah Alam, Hulu Selangor 
dan sebagainya.

Khir Toyo berkata, polisi Najib misalnya Bantuan 
Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan pemberian tunai RM500 kepada keluarga 
yang berpendapatan  bulanan RM3,000 dan ke bawah memberi kesan yang 
besar.  Sungguhpun demikian, Khir Toyo menganggap Najib mungkin akan 
mengumumkan sesuatu, yang menyasarkan pengundi bandar sebelum PRU 13.

Sebelum ini, bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin ketika ditemuramah Sin Chew 
Daily, berkata seandainya Najib kehilangan lebih kerusi dalam PRU 13 
berbanding PRU 12, maka beliau terpaksa berundur dari jawatannya.  
Apabila kenyataan ini diajukan kepada Khir Toyo, ditambah dengan andaian jika 
BN bawah pimpinan Najib gagal menawan semula Selangor, apakah 
Najib perlu berundur?

Khir Toyo bagaimanapun cuba elak menyatakan
 pendirian dengan "enggan membuat andaian keputusan PRU 13", tetapi 
berkata perhimpunan agong UMNO akan datang yang bakal menentukan sama 
ada Najib perlu berundur atau tidak, bukan Daim Zainuddin.

Belum menonjolkan, bukan gagal menonjolkan

Dalam satu wawancara bersama Malaysian Insider sebelum ini, Khir Toyo mendakwa 
bahawa BN tidak memiliki calon Menteri 
Besar yang sesuai untuk mencabar Khalid Ibrahim dari Pakatan Rakyat.  
Namun, dalam wawancara bersama MerdekaReview pada 5 April, beliau 
memperbetulkan kenyataannya, bahawa setakat ini BN "tidak tonjolkan" calon MB, 
bukan tiada.

Beliau bagaimanapun menyerah kepada Pengerusi UMNO di Selangor, Najib (gambar 
kiri) untuk memutuskan calon mana yang ingin ditonjolkan sebagai MB 
Selangor dalam PRU 13.  Wartawan cuba memetik kritikan BN terhadap 
Pakatan Rakyat di peringkat persekutuan, iaitu tiada "kabinet bayangan" 
ditampilkan, sebagai bukti PR belum bersedia memerintah.  Dengan logik 
yang sama, apakah ia juga menunjukkan BN belum bersedia menawan 
Selangor?

"Saya ingat sebelum pilihan raya, mungkin dalam masa pilihan raya, mungkin dia 
tonjolkan..." jawabnya.

Wartawan menyusul dengan soalan sama ada dirinya bakal bertanding dalam PRU 
13?  Beliau menjawab, "Saya ingat saya kena clear case saya dulu.  I nak 
clearkan myself dulu. Even though I have right bertanding...saya masih dalam 
keadaan boleh merayu dua mahkamah.  Tapi saya tak nak 
libatkan parti.  Saya ingat nak bersihkan diri saya dulu. I concentrate my 
court case."

Dengan kata lain, Khir Toyo tidak akan menyarung jersi dalam PRU 13?  "Ya, 
kalau lambat lagicourt case.  Court case saya lambat..."  Beliau berkata 
dirinya tidak akan bertanding sehingga 
kesnya dibersihkan, meskipun dicalonkan Bahagian Sungai Besar.  Khir 
Toyo, dijatuhkan hukuman penjara setahun pada Disember 2011, bagi 
kesalahan mendapatkan untuk beliau dan isteri, Zaharah Kechik dua lot 
tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta.

Kembali selepas kes dibersihkan?

Khir
 Toyo, 47, menyandang jawatan Menteri Besar pada Ogos 2000 pada usia 35 
tahun, menggantikan Abu Hassan Omar.  BN kehilangan kuasa di negeri 
Selangor pada 8 Mac 2008, dan Khir Toyo menyandang jawatan Ketua 
Pembangkang dalam DUN Selangor selepas itu.  Beliau meletak jawatan 
Ketua Pembangkang setelah dirinya diheret ke mahkamah berhubung kes di 
atas.

Apakah beliau akan kembali ke persada politik seandainya berjaya membersihkan 
kes dirinya?  Beliau pada mulanya memberi jawapan "bergantung kepada 
Dato Seri Najib," sebelum didesak untuk menyatakan hasrat dirinya untuk 
kekal "aktif dalam UMNO", sambil menambah, "tapi saya tak nak jadi 
Menteri Besar lagi".  Khir Toyo mengambil kesempatan untuk menyiku 
Pakatan Rakyat, bahawa kerosakan yang sangat ketara telah dilakukan 
kerajaan Pakatan Rakyat, termasuk PKNS, UNISEL, KUIS (Kolej Universiti 
Islam Selangor) dan sebagainya.

Apabila ditanya apakah beliau 
berhasrat kembali ke persada politik untuk menyandang jawatan Menteri di
 peringkat pusat, beliau hanya senyum dan menjawab, "Saya nak jadi 
pemimpin UMNO biasa...untuk perkasa UMNO." (Bahagian pertama, disambung)
*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia. Wawancara 
ini dijalankan bersama Chan Wei See, Ketua Pengarang MerdekaReview pada 5 April 
2012, di pejabat Khir Toyo.


======================================================================================


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Reply via email to