Salam


Kalau anda mengisi petrol/diesel.. Perhatikanlah stiker harga minyak 
RON95/DIESEL yang ditampal disisi pam.. Betapa pemurahnya kerajaan UMNO/BN 
terhadap rakyatnya..

Harga Minyak = Harga Pasaran Dunia - Subsidi - Pelepasan Cukai


Harga Ron 95 : 3.54 - 1.05 - 0.59 = 1.90

Harga Diesel : 3.30 - 1.10 - 0.40 = 1.80
Harga Ron 97 : 2.90 - 0.00 - 0.00 = 1.90


Hmm.. Harga Ron 97 di pasaran dunia lebih murah dari harga Diesel + Ron 95????


KUALA LUMPUR:Consumers of RON 97 petrol started paying 10 sen more per litre 
beginning today, putting its price at RM2.90.
Petrol Dealers Association of Malaysia president Datuk Hashim Othman said the 
price hike, which was fixed by the Finance Ministry, was inevitable as  the 
price of  world crude oil   had gone up.
The current world market price is at US$120 (RM360) per barrel.
Although the prices  of RON 95 and diesel remain unchanged, Hashim said it 
would be up to the government to decide if it can afford to continue 
subsidising the two products.

http://www.nst.com.my/ron-97-is-now-rm2-90-per-litre-1.70691

PETALING JAYA: The price of premium petrol RON 97 will be increased by 20 sen 
to RM2.90 per litre today.
Malaysian Petrol Dealers Asso­ciation president Datuk Hashim Othman, who 
confirmed this, said the price hike would be effective at midnight yesterday.
“The price of RON 97 currently fluctuates as the Government has lifted the 
subsidy for this petrol,” he said.


http://http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/5/5/nation/8611879&sec=nation

Manusia 
sanggup lakukan apa sahaja demi merebut dunia.Berapa ramai yang sanggup 
membunuh, berapa ramai yang menjadi mangsa rompakan dan berapa ramai 
yang sanggup menzalimi orang lain semata-mata mendapatkan nikmat dunia 
yang membutakan mata kita ini?

Untuk apa memburu dunia? Walhal dunia hanyalah sementara. Akhirat jua yang 
kekal abadi.Keindahan dunia acapkali menyilaukan pandangan mata  
manusia.Usah sesekali terpana dan terpesona dengan kenikmatan dunia yang 
hakikatnya hanyalah fatamorgana semata.Pandangan mata selalu menipu, 
pandangan nafsu selalu melulu..pandangan hati yang disuluh iman jualah 
yang hakiki.

Dunia hanyalah satu pentas permainan dan hiburan.Benarkah? Andai diperhalusi, 
ia memang benar dan itulah jua yang disebut oleh Allah di dalam 
firmanNya :


Ketahuilah Bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah 
(bawaan hidup Yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) 
serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup Yang bertujuan) 
bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa 
keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak 
pinak.”
(Surah Al-Hadiid : ayat 20)


http://mahatera.blogspot.com/2011/09/dunia-yang-menipu.html


http://www.youtube.com/watch?v=ga_CTz8b_b8&feature=related  ( IMF 1997/8 - 
Siapa yang nak meminjam dari IMF sebenarnya )


WAllahua3lam

Wassalam
Hizamri
( http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ )

----- Forwarded Message -----
From: faridah ibrahim <farida...@yahoo.com>
Subject: Re: [chainz_of_frenz] 1.7 juta pengundi hantu di seluruh negara 
sekarang!


Yang ini kat Perak:- (kalau ada kat Perak, negeri lain pun mesti ada)
 
Bil No. KP (L) No. KP (B) Nama Pemilih Lokaliti 
1 1358075 490925086219 KAMARUN ZAMAN BIN AHMAD SHAH 056/05/14/004 
  1358075 490825086289 KAMARUN ZAMAN BIN AHMAD SHAH 069/39/01/006 
2 4172570 490112086027 OSMAN BIN ARSHAD 076/56/10/011 
  4172570 490117085939 OSMAN BIN ARSHAD 076/56/10/011 
3 4245676 520321085770 KASMAH BINTI JA'AFAR 075/53/19/001 
  4245676 520331085926 KASMAH BINTI JA'AFAR 076/55/18/001 
4 4749245 550118086126 PARMAISVAERY A/P SUPPIAH 065/28/06/005 
  4749245 550108086026 PARMAISVAERY A/P SUPPIAH 070/41/02/010 
5 5422619 570503087027 MOKHTARUDDIN BIN AHMAD SURI 063/23/08/009 
  5422619 570503036561 MOKHTAR BIN AHMAD SURI 070/42/01/006 
6 5426119 570523035419 CHE MUSA BIN YUSOF 059/14/04/004 
  5426119 570523295069 CHE MUSA BIN YUSOF 059/14/04/005 
7 5753340 590403086148 M.KRISHNAVANEY A/P MANIAM 063/24/06/005 
  5753340 590403105732 M.KRISHNAVANEY A/P MANIAM 069/38/13/009 
8 6208909 610414086245 ZAINAL ABIDIN BIN AIDI 072/46/11/012 
  6208909 610415086245 ZAINAL ABIDIN BIN AIDI 072/46/11/012 
9 6397062 620108086713 MOHD RASHID BIN ISMAIL 059/13/01/008 
  6397062 620108086991 MOHD RASHID BIN ISMAIL 060/16/10/003 
10 6840801 591023025794 PAPATHY A/P CHANDRAN 066/31/01/009 
  6840801 591023025014 PAPATHY A/P CHANDRAN 074/52/05/012 
11 7170288 631114086326 ONG SIEW LAI 060/16/02/021 
  7170288 631114105216 ONG SIEW LAI 060/16/09/007 
12 7328381 640626105150 TAN SUAN ENG 076/55/07/002 
  7328381 640626086164 TAN SUAN ENG 076/56/09/015 
13 7356424 630320086728 SELVI A/P SANMUGAM 062/21/16/002 
  7356424 530320085030 SELVI A/P SANMUGAM 068/37/14/002 
14 7491175 641230065089 ALIAS B HARUN 066/33/01/028 
  7491175 641230086373 ALIAS BIN HARUN 074/51/08/007 
15 7746922 460406085778 PANJACHARAM A/P KULLU 065/28/05/012 
  7746922 460406085030 PANJACHARAM A/P KULLU 076/56/04/002 
16 7949967 520224105119 RENGARAJAN A/L MUNUSAMY 063/24/06/001 
  7949967 520224086085 RENGARAJAN A/L MUNUSAMY 063/24/09/016 
17 8117792 530617086448 KHOR SIEW YING 057/09/05/004 
  8117792 530617045064 KHOR SIEW YING 057/09/14/001 
18 A0175632 650706055658 MAZLINA BINTI MOHD SOM 061/19/10/001 
  A0175632 650706105598 MAZLINA BT MOHD SOM 061/19/10/001 
19 A0387772 660102025561 BAHARIN B APTU 077/58/03/001 
  A0387772 660102089135 BAHARIN BIN APTU 077/58/03/001 
20 A0419976 660427055160 ROSNI BT NAPIAH 058/11/05/005 
  A0419976 660427086928 ROSNI BINTI NAPIAH 074/51/08/002 
21 A0662442 651108086491 MOHAMED NAYAN BIN DIN 063/23/03/011 
  A0662442 651108106165 MOHAMED NAYAN BIN DIN 063/24/01/002 
22 A0804415 670528715040 SAPIAH BINTI ABDUL SANI 058/12/02/002 
  A0804415 670528665012 SAPIAH BINTI ABDUL SANI 058/12/02/003 
23 A0841298 671121085133 KHAIRUL ANWAR BIN HASHIM 073/49/18/001 
  A0841298 671121086339 KHAIRUL ANWAR BIN HASSIM 073/49/18/016 
24 A2125850 720605086739 CHIK MUN CHOONG 071/43/02/028 
  A2125850 720605085912 CHIK MUN CHOONG 071/44/11/008 
25 A2449261 690604106481 PANDAK RAINI A/L NGAH 073/48/03/001 
  A2449261 690604106107 PANDAK RAINI A/L NGAH 073/48/04/016 
26 A2928284 741127086383 MOHD NIZAR BIN HAWARIZI 076/55/16/002 
  A2928284 741127086373 MOHD NIZAR BIN HAWARIZI 076/55/19/016 
27 A3090579 750512085400 HARLINA BINTI ABD SAMAD 074/52/01/002 
  A3090579 750526085989 HARLINA BINTI ABD SAMAD 074/52/01/002  
 

From: roslan mohd <mohros...@gmail.com>
Subject: [chainz_of_frenz] 1.7 juta pengundi hantu di seluruh negara sekarang!
To: 
Date: Monday, 16 April, 2012, 12:55 PM


  
Oleh AZIZ MUDA

KUALA
 LUMPUR: Jumlah pengundi hantu di seluruh negara sekarang berjumlah 
tidak kurang 1.7 juta orang, dengan didasarkan kepada jumlah awalnya 
sebanyak 322,936 orang pada tahun 2006 lalu menerusi Projek IC di Sabah.

Anggaran
 tersebut dibuat berdasarkan perkiraan setiap mereka yang telah 
diberikan kad pengenalan menerusi projek itu pada 2006 telah mempunyai 
anak sekitar 3 atau 4 orang, dengan kesemua anak-anak mereka itu juga 
sudah berumur 21 tahun ke atas dan layak menjadi pengundi.


Penulis
 buku politik terkenal, Mutalib MD berkata, dalam masa yang sama, 
322,000 orang warganegara asing telah dikesan menjadi pengundi hantu di 
Sabah bagi tahun ini sahaja yang juga dilahirkan menerusi Projek IC.

Dedah
 beliau, mereka yang terbabit itu warganegara Filipina, India, Pakistan 
dan Indonesia yang datang ke negara ini dengan status sebagai IMM 13 
yang kemudian diberikan MyPR merah dan sekarang telah
 diberikan MyKad biru menjadikan mereka sebagai warganegara ini yang 
sah.

Kata Mutalib, kewujudan 322,936 pengundi hantu pada tahun 
2006 yang kini telah berkembang menjadi 1.7 juta orang di seluruh negara
 tidak boleh dinafikan oleh pihak kerajaan kerana ia berdasarkan 
penyiasatan beliau selama 15 tahun.

“Perkara itu saya nya takan 
dalam buku saya yang berjudul IC Projek – Agenda Tersembunyi Mahathir 
yang diterbitkan pada tahun 2006. JPN sendiri turut akui buku itu 
sebagai buku yang bermutu dan turut dibahaskan di Parlimen,” katanya 
ketika dihubungi

Kata Mutalib lagi, walaupun Projek IC itu 
dilakukan di Sabah, mereka yang terbabit itu tidak terus menetap di 
Sabah, malah berkeliaran ke negeri-negeri lain di seluruh negara 
termasuk ke Kuala Lumpur lalu menjadikan mereka pengundi hantu di 
seluruh negara.

Katanya, di Semenanjung Malaysia, pengundi hantu yang dilahirkan bukan melalui 
Projek IC seperti yang dilakukan di Sabah,
 tetapi dengan cara lain iaitu menerusi persatuan-persatuan tertentu yang tidak 
wujud dan dengan menggunakan cap jari.

“Mereka
 pakai persatuan- persatuan yang tidak wujud. Selepas itu, mereka ambil 
cap jari. Cap jari mereka itu akan diproses oleh JPN untuk diberikan IC 
kepada mereka bagi membolehkan mereka menjadi pengundi. Warganegara 
India pun ramai yang dapat IC dengan cara ini,” tegasnya.

Antara 
persatuan-persatuan tidak wujud yang digunakan oleh mereka itu, tegas 
beliau lagi, termasuklah Persatuan Suluk, Persatuan Bajau dan Persatuan 
Bugis.

“Dengan cara itu juga, kita jangan terkejut nanti jika 
pelajar-pelajar IPT dari Afrika yang nama dan pengenalan dirinya tidak 
terdapat dalam sistem JPN, tetapi ada dalam sistem SPR lalu diberikan IC
 oleh JPN untuk membolehkan me reka juga menjadi pengundi di negara 
ini,” katanya.

Perkasakan Polling Agent     

Oleh harun 

 "Mendepani dan seterusnya menguasai isu-isu adalah di 
antara perkara pokok yang perlu ditangani dengan berkesan oleh 
parti-parti dalam Pakatan Rakyat untuk menghadapi PRU13 ini. Namun dalam
 senario politik semasa hari ini, dengan wujudnya fenomena pertambahan 
pengundi yang dilihat agak luar biasa, isu yang berkaitan secara 
langsung dengan pengundi-pengundi baru ini turut menjadi factor penentu 
untuk sesuatu parti meraih kemenangan.

Ini tentunya bukan sekadar
 penguasaan minda para pengundi baru itu sahaja, malah isu-isu keabsahan
 pengundi baru itu sebagai pengundi yang sah perlu juga diberi 
perhatian.

Kajian mendapati bahawa 400,000 pengundi baru yang 
kini tersenarai dalam daftar pemilih baru berada pada status meragukan. 
Selangor nampaknya menunjukkan peningkatan yang amat ketara. Fenomena 
ini tentunya boleh dilihat dari sudut yang positif. Iaitu peningkatan 
kesedaran rakyaat, khususnya golongan muda tentang pentingnya
 mereka berperanan dalam menentukan halatuju politik dan pemerintahan 
Negara.

Tetapi dengan pembongkaran Naib Presiden PAS, Dato Mahfuz
 Omar tentang wujudnya konspirasi tersembunyi pihak BN untuk 
memanipulasikan pendaftaran pengundi baru bagi tujuan memenangkan BN 
dalam PRU13 ini, menjadikan fenomena ini sesuatu yang amat perlu 
ditangani secara berkesan oleh Pakatan Rakyat. Tindakan dan strategi 
susulan untuk mendepani kemelut ciptaan BN ini kelihatannya masih belum 
diambil secara agresif dan berkesan oleh PR. Mungkin penglibatan kos 
yang besar untuk setiap tindakan bantahan dan sebagainya menjadi 
halangan terbesar pihak PR untuk mengambil tindakan secara menyeluruh.

Apa
 yang nampaknya ditekankan oleh PR sekarang ini ialah menyuarakan 
bantahan demi bantahan kepada SPR, pembongkaran berterusan kecelaruan 
dalam daftar pemilih dan merancang untuk turut terlibat dengan Duduk 
Bantah BERSIH.

Strategi yang lebih praktis sewajarnya turut
 diperkemaskan hingga ke peringkat akar umbi untuk mendepani tindakan 
licik BN dalam memanipulasikan pengundi ini. PA atau Polling Agent 
adalah benteng akhir parti dalam mendepani cabaran ini.

PA yang 
berada di akar umbi ini seharusnya dipersiapkan untuk berdepan dengan 
bijak, bermaklumat dan tegas dengan apa jua situasi yang bakal timbul 
sewaktu hari mengundi nanti.

Tentunya individu yang bakal 
bertugas sebagai PA pada PRU13 nanti perlu memiliki kualti yang mantap. 
Sikap mengambil PA sekadar untuk memenuhkan kuota perlulah dikikis. PA 
perlu diprofesionalkan sesuai dengan tugasan besar mereka untuk 
mematikan penipuan licik BN di meja-meja pengundian.

Program 
pengukuhan PA sewajarnya telah digerakkan sekarang dengan aktif dan 
berkesan. PA perlu ditingkatkan dengan perspektif baru dan peranan yang 
lebih aggresif. Fokus PA tentunya bukan sekadar mengisi borang 13 dan 
14, malah bersikap professional dan proaktif untuk menangani setiap
 pengundi yang meragukan.

  


=============================================================

From: Mus
Subject:  Memuhasabah Pemimpin Adalah Wajib

  
Memuhasabah Pemimpin Adalah Wajib

Islam
 bukan sekadar mengharamkan mentaati pemimpin yang memerintah dengan 
maksiat, malah Islam mewajibkan ke atas umatnya untuk melakukan 
muhasabah (menegur dan membetulkan) pemimpin yang mengerjakan keharaman 
tersebut. Haram dan berdosa bagi setiap Muslim yang berdiam diri di atas
 kemaksiatan yang dilakukan oleh pemimpin. Penguasa wajib dimuhasabah 
apabila mereka menyeru kepada maksiat, merampas hak-hak rakyat, 
mengabaikan kewajiban-kewajiban rakyat, melalaikan salah satu urusan 
rakyat, menyimpang dari hukum-hukum Islam, atau memerintah dengan hukum 
selain yang diturunkan oleh Allah. Imam Muslim meriwayatkan hadis dari 
Umi Salamah, bahawa Rasulullah SAW bersabda,

"Akan ada para 
pemimpin, lalu kalian akan mengetahui kema'rufannya dan kemungkarannya, 
maka siapa sahaja yang membenci (kemungkaran)nya dia akan bebas (dari 
dosa), dan siapa saja yang mengingkarinya dia akan selamat. Tetapi siapa
 sahaja yang rela dan mengikutinya (dia akan celaka). Mereka bertanya, 
'Tidakkah kita perlu memerangi mereka?' Baginda bersabda, 'Tidak, selama
 mereka masih menegakkan solat (hukum Islam)."

Dari Abi Sa'id Al-Khudri yang menyatakan, Rasulullah SAW bersabda,

"Siapa
 sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia 
merubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lisannya. 
Jika tidak mampu, maka dengan hatinya. Dan itulah (dengan hati) 
selemah-lemah iman".

Riwayat ini menjelaskan lagi maksud hadis 
sebelumnya bahawa Rasulullah SAW telah memerintahkan agar mengingkari 
seorang penguasa, bahkan wajib mengingkarinya dengan sarana apapun yang 
boleh digunakan, yang bertepatan dengan syara', baik dengan tangan 
ataupun dengan lisan, dan sekurang-kurangnya dengan hati. Hadis-hadis 
ini menunjukkan wajibnya menegakkan amar ma'ruf dan nahi munkar. Kerana 
itu, hadis-hadis ini menjelaskan hukum wajibnya memuhasabah kemaksiatan 
yang dilakukan oleh penguasa. Selain itu, terdapat begitu banyak hadis 
yang menyentuh tentang penguasa secara khusus, yang bermaksud ta'kid 
(penguatan) peri pentingnya kewajiban melakukan muhasabah terhadap 
penguasa. Dari Umu 'Atiyah dari Abi Sa'id yang menyatakan, Rasulullah 
SAW bersabda,

"Sebaik-baik jihad adalah (mengucapkan) kata-kata yang haq di hadapan penguasa 
yang zalim."

Ini
 merupakan nas khusus berupa muhasabah yang wajib dilakukan terhadap 
seorang penguasa, dalam bentuk perintah ke atas setiap Muslim 
menyampaikan kata-kata yang haq kepadanya. Maka perjuangan untuk 
meluruskan para penguasa yang merampas hak-hak rakyat, atau mengabaikan 
kewajipan-kewajipan mereka kepada rakyat, atau yang menyuruh kepada 
maksiat, atau yang menerapkan hukum-hukum kufur, hukumnya adalah fardhu 
ke atas setiap Muslim. Allah SWT telah memfardhukannya, bahkan 
Rasulullah meletakkannya seperti jihad, malah sebaik-baik jihad sehingga
 seakan-akan baginda bersabda, sebaik-baik jihad di sisi Allah adalah 
perjuangan menentang penguasa yang zalim [Taqiyuddin an-Nabhani, Nizamul
 Hukmi Fil Islam].

Rasulullah SAW telah mendorong setiap Muslim 
agar menentang para penguasa yang zalim, bukan mentaatinya, walau apapun
 ancaman yang bakal menimpa di dalam rangka melakukan kemuliaan ini, 
walau hingga mengakibatkan seseorang itu terbunuh sekalipun. Rasulullah 
SAW bersabda,

"Penghulu para syuhada' adalah Hamzah, serta 
seseorang yang berdiri di hadapan penguasa yang zalim, lalu dia 
menasihatinya, kemudian dia dibunuh (oleh penguasa tersebut)" [HR 
al-Hakim].

Hadis ini merupakan bentuk pengungkapan yang paling 
tegas, yang mendorong setiap orang yang beriman agar berani menanggung 
segala risiko, sekalipun risiko kematian, dalam rangka melakukan 
muhasabah terhadap para penguasa demi meluruskan penguasa yang zalim 
itu. Dan ganjaran yang paling besar (mati sebagai sayyidu syuhada') 
menanti pelakunya.  

Terdapat segelintir umat Islam yang keliru 
dalam mentaati pemimpin yang menyeru kepada kemaksiatan, kerana salah 
memahami hadis berkenaan pemimpin yang mendirikan 'solat'. Auf Bin 
Asyja'i berkata,

"Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, 
'Sebaik-baik pemimpin kalian adalah mereka yang kalian cintai, dan 
mereka pun mencintai kalian; mereka mendo'akan kalian dan kalian pun 
mendoakan mereka. Seburuk-buruk pemimpin kaian adalah mereka yang kalian
 benci dan mereka pun membenci kalian; kalian melaknat mereka dan mereka
 pun melaknat kalian.' Ditanyakan kepada Rasulullah, 'Wahai Rasulullah, 
tidakkah kita perangi saja mereka itu?' Baginda menjawab, 'Jangan, 
selama mereka masih menegakkan solat di tengah-tengah kalian."

Mereka
 yang keliru, memahami 'solat' dengan erti sembahyang. Justeru, mereka 
berhujah bahawa kita wajib mentaati pemimpin selagi pemimpin mengerjakan
 sembahyang. Walhal yang dimaksud dengan 'menegakkan solat' dalam hadis 
di atas adalah 'memerintah dengan Islam', iaitu menegakkan seluruh hukum
 syara'. Ungkapan 'ma aqamu fi kum as-solah' ('menegakkan solat') adalah
 merupakan pembahasan majaz (analogi) iaitu 'Itlaqul juz'i wa iradatul 
kulli (menyebut sebahagian tertentu dengan maksud keseluruhan). Seperti 
firman Allah, 'fa tahriru raqabah' ('maka merdekakan hamba') [TMQ 
al-Mujadalah (58):3], yang dimaksudkan adalah memerdekakan hamba secara 
keseluruhan, bukan hanya raqabah (hamba mukatab) sahaja. Tidak 
menegakkan solat atau tidak melaksanakan solat dalam hadis yang 
berkenaan, maksudnya adalah tidak memerintah dengan hukum yang 
diturunkan oleh Allah, atau memerintah dengan hukum-hukum kufur, 
sehingga penampakan kekufuran tersebut tidak meragukan lagi [Taqiyuddin 
an-Nabhani, Nizamul Hukmi Fil Islam].

Terdapat juga pandangan 
oleh mereka yang keliru bahawa memuhasabah pemimpin hendaklah dilakukan 
secara sembunyi-sembunyi dengan menarik tangan mereka ke belakang. 
Walhal berdasarkan banyak hadis (termasuk yang telah dibincangkan pada 
perenggan awal di atas), Rasulullah memerintahkan bahawa muhasabah 
kepada pemimpin wajib dilakukan secara terang-terangan. Malah generasi 
awal Islam telah membuktikan hal ini. Diriwayatkan semasa pemerintahan 
Khalifah Umar al-Khattab, seorang wanita memuhasabah tindakan Umar yang 
melarang wanita meminta mahar (mas kahwin) yang tinggi dan bagi yang 
telah mendapat mahar yang tinggi harus mengembalikannya. Wanita tersebut
 lalu memuhasabah Umar kerana menetapkan sesutau yang bertentangan 
dengan Al-Quran (surah an-Nisa':20). Umar, dalam kapasitinya sebagai 
Khalifah, lalu terus mengakui kesilapannya dan membenarkan perempuan 
tersebut. Umar juga pernah di muhasabah secara terang-terangan dalam hal
 pembahagian ghanimah berupa kain buatan Yaman. Masing-masing mendapat 
sehelai kain secara adil. Tetapi Umar sendiri nampaknya memakai kain 
tambahan untuk gamis yang dipakainya. Salman Al-Farisi mencelah di saat 
Umar sedang berkhutbah,

"Kami tidak akan mendengar dan mentaatimu
 sehingga engkau menjelaskan dari mana engkau mendapat tambahan kain 
untuk gamismu?" Umar menjawab, "Jangan engkau terburu-buru mencelaku." 
Lalu Umar memanggil anaknya Abdullah bin Umar dan berkata, "Aku bertanya
 kepadamu, dengan nama Allah, bukankah gamis yang aku pakai ini adalah 
bahagian hadiah darimu?" Abdullah bin Umar berkata, "Benar wahai Amirul 
Mukminin, itu adalah bahagianku yang aku hadiahkan kepadamu." Salman 
lalu berkata, "Kalau begitu, teruskanlah khutbahmu, kami akan mendengar 
dan mentaatimu" [Syeikh Abdul Aziz al-Badri, Al-Islam Baina al-Ulama' wa
 al-Hukkam].

Beginilah hebatnya kaum Muslimin ketika itu dengan 
kewajiban memuhasabah pemimpin, juga hebatnya ketaqwaan seorang pemimpin
 di dalam menerima muhasabah dari rakyatnya. Muhasabah dilakukan secara 
terbuka dan langsung tidak timbul soal menarik tangan ke belakang.

Berdasarkan
 nas-nas, kita dapat memahami bahawa memuhasabah pemimpin itu boleh 
dilakukan dengan pelbagai uslub (cara/teknik) sama ada secara 
bersembunyi (tertutup), berhadapan secara terang-terangan, melalui 
penulisan, CD, ceramah, masirah (demonstrasi aman) dan sebagainya. 
Perbuatan memuhasabah, melalui apa cara sekalipun (yang syar'i), adalah 
wajib dan jauh lebih baik daripada sekadar hanya memendamkan kebencian 
dalam hati (bi al-qalb). Haram hukumnya berdiam diri atau tidak 
melakukan apa-apa, dan lebih buruk, sekiranya mengkritik atau menghentam
 orang yang melaksanakan kewajipan memuhasabah ini.

Wahai 
pemimpin kaum Muslimin! Sesungguhnya indoktrinisasi yang kamu lakukan ke
 atas rakyat dengan menanamkan sikap assabiyyah dan wathaniyyah adalah 
haram. Indoktrinisasi agar rakyat mentaati kamu secara membabi buta juga
 adalah haram. Berhentilah dari segala kemaksiatan yang kamu lakukan dan
 janganlah kamu memaksakan kemaksiatan tersebut ke atas rakyat. Buanglah
 keegoan kamu dan tundukkanlah hawa nafsumu kepada hukum Allah. 
Sesungguhnya orang yang jauh lebih mulia dari kamu tidak pernah ego 
kepada rakyatnya dan senantiasa menundukkan dirinya kepada Allah. 
Ingatlah tatkala orang yang mulia tersebut berucap, di saat beliau 
dilantik menjadi Khalifah selaku pemimpin tertinggi umat Islam sedunia, 
katanya, "Apabila tindakan aku benar, maka ikutilah aku dan apabila aku 
menyimpang, maka luruskanlah aku", seorang hamba Allah berkata dengan 
lantang sambil menghunuskan pedangnya ke arah sang pemimpin, "Wahai 
Umar! Sekiranya engkau menyimpang, maka pedangku inilah yang akan 
meluruskanmu". Lalu dijawab oleh sang pemimpin agung sambil tersenyum, 
"Segala puji bagi Allah yang telah memberikan keberanian kepada seorang 
hambaNya, yang bersedia meluruskan Umar dengan pedangnya." Sungguh, 
alangkah indahnya apabila ada pemimpin dan rakyat seperti ini.

=====================================================================

From: Mus
Subject: Parti Sekular Mengaku Parti Islam

  
Parti Sekular Mengaku Parti Islam 
    
Perjuangan Umno maju negara selaras tuntutan Islam ?

Datuk
 Seri Najib Razak, berkata perjuangan kerajaan yang diterajui Umno dalam
 memajukan negara selaras tuntutan agama Islam, walaupun parti itu tidak
 mempunyai label Islam.

Perdana Menteri, berkata kerajaan 
sentiasa berjuang memperbaiki taraf  hidup pelbagai lapisan masyarakat 
yang memang bertepatan dengan  kehendak Islam supaya umatnya maju dan 
membangun untuk bersaing di persada dunia.

"Apakah perjuangan kita tidak selari dengan  tuntutan Islam hanya semata-mata 
parti kita tidak mempunyai label Islam?

"Tidak
 perlulah kita letakkan label Islam kerana sejak lebih 50 tahun lalu 
kerajaan inilah yang berjuang membangunkan  negara sehingga kita muncul 
negara maju seperti sekarang.

"Jika kita miskin kita menghampiri 
kepada kekufuran dan perjuangan kita sebenarnya adalah selaras tuntutan 
Islam. Perjuangan  kita sudah berjaya mengubah kehidupan masyarakat," 
katanya 

Perdana Menteri berkata, tidak ada gunanya perjuangan 
menggunakan label Islam jika ia mengundang perpecahan dalam  ummah 
sehingga menyebabkan perpaduan rapuh dan sentiasa bertelagah.

PERJUANGAN UMNO BERADA ATAS ASAS ISLAM ?

Bagaimana
 mungkin kata-kata Najib boleh kita jadikan dalil dalam mengadili bahawa
 Umno adalah sebuah Parti yang selaras dengan tuntutan Islam walhal 
sudah  terang lagi bersuluh Umno adalah sebuah Parti Politik yang 
bergerak atas dasar nasionalisme (ashobiyyah) yang  jelas bertentangan 
dengan Islam. Sabda Rasulullah SAW:

"..Bukanlah daripada kami orang yang berpegang , menyeru & mati dalam keadaan 
ashobiyyah" [Hadis Riwayat Abu Dawud]

Parti
 nasionalisme mempro¬pagandakan pelbagai slogan kebangsaan serta 
meninggikan martabat dan kehormatan bangsa Melayu dan kemelayuan tanpa 
memahami maknanya dengan jelas yang jauh dari hakikat kebangkitan.

Kemajuan
 yang dicapai Malaysia pada sebenarnya berdiri di atas sistem Kapitalis 
yang mengutamakan manfaat semata-mata. Sistem ini, meskipun menampakkan 
'kemajuan fizikal' pada kulitnya, ia pada hakikatnya sarat dengan 
kezaliman dan kehinaan. Hak rakyat, sebagai contoh, seharusnya 
disediakan secara percuma dan diuruskan dengan baik oleh negara. Namun 
di dalam sistem ini, hak tersebut memiliki harga yang dibebankan ke atas
 rakyat. Inilah adalah bentuk kezaliman yang dipaksakan dengan begitu 
efektif sehingga rakyat merasakan bahawa ia menjadi tanggungjawab mereka
 untuk melunaskan 'harga' ini.

Apalah ertinya 'perpaduan' yang 
'wujud' jika ia masih berteraskan manfaat dan ashobiyyah? Perpaduan 
sebenar adalah perpaduan yang diwujudkan atas dasar aqidah Islam yang 
mulia. Kelompok yang berjuang untuk menegakkan perpaduan dan kemajuan 
sebenar ini mestilah juga parti/kelompok yang dibina di atas asas aqidah
 Islam dan bukannya atas asas yang lain. Firman Allah swt :

Dan 
hendaklah ada diantara kamu,segolongan umat yang menyeru kepada 
kebajikan, menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar 
merekalah orang-orang yang beruntung [TMQ:Al-Imran[3]:102] 

Umat 
Islam sepatutnya meyakini bahwa falsafah (prinsip) kebangkitan dan 
kemajuan yang hakiki adalah sebuah mabda' (ideologi) yang mengga¬bungkan
 fikrah dan thariqah secara terpadu.  Ideologi tersebut adalah Islam.  
Islam di asaskan kepada aqidah yang memancarkan sebuah sistem untuk 
mengatur seluruh urusan negara dan umat, dan mampu memecahkan seluruh 
masalah kehidupan. Dengan Islam, barulah kejayaan sebenar tercapai. 
Kejayaan dunia dan akhirat.

=======================================================================

-----Original Message-----
From: Mus


Kekayaan negara mampu tanggung kos pengajian

Harakahdaily,     12 Apr 2012
KUALA
 LUMPUR, 12 April: Dengan limpahan kekayaan negara Malaysia, sebuah 
kerajaan yang beramanah, adil lagi telus pasti mampu menjana pendapatan 
yang baik yang memungkinkan kos yuran pengajian ditanggung oleh 
perbelanjaan rasmi kerajaan. 

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, 
Dr Khairuddin Aman Razali berkata, ini kerana Malaysia merupakan negara 
yang dianugerahkan oleh Allah sumber kekayaan yang sangat banyak bermula
 dengan minyak sebagai antara sumber pendapatan terbesar dan hasil 
mahsul yang lain. 

"Namun, rakyat gagal menikmati sepenuhnya 
kekayaan tersebut termasuklah untuk menikmati pendidikan tinggi secara 
percuma disebabkan salah urus kewangan yang berlaku di pihak pemerintah 
Barisan Nasional," katannya dipetik daripada web malaysiatransform.com. 

Katanya,
 kegagalan kerajaan BN menanggung sepenuhnya kos pendidikan di peringkat
 tinggi berpunca sekurang-kurangnya daripada tiga sebab. 

Pertamanya, kata beliau kegagalan menjana pendapatan sebenar negara kerana 
rasuah dalam pentadbiran negara. 

Keduanya, ujarnya ketirisan yang sangat banyak dalam pengurusan perbelanjaan 
harta negara. 

"Ketiganya, pemborosan perbelanjaan dalam perkara yang tidak utama dan 
penting," katanya lagi. 

Oleh
 itu, ujarnya sebuah kerajaan yang bersifat amanah, adil, telus lagi 
bersederhana dan tidak boros amat diperlukan oleh rakyat Malaysia 
selepas PRU13 nanti. 

"Kos pendidikan melibatkan 
sekurang-kurangnya dua perkara. Pertamanya kos yuran pengajian. Keduanya
 kos sara hidup pelajar sepanjang pengajian," katanya lagi. 

Sementara
 itu, beliau menambah kos sara hidup pelajar boleh disediakan atas nama 
pembiayaan bukannya pinjaman dengan peruntukan rasmi kerajaan pusat 
menerusi penubuhan Tabung Amanah Pendidikan Tinggi dengan bersumberkan 
tiga perkara. 

"Pertamanya, dana kerajaan pusat. Keduanya, 
sumbangan tunai badan-badan korporat yang sangat banyak di Malaysia atas
 nama tanggungjawab sosial korporat yang diberikan pelepasan cukai," 
ujarnya. 

Ketiga, tambah beliau sumbangan harta kekal yang boleh dikembangkan hasilnya 
seumpama system wakaf dalam Islam. 

Sementara
 itu, kata Khairuddin sebagai tambahan, kerajaan pusat dengan kerjasama 
kerajaan negeri dengan mekanisama tertentu yang boleh difikirkan boleh 
bekerjasama mengukuhkan dana Tabung Amanah tersebut dengan memanfaatkan 
yayasan-yayasan pendidikan negeri sedia ada.


==============================================================================


Oleh Ahmad Lutfi Othman


Pilihan raya adalah permainan angka. Kebetulan pada 31 Mac lalu saya berkunjung 
ke Kota Kinabalu, dan esoknya terbang ke Miri. Kali ini, elok kita 
teliti fakta-fakta pilihan raya, khususnya di Sabah.


Daripada jumlah 222 kerusi Parlimen yang ditawarkan, 25 peratus daripadanya 
berada di Sabah dan Sarawak, dua negeri yang dianggap "simpanan tetap" 
BN dalam Pilihan Raya Umum 2008. Malah ada beberapa kerusi yang 
dimenangi BN tanpa bertanding.


Membadai dengan dahsyatnya 


Sarawak sudahpun melepasi Pilihan Raya Negeri Ke-10 tahun lalu. Tsunami politik 
PRU12 yang menggemparkan Semenanjung, kini membadai dengan dahsyatnya 
Bumi Kenyalang, terutama di kawasan majoriti pengundi Cina.


Justeru, pemerhati politik menjangka Sarawak mampu menyumbang lebih 10 kerusi 
Parlimen buat Pakatan Rakyat dalam PRU13. Empat tahun lalu, DAP hanya 
menang di Bandar Kuching, seterusnya pada Mei 2010, parti itu 
memperolehi satu lagi kerusi Parlimen, Sibu, melalui pilihan raya kecil.


Di Kota Kinabalu, semasa menghadiri kursus kewartawanan dan media baru, 
dan dilanjutkan pada malamnya, secara santai sambil menjamah "ikan 
terbang" di sebuah restoran masakan Padang di gigi air, saya berkongsi 
maklumat dan sudut pandang dengan pimpinan tertinggi PAS Sabah.


Selama ini, dalam tiga kali kunjungan ke Sabah, saya lebih tertumpu kepada 
usaha mengagihkan bantuan kepada keluarga tahanan ISA,  khususnya di 
Sandakan dan Tawau, selalunya menjelang Aidilfitri, bersama teman-teman 
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).


Nada agak berhati-hati


Pesuruhjaya Negeri, Aminuddin Aling, timbalannya, Hamzah Abdullah (yang agak 
kerap 
mengirim SMS melontarkan idea dan juga teguran membina kepada Harakah) 
dan Setiausaha Perhubungan,  Ustaz Awang Leman Ikin ternyata optimis -- 
meskipun dalam nada agak berhati-hati -- dengan potensi rakyat Sabah 
untuk melakukan perubahan.


Mereka senada menyuarakan harapan agar 
berlaku persefahaman erat di kalangan pembangkang, bukan sahaja dalam 
Pakatan Rakyat, tetapi juga parti-parti lokal seperti SAPP dan STAR. BN 
dijangka turut menaja calon-calon Bebas, termasuk daripada parti-parti 
kecil bagi mempertahankan kuasa.


Keberanian pengundi Sabah untuk 
menukar tampuk kepimpinan kerajaan negeri sudah teruji. Parti pemerintah 
bersilih ganti -- BERJAYA, USNO, PBS -- menerima penghakiman 

rakyat. 
Dan sekarang Umno-BN dilihat terlalu lama dan selesa bertakhta, 
sedangkan negeri yang cukup kaya dengan hasil bumi dan sumber alam ini 
terus terkepung dan terbelit dengan pelbagai masalah, terutama 
kemiskinan dan pengangguran.


Sebelumnya, sekitar jam 3 pagi 31 
Mac, sebaik tiba di lokasi penginapan, Setiausaha Pilihan Raya PAS 
Sabah, Rahimin, yang juga 'orang kuat' Jabatan IT PAS Negeri, sempat 
menitipkan bekalan bermanfaat tentang keunikan latar belakang politik 
Negeri Di Bawah Bayu itu. Saya hanya pernah menelaah buku Dr Mohammmad 
Agus Yusoff, Politik Akomodasi di Sabah 1962-1992, diterbitkan pada 
1992.


Saya masih sukar untuk memahami keragaman etnik, umpamanya 
Kadazan-Dusun yang membentuk kelompok Bumiputera bukan Islam; begitu 
juga kompleksiti struktur masyarakat Bumiputera Islam, seperti Melayu, 
Berunai,  Bajau, Illanun, Suluk dan banyak lagi.


Bukan lagi simpanan tetap 


Jika tidak diteliti secara dekat situasi terkini politik Sabah, mungkin saya 
seperti orang lain juga, merasakan Umno tetap dalam zon selesa dan 
percaya negeri itu masih merupakan "fixed deposit" BN bagi 
mempertahankan Putrajaya


Ya, masakan tidak, pembangkang hanya 
menghantar wakil tunggal (Sri Tanjung) dalam sidang Dun, Jimmy Wong Sze 
Phin, Pengerusi DAP Negeri. Dr Hiew King Cheu, Ahli Jawatankuasa 
Eksekutif Pusat DAP pula merupakan Ahli Parlimen Kota Kinabalu, 
satu-satunya wakil Pakatan dari Sabah di Dewan Rakyat. 


Persempadanan semula kawasan pilihan raya dan pertambahan pengundi Bumiputera 
Islam  
menjadikan Umno kelihatan dominan. Sistem penggiliran ketua menteri yang 
dimansuhkan, sebaik pusingan Musa Aman, membuktikan hal ini. 


PBS yang suatu ketika dahulu begitu berkuku dan digeruni, kini terpaksa 
akur dengan tekanan real politik, sekadar berpuas hati dengan kuota tiga kerusi 
Parlimen (daripada 25 kerusi di Sabah) dan 12 Dun (berbanding 60 semuanya). 
Saya kira presidennya, Joseph Pairin Kitingan amat memahami 
hakikat itu.


"Rakyat Sabah harus disedarkan bahawa mereka menjadi 
harapan besar orang Semenanjung untuk menukar kerajaan Pusat. Kalaupun 
BN masih pertahankan kerajaan Sabah, biarkan ... kita nak tengok juga 
macamana ia tadbir negeri sebagai kerajaan pembangkang, istilah songsang yang 
sekarang dilabelkan kepada kerajaan negeri Pakatan," usik seorang 
sahabat, semasa kami minum teh tarik di sebuah restoran di bawah Pejabat 
Perhubungan PAS Sabah.


PAS lebih akrab dengan DAP? 



Semasa mengadakan wawancara ringkas dengan Adun Sri Tanjung, Jimmy Wong 
bersama Setiausaha DAP Sabah, Dr Edwin Bosi, sambil ditemani Setiausaha 
Publisitinya, saya dapat mengesan hubungan mereka yang rapat dengan 
pimpinan PAS Negeri. Malah nampaknya seperti lebih akrab berbanding DAP 
dan KeADILan itu sendiri!


"Kita tidak mahu ada parti dalam Pakatan Rakyat yang kelihatan begitu dominan 
berbanding rakan-rakan yang lain, 
seperti Umno dalam BN," kata Jimmy. 
Jimmy turut menekankan 
kepentingan kerjasama dan persepakatan parti-parti pembangkang. 
Seterusnya beliau petah menuturkan isu-isu besar di Sabah, yang tidak 
dapat lari daripada soal kemudahan paling asas, seperti bekalan air, 
elektrik dan jalan raya.


"Kadar air di Sabah paling mahal dalam 
Malaysia, lebih kurang empat kali ganda tarif di Pulau Pinang walaupun 
di sana bekalan air mentahnya dibeli dari Kedah. Air pula kotor dan 
berbau. Saya dah berkali-kali bawa isu ini ke sidang Dun, termasuk untuk 
mengurangkan Non-Revenue Water (NRFW) yang begitu tinggi di Sabah, tapi tiada 
reaksi berkesan diambil," katanya.


"Sabah berada di tempat 
kedua dalam senarai negeri paling miskin walaupun negeri ini mempunyai 
sumber petroleum, tanah yang luas dan lokasi pelancongan menarik. Jalan 
pun ditampal sana sini tanpa perancangan, macam kita tampal koyok bila 
sakit kepala atau demam," katanya, disambut ketawa kecil saya dan 
rakan-rakan lain.
"Contoh mudahnya, jika kita dalam perjalanan 
dari Sabah, masuk Brunei dan keluar ke Sarawak. Cuba pejamkan mata, 
bila  rasa macam berombak, itu tandanya kita masih di Sabah. 



Kemudian 
rasa stabil, itu sudah masuk Brunei dan bila berombak balik, ia 
menandakan kita di Sarawak," tambahnya, sekali lagi mencetuskan suasana 
ceria di kalangan kami.
Seusai perbincangan ringkas itu, kami 
bertukar-tukar kad nama. Saya tertarik membaca Janji-janji Pakatan 
Rakyat Sabah di sebelah belakang kad Jimmy.


Petro Sabah 


Sepuluh janji tertulis: Merealisasikan autonomi Sabah; menubuhkan  suruhanjaya 
diraja masalah Pendatang Tanpa Izin; menuntut 20% royalti minyak; 
mempertahankan hak Tanah Adat; merombak Felda; menjanjikan dividen 
Tabung Yayasan Sabah RM300 Kepada setiap rakyat Sabah; menghapuskan 
masar kabotaj; menubuhkan Petro Sabah dan menuntut balik Blok L&M; 
menubuhkan Yayasan Orang Asal Untuk membasmikan kemiskinan; dan 
menaiktarafkan kemudahan asas Sabah dalam lima tahun. 


Isu tanah 
adat segera mengingatkan saya dengan NGO Bela Tanah Rakyat Sabah 
(TABAH), yang berjaya menghimpunkan ratusan rakyat Sabah yang prihatin 
untuk berarak secara aman pada 12 Mac lalu ke Pejabat Ketua Menteri 
dalam "123 Bangkit". 


Sayang saya tidak sempat bertemu penggerak 
utamanya, Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu, yang juga Setiausaha 
TABAH. Hamzah Abdullah juga, dalam panggilan telefonnya sebelum saya ke 
KK, menimbulkan hal tanah adat ini.


Semasa dibawa mengeliling 
bandaraya Kota Kinabalu, saya turut ditunjukkan banyak projek dan 
bangunan yang dikaitkan dengan kepentingan Musa Aman. 


Dalam pada 
itu, rumusan yang dibuat oleh Ahli Parlimen, Kota Kinabalu, Dr Hiew King Cheu 
dalam temubual dengan Roketkini cukup menarik: "Kita kena tukar 
pengurus. Dulu di Sabah kalau pilihan raya kita lihat baju kena tukar, 
tapi orangnya tidak bertukar. Pairin berapa kali? Yong Teck Lee ke, Musa Aman 
ke, masih duduk sana! Ini bukannya perubahan! 


"Baju sudah 
tukar, parti sudah tukar, tapi orangnya masih duduk atas sana. Orang 
Sabah bukannya orang bodoh dan mereka dapat melihat semua ini. Orang 
Sabah mahukan perubahan. Kalau kita tak ubah, kita hanya menunggu 
kematian." 


Dalam wawancara dengan Harakah, Pesuruhjaya 
PAS Sabah, Aminudin Aling juga menekankan hal sama: "Rakyat Sabah juga 
cerdik, jika diberikan wang mereka pasti ambil, tapi bila mengundi 
mereka akan mengundi Pakatan Rakyat. Begitulah yang terjadi ketika BN 
menghadapi PBS dahulu, tapi akhirnya PBS juga yang menang."


Rakyat Sabah kalah dengan rasuah politik? 

Saya juga mengharapkan begitu. Bukankah selama ini kita dimomokkan bahawa 
pengundi di Sabah mudah menukar sokongan hanya kerana rasuah politik di 
saat-saat akhir? 


Saya turut mengharapkan ada gelombang besar 
yang mampu menenggelamkan arus deras politik wang yang sentiasa menjadi 
tradisi BN dalam setiap kali pilihan raya di Sabah.
Hati kecil 
saya agak berat untuk meninggalkan KK untuk ke Miri, pagi Ahad, 1 April 
itu. Banyak lagi persoalan politik Sabah yang masih menjadi teka-teki 
dalam fikiran saya. 


Meskipun ada pihak agak ragu keupayaan Sabah 
untuk menyumbang lebih banyak kerusi bagi menjayakan misi Pakatan Ke 
Putrajaya, saya kira potensi itu tetap besar dan makin menyerlah.


Apa pun, saya percaya, dalam PRU13 nanti, untuk mengambil alih kerajaan 
Persekutuan, aktivis dan pemimpin Pakatan harus kerap melintasi Laut 
Cina Selatan ....
BERSAMBUNG ....

==========================================================================


__._,_._

Satu Malaysia menanggung kerugian, apabila pemerintah mengambil langkah 
memusnahkan institusi pengajian, mengawal media dan memperbodohkan 
rakyat - lantas memberi laluan kepada penyalahgunaan kuasa dan rasuah 
untuk berlaku sepanjang puluhan tahun ini.
Pandangan berbeza dicantas, demonstrasi jalan raya dipatahkan setelah dewan 
dalam universiti untuk pertembungan pandangan ditutup, dan peranan universiti 
sebagai institusi pendidikan dimusnahkan.  Lantaran daripada itu, 
universiti awam tempatan menghasilkan badut, kaki bodek, malah ahli 
akademik yang memplagiat kajian orang lain pada hari ini...
Hishamuddin Rais (gambar kanan, kedua dari kiri), yang juga "produk" Universiti 
Malaya pada tahun 1970-an, gagal menahan kemarahan melihat situasi 
institut pengajian tinggi tempatan yang diperlakukan sebegini oleh 
pemerintah, sehingga mengeluarkan kata-kata kasar, "Masa sudah tiba.  
Masa sudah tiba untuk semua kita kata, F*** you, United Malays National 
Organisation!"
Luahan Hishamuddin Rais ini disambut dengan tepukan dan sorakan gemuruh 
daripada lebih 150 orang hadirin, dalam satu forum berjudul "Malays Are Muted 
Too! - The Importance Of Freedom Of Expression", bertempat di Dewan Perhimpunan 
Cina Kuala Lumpur-Selangor (SCAH), semalam.
Forum ini mempertemukan mereka yang "dibisukan"- Zunar yang diharamkan karya 
kartunnya; Amir Muhammad yang dirampas buku terbitannya, Jamaluddin 
Ibrahim yang diarah untuk mengambil cuti setelah rancangannya "Say Hi To 
Malaysia" dalam stesen radio 98.8 disiasat Suruhanjaya Komunikasi Multimedia 
Malaysia (MCMC), dan Hishamuddin Rais, bekas tahanan Akta Keselamatan 
Dalam Negeri (ISA) yang sepanjang ini mencabar sistem yang sedia ada 
dengan pandangannya yang penuh kontroversi.
Lebih menarik, biarpun keempat-empat ahli panel ini berketurunan Melayu, 
namun mereka berasal dari dunia yang berlainan bahasa.  Jamaluddin 
Ibrahim, misalnya lebih fasih untuk bertutur dalam bahasa Cina, dan 
mempunyai peminat dari komuniti Cina.  Forum yang dianjurkan bersama 
oleh Jawatankuasa Hak Sivil SCAH, 1 Muted Malaysia dan MerdekaReview.com ini 
dijalankan dengan terjemahan oleh moderator, Chai Chee Fatt.
Guan Eng naik Haji tahun depan?
Hishamuddin Rais bermula dengan analisis bagaimana orang Melayu 
ditakut-takutkan, 
dan diperbodohkan agar pemerintah mengambil kesempatan untuk mengaut 
kepentingan diri.  Pawang dan bomoh dalam kampung akan menyebarkan 
khabar hantu, dan kemudian akan diberikan telur dan beras oleh orang 
kampung yang telah ditakut-takutkan.  Dalam politik moden, Hishamuddin 
Rais mendakwa model ini terus digunapakai, dan orang Cina dalam konteks 
hari ini telah dijadikan "hantu" untuk menakut-nakutkan orang Melayu.
Beliau sempat melontarkan jenaka ketika menyindir politik perkauman yang 
dimainkan dewasa ini, "Sekarang kamu boleh nampak, setiap hari, UMNO 
kata DAP pergi surau-lah, Lim Guan Eng sembelih lembu-lah...Lepas tu, 
tahun depan, Lim Guan Eng naik Haji...kemudian, Lim Kit Siang bersunat!"
Malah, Hishamuddin Rais (gambar kiri) mempersendakan kenyataan bahawa orang 
Cina bakal mengambil-alih kerajaan di Malaysia, "Mengapa orang Cina mahu 
mengambil alih negara ini?  Ini sesuatu yang pelik.  Negara ini negara 
yang paling teruk disalah-urustadbir (mismanaged) di 
dunia...polisnya rasuah, sistem kehakimannya rasuah.  Kalau Lim Kit 
Siang jadi Perdana Menteri, dalam tiga hari beliau akan ditendang 
keluar!"
Budaya perbincangan intelektual di Universiti
Ketika menjawab soalan daripada hadirin, Hishamuddin Rais mengimbas 
nostalgianya bagaimana suburnya budaya perbincangan intelektual dalam 
universiti, pada zaman tahun 1960-an dan 1970-an.  Menurut Hishamuddin 
Rais, yang juga pemimpin gerakan siswa ketika itu, persatuan dan 
pertubuhan dalam kampus akan menempah dewan pada setiap malam Rabu, 
untuk menganjurkan forum.
Untuk 
beliau, budaya ini adalah tradisi pengetahuan, menyaksikan bagaimana 
idea baru dicabar, sementara idea lama disingkirkan.  "Ini adalah 
kegunaan universiti...ini adalah apa yang dikatakan pendidikan!"  
Pandangan Hishamuddin menerima tepukan dari bawah pentas.
"Kemudian, datang seorang yang bernama Mahathir Mohamad.  Beliau musnahkan 
institusi.  Beliau memusnahkan universiti sebagai institusi untuk 
pembelajaran.  Mengapa?  Kerana banyak pandangan yang berbeza dari 
kampus.  Banyak demonstrasi, banyak "tidak setuju" (disagreement) datang 
daripada orang muda!"
Malah, Hishamuddin Rais memperlihatkan kekecewaannya apabila perbincangan 
intelektual kini terpaksa mengambil tempat di SCAH, atau hotel yang 
disewa, yang untuknya bukan tempat yang sesuai.  "Ia seharusnya berlaku 
dalam dewan universiti.  Apa yang terjadi sekarang adalah semuanya 
tertutup!"
Beliau yang gagal menahan kemarahan akhirnya mencemuh UMNO, yang dipersalahkan 
kerana memusnahkan segala-gala ini.
Feudalisme sebati dengan jiwa Melayu
Amir Muhammad, yang pada mulanya "terasa malas untuk hadir" kerana melihat 
tajuk forum (Melayu juga dibisukan), cuba mengulas isu ini di luar 
kerangka perkauman, mengambil contoh bagaimana "senarai tahanan ISA dari dulu 
hingga sekarang" memperlihatkan corak "1Malaysia".
Bagaimanapun, pembikin filem bebas ini berkongsi pengamatannya bahawa 
"feudalisme 
adalah satu perkara yang amat sebati dengan jiwa Melayu, yang 
berkurun-kurun lamanya."  Amir Muhammad mengimbas sejarah bagaimana kaum Melayu 
menyembah kepada raja Hindu sebelum kedatangan Islam, dan 
bagaimana penyembahan ini dialihkan kepada Raja dan Sultan Islam, 
seterusnya kepada pemerintah sekarang.
Malah, feudalisme ini tidak terhapus hanya dengan pertukaran sistem politik, 
misalnya kepada republik.  Ketika menjawab soalan dari hadirin, Amir 
Muhammad mengambil contoh bagaimana ketiga-tiga negara republik termasuk 
Singapura, Filipina dan Indonesia, yang terjatuh ke dalam 
neo-feudalisme, apabila rakyatnya masih cenderung untuk mengundi calon 
yang "dilahirkan daripada sperma seorang tokoh dahulu".
Mengulas isu negara republik, Hishamuddin Rais yang juga pembikin filem 
seketika dahulu enggan memberi jawapan yang "dramatik", misalnya menganjurkan 
Revolusi Bolsheviks dan sebagainya, tetapi tetap mengusik hati ramai.
Hishamuddin tidak tertarik untuk hapuskan raja, tapi...
Beliau berkata, "Menukar kepada (sistem) Republik, untuk saya tidak begitu 
penting.  Saya tidak tertarik hati untuk menghapuskan raja-raja.  Untuk 
saya, kamu boleh mempunyai seramai raja yang boleh.  Tapi kamu kerja.  
Kamu boleh mempunyai seorang raja yang memandu teksi, kamu boleh 
mempunyai Sultan Negeri Sembilan memandu teksi...saya ok.  Kamu boleh 
jadi Raja, Tan Sri, tapi kamu kerja sebagai nelayan...kamu boleh jadi 
Raja, kamu boleh jadi Sultan, apa masalahnya?"
"Masalahnya, mereka tidak bekerja (they are not working)...Mereka 
menyalahgunakan wang (they are abusing the money).  Itu masalahnya!"
Hishamuddin Rais menegaskan,"...tapi, jangan suruh saya menghormati anda, 
kerana 
penghormatan bukan dipaksakan kepada rakyat.  Kita memberikan 
penghormatan, kerana kita wajib berikan penghormatan kepada orang yang 
seharusnya kita hormati."
Malah, 
beliau memberi contoh bagaimana negeri India yang juga mengekalkan 
kerabat dirajanya, telah memperlihatkan perubahan.  "Di India, ada 
raja-raja yang jalankan perniagaan hotel.  Mereka masih mempunyai 
kerabat diraja, kamu nak jual kacang putih, kamu boleh jual kacang 
putih... Apa masalahnya?"
Amir: Mengapa raja tidak bersatu?
Amir Muhammad yang mengkaji filem tanah air turut berkongsi pengamatan 
dirinya.  Beliau mendapati filem pada tahun 1940-an hanya menjadikan 
raja sebagai wira, tetapi "revolusi mental" berlaku apabila filem 
seperti Hang Jebat pada tahun 1950-an, menampilkan raja dengan 
perwatakan yang jahat, dengan menganjurkan kemungkinan bahawa Sultan 
boleh berkelakuan jahat, seperti bunuh, rogol dan sebagainya dalam 
filem.
 
"Sebenarnya benda yang ditanggap tak boleh disoal, pernah disoal sebelum ini.  
Padahal benda yang baik berlaku.  Kalau orang dahulu sudah menyoal, 
orang sekarang ada tanggungjawab untuk menyoal dengan lebih..," kata 
Amir Muhammad (gambar kiri), sambil mengingatkan bahawa kebodohan Utusan Melayu 
hanya bermula pada tahun 1960, apabila UMNO mengambil-alih akhbar tersebut.
Amir terus mempersoalkan, "Baru-baru ini, Sultan Perak dan Sultan Selangor, 
dua-dua kata orang Islam kena bersatu.  Saya pun bertanya sebagai 
soalan, hak saya untuk mengutarakan soalan, kalau sultan-sultan ini nak 
bersatu, kenapa kita ada sembilan ...(Raja/Sultan)?  Kenapa kita 
satu-satunya negara di dunia yang ada sistem rotating (bergilir)?  Macam roda 
rolet..."
"Ini adalah apa yang berlaku semasa kemerdekaan.  Dan mungkin ramai tidak 
diberitahu atau disedarkan bahawa semasa kemerdekaan, institusi raja 
adalah institusi yang tak nak kemerdekaan.  Sebab dia tahu dia akan 
hilang kuasa!" katanya.
Ketawa pun perlu ambil lesen?
Sebelum mengakhiri ucapannya, Hishamuddin Rais menyeru agar orang Cina memberi 
lebih simpati kepada orang Melayu, kerana orang Melayu kini telah 
diperbodohkan, dibonsaikan mindanya sehingga malas untuk berfikir.  
Beliau sempat mengusik pemimpin UMNO apabila mengeluarkan kata-kata, 
"Lebih dahsyat, Muhyiddin Yassin (TPM) dan Lokman Adam (yang lompat 
parti) memikir untuk mereka!"
Zunar (gambar kanan), atau nama asalnya Zulkiflee Anwar Ulhaque, meneruskan 
jenaka Hishamuddin Rais, yang berbunyi "nak ketawa pun perlu ambil 
lesen" apabila memperkenalkan kartunis yang diharamkan koleksi karyanya 
ini.  Zunar menggelakkan hadirin ketika menceritakan pengalaman 
bagaimana kartunnya diharamkan, dan proses beliau disoalsiasat oleh 
pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Dalam soal-siasat tersebut, majalah jenaka kartun kelolaan Zunar dituduh 
bersifat "politikal", namun dinafikan satu persatu, dari muka depan 
hinggalah ke muka akhir.  Zunar mempertahankan isu gadis Mongolia dibom, isu 
kematian Teoh Beng Hock yang dibangkitkan dalam majalah tersebut 
sebagai "isu jenayah", dan orang Malaysia seharusnya mempunyai hak untuk 
membincangkan isu yang berlaku di Malaysia.
Malah, Zunar menyatakan ketidakpuasannya kerana kelangsungan majalahnya 
ditentukan hanya seorang Menteri yang berkuasa.  Beliau rela berdepan 
dengan audien di pasaran, dan sanggup menerima nasib seandai karyanya 
tidak mendapat sambutan di pasaran.
Zunar yang buku dan majalah terbitannya "diganggu" dari setiap lapisan, dari 
pencetak, vendor sehinggalah pemilik kedai, menuding jari kepada Akta 
Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.  Beliau bertegas bahawa pencetak yang 
tugasnya hanya mencetak, iaitu yang akan menanyakan soalan pertama "buku ini 
hitam putih atau berwarna, kertas 70 gram atau 80 gram" itu tidak 
harus dipertanggungjawabkan dalam penerbitan.
Beliau memberi gambaran bagaimana pencetak dan vendor diugut untuk tidak 
mencetak karya kartunnya, yang dianggap "mengancam keselamatan dalam 
negeri".
Jamaluddin: Untuk kepentingan diri pemerintah
Jamaluddin Ibrahim melanjutkan kupasan Hishamuddin Rais sebermulanya, bahawa 
segala "hantu" yang diwujudkan tidak berkaitan dengan nasionalisme, 
perlembagaan persekutuan dan sebagainya, sebaliknya hanya percaturan 
politik kelas pemerintah untuk mengekalkan kuasa, lantas menjaga 
kepentingan diri.
Jamaluddin (gambar kanan) yang disekat beritanya oleh media cetak yang dimiliki 
Tiong Hiew King dalam tempoh tiga minggu yang lalu, merungut bagaimana Sin Chew 
Daily memainkan peranan yang menyerupai Utusan Malaysia, iaitu mempermainkan 
isu yang tidak menyenangkan kalangan komuniti Cina.
Beliau yang bekerja di stesen radio bahasa Cina ini menyahut apa yang 
dibentangkan ahli panel sebelumnya, iaitu pemerintah sebenarnya tidak 
mahu rakyatnya dicelikkan, sama ada dalam konteks UMNO dengan masyarakat 
Melayu, mahupun MCA dengan komuniti Cina.

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke