Salam

[5.2] Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka 
hati mengenai syiar-syiar ugama Allah, dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, 
dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan 
mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang yang 
menuju ke Baitullah Al-Haraam, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan 
mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan 
ibadat Haji di Tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka 
bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum 
kerana mereka pernah menghalangi kamu dari masjid Al-Haraam itu - mendorong 
kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan 
dan bertaqwa, danjanganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa 
(maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya 
Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi
 sesiapa yang melanggar perintahNya).

WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
( http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ )


=======================================================




From:Maslita Othman 
Sent: Monday, 16 April, 2012 3:46 PM
To: Maslita Othman
Subject: FW: Wargakilang News : Urgent S.O.S: TERHIMPIT:Teratak Rahmat Perlukan 
RM 50 000 !
 
Salam…
 
Sya dh berhubung dngan En Azwar dan cuba minta no akaun maybank 
Untuk memudahkan kawan2 semua menghulurkan bantuan setakat yg termampu…
 
No Akaun Encik Azwar Bin Ibrahim.
Maybank  - 1640 7047 1200
 
Pesan En Azwar… slps kwn2 bank in duit ke akaun ini ( maybank ) 
Harap dpt tinggalkan SMS kpd dia..utk memudahkan beliau mmbuat pemantauan
 
Setakat hari ini
16 April .. wang  yg terkumpul adalah lebih kurang RM15000
Masih bnyak lg baki yg pihak beliau perlukan…
Harap kita sama2 dpt bantu beliau…
 
Terima kasih…
Semoga jasa baik kalian mendapat balasan dr Yang Maha Esa…
Harap dpt panjangkan kpd kwn2 yg lain…
 
From:
Sent: Monday, 16 April, 2012 12:25 PM
To:  
Subject: Wargakilang News : Urgent S.O.S: TERHIMPIT:Teratak Rahmat Perlukan RM 
50 000 !
 
 
  
As Salam Semua,

Selaku
 wakil wargakilang, dgn ini kami melancarkan kempen  " Selamatkan  
Teratak Rahmat". Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada En. Azwar 
selaku setiausaha Kerja Teratak Rahmat di talian spt dibawah, boleh juga
 refer blog2 dibawah dan juga sebarang sumbangan boleh disalurkan terus 
kepada no akaun yg tertera dibawah.



> Encik Azwar Bin Rahmat, Setiausaha Kerja Teratak Rahmat - 0194776482
> http://teratakrahmat.blogspot.com/
> http://comeybelako.blogspot.com/2012/04/rumah-anak2-yatimmiskin-teratak-rahmat.html
> No account Teratak Rahmat: 0901-0019362-72-9 Bank Muammalat


Shukri
NGO Wargakilang
019-5407859



==========================================================


Bob Kuman perlukan bantuan kita semua
Posted on Sunday, April 15 @ 18:36:56 PDT 
Dilulus untuk paparan oleh aya 

Oleh: amkns

"Moh
 kita bantu Bob Kuman. Kepada sesiapa yang mengenali Bob Kuman, marilah 
kita sama-sama membantu mengikut kemampuan kita masing-masing. Kisah 
lanjut di Blog Mazidul Akmal Sidik.
 
SAYA HANYA ADA RM36 DALAM AKAUN SIMPANAN - BOB KUMAN (EKSKLUSIF) 
Kepada pembaca ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016 231 5812. 
Manakala akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI) Maybank 112371007047)
Cerita penuh di 
http://www.mazidulakmal.com/2012/04/saya-hanya-ada-rm36-dalam-akaun.html  
AKAUN MAYBANK BOB KUMAN DISEKAT  
Kisah selanjutnya di 
http://www.mazidulakmal.com/2012/04/akaun-maybank-bob-kuman-disekat.html
 
SAYA HANYA ADA RM36 DALAM AKAUN SIMPANAN - BOB KUMAN (EKSKLUSIF) 
 
Mungkin ramai pembaca mengenali wajah di atas manakala sebilangan lagi 
barangkali terkeliru. Namun bagi penonton filem tempatan dan televisyen, 
personaliti di atas tentunya tidak asing kepada mereka.
 
Cuma wajahnya berbeza berbanding ketika dia menghiburkan ramai peminat sewaktu 
berkarya di pentas seni.
 
"Bang, tolong datang ke rumah saya sekejap, boleh? " soal Bob Kuman.
 
"Ada apa Bob?," soal saya.
 
"Abang tolong datang sahaja," pintanya.
 
Pada awalnya saya berasa agak hairan dan menjangkakan Bob hanya sekadar 
bergurau. Terfikir, jika dia berhadapan masalah, tentunya sebagai artis 
terkenal, dia mempunyai ramai kenalan bersedia untuk membantu.
 
Apapun, hati kecil mendesak saya memenuhi permintaannya lalu mengajak kru666, 
Razali Harun untuk menemankan saya bertemu Bob.
 
 
"Itu gambar saya, sewaktu dirawat di Hospital Tawakal Kuala Lumpur. Malam 
tahun 2011 semasa sesi penggambaran 'Jangan Pandang Belakang Congkak', 
siri televisyen, saya terjatuh di Hulu Langat, Selangor. Wahid Senario 
dan Lan Pet Pet antara saksi kejadian itu. Dalam keadaan pening, semput 
dan sakit, saya terpaksa memandu kereta sendiri ke hospital dan 
dibiarkan begitu sahaja. Masa keluar dari pusat rawatan itu, saya 
diberitahu, berhutang lebih kurang 7 ribu ringgit dengan hospital dan 
saya kena bayar sendiri. Itu saya tidak boleh terima. Penerbit tidak 
membantu sebab itu saya berasa kecil hati. Mujur selepas itu, dapat 
rezeki sikit dan saya menjelaskan sebahagian daripada caj hospital itu. 
Kini ada berbaki lebih tiga ribu enam ratus ringgit lagi," ujar Bob.
 
Tambah Bob, dia dirawat di hospital terbabit dalam tempoh lebih 2 minggu.
 
Sambil berbual, saya perhatikan mesin oksigen dan wayar dimasukkan ke dalam 
hidungnya bertujuan untuk membantu pernafasan.
 
 
"Orang tidak cukup oksigen bang, tidak ubah seperti sayur layu. Kulit saya pun 
telah berubah warna," celah Bob.
 
 
"Saya sudah tidak boleh bergerak sejak 8 April lalu dan kemudian memakai 
mesin oksigen ini. Sebenarnya saya bukan ingin menagih simpati 
masyarakat," katanya biarpun kelihatan dalam kesakitan dan sukar menarik nafas.
 
"Kongsikan fakta, itu tidak salah," celah saya.
 
 
"Setakat ini beberapa kawan membantu saya. Antara mereka, Adlin Aman Ramli. Dia 
bagi saya pinjam duit RM2,000 bang masa saya tengah susah, sewaktu 
dirawat di Putrajaya. Itu sahabat saya bang. Dalam keadaan begini, saya 
pun tidak boleh berkarya, tidak ada pendapatan. Mujurlah gerai Bawal Power saya 
kongsikan bersama rakan mendapat sambutan dan boleh membantu sedikit dari segi 
kewangan," jelas Bob.
 
 
Sesekali sewaktu berbual, dia berhenti, diam untuk menarik nafas.
 
 
"Timbalan Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, pernah menghubungi saya untuk 
menghulurkan bantuan. Saya memaklumkan wakil dia, bila simpati, dapat benda 
lain, 
dapat beras, dapat biskut. Siapakah hendak membantu menjelaskan bil 
hospital saya? Saya rasa macam malu," kata Bob lagi.
 
Bob memaklumkan saya, dia kini amat memerlukan mesin dilengkapi tangki 
oksigen namun setakat ini tidak mampu untuk menyewa keperluan itu.
 
"Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan," bisiknya.
 
Saya kemudian menghubungi Zed menggunakan telefon bimbit. Mujur dalam 
kesibukan dengan kegiatan seharian, dia masih berpeluang untuk 
mengangkat panggilan dari nombor tidak dikenali.
 
 
"Melalui SENIMAN, saya telah mengeluarkan surat sokongan kepada Kementerian 
Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di bawah Tabung Kebajikan Penggiat Seni 
tetapi setakat ini belum mendapat sebarang keputusan dan berapakah jumlah bakal 
diterima oleh Bob. Sebelum ini, beberapa artis seperti 
Nasir P. Ramlee dan Kamal Pendek telah menerima sumbangan dari tabung 
terbabit," jelas Zed.
 
Selepas berhubung dengan Zed, saya kemudian memaklumkan kejadian menimpa Bob 
kepada Penerbit program Melodi, TV3. 
 
Untuk pengetahuan semua rakan artis dan peminat, Bob sedang berada dalam 
keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah di 
Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
 
 
Kepada pembaca ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016 231 5812. 
Manakala berikut nombor akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI) Maybank 1123-7100-7047.
 
Jika akaun dilaporkan disekat, bersabar dan sila rujuk entriAkaun Maybank Bob 
Kuman disekat. Ketahuilah, sesungguhnya kekadang berbuat kebaikan itu mempunyai 
cabaran tersendiri.
 
'Bantulah, semoga Allah sentiasa membantu sewaktu kita ditimpa musibah'
 
HEBAHKAN


NOTA
Jika pembaca atau kenalan ingin saya membuat liputan blog dan mengiklankan 
premis perniagaan makanan secara PERCUMA, sila klikdi sini.
Nukilan Mazidul Akmal SidikJam 1:57 PTG 
    


===================================================================



=======================================================================

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Reply via email to