Salam


Harapannya biarlah berhijrah kerana Allah SWT...


Amatlah rugi, kalau berhijrah kerana harta/nama/pangkat..

[01: 218] Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah 
serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah 
orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha 
Pengampun, Lagi Maha Mengasihani.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs bin Umar bin Al-khattab bin Nufail bin ‘Uzza 
bin Rayaah bin Abdullah bin Qurthi bin Razaah bin ‘Adiyya bin Ka’aab bin Luaai 
bin Ghalib al-quraisy al-’adawiy redha Allah keatas nya berkata :
Aku telah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda : 

” Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan niat, dan sesungguhnya keatas 
setiap manusia itu ( dibalas ) mengikut apa yang telah diniatkannya, barang 
sesiapa yang berniat berhijrah kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah 
kerana Allah dan RasulNya, dan barang sesiapa yang berniat berhijrah kerana 
dunia atau perempuan yang ingin dinikahinya maka hijrahnya itu adalah kerana 
kedua-duanya ( dunia dan perempuan yang ingin dinikahi ).

( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )


Masih belum terlambat untuk memperbetulkan niat.. 


Semoga Allah SWT memberikan hidayahnya kepada kita semua untuk berubah :

        * daripada kekufuran kepada iman, 

        * daripada jahil kepada aalim, 

        * daripada mengagungkan dunia kepada mengagungkan Allah SWT..

        * daripada permusuhan nasionalisma, kepada persaudaraan Islam..


WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
( http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ )


________________________________
 From: roslan mohd <mohros...@gmail.com>
Subject: [chainz_of_frenz] Pemimpin Umno mengamuk dan isytihar keluar parti
 

  

http://www.youtube.com/watch?v=qTi9tEqUIPQ

Naib Ketua Umno Kampar Isytihar keluar parti



BATU GAJAH: Naib 
Ketua Pemuda Umno Kampar, Sdr Zamhuri Md Zin hari ini mengisytiharkan 
dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti 
itu.
Tindakan tersebut adalah disebabkan parti yang telah memerintah 
lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang melayu dan tidak lagi releven.
"Saya hari ini mengisytiharkan keluar Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti 
itu," katanya.


Menurutnya, rasuah didalam pertadbiran Barisan Nasional amat berleluasa dan 
ditahap yang membimbangkan.



Beliau yang juga seorang pengusaha pasir telah ditipu dan dinafikan haknya 
setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan.



"Saya bayar cukai RM20 125 seperti prosidur yang ditetapkan oleh kerajaan  
tetapi apa yang saya dapat hanya tanah liat, bukannya pasir," ujarnya.



Ahli Majlis Daerah Kampar itu sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang 
menganiaya serta menindasnya sedangkan beliau adalah 'orang kuat' 
menyokong kerajaan.



"Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi (pelacur) dari siam 
barulah nak bagi luluskan pasir, dan Ketua Umno Bahagian, Dato' Radhi Manan 
sebentar tadi menelefon dan mengatakan pasir yang dipohon sudah diluluskan.



"Sudah terlambat, saya tetap dengan pendirian saya akan keluar umno dan saya 
tidak akan toleh ke belakang.



"Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno dan bersama-sama 
Pakatan Rakyat," ujarnya.



Zamhuri yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan bahawa lebih 100 
ahli di cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau.
Sementara 
itu, Mantan Menteri Besar, Dato' Seri Nizar Jamaluddin ketika 
bersama-sama dalam pengisytiharan itu mengalu-alukan hasrat beliau.



Mohammad Nizar menjelaskan, di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 
bulan, Zamhuri pernah memohon pasir dan diluluskan.



"Walaupun dia Umno tetapi Pakatan Rakyat luluskannya kerana itu hak dia sebagai 
penjual pasir.


"Kalaulah orang kuat Umno pun mereka tidak boleh tolong, inikan lagi orang 
Pakatan Rakyat.


Justeru, beliau menyeru ahli Umno yang lain turut bersama-sama mengikut jejak 
langkah Zamhuri dan menyertai perjuangan Pakatan Rakyat.



===================================================================================

----- Forwarded Message -----
From: "sharom.m...@akersolutions.com" <sharom.m...@akersolutions.com>
From: Mus

Umno tak wajar serang Majlis Peguam
Salmiyah Harun,     17 Mei 2012

KUALA
 LUMPUR: Hanya kerana mengeluarkan kenyataan selari dengan Pakatan 
Rakyat maka Majlis Peguam dilabelkan sebuah parti politik disifatkan 
sebagai pandangan yang sempit.

Demikian tegas AJK PAS Pusat Abang
 Ahmad Kardee sebagai mengulas kenyataan Tun Dr Mahthir Mohamad yang 
mengatakan Majlis Peguam sebagai parti politik kerana perhatianya lebih 
kepada politik.

Beliau yang juga seorang Peguam, berkata, Majlis 
Peguam adalah badan profesional yang ditubuhkan profesion guaman, jadi 
mereka akan mengambil sebarang kenyataan tanpa ada rasa takut dan 
menyebelahi mana-mana pihak.

"Kalau macam itu, mana-mana badan 
yang mempunyai pandangan tidak selari dengan kerajaan tidak perlu 
membuat sebarang kenyataan sebaliknya menjadi 'pak angguk' sahajalah," 
tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Malangnya, kata beliau apa yang berlaku dalam negara hari ini, banyak 
undang-undang yang tidak dipatuhi.

Beliau
 turut bersetuju dengan pendekatan yang diambil Majlis Peguam apabila 
menegur tindakan yang tidak betul walaupun ia selari dengan Pakatan 
Rakyat.

"Tidak patut, teguran yang kebetulan sama di pihak Pakatan Rakyat terus dilabel 
badan politik," katanya.

Malah
 katanya, peguam adalah badan profesional, setiap tahun para peguam 
membayar lesen Sijil Amalan Guaman dan sijil tahunan di Mahkamah dan 
Majlis Peguam.

Jelasnya, Majlis Peguam turut menyokong beberapa 
perkara lain yang disyorkan kerajaan seperti kenaikan gaji hakim, dan 
tambah jumlah jawatan di mahkamah, bagaimanapun tidak pula dilabelkan 
sebagai penyokong Umno BN.

"Tapi bila kita sokong kerajaan tidak pula kata kita sokong BN," katanya.

Sebelum
 ini, Majlis Peguam meluluskan resolusi mengutuk kekerasan pihak polis 
yang didakwa melampaui batas pada Perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu.

Penegasan Majlis Peguam itu, mengundang kritikan pimpinan Umno BN sehingga ada 
yang melabelkan badan itu sebagai parti politik.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Majlis Peguam telah menjadi sebuah parti 
politik memandangkan perhatiannya lebih kepada politik.

Oleh
 itu, beliau berkata ia sepatutnya membiarkan pertubuhan lain mengambil 
alih bahagian profesional bagi mengelakkan kekeliruan.

Sementara 
itu, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz telah bersetuju untuk mengkaji 
pembentukan Majlis Peguam kedua sebagai alternatif kepada peguam yang 
tidak berpuas hati terhadap Majlis Peguam sedia ada berhubung dakwaan 
mereka menyokong perjuangan Pakatan Rakyat.

======================================================================================


======================================================================================

From: Mus

  Pemimpin hilang identiti ugut peneroka keluar Felda
Anis Nazri,     15 Mei 2012

KUALA
 LUMPUR: Mana-mana pemimpin negara yang meminta para peneroka 
meninggalkan tanah rancangan Felda kerana berbeza pandangan, hanya 
menunjukkan sikap pemimpin yang hilang identiti kepimpinannya.

Perkara
 tersebut ditegaskan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan 
(Anak), Mazlan Aliman (gambar) yang juga menganggap kenyataan sedemikian
 sebagai satu bentuk ugutan dan ancaman.

"Bagaimana seorang pemimpin boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada 
rakyatnya?

"Kenyataan
 itu juga menunjukkan Umno sudah terbiasa dengan budaya ugut dan ancam 
ini sejak dahulu," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Beliau
 berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam 
Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan 
ahli parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman Said.

Mereka 
dilaporkan mengeluarkan kenyataan meminta para peneroka yang tidak 
bersetuju dengan penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH) 
keluar dari tanah rancangan tersebut.

Kedua-dua pemimpin Umno itu
 dikatakan mengeluarkan kenyataan tersebut ketika majlis penyerahan 
'durian runtuh' di kawasan masing-masing.

Tambah Mazlan, selain 
Ismail dan Azalina, seorang lagi pemimpin Umno, Datuk Norzula Mat Diah 
yang merupakan Adun Paloh, Kelantan turut mengeluarkan kenyataan serupa.

Mazlan
 turut mendakwa para peneroka yang menyertai tanah rancangan Felda tidak
 masuk secara percuma, sebaliknya terpaksa membayar harga tanah walaupun
 hanya berkeluasan 10 ekar.

Atas sebab itu, katanya tidak ada 
sesiapa yang boleh mengugut atau mengancam peneroka untuk meninggalkan 
tanah rancangan yang telah mereka terokai selama ini.

Mengulas 
lanjut, Mazlan berkata para peneroka mempunyai hak untuk menilai secara 
berhati-hati berkaitan penyenaraian FGVH, lebih-lebih lagi dengan 
maklumat daripada pelbagai pihak.

"Mereka merupakan warga 
bermaklumat, yang mempunyai hak untuk bersetuju atau sebaliknya 
(penyenaraian) itu. Mereka bukan seperti katak di bawah tempurung, 
mereka bimbang pertaruhkan kehidupan mereka seperti nasib Felda L.B 
Johnson, Felda Sungai Buaya, dan Felda Cahaya Baru," tegas beliau.

Dalam
 perkembangan sama, Mazlan berkata Anak akan memfailkan injuksi memohon 
pembatalan surat tawaran pinjaman bank di Mahkamah Tinggi Kuantan, esok.


======================================================================================


Oleh HARIS ZALKAPLI 

Debat tentang Bersih antara kumpulan pembangkang dengan pemerintah kini  
tertumpu pada dakwaan agenda protes berwarna tema kuning ini untuk  menjatuhkan 
kerajaan Barisan Nasional.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dilaporkan mendakwa 
perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu bertujuan menjatuhkan kerajaan, 
dakwaan sama yang juga dibuat oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.


Gabungan pembangkang Pakatan Rakyat menafikan dakwaan ini, dengan alasan  
protes Bersih diadakan secara aman dan tanpa senjata, dirancang untuk  
berlangsung hanya selama dua jam di Dataran Merdeka.

Walau 
bagaimanapun, menurut satu kajian terhadap kebangkitan rakyat yang  aman
 - seperti yang berpotensi untuk dilakukan oleh Bersih - mempunyai  
potensi yang besar untuk berjaya menggulingkan kerajaan, berbanding  
penentangan bersenjata.

Kajian yang dikemukakan dalam buku Why Civil Resistance Works: The Strategic 
Logic of Nonviolent Conflict, membandingkan hasil kebangkitan sivil secara aman 
dengan penentangan  
bersenjata dalam sejarah dunia, dan mendapati kebangkitan aman  
menunjukkan rekod kejayaan lebih besar mengatasi kebangkitan bersenjata.

Antara kebangkitan aman yang disenaraikan sebagai berjaya ialah 
revolusi  di Iran pada 1979, protes rakyat Filipina menjatuhkan 
Ferdinand Marcos  pada 1986 dan revolusi warna di republik bekas Soviet 
Georgia, Ukraine  dan Kyrgyzstan pada 2003 hingga 2005.

Dalam 
tinjauan 25 kebangkitan besar-besaran antara 1900 hingga 2006,  didapati
 20 daripada kempen itu bersifat aman, dan lima bersenjata.  Daripada 20
 itu, 14 mencapai kejayaan, manakala hanya dua daripada lima  kempen 
bersenjata berjaya.

Walaupun kaitan dengan Bersih boleh dibuat,
 terdapat beberapa perbezaan  seperti rejim-rejim yang dikaji jauh lebih
 buruk berbanding pemerintah  Malaysia, dan penyertaan dalam kebangkitan
 yang dikaji itu melibatkan  jumlah yang dalam kes paling kecil, 
melibatkan angka 300,000 orang.

Persamaan yang jelas setakat 
ini ialah melibatkan penggunaan warna,  kerjasama parti politik 
pembangkang dengan pertubuhan bukan kerajaan dan  kempen yang sistematik
 dan menerima perhatian masyarakat antarabangsa,  serta menerima 
beberapa bentuk bantuan daripada pertubuhan bukan  kerajaan asing. 

Penulisnya menyimpulkan lima sebab utama yang mendorong kejayaan kebangkitan 
aman besar-besaran:

1. Penyertaan massa yang ramai dan pelbagai mengakibatkan gangguan (civic 
disruptions) besar-besaran yang boleh mendorong penyokong rejim, termasuk 
pasukan  
keselamatan menilai semula kepentingan mereka dan menjadi lebih  
cenderung untuk mengalihkan sokongan daripada pemerintah kepada gerakan  
kebangkitan. Kebanyakan akan mahu menyelamatkan diri dan bersama pihak  yang 
menang, dan ini mendorong perubahan sokongan.

2. Tekanan 
terhadap kempen aman yang besar lebih berkemungkinan  mencetuskan kesan 
buruk ke atas pemerintah, termasuk penyertaan lebih  ramai dalam 
kebangkitan, elit pemerintah berpaling tadah dan hukuman (sanctions) ke atas 
rejim terbabit.

3.Kempen yang menunjukkan penyertaan jumlah besar orang awam lebih 
mudah  mendapat sokongan masyarakat antarabangsa dan menyebabkan rejim  
kehilangan sokongan daripada kuasa serantau dan antarabangsa.

4. Kempen aman yang besar lebih mampu mengelak dan menggagahi tekanan rejim, 
berbanding kempen kumpulan yang kecil.

5. Kempen aman besar-besaran cenderung untuk lebih mampu melakukan  
inovasi melibatkan taktik berbanding protes kecil, menjadikan mereka  
lebih mampu menyusun gerakan dan menyesuaikan diri dalam menghadapi  
tekanan rejim.

Suasana politik dunia terutama ketika 
kebangkitan di dunia Arab masih  dirasai kesannya oleh pemerintah di 
seluruh dunia, menjadikan kuasa  rakyat mula dilihat mampu membawa 
perubahan politik. 

Dalam iklim politik masa kini, seperti ditegaskan pemikir geopolitik Amerika 
Syarikat Zbigniew Brzezinski, "buat pertama kali dalam sejarah, hampir seluruh 
warga dunia aktif dan sedar politik, dan menjadi semakin interaktif." 

Seperti yang dilihat dalam protes massa dari Asia Tenggara ke Asia  
Tengah hingga ke Afrika Utara, kebangkitan rakyat mentakrifkan dunia  
politik pada masa ini, menjadi satu trend global yang merebak ke seluruh dunia 
tanpa sekatan, digalakkan lagi oleh populasi muda yang besar dan faktor-faktor 
ekonomi seperti harga keperluan asas dan peluang pekerjaan.

Di Malaysia, kuasa orang muda kelihatan semakin vokal dan berani,  
seperti disaksikan dalam kempen-kempen melibatkan mahasiswa yang mula  
aktif sejak kebelakangan ini.  

Suasana ini dirasakan oleh 
semua kerajaan di dunia, terutama  negara-negara berpemerintah 
autoritarian yang merupakan majoriti di Asia  Barat dan Asia Tengah. 
Malah, negara kuasa besar Rusia turut berdepan dengan kebangkitan besar-besaran 
yang mampu menggugat rejim masa kini.

Dalam mempertahankan diri, pemerintah yang berdepan cabaran kebangkitan
  rakyat ini mengemukakan hujah sokongan kuasa Barat kepada  
kumpulan-kumpulan sivil dan parti pembangkang yang bersatu tenaga dalam 
 menjatuhkan pemerintah sedia ada, dakwaan yang juga pernah dikemukakan oleh 
Mahathir.

Tetapi dalam banyak kes, perhatian kepada bantuan Barat ini kelihatan  
digunakan oleh pihak rejim untuk menutup kesalahan masing-masing dan  
mengalihkan beban kepada penentang. 

Hal ini disebabkan peranan
 dimainkan oleh pertubuhan seperti Endowmen  Nasional untuk Demokrasi 
(NED) dan dua cabang utamanya mewakili dua  parti utama AS, Institut 
Republikan Antarabangsa (IRI) dan Institut  Demokratik Nasional (NDI), 
yang tidak bebas daripada kritikan dari dalam AS sendiri ekoran penglibatan 
dalam proses politik di negara asing.

Isu sokongan Barat terutama AS ini menjadi satu topik yang hangat dalam 
perbincangan melibatkan peranan AS dalam usaha yang disebut "menyebarkan 
demokrasi" ke seluruh dunia, yang didasarkan pada doktrin Wilsonisme, satu asas 
penting dalam wacana dasar luar AS.

Walau bagaimanapun, perubahan dalam politik Malaysia, 
sekurang-kurangnya  berdasarkan ucapan umum pemimpin-pemimpin politik 
pembangkang setakat  ini masih dituntut untuk dilakukan melalui pilihan 
raya dan bukan aksi  massa.

Perhimpunan Bersih sebelum ini 
memperlihatkan hasilnya dalam pilihan  raya umum selepas itu, yang 
dilihat dalam Pilihan Raya Umum ke-12 yang  diadakan kurang enam bulan 
selepas perhimpunan Bersih pertama. 

Tetapi protes massa yang 
besar berpotensi diadakan, seperti yang dijalankan di negara-negara 
bekas Soviet, sekiranya keputusan  pilihan raya berjaya diperlihatkan 
sebagai telah dipalsukan, atau  proses pilihan raya masih tidak bersih 
sehingga menghasilkan keputusan  yang tidak seperti diharapkan. 

Pembinaan momentum sejak Bersih 2.0 pada Julai tahun lalu, diikuti oleh
  Bersih 3.0 hujung April lalu memungkinkan kebangkitan melibatkan 
jumlah  yang besar dapat digerakkan oleh PR dan NGO yang terlibat. 

Kebangkitan ini, yang dijangka akan terus didepani oleh gerakan Bersih,
  boleh membuka pelbagai kemungkinan termasuk menjatuhkan kerajaan BN,  
yang menjadi matlamat utama pembangkang.

Tetapi, satu 
pengajaran daripada kebangkitan massa yang perlu  diperhatikan ialah 
potensi kemunculan faktor-faktor lain seperti elemen  sektarian dan 
elemen negatif lain yang boleh tercetus daripada suasana  yang tegang.

Kejatuhan kerajaan BN memang satu hasil yang berpotensi dicapai, tetapi
  pelbagai faktor boleh mengubah haluan dan sifat kebangkitan massa yang
  dicetuskan itu.  
http://www.politikpop.com/

======================================================================================
-----Original Message-----
From: Mus

  Cerita anak peneroka tentang saham FGVHB

Mohd Sayuti Omar,     10 Mei 2012
Seorang
 anak peneroka berasal dari Johor kini menetap di Papar Sabah menghantar
 email kepada saya untuk berkongsi cerita mengenai nasib peneroka yang 
dikejutkan oleh pengumuman pemberian "durian runtuh" dan saham FGVHB 
oleh Najib Razak kelmarin.

Terima kasih kepada sdr MS, (saya rengkaskan namanya). Memang apa diceritakan 
MS mengejutkan dan sedap untuk mendengarnya.

Kita
 yang bukan anak peneroka ini tidak akan mengetahui kisah yang hendak 
dikongsikan oleh MS ini. Kita bernasib baik dengan adanya kisah ini.

Ikutilah kisah yang hendak dikisahkan itu semoga ia menginsafkan kita semua.

Apapun terima kasih kepada MS kerana berkongsi cerita dengan kita semua dan 
mengirimkan cerita itu kepada saya - blog MT.

Assalamualaikum tuan MSO...

Sekadar berkongsi cerita...

Terlebih
 dahulu sebelum saya menulis, saya ingin mengucapkan terima kasih atas 
kesudian tuan membaca email saya dan seterusnya berkongsi sedikit 
pengalaman saya tentang FVGHB.

Saya merupakan anak sulung seorang
 peneroka Felda di Segamat dan kini menetap di Papar, Sabah. Kebetulan 
saya juga menjaga bapa saya yang uzur dan kini dia tinggal bersama saya 
di sini.

Pada21/04/2012 lebih kurang jam 9.50 malam, saya 
menerima satu panggilan telefon dari seorang staf felda tempat saya 
meminta salinan kad pengenalan bapa saya.

Saya bertanya kepada staf tersebut untuk tujuan apa?

Dan
 dia menyatakan bahawa bagi tujuan FVGHB dan menerangkan sedikit bahawa 
pihak maybank telah bersetuju untuk memberikan pinjaman kepada bapa saya
 untuk tujuan membeli saham tersebut.

Seterusnya staf tersebut juga menyatakan tawaran itu dibuat hanya dua hari 
sahaja dan pembayaran dibuat melalui Maybank.

Saya
 seterusnya mengajukan soalan adakah ianya perlu dibeli oleh bapa saya? 
Dan dia menyatakan ianya adalah pilihan dan meminta keputusan malam itu 
juga.

Saya mengambil keputusan bahawa tidak akan membeli saham tersebut selagi tidak 
mendapat penerangan yang terperinci.

Pada
 30/04/2012, saya elah membuat panggilan telefon ke pejabat felda 
tersebut dan meminta penerangan dari staf di pejabat tersebut.

Antara sedikit penerangan yang diberi ialah :

i.Pinjaman bagi membeli saham tersebut melalui maybank

ii.Tiada had pinjaman

iii.Tidak perlu penjamin

iv.Tidak perlu sebarang cagaran

v.Hanya bayar jumlahpinjaman sahaja tetapi dikenakan caj perkhidmatan 5% 
setahun oleh pihak maybank

vi.Pihak felda hanya menguruskan perkara yang berkaitan dengankebajikan 
peneroka sahaja.

vii.Bagi
 risiko kerugian pula, pihak staf tersebut tidak pasti siapa yang akan 
bertanggungjawab terhadapnya. (sama ada peneroka atau felda)

viii.Staf
 tersebut juga menyatakan mereka menasihatkan peneroka menjual semula 
saham mereka dalam masa 6 bulan jika ada keuntungan (saham naik)

ix.Staf
 tersebut juga menyatakan bahawa mereka terpaksa menyelesaikan arahan 
tersebut dalam tempoh masa yang singkat disebabkan ianya arahan dari 
atasan felda.

x.Terakhir sekali dia juga menyatakan bahawa dia juga kurang memahami tentang 
FVGHBtersebut.

Persoalannya yang timbul di sini ialah:

i.Mengapa pelaksanaan FVGHB dibuat secara tergesa-gesa

ii.Sukar
 untuk dipercayai bahawa pihak bank memberi pinjaman tanpa had kepada 
golongan peneroka seperti bapa saya yang berumur melebihi65 tahun

iii.Adakah logic pihak bank tidak memerlukan cagaran atau penjamin bagi 
pinjaman membeli saham.

iv.Pihak staf juga kurang memahami tentang FVGHB dan bagaimana mereka 
menerangkannya kepada peneroka

v.Yang penting ialah siapakah yang akan menanggung risiko kerugian jika saham 
jatuh dan hendak bayar bank menggunakan apa?

Akhir
 sekali saya mengucapkan terima kasih kepada tuan dan besarlah harapan 
saya agarpihak tuan akan dapat menyiasat dan membongkar kebejatan dan 
kebobrokanyang terdapat dalam pihak pengurusan utama felda khususnya dan
 UBN umumnya.

Saya rasa masih ramai lagi anak-anak peneroka yang 
sedar tentang perkara ini tetapi segan atau tidak tahu di mana hendak 
menyuarakannya.

Sekian terima kasih.

Anak peneroka
Papar, Sabah.


======================================================================================

From: Zah
Subject: Fw: Hutang Negara Malaysia 2012

http://nizar-coretanku.blogspot.com/

Hutang Negara Malaysia 2012 (RM456.1 Bilion) : 2 Syarikat RATINGS AGENSI 
ANTARABANGSA Beri Amaran Kepada Malaysia!!

Posted by Nizar


Ketika ini hutang negara berada pada paras RM456.1 bilion di mana bersamaan 53.5
 - 54 peratus daripada Kadar Dalam Negara Kasar daripada had yang telah 
ditetapkan  Kementerian  kewangan  (MOF)  setakat ini iaitu pada paras 
55%..

Walaubagaimanapun jawatan balas Timbalan Menteri Kewangan (Datuk Seri Awang 
Adek) di Dewan Rakyat menasihatkan rakyat Malaysia tidak perlu risau.

Tahap 
 hutang  negara  yang tinggi untuk tempoh yang berterusan, sebenarnya 
boleh  memberikan  kesan  ekonomi  dan  kewangan negara dalam tempoh 
jangka panjang. Keadaan  ini  akan  bertambah buruk jika wang yang 
telah dipinjam dibazirkan untuk tujuan projek-projek mega yang 
sebenarnya tidak perlu pada masa  sekarang, tetapi diperuntukkan semata-mata 
untuk "mengenyangkan" suku-sakat dan kroni.

Tetapi  dalam  pada  masa  yang  sama,  tiada satu iltizam yang benar-benar  
menunjukkan  keyakinan  kepada semua yang Malaysia sedang  berusaha  mengatasi  
kadar  hutang  negara  yang tinggi ketika ini .

Akhirnya, kita akan terus melihat kadar hutang negara terus bertambah daripada 
tahun ke tahun selama 15 tahun lamanya.

Jika   kerajaan   tidak  melakukan  pelan  pengurangan  fiskal  yang  mampu 
memberikan
 keyakinan kepada semua, implikasi yang jarang-jarang kita diajar dan  
dididik  di kaca televisyen & di akhbar arus perdana, di mana 
Malaysia bakal menghadapi risiko penurunan gred penarafan kredit.

Terkini 
 semakan  kami  kepada  laporan  berita  daripada Channel News Asia 
bertajuk  (Malaysia  faces  credits  rating  cut) yang dimuatkan di 
ruangan perniagaan  menunjukkan  telah  terdapat beberapa 
syarikat-syarikat RATINGS AGENSI  ANTARABANGSA  yang  telah  memberikan 
 "peringatan  dan amaran awal kepada Malaysia". Antaranya ialah seperti:
         1.    Standards & Poors
         2.    Moody's Investors Service


Kedua-dua
 agensi ini telahpun memberikan amaran kepada kerajaan Malaysia bahawa 
"RATINGS" bagi BON-BON TERBITAN KERAJAAN PUSAT di arena antarabangsa 
besar kemungkinan akan diturunkan daripada :
                    "Rating ( A- ) diturunkan kepada ( BBB )"
(Embedded image moved to file: pic27277.jpg)

Ini 
 semuanya  berpunca  daripada  HUTANG  NEGARA  yang  terkini sudah mula 
mencecah  kepada  paras  54%  daripada  KDNK (Keluaran Dalam Negara 
Kasar).
Tetapi,  persoalannya apa implikasinya kepada Malaysia jika rating tersebut 
diturunkan?

Sekiranya  ia terus berlaku tanpa perubahan yang radikal daripada sekarang, 
antara implikasinya ialah :
Nilai  matawang ringgit di pasaran antarabangsa akan mula jatuh dan jumlah  
hutang luar negara merujuk kepada ekonomi Malaysia secara  keseluruhan akan 
menjadi lebih sukar untuk dibayar. Ini kerana  kadar  pertukaran  wang  asing 
menjadi lebih tinggi dan sektor import akan mengalami kerugian yang teruk 
Apabila  nilai  matawang  ringgit  mula  jatuh  dan  kita boleh mengalami  
kegawatan  ekonomi yang serius disebabkan kekurangan "KECAIRAN"   dalam   
SISTEM  KEWANGAN  di  Bank-Bank  tempatan, sehingga  boleh  menyebabkan kadar 
faedah pinjaman di Bank-bank tempatan  melonjak tinggi. Kesannya akan berbalik 
kepada rakyat Malaysia juga.

Akhirnya, ia akan turut mengakibatkan banyak sektor-sektor lain mengalami 
kemelesetan kerana IMPORT UTAMA dari negara-negara maju oleh kebanyakan negara 
membangun seperti Malaysia yang menggunapakai  TEKNOLOG  TINGGI yang digunakan 
di sektor-sektor pembuatan seperti perkilangan dan lain-lain.

Seterusnya., ada kalangan anda di sini mahu berkongsi maklumat?

Sebenarnya kenaikan tahap hutang negara boleh membawa kesan kepada dasar 
keseimbangan antara pengurusan hutang, dasar fiskal dan dasar 
monetari.

Dengan hutang dalam negeri yang membentuk 96% daripada jumlah hutang negara 
ketika   ini, kerajaan  lebih  mengutamakan  pinjaman  dalam  negeri  yang 
mempunyai  kecairan  tinggi, kos  pinjaman  serta  dapat meminumkan risiko 
pertukaran matawang asing (forex risk).

         1.    Hutang Kerajaan Persekutuan yang terkini adalahsebanyak RM456.1 
bilion atau 53.5 % nisbahKeluaraan Dalam Negera Kasar (KDNK).

         2.     Hutang  dalam negeri yang berjumlah RM438.0 bilion atau 96.0 % 
daripada jumlah keseluruhan hutang, manakala baki RM18.1 bilion atau 4.0% 
merupakan hutang luar negeri. Tetapi....ada   tetapinya,  angka-angka  di  
atas  belum  termausk  lagi  apa dinamakan   sebagai   perbelanjaan  di  luar  
peruntukan  Belanjawaan  atau 'off-balance 
 sheet  spending'.  Ini  kerana  kerajaan  Malaysia ketika ini banyak  
menerbitkan  Bil  Perbendaharaan,  Terbitan Pelaburan on simpanan), 
sekuriti  Kerajaan.  Pinjaman  inilah yang dimaksudkan dengan pinjaman 
yang tidak  termasuk  (pinjaman  luar jangka) dalam hutang RM456.1 
bilion tetapi tetap dianggap sebagai hutang kerajaan Pusat.

      "Hutang kerajaan pusat adalah hutang yang terpaksa ditanggung bersama 
oleh orang awam seperti anda semua"

Seandainya 
 gagal  dibayar  oleh badan-badan berkanun dan GLCs yang dijamin 
kerajaan Pusat, maka kesemua ini akan menjadi hutang kerajaan Pusat. 
Dengan kata lain hutang kerajaan Pusat akan melambung tinggi daripada 
kadar hutang negara yang ada ketika ini. Contohnya :

Melepaskan  tokoh  korporat  Tan Sri Tajuddin Ramli daripada membayar  hutang 
sebanyak RM589 juta kepada Danaharta sedangkan Mahkamah   Tinggi,   KL  pada  
tahun  2009,  memerintah beliau membayarnya kepada kerajaan Melepaskan Maju 
Holdings Sdn Bhd dengan geran RM976.7 juta yang diberikan dahulu, setelah   
menjual konsesi Lebuhraya          Kuala-Lumpur-Putrajaya  kepada  EP 
Manufacturing Berhad dalam urusniaga  yang  dilaporkan bernilai RM1.7 juta 
sementara geran RM976.7 tidak dituntut kembali oleh pihak Kementerian Kewangan 
Antara Kesan Pengurusan Hutang Negara Yang Lemah

         1.    Pengurusan fiskal yang lemah dan tahap hutang yang tinggi boleh 
menjejaskan matlamat dasar monetari

         2.     Ini kerana ia boleh meningkatkan kadar inflasi dan menyebabkan 
kenaikan  kadar  faedah kepada paras yang sebenar negara ketika ini  ataupun  
boleh  menyebabkan  juga  nilai  matawang ringgit Malaysia mula menyusut.

         3.     Kadar faedah yang boleh melonjak jika pelabur hilang keyakinan 
terhadap keupayaan kerajaan untuk menguruskan dasar fiskal 
Pelabur  akan  melihat  samada kerajaan ada menunjukan inisiatif atau 
tidak untuk  menangani  hutang negara tersebut. Hutang tetap hutang. 
Jika pelabur melihat kerajaan Malaysia kurang menunjukkan insentif untuk
 menaikkan kadar faedah bagi mengawal inflasi semata-mata kerana mahu 
mengekalkan kadar yang rendah untuk membendung kos pinjaman, ini akan 
memburukkan ekonomi Malaysia pada masa akan datang.


Inilah  antara  implikasi  yang  perlu  dibayar  jika sesebuah negara mempunyai 
hutang yang tinggi tetapi tidak diuruskan dnegan baik 
Berapa  banyak  hutang  tiada  masalah  sebenarnya,  tetapi  komitmen 
untuk menguruskan   sesuatu  hutang  itulah  yang  akan  diperhatikan  oleh  
oleh pelabur-pelabur daripada pada masa ke semasa.

P/S   :   Semoga  kerajaan  dapatlah  menguruskan  kewangan  negara  dengan 
sebaiknya.  Ini  kerana  jika  dasar  menguruskan  adalah bagus, kesan akan 
berbalik   kepada  orang  awam  seperti  kami,  begitulah  sebaliknya.  Apa 
pandangan dan respon anda melihat tahap hutang negara Malaysia ketika ini?

======================================================================================

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke