Salam

[33.36] Dan TIDAKLAH HARUS bagi orang-orang yang BERIMAN lelaki dan perempuan
--- APABILA Allah dan RasulNya MENETAPKAN keputusan mengenai sesuatu perkara
--- (tidaklah harus mereka) MEMPUNYAI HAK MEMILIH ketetapan sendiri mengenai 
urusan mereka.
--- Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya
--- MAKA sesungguhnya ia TELAH SESAT dengan KESESATAN yang JELAS NYATA. 


http://www.malaysiakini.com/news/203284


http://my.news.yahoo.com/mca-threatens-to-quit-bn-if-umno-implements-022159131.html

http://sanggahtoksago.blogspot.com/2012/07/mca-ugut-keluar-bn-jika-umno-johor.html

http://cyberita.asia1.com.sg/dunia/mca-ancam-keluar-bn-jika-umno-izin-johor-laksana-hudud

http://duniacacamarba.blogspot.com/2012/07/berani-mca-keluar-daripada-bn-cadang.html


[3.175] Sesungguhnya (pembawa berita) yang demikian itu ialah syaitan yang 
(bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir 
musyrik).
---- Oleh itu, JANGANKAH kamu takut kepada mereka,
---- TETAPI TAKUTLAH KEPADAKU (jangan cuaikan perintahKu), 

---- JIKA BETUL/BENAR kamu orang-orang yang beriman. 



WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
( http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ )

----- Forwarded Message -----
From: "sharom.m...@akersolutions.com" <sharom.m...@akersolutions.com>

-----Original Message-----
From: Mus

http://www.malaysiakini.com/news/203284

Wanita Umno kawasan Pak Lah sokong hudud
11:44AM Jul 11 2012  

Pergerakan Wanita Umno di kawasan yang dikuasai bekas perdana menteri Tun 
Abdullah Ahmad Badawi menjadi kumpulan pertama dari Pulau Pinang yang menyokong 
pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

Ketua wanita Umno Kepala Batas, Zabariah Wahab dilaporkan berkata, usul yang 
dibawanya itu diluluskan sebulat suara dalam mesyuarat perwakilan pergerakan 
wanita bahagian tersebut pada Sabtu lalu.

Beliau dipetik akhbar Sinar Harian sebagai berkata, usul menyokong pelaksanaan 
hukum hudud itu akan dibawa dalam persidangan perwakilan bahagian tersebut.

"Usul ini juga akan dipanjangkan kepada kepimpinan Wanita Umno Malaysia dan 
negeri untuk rujukan dan tindakan lanjut," katanya seperti dipetik akhbar 
tersebut.

ADUN Bertam, Pulau Pinang itu membawa usul berkenaan dalam mesyuarat Sabtu lalu 
"kerana memikirkan kepentingan dan kebaikannya kepada umat Islam di negarai 
ini."

"Tidak timbul hudud PAS atau hudud Umno. Hukum Allah Hanya satu dan semua orang 
perlu patuh, bagaimanapun nampaknya sekarang ini ia cuba diputar belit dan 
dipolitikkan oleh pihak tertentu untuk dijadikan modal politik," katanya lagi.

===================================================================================================


http://cyberita.asia1.com.sg/dunia/mca-ancam-keluar-bn-jika-umno-izin-johor-laksana-hudud
4 Jul 2012

MCA ancam keluar BN jika Umno izin Johor laksana hudud

KUALA LUMPUR: Persatuan Cina Malaysia (MCA) mengugut akan meninggalkan 
perikatan Barisan Nasional (BN) sekiranya Umno membenarkan usul seorang Ahli 
Dewan Undangan Negeri (Adun) mengenai pelaksanaan hukum hudud di Johor ke atas 
semua bangsa.

Adun Kemelah, Encik Ayub Rahmat, ditukil laman berita Malaysiakini sebagai 
berkata beliau berharap dapat melihat negeri Johor menjadi negeri yang pertama 
melaksanakan hukum hudud sebenar, yang menurut beliau berbeza daripada 
undang-undang hudud yang ditafsir Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Menurut Encik Ayub, interpretasinya mengenai hukum hudud tidak akan membezakan 
sesiapa sahaja kerana penganut semua agama di Johor akan dikenakan hukuman yang 
sama.

"MCA sangat jelas. Kami telah nyatakan dengan jelas bahawa jika hudud 
dilaksanakan, kami akan keluar daripada BN," kata pengerusi Biro Karyawan Muda 
MCA, Datuk Chua Tee Yong, seperti yang ditukil laman berita The Malaysian 
Insider.

Namun, Datuk Chua kelihatan tidak menganggap kenyataan Encik Ayub sebagai 
penting dan menyatakan ia hanyalah ulasan seorang Adun Umno, "bukan perdana 
menteri atau timbalannya".

"Kenyataan yang penting ialah kenyataan yang dibuat Presiden PAS, Datuk Seri 
Abdul Hadi Awang, dan (Mursyidul Am) Nik Abdul Aziz (Nik Mat)..., mereka telah 
menyatakan sokongan mereka terhadap hukum hudud berulang kali," kata Datuk Chua.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, telah menyatakan bahawa partinya 
tidak akan bersetuju sebarang cubaan melaksanakan hukum hudud terhadap individu 
bukan Islam setelah usul Encik Ayub itu didedahkan.

"Adun Umno Johor itu telah kehabisan idea dan tidak waras kerana mengusulkan 
hudud di Johor, termasuk terhadap bukan Islam. MCA tentu akan membantah," kata 
Dr Datuk Seri Chua melalui akaun laman rangkaian sosial, Twitter, beliau.

Encik Ayub membuat saranan itu semasa sidang perhimpunan Dewan Perundangan 
Johor pada 20 Jun lalu.

Beliau berkata beliau akan membantu golongan bukan Islam memahami pelaksanaan 
undang-undang hudud, sambil menuduh PAS gagal berbuat demikian.

Isu hudud kekal menjadi isu yang menimbulkan perbalahan di Malaysia, yang 
mempunyai penduduk berbilang agama dan bangsa.

Ia sering dijadikan bahan oleh parti-parti politik sama ada untuk mendapatkan 
sokongan atau menyerang seteru mereka.

===================================================================================================


http://duniacacamarba.blogspot.com/2012/07/berani-mca-keluar-daripada-bn-cadang.html
Cadang hudud: ADUN Umno 'hilang akal', kata MCA

[MK] Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata ADUN Umno Johor yang 
mencadangkan supaya hukum hudud dilaksana ke atas orang Islam dan bukan Islam 
di negeri itu "hilang akal" kerana mengemukakan perkara tersebut. Grafik: 
Pencinta keadilan.

Dalam satu tulisannya di Twitter malam tadi, Chua berkata ADUN berkenaan, Datuk 
Ayub Rahmat juga telah kehabisan idea sehingga menimbulkan cadangan berkenaan.

"ADUN Umno Johor itu tentu sudah kehabisan idea dan hilang akal untuk 
mencadangkan hudud di Johor meliputi bukan Islam," katanya.

Tambahnya, MCA "pastinya" menentang usaha seperti itu.

Ayub yang merupakan ADUN Kemelah membangkitkan cadangan itu 20 Jun lalu pada 
mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12.

Ketika diminta menjelaskan cadangannya itu, berkata beliau mahu melihat Johor 
mendahului negeri lain melaksanakan hukum hudud "sebenar" – yang menurutnya 
berbeza dengan hudud PAS.

Hukum hudud sebenar meliputi semua kaum dalam sesuatu negara berbanding hudud 
PAS yang hanya tertakluk kepada orang Islam, kata Ayub yang memberi contoh 
Kanun Jenayah Syariah II (1993) (Hudud Kelantan).

Beliau berpandangan bahawa undang-undang itu menimbulkan diskriminasi dari segi 
pelaksanaan di antara orang Islam dan bukan Islam.

Pendiriannya itu meletakkan MCA sebagai parti kedua paling besar dalam BN dalam 
kedudukan sukar.

MCA sebelum ini lantang mengkritik undang-undang hudud dan sentiasa menyerang 
PAS atas rancangan pelaksanaan undang-undang syarie yang didakwa akan 
menakutkan pelabur asing.

MCA menjadikan kritikan ke atas hudud sebagai bahan kempen utamanya dalam 
menghadapi pilihan raya umum untuk menentang seterunya, DAP.
Berkaitan:

Hudud: Kelantan ada halangan, jika Johor dahului silakan

[HD] KUALA LUMPUR: “Pada saya, saya bersyukur sangat-sangat atas kesedaran ini. 
Tidak perlu cabar mencabar, saya menyokong sepenuh hati,” kata Menteri Besar 
Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons setelah membaca kenyataan Adun Umno 
Johor di dalam Sidang Dun Johor, Datuk Ayub Rahmat yang mencadangkan agar Johor 
melaksanakan hudud mendahului Kelantan serta mencabar PAS menyokong hukum hudud 
itu walaupun datang dari Umno.

“Kelantan atau Johor dahulu tidak penting. Kelantan telah menghadapi halangan 
untuk laksanakan hudud, jika Johor mendahului Kelantan, silakanlah.

“Insya Allah giliran Kelantan akan tiba juga. Sekali lagi saya nyatakan, saya 
menyokong sepenuh hati,” ujarnya yang juga Mursyidul Am PAS melalui Facebooknya.

Justeru, harapan beliau agar cadangan itu tidak akan ditarik balik dan menjadi 
kenyataan.

“Mari kita bekerjasama memperlihatkan Islam yang sebenar kepada masyarakat 
Malaysia.

“Tahniah kepada Umno Johor dan saya menunggu untuk melihat langkah seterusnya,” 
ujarnya lagi.


P/s: Hanya orang yang bergelumang dengan maksiat dan salah laku moral sahaja 
takut akan hudud.

Itu satu hal.

Yang peliknya, reaksi orang UMNO tentang "herdikan" Chua Soi Lek yang berang 
dengan kenyataan Datuk Ayub Rahmat.

Ke mana hilangnya "keris" UMNO?

Adakah UMNO akan mempertahankan ADUNnya atau tunduk dan sama-sama dengan CLS 
mempertikaikan hukum Allah?

Memandangkan MCA pernah mengugut untuk keluar daripada BN, jadi tunggu apa lagi?


===================================================================================================



===================================================================================================

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke