Salam

Pada saya.. UMNO masih berkuasa.. Dan mereka SANGGUP melakukan "APA SAHAJA" 
untuk kekal berkuasa.. 


Oleh itu berwaspadalah dengan tipu-daya mereka.. Dan mohonlah pertolongan Allah 
SWT dengan sabar dah ikhlas....

[16.127] Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah 
golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan 
(memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap 
kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang 
mereka lakukan. 

Berita yang hampir sama di Pekan:

====================

Perrdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa pulang tergesa-gesa apabila 
majlis perasmian Karnival Belia Pekan yang dirasmikannya gagal mendapat 
sambutan.

Sasaran 10,000 kehadiran meleset dengan kira-kira hanya 5,000 sahaja ke majlis 
tersebut yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta.


http://greenboc.blogspot.com/2012/05/najib-pulang-tergesa2-majlis-di-pekan.html

WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
( http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ )

----- Forwarded Message -----
From: "sharom.m...@akersolutions.com" <sharom.m...@akersolutions.com>
Sent: Tuesday, July 17, 2012 9:11 AM
Subject: RE: buli di Stadium
 
Najib Razak kena buli di Stadium Bukit Jalil 

selatanonline
Blog milosuam.blogspot.com

SUDAH menjadi rahsia umum, setiap kali mengadakan majlis atau program, Najib 
Razak akan mengupah hadirin termasuk budak-budak sekolah untuk merama ikan 
programnya supaya nampak gah dan hebat.

Semalam berlangsung sambutan Hari Koperasi Negara 2012, yang diadakan di 
Stadium Bukit Jalil.

Seperti biasa budak-budak sekolah dari seluruh negara diupah untuk memenuhkan 
ruang stadium.

Sungguh pun begitu, usaha memberikan upah itu masih gagal mendapat sambutan 
kerana masih banyak ruang kosong yang tidak dipenuhi di dalam stadium.

Tambah malang, nampaknya kali ini jentera Najib Razak yang mengupah budak-budak 
sekolah tersilap memberikan upah  kepada budak-budak yang barangkali memang 
menyampah dengan Najib.

Hasilnya, budak-budak yang diupah ini membuat bising dengan membunyikan "air 
horn" ketika Najib berucap.

Tambah melucukan Najib Razak terpaksa merayu agar penonton diam kerana suasana 
terlalu bising mengganggu ucapannya.

Bukan itu sahaja, rakaman video menunjukkan ketika Najib berucap para penonton 
dilihat panas bontot dan ramai yang meninggalkan stadium kerana bosan dengan 
ucapan Perdana Menteri itu.

Saksikan sendiri video di bawah ini, dirakam oleh salah seorang petugas yang 
mengirimkannya kepada MiLo SuaM.


http://milosuam.blogspot.com/2012/07/najib-razak-kena-buli-di-stadium-bukit.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FzwLfhy+%28MiLo+SuaM%29

Posted by ahmadi

Orang ramai berpusu keluar ketika Najib berucap di Stadium Bukit Jalil 
semalam.. malu weh..

arusperjuangan.blogspot.

(Embedded image moved to file: pic29188.jpg)


Untuk mengelakkan sebarang laporan berbentuk negatif terhadap Kerajaan yang 
dipimpin oleh Najib atau laporan yang negatif tentang Najib sendiri, 
media-media yang ditunggang UMNO tidak akan menyiarkan laporan sedemikian.

Perkara ini jelas kerana ianya telah berlaku dalam Konvensyen Media Sosial 
1Malaysia semalam bilamana wartawan Malaysiakini telah dihalau keluar dari 
dewan kerana menyiarkan satu laporan yang mendedahkan UMNO membayar 
cybertrooper mereka - sila baca di ( SINI )

Laporan berikut adalah satu laporan yang tak mungkin disiarkan oleh sebarang 
media yang ditunggang oleh Kerajan UMNO/BN.

Ekspo dan pameran Hari Koperasi Negara (HKN) ke-11 telah dirasmikan oleh 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam 14 Julai pada pukul 8.30 
malam.

Ianya telah berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula 13 Julai.

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Md Yusof Samsudin 
berkata ini adalah kali pertama koperasi dari rantau Asean menyertai ekspo 
tersebut yang merupakan pengisian sambutan Hari Koperasi Negara 2012.

Dan beliau menyasarkan 100,000 ahli koperasi dan orang ramai menghadiri 
sambutan Hari Koperasi Negara itu.

Malangnya.. perasmian yang dilakukan oleh Najib itu gagal sama sekali menarik 
orang ramai, dan seperti biasa untuk menjadikan majlis tersebut gah dengan 
kehadiran orang ramai memenuhi stadium pelajar-pelajar sekolah terpaksa di upah.

Ada sumber yang mengatakan mereka dibayar RM30 seorang untuk hadir.. RM30 tu 
selepas kena tapis sepatutnya RM50 seorang..

Oleh kerana mereka diupah untuk hadir memenuhi Stadium, apa yang Najib ucapkan 
semasa perasmian tersebut tidak dipedulikan mereka.

Samada mereka menyampah dengan Najib atau terlalu gembira kerana mendapat upah 
RM30 itu. Ketika Najib berucap riuh rendah mereka membunyikan 'Air Horn'.

Seperti apa yang dilakukannya di London bilamana ucapannya diganggu dengan 
laungan 'BERSIH' dulu.. Najib cuba menenangkan keadaan.. tapi budak-budak tu 
peduli apa..

Air Horn terus dibunyikan sepanjang Najib berucap, menganggu ucapan Najib sama 
sekali..

Lebih malang lagi.. Ketika Najib sedang berucap orang-ramai mula melangkah 
keluar dari Stadium.. saksikan videodi bawah..

Nampak tak kenapa wartawan yang berani melapurkan sesuatu berita secara telus 
perlu dihalau keluar?

Dicatat oleh arus perjuangan

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke