Salam


Itulah sebahagian dari ujian Allah SWT.. 


Sememangnya manusia itu senantiasa diuji.. 


Kebanyakan orang2 kafir itu diuji dengan pangkat yang tinggi, harta yang 
melimpah ruah.. lalu mereka hanyut/gagal dalam ujian itu..

Kebanyakan orang yang beriman diuji dengan sedikit permusuhan... kesusahan.. 
ketakutkan.. kemiskinan.. kelaparan.. InsyaAllah SWT.. ujian ini hanya akan 
meningkatkan lagi iman mereka..


[29.1] Alif, Laam, Miim. 

[29.2] Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya 
berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? 

[29.3] Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu 
daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui 
Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa 
yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. 

[29.4] Bahkan patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa 
mereka akan terlepas dari azab Kami? Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan 
itu. 

Pada zaman Nabi SAW pun, banyak orang yang mengaku beriman.. tetapi Allah SWT 
telah menyatakan mereka baru Islam.. belum lagi beriman.. 


[49.14] Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (wahai 
Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara 
iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami 
telah Islam '. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan 
batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, 
kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". 

[49.15] Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah 
orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus 
percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda 
dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar 
(pengakuan imannya). 

Dan orang2 munafiq sejak zaman Nabi SAW lagi,  juga megaku mereka beriman :

[2.8] Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah 
dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. 

[2.9] Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal 
mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. 

[2.10] Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak 
dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan 
mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab 
mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). 



[5.61] Dan apabila mereka 
(orang-orang Yahudi atau munafik itu) datang kepada kamu, mereka 
berkata: "Kami telah beriman". Padahal sesungguhnya mereka itu masuk 
menemui kamu dengan kekufurannya, dan sesungguhnya mereka keluar (dari 
sisi kamu) dengan kekufurannya juga; dan (hendaklah mereka ingat), Allah lebih 
mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan. 

Janganlah mudah berputus asa setelah ditimpa ujian Allah SWT.. kerana itulah 
sikap orang2 yang munafiq... mereka lebih suka mengambil jalan yang mudah..yang 
menguntungkan sahaja...

[30.36] Dan apabila Kami beri 
manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga 
lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa 
yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka 
berputus asa. 


Hanya Allah SWT sahaja yang tahu tahap keimanan seseorang.. dan Allah SWT 
sahajalah yang akan membalasanya..


[49.16] Katakanlah (kepada orang-orang "A'raab" itu wahai Muhammad): 
"Patutkah kamu hendak memberitahu kepada Allah tentang ugama kamu 
(dengan berkata: ` kami telah beriman ')? Padahal Allah mengetahui 
segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan Allah Maha 
Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu". 

WAllahua3lam

Wassalam
Hizamri
( http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ )


________________________________
 From: ujang trg <trg_uj...@yahoo.com>
Subject: Re: CERITA SEBENAR PENAMATAN KONTRAK DUTA TUDUNG ABBY ABADI
 

  
lain kali nak ceramah tu baca dulu syarat2 kontrak.... 
kasihan jugak ek,... bila ceramah jer terus batal kontrak...
tak tau plak pakai tudung kena ada penaja...
.....adakah ini di namakan ikhlas atau petunjuk?.... fikir2 kan

From: Pak Ngah <pak_ngah5...@yahoo.com>
Subject: Re: [jarum_emas] CERITA SEBENAR PENAMATAN KONTRAK DUTA TUDUNG ABBY 
ABADI


  
Tak apa Abby... gi buat ceramah kat pentas PAS pun dapat banyak... banyak dapat 
 "DOSA"  sebab mengkafirkan artis lain yang tak masuk PAS...tahniah Abby sebab 
dapat hidayah... 


From: Zulkepli Abu Samah <zas62...@yahoo.com.sg>
Subject: Fw: [jarum_emas] CERITA SEBENAR PENAMATAN KONTRAK DUTA TUDUNG ABBY 
ABADI


  
kesihan..tapi tak apa..buat ceramah paspon boleh cari makan!!!!


----- Forwarded Message -----
From: shreddervirtuoso <shreddervirtu...@gmail.com>
Subject: [jarum_emas] CERITA SEBENAR PENAMATAN KONTRAK DUTA TUDUNG ABBY ABADI


  
TAK HABIS2 MENIPU JE KOJER NYER.. KAHKAHKAHKAH

CERITA SEBENAR PENAMATAN KONTRAK DUTA TUDUNG ABBY ABADI
::Pewaris Anak Bangsa::



Patutlah semacam je kat tweet. Bunyi ambil hati tetapi dalam masa sama main 
cover-cover. Nasiblah tak di saman ustazah express oi sebab langgar kontrak.
baca sini lagi: 


Abby Abadi atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan seorang pelakon dan penyanyi 
yang baru menyertai parti politik Pas telah menulis dalam laman sosial Twitter 
bahawa kontraknya sebagai duta kepada sebuah syarikat tudung, baru sahaja 
ditamatkan kerana penglibatannya dalam PAS.


Itulah yang diluahkan kepada portal rasmi pembangkang Malaysiakini sehingga 
seluruh blogger pakatan rakyat menjadi kecoh dan huru-hara kononnya pihak 
syarikat telah menganiaya Abby sedangkan Abby hendak mendekatkan dirinya dengan 
Agama dengan memasuki parti politik Pas.

Cerita sebenarnya dari syarikat yang menawarkan Abby menjadi duta tudung lain 
pulak, menurut mereka pada Mei 2012 yang lalu, Abby Abadi telah dilantik secara 
rasmi sebagai duta dan jurucakap untuk produk keluaran Al-Humaira Contemporary.

Janji Abby kepada syarikat adalah tidak memasuki mana-mana pertubuhan politik 
yang boleh menjejaskan nama baik syarikat seperti yang dipersetujui dalam 
kontrak, jika Abby melanggar kontrak tersebut maka kontrak akan tamat. Tetapi 
Abby telah melanggarnya.

Menurut pemilik syarikat mereka terkilan dengan perangai Abby dengan 
penglibatan Abby dalam parti politik tidak kira mana-mana pun parti akan 
menjejaskan perniagaan saya, jelas Hani Elia pemilik Al-Humaira Contemporary.


Sebagai pemilik sudah semestinya tidak mahu reputasi yang tidak baik terhadap 
produknya tambahan pula mulut Abby yang agak celupar mempertikaikan semua orang 
yang tidak menyertai parti politik Pas.

Tetapi kontrak Abby dengan
 syarikat Al-Humaira Contemporary kini sudah pun tamat secara rasmi pada 4 
Julai 2012 yang lalu kerana pelanggaran perjanjian yang telah ditandatangani 
dan dipersetujui bersama.


Tetapi dalam laman twitternya Abby seolah-olah meminta simpati daripada 
penyokong pakatan rakyat agar menyiarkan penamatan kontraknya itu dengan alasan 
"tak kan saya nak mendekati Agama pun nak ditamatkan kontrak"

Dengan tersiarnya penamatan kontrak Abby ini maka ramailah ahli perniagaan 
bersimpati akan mengambil Abby sebagai duta mereka

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Reply via email to