Salam


        * Shadaqah itu tidak halal bagi orang yang kaya dan orang yang memiliki 
kekuatan fisik (H.R. Ahmad, Daud, Tirmidzi dan Umar).
        * Sesungguhnya meminta-minta tidak boleh kecuali bagi tiga kelompok 
orang fakir, orang berhutang yang tidak mampu membayar, dan orang yang tidak 
mampu harus 
membayar diyat (H.R. Abu Daud dan Anas).
        * Diriwayatkan daripada 
Abdullah bin Umar r.a katanya: Sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: 
Peminta sedekah tidak akan berhenti dari meminta-minta sehinggalah 
bertemu dengan Allah dan pada saat itu tidak ada sepotong daging pun di 
wajahnya.
        * Seorang yang senantiasa meminta-minta sehingga 
menghadap Allah dalam keadaan wajahnya tidak memiliki daging  sedikitpun (H.R. 
Bukhari Muslim).
        * Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar 
r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w sedang berdiri di atas 
mimbar. Baginda mengatakan mengenai sedekah dan menjaga diri dari 
meminta-minta. Baginda bersabda: Tangan yang berada di atas itu lebih 
baik daripada tangan yang berada di bawah. Tangan yang berada di atas 
adalah yang memberi manakala yang berada di bawah adalah tangan yang 
meminta.
        * Dan orang-orang yang dalam hartanya tersedia bagian tertentu, bagi 
orang (miskin) yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa (yang tidak 
mau meminta), (Q.S. Al Ma’arij:24-25).
        * Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu 
membersihkan 
dan mensucikan mereka, dan mendo`alah untuk mereka.Sesungguhnya do`a kamu itu 
(menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha 
Mengetahui. (Q.S. At Taubah:103).
        * Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang 
menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang 
menumbuhkan tujuh 
bulir, pada tiap-tiap bulir: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) 
bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha 
Mengetahui.(Q.S. Albaqarah;261).
        * Diriwayatkan daripada Adiy bin Hatim r.a katanya: Aku mendengar Nabi 
s.a.w bersabda: Siapa di antara kamu yang mampu membuat pendinding yaitu 
penghalang 
dari azab Neraka walaupun hanya dengan sebelah buah kurma maka 
lakukanlah.

http://pelajaranbuatsaya.blogspot.com/

WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
( http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ )

----- Forwarded Message -----
From: Neny Asrina Bt. Isa <neny-asr...@jhr.sharp-world.com>
Subject: [chainz_of_frenz] HASIL MENGEMIS RM400 SEHARI
 

JANGAN TERPEDAYA 
HASIL MENGEMIS RM400 SEHARI, SEBULAN RM12,000. 
PENDAPATAN KITA SEHARI? 

  




 
Selesai sudah umat Islam menyempurnakan hari pertama ibadah puasa tahun 1433
  Hijrah. Seperti biasa, petang tadi, Bazar Ramadan di Kelana Jaya, Petaling
  Jaya, Selangor, dibanjiri ramai pelanggan, membeli pelbagai jenis juadah. 
  



 
Masyarakat pelbagai usia, berpusu-pusu membeli makanan dan minuman untuk
  dijamah bersama keluarga di rumah sebaik laungan azan bergema. 
  






  


Di celah-celah orang ramai, lensa kamera saya merakamkan gambar lelaki ini.


  




  
... dan juga lelaki ini.
 




  

Menyedari diekori dan gambarnya dirakamkan dari belakang, dia kemudian
  berpaling.

  




 
Daripada raut wajah, melalui pengalaman lalu, saya percaya dia warga asing,
  menjadikan bazar ramadan sebagai lubuk untuk meraih simpati. 
 
Lalu saya terus mengekorinya. 
  








 
Dia menggelongsor di jalan menggunakan papan beroda empat. Sekali dilihat,
  pasti ramai bersimpati, tanpa teragak-agak menghulurkan sumbangan terutama di
  bulan Ramadan Al-Mubarak, bulan umat Islam digalakkan bersedekah. 
 
Majoriti pelanggan bazar terbabit memasukkan wang seringgit ke dalam bekas
  plastik hijau dipegang oleh pengemis itu, sebilangan dua ringgit. 
  




 
Kira-kira lima 
  minit kemudian, saya tunduk dan berbisik kepadanya. 
 
"Sudahlah! Jangan menipu orang Malaysia , tidak
  baik," ujar saya. 
  




  

Dia kemudian bergerak laju ke tepi jalan.


  



"Ambil balik tongkat kamu sembunyikan!," arah saya. 
 
Taktik digunakan oleh pengemis warga Kemboja, berada di dalam genggaman saya. 
 
Pantas dia mencapai tongkat disorokkan di celah timbunan sampah berhampiran
  pokok. 
  






  


Papan gelongsor dan bekas plastik kemudian dibungkus menggunakan beg kain
  berwarna merah.


  






 
Dia kemudian cuba 
  untuk beredar. 
 
"Tunggu sekejap. Saya hendak tanya sedikit. Kamu orang Kemboja?,"
  soal saya. 
 
"Ya," katanya. 
 
"Islam?," soal saya lagi. 
 
"Bukan," balasnya. 
  




 
"Kamu tinggal di mana? Bagaimana datang ke sini?," tanya saya. 
 
"Tinggal di Damansara Damai, datang ke sini dengan kawan naik teksi,
  tiga puluh ringgit, pergi balik," ujarnya. 
 
Lelaki saya rakamkan gambarnya sebelum bertemu pengemis itu, rakannya. Jumlah
  tambang teksi untuk datang ke Kelana Jaya dibahagi dua, RM15 seorang. 
  




 
Tambah ayah kepada empat anak itu, paspot dimiliki sudah lama tamat tempoh 
 
"Sepatutnya Jabatan Imigresen sudah lama menghantar kamu balik ke
  Kemboja. Kamu duduk di sini, mengelirukan ramai orang. Kamu sembunyikan
  tongkat agar orang berasa simpati," kata saya. 
 
Dalam tempoh 4 tahun menetap di Malaysia , dia
  sebenarnya sudah fasih berbahasa Melayu. 
 
"Cakap sama Lim, dia orang Kemboja, pandai bercakap Melayu. Lim duduk
  Puchong," katanya sambil menghulurkan telefon bimbit kepada saya. 
  





 
Beberapa kali dia cuba 
  menghulurkan telefon bimbit kepada saya namun saya menolak. 
 
"Buat apa perlu saya bercakap dengan Lim?," soal saya. 
 
Dia kemudian duduk kembali di atas tanah dan mendial telefon bimbitnya dan
  kemudian kelihatan bercakap dengan seseorang. 
  







 
Tepat jam 6.52 petang, pengemis itu dihampiri pegawai penguatkuasa Majlis
  Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ melakukan rondaan. 


 



"Tuan, boleh tolong minta dia keluarkan hasil kutipan hari ini?,"
  pinta saya. 
 
Pegawai MBPJ, kenalan saya itu kemudian meminta pengemis terbabit menunjukkan
  wang dikutipnya. 
  




  


"Banyak!," ujar pegawai penguatkuasa itu.


  






 
Dia mengeluarkan semua wang dari beg. 
 
"Dia memang sudah siap ikat, seikat ini RM100," kata pegawai sama. 
  




 
Saya perhatikan, terdapat dua ikatan RM100 manakala wang kertas lain masih
  dalam keadaan berterabur, saya anggarkan berjumlah lebih RM200. 
 
"Lebih kurang dalam RM400 semuanya," celah pegawai MBPJ itu. 
  





 
Saya yakin, RM400, jumlah pendapatannya dalam tempoh sehari, mengemis di
  antara pagi dan senja di beberapa lokasi berbeza. 
 
"Itu semua kutipan satu hari?," soal saya untuk mencari kepastian. 
 
Dia menganggukkan kepala. 
 
Jika dia mengemis tanpa bercuti, anggaran pendapatan bulanan pengemis
  terbabit mampu mencecah RM12,000. Andai dia mengambil keputusan berehat pada
  hari Ahad setiap minggu, hasil mengemis terkumpul dalam tempoh 26 hari,
  RM10,400. 
 
Fikirkan kembali berapakah jumlah pendapatan kita sehari? 
 
Dari kita menderma kepada sindiket ini…
 
  
 
 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke