Salam


MENGAPA WANITA LEBIH RAMAI DALAM NERAKA???

Dipaparkan suatu peristiwa di zaman Rasulullah,
di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan 
Rasulullah SAW
untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita.
Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'.
Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW.
Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti 
berikut:
Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka
Seorang wanita lalu bangun bertanya
Apakah yang menyebabkan yang demikian?
Adakah sebab kami ini kufur
Rasulullah SAW menjawab,
Tidak. Bukan begitu.
Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam 
neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."


Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :


1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah. 

http://permataaqiq.blogspot.com/2006/05/mengapa-wanita-lebih-ramai-dalam.html



WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
( http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ )


=============================================================================================

Pilihlah, Jodoh Yang Menenteramkan!

By: Muhamad Agus Syafii

Sahabatku,
 pada ujung hadis Nabi berbunyi, pilihlah pasangan yang “memiliki” 
agama, maka kalian akan beruntung, fadzfar bizatiddin, taribat yadaka. 
Hadis tidak menyebut fadzfar mutadayyinatan (orang beragama) tetapi 
bidzatiddin, orang yang memiliki agama. Kata dzatiddin disini mengandung
 arti substansi (jauhar) atau sifat (`ardl) , jadi jodoh yang dzatiddin 
adalah orang yang beragama secara substansial atau dapat dilihat 
sifat-sifatnya sebagai orang yang mematuhi agama. Lalu apa substansi 
agama itu ? Secara vertikal orang yang memiliki agama itu mengimani, 
meyakini sepenuhnya adanya Allah sang Pencipta Yang Maha besar, Maha 
Adil, Maha Pemurah, Maha Pengampun, yang oleh karena itu sebagai manusia
 atau hamba Allah, ia tidak sanggup untuk sombong, sewenang-wenang, 
kikir . Secara
 horizontal orang yang beragama secara substansial akan berusaha secara 
maksimal menjadikan dirinya memberikan kemanfaatan maksimal kepada 
manusia dan makhluk lain, karena manusia tak lain adalah pengejawantahan
 kasih sayang Allah. 

Nah, bayangkan memiliki pasangan yang 
karakteristik keberagamaanya seperti itu pastilah janji Rasul akan 
terbukti, yakni memperoleh keberuntungan. Jodoh yang bizatiddin, belum 
tentu yang lulusan pesantren, belum tentu yang pandai berkhotbah agama, 
karena hal itu baru indikator lahir. Karakteristik bidzatiddin akan 
terasa dalam berkomunikasi, dalam berinteraksi, dalam bertransaksi, 
yakni subtansi agamanya akan terasa menyejukkan, menentramkan, membangun
 semangat, menumbuhkan etos , “mengagumkan” , terkadang seperti tidak 
rasional tetapi setelah direnungkan justru sangat rasional, dan susah 
dimusuhi, susah pula diprovokasi. Dalam realita kehidupan ada orang yang
 beragama lebih menonjolkan syari’at lahir sehingga
 agamanya nampak “gebyar-gebyar”, tetapi setelah sering berkomunikasi, 
lama berinteraksi dan berkali-kali bertransaksi, lama-kelamaan 
“gebyar-gebyar” agamanya tidak bisa diapresiasi, hilang kekaguman, 
hilang respek, meski tidak sampai menjadi musuh. Sebaliknya ada orang 
yang nampaknya sangat sederhana keberagamaanya, bahkan seperti mualaf 
atau seperti abangan saja, tetapi setelah lama berkomunikasi, 
berinteraksi dan bertransaksi, kekaguman muncul, sangat respek dan 
menjadi sumber inspirasi dalam menghayati keindahan hidup, dan itulah 
karakteristik dzatiddin yang sebenarnya, jodoh yang menenteramkan hati 
di dunia dan akhirat. 

----
Sahabatku, yuk..aminkan doa ini 
untuk mendapatkan jodoh yg terbaik dari sisi Allah.'Rabbana hablana 
milladunka zaujan thayyiban wayakuna shahiban lii fiddini waddunya wal 
akhirah' Artinya. 'Ya Tuhan kami, berikanlah kami pasangan yg terbaik 
dari sisiMu, pasangan yg juga menjadi sahabat kami dlm urusan agama,
 urusan dunia & akhirat.'

========================================================================================

From: hazriza <hazr...@soem.sharp-world.com>
Subject: [Penawarku] Pada yg bersimpati -PUAN ALIA, KOTA BHARU KELANTAN
 

Assalammualaikum, 13.08.12 jam 9.00pg sy telefon Puan Alia…Ya Allah….sayu hati 
saya. Dia keluar wad semata-2 utk jaga anak-2 dia dlm keadaan sakit….mcm nak 
menangis hati saya…Ya Allah kau sembuhkan Puan Alia…Ya Allah kao tunjukkan 
kebesaranMu & kuasa MukjizatMu….tolong kasihani Puan Alia…Kau berikan dia sinar 
baru pd dia. Amin.
Tel dia : 017-6188691
Alamat beliau : 479, Kampung Guchil, Jalan Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan.
(kepada sesiapa yg hendak hulurkan sumbangan @ ziarah)
 
 
 
Suami enggan kongsi derita Oleh Siti Zarinah Sahib 2010/05/12.....Harian Metro 
Berapa lama tak dapat nak menulis di blog ni...Kesihatan tak 
mengizinkan...Enemia,kebelakangan ni makin menjadi2....makin kerap pening,mata 
makin kabur...Cuba gagahkan juga...badan macam terhuyung hayang,kepala rasa 
kosong.Kuatkanlah semangat dan hati ni...untuk dilawan segala sakit,segala 
ketidak upayaan badan....Banyak yg nk dikongsikan di sini 
sebenarnya....berbagai peristiwa dan kisah......terima kasih buat kak siti 
harian metro kerana membantu saya......
 
SUDAH jatuh ditimpa tangga, begitulah diibaratkan ibu tunggal tiga anak yang 
diceraikan suami kedua lantaran dia menghidap penyakit saraf (Guillan Barre 
Syndrome).
Penyakit berkenaan membabitkan keadaan lumpuh separuh badan, enemia dan usus 
terlalu nipis serta kemungkinan besar akan hilang deria penglihatan. 

Dengan kemampuan yang sangat terbatas, Haryani Mat Hussin, 30, tidak mempunyai 
pendapatan tetap dan hanya mengharapkan ibu yang bertugas sebagai guru. 
Malangnya sejak setahun lima bulan lalu, ibunya menghidap penyakit 
'ketidaktentuan kebimbangan' yang menyebabkan dia sukar tidur. Justeru dia 
tidak boleh tertekan kerana akan menyebabkan penyakitnya datang semula. "Ini 
menyebabkan ibu saya tidak mampu bergerak dan hanya terlantar saja. Mujur 
ketika itu masih sihat, jadi saya menghantar dan mengambil anak ke sekolah 
serta melakukan kerja rumah," katanya yang berasal dari Kelantan.

Menurut Haryani, kesakitan yang dialaminya bermula sejak tiga tahun lalu iaitu 
selepas melahirkan anak ketiga. "Selepas habis pantang saya langsung tidak 
boleh makan serta mengalami gastrik yang teruk. "Doktor memberitahu usus 
semakin menipis menyebabkan saya langsung tidak boleh makan makanan keras, cuma 
bubur dan air. Kemudian saya diserang anemia sehingga dimasukkan dua pain darah 
dan terpaksa ditahan di wad," katanya.

Selepas pulang ke rumah, keadaan Haryani semakin teruk. Dia tidak boleh 
berjalan disebabkan kedua-dua kakinya yang sangat lemah. Apabila duduk dia 
mengambil masa yang sangat lama untuk bangun. Selepas
 seminggu, Haryani sekali lagi dimasukkan ke hospital dan doktor pakar 
memberitahu dia menghidap penyakit saraf yang sangat serius disebabkan lambat 
mendapatkan rawatan. "Saya akui dengan sumber pendapatan tidak seberapa, tidak 
mampu mendapatkan rawatan doktor pakar. Tetapi kerana tidak tahan dan tidak 
sanggup menanggung kesakitan, saya menggunakan duit simpanan ibu serta pinjaman 
adik-beradik berjumlah RM9,000 untuk 12 hari rawatan. "Kos ubat-ubatan sangat 
tinggi. Satu botol ubat saraf berharga RM300 dan saya memerlukan lapan botol 
untuk lima hari rawatan. "Dengan jumlah yang semakin bertambah serta 
perbelanjaan harian, persekolahan dan rawatan ibu, memang saya tidak mampu. Itu 
pun saya sudah menggunakan semua hasil simpanannya," kata Haryani sayu. Doktor 
pernah mencadangkan Haryani menjalani rawatan mencuci darah disebabkan dia 
tidak boleh terlalu bergantung kepada ubat sepenuhnya kerana usus yang semakin 
menipis, namun dia tidak sanggup menanggung
 risiko. Bagi Haryani dia sanggup menanggung kesakitan di rumah dan apabila 
sudah tidak tahan barulah ke hospital. Sudah beberapa kali Haryani mengunjungi 
Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Pusat Zakat untuk mendapatkan bantuan, 
tetapi sehingga kini, dia masih tidak mendapat sebarang jawapan. Dia juga sudah 
penat turun naik tangga, namun hasilnya tiada. "Mungkin mereka ingat saya mampu 
bekerja disebabkan masih muda serta boleh berjalan. Tetapi itu dulu, sekarang 
dengan duit simpanan yang semakin berkurangan, ibu terlantar sakit, kaki yang 
lumpuh menyebabkan saya amat memerlukan bantuan kewangan untuk menyara ibu, 
tiga anak serta kos rawatan saya. Suami pula langsung tidak memberi nafkah," 
katanya yang melalui dua kali perkahwinan namun kedua-duanya tidak menemui 
kebahagiaan. Menurutnya, perkahwinan kali pertama ketika dia berusia 18 tahun 
atas pilihan keluarga. Mereka dikurniakan dua anak iaitu Nuraliya Erissha, 12, 
dan NorIkhtisam, 7. Namun harapkan
 panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari, kebahagiaan yang 
didambakan namun penderitaan yang diperoleh. Haryani terpaksa reda dengan 
perpisahan.

Kemudian Haryani dipertemukan jodoh dengan suami kedua yang tiga tahun lebih 
muda daripadanya. Perkahwinan ini juga diatur keluarga.

"Pada mulanya kami bahagia, namun selepas melahirkan anak pertama, Noraiman 
yang kini berusia tiga tahun, saya terus jatuh sakit. Lebih malang suami 
menceraikan saya kerana tidak sanggup menjaga saya yang sedang terlantar sakit. 
Malah selepas itu bekas suami tidak pernah memberi nafkah cuma suami pertama 
sahaja, itu pun ketika awal perceraian,"
 katanya. Kini penglihatan Haryani semakin kabur. Malah keadaan kakinya masih 
seperti dulu, tidak boleh bergerak. Dia tidak tahu sampai bila mampu bertahan, 
namun dia sentiasa berdoa Tuhan memanjangkan usianya. "Hidup saya kini hanya 
untuk anak-anak sahaja. Selagi saya masih bernafas, saya akan berusaha untuk 
membesar dan menyekolahkan mereka walau dengan apa cara sekali pun. Saya tidak 
sanggup berpisah dengan mereka kerana anaklah penguat semangat saya selama ini. 
"Bagi menambah rezeki, saya berjinak-jinak menjual selimut dan cadar dewasa. 
Saya berharap hasil penjualan ini sedikit sebanyak dapat digunakan untuk 
perbelanjaan harian," katanya. Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan, 
boleh menghubungi Haryani di talian 017-6188691
Kudrat yang semakin lemah,pendarahan yang tiada hentinya hampir berbulan..Apa 
yang di tanggung tak terluah..Untuk menaip juga terlalu lemah,banyak comment 
yang tidak reply lagi.Keadaan kesihatan saya benar benar tidak 
mengizinkan...Pendarahan yang doktor tidak mengetahui punca.Bila scan tak ada 
apa apa.Kaki semakin lebam..Untuk gagahkan diri kali ini benar benar 
menguji,pening,hanyut,lemah,jantung mula berdebar debar,berpeluh peluh.kaki 
yang teramat sakit..Nak angkat tangan pun terasa berat..Sebak memang teramat 
sebak,sebab segalanya perlu di uruskan sendiri.Terkapar kapar pun perlu di 
teruskan...Cuba tahan tangis tapi mampukah...Tika ini kudrat adik beradik 
ke,suami kan...tapi inilah ujian saya...Bila ada berkata sabarlah,saya sabar 
tapi untuk benar benar saba dan tabah ia amat hebat..Sabar tidak mudah jika 
tidak bergantung dan ingat Allah....

Pada yang tak faham,sakit sakit tak habis habis sakit..sampai bila gini.Berubat 
dah banyak tempat..Pada yang sihat dan tidak memahami.Bukankah kesembuhan dari 
Allah?

Ada yang bertanya,saya hanya bertiga?Saya tinggal bersama mak dan 3 orang 
anak.Mak saya juga uzur dan lemah.Saya tidak boleh membebankan mak.Anak yang 
sulung tingkatan dua,perempuan.Alia Erisya.Belajar di sekolah cluster 
pilihan.Bila alia erisya balik sekolah ada membantu tapi balik pun dah 
lewat,penat.Kerja sekolah lagi.Alia Erisya lebihkan masa belajar dan 
belajar,keazaman yang tinggi bila  melihat keadaan sekelilingnya.Alia Erisya di 
jaga dari kecil dengan mak ketika berumur 2 tahun setengah.

Aiman dengan bobla yang banyak membantu.Tika bob dan kakak ke sekolah,aimanla 
yang banyak membantu.Keluarga,saudara mara,semua jauh dan mereka ada komitmen 
sendiri.Saya cuma 3 beradik,anak tunggal perempuan.Yang dua lagi lelaki,tidak 
menetap di kelantan dan masing masing ada komitmen sendiri.
Hanya bantuan kudrat anak anak saya ada,bukan senang untuk merayu kudrat..Silap 
merayu,di cemuh...

Tak semua yang faham derita insan lain..Walau kini hanya mampu terbaring.diam 
terkebil kebil menahan segalanya. harapan itu tinggi moga ada sinarnya 
nanti..Ujian Allah..

Hanya Allah yang Mengetahui segala sesuatu...Kuatkan hati dan diri ini ya 
Allah...

Sesungguhnya saya yakin dengan kuasa Allah....Berpegang teguhlah padaNya walau 
sehebat mana ujian..Berpaut dengan Allah..Insyaallah..
 
Tiada daya dan upaya melainkan dengan bantuanMu Ya Allah..kudrat makin 
tiada.Untuk mengangkat tangan   pun lemah,apatah lagi nak buat apa apa..Hampir 
pitam di dapur,terkena minyak panas dan macam macamla bila tiada kudrat cuma 
simpati sangat pada aiman..Susah payah membantu mama,tak macam budak lain...Ya 
Allah,bantu hamba..Kudrat..

Memasak dalam keadaan terketar ketar,hanya nasi air dan sayur..Tak mampu 
berpuasa dalam keadaan begini dan di nasihatkan doktor.Walau tidak mampu 
berpuasa selera makan langung tiada.Kadang kadang 2 atau 3 suap..hanya sekadar 
mengalas perut.


Lepas masak mesti terbaring lama tanpa makan,Allahuakhbar..
 
Ya Allah, hamba tahu hanya Engkau Yang Maha Tahu segala rahsia di sebalik tiap 
sesuatu ketetapan-Mu. Yang hamba tahu, segala sesuatu yang Engkau tetapkan itu 
pasti ada hikmah disebaliknya. Kerana Engkau adalah sebaik-baik perancang. 
Bantulah hamba menjadi hamba-Mu yang redha dan sabar. Mohon dikuatkan hati 
hamba ini Ya Allah. Sangat lemah hamba-Mu yang seorang ini Ya Allah. Hamba tahu 
hati ini sedang ditempa dalam relau mehnah-Mu. Hamba tahu Engkau sentiasa rindu 
pada rintihan hamba justeru Engkau kirimkan ujian yang melelahkan.Hamba redha 
andai ini takdir yang telah tertulis untuk hamba. Cuma hamba mohon, bantulah 
hamba, Ya Allah. Bantu hamba untuk redha seikhlasnya. Kuatkanlah hati hamba 
dalam menempuh ujian-Mu ini Ya Rabb.”
 
Kesihatan yang semakin menguji segalanya..makin di gagahkan diri makin 
tersungkur dalam diam.Demam yang agak tinggi di setiap malam dengan tuala 
basah.Bertarung dengan kudrat yang lemah dan emosi..Emosi seorang pesakit dan 
seorang ibu,untuk duduk lama pun hampir rebah..Untuk memasak atau mandi apatah 
lagi,terkedu sendirian menghadapi ujian ini.Walau sakit segalanya tetap kena 
urus sendiri.Kudrat dan kekuatan mana lagi yang masih ada..ada ketikanya bila 
terlalu lemah,rasa ingin terbaring je di dapur tapi masih gagahkan diri walau 
berpinar pinar dan terketar ketar..Tiada daya,tapi apakan daya..cubala gagahkan 
diri selagi mampu...
Berpaut di tongkat rasa nak pitam,tersungkur di lantai..Benar sangat Ya 
Allah,amat memerlukan bantuan kudrat..Makin di lihat aiman dan bob bersusah 
payah membantu makin sebak dan hati sering menangis...Baru je aiman nak main 
sesuatu mama seperti seorang anak kecil yang meminta pertolongan...Seorang mama 
memanggil anak kecil untuk bantu di papah..Tersungkur juga dalam 
tangis...Laillahaillallah
 
Bagaimana untuk terus kuat,dengan Allah,ya benar dengan Allah..Allah sentiasa 
ada...cari kekuatan dengan Allah..
 
Bertarung dengan emosi,anak anak lihat mama semakin mudarat..tiada apa yang 
mama mampu kini,hanya masih mampu melihat anak anak.Entahlah,terlalu takut jika 
apa apa terjadi..
 
Ya Rabb, hati ini hati seorang ibu,
Hanya padaMu ku berpaut..
 
 
Untuk semuanya, walau apapun ujian yang Allah timpakan ke atas kita, yakin dan 
percayalah itu bukan untuk melemahkan kita, bahkan segala ujian itu adalah 
penguat kita. Segala ujian itu dititipkan untuk mengukuh iman kita. Terima 
dengan hati terbuka dan sangka baik dengan Allah. Kita akan temui ketenangan 
hati, insya-Allah. Semoga Allah redha. Sampai maut menjemput kita....
 
Terima kasih yang tiada terhingga pada semua sahabat sahabat dan insan insan 
yang berhati mulia di luar sana yang sudi membantu.Saya hanya mampu kirimkan 
doa,semoga diberikan kesihatan yang baik,dianugerahkan usia yg 
berkat,dimurahkan rezeki yg melimpah ruah,diberikan kesejahteraan dan sentiasa 
berada dalam rahmat dan lindungan Allah Taala.moga di bulan yang mulia ini 
mendapat pahala,rahmat,ganjaran,keberkatan, dan keredhaan dari Allah Taala.amin.
 
Jutaan terima kasih Eriqayzz com,blog  HafizRahman,kerana sudi dan bersungguh 
untuk membantu akak dan anak anak.Membuat poster untuk membantu akak,tiada kata 
yang dapat di luahkan melainkan hanya doa.Juga sahabat sahabat yang sudi 
memanjangkan entry mengenai saya dan anak anak untuk membantu bermula dari blog 
kak azatiesayang.blogspot.Jutaan terima kash byk2 yang tiada terhingga.Kasih 
Sayang Allah amat luas,digerakkan hati insan insan yang berhati mulia untuk 
membantu.Ya  Allah,Ya Rahman Ya rahim,lindungi dan payungilah mereka dunia 
akhirat .Jauhilah mereka dari sebarang musibah..amin.Moga mendapat 
pahala,rahmat,ganjaran,keberkatan dan keredhaan dari Allah Taala di bulan 
ramadhan ini.amin.
 
 
Pohon maaf byk2 jika ada comment yang belum reply..Untuk menaip juga saya 
gagahkan diri tapi saya amat 2 menghargai segala doa,sokongan.nasihat,dan 
bantuan..Setiap kali saya membaca comment dari sahabat sahabat,menitis air mata 
saya, terbit semangat2 dan kekuatan dalam diri..Terima kasih banyak banyak yang 
tiada terhingga.Jika sesiapa yang melihat sendiri keadaan dan fizikal 
saya,mesti terkejut..Kini tinggal kulit dan tulang.Teramat amat kurus...tapi 
untuk anak anak akan cuba bangkit..Selagi bernafas,hargailah peluang yang Allah 
masih berikan.


Kuasa Allah belaka,moga diberikan kesembuhan dan keaijaban di bulan ramadhan 
ini.Ada sinarnya nanti..Amin.Munajat dalam syahdu padaMu Ya Rabb..


 
Allahuakhbar....


Kesihatan makin tidak stabil..demam yang agak tinggi dah hampir 3 hari.Kaki 
makin teramat sakit.Benar2 menguji untuk bergerak.Untuk naik ke kerusi roda 
juga amat menguji.Berapa kali terjatuh kerana tiada daya..Untuk melakukan 
sesuatu benar benar kena gagahkan diri..Pagi ni tersungkur di dapur 
bersendirian...Terkedu dan menahan segalanya dalam sendu yang tidak 
terluah.Pada siapa untuk di pinta membantu kudrat hanya kudrat aiman.Bila 
terdengar mama jatuh,berlari lari mendapatkan mama.Aiman juga kini 
demam,jangkit mama kut.


Sepatutnya ke Husm untuk masukkan ubat,tapi tiada daya sangat pagi ini..Untuk 
bangun duduk pun amat lemah..mungkin sebab demam..Luahan ini bukan meminta 
simpati,ini luahan hati dan rintihan hati seorang ibu dan seorang pesakit yang 
masih belum berputus asa untuk bertarung dengan kesihatan.Kini hanya mampu 
terlantar dan terbaring.Segalanya di lakukan sendiri walau dalam seribu 
kepayahan.Untuk memasak,mandi,solat amat menguji..kadang kadang berapa kali 
tersungkur bersendirian.Terkebil kebil untuk cuba bangun.Betapa bernilainya 
kudrat.


Untuk di keluh rugi kerana ini ujian Allah..Menangis bukan kerana tidak redha 
tapi cuba mencari kekuatan..Alhamdulillah dan insyaallah..


Yang menyedihkan,ada ketikanya memerlukan bantuan kudrat,terutama jika benar 
benar tiada daya,untuk solat...Ujian.kalau terbaring,terjatuh,segalanya kena 
gagahkan sendiri..Kadang kadang segalanya rasa kosong tapi masih cuba 
bangkit..Hati hiba dan amat sebak bila memikirkan ketidakupayaan diri.Tiada 
nikmat dan tiada yang lebih bernilai melainkan nikmat kesihatan dan memiliki 
kudrat..


Untuk di gagahkan dengan tongkat ada kalanya tidak mampu..mengengsot dan 
merangkak seperti anak kecil.Bertarung segalanya dengan 
kesakitan,emosi..bukankah sebagai insan biasa kita nak di beri perhatian,di 
jaga ketika sakit,.nak tenang dari segalanyakan...hati seorang pesakit ni amat 
amat halus sebenarnya,mudah tersentuh tapi sebagai seorang single mother dan 
seorang pesakit,semua itu perlu di tolak ketepi..Ketepikan emosi..Anak anak 
perlukan mama..


Walaupun ujian ini tak terluah tapi Allah Maha Mendengar..bantuan dari Allah 
dari insan insan yang perihatin dan berhati mulia di alam maya..Sungguh hati 
ini benar benar tersentuh dan amat amat2 menghargai dan berterima kasih..Hanya 
Allah yang dapat membalas setiap kebaikan.Di bulan mulia ini moga mendapat 
pahala,ganjaran,rahmat dan keberkatan dariNya...


Yakinlah dan pergantungan terus pada Allah..


Zikir dan istiqfar jangan putus...Allah sentiasa bersama..
 
Syukur alhamdulillah pada Allah Taala,deraian air mata dan kekhusyukan merintih 
di setiap malam, moga diberikan kesembuhan dan keajaiban dari Allah.Walaupun 
tika ini kaki masih teramat sakit dan semakin lemah.Pendarahan tiada 
hentinya.Kaki yang semakin lebam tanpa jawapan dari doktor.Meniti hari dengan 
seribu kepayahan dengan kaki yang tidak berdaya dan badan yang semakin lemah.


Terkedu,deraian air mata,betapa bersyukurnya yang tiada terhingga kerana Allah 
Maha Mendengar dan Maha Pengasihani.Benar benar bersyukur pada Allah kerana 
mengerakkan hati dan membuka pintu hati insan insan yang berhati mulia untuk 
mendoakan,membantu menolong,dan menghulurkan bantuan.Allah Maha 
Mendengar,betapa kasih sayang Allah amat luas.Semoga Allah menambahkan 
pahala,rahmat,ganjaran dan keberkatan di bulan ramadhan ini pada insan insan 
yang berhati mulia yang sudi membantu saya dan anak anak.Semoga diberikan 
kesihatan yang baik,dianugerahkan usia yang berkat,dimurahkan rezeki yang 
melimpah ruah,diberikan kesejahteraan dan sentiasa berada dalam rahmat dan 
lindungan Allah Taala.moga berjaya dunia akhirat.amin.


Sungguh amat terkedu,terkejut dan amat berterima kasih yang tiada terhingga 
dengan doa doa,sokongan dan bantuan bantuan yang di hulurkan pada saya dan anak 
anak..Saya doakan dan akan sentiasa doakan pada insan insan yang berhati mulia 
ini.Moga Allah membalas setiap doa,sokongan,bantuan yang di hulurkan dan setiap 
kebaikan..Amat amat saya dan anak anak hargainya.


Terima kasih banyak banyak yang tiada terhingga pada semua sahabat sahabat yang 
mendoakan,sokongan ,kesungguhan membantu dan bantuan yang di 
hulurkan.Subhanallah..sesungguhnya anda semua berhati mulia dan moga akan 
mendapat pahala yang lebih,rahmat,ganjaran,keredhaan,keberkatan di bulan mulia 
ini.amin.


Moga ada sinar untuk saya dan anak anak di bulan mulia ini.amin.


Sesungguhnya,Allah Maha Mendengar setiap rintihan hamba hambaNya.Syukur 
alhamdulillah.Terima kasih Allah.
 
Ramadhan kali ini banyak menguji keimanan dan ketakwaan namun begitu mungkin 
akan ada satu hikmah daripada Allah swt..Moga di bulan yang mulia ini dapat 
memberi sinar dan keberkatan kepada diri yang sedang bertarung dengan 
kesakitan.Bulan yang mulia ini pasti dan yakin akan ada kuasa Allah untuk 
meringankan dugaan dan cubaan dari Allah..Allah Maha Mengetahui segala sesuatu..


Walaupun kesihatan masih lagi pada tahap yang sama,pasti suatu hari dalam bulan 
ramadhan ini akan ada hidayah dan petunjuk dari Allah mengenai penyakit 
ini.Insyaallah..


Hari hari yang di lalui dengan mengahadapi ujian Allah yang agak hebat tapi 
bersyukur di atas ujian ini.Untuk di luahkan tidak terluah tapi percayalah 
kasih sayang Allah itu amat luas..


Hanya pada Allah saya memohon dan berserah segalanya..Janji Allah itu pasti..


Kasih sayang pada anak anak melebihi segalanya...

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke