Salam

Kes buli dah parah di Malaysia.. Dah sampai ke peringkat kematian/kecacatan 
kekal..


Bila la Malaysia nak laksanakan Qisas??

[2.178] Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman 
"Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh 
iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan 
perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian 
keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang 
mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si 
pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan 
sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta 
suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk 
membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya. 

[2.179] Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai 
orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.


[5.43] Dan (sungguh menghairankan), bagaimana mereka meminta keputusan hukum 
kepadamu, padahal di sisi mereka ada Kitab Taurat yang mengandungi hukum Allah, 
kemudian mereka berpaling pula sesudah itu (dari hukumanmu)? Dan (sebenarnya) 
mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman. 

[5.44] Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi 
petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah 
diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya 
juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab 
mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah 
(Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari 
sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi 
hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan 
patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu 
dengan harga yang sedikit
 (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa 
yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana 
mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir. 

[5.45] Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa 
jiwa dibalas dengan jiwa, danmata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas 
dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan 
gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang 
melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan 
sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka 
mereka itulah orang-orang yang zalim. 


Daripada Saidina ‘Ubadah Bin as-Somit r.a ,
Dia pernah berkata :
Aku pernah berjanji-setia dengan Baginda Rasulullah s.a.w di dalam satu 
kumpulan kecil , lalu Baginda Rasulullah s.a.w bersabda :
Aku memohon janji-setia kamu agar kamu semua
1 - tidak menyekutui Allah dengan apa sekalipun ,
2 - janganlah juga kamu mencuri ,
3 - janganlah juga kamu membunuh anak-anak kamu ,
4 - jangan membawa sebarang berita palsu ( fitnah ) daripada hadapan 
tangan-tangan dan kaki-kaki kamu ,
5 - janganlah juga kamu semua menentang aku di dalam urusan yang baik ,
dan sesiapa sahaja yang memenuhi janji-setia ini , maka ganjarannya adalah di 
sisi Allah ,
dan sesiapa pula yang melakukan dosa-dosa itu , lalu dia dihukum
 di dunia ini ,  maka hukuman itu adalah kaffarah ( penghapus ) baginya dan 
juga pembersih .
Dan sesiapa pula yang dilindungi rahsianya oleh Allah ( tidak dihukum kerana 
melakukan kesalahan-kesalahan itu ) , maka hukumannya itu nanti diserahkan 
kepada Allah kelak ( di hari akhirat )
kalau Allah mengkehendaki , Allah boleh sahaja mengazab pesalah itu ataupun 
mengampunkannya

Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh , al-Imam Muslim rh , 
al-Imam at-Tirmidzie rh , al-Imam Ahmad rh dan al-Imam ad-Darimi rh . 

https://sites.google.com/site/hukumjenayah/terhapuskah-dosa-dengan-hukuman-hudud


WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
( http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ )

----- Forwarded Message -----
From: Garfield jassmine <jassmine9...@gmail.com>
Subject: [chainz_of_frenz] Awek Kena Buli, Dipukul…Digunting Rambutnya!
 

  


 

 

Apalah agaknya yang awek-awek di atas ni marah sangat sanggup membelasah kawan 
mereka ‘kow-kow’.
Tak cukup penampar dan terajang, diguntingnya pula rambut minah tu.
Ni mesti kes cemburu ni.
Yang best tu awek yang pakai tudung tu pun bukan main lagi ‘tambah nasi’.
Malang le siapa dapat ‘girlfriend’ yang macam ni, depan kita pijak semut pun 
tak mati, belakang kita singa pun lari!
Betullah kata pepatah, tangan yang menghayun buaian bisa menggegarkan dunia.
Dalam kes ini, ia bukan lagi menghayun buaian, ini MANGKUK HAYUN namanya! - 
MyNewsHub
http://www.youtube.com/watch?v=lz3b5_g-7l4&feature=player_embedded


 ... Jasmin ...

=========================================================================


Kes buli di sekolah dilaporkan media massa (2004 - 2009)

About BHO Blog


2004 – Muhammad Farid Ibrahim meninggal dunia akibat dipukul dan 
dipijak lapan pelajar senior Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra 
Maamor (SMADKPM) Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan. 

LUKA…mangsa buli, Muhammad Rizwan Roslan luka di badan selepas dibelasah hampir 
dua jam.
 HAMPIR LUMPUH…Muhammad Afiq Qusyairi Baharuddin terlantar di hospital 
berikutan dibesalah pelajar tingkatan lima dan tingkatan tiga. 

BELASAH…pelajar junior sering menjadi mangsa buli pelajar senior di asrama. 

2006 – Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Perempuan Sultan 
Ibrahim (SIGS), Syafiqah Borhan dibunuh dan dirogol sebelum mayatnya 
dicampak ke sebuah longkang di Jalan Padi Huma 1, Bandar Baru Uda (BBU), Johor 
Bahru.  2007 – Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Asrama Penuh Persint 
1, Putrajaya, Muhammad Ritzwan Roslan dibelasah dua jam dengan 
kemaluannya ditendang 20 pelajar senior termasuk anak seorang Ahli Dewan 
Undangan Negeri (Adun) di Selangor, berusia 16 tahun kerana salah faham dan 
membalas dendam.  008 – Sekumpulan pelajar tingkatan dua dan tiga sebuah 
sekolah 
menengah di Johor membelasah beramai-ramai seorang pelajar baru dikenali 
Muhamad di luar pintu sekolah hanya kerana mangsa menjeling mereka.  2009 
(Februari) – Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Oya, Dalat 
disepak dan dipukul termasuk menggunakan cerek air oleh 
sekumpulan pelajar di bilik asrama dan aksinya dirakam dan disiarkan 
selama 3.05 minit menerusi laman Youtube  Mac – Mohd Azwan Md Ribi, pelajar 
tingkatan tiga Sekolah Menengah 
Kebangsaan (SMK) Lepar, Pekan, Kuantan melecur teruk lengan kanan akibat 
diseterika senior di asrama kerana enggan membelikannya rokok.  Ogos – 
Disebabkan tidak puas hati hanya memperoleh 50 sen selepas 
memeras ugut rakan sekelas, seorang murid tahun satu sanggup bertindak 
ganas dengan menoreh buah zakar rakannya, Muhammad Amir Amri dengan 
sebilah pisau lipat di sebuah sekolah kebangsaan di Alor Setar, Kedah. 

http://berita-harian-online.com/kes-buli-di-sekolah-dilaporkan-media-massa-2004-2009/


=======================================================================


SEMBILAN pelajar ditahan direman bagi membantu siasatan kes buli di Kuching, 
semalam.
KUCHING: Sembilan pelajar sebuah sekolah menengah agama di Matang 
dekat sini, ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan kes buli ke 
atas seorang pelajar Tingkatan Empat yang mendakwa dia ditumbuk dan 
disepak selepas berlaku perselisihan faham antara mereka, Ahad lalu. 
Ketika insiden lewat malam itu, mangsa dikatakan ditugaskan oleh guru 
membahagikan kerja membersihkan asrama lelaki, namun sekumpulan pelajar enggan 
mematuhi arahannya menyebabkan mangsa membuat aduan kepada guru 
bertugas.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun 
Kock Keong, berkata berikutan itu mangsa diserang sekumpulan pelajar 
berusia 16 tahun sehingga menyebabkannya cedera di kepala dan belakang 
badannya.
“Kita menahan reman sembilan pelajar Tingkatan Empat yang tinggal di asrama 
bersama pengadu bagi membantu siasatan kes ini. 
“Mangsa pula dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi membolehkan 
laporan kecederaannya disahkan,” katanya ketika dihubungi di sini, 
semalam. 
Difahamkan, kumpulan pelajar itu menyerang mangsa selepas mengetahui 
mangsa membuat aduan mengenai mereka kepada guru, selain mengadu mereka 
turut minum minuman keras di kawasan sekolah.
Sumber : Bharian.com.my


http://berita-harian-online.com/9-pelajar-direman-kes-buli-di-asrama/

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Reply via email to