Salam



Dari Jabir bin Abdullah RA :
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalaam bersabda:

Tidaklah seorang Muslim menanam suatu tanaman melainkan apa yang dimakan dari 
tanaman itu sebagai sedekah baginya, dan apa yang dicuri dari tanaman tersebut 
sebagai sedekah baginya dan tidaklah kepunyaan seorang itu dikurangi melainkan 
menjadi sedekah baginya.” (HR Imam Muslim)

Dari Anas bin Malik RA :
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalaam bersabda:

Tidaklah seorang
 Muslim menanam pohon, tidak pula menanam tanaman kemudian hasil tanaman 
tersebut dimakan oleh burung, manusia atau binatang melainkan (tanaman 
tersebut) menjadi sedekah baginya.” (HR Imam Bukhari). Kedua hadits itu 
menunjukkan betapa bercocok tanam tak hanya memiliki manfaat bagi seorang 
Muslim saat hidup di dunia. Bertani atau bercocok tanam juga memberi manfaat 
untuk kehidupan di akhirat kelak. Sebab, tanaman yang dikonsumsi dan menjadi 
sumber kehidupan bagi manusia, hewan dan burung akan menjadi sedekah bagi orang 
yang menanamnya.

http://kebunhidayah.wordpress.com/2009/05/21/islam-dan-pertanian/

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Sesiapa yang menyeksa sesuatu yang bernyawa, lalu tidak bertaubat, nescaya Allah
 menyeksanya pada Hari Kiamat.

(Hadits riwayat Ahmad)

Dari Jabir Radhiallahu ‘anhu
 katanya:

Bahawasanya telah melintas di hadapan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam seekor 
keldai yang telah diselar pada bahagian mukanya. Maka Baginda bersabda: “Allah 
melaknat orang yang menyelar (pada bahagian muka) keldai”. 

(Hadits riwayat Muslim)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Diseksa seorang perempuan (kerana) seekor kucing yang telah dikurungnya 
sehingga mati kelaparan. Dengan sebab itu masuklah perempuan itu dalam api 
nereka.”

(Hadits riwayat al-Bukhari)


http://jomfaham.blogspot.com/2010/03/hukum-menyeksa-binatang.html

WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
(  http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ )


________________________________
 From: Garfield jassmine <jassmine9...@gmail.com>
Subject: [chainz_of_frenz] Tersiat Kulit Kakii Kuuu
 

  

 
________________________________
 


Tengok kaki depan kucing ni... pheewww sakitt.. 
Dapat dari grup pasbuk pecinte kucing Papa Hero PH.. brader yg 
selamatkan kucing hampir mati akibat ditetak dan dikerat kaki depan dgn 
kejam oleh tokey ikan tempoh hari.. 

SUMBER 


 ... Jasmin ...
=============================================================

From: Lyn hussain <fazlyn_...@yahoo.com.my>


[40.78] Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus beberapa Rasul sebelummu; di 
antara mereka ada yang Kami ceritakan perihalnya kepadamu, dan ada pula di 
antaranya yang tidak Kami ceritakan kepada kamu. Dan tidaklah harus bagi 
seseorang Rasul membawa sesuatu keterangan atau menunjukkan sesuatu mukjizat 
melainkan dengan izin Allah; (maka janganlah diingkari apa yang dibawa
 oleh Rasul) kerana apabila datang perintah Allah
 (menimpakan azab) diputuskan hukum dengan adil; pada saat itu rugilah 
orang-orang yang berpegang kepada perkara yang salah. 

TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh 
simen.

Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.

Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke 
dalam poketnya.

Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki 
itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan 
dengannya.Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam 
koceknya.

Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan 
dengannya.Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.

"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya 
daripada
 aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.

Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya 
itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg 
berada pada aras paling bawah.

Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di 
kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan 
harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia 
menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih 
belum juga mendongak ke atas.

Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu 
persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan 
terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu 
kecil yg menyerangnya
 tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya 
bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha 
Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki,rahmat 
atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.

Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa 
mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan 
kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya 
terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya 
menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa 
musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.

Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk 
mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta
 kita.

http://blok-batu.blogspot.com/2012_08_05_archive.html


==========================================================

Abu Hurairah R.A. meriwayakan dari Nabi S.A.W.

Maksudnya: “Sesiapa 
yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka
 jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun 
membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan 
menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya 
selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu 
akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di 
dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari
 dan Muslim)

Daripada Thabit bin Dhohak R.A. (ثابت بن الضحاك), sabda Nabi S.A.W.:

Maksudnya:
 “Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda di dunia, dia akan 
diazabkan dengan benda tersebut di hari kiamat.” (HR al-Bukhari dan 
Muslim)

Daripada Jundub bin Abdillah R.A. (جندب بن عبد الله), katanya Nabi S.A.W. 
bersabda:


Maksudnya: “Dahulu dikalangan umat sebelum kamu ada 
seorang lelaki yang ada kecederaan (kemudian menjadi ulser), lalu dia 
tidak bersabar menanggung kesakitannya, lalu dia mengambil pisau dan 
memotong tangannya sehingga darah tidak berhenti sehinggalah dia mati. 
Firman Allah S.W.T.: “Tergesa-gesa hambaku kepadaKu (dengan membunuh 
diri), aku haramkan untuknya syurga.” (al-Bukhari dan Muslim)

From: roslan mohd <mohros...@gmail.com>


PUTRAJAYA: Kadar kematian akibat bunuh diri semakin meningkat di 
Malaysia, dengan lebih daripada 1,000 orang mati dalam tempoh tiga 
tahun. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata nisbah bunuh diri 
daripada 2007 hingga 2010 adalah 1.3 bagi setiap 100,000 orang.


"Ini adalah berdasarkan angka yang kami perolehi daripada bedah 
siasat. Kami fikir kes bunuh diri kurang dilaporkan. Kami rasa terdapat 
kes yang tidak dilaporkan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat 
Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental di sini.

Daripada 1156 orang yang membunuh diri dalam tempoh tiga tahun, majoriti 
berusia antara 24 dan 44.. - M'Star

Alaa!!... apo nak diherankan.. tau jer ler orang kita ni kan ramai yang 
lemah jiwa.. baru kena marah sikit bunuh diri.. kena buang kerja 
mengamok nak bunuh diri.. gaduh sikit bunuh diri.. merajuk dengan pakwe 
ugut nak bunuh diri.. pak we lambat stengah minit ugut nak terjun 
pokok... itu sebabnyer bila frust bercinta ada yang sanggup terjun 
lombong.. ada yang terjun bangunan.. ada yang gantung diri kat siling.. 
ada baring kat rel keretapi.. minum racun pun ada gak.. adoii!! gua pun 
tak tau apo la yang best sangat bunuh diri ni..

Kat kampung dulu ketika zaman gua bebudak.. pun ada gak member gua yang 
berperangai camni.. gua rasa dekat dua tiga kali gak mamat ni try bunuh 
diri tapi tak mati-mati dan gua pun tak tau apa masalahnyer sampai 
sanggup buat keja gila tu.. tapi mengikut gossip-gossip liar yang gua 
dengar katanyer berpunca dari masalah keluarga... dan setelah mencuba 
beberapa kali akhir beliau tewas gak dengan meminum asid.. dan itu ler 
pertama kali dalam sejarah hidup gua pegi menziarahi orang mati bunuh 
diri.. 

Bagi gua orang yang sanggup bunuh diri ni adalah orang yang pendek 
akal.. sajer mencarik jalan pintas untuk menyelesaikan masalah... dan 
gua tak heran dan terkejut dengan kes bunuh diri yang semakin meningkat 
skarang ni.. apa taknyer kalau kita tengok terutama pada malam minggu 
ramai anak-anak Melayu kita yang berebut-rebut dan berlumba-lumba nak 
bunuh diri.. sampai gua pun naik geram dan meluat dengan parangai hamlau
 diorang.. bagi gua kalau beria nak bunuh diri pun jangan la 
kecoh-kecoh.. senyap-senyap dah ler..

* Minggu lepas ketika gua balik ke kampung.. gua terserempak ler 
dengan abang mendiang si Raja tu kat pekan.. (entah tetiba plak gua bleh lupa 
nama abang si Raja yang mati bunuh diri tu.. mungkin dah lama tak 
jumpa kut).. borak punya borak rupanyer adik beliau si Ganesan yang 
sebaya gua tu pun dah meninggal dunia akibat eksiden.. patut ler dah 
lama gua tak jumpa mamat tu.. kali terakhir yang gua dengar si Ganesan 
ni dah kahwin dan pindah ke Johor.. 

Tapi sebelum blah abang mendiang si Raja yang mulutnyer berbau 
todi tu sempat lagi pau gua mintak 50 sen.. nak minum katanyer.. takan 
la gua nak bagi 50 sen.. lalu gua pun bagi la 2 hinggit.. jangan lu guna
 duit gua tu beli todi sudah.. doa gua dalam hati..


Adoii boring betul ler.. dah dua jam kitorang cuba bunuh diri tapi tak 
mati-mati gak.. pinggang kitorang pun dah naik sengal...

 Apo korang ingat senang ker nak bunuh diri ni.. selain jiwa kena 
berani.. enjin pun kena power dan tangki pun kena isi penuh.. besar 
modal siut..

Posted by Penanggah      
2
comments: 
Miss PoyoJune 11, 2012 11:47 AM
Kalau la ada mesin pembunuh diri yang boleh buh doit 50sen..lepaih tu boleh 
pilih cara nak bunuh diri..mesti ramai yg beratur pnjang nak guna mesin 
tun kan..

Gua rasa daripada dorg bunuh diri sebab nak lari dr 
masalah..adalah lbih baik dorg bunuh ganster ke..ketua kongsi gelap 
ke..perogol..pengrasuah..tu lagi..kategori bunuh jugak tu..dapat 
mnghindari diri dr rasa sakit ketika membunuh diri..hahahahaReplyReplies
        * PenanggahJune 12, 2012 7:18 PM
tak bleh gak.. gangster skarang pun dah pandai bunuh diri.. hampeh btuii.. sapa 
yg ajar pun tau ler..
==========================================================

From: Neny Asrina Bt. Isa <neny-asr...@jhr.sharp-world.com>
Subject: [chainz_of_frenz] Murah Hati Yang Mahal
 

 
 
Abah
singgah solat di sebuah surau. Usai solat seorang budak menghampiri abah.
Sebuah tabung derma dihulurnya. Raut wajah dan gaya pakaian budak itu 
meyakinkan abah bahawa
dia adalah anak yatim yang mewakili sekolahnya memohon sumbangan. Abah
menghulurkan derma.

Di suatu sudut beranda surau kelihatan
seorang pakcik penarik beca sedang berehat melepaskan penat. 

Budak itu lalu menghampiri pakcik itu
dan menghulurkan tabung derma kepadanya. 

Pakcik penarik beca menyeluk saku
seluarnya yang lusuh. Sekeping note berwarna merah sepuluh ringgit dikeluarkan
lalu dimasukkan ke dalam tabung derma tersebut. 
 

Budak
itu mengucapkan terima kasih seraya berpaling untuk pergi. Tetapi pakcik itu
memberi isyarat supaya menunggu. Pakcik menyeluk poket seluarnya yang sebelah
lagi. 

Dia mengeluarkan beberapa note kertas
berwarna biru dan hijau lalu dimasukkan kesemuanya ke dalam poket baju melayu
budak itu. 

“Ini hok mu buat beli makanan.”

Abah kemudian menghampiri pakcik itu,
sambil bertanya, “Berapo pendapatan pakcik sehari?” 

Dia berkata, “Tak tentu! Kade-kade
ado, kade-kade tak dok.” 

Tanya abah lagi, “Bakpo pakcik sedekah
semua duit pakcik kepada budak itu?” 

Jawabnya, “Budak tu anak yatim.
Berjalan kaki jauh, lapar. Pakcik tak pe, ada beca, boleh kayuh lagi.” 

Subhanallah... Dia jauh lebih murah
hati daripada abah. 

Abah mula berasa sebak. 

“Kalu gitu mari ikut ambo pergi
makan.” sambil abah memegang tangannya.

“Hari ni pakcik posa.” jawabnya
perlahan. 

Abah tidak mampu bersuara lagi..


Nota: Murah hati yang mahal nilainya
ialah apabila sanggup menyumbang harta kepada orang yang memerlukan, sedangkan
dia sendiri memerlukannya. Berbeza daripada murah hati yang sanggup menyumbang
harta sama ada kepada orang yang memerlukan, dalam keadaan dia sendiri tidak
memerlukannya..

Kelebihan orang yang murah hati..

1. Pemiliknya akan mendapat kasih
sayang dan redha Allah SWT.

2. Bukti kesempurnaan akal, lapang
dada dan besar jiwanya.

3. Akan mendapat pertolongan malaikat.

4. Semua manusia akan terdetik hatinya
untuk membantu dan bergabung dengan pemilik sifat ini.

5. Seseorang yang berusaha menanamkan
sifat ini dengan cara membiasakan dan memupuknya akan mendapat pahala yang
besar dan kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT.

6. Ia adalah salah satu sifat Allah
SWT dan para wali-Nya.

7. Ia dapat menyatukan hati dan
menebarkan kasih sayang antara manusia.

8. Melenyapkan kebencian, kedengkian
dan dapat meluluhkan hati.

SUBHANALLAH ! ♥


==========================================================

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke