Salam



Dari Anas RA dari Nabi SAW bersabda, “Tidak sempurna keimanan 
seseorang dari kalian, sebelum ia mencintai saudaranya (sesama muslim) 
sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.”
http://rezakahar.wordpress.com/kumpulan-hadist/fathul-baari/bab-iman/07-mencintai-saudaranya-sebagaimana-mencintai-dirinya-sendiri-adalah-sebagian-dari-iman/

(Hadis Abu Hurayrah r.a. riwayat Al-Bukhari dan Muslim) “Setiap 
tulang daripada manusia, ke atasnya sedekah pada setiap hari 
tenggelamnya matahari. Merapatkan hubungan antara dua orang yang 
bergaduh adalah sedekah, mengangkat orang naik kenderaannya atau 
mengangkat barang orang tersebut ke atas kenderaannya adalah sedekah, 
melafazkan kata-kata yang baik adalah sedekah, setiap langkah menuju ke 
masjid adalah sedekah, membuang sebarang benda yang menyakitkan di 
tengah-tengah jalan adalah sedekah”.

http://dzulkhairi.wordpress.com/2008/04/18/kelebihan-bersedekah/

Dari Abu Hurairah r.a. :
Nabi SAW., sabdanya :

Ada seorang 
lelaki berkata, “Aku hendak bersedekah malam ini.” Lalu dia keluar 
membawa sedekahnya dan disedekahkannya kepada perempuan lacur. Esok pagi
 orang banyak mempercakapkan bahawa tadi malam ada pelacur yang diberi 
orang sedekah. Orang itu berujar, “Wahai, Allah! Segala puji bagi-Mu 
yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh kepada pelacur. Aku akan 
bersedekah lagi.” Dia pergi pula membawa sedekahnya, lalu diberikannya 
kepada orang kaya.

Pagi-pagi orang banyak mempercakapkannya pula,
 bahawa tadi malam ada orang memberi sedekah kepada orang kaya. Lalu 
orang yang bersedekah itu berkata, “Wahai, Allah! Untuk-Mulah segala 
puji, kerana Engkau telah menjadikan sedekahku jatuh kepada orang kaya. 
Aku akan bersedekah lagi.” Dia pergi pula membawa sedekahnya, dan 
diberikannya kepada si pencuri. Pagi-pagi orang banyak mempercakapkannya
 pula, bahawa tadi malam ada orang bersedekah kepada pencuri. Orang yang
 bersedekah itu pun berujar pula, “Segala puji bagi Allah yang telah 
mentakdirkan sedekahku jatuh kepada pelacur, kepada orang kaya, dan 
kepada pencuri.’

Kemudian orang itu didatangi malaikat seraya 
katanya :”Sedekah anda sudah diterima baik oleh masing-masing orang yang
 anda beri sedekah. Adapun perempuan lacur, semoga dia berhenti dari 
perbuatan melacur; kepada si kaya, semoga dia menyedari dirinya dan 
bersedekah pula; dan untuk si pencuri, semoga dia berhenti mencuri.”

http://mr-tazkirah.blogspot.com/2009/05/jangan-berfikir-untuk-sedekah.html

WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
( http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ )

================================================================================
From: Garfield jassmine <jassmine9...@gmail.com>
Subject: [chainz_of_frenz] Orang minta sedekah, patut ker kita bagi?
 

Semalam, saya singgah di Masjid UM
untuk solat Asar berjemaah. Setelah menanggalkan kasut, saya masuk ke masjid
menuju ke tempat mengambil wudhu. Tiba-tiba ada seorang lelaki, berkulit agak
gelap, berkumis nipis dan berkupiah datang memberi salam dan mendekati saya.
“Assalamualaikum bang. Nama saya Umar
Bin Abdullah. Saya seorang muallaf. Baru masuk Islam. Saya lapar bang. Saya
perlukan sedikit duit untuk makan.”
Beliau menyapa dan menghulurkan
tangan untuk bersalaman dengan saya.

“Waalaikumussalam.”
Dalam keadaan yang agak terkejut
(sebab tiba-tiba saja disapa begitu), saya menjawab salamnya dan menghulurkan
tangan untuk berjabat tangan dengannya.
Saya mendengar luahan hati brother
yang menggelarkan dirinya Umar itu beberapa ketika. Dia kata dia betul-betul
dalam kesusahan dan kelaparan sekarang. Dia meminta saya memberikannya
seringgit dua untuk dia mengalas perut.
Melihat kepada raut wajahnya, dia
macam bercakap benar. Tambahan pula, dia kata dia muallaf. Dan dia minta
baik-baik dari saya untuk diberikan sedikit wang.
Saya, memang tak boleh tengok orang
macam tu. Mudah benar kesian. Kebetulan dalam wallet saya, ada sedikit wang.
Jadi, saya hulurkan sedikit wang kepadanya tanpa berfikir panjang.
“Terima kasih bang. Terima kasih.”
Saya lihat wajah beliau jadi ceria
dan gembira.Saya lantas, menuju ke tempat wudhu, mengambil wudhu dan terus
menuju ke saf untuk solat berjemaah.
Selepas selesai solat dan berdoa,
saya pun menuju ke tempat simpanan kasut untuk mengambil kasut saya sebelum
beredar pergi dari masjid.
Tiba-tiba ;
“Assalamualaikum. Anak nak balik ke
mana ni?”
Seorang pakcik berjanggut putih pula
menyapa saya.
“Waalaikumussalam. Saya nak ke PJ,
ada urusan sikit.”, jawab saya ringkas.
“Sebenarnya pakcik dari Terengganu.
Dah lama pakcik musafir. Pakcik nak pergi ke satu pondok untuk belajar agama.
Tapi pakcik takde duit untuk beli tiket…”
Pakcik berjanggut putih tu memandang
saya dengan penuh makna. Saya faham, beliau mengharapkan sedikit bantuan dari
saya.
Melihat kepada perwatakan dan
mendengar luahannya saja, membuatkan lidah saya jadi kelu. Tak tahu nak bagi
cakap apa lagi dah.
Sambil mengeluarkan sedikit wang dari
wallet saya dan menghulurkannya kepada pakcik tersebut, saya berkata ;
“Maaflah pakcik, saya pun tak ada
banyak duit. Ini sajalah yang mampu saya tolong.”
Setelah itu, saya terus beredar dari
masjid. Semasa dalam perjalanan menuju ke PJ, fikiran saya terus mengelamun
memikirkan 2 peristiwa yang berlaku di masjid tadi. Macam-macam yang saya
fikirkan.
Adakah muallaf dan pakcik berjanggut
putih tu betul-betul dalam kesusahan? Atau mereka hanya menipu untuk mengambil
kesempatan? Tapi, tak kisahlah itu semua. 
Bukan itu persoalannya. Kalau diorang
nak tipu pun, itu diorang punya pasal. Tanggungjawab saya ialah, kalau orang
datang minta bantuan dengan cara yang baik, dan saya pula memang mampu untuk
tolong, maka tiada alasan lagi untuk saya tak tolong mereka. Jadi, saya tolong
sajalah. Semoga Allah nilaikan ia sebagai amal baik untuk diri saya. Itu saja
yang saya harapkan.
Saya berkongsi cerita ini bukannya
nak tunjuk saya ni baik. Atau bukan nak riak. Saya cerita ini sekadar mahu
berkongsi pengalaman dan apa yang saya rasa saja. Tak lebih dari itu.
Satu perkara yang saya kena beritahu
anda ialah, kalau kita tolong orang yang dalam kesusahan, Allah pasti akan
tolong kita balik. Jangan ingat kalau kita bersedekah atau menderma, harta kita
akan jadi kurang. Tapi sebaliknya, Allah akan gandakan lagi harta kita tanpa
kita sedar.
Dalam kes saya, walaupun saya hanya
bagi sedikit saja wang pada muallaf dan pakcik tua tu. Tapi alhamdulillah, malam
tadi, saya lihat rezeki untuk hari semalam meningkat 2 kali
ganda.Alhamdulillah.
Bukan sekadar itu, banyak lagi perkara lain (tak perlulah saya ceritakan 
semuanya)
yang saya rasakan, Allah memang berikan nikmat yang lebih kepada saya
berbanding hari-hari lain sebelum ini.
Sekali lagi saya ulang, saya cerita
ni bukan nak berlagak atau menunjuk-nunjuk kebaikan. Tapi saya 
nakshare pengalaman ini supaya anda semua dapat
ambil pengajaran daripadanya.
Mesej saya kali ini cuma satu ;
Kalau ada orang datang meminta bantuan,
atau ada orang minta sedekah pada anda, dan anda mampu untuk tolong, maka
berilah pertolongan anda sebaik mungkin. Jangan banyak soal. Jangan fikir
panjang. Jangan ragu-ragu lagi. Bantulah mereka sekadar kemampuan anda dengan
seikhlas hati. Niatkan dalam hati bahawa anda buat itu semua hanyalah
semata-mata mengharapkan REDHA ALLAH saja. Tak lebih dari itu. Semoga Allah
terima kebaikan anda itu sebagai amal jariah.
Lepas tu, lupakan sajalah kebaikan
anda itu.
 
Sesungguhnya terrrrlallu banyak kebaikan dan nikmat yang Allah akan kurniakan 
kepada
anda tanpa diduga nanti. Percayalah…
================================================================================

From: Yusri <yus...@gmail.com>
Subject: Rayuan Sumbangan DrMujahid Rawa (MP Parit Buntar)
 

Salam semua.

Semalam saya menghadiri Ceramah israk Mikraj beliau.

Ingin memaklumkan beliau memohon sumbangan bagi 
membantu Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dalam PROGRAM INFAQ 
RAMADHAN.

Sumbangan boleh diajukan ke PUSAT KHIDMAT PARLIMEN PARIT BUNTAR di Akaun BANK 
ISLAM 080-220-100-50832
No Tel : 019-5779345 / 017-5998069

-- 
~~~~~~~~~
"Biar rebah merempuh dari tegak bersimpuh"

================================================================================



Kebahagiaan Seorang Suami

By: Muhamad Agus Syafii

Kebahagiaan yang sesungguhnya bagi seorang suami begitu bermakna justru bukan 
dalam kegembiraan namun disaat keluarganya sedang diuji oleh Allah, Apakah 
dirinya sanggup melewati ujian itu atau tidak? Kekuatan cinta karena 
Allah akan mampu melewati semua derita, menanggung beban dalam suka 
maupun duka, hidup bersama istri dan anak-anaknya. Itulah kebahagiaan 
bagi seorang suami dengan cintanya yang tulus untuk keluarga. Pernah ada 
seorang bapak yang diuji oleh Allah. Istri yang dicintainya sedang 
sakit. bersama putrinya senantiasa menjenguk istri tercintanya yang 
terbaring diranjang. disekelilingnya ada alat pengukur tekanan nafas dan tabung 
untuk memeriksa kesehatan. 

Bila sampai dirumah sakit, suami yang setia itu datang menggantikan pakaian 
istrinya dan menanyakan keadaan istrinya. Selalu saja tidak ada 
perubahan sama sekali. Kondisi istrinya tetap seperti semula. Tidak ada 
kemajuan atau perubahan yang membaik. Kesembuhan istrinya seolah tidak 
bisa diharapkan. Setelah menjenguk dan merawat istrinya, sang bapak 
dengan putrinya selalu memanjatkan doa kepada Allah agar memberikan 
kesembuhan. Setelah itu barulah meninggalkan rumah sakit. Beliau hampir 
setiap hari selalu menjaga, merawat dan mendoakan untuk kesembuhan 
istrinya.

Meluangkan waktu untuk merawat ditengah kesibukannya yang juga harus bekerja 
mencari nafkah. Kesediaannya merawat istri yang sedang sakit membutuhkan energi 
yang sangat besar. Sifat konsistensi untuk menjaga, merawat dan 
mendoakan istrinya yang sedang sakit sungguh sangat luar biasa. Padahal 
kondisi istrinya belum pulih. Bahkan ada orang yang menyarankan agar 
mengunjunginya seminggu sekali aja. Suami setia itu memilih tegar dan 
bersikukuh untuk menjaga dan merawat istrinya, 'Allah tempat memohon 
pertolongan.' Ditengah kegelisahan itulah beliau datang ke Rumah Amalia 
untuk bershodaqoh ke Rumah Amalia agar Allah berkenan memberikan 
kesembuhan bagi istri yang dicintainya. 

Sampai suatu hari sesaat sebelum dirinya datang, istrinya bergerak dari tempat 
tidur. Dia merubah posisi tidurnya. Tak lama kemudian istrinya membuka 
kelopak matanya. dan mencopot alat bantu pernapasan. Ternyata istrinya 
sudah duduk tegap. Dokterpun datang membantu menolong, meminta perawat 
mencopot alat-alat bantu dan membersihkan bekas alat bantu ditubuhnya. 
'Begitu saya datang, saya terperanjat, jantung saya seolah mau copot. 
Bagaimana tidak, ditengah saya kehabisan harapan, saya melihat istri 
saya kembali pulih.' Katanya bapak itu dengan tangis haru bercampur 
bahagia tidak bisa dibendung lagi. Beliau menangis, memanjatkan puji 
syukur kehadirat Allah yang telah memberikan kesembuhan total terhadap 
istrinya. 'Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.' tuturnya.

-----
Sahabatku, yuk..aminkan doa ini agar keluarga kita menjadi keluarga sakinah 
mawaddah warahmah. "Rabbana hab lanâ min azwâjinâ wa dzurriyyatinâ 
qurrata a’yunin waj-’alnâ lil-muttaqîna imâmâ." Artinya, Ya Tuhan kami, 
anugerahkan kepada kami, pasangan kami dan keturunan kami sebagai 
penyejuk hati kami, dan jadikan kami pemimpin bagi orang-orang yang 
bertakwa. (QS. Al-Furqan: 74).

Wassalam,
Muhamad Agus Syafii

================================================================================

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain 
(Hadis riwayat Al-Qudhi) 
 
Facebooking             : e_bel...@yahoo.com 
Blogging                    : http://pakmod.com 
Taman perumahan     : http://groups.yahoo.com/group/pakbelang.


 https://www.facebook.com/SaveBabyTaqhif
 
  
================================================================================
 

From: Uda Firdaus Abd Rahim <udafird...@yahoo.com.my>
Subject: [SurauKampung] Kamal Affendi Hashim perlu bantuan kita



اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah 

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan 
kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan 
tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami 
kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).




________________________________
 Kamal Affendi Hashim perlu bantuan kita
Tarikh :  Saturday, October 06 @ 09:45:04 UTC
Topik :  Hebahan


Siapa yang tak kenal Kamal Affendi Hashim, orang Kg Melang, Kuala Pilah, 
Negeri Sembilan yang sering keluar di kaca TV dalam rancangan pencegahan 
jenayah. Walaupun beliau tidak merayu untuk dibantu, sebagai rakyat 
yang prihatin pasti terdetik dengan apa yang ditulis di Blog Mazidul 
Akmal Sidek.

Beliau hanya memerlukan RM41,820 untuk melakukan pembedahan otak 
pada Isnin ini, tetapi terpaksa ditangguhkan hingga cukup dana. 

Dalam
 kata-kata Kamal Affendi dalam Facebook beliau: "Dear friends, I have 
AVM on my left brain. My treatment plan with CyberKnife which will cost 
RM41,820 were to start on Monday and the surgery on Wednesday but I 
would have to postpone it as my insurance is not a panel of Beacon 
Hospital. To make matter more upsetting, my insurance doesn't cover my 
ilness at all.

Menurut Mazidul kepada rakan, sahabat, kenalan dan
 pembaca blog berhasrat membantu mengumpulkan wang lebih RM40,000 itu, 
sila hubungi Azmil Abdul Aziz di talian 013 63 666 73.

Maklumat lanjut mengenai pembedahan tersebut di Blog Mazidul di mazidulakmal.com




________________________________

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : tranung2...@yahoo.com atau tranung2...@gmail.com
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu) 

================================================================================
----- Forwarded Message -----
From: lynda sulaiman <linda....@gmail.com>
Subject: [chainz_of_frenz] jika anda sayang saudara Islam
 

  
 
>Baca dan sebarkan jika anda sayang saudara Islam anda di Myanmar..
>·         Posted by mat yuihh on June 13, 2012 at 11:43am in Mesti baca, mesti 
>ambil tahu!
>·         Send Message   View Discussions
>
>Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan Majlis Perundingan 
>Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa kerajaan dan pemimpin Islam di 
>Malaysia dan seluruh dunia segera mengambil berat perkembangan yang sedang 
>berlaku ke atas umat Islam Rohingya di Myanmar sekarang ini.(Gambar antara 8 
>orang pendakwah islam dalam perjalanan dari daerah Akyab ke Yangon  ibu negera 
>Myammar) melalui jalan darat tongu.Mereka telah dibunuh secara kejam oleh 
>sekumpulan peganut Budhan dan NASAKA secara secara kejam antara tindakan 
>kekejaman mereka kencing keatas mayat dan membaling botol arak kepada mayat 
>tersebut, ini merupakan penghinaan dan keganasan terhadap terhadap umat islam 
>minoriti yang tertindas di Myanmar)Sejak 3 hb Jun 2012 baru-baru ini 10 orang 
>Muslim di Taunggote , daerah Tongu di bunuh dalam sebuah bas yang sedang 
>pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas 
>dan kumpulan rasis etnik Rakhine.Mereka diserang setelah
 seorang wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang 
Rohingya.Lanjutan itu kami dimaklumkan puak pengganas Rakhine Buddha telah 
menyerang semua penduduk Islam di Akyap , ibu negeri Arakan.Manakala kampung 
Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah di bakar semuanya 
sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal.Akibatnya ketegangan telah 
tercetus bila orang Islam Rohingya terus dijadi sasaran oleh Buddhis Rakhine 
termasuk dikawasan kampung lain diseluruh wilayah Arakan.
> Setakat ini pertempuran antara pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak 
>keselamatan telah merebak ke beberapa perkampungan lain. Laporan yang diterima 
>, polis menembak ke arah penduduk dan sehingga kelmarin beberapa orang telah 
>terbunuh sementara ramai yang cedera.Dari maklumat langsung dari Maungdaw kami 
>diberi informasi bahawa sebenarnya ramai umat Islam Rohingya yang telah 
>dibunuh dalam tempuh beberapa hari yang lalu. Dari berita Kaladan Press 
>Network , dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 
>orang lagi cedera di Maungdaw. Namun mayat mereka yang dibunuh telah diangkut 
>oleh tentera dan polis dan sehingga ini tidak diserah kepada keluarga yang 
>berkenaan . Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat bilangan yang terbunuh 
>sehingga ini. Namun pelarian Rohingya di Malaysia melaporkan kepada kami 
>mereka berhubung langsung dengan keluarga di Arakan dan mendapati ramai yang 
>tercedera tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan di
 hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan tidak mendapat ubat dan 
rawatan yang diperlukan.Lebih memeranjatkan kami , pihak keselamatan , polis 
dan tentera , kini dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk 
melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim.Walaupun darurat di 
istiharkan di Maungdaw dan kini diseluruh Arakan , pihak polis dan pengganas 
Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan.Pihak 
berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakkan penduduk , 
namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran dibawah pengawasan polis 
untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.
Setakat ini , berita yang diterima , empat perkampungan telah diserang dan 
dibakar. Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gi telah 
dibakar termasuk sebuah masjid turut dirosakkan.Rumah orang Rohingya dikawal 
rapi oleh pihak keselamatan , namun bukan untuk melindungi mereka , akan tetapi 
untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah . Lantaran itu penderitaan umat 
Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah bila mereka tidak dapat 
keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan seharian.
9 hb Jun 2012 , sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan 
dibakar.
Terbaru , 10hb Jun 2012 , dua kampung paling besar , iaitu Warlispara dan Saki 
Para ( dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya ) yang mempunyai Madrasah 
dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine. Dilaporkan ramai yang 
terbunuh , masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar.Dari maklumat 
terkini , semua perhubungan terputus dari Arakan termasuk tidak membenarkan 
sebarang rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan. hanya melalui rangkaian 
telekomunikasi dari bandar sempadan dengan Bangaladesh iaitu Maungdaw sahaja 
telefon boleh berfunsgsi untuk mendapat maklumat. Kami mengutuk dengan keras 
terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982 telah melancarkan penghapusan 
etnik terhadap kaum Rohingya . Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara 
kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1942 yang mengakibat 100,000 orang 
Rahingya terbunuh. 
Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh , 
60,000 di Thailand , 150,000 di Pakistan ,40,000 di Malaysia . Puluhan pelarian 
di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan 
sangat dhaif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan. 
Nasib umat Islam Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang 
sangat buruk dan sangat tenat. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka 
sejak 1982 telah mengakibat kesengsaraan yang berat keatas Umat Islam Rohingya 
yang maseh berada di wilayah Arakan , Myanmar .Antara penderitaan yang dialami 
ialah perampasan rumah , tanah , ternakan , pemusnahan masjid , arahan tidak 
dibenarkan membaikki mana-mana Masjid , ratusan Masjid dimusnah dan diganti 
dengan Pagoda Buddha , perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan 
keizinan tentera , penangkapan , penyiksaan tanpa bicara , perkosaan wanita dan 
pemaksaan keluar dari Islam dan
 dipaksa menganut Buddha.Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan 
memilikki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan 
izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memilikki telefon bimbit. Ada yang 
ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memilikki telefon 
bimbit.Kami dengan ini mendesak kerajaan Malaysia segera mengambil tindakan 
untuk mengerakkan inisiatif dari pihak ASEAN agar pembunuhan ini dapat 
dihentikan dan etnik Rohingya dibela dan dilindungi . Sekretariat ASEAN perlu 
melaksanakan polisi melindungi hak Asasi Manusia dikalangan anggotanya terutama 
selepas Persidangan Kemuncak ASEAN pada 2009.Kami juga menyeru supaya kerajaan 
Malaysia menyatakan pendiriannya mengenai pembunuhan Umat Islam oleh regim 
tentera Myanmar yang memberi kerjasama kepada golongan rasis nasionalis Rakhine 
Buddha. 
Kami menegaskan jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan , kami akan 
bertindak dengan lebih tegas dan berkesan supaya regim tentera Myanmar tidak 
sewenangnya menzalimi Umat Islam Rohingya di Myanmar. Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi SHURA Mohd Azmi Abdul Hamid
Setuausha Agong MAPIM Sumber : IKRAM

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke