Salam



[40.60] Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku 
perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur 
daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam 
keadaan hina. 


Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :"Tiga 
macam doa yang tidak ditolak, yang tidak diragukan lagi kedahsyatannya, 
yaitu doa orang tua kepada anaknya, doa orang musafir (orang yang sedang 
bepergiaan), dan doa orang yang dizhalimi."( HR. Bukhari dan MUslim 
dari Abu Hurairah ).

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Doa orang tua untuk 
anaknya bagaikan doa nabi terhadap umatnya." ( HR. Ad Dailami ).

WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
( http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ )


________________________________
 From: roslan mohd <mohros...@gmail.com>
Subject: [chainz_of_frenz] Nasihat aku kepada PAS. Lainkali kalau nak doa 
sorok2. Jangan sampai kena report polis plak.
 

  






====================================================================

>From : 
>http://mutiaraislam.wordpress.com/halaman-utama/doa-pilihan/pengenalan-doa-senjata-orang-orang-mukmin/
Pengenalan: Doa Senjata Orang-Orang Mukmin
Pengertian Doa Dan Intisari
Doa merupakan ibadah rohaniah yang paling besar ertinya dalam Islam, di 
inana setiap insan akan merasakan betapa tingginya penghargaan dan 
pergantungan dengan kebesaran dan keagongan Allah S.W.T., setelah 
dilakukan usaha dan ikhtiar kemudian melakukan permohonan dengan penuh 
khusyu’ dan tawaduk, disertai dengan hati dan jiwa yang tenang dan 
mengharapkan sesuatu dan Allah Yang Maha Agong. Kerana Dialah tempat 
icita memohon ampun dan kemaafan. Firman Allah:
ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ

 
“Engkau sahaja (Ya Allah) kami sernbah. Dan kepada Engkaulah sahaja kami 
memohon pertolongan”. (al-Fatihah ayat 5)
Kalimah “doa” ialah kalimah yang banyak sekali terdapat di dalam al-Quran dan 
mempunyai pengertian yang banyak pula. Mengikut pengertian ulama’ “doa” 
itu bermakna permohonan, ibadah, memuji, percakapan, meminta pertolongan dan 
sebagainya sesuai dengan tujuan susunan kalimah yang’ diucapkan.
Sabda Rasulullah s.a.w.

“Doa” itu adalah ibadah. .:(Riwayat Ahmad)
 
ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ ﯰ ﯱ ﯲ ﯳ ﯴ ﯵ ﯶ ﯷ ﯸ ﯹ 
ﯺ ﯻ ﯼ
 
Firman Allah S.W.T 
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu 
kepada inereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada 
mereka): Aku perkenankanpermohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa 
kepada-Ku maka hendaklah mereka menyebut suruhan-Ku (dengan mematuhi 
perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka 
menjadi baik serta betul.”   (al- Baqarah ayat 186)
Berdoa Merupakan Perintah Allah
Sebagaimana yang telah digambarkan dalam al-Quran, Firman Allah:

 
ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ
ﮭ ﮮ ﮯ ﮰﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ
 
Maksudnya:
“Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, menyerulah Ia kepada Kami 
(dalam segala keadaan), sama ada Ia sedar, berbaring atau duduk ataupun 
berdiri; dan manakala Kami hap uskan kesusahan itu daripadanya, ia terus 
membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami 
memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia 
memandang eloknya bawaan itu)” .(Surah Yunus ayat 12)
Berdoa bukanlah sekadar hanya menyampaikan permohonan dan keinginan yang 
terkandung di dalam hati ke hadrat Ilahi, tetapi berdoa itu merupakan 
perintah Allah, juga suatu ibadah rohaniah. Doa ialah suatu media yang 
menghubungkan antara manusia dengan Tuhannya dan merupakan cara kita 
berkomunikasi dengan Allah S.W.T. Oleh kerana itu tidaklah layak kita 
menghadapkan “doa”. kepada selain daripada Allah, hal ini telah 
dinyatakan oleh Allah S.W.T. di dalam firmannya:
 
ﯼ ﯽ ﯾ ﯿ ﰀ ﰁ ﰂ ﰃ ﰄ ﰅ ﰆ ﰇ ﰈ ﰉ ﰊ ﰋ ﰌ ﰍ
 
“Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dan 
Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak 
dapat mendatangkan mudanat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau 
mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dan 
orang-orang yang berlaku zalim (terhadap din sendiri dengan perbuatan 
syfrik itu) .”   (Surah Yunus ayat 106) 
Doa ialah suatu media yang menghubungkan antara manusia dengan Tuhannya dan 
merupakan cara kita berkomunikasi dengan Allah S. W. T. Oleh kerana itu 
tidaklah layak kita menghadapkan “doa” kepada selain daripada Allah.

 
Akan tetapi sebahagian manusia telah lupa tentang kedudukan “doa” sebagai 
otak ibadah. Oleh itu tidak hairanlah rainai di antara manusia te!ah 
sesat mengharapkan doa kepada se!ain daripada Allah bagi keperluan hajat yang 
di luar kemampuan mereka sendiri. Mereka memohon dengan melakukan 
pemujaan kepada tempat-tempat yang dianggap keramat dan kepada 
orang-orang yang dianggap sebagai wali serta mempunyai kelebihan dan 
sebagainya Kepercayaan kepada kuasa-kuasa kesaktian melalui 
amalan-amalan ilmu kebatinan juga tennasuk kepercayaan terhadap 
dukun-dukun atau bomoh-bomoh yang mendakwa mendapat ilmu kedukunan 
daripada mimpi-mimpi ataupun orang-orang halus mela!ui amalan cara 
menurun dan sebagainya, ilmu-ilmu yang seperti mi bukan berasal dad ilmu Islam. 
Orang-orang Islam hendaklah menjauhinya daripada terjebak atau 
tertipu dengan penye!ewengan aqidah daripada orang-orang yang mengambil 
kesempatan untuk kepentingan diii dan sebagainya.
Doa Nabi-nabi dan Rasul-rasul
Di dalam al-Quran dan hadith Rasulullah s.a.w terdapat banyak keterangan 
ayat-ayat yang menyuruh supaya manusia berdoa kepada Allah S.W.T.
Dengan demikian nyatalah bahawa berdoa itu merupakan perintah agama dad Allah 
S.W.1’. ianya juga merupakan suatu ibadah, malah berbagai-bagai doa yang pernah 
diucapkan oleh para nabi dan rasul di kala mereka menghadapi 
situasi dan masalah dapat dilihat dalam al-Quran, firman Allah seperti 
berikut:

ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ 
ﯣ ﯤ ﯥ ﯦ ﯧ
Maksudnya:
“Dan di antana mereka pu/a ada yang (berdoa dengan) benkata: “Wahai Tuhan 
kami, berilah kami kebaikan di dun/a dan kebaikan di akhinat, dan 
peliharalah kami dan azab neraka.” (Surah al-Baqarah ayat 201)

 
ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ
 
ﮟ ﮠ ﮡ
Dan apabi/a meneka (yang ben/man itu) ke/uar menentang Jalud dan 
tentenanya, mereka berdoa dengan benkata: “Wahai Tuhan kami limpahkanlah sabar 
kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendinian kami, serta 
menangkanlah ka.mi tenhadap kaum yang kafir.” 
(Surah “Al-Bakarah” Ayat 205)
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bendoa dengan benkata: “Wahai 
Tuhankujadikan/ah (Negeni Mekah) mi, negeri yang aman sentosa, dan 
berikanlah nezeki dan benbagal jenis buah-buahan kepada penduduknya, 
iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara 
mereka, Allah benfirman:
 
ﯵ ﯶ ﯷ ﯸ ﯹ ﯺ ﯻ ﯼ ﯽ ﯾ ﯿ ﰀ ﰁ ﰂ ﰃ ﰄ ﰅ ﰆ ﰇ ﰈ ﰉ ﰊ
ﰋ ﰌ ﰍ ﰎ ﰏ ﰐ ﰑ ﰒ ﰓ ﰔ ﰕ
“(Penmohonan itu diterima) tetapi sesiapa yang kufun dan ingkar maka Aku akan 
ben 
juga Ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementana (di dun/a), 
kemudian Aku memaksanya (dengan menghenetkannya) keazab nenaka dan 
(itu/ah) sebunuk-bunuk tempat kembali.” (Surah al-Baqarah ayat 126)
Rasulullah Mengajar Kita Berdoa
Jika kita melihat kepada sunnah Rasulullah s.a.w., maka setiap detik dalam 
kehidupan kita setiap had bermula dad waktu pagi hinggalah kepada waktu 
petang seterusnya dad malam sampai kepada subuh Rasulullah s.a.w. telah 
mengajar kita bagaimana cara-cara untuk berdoa serta diamailcan dengan 
memberikan tontonan doa-doa yang hams dibaca oleh umatnya seperti doa 
hendak tidur, doa hendak makan, doa untuk mandi, doa ketika mengenakan 
pakaian, doa keluar rumah dan masuk rumah, doa ketika di atas kenderaan, doa 
ketika ditimpa musibah, doa apabila mendapat sesuatu kebaikan malah masuk dan 
keluar tandas pun ada doanya.
Kekuatan Jiwa
Jika dinilai dan aspek psikologi berdoa itu mempunyai pengaruh yang amat 
besar terhadap perkembangan kejiwaan. Berdoa membuatkan jiwa kita kuat 
dan tenteram, menambahkan semangat berjuang (al-jihad) dan memberikan 
penghargaan kepada manusia yang berdoa itu.
Pengaruh doa amat luas sekali, di mana berdoa itulah yang mendorong manusia 
untuk mencapai suatu cita-citanya, mengatasi segala macam aneka bentuk 
kesulitan yang merintangi di jalan kehidupan yang dilaluinya.
Kata-kata doa yang diucapkan dan lubuk hati dengan penuh kusyuk yang hanya 
dipohonkan (ditujukan) ke hadrat Allah Yang Maha Kuasa akan dikabulkan 
oleh Allah S.W.T. dan aspek   piikutogi berdoa itu mempunyat pengaruh 
yang amat besar terhadap perkemban kejiwaan. Berdoa menbuatkan jiwa kita kuat 
dan tenteram, menambahkan semangat berjuang (al-jihad) dan 
memberikan penghargaan kepada manusia yang berdoa itu.
Doa diibaratkan sebagai radio aktif yang mengandungi sumber kuasa (tenaga) 
yang bercahaya dan membangunkan. Di dalam din manusia apabila ia sedang 
berdoa bererti manusia itu berusaha untuk menambahkan tenaganya yang 
terbatas dengan jalan kembali kepada “Sumber Tenaga” yang tidak ada 
batasnya itu.
Apabila manusia berdoa maka manusia berhubung dengan tenaga penggerak yang 
menggerakkan alam semesta, manusia berdoa supaya sebahagian daripada 
kekuatan itu dicurahkan untuk keperluan manusia.
Memohon Harapan
Berdoa ialah jalan mengatasi kekurangan manusia kerana berdoa ialah “Memohon 
kepada ‘Allah” untuk menyampaikan hajat kita disamping usaha yang 
bersungguh-sungguh, Insya-Allah apa yang kita pohon akan dikabulkan 
Allah S.W.T.
Doa seperti itu, ialah kepercayaan yang sangat teguh serta harapan yang 
sangat dalam, bahawa Allah akan menjauhkan segala halangan yang 
mendalangi tercapainya maksud kita dan hanya Allah dapat memberikan 
petunjuk tentang sebab-sebab yang nyata dan tersembunyi yang tidak jelas 
kelihatan oleh kita.
…..berdoa merupakan fitrah manusia ianya ialah satu hajat rohaniah yang 
daperlukan dalam kehidupan manasia itu sendiri…..
Dengan demikian dalam kalimah doa itu tersimpan berjuta-juta kekuatan rohaniah 
yang membangunkan, setiap manusia itu mempunyai tujuan pokok dalam 
kehidupannya yang mengarahkan seluruh fikirannya membimbing seluruh 
perbuatan dan harapannya di samping berusaha sclama sebab dan helah 
masih dapat kita usahakan.
Islam datang untuk memperbaiki akhlak dan jiwa manusia serta mengangkatkan 
kesempurnaan yang mungkin baginya, Islam menjelaskan tujuan akhir kepada 
manusia sehingga manusia bergerak menuju cita-citanya yang luhur.
Doa Merupakan Fitrah Manusia
Doa yang kita maksudkan di sini ialah permohonan atau permintaan iaitu 
permohonan seseorang hamba kepada Tuhannya, Allah Yang Maha Pencipta. 
Pada hakikatnya doa itu adalah percakapan seseorang individu atau jemaah yang 
dihadapkan kepada Allah S.W.T.
Berdoa merupakan fitrah manusia, ianya ialah satu hajat rohaniah yang 
diperlukan dalam kehidupan manusia itu sendiri, lebihlebih lagi ketika 
ditimpa musibah kesulitan dan lain-lain, tetapi bukanlah bererti berdoa 
itu hanya waktu ditimpa kesulitan atau kesusahan sahaja, bahkan 
hendaklah sentiasa diucapkan baik waktu susah mahupun di waktu senang 
ibarat aliran darah yang mengalir dan denyutan nadi yang menggerakkan 
seluruh tubuh badan kita. Allah sangat-sangat mencela sikap manusia yang berdoa 
kepadanya di kala ia mendapat kesusahan sahaja, tetapi apabila 
keadaannya menjadi senang, jangankan hendak berdoa malah terus melupakan Allah 
S.W.T. yang telah mengumiakan nikmat-nikmat yang banyak.
Oleh yang demikian marilah kita bersamasama berdoa dan carilah atau bacailah 
doadoa yang al-Ma’thurat yang diamalkan oleh Rasulullah saw. dan para 
sahabatnya, telah disusun khusus oleh ulama’-ulama’ seperti yang 
terdapat di dalam kitab-kitab al-Azkar yang ditulis oleh Imam Nawawi.
Ibadak sembahyang membimbing akhlak manusia supaya sentiasa mengingati Allah – 
Gambar hiasan.
ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ
ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ
“Dan ingatlah Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk 
menyembah dan beribadat kepada-Ku. Aku tidak sekah-kali menghendaki 
sebarang rezeki pemberian daripada mereka, dan aku tidak menghendaki 
supaya mereka memberi makan kepada-Ku” (az-Zaariyat ayat 56 – 57)
Disunting Dan Disusun Oleh: Lokman Mohd Hashim
Sumber: islam2u.com
====================================================================

http://www.resepirahsiaku.com/2011/02/adab-adab-ketika-berdoa.html



DAB-ADAB KETIKA BERDOA  


قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الدُّعَـاءُ هُوَ 
الْعِبَـادَةُ


Sabda Rasulullah SAW: 
"Doa adalah ibadah".(HR Imam Bukhari)
MUKADDIMAH:

Allah SWT berfirman:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ 
إِذَا دَعَانِ
فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), 
bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang 
berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi 
(segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu 
berada dalam kebenaran. (Al Baqarah / 2: 186)
Doa termasuk salah satu jenis ibadah yang paling utama. Baginda Rasul SAW. 
Bersabda: Doa adalah otak ibadah. Dan berdasarkan ayat diatas semua doa 
pasti akan dikabulkan oleh Allah SWT. Hanya saja yang perlu diingat 
bahawa Allah telah membuat beberapa syarat pada penghujung ayat tersebut agar 
doa kita dikabulkan-Nya iaitu:

1.Kita mestilah melaksanakan perintah-Nya
2.Kita mestilah beriman kepada-Nya.

ADAB ADAB DOA:

Selain syarat diatas, agar doa kita segera dikabulkan oleh Allah SWT, maka 
kita mestilah memenuhi beberapa adab berdoa dibawah ini, antaranya 
ialah:

1.Kita hendaklah sungguh-sungguh yakin bahawa doa kita akan dikabulkan oleh 
Allah.

Sabda Rasul SAW:
"Berdoalah kamu kepada Allah, sedangkan kamu benar benar yakin akan dikabulkan. 
Dan ketahuilah olehmu bahawa Allah SWT. tidak akan mengabulkan doa dari 
hati yang lalai dan tidak bersungguh-sungguh". (HR Tarmizi dan Al Hakim - Hadis 
Hasan)
2.Hendaklah tekun dan tidak terburu buru.

Sabda Rasul SAW:
Akan dikabulkan doa hamba selagi ia tidak berdoa dengan dosa atau memutuskan 
sllaturrahim selama ia tidak isti'jaal. Lalu baginda ditanya: Ya 
Rasulallah, apakah yang dikatakan lsti’jaal? Jawab Nabi: Dia berkata: 
Sungguh aku telah berdoa tetapi tidak juga dikabulkan, lalu ia menyesal 
dan akhirnya ia tidak berdoa lagi. (HR Imam Musllm)
3.Berdoa dalam semua keadaan:

Sabda Rasul SAW:
Barangsiapa yang ingin agar Allah mengabulkan doanya ketika ia sedang susah, 
maka 
hendaklah ia memperbanyak doa ketika ia sedang hidup senang. (Hadis 
Sahih Riwayat Tarmidzi dan Al Hakim)
4.Tidak mengutuk keluarga dan hartanya:

Sabda Rasul SAW:
Janganlah kamu mengutuk dirimu, dan jangan pula mengutuk anak-anak kamu dan 
harta kamu (kerana) ada suatu masa yang jika bertepatan doa kita pada waktu 
itu nescaya pasti Allah mengabulkannya. (HR Imam Muslim)
5.Jangan memohon kepada selain Allah:

Sabda Rasul SAW kepada Ibnu Abbas:
Wahai anakku, jlka engkau meminta maka mintalah kepada Allah, dan jika engkau 
memohon pertolongan maka mohonlah pertolongan kepada Allah. (Hadis 
Hasan Riwayat Tarmidzi)
6.Berdoa dengan suara yang sederhana:

Allah swt berfirman:
Berdoalah kepada Tuhanmu dengar merendah diri dan suara yang lembut, 
sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas (tentang 
yang 
diminta dan cara meminta). (Al A’raf / : 55)
Sabda Rasul saw:
Kasihanilah dirimu, sesungguhnya kamu tidak memohon kepada yang pekak dan 
ghaib, 
sesungguhnya kamu mohon kepada Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. 
(HR Imam.Bukhari dan Muslim)
7.Memohon dengan Al Asmaa-ul Husna:

Allah swt berfirman:
Hanya milik Allah " asmaa- ul husnaa" itu, maka bermohonlah kepada-Nya dengan 
menyebut asmaa-ul husnaa itu dan tinggalkanlah orang orang yang 
menyimpang dalam (menyebut) nama nama-Nya. (Al A’raf / 7:180)
Rasulullah SAW pernah mendengar seorang lelaki berdoa dalam tasyahhudnya:

Ertinya: 
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ya Allah Yang Maha Esa lagi 
tempat meminta, yang tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, dan 
tidak serupa dengan seorang juapun, kiranya Engkau ampunilah segala 
dosaku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". LaIu 
sabda Nabi: Sesungguhnya dia telah diampuni, sesungguhnya dia telah 
diampuni. (Hadis Sahih Riwayat Abu Daud, An Nasaai)
8.Mengaku berdosa:

Sabda Rasul SAW.: Penghulu istighfaar ialah:

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ ، خَلَقْتَنِى وَأَنَا 
عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوْذُبِكَ 
مِنْ 
شَرِّ مَا صَنَعْتُ
 أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوْءُ بِذَنْبِى فَاغْفِرْلِى 
فَـإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ

Ertinya: "Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali 
Engkau, Engkau telah menciptaku dan aku hamba-Mu, dan aku (terikat) 
dengan janji-Mu semampu yang aku boleh (laksanakan), aku memohon 
perlindungan kepada-Mu dari kejahatan yang aku lakukan, aku mengakui 
bahawa semua nikmat yang Engkau berikan kepadaku adalah milikmu, dan aku 
mengakui terhadap dosa dosaku, oleh itu ampunilah aku, kerana 
sesungguhnya tiada yang dapat memberi ampunan kecuali hanya Engkau". (HR 
Bukhari)

Fadilatnya Penghulu Istighfar: 
Barangsiapa yang membacanya pada waktu siang dengan penuh keyakinan lalu dia 
mati 
sebelum petang maka ia termasuk ahli syurga. Dan siapa yang membacanya 
pada waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia mati sebelum pagi maka 
ia termasuk ahli syurga. (HR Bukhari)
9.Jangan terikat dengan sajak dalam doa:

Ibnu Abbas menasihati sahabat-sahabatnya:
Jauhilah sajak ketika kamu berdoa, kerana Rasulullah dan para sahabatnya tidak 
melakukan perkara demikian. (Hadis Sahih Riwayat Imam Bukhari)
10.Berdoa dengan khusyu' dan merendah diri:

Allah swt berfirman:
Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa 
takut dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan 
janganlah kamu termasuk orang orang yang lalai. (Al A'raf / 7: 205)
Allah swt berfirman:
Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam 
(mengerjakan) 
perbuatan perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan 
cemas. Dan mereka adalah orang-orang yanq khusyu' kepada kami. (Al 
Anbiyaa': 90)
11.Bertaubat dan menjauhkan diri dari segala bentuk dosa:

Rasulullah SAW berkata tentang seorang lelaki yang mengangkat kedua tangannya 
ke langit, sambil berdoa:
Ya Tuhanku, Ya Tuhanku, sedangkan makanannya haram, pakaiannya haram, dan 
hidup bergelimang dengan perkara haram maka bagaimanakah doa akan 
dikabulkan Allah? (HR Bukhari dan Muslim)
12.Berdoa dengan amal salih:

Agar doa kita lekas dikabulkan oleh Allah SWT. maka kita boleh berdoa 
kepada-Nya sambil bertawassul dengan amal salih yang pernah kita 
lakukan. Allah sangat suka kita menyebut-yebut amal salih kita 
kepada-Nya.

Dalam hadis sahih riwayat Imam Bukhari dan Muslim diceritakan tentang tiga 
orang yang masuk kedalam gua kerana hujan lebat. Mereka terkurung di 
dalamnya kerana batu besar yang jatuh dari atas gunung menutupi pintu 
gua tersebut. Mereka berdoa kepada Allah sambil menyebut-nyebut amal 
salih masing masing. Doa mereka makbul dan akhirnya selamat keluar.

13.Mengulangi doa sebanyak tiga kali:

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim bahawa Abdullah Bin Mas'ud 
berkata: 
Baginda Rasulullah SAW. jika berdoa, baginda berdoa sebanyak tiga kali, 
dan jika baginda memohon baginda memohon sebanyak tiga kali.

14.Bersalawat kepada Nabi SAW.:

Sabda Rasul saw:
Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi saw. (Hadis 
Hasan)
15.Menghadap Kiblat:

Dari Abdullah Bin Mas'ud RA, katanya:
Nabi Muhammad SAW. menghadap ke Ka'bah, lalu beliau berdoa mengutuk beberapa 
orang dari golongan Quraisy. (HR Bukhari dan Muslim)
16.Mengangkat kedua-dua tangan:

Abdullah Bin Omar (ra) berkata:
Nabi Muhammad SAW. mengangkat kedua-dua tangannya, lalu baginda berdoa: Ya 
Allah, aku berlepas diri kepada-Mu daripada apa yang dilakukan oleh 
Khalid (dua kali). (Diriwayatkan oleh Al Bukhari)
Berkata Abu Musa:
Kemudian baginda Rasul SAW. mengangkat kedua-dua tangannya, lalu beliau berdoa: 
Ya Allah, ampunilah dosa 'Ubaid Bin 'Amir, dan aku melihat keputihan 
ketiak baginda. (HR Imam Bukhari)
17.Berwudhu' sebelum berdoa:

Berkata Abu Musa (ra): Sebelum 'Ubaid Abu 'Amir meninggal dunia, dia telah 
berpesan kepada aku agar aku menyampaikan salamnya kepada Nabi Muhammad 
SAW. dan memohon doanya agar Allah mengampuni dosa-dosanya. Ketika 
pesanan tersebut aku sampaikan kepada baginda Rasul saw lalu baginda 
menyuruhku agar mengambil sebekas air untuknya. Kemudian beliau 
berwudhu' dan mengangkatkan kedua-dua tangannya sambil berdoa: Ya Allah, 
ampunilah dosa 'Ubaid Abi 'Amir; dan aku melihat keputihan ketiak 
baginda. Baginda seterusnya berdoa:

Ya Allah, ampunilah dosa 'Ubaid Abi 'Amir;) dan aku melihat keputihan 
ketiak baginda. Baginda seterusnya berdoa): Ya Allah, jadikanlah dia 
pada Hari Kiamat sebagai orang yang mulia mengatasi kebanyakan 
makhluk-Mu.

Lalu aku pun berkata: Mohon ampunan jugalah untuk aku ya Rasulullah. Kemudian 
baginda berdoa:
Ya Allah, ampunilah dosa dosa Abdullah Bin Qais (Abu Musa), dan 
masukkanlah dia ke dalam tempat masuk yang mulia pada Hari Kiamat. (HR 
Imam Bukhari dan Imam Muslim)
18.Berdoa sambll menangis:

Dari Abdullah Bin 'Amr Bin Al 'Ash RA, bahawa Nabi Muhammad SAW membaca ucapan 
Nabi Isa AS.:

Ertinya: 
"Sekiranya Engkau seksakan mereka sesungguhnya mereka adalah hamba hamba—Mu, 
dan 
sekiranya Engkau ampuni mereka, sesungguhnya Engkau adalah Maha Mulia 
lagi Maha Bijaksana". (Al Maidah: 118),
Lalu Rasul SAW. menganqkat kedua dua tangannya dan berdoa :

" Ya Allah, umatku, umatku ", (sambil baginda menangis).

Selanjutnya Allah swt berfirman kepada Jibril (as):
Hai Jibril, pergilah engkau kepada Muhammad, dan katakan kepadanya: " 
Sesungguhnya Kami akan meredainya dan umatnya, dan kami tidak akan 
menyusahkan kamu ". (HR Imam Muslim)
19.Berdoa sambil merendahkan diri:

Allah SWT. menceritakan tentang keadaan para Nabi ketika mereka memohon 
kepada-Nya, antaranya:
"Dan (ingatlah kisah) Ayyub, ketika ia menyeru Tuhannya: (" Ya Tuhanku), 
sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang 
Maha Penyayang diantara semua penyayang". (Al Anbiyaa: 83)
"Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: "Ya Tuhanku, 
janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah waris 
yang paling baik". (Al Anbiyaa: 89)
20.Berdoa pada waktu waktu yang mustajab

Kita meyakini bahawa Allah SWT. telah menetapkan beberapa waktu atau masa 
yang sangat baik jika kita berdoa didalamnya. Waktu waktu itu antara 
lain: Pada malam Lailatul Qadr, pada dua pertiga malam, setelah solat 
waktu dan lain lain.

Rasulullah saw pernah ditanya:
Do’a yang manakah yang paling didengar (diterima)? Jawab baginda: (Do’a) 
akhir malam dan setelah solat wajib. (HR Tarmizi – Sahih)
Wasallam.

Selepas habis mendoakan. Penutup kepada semua doa BACA AYAT INI....YA ALLAH 
MAKBULKANLAH DOA HAMBA MU INI SUPAYA AKU DAPAT BERIBADAT KEPADA MU, YA ALLAH.

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke