Salam


Amanat Haji Hadi :

Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan 
Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang
 dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan 
undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita 
menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita 
cuba berlawan dengan mereka.


Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah 
jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana 
kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita 
adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita 
tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik 
suku, agama suku'.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Amanat_Haji_Hadi



Khutbah Amanat Pilihanraya SS Dr MAZA 1/3

http://www.youtube.com/watch?v=gX1wfV4Ce3I&feature=relmfu

Khutbah Amanat Pilihanraya SS Dr MAZA 2/3

chttp://www.youtube.com/watch?v=gX1wfV4Ce3I&feature=relmfu

Dr Asri : Kelantan Dan Tanggungjawab Hudud

Apabila sebut hudud di Malaysia, ramai yang akan mengingati hasrat Kelantan 
untuk melaksanakan undang-undang tersebut. Ada yang menyatakan hasrat tersebut 
sekadar mainan politik, padahal tuduhan itulah mainan politik. Saya bukan anak 
Kelantan, tidak juga aktivis parti di Kelantan. Saya orang luar Kelantan yang 
sering diberikan peluang oleh Kerajaan Kelantan untuk melihat pentadbiran dari 
dekat.

Saya yakin bahawa dalam isu hudud hasrat Kelantan bukan main-main. Ia adalah 
hasrat yang terbit dari perasaan tanggungjawab perintah muslim terhadap 
ayat-ayat Allah dalam al-Quran dan nas-nas Rasulullah s.a.w dalam sunnah 
baginda. Saya sendiri mendengar perkataan YAB Menteri Besar Kelantan ketika 
ditanya tentang hudud, beliau menjawab: “Jika Allah tanya saya di akhirat, saya 
akan beritahu Kerajaan Pusat menghalang saya
 melaksanakannya”.

http://drmaza.com/home/?p=1617



Bekas mufti: Terkeluar Islam jika persenda hudud

Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberi amaran kepada 
golongan yang mempersenda usaha untuk melaksanakan hukum hudud kerana perbuatan 
demikian boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar dari Islam.

Dr Mohd Asri berkata, sendaan itu boleh dilihat ketika Kelantan mula 
memperkenalkan hukum hudud – melalui Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993.

NONE“Mempersendakan teks al-Quran ataupun as-Sunnah seperti sendaan sesetengah 
pihak apabila Kelantan ingin melaksanakan hudud dengan menyatakan ‘sesiapa yang 
ingin makan sup tangan sila ke Kelantan’ adalah melampaui batasan agama.

“Bahkan, jika pengucap sedar dan bermaksud menghina nas al-Quran dan as-Sunnah, 
maka dia terkeluar dari Islam,” katanya dalam satu tulisan.

http://www.freemalaysiakini2.com/?p=43235


Ibnu Kathir menyatakan: 

--- Jika mereka (orang kafir) datang kepada kamu
 (iaitu) untuk meminta pengadilan dari kamu, maka hakimilah antara mereka, atau 
biarkan mereka. Jika kamu berpaling daripada mereka, maka mereka tidak akan 
dapat membahayakanmu sedikit pun.

Maka tidak mengapa untuk kamu tidak mengadili persengketaan di antara mereka 
kerana sebenarnya mereka tidak berniat untuk berhukum kepada kamu berdasarkan 
hak, tetapi mereka inginkan apa yang sesuai dengan hawa nafsu mereka [Ibnu 
Kathir, Tafsir Al-Quran Al-Azhim].

Qusairy menyatakan:

--- Tidak wajib ke atas kita untuk mengadili di antara mereka bila mereka bukan 
kafir zimmi tetapi kita boleh mengadili mereka jika kita mahu [Imam 
Al-Qurthubi, Al-Jami’li Akhamil Quran].

Sa'id bin Jubair menjelaskan:

--- Jika mereka (orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta keputusan), maka 
putuskanlah (perkara itu) di antara mereka atau berpalinglah dari mereka. Dalam 
ayat ini Allah memberikan keluasan bagi seorang hakim untuk memilih antara
 memutuskan perkara mereka atau tidak menghukum, dan membiarkannya 
terkontang-kanting [Ibnu Jawzi, Nawasikhul Qur’an].

http://www.mykhilafah.com/index.php?option=com_content&view=article&id=1135:apakah-hudud-hanya-untuk-orang-islam


WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri

( http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ )


________________________________
 From: Mas Joko Mas Joko <abang_j...@yahoo.com>
Subject: [chainz_of_frenz] Nasihat dari Dr MAZA
 

  
Nik Aziz Tak perlu berselindung disebalik serban untuk menghalalkan 
segala-galanya

Posted by Sungai Rapat at 4:50 PM


Walaupun Amanat Haji Hadi sebagai "kisah lama" tetapi penyokongnya masih 
menggunapakai sehingga menimbulkan perpecahan dikalangan umat Islam, bekas 
Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, adalah lebih 
baik sekiranya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat penarikan 
secara rasmi amanat itu.


Nik Aziz tidak sewajarnya berselindung disebalik serban dengan mempertahankan 
perbuatan yang bercanggah dengan kehendak Islam sehingga menyebabkab perpecahan 
umat Islam.

Menurutnya, amanat yang berbunyi Umno itu kafir diungkapkan Hadi sewaktu angin 
kebangkitan Islam kira-kira 30 tahun lalu. Waktu itu UMNO dikatakan bersama MCA 
dan MIC bagaimana sekararang bila Pas bersama DAP dan PKR.

“Walaupun ini merupakan perkara lama. Amanat tersebut diungkapkan ketika zaman 
muda beliau (Hadi). Ketika itu angin kebangkitan Islam mempengaruhi segenap 
pemuda ditambah dengan ketegangan sistem Perlembagaan yang menjadi teras negara 
ini,” katanya lagi.

Katanya, perkara sama turut berlaku kepada ramai tokoh-tokoh pemimpin muda pada 
ketika itu sehingga berlaku sembahyang dua Imam, halal darah orang Umno, haram 
memakan daging yang disembelih oleh orang Umno.

“Pas sekarang sudah lain. Saya melihat kepimpinan hari ini sudah tahu hala tuju 
perjuangan mereka ternyata berbeza. Pas juga mempunyai Dewan penyokong bukan 
Islam sedangkan Umno tidak ada. Pas lebih mendengar arahan daripada pemimpin 
DAP sedangkan Umno mampu memberi arahan sendiri.  Hadi juga sudah beberapa kali 
bertemu dengan pemimpin parti lain termasuk Umno untuk membincangkan kerajaan 
perpaduan.

“Amanat ini seharusnya ia dihentikan dengan segera. Jika tidak, akan muncul 
macam-macam lagi termasuk isu 13 Mei. Tutup buku lama," katanya lagi.







Siapa kata Amanat Haji Hadi tiada kesan kepada orang Islam terutamanya 
penyokong Parti Islam SeMalaysia (PAS). Seorang bekas anggota Pemuda Tahan 
Lasak Pas yang ditubuhkan untuk menjadi samseng ketika ceramah mereka 
mendedahkan terpaksa membuang daging Qurban disebabkan perbuatan sembelih itu 
dilakukan oleh Imam orang Umno.

Che Ngah Nat Hassan berumur 80 tahun yang kini telah bertaubat dan tidak mahu 
lagi menyertai parti Pas mendakwa "kerana amanat Haji Hadilah kami bukan sahaja 
membuang daging Qurban malah tidak bermasyarakat dengan orang lain," katanya

Beliau kini yang telah insaf kerana perbuatannya juga telah memecah-belahkan 
perpaduan umat Islam di Malaysia.

"Saya menyeru kepada anak-anak muda agar kembalilah ke jalan yang benar dengan 
mengikut perintah Allah bukan mengikut kehendak pemimpin tertentu demi untuk 
kepentingan politik", katanya lagi.

"Kini Pas bukan lagi dilihat parti Islam kerana hampir semua pemimpinnya telah 
dikawal oleh pemimpin bukan Islam seperti DAP dan PKR," tambahnya lagi




 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke