Salam

Petikan : Khalifah Zuhud - Umar Abdul Aziz 


Malik bin Dinar berkata :

Setelah Umar Abdul Aziz memerintah,
maka berkatalah pengembala2 kambing  di puncak bukit :

Siapakah Khalifah SOLEH yang memerintah sekarang?
Maka bertanya orang kepada pengembala2 tersebut:

Bagaimanakah engkau tahu Khalifah sekarang SOLEH?
Jawab pengembala2 :

Kebiasaannya, apabila sesebuah kerajaan itu di perintah Khalifah SOLEH, maka 
SERIGALA
& SINGA tidak mengkhianati ternakan kami.

Brief infomation about crimes in Malaysia (  
http://www.nationmaster.com/country/my-malaysia/cri-crime  )

Crime in Malaysia  (  http://en.wikipedia.org/wiki/Crime_in_Malaysia  )

Malaysia Crime Watch (  http://malaysiacrimewatch.lokety.com/  )


WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
( http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ )

----- Forwarded Message -----
From: kaca cute <aayang9...@gmail.com>
Subject: Fwd: Fw: Wanita Disamun, Dipukul, Dibogelkan, Cuba Dirogol Kutu Lepak
 
Wanita
Disamun, Dipukul, Dibogelkan, Cuba Dirogol Kutu Lepak 

duniacacamarba.blogspot 
  
 
  
[HM] Akibat tindakan suami
menegur sekumpulan remaja yang gemar melepak di kawasan perumahan di Jalan
Semarak di sini, menyebabkan isterinya dibogel sebelum gambarnya dirakam
selain disamun wang tunai dan barangan kemas bernilai kira-kira RM10,000,
pagi kelmarin. 

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai
Siti, 32, sedang tidur di dalam biliknya manakala suaminya pula keluar
berjumpa rakan.

Katanya, tiba-tiba dia terjaga sebaik terdengar bunyi cermin depan rumah
dan pintu dipecahkan. Apabila keluar dari bilik, dia ternampak sekumpulan
lima lelaki yang sering melepak di kawasan perumahannya berada di dalam
rumah manakala tiga lagi berkawal di luar.

Menurutnya, selepas mereka ternampak dia berseorangan, dua daripada lelaki
terbabit menyerangnya dengan topi keledar menyebabkannya separuh sedar.

“Tidak cukup dengan itu, saya turut dilibas dengan parang, namun sempat
mengelak. Bagaimanapun, akibat ditumbuk, saya menjadi pening dan dalam
keadaan separuh sedar itu, mereka membogelkan saya sebelum merakam gambar
bogel selain cuba merogol saya.

“Saya melarikan diri meminta tolong dengan jiran dan bernasib baik, jiran
sebelah terdengar jeritan saya dan membenarkan saya berlindung di dalam
rumahnya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Beliau berkata, kumpulan lelaki itu mengejarnya hingga ke rumah jiran dan
apabila jiran enggan membuka pintu seperti diarahkan mereka, motosikal
dan cermin rumah jirannya dipecahkan.

Siti berkata, kumpulan itu tidak meninggalkan rumahnya begitu saja sebaliknya
melarikan barang kemas, telefon bimbit pintar, iPad, dan wang yang disimpan
di dalam tabung bernilai kira-kira RM10,000.

“Mereka turut mengugut akan menyebarkan gambar bogel saya di Internet
sekiranya membuat laporan polis dan saya percaya kejadian ini berpunca
daripada tindakan suami saya menegur kumpulan itu yang sering mengacau
penduduk selepas mengambil minuman keras.

“Dengan bantuan jiran, saya membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak,”
katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan
ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan
dan siasatan lanjut sedang dijalankan. 
  
P/s: Jenayah
semakin menurun? Malaysia negara paling selamat?  
  
Mohd
Zamani·  
  
Top Commenter · Sekolah
menengah zaaba  eloknya suku sakat yang kata
malaysia selamat tu yang jadi mangsa baru betul. 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke