Salam

Hadits Shahih Bukhari ke-31:

Dari Al-Ahnaf bin Qais bahwa ia berkata :

"Pada suatu ketika saya hendak pergi menolong seseorang yang sedang berkelahi. 

Secara kebetulan saya bertemu Abu Bakar, ia pun berkata, 

"Mau ke mana kau?"

 Kujawab, 

"Aku akan menolong orang itu."

Ia berkata lagi,

"Kembalilah! Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, 

"Apabila dua orang muslim berkelahi dan masing-masing mempergunakan pedang maka 
si pembunuh dan yang terbunuh, keduanya masuk neraka."

Aku bertanya, 

"Hal itu bagi pembunuh, bagaimana dengan yang terbunuh?" 

Beliau menjawab,

"Karena orang yang terbunuh itu juga berusaha untuk membunuh saudaranya."

http://www.bersamadakwah.com/2011/11/hadits-31-dua-muslim-yang-saling.html

Moga2 pertumpahan darah sesama Islam tidak berpanjangan.. Aamiiin....

WAllahua3lam
Wassalam
HIzamri


==========================================================

http://naimqlate.blogspot.com/2013/03/serangan-ofensif-dari-pelbagai-sudut.html

Serangan ofensif dari pelbagai sudut





          Post under
          
ATM,
Komando,
PDRM,
TDM


di
Isnin, Mac 04, 2013


Dicatat oleh
Naim Qlate












 

LAHAD DATU - Pasukan keselamatan melancarkan serangan ofensif ke
atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 7 pagi
ini.

  

Gerakan ke atas penceroboh dimulakan kira-kira pukul 7 pagi dengan serangan
udara.



Pada awalnya kedengaran bunyi jet mengisi ruang udara kampung itu diikuti
dengan bunyi tiga letupan setengah jam kemudian.



Bernama melaporkan serangan ofensif udara dilakukan jet pejuang F18 dan Hawk
diikuti mortar dan gerakan di darat oleh anggota tentera.



Pasukan komando di barisan hadapan yang mengepung kawasan itu dilihat merapati
kawasan perkampungan diikuti dengan Pasukan Gerakan Am.



Serangan yang dilancarkan oleh pasukan keselamatan negara ke atas kumpulan
penceroboh di Lahad Datu menyaksikan letupan kedengaran dari pelbagai sudut.



“Kedengaran letupan dan bunyi tembakan bertali arus yang dilepaskan oleh polis
Malaysia dan pasukan tentera ke atas penceroboh yang juga dilaporkan terus
menyerang,” petik laman web The Star Online.



Serangan di antara dua pihak itu bermula pagi Jumaat lalu selepas pihak
berkuasa Malaysia mula menghampiri kawasan yang ditakluk oleh penceroboh
bersenjata yang juga merupakan pengikut Sultan Sulu.



Sebelum berlaku serangan, kerajaan Malaysia telah memberi amaran kepada
penceroboh bersenjata supaya meninggalkan Lahad Datu dengan aman dan memberi
tempoh sehingga tengah malam Selasa lalu tetapi arahan tidak dihiraukan.



Jurucakap Sultan Sulu, Abraham Idjirani berkata 12 tentera mereka maut dalam
serangan Jumaat lalu manakala dua orang anggota polis Malaysia maut.



Beliau turut berkata Ahad lalu, pihak polis Malaysia membunuh seorang imam dan
empat orang anaknya sehingga menyebabkan penduduk Filipina di Lahad Latu
melancarkan serangan ke atas pihak polis dan angkatan tentera.



Kerajaan Malaysia turut menghantar pasukan tentera semalam bagi menambah jumlah
kekuatan dan benteng bagi Malaysia di daerah konflik itu.



The Star Online turut melaporkan yang situasi di Tanjung Labian, terletak
kira-kira tujuh kilometer dari kampung Tanduo dikawal ketat oleh pasukan
tentera diraja dan tentera udara Malaysia.


======================================================

http://naimqlate.blogspot.com/2013/03/pasukan-keselamatan-msia-lancar.html

Kronologi Pasukan Keselamatan Malaysia Lancar Serangan Terhadap Kumpulan 
Bersenjata Sulu





          Post under
          
ATM,
PDRM,
TDM


di
Isnin, Mac 04, 2013


Dicatat oleh
Naim Qlate

















 



 Sebuah hilikopter Nuri membawa anggota komando ke medan
pertempuran menghadapi penceroboh dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo. Foto
BERNAMA









LAHAD DATU : Berikut adalah kronologi serangan yang dilancarkan oleh pasukan
keselamatan Malaysia sejak awal pagi Selasa bagi mengusir baki kumpulan
bersenjata Sulu :












11.26 pagi: Panglima Angkatan Tentera Malaysia berkata, bom digunakan ke atas 
musuh
bagi memastikan keselamatan tentera Malaysia.







11.23 pagi: KPN: Zon pertempuran seluas 4 kilometer di Kampung Tanduo.




11.16 pagi: Operasi membanteras kumpulan bersenjata sulu diteruskan. Pasukan
keselamatan melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah. Status kematian atau
kecederaan musuh pada ketika ini masih belum diketahui.




11:15 pagi: Ketua Polis Negara berkata, tiada kematian atau kecederaan yang 
berlaku
di kalangan tentera Malaysia dalam serangan terhadap "pengganas"
Sulu.




10.58 pagi: Media diberitahu bahawa ia adalah taklimat media. Ketua Polis Negara
tidak akan menjawab sebarang soalan.




10.50 pagi: Ketua Polis Negara tiba di Hotel Felda Residence. Media bersedia 
untuk
sidang akhbar.




10.50 pagi: Kudat daerah di utara Sabah masih selamat daripada penceroboh dan
keadaan terkawal. Bagaimanapun, polis mengambil langkah berjaga-jaga bagi
memastikan keselamatan pegawainya dan orang awam di sana.









Seorang
anggota keselamatan berkawal dekat ladang kelapa sawit Imbara Budi bagi
menyekat sebarang penyusupan pihak penceroboh di kawasan itu dekat Lahad Datu.
Foto BERNAMA













10.45 pagi: Perniagaan di Kota Kinabalu berjalan seperti biasa walaupun 
sebahagian
pasar raya telah kehabisan bekalan beras. Polis bandar mengingatkan orang ramai
supaya tidak mendengar khabar angin kerana "ia semuanya adalah
penipuan" dan situasi di sini sejak beberapa hari lalu adalah terkawal
tanpa sebarang insiden yang berlaku berkaitan dengan kes di Lahad Datu.







10.45 pagi: Kira-kira pekerja ladang dilihat di tepi jalan di Felda Sahabat. 
Mereka
berada di sana selepas mendengar letupan sejak pukul 7 pagi.




10.40 pagi: Perniagaan di Sandakan berjalan seperti biasa dan polis memberitahu
orang awam untuk tidak mendengar khabar angin dan mendapatkan pengesahan
daripada polis dengan menghubungi 089 212 222.




10.34 pagi: Ketua Polis Negara dan Pesuruhjaya Polis Sabah telah menunda sidang
media dari pukul 9.30 pagi ke 11 pagi di Felda Sahabat di mana pengamal media
sedang menunggu kenyataan mengenai apakah yang berlaku di kampung Tanduo.




10.20 pagi: Unit polis forensik memasuki kawasan Felda Sahabat dari Lahad Datu.




10.00 pagi: Hospital di Tungku tutup dan seorang penduduk kampung berkata, satu
halangan telah diletakkan bagi melarang orang ramai memasuki bandar itu.











9.50 pagi: Banyak ambulans dihantar dari Tawau. Pengamal media dilarang memasuki
kawasan Felda 16 dekat bandar Cenderawasih.












Menteri
Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memaklumkan Perdana Menteri
menerusi panggilan telefon mengenai perkembangan operasi yang dilancarkan oleh
pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu
 



9.45 pagi: Kira-kira 300 penduduk kampung di balai raya Tanjung Labian meminta
makanan apabila mereka tidak mendapatkannya sejak malam Isnin. Mereka
menyelamatkan diri dari Tanjung Batu selepas mendengar terdapat laporan
mengenai penceroboh bersenjata.













Anggota komando Angkatan Tentera Malaysia
menaiki helikopter Nuri untuk dihantar menggempur penceroboh di Kampung Tanduo
dekat Tungku, Lahad Datu. Pasukan keselamatan Malaysia pada pagi Selasa
melancarkan serangan keatas penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina yang
berkubu di Kampung Tanduo. Foto BERNAMA














 
8.30 pagi: Trak tentera dilihat memasuki kawasan itu. Skuad elit tentera dan 
polis
berada di darat dan dipercayai terlibat dalam tembak-menembak dengan lelaki
bersenjata.




7.30 pagi: Sekurang-kurangnya enam letupan berterusan didengari dan wartawan di
resort Sahabat 16 berkata, jet kembali terbang rendah.









7 pagi: Beberapa jet pejuang melalui kampung Tanduo, diikuti dengan tembakan
meriam.




LAHAD DATU: Serangan pada waktu subuh dilakukan bagi mengusir baki kumpulan
bersenjata Sulu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa,
dalam satu kenyataan ringkas.




Jet pejuang pada awal pagi Selasa mulai terbang rendah melalui kumpulan
bersenjata yang mengepung kampung Tanduo sejak 9 Februari.




Letupan berterusan didengari apabila polis dan tentera mengambil langkah
menentang lelaki bersenjata yang dilaporkan membuat tembakan kembali.




Keadaan di sekitar Tanjung Labian, kira-kira 7 kilometer dari kampung
Tanduo di Felda Village 17 begitu tegang dengan lebih 300 penduduk kampung
berkumpul di balai raya yang mendengar letupan.




======================================================

Menurut laporan Manila Buletin Publishing Corporation (mb.com.ph), pengasas 
MNLF Nur Misuari mendakwa tentera Sulu ke Sabah selepas mendengar janji dari 
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut laporan bertarikh 21 Februari  2013 bertajuk "Don’t Harm Sultan’s Men, 
Nur Warns Malaysia", Misuari berkata, ketika beliau di Jolo, Sulu  beliau 
terdengar bahawa adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram telah 
merentas lautan kerana mereka telah dijanjikan untuk ditempatkan di Sabah.

http://www.ibnuhasyim.com/2013/03/bukti-umnodr-mnajib-sama-pengganas-ldatu.html

======================================================

The Sultan of Sulu Sultan Jamalul Kiram III has sent a letter to Malaysian 
Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak saying that his followers went “to 
Sabah to live in peace”.

The sultan’s spokesperson Abraham Idjirani told the Philippine Daily Inquirer 
on Saturday that the letter was sent four days ago.

“The letter said (the Sultan is) pledging to the government of Malaysia that 
the brother of the Sultan, Rajah Mudah Agbimuddin, will not take any violent 
step, except if they will be forced to fight against the military of Malaysia. 
But they will not make the first move,” Idjirani said.

“In fact, the order is to point the barrel of their arms to the ground as proof 
that there is truth to what they said that they came to Sabah to live in 
peace,” he added.

Idjirani also told the Philippine Inquirer that the Kiram family had sent a 
letter to the United Nations Commission on Human Rights asking it to look into 
the reported food blockade implemented by Malaysia against Agbimuddin and his 
followers.

http://news.abnxcess.com/2013/02/sultan-of-sulu-sends-letter-to-najib-saying-his-followers-went-to-sabah-to-live-in-peace/

======================================================

Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia

MANILA, Philippines --- Moro National Liberation Front (MNLF) founding Chairman 
Nur Misuari yesterday appealed to Malaysia to settle the Sabah standoff 
peacefully and warned that his group will come to the aid of Sultan Jamalul 
Kiram III’s followers if blood spills.

“I hope they will not harm them. They (Kiram’s followers) are our brothers.

If one drop of their blood is spilled, we might be forced to come to their 
aid,” Misuari said.

“Please don’t touch them, give them a friendly and brotherly treatment,” 
Misuari appealed.

Misuari was in Zamboanga City yesterday for the MNLF leadership meeting, which 
he said was attended by some 2,000 leaders from across Mindanao to discuss 
various issues facing the Bangsamoro people.

When he was in Jolo, Sulu, over the week, Misuari said that what he heard was 
that the group of the Crown Prince Rajah Muda Agbimuddin Kiram, younger brother 
of Kiram, crossed the sea to the island because they were allegedly promised to 
be settled in Sabah by Prime Minister Dato Seri Haji Mohammad Najib bin Tun 
Haji Addul Razak.

Misuari appealed to the prime minister to exercise prudence in dealing with the 
people of the sultan.

“This should be handled by cooler heads,” he said, adding it would also be good 
to await the coming election in April in Malaysia to see who will be the new 
prime minister.

Misuari also said the group of Rajah Muda could have gone to Sabah to show 
their impatient over their claim.


http://mb.com.ph/articles/394999/don-t-harm-sultan-s-men-nur-warns-malaysia#.UTQfQTfuzaE

======================================================

======================================================

======================================================

======================================================

======================================================

======================================================



[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke