Salam

[13.11] Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari 
hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu 
bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada 
pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka 
sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum 
bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang 
dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun 
yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. 



DR MAZA - Tak boleh Kritik Pemerintah?


http://www.youtube.com/watch?v=GcWnhcUCkj4


DR MAZA - LEBIH 50TH ISLAM DI M'SIA..MAKIN LAMA MAKIN KELIRU..LAGI LAMA LAGI 
CELARU.. 


http://www.youtube.com/watch?v=Bv5MC0-sg8k


DR MAZA - FORUM RAKYAT - MENGAPA MUFTI BANYAK YG DIAM

[7.175] Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang 
yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. 
kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh 
Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat. 

[7.176] Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan 
(sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada 
dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika 
engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau 
membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah 
bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah 
kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. 

[62.5] (Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat 
tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan 
orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan 
melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan 
tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela 
Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh 
bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), 
Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim. 




http://www.youtube.com/watch?v=rDE7Jt9uyE8

WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri

http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/attachments/folder/0/list

==================================================================================================
>From : http://www.malaysiakini.com/news/224588

Bekas OCPD: Tukar k'jaan, pulihkan wibawa polis
        * Ahmad Fadli KC
        * 9:17AM Mac 22 2013   
Kerajaan sedia ada perlu ditukar jika rakyat benar-benar serius mahu 
mengembalikan kewibawaan pasukan polis, kata seorang bekas pegawai kanan polis, 
malam tadi.


Mantan ketua polis daerah Kota Kinabalu, 
Sabah Mohd Yousoff Babjee berkata, pasukan polis kini menerima terlalu 
banyak campur tangan politik sehingga mengganggu tugas-tugas mereka.


"Untuk memulihkannya saya rasa kita tukarlah kerajaan. Saya rasa jangan (ada) 
masuk campur tangan politik (dalam polis).


"Kalau campur tangan politik jadi susah kita nak laksanakan (tugas). 
(Ada arahan) Orang ini boleh tangkap, orang ini tak boleh tangkap. Orang
 ini boleh tuduh, orang ini tak boleh tuduh," kata dalam forum "Bicara 
Kedaulatan dan Keselamatan Negara" di Kuala Lumpur malam tadi.


Forum
 melibatkan 700 peserta itu dimudah cara oleh Pengarah Strategi PKR 
Rafizi Ramli dan dianjurkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida 
Kamaruddin.


Sementara itu, beliau turut menyatakan rasa kesalnya
 dengan pasukan polis yang kini dilihat bersikap pilih kasih dalam 
menjalankan tanggung jawab mereka.


'Kenapa bacul bertindak?'


Menurutnya, polis dilengkapi latihan secukupnya namun menjadi bacul 
kerana "menerima arahan" sehingga gagal bertindak terhadap keganasan 
pada ceramah politik dan serangan terhadap ibu pejabat parti politik.


"Saya tertanya-tanya kenapa polis tidak bertindak. Siapa yang bagi 
arahan? Ini satu perkara yang tidak adil, dan pasukan polis terbawa-bawa
 (kepatuhan menerima arahan) seperti pejabat PKR yang dibaling batu, 
telur dan sebagainya.


"Balai polis sebelah sahaja (tetapi) saya 
malulah (mereka tidak bertindak). Mesti ada satu arahan kalau tidak 
mereka tak akan begitu. Mereka ini ada latihan dan ada pelajaran.


"Kenapa boleh jadi sedemikian sehingga mereka ini bacul hendak ambil tindakan?" 
katanya.


Menurutnya lagi, keberkesanan polis membanteras jenayah juga sepatutnya
 diukur daripada persepsi orang ramai terhadap tahap keselamatan mereka,
 dan bukan berdasarkan statistik yang dikeluarkan kerajaan.


"Kejayaannya (pengurangan kadar jenayah) sepatutnya dirasai masyarakat 
sendiri sama ada kita , anak-anak kita dan keluarga kita berasa selamat 
atau pun tidak.


"Kalau kita ada perasaan selamat, barulah polis itu berjaya, bukan polis yang 
cakap," katanya.


Dua hari lalu, Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) 
Jabatan Perdana Menteri dalam laporannya mengumumkan kadar jenayah 
berjaya diturunkan sebanyak 27 peratus dalam masa tiga tahun Program 
Transformasi Kerajaan (GTP) dilaksanakan.


'Tentang Komunis, bawa batalion ke Namibia'


Laporan sama juga menyatakan persepsi pengurangan jenayah semakin meningkat 
walau pun sesetengah rakyat mendakwa sebaliknya.


Menurut Yousoff, perasaan selamat masyarakat terhadap persekitaran 
mereka sebenarnya tidak banyak berubah di antara dahulu dan sekarang.


Sebaliknya, masyarakat kini kurang yakin dengan keupayaan polis mengurangkan 
kadar jenayah.


"Perasaan selamat dahulu dan sekarang tak banyak beza.


"Hanya kepercayaan terhadap polis (yang berbeza), sama ada kita yakin 
(terhadap) mereka atau pun tidak," katanya.


Seorang lagi ahli panel, mantan timbalan panglima angkatan tentera, 
Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghaffir Abdul Hamid membidas kenyataan 
pihak yang mempertikai kritikan beliau terhadap cara kerajaan menangani 
pencerobohan Lahad Datu.


"Semasa saya menjadi pegawai pemerintah, saya berkhidmat menentang pengganas 
komunis di kawasan hutan Perak.


"Paling istimewa sekali, saya membawa satu batalion tentera ke 
Namibia," kata Ghaffir merujuk kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri 
Ahmad Zahid Hamidi yang dilapor menolak kritikannya atas alasan beliau 
sendiri tiada pengalaman berperang.


Ghaffir sebelum ini berkata pencerobohan Sulu boleh ditamatkan lebih awal jika 
terdapat arahan jelas dari kerajaan.

==================================================================================================
>From : 
>http://banihashim.blogspot.com/2011/09/wikileaks-spr-pernah-keluarkan-60000-ic.html

Wikileaks: SPR pernah keluarkan 60,000 IC palsu

Kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan, bekas pengerusi 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman 
mengakui pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada 
pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno.

Kabel yang dimuat naik di portalWikileaks memetik bekas ketua NGO pemantau 
pilihan raya Mafrel Malek Husin sebagai mendakwa Rashid (kiri) mengakui perkara 
itu dalam pertemuan peribadi di rumahnya pada 25 Oktober, 2006.
Dalam kabel yang ditandakan sulit itu, Malek dilaporkan memberitahu pegawai 
Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid mengesahkan Umno 
melancarkan kempen 'kotor' sekitar 90-an untuk merampas Sabah - yang 
dikuasai PBS, ketika itu pembangkang, pada 1994.


"Sepanjang dekad berkenaan, Umno memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan 
Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing (kebanyakan 
beragama Islam dari Indonesia dan Mindanao di Filipina) di Sabah, 
sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya negeri.


"Menurut Husin, Rashid 'mengakui secara peribadi mengeluarkan lebih daripada 
60,000 kad pengenalan palsu di Sabah' bagi membantu Umno menguasai 
politik di sana," kabel itu dipetik.


Kewarganegaraan 'segera' dan hak mengundi untuk pendatang tanpa izin telah lama 
menjadi isu di Sabah, dengan pemimpin tempatan, sama ada dalam atau luar BN 
berulang kali menuntut penyelesaian daripada kerajaan persekutuan.


Bagaimanapun, tidak apa yang dilakukan berhubung tuntutan berkenaan.


Keadaan didakwa semakin parah pada tahun 1990-an, dengan kesalahan diletakkan 
di bahu perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad kerana 
didakwa melancarkan apa yang dikenali sebagai 'Projek IC'. 


Ia operasi haram yang didakwa membabitkan Jabatan Pendaftaran Negara, 
agensi kerajaan berkaitan dan ejennya dengan tujuan meningkatkan undi 
Umno dan BN.


Pada pilihan raya negeri 1994, PBS - yang menguasai Sabah sebagai negeri 
pembangkang sejak tahun 1985 - mendapati majoritinya di Dewan Undangan 
Negeri (DUN) merosot mendadak.


Walaupun PBS akhirnya tumbang rentetan beberapa pembelotan kepada BN, ramai 
menyalahkan 'Projek IC' sebagai punca kejayaan BN menerajui Sabah 
semula.

==================================================================================================
>From : 
>http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2013/02/how-nation-is-sold-by-mahathir.html


HOW THE NATION IS SOLD BY MAHATHIR ! 


By: Nash Ar-Rawy  
Citizenship is not a game to be played with as a mockery by the 
politicians , National Leadership and government servants such the 
Immigration Department, NRD  “ PDRM “ , “ SPRM” and EC.  Because it 
involves the future of the country and national security. But Mahathir 
had sold out Malaysia just to win the General Election in Sabah . He had also 
humiliated the Chinese and Indians in this country when he argued 
about the citizenship given by Tunku to the British Subjects in 
Malaysia.
As a matter a fact, many old Chinese who came here until now were not 
given the Blue IC’s and many Indians who were born here are “ nationless “ . 
But, on the other hand;  foreigners such as Bangla, Indon, 
Filipinos, Pakistani and Mynmars were given the Blue IC’s by NRD and 
listed as votes in the ELECTORAL ROLL by EC! . The act of treason by 
Mahathir of the BLUE IC’s SCANDALS in a syndicate collaborations of : 
Mahathir ( now with Najib) – NRD and EC and the key person in NRD is Wan Ahmad 
b. Wan Omar ; who was the traitor of BLUE IC’s syndicate since 
1999 being the Sabah EC Director and now still in office as the Deputy 
EC Malaysia Director . How come a traitor of the nation is still in 
office?
How did Mahathir sold the nation with the NRD and EC Collaborations:
Phase 1 :  G17( Group 17 ) BLUE IC’s Projects : 1990-1992
        1. Leader: Ex Sabah NRD Chief : Abdul Rauf Sani ( 1990-1092)
        2. G17 Blue IC’s syndicate members:
2.1     . NRD officers: Kee Dzulkifly Kee Abdul Jalil, Yakub Damsah, Asli Sidup.
2.2     Politician: Political Sec.of Mahathir at that time: Aziz Shamsuddin.
2.3     Duration: Since 1990
MODUS OPERANDI: RCI FINDINGS
        1. Sabah NRD officers processed between 40,000 to 100,00 BLUE IC’s for 
foreigners; particulars and IC’s at that time were processed by hand.
        2. Afer the particulars were written in the respective cards according 
to the forms supplied to the respective officers; it’s being sent to NRD HQ at 
Petaling Jaya to be laminated prior to sending it to Kota 
Kinabalu.
        3. The respective officers told that they never argued on the 
application forms and how they received it , and only filled up the 
forms for the BLUE IC’s purpose.
        4. They claimed operation operated from Tan Sri Aziz Shamsuddin’s 
residence  at Kpg Pandan. Asli Sidup described the activities as “ Extra 
Ordinary Practice “.
        5. Another officer, Khee Dzulkifly Khee Abdul Jalil described the 
operation as “ G17 “ ( Group 17 ) said: they also issued about 200,000 
BIRTH CERTIFICATES to the immigrants.
        6. These documents are essential  for the application of BLUE IC’s 
follow-up. It’s called G17 because it involved 17 members.
        7. The Operation Chief, abdul Rauf Sani confirmed that about the info ( 
above ) but denied using the name “ G 17” he claimed acted on his own.
        8. All the known personalities were later detained under the ISA for at 
least 2 years.
        9. Only one i.e. Abdul Rauf, was detained under ISA for 2 months, 
followed by a house limitation detained for 5 months.
        10. Abdul Rauf now is he Chief Executive Officer of Totalisator Board 
of Malaysia under the Ministry Of Finance.

PHASE 2 : BLUE IC’s SYNDICATE: OPS DURIAN BURUK SINCE 1993

        1. Leader: Operation Chief: Ramli Kamaruddin ( 1993-1995)
        2. Syndicate Members:
2.1. Ex Sabah NRD Chief: Ramli Kamaruddin ( 1993-1995 )
2.2. Ex Sabah NRD Deputy Chief Director: Mohd Nasir Sugip
2.3. Asli Sidu  NRD Officer also a member of G17
2.4. Ex Sabah EC: WAN AHMAD WAN OMAR ( The Current   Deputy Director Of EC 
Malaysia still )
2.5. Ex Sabah CM : Osu Sukam.
2.6. Ex Deputy Minister Of Home Affairs: Megat Junid Megat Ayub.
3.DURATION: Since 1993

MODUS OPERANDI : RCI FINDINGS

        1. Sabah EC gave electorates info to Sabah NRD. All info were taken 
inclusive of names, I.C. No. of registered voters who never voted or 
died.
        2. NRD issued IC RECEIPTS to foreigners using these info ( above ) 
implaced the  foreigners as legal and registered voters in order to vote as the 
original voters! ) .
        3. According to the Election Regulations; these TEMPORARY RECEIPTS 
issued prior to issuing of the Blue Ic’s are good enough to ALLOW ANY 
INDIVIDUAL TO VOTE . In this case involving FOREIGNERS!
        4. “ PANTOM VOTERS” were implaced in areas difficult for UBN to win 
according to the RCI witnesses.
        5. The Operation Chief, Ramli Kamaruddin clarified that; he implemented 
these projects after he received the DIRECTION in a meeting with the EX DEPUTY 
HOME MINISTER, Megat Junid Megat Ayub at HYATT HOTEL, KOTA 
KINABALU.
        6. Also presence at the meeting was Asli Sidup. NRD Officer and OSU 
SUKAM who was later became the Sabah CM in the year 1999 ( A SUCCESS OF 
MAHATHIR SELLING OFF THE NATION FOR GE PSEUDO VICTORY! ).

ACTION NOW DEMANDED BY THE RAKYAT!
The current Deputy EC Malaysia,( WAN AHMAD WAN OMAR )  must RESIGN 
effective immediately or must be suspended for good; for the sake of the nation 
safety and security; for he’s  the man involved in EC scandals 
with NRD initiated by Megat Junid and Aziz Shamsuddin with Mahathir as 
the MASTER MIND as admitted by him himself!  .The well known veteran 
devil TRAITOR OF THE NATION . Why he’s not send to ISA! Or awaiting to 
become as Suharto ! or Mubarak!
And how the nation was sold with: 138,000 of ‘ PANTOM VOTERS “ 
unidentified locality but allowed by EC Selangor; just for the reason 
that their names have been registered as voters . And Lajim 
parliamentarian of Sabah said: 40,000 of Sabahans were sent by EC as 
voters in Selangor! 80% are foreigners; Filipinos and Indonesia. And PM 
of Bangladesh once said many Bangla were given BLUE IC’s by NRD and 
registered as voters in the ELECTORAL ROLL by EC ! ( the portal in the 
internet was deleted then ) .
If all these Mahathir( and Najib now ) –NRD- EC scandals has occurred in Sabah! 
Who could say no it won’t recur in Selangor , Penang, kedah, 
Terengganu and Kelantan with the same MODUS OPERANDI ! “SPRM” SUHAKAM 
must take up these treacherous matter with the Parliament and Agong  
LEGAL authorized to clean up the ELECTORAL ROLL immediately in order to 
avoid “ Arab Spring” !
SOURCE: RCI FINDINGS in harakah dated : 1-3 FEB 
2013.==================================================================================================

>From : 
>http://www.sinarharian.com.my/politik/tenaga-risikan-negara-diguna-bagi-tujuan-politik-dakwa-ghafir-1.139271

Tenaga risikan negara diguna bagi tujuan politik, dakwa Ghafir
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
13 Mac 2013  
 
Abdul Ghafir (tengah) menegaskan insiden Lahad Datu sepatutnya boleh dielakkan. 
 
 
Sabah diceroboh 
PETALING JAYA - Kegagalan agensi perisikan negara mengesan awal akan 
pencerobohan di Lahad Datu, Sabah adalah punca utama banyak nyawa telah 
terkorban dalam insiden berkenaan.



Menurut bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B), Datuk 
Abdul Ghafir Abdul Hamid, jika anggota perisikan 
menumpukan kepada usaha mengesan lebih awal akan kemasukan penceroboh 
dari negara luar, maka insiden di Lahad Datu dapat dielakkan.



"Apa yang saya hendak tekankan perisikan tak berfungsi sehinggakan mereka yang 
masuk ini tidak dapat kita ketahui.



"Keupayaan mereka dari segi perisikan luar negara, badan dan aset 
mereka digunakan bagi tujuan operasi politik," dakwa beliau pada sidang 
media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.


Malah dakwanya anggota perisikan negara seolah-olah sudah "hilang 
kepakaran dan aset" untuk menjalankan kerja-kerja perisikan bagi menjaga 
benteng pertahanan negara.



Beliau meminta seluruh rakyat Malaysia menggesa kerajaan agar memohon 
maaf atas kegagalan menangani insiden di Lahad Datu sebelum keadaan 
menjadi parah dan membawa banyak kematian anggota keselamatan.


"Apa yang berlaku setelah 23 hari, lebih kurang, barulah kita hendak 
bertindak," katanya.



Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendesak kerajaan untuk 
memastikan waris kepada wira negara yang telah terkorban diberikan 
jaminan pendidikan, perumahan dan pelan insurans kesihatan sebagai 
mengenang jasa ketua keluarga mereka yang telah terkorban.



"Untuk maksud ini saya menggesa rakyat Malaysia untuk bersatu atas 
prinsip dan pendirian yang jelas demi kemakmuran dan keselamatan rakyat 
Malaysia," ujar beliau.



Menurut Azmin, pihaknya turut dapat mengesan isu keselamatan di Lahad 
Datu dan Semporna ini cuba dialihkan kerana kegagalan kerajaan 
menanganinya.



Sementara, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sekali lagi mengulangi 
gesaan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan 
sidang tergempar Parlimen bagi membincangkan isu keselamatan negara dan 
seterusnya mencari jalan penyelesaian untuk jangka masa panjang.


Dalam perkembangan terbaru, polis membuka dua kertas siasatan berhubung insiden 
pencerobohan di Lahad Datu.



Pihak polis sudah pun berbincang dengan Peguam Negara bagi menentukan 
tindakan berdasarkan undang-undang yang akan dikenakan kepada mereka 
yang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan militan.



Malah polis juga difahamkan akan mengambil tindakan terhadap pihak yang 
memperlekeh dan mempersoal tindakan anggota keselamatan yang terkorban 
dan cedera dalam Op Daulat.



Bahkan mereka yang menyebar ulasan negatif mengenai tindakan pasukan 
keselamatan juga akan berhadapan tindakan undang-undang.
==================================================================================================

>From : 
>http://wargamarhaen.blogspot.com/2013/03/lahad-datu-musuh-menyusup-melalui.html

Lahad Datu: Musuh menyusup melalui Projek IC – Brig Jen (B) Hadi KUALA LUMPUR 6 
MAC: Kejayaan serangan ketenteraan terhadap penceroboh Sulu di Lahad Datu bukan 
penyelesaian penuh berikutan musuh negara 
sudahpun menyusup masuk ke negara ini melalui Projek IC Sabah.
Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab, berkata ‘musuh sebenar’ 
sudah diberi IC oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad secara 
leluasa.


“Sekarang
 mereka hendak buat apa? Kita hantar jet pejuang, pasukan tentera bom 
mereka. Tak semudah itu kerana orang-orang yang jadi musuh dibawa oleh 
Mahathir, diberi IC.


“Yang inilah yang jadi musuh sebenar, bukan mudah hendak kenal pasti 
mereka sekarang,” katanya ketika berucap pada Jelajah Merdeka Rakyat di 
Ampang Malam tadi.



Pengerusi Majlis Perundingan Keselamatan Tentera KEADILAN itu juga 
mempertikai penghantaran tentera ke Sabah dengan menaiki pesawat 
komersil, Air Asia.


“Pergerakan tentera pun naik Air Asia. Hendak bagi Tony Fernandez 
dapat duit? Komisyen? Mana pergi pesawat TUDM? Mana pesawat tentera?



“Atau spare part (alat ganti) tak ada? Enjin jet dijual? Sebenarnya, 
percayalah – terlalu banyak penyelewengan dan penipuan berlaku,” 
katanya, sinis.



Beliau
 juga mengulangi kekecewaannya berikutan pertahanan negara mudah bolos 
dan menyalahkan kegagalan risikan tentera yang mengikut telunjuk orang 
politik.



Hadi juga kesal kerana pimpinan negara lambat membuat keputusan hingga 
menyebabkan ramai anggota pasukan keselamatan terkorban.



“Perdana Menteri kelabu, (Datuk Seri) Zahid Hamidi kelabu, (Datuk Seri) 
Hishamuddin (Hussein) tak tau hendak buat apa.



“Saya malas sentuh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, IGP (Ketua 
Polis Negara). Saya pun dalam sistem yang sama dulu. Tapi, terlalu ramai
 yang lembap, tak tau buat keputusan,” katanya. 
==================================================================================================

>From : 
>http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rci-diberitahu-petugas-jpn-terima-rm1juta-kerana-benarkan-pendatang-mengundi/


RCI diberitahu petugas JPN terima RM1juta kerana benarkan pendatang mengundi
TERKINI  @ 05:50:50 PM 29-01-2013 
Oleh Boo Su-Lyn
January 29, 2013 
Penempatan pendatang berhampiran Kota Kinabalu20 Februari, 2012. — Gambar 
failKOTA KINABALU, 29 Jan —Bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) 
menjual 16,000 resit JPN dengan RM1juta, yang membenarkan pendatang 
mengundi di Sabah, Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) berkenaan 
pendatang haram diberitahu hari ini.



Pegawai polis cawangan khas (SB) DSP Badaruddin Ismail yang bekerja 
di Kelantan memberi keterangan hari ini Ramli Kamaruddin menjual setiap 
resit dengan harga RM250 setiap satu sekitar 1993 dan 1995 kepada 
pendatang haram dari Filipina, India, Pakistan dan negara-negara lain.


"Beliau (Ramli) beritahu dia melakukan perkara tersebut kerana wang," kata 
Badaruddin kepada RCI hari ini.


Badaruddin yang pernah menyoal siasat Ramli, menegaskan Ramli 
memberitahunya, beliau melakukan perkara tersebut untuk keuntungan 
peribadi tanpa menerima arahan daripada pihak atasan.


Ramli walau bagaimanapun, memberitahu RCI baru-baru ini, arwah Tan 
Sri Megat Junid Megat Ayub, bekas timbalan menteri dalam negeri telah 
memberi arahan kepadanya untuk mengeluarkan resit JPN, yang mempunyai 
nama dan nombor kad pengenalan sama dengan pengundi berdaftar, kepada 
pendatang.


Ramli telah memberitahu sejumlah 200 resit JPN dikeluarkan bagi lima 
atau enam kerusi dewan undangan negeri, dimana kerajaan merasakan sukar 
untuk menang, sebelum pilihan raya negeri 1994.

Pilihan raya negeri 1994 menyaksikan Parti Bersatu Sabah (PBS) menang 25 
daripada 48 kerusi dewan undangan negeri. 


Akan tetapi beberapa ahli dewan undangan negeri (Adun) PBS melompat 
menyertai Barisan Nasional (BN), tidak berapa lama selepas itu, 
menyebabkan kerajaan PBS jatuh.


Ramli berkata bahawa beliau telah menggunakan sejumlah daripada RM1 
juta untuk perkara-perkara peribadi dan memberikan baki kepada 
pegawainya dan untuk menganjurkan festival sukan di Pulau Pinang untuk 
pekerja bawahannya, menurut Badaruddin.


Pegawai SB itu menambah bahawa Ramli mengedarkan 14,000 resit JPN 
kalangan pekerja bawahan untuk dikeluarkan kepada pendatang, manakala 
2,000 resit peribadi dikeluarkan oleh Ramli kepada orang-orang tertentu.


Seorang lagi bekas pengarah JPN bernama Datuk Abdul Rauf Sani telah 
menjual 6,305 kepada pendatang Filipina dan Indonesia, termsuk kepada 
orang tempatan dengan RM167,300 kata ketua SB sabah Datuk Ibrahim 
Zakaria kepada RCI awal hari ini.


Ibrahim menambah, 94 orang termasuk 24 pegawai JPN ditahan di bawah 
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 1994 hingga 2000 kerana 
mengeluarkan kad pengenalan di Sabah secara haram.


"Tidak, dia (Rauf) tidak mengatakan dia bertindak atas arahan, tetapi dia 
bertindak sendiri," kata Ibrahim.


"Dari risikan yang saya kumpul, ia lebih kepada untuk mendapatkan 
ganjaran, keuntungan," kata Ibrahim, yang memakai sut hitam dan tali 
leher merah.


Ditanya jika Ibrahim percaya bahawa Rauf telah bertindak sendiri, 
Ibrahim berkata: "Beliau adalah orang pintar, berpendidikan luar negara, sangat 
komunikatif, mempunyai kedudukan dalam perkhidmatan kerajaan, 
saya terima apa yang beliau katakan sebagai kebenaran."


Rauf, bagaimanapun memberitahu RCI baru-baru ini kad pengenalan biru 
juga dikeluarkan untuk meningkatkan bilangan pengundi Islam di Sabah.


Beliau mengatakan sedar bahawa pendatang di Sabah telah diajar untuk 
mengundi dalam pilihan raya, jika tidak kad pengenalan mereka akan 
dibatalkan.


Bekas penolong pendaftar JPN Sabah Kee Dzulkifly Kee Abd Jalil 
memberi keterangan baru-baru ini 100,000 kad pengenalan biru telah 
diberikan kepada pendatang Filipina, Indonesia dan Pakistan di Sabah 
pada tahun 1993.


Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan perdana menteri paling lama 
berkhidmat dari 1981-2003, telah dituduh menerajui "Projek IC", di mana 
kewarganegaraan didakwa diberikan kepada pendatang sebagai ganti kepada 
undi mereka.


Akan tetapi bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh, yang 
mentadbir negeri dari 1976 ke 1985, menafikan kewujudan "Projek IC" 
tersebut.


Dr Mahathir memberitahu sidang media baru-baru ini pendatang asing di Sabah 
memang menerima kerakyatan, tetapi menegaskan ianya "mengikut 
undang-undang".


Inkuiri dihadapan bekas ketua hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip 
Kiong akan bersambung esok.
==================================================================================================

>From :
==================================================================================================

>From :

==================================================================================================

>From : 
>http://tranungkite.wordpress.com/2007/11/23/sejarah-buktikan-umno-pengkhianat-bangsa/

Sejarah buktikan UMNO “Pengkhianat Bangsa”



Oleh al-bakistani / greenboc



Berikut ialah koleksi video klip yang mendedahkan pembohongan parti UMNO selama 
ini. Ia dapat di lihat di dalam siri video klip ini dimana terbukti 
pejuang kemerdekaan yang sebenarnya bukan UMNO yang pada masa itu 
slogannya ialah “Hidup Melayu” tetapi PKMM, MDU dan lain-lain di dalam 
PUTERA-AMCJA dengan pemimpin-pemimpin mereka seperti Mokhtaruddin Lasso, Ahmad 
Boestaman, Dr Burhanuddin al-Helmi, Ishak Haji Mohammad (Pak 
Sako), Lim Kean Chye dan lain-lain berslogankan “Merdeka”.



UMNO 
sebenarnya adalah BARUA British, yang telah menangkap dan menekan 
perjuangan rakyat. Ramai yang merengkok di alam penjara dan ramai juga 
yang telah dibuang negeri. Ikutilah kisah menyayat hati tentang 
pembohongan UMNO yang telah merampas “panji kemerdekaan” dan dengan 
angkuh memadam sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan untuk mendabik 
dada tanpa segan silu kononnya UMNOlah pejuang kemedekaan Tanah Melayu.

==================================================================================================

>From :
==================================================================================================

>From :
==================================================================================================

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke