Salam

[78.9] Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat...

Kerajaan BN sudah 55 tahun memerintah - sudah keletihan tenaga, semangat, buah 
fikiran, dan keikhlasan untuk berkhidmat kepada rakyat....

Wajarlah kerajaan BN berehat seketika supaya mereka dapat mengumpulkan kembali 
tenaga, semangat, buah fikiran dan keikhlasan untuk kembali memerintah Malaysia 
suatu hari nanti..

GENERAL SAFETY - "TAKE TWO"

http://www.toolboxtopics.com/Gen%20Industry/Take%20Two.htm


Take Two means taking two minutes to think through a job 
before you start it, so you can make sure you work as safely as 
possible. Before you begin any task, take two minutes to:

T = Think
A = Ask
K = Know
E = Execute
That's all it takes two minutes. 

http://coastalflix.training.dupont.com/DUP017-STR-ENG%28Streams%29/ST%28Short%29/en-US/ProductDetails_US/Take-training.aspx




The Dangers of Driving Tired 
 
October 29, 2004
  
 
The stark dangers of driving tired were highlighted in new research published 
earlier in the month by [UK] Road Safety Minister David Jamieson.
 
The research on selected motorways and trunk roads [in Britain] shows that:
        * 17% of road crashes resulting in any injury or death were sleep 
related; **
        * One quarter of all road crashes that caused death or serious injury 
were sleep related; **
        * 85% of drivers causing sleep related crashes were men;
        * 67% of sleep related crashes were caused by car drivers and 32% were 
caused by drivers of good vehicles;
        * While road crashes occur mostly on Fridays, these sleep related 
crashes occurred least on Fridays and mostly on 
Mondays.http://driveandstayalive.com/info%20section/news/individual%20news%20articles/x_041029_dangers-of-driving-tired.htm


WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri

http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/

=====================================================================================


----- Forwarded Message -----
From: roslan mohd <mohros...@gmail.com>





 

....renungan...kata-kata Dr. Azmi Baharom (UM - Fakulti Undang-undang) 
kata-->(JPG attachment)....kena rehat supaya dapat dipulihkan....

===========================================================================
>From : http://www.selatanonline.net/modules.php?name=News&file=article&sid=3731




 Setelah lama berdiam diri, bekas defakto Menteri Kehakiman, Datuk Zaid Ibrahim 
menulis dan meminta orang Melayu mengundi Pakatan Rakyat 
dalam   pilihan raya kali ini.

"Kepada mereka (orang Melayu), saya cadangkan, inilah peluang anda untuk 
mendapat kerajaan baru.

"Kerajaan baru akan membolehkan anda membuat perbandingan antara yang ada 
sekarang dengan yang baru," tulis Zaid dalam blognya.

Menurut Zaid, rakyat telah diberitahu dari masa ke semasa bahawa hanya Umno dan 
BN boleh memerintah dan melindungi mereka.

"Adalah lebih baik anda sendiri mengesahkan perkara ini. Macamana kita 
 tahu Pakatan akan terlebih buruk dari Umno kalau kita tidak bagi mereka
  peluang?" kata Zaid.

Bagi Zaid, rakyat negara ini khasnya orang Melayu tidak patut membiarkan mereka 
dibuli sentiasa.

"Parti pembangkang yang ada sebenarnya mempunyai Melayu lebih ramai  
berbanding BN, jadi mereka tidak akan menyusahkan anda," katanya.

Katanya, mereka (Pakatan Rakyat) telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dan 
layak diberikan peluang.

"Apa yang pasti, anda akan mendapat sekolah yang lebih baik, guru yang 
 lebih baik untuk anak anda (kerana mereka lebih memberikan masa untuk  
mengajar dari berpolitik) dan juga suasana yang lebih selamat dari polis
  dan tentera.

"Hatta, pendapatan anda akan meningkat dari kerajaan yang dipimpin oleh mereka 
yang kurang rasuahnya," jelas Zaid lagi.

Zaid juga berkata, rakyat tidak akan rugi apa-apa dengan mengundi pembangkang.

"Jika pembangkang lebih kuat dengan undi anda tetapi BN tetap menang,  
anda akan mendapat lebih banyak wang tunai yang akan diberi sebagaimana 
 yang mereka janji.

"Wang dan projek hanya diberikan kepada 
anda kerana pembangkang kuat,  jika pembangkang lemah, tentu anda tidak 
akan mendapat BR1M 1 dan 2.

"Adalah jelas, jika anda mahukan 
lebih dari BN, anda undi pembangkang.  Belajarlah menghargai undi anda 
untuk memperbaiki hidup anda," tegas  Zaid.  
Posted on Saturday, April 06 @ 16:00:00 MYT by ahmadi 
 

===========================================================================
>From : 
>http://www.facebook.com/notes/abu-basyer/kenapa-pakatan-rakyat-perlu-menguasai-putrajaya/10150787514086040


Kenapa Pakatan Rakyat Perlu Menguasai Putrajaya?
by Abu Basyer (Notes) on Thursday, February 9, 2012 at 5:49pmAssalamualaikum 
Warahmatullahi Wabarakatuh
 
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat  
junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan  
pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
 
Sahabat yang dirahmati Allah,
Kehidupan di dunia ini umpama roda. Adakalanya seseorang itu berada di atas dan 
 pada masa yang lain dia berada pula dibawah. Di dalam sejarah dunia dan 
tamadun manusia kita akan bertemu pertukaran golongan/dinasti yang  
memegang tampuk pemerentahan. Pertukaran ataupun silih berganti ketua  
negara adalah perkara biasa dan lumrah alam. Begitu juga dalam kerajaan  
khalifah Islam selepas Khulafa ar-Rasyidin kerajaan Islam ditakbir oleh 
Kerajaan Bani Umayyah, Bani Abbasiyah, Fatimiah dan Uthmaniyah.
 
Kenapa berlaku pertukaran kerajaan sedangkan kerajaan sebelumnya 
berpengalaman  dan telah banyak melakukan pembangunan fizikal dan 
membantu rakyat?
 
Sebenarnya  jika di kaji sejarah setiap 
peralihan kuasa daripada satu kerajaan  kepada kerajaan yang lain 
puncanya adalah kerana pemerentah yang lama  banyak pelakukan 
penyelewengan dalam pemerentahan seperti rasuah,  mengutamakan ahli 
keluarga dan kroni, projek-projek kerajaan  diagih-agihkan kepada 
puak-puak mereka sahaja, hak dan keperluan rakyat  diabaikan. Pemimpin 
negara ketika itu hanya berseronok di istana-istana  mewah dan 
menghabiskan harta negara untuk perkara-perkara kurang  bermanfaat. 
Akibat daripada kelemahan inilah pihak pembangkang daripada  
bani/dinasti yang lain akan berusaha keras mengumpulkan  
pengikut-pengikutnya dan menjatuhkan kerajaan yang lama.
 
Di abad ke 21 kita boleh saksikan kerajaan-kerajaan demokrasi di dunia  
telah berlaku pertukaran kuasa  iaitu parti pemerentah yang telah  
memerintah puluhan tahun dapat dikalahkan dalam pilihanraya dan parti  
pembangkan pula mengambil alih kuasa. Contohnya di India Parti Kongres  
begitu lama memerentah negara India tetapi akhirnya parti tersebut jatuh dan 
digantikan oleh parti pembangkang. Di Amerika, Britain, Filipina,  Thailand dan 
negara-negara Eropah sering bertukar tangan dengan parti  
pembangkang apabila tewas dalam pilihan raya umum mereka.
 
Dalam tahun 2010 suatu perubahan telah berlaku di Timur Tengah bagaimana   
rakyat yang telah lama ditindas oleh pemerentah yang zalim, yang mengaut 
keuntungan hasil negara untuk kepentingan ahli keluarga pemerentah dan 
kuncu-kuncunya telah bangkit mempertahankan hak mereka dan meminta hak 
memerintah negara di serahkan  kepada rakyat seperti berlaku di 
Tunisia,  Mesir, Libya, Yaman dan yang masih dalam proses kebangkitan 
rakyat  adalah di Syria.
 
Dunia telah menyaksikan bagaimana Jemaah Islam Ikhwan Muslimin melalui
Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mencapai kemenangan besar dengan meraih  
47.18 peratus undi berjaya memenangi pilihan raya bebas di Mesir dan  
telah menguasai Parlimen Mesir.
 
Firman Allah SWT  
maksudnya : "Katakanlah (wahai Muhammad) : 'Wahai Tuhan yang mempunyai  
kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada  
sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa  
pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang  
memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina  
sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya  
segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu  
'." (Surah Ali-Imran ayat 26)
 
Sahabat yang dimuliakan,
Dalam realiti di Malaysia, berdasarkan fakta sejarah dan perkembangan semasa 
berkemugkinan besar Pakatan Rakyat akan berjaya mengalahkan Barisan  
Nasional yang telah berkuasa memerentah selama 54 tahun (bermula Parti  
Perikatan dan digantikan dengan  Barisan National) dalam PRU 13.
 
Mengikut data-data  pengundi  bermula PRU 1 hingga PRU 12, beberapa penganalisa 
bebas dapati bahawa dalam PRU 13 Pakatan Rakyat akan dapat menguasai  
banyak negeri-negeri di Semenanjung dan akan memperolehi majoriti mudah  dan 
mampu membentuk kerajaan dan menguasai Puterajaya.
 
PRU 12 sebenarnya memberi pukulan maut kepada Barisan Nasional kerana  
mengalami kekalahan yang paling teruk iaitu tidak mendapat majoriti 2/3  dan 
kehilangan 4 negeri dan tidak berjaya merampas kembali negeri  
Kelantan.
 
Pilihan raya negeri di Serawak baru-baru ini  
adalah satu petunjuk bahawa pengundi Cina tidak memberi sokongan kepada  
Barisan Nasional.  Sehinggakan Pakatan Rakyat dapat menambah kerusi  
Dewan Undangan Negeri, sebelum ini sukar diperolehi.
 
Analisa yang dibuat ini waalupun tidak 100% tepat tetapi terdapat kebenarannya 
yang boleh dipakai kerana kuasa penentu untuk PRU 13 adalah pengundi  
muda dan pengundi 'atas pagar'. Pengundi 'atas pagar' banyak bergantung  kepada 
isu-isu semasa yang di mainkan oleh kedua-dua parti (BN dan PR). Media 
alternatif memainkan perana penting untuk menjelaskan isu semasa kepada 
pengundi 'atas pagar' dan pengundi muda. Isu NFC (National  
Feedlot Centre) menjadi isu hangat yang sukar ditepis dengan mudah oleh  
Barisan National. 
 
Dalam  kajian yang 
dibuat pengundi Cina dan India majoriti akan berpihak  kepada Pakatan 
Rakyat dan pengundi muda juga majoriti akan menyokong  Pakatan Rakyat 
disebabkan pengundi muda tidak mudah dipengaruhi oleh  media pro 
kerajaan atau media letronik.
 
Salah satu  faktor yang 
tidak boleh disangkal oleh Barisan Nasional bahawa  negeri-negeri yang 
di kuasai oleh Pakatan Rakyat telah membuat banyak  perubahan daripada 
bantuan dan khidmat kepada rakyat hinggakan keperluan  asasi mereka 
diutamakan seperti rumah, bantuan kemiskinan dan hak  memiliki geran 
tanah. Projek-projek kebajikan seperti pemberian air  percuma, bantuan  
pengurusan kematian (skim usia emas) dan  bantuan-bantuan lain semuanya 
tidak pernah dibuat semasa pemerentahan  kerajaan yang terdahulu. Hasil 
negeri seperti balak dan pasir juga  bertambah perpuluh kali ganda 
daripada kerajaan sebelumnya, lapuran  audit negara memuji ketelusan 
pentadbiran dan peningkatan hasil  negeri-negeri dibawah Pakatan Rakyat, ini 
semua memberi saham yang  tinggai kepada Pakatan Rakyat untuk 
menambat hati rakyat jelata dan  mengekalkan momentum sokongan umum.
 
Sahabat yang dikasihi,
Faktor yang paling besar kenapa Pakatan Rakyat mampu menguasai Putrajaya  
adalah kerana rakyat yang dahagakan pemerentah yang telus, adil, tidak  
berlaku rasuah dan kekayaan negara dapat dikongsikan untuk semua rakyat. 
Terlalu banyak berlaku ketirisan wang negara hingga mencecah billion  
ringgit setahun , harga barang-barang keperluan asas dan minyak naik  
sedangkan Malaysia adalah salah satu pengeluar minyak dunia,  
pengangguran semakin meningkat (kurang peluang-peluang pekerjaan),  
rakyat di bebankan dengan perbelanjaan yang tinggi untuk mendapatkan  
pendidikan di IPTA dan IPTS, hutang negara mencecah ratusan billion  
bertambah setiap tahun (jika tidak dapat diatasi negara akan menuju  
muflis).
 
Beberapa perkara yang tidak di sukai oleh  rakyat adalah hak untuk berhimpun 
secara aman dikenakan dengan  syarat-sayarat yang ketat (menafikan hak rakyat 
yang dijamin oleh  perlembagaan 
negara), masih mengekalkan tahanan tanpa bicara, para  pelajar  tidak 
boleh bersuara kerana AUKU (akta universiti dan kolej),  sistem keadilan masih 
tidak mengikut standard antarabangsa (terdapat  pilih kasih dalam perbicaraan) 
dan tol-tol yang dikenakan kepada rakyat  sangat 
membebankan sebaliknya keuntungan daripada kutipan tol hanya  
mengkayakan syarikat-syarikat kroni sahaja.
 
Umat Islam  
yang prihatin terhadap Islam dan cinta kepada keadilan dan akhlak Islam  
merasai bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak serius menangani gejala  sosial 
hinggakan terdapat lebih 200,000 anak tidak sah taraf dan jumlah ini bertambah 
setiap hari. Ini adalah kerana Malaysia mendapat catar 
ke  10 di dunia negara yang suka berhibur. Penggalakkan pergaulan bebas 
di  antara lelaki dan wanita. Penagih dadah semakin bertambah dan kadar  
jenayah juga  semakin bertambah setiap hari, seolah-olah tidak ada 
jalan  untuk menghapuskannya.Displin para pelajar sekolah sangat 
membimbangkan  kes-kes pergaduhan dan ponteng sekolah, mengikut kajian 
bebas 80%  pelajar sekolah (menengah dan rendah) tidak melakukan solat, 
majoriti  mereka tidak solat kerana tidak tahu cara-cara solat yang 
betul . Ini  adalah kesan daripada kegagalan sistem pendidikan di 
sekolah-sekolah  kerajaan.
 
Kerajaan ada membina masjid dan sekolah agama  tetapi pada masa yang sama 
membiarkan kelab-kelab malam 
bercambah,  pergaulan bebas muda mudi, muzik dan hiburan diberi 
keutamaan,  kerja-kerja seperti ini umpama tangan kanan buat bangunan 
dan tangan  kiri pula meruntuhkannya. Kerajaan tidak serius untuk 
melaksanakan  hukum-hukum Allah seperti hudud dan qisas dan sentaiasa 
memberi alasan  bahawa masyarakat majmuk sedangkan usaha-usaha kearah 
memberi kesedaran ,  kefahaman dan tarbiah tidak dijalankan hinggakan 
umat Islam sendiri   menghina dan mempertikaikan hukum-hukum Allah SWT.
 
Gejala murtad menjadi perkara serius diberitakan melebihi 200,000 orang.  
Tetapi bukti yang jelas apabila terdapat puluhan ribu memohon untuk  
menukar agama daripada agama Islam kepada bukan Islam, sedangkan hukum  
murtad yang lebih tegas tidak diluluskan di Parlimen walaupun pihak  
pembangkang telah membuat beberapa cadangan hukum yang lebih tegas.
 
Rakyat dan umat Islam yang berada dinegeri-negeri yang diperintah oleh 
Pakatan  Rakyat dapat merasai bahawa masjid-masjid dan surau-surau 
banyak  mengadakan kuliah agama dan menyuburkan majis ilmu dan 
masjid-masjid  telah berfungsi di hidupkan dengan aktiviti-aktiviti ke 
Islaman dan  khidmat masyarakat, berbeza masjid-masjid yang berada di 
dalam  pemerentahan kerajaan Barisan Nasional kerana ramai usatz-ustaz 
tidak  diberikan tauliah untuk pengajar.
 
Sahabat yang dihormati,
Berjaya atau tidaknya Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya sebenarnya  
bergantung kepada ketentuan takdir daripada Allah SWT. Jika Allah SWT  
mengendaki Pakatan Rakyat menguasai Puterajaya pasti tidak siapa boleh  
menghalangnya. Contoh yang paling hampir  dalam PRU 12,  siapa sangka  
Pulau Pinang , Perak, Selangor dan Kedah berjaya ditawan oleh Pakatan  
Rakyat yang menjadi kubu kuat Barisan National? Dan ahli Parlimen  
Pakatan Rakyat berjumlah 40% daripada keselurauhan ahli Parlimen, tidak  
mustahil jika di izinkan Allah jumlah ahli Parlimen akan menjadi  
melebihi 50% pada PRU 13 dan mampu memerentah Malaysia walaupun dengan  
majoriti kecil.
 
Perkara yang paling penting untuk ke  
Puterajaya usaha-usaha gigih perlu berterusan samaada para pemimpin  
Pakatan Rakyat , penyokong dan ahli-ahlinya bekerja keras dan banyakkan  
mendekati rakyat dengan penuh hikmah.  Kempen yang perlu dijalankan  
perlulah bersih tidak perlu menggunakan bahasa yang kesat, menyerang  
peribadi parti lawan dan cuba gunakan pendekatan sopan dan menggunakan  
akhlak yang mulia. Jangan sampai niat hendak menang gerak-kerja Pakatan  Rakyat 
terbawa-bawa menggunakan  berita yang tidak sahih dan tidak ada  fakta dan 
bahan bukti.
 
Untuk umat Islam perkara yang  
cukup penting adalah doa dan solat hajat. Buatlah solat hajat sebanyak  
yang mungkin dan mohonlah kepada Allah SWT dengan hati yang khusyuk dan  ikhlas 
semoga doa-doa kalian di terima oleh Allah SWT. Carilah 
masa-masa  mustajab doa untuk menyatakan hajat kalian. Jika ditakdirkan 
doa kalian  diterima oleh Allah SWT pasti Pakatan Rakyat akan berjaya 
menduduki  Putrajaya , kerana Allah SWT akan memberi taufik dan 
hidayah-Nya  mengubah majoriti hati rakyat Malaysia untuk memilih 
Pakatan Rakyat  sebagai pemerentah yang menguasai Putrajaya.
 
Ayat Al-Quran yang menerangkan perkara ini ialah Firman Allah, Surah Yasin, 
ayat 82. yang maksudnya : “Hanya sesungguhnya keadaan Allah Taala,  
apabila mengkehendaki menjadikan ia akan sesuatu bahawa berkata Ia,  
baginya ‘Jadilah, maka jadilah ia.”
 
Majoriti rakyat  
menanti jika dengan izin Allah SWT Pakatan Rakyat berjaya menguasai  
Putrajaya, mereka perlulah  menunaikan janji-janjinya untuk berkhidmat  
pada rakyat dan membuat "overhall" terhadap sistem yang ada oleh  
pemerintah yang lama. Janji perlu dikotakan dan jika kalian menanamkan  
azam untuk membuat islah, pembaharuan dan memulihkan kerosakkan yang ada insya 
Allah , Allah SWT akan tunaikan hajat kalian semua.

===========================================================================
>From : 
>http://wargamarhaen.blogspot.com/2013/04/pru13-kenapa-anda-perlu-tolak-barisan_9.html


PRU13 : Kenapa anda perlu tolak Barisan Nasional 12 tahun berturut - berbelanja 
secara defisit
10 tahun berturut - gagal capai sasaran sendiri

perbelanjaan meningkat - 69 billion ( 1998 ) ke 204 billion ( 2010 )
berbelanja - 325 billion / 4 tahun

pendapatan minyak JIKA dibahagikan kepada rakyat RM 11,000 / seorang


===========================================================================
>From : 
>http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hutang-negara-dan-gdp-sama-menjelang-2019-jika-putrajaya-terus-boros-kata-pakar-ekonomi/


Hutang negara dan GDP sama menjelang 2019 jika Putrajaya terus boros, kata 
pakar ekonomi
Oleh Yow Hong Chieh
January 10, 2012 
KUALA LUMPUR, 10 Jan — Hutang Malaysia akan mencecah 100 peratus 
Keluaran dalam negara kasar (KDNK) menjelang 2019 sekiranya Putrajaya 
berterusan meminjam lebih daripada hasil pendapatan, kata pakar ekonomi.


Bekas pengarah ekskutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia 
(MIER)  Mohamad Ariff Abdul Kareem mengingatkan bahawa kadar perolehan 
pendapatan kerajaan pusat terlalu perlahan dan tidak mampu membayar 
pinjaman yang meningkat 53.1 peratus KDNK pada 2010.
Beliau berkata jumlah hutang ditanggung kerajaan tidak terlalu besar 
namun kadar pertumbuhan dalam beberapa tahun kebelakangan ini 
menimbulkan kebimbangan.
Nisbah hutang-KDNK meningkat dari 41.1 peratus pada 2008 kepada 53.1 
peratus pada 2010 manakala hutang kerajaan bertambah 14.6 peratus pada 
2008 dan 18.3 peratus pada 2010, jauh mengatasi pertumbuhan KDNK negara, tambah 
Mohamad Ariff.
“Jika tiada perancangan untuk mengubah trend ini dalam perbelanjaan 
dan hasil negara, hutang negara akan mencecah 100 peratus KDNK menjelang 2019.
“Sekiranya pertumbuhan hutang semakin laju, ini boleh berlaku tidak 
lama lagi,” katanya melalui emel kepada The Malaysian Insider.
Mohamad Ariff menjelaskan ketika kerajaan mengambil langkah 
rangsangan fiskal untuk menghadapi krises ekonomi dunia yang mana ia 
digunakan untuk pembangunan infrastruktur terdapat keperluan untuk 
mengurangkan perkhidmatan awam, yang menjadi asas pengurusan 
perbelanjaan Putrajaya.
Katanya perkhidmatan awam Malaysia - terbesar setiap kapita di Asia 
Pasifik mengikut OECD - meningkat dari 23.3 peratus pada 2007 operasi 
bajet kepada 33.1 peratus pada 2010, meningkat kepada 41.6 peratus pada 
2010 jika bayaran pencen dimasukkan.
Ini adalah beban kewangan utama kerajaan iaitu daripada kos 
berlebihan, pembaziran dan rasuah yang didedahkan setiap tahun oleh 
Ketua Audit Negara, kata seorang profesor dari Pusat Pendidikan Kewangan Islam 
Antarabangsa (INCEIF).
“Ia satu keperluan untuk kerajaan mengawal perbelanjaan yang mana ia 
termasuk mengurangkan perkhidmatan awam, membawa kerajaan untuk 
meningkatkan ketelusan dan tanggungjawab serta melaksanakan reformasi 
kutipan cukai untuk mendapat pendapatan,” kata Mohamad Ariff.
Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings Bhd Dr Yeah Kim Leng berkata 
Putrajaya perlu mempunyai “kemahuan politik” untuk melaksanakan Program 
Transformasi Kerajaan (GTP), yang bertujuan untuk menhentikan kenaikan 
defisit.
“Kita mesti melakukannya secara konsisten kerana (defisit fiskal) merupakan 
kelemahan utama ekonomi Malaysia,” katanya.
Yeah berkata Malaysia akan berada dalam kedudukan terbaik untuk 
mengurangkan defisit fiskal untuk jangka masa panjang jika Putrajaya 
kekal melaksanakan rancangan itu tetapi mengingatkan ia berdasarkan 
pertumbuhan tahunan KDNK antara lima hingga enam peratus.
Ini kerana mana-mana kelembapan ekonomi yang berlaku akan mendorong 
berlakunya potongan gaji dan kadar pengangguran lebih tinggi, yang akan 
memberikan impak negatif kepada hasil cukai, katanya.
“Terdapat satu hubungan antara pertumbuhan dan hasil kerajaan,” 
katanya menambah pengurangan setiap satu peratus dalam pertumbuhan KDNK, 
kutipan cukai akan menurun 0.8 petaus.
“Semasa perlahan kita boleh jangkakan defisit kewangan kerajaan sebenarnya 
besar.”
Beliau menambah bahawa kerajaan tidak mempunyai masa untuk 
mengukuhkan kedudukan fiskal sebagai pendapatan daripada sektor minyak 
dan gas, yang membantu meningkatkan jumlah pendapatan kerajaan kira-kira 40 
peratus, namun dijangka akan menurun dalam tempoh lima hingga 10 
tahun kerana hasil minyak Malaysia berkurangan.
===========================================================================
>From : http://beritasemasa.com/hutang-negara-malaysia-2011-luar


(Sumber : http://www.economist.com/content/global_debt_clock)
Kalau pada tahun 2004, hutang negara berada pada paras RM217 bilion. 
Walaubagaimnapun, baru-baru ini 
sehingga tempoh Jun 2011 sahaja, hutang negara Malaysia telah meningkat 2 kali 
ganda sehingga menyebabkan hutang kerajaan persekutuan mencecah 
RM437.2 bilion atau 52.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar 
(KDNK). Dalam perkataan mudahnya, pembentangan Bajet 2012 adalah 
merupakan bajet defisit. 
        * Jumlah hutang negara Malaysia : RM437.2 bilion (52.7 % daripada KDNK)
>       * Hutang dalam negara : RM421 bilion (96.3 % daripada keseluruhan 
> hutang negara)
>       * Hutang luar negara : RM16.2 bilion (3.7 % daripada keseluruhan hutang 
> negara)
Daripada mana datangnya sumber hutang dalam negara (pinjaman yang dibuat oleh 
kerajaan Malaysia)?
        * Terbitan Bil Perbendaharaan
>       * Terbitan Pelaburan Kerajaan Kerajaan (TPK)
>       * Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM)
>       * Pinjaman Kumpulan Pinjaman Perumahan
>       * Terbitan Sukuk Simpanan Rakyat serta Sukuk 1Malaysia.
Dan…..daripada mana datangnya pula sumber hutang dalam negara (sumber pasaran 
modal antarabangsa)?
        * Terbitan sukuk global dan pengeluaran pinjaman projek melalui 
institusi multilateral seperti Bank Dunia
>       * Bank Pembangunan Asia dan Bank Pembangunan Islam
>       * Bilateral dalam mata wang asing iaitu Dolar Amerika Syarikat, Yen, 
> Dolar Euro, Dolar Kanada serta Dinar

===========================================================================
>From : 
>http://dialograkyat.blogspot.com/2013/04/dap-beri-amaran-lambakan-hutang-dan.html


DAP beri amaran lambakan hutang dan rasuah BN bakal mufliskan Malaysia 
Roketkini.com


IPOH,: Malaysia bakal muflis jika kerajaan Barisan Nasional (BN) 
terus memerintah negara walaupun manifesto mereka dilihat meniru 
beberapa ciri daripada Manifesto Pakatan Rakyat yang diumum lebih awal.

Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Ngeh Koo Ham, berkata ini kerana
 tindakan gelojoh dan tidak bertanggungjawab Presiden BN, Datuk Seri 
Najib Razak menambah beban hutang negara yang kini mencatat rekod 
tertinggi dalam sejarah dan tambah merungsingkan apabila kerajaan BN 
sambil lewa membanteras amalan rasuah dan salah guna kuasa dalam 
pentadbiran mereka.

“Kita perlu selamatkan Malaysia daripada muflis. Dia (BN) menambah 
RM50 bilion hutang negara setiap tahun dan kini mencecah sekitar RM502 
bilion,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut  beliau, jika keadaan ini berterusan tanpa menangani rasuah 
dan salah guna kuasa dengan bijak, kemungkinan Malaysia akan muflis pada
 2019 bukan sesuatu yang mustahil.

“Pembayaran semula hutang negara adalah RM22.3 bilion setahun dan ia 
akan ambil masa 40 tahun untuk menyelesaikan semua hutang itu.

“RM22.3 bilion adalah kira-kira 12 peratus daripada pendapatan 
tahunan kerajaan. Kita dan generasi anak-anak kita yang teraniaya akibat
 hutang itu yang dibelenggu dengan gejala rasuah dan penyelewengan 
berleluasa,” jelas Ngeh.

Kebimbangan mengenai perkara itu juga pernah dizahirkan Menteri di 
Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala sendiri dua tahun lalu 
yang mendakwa Malaysia berhadapan dengan risiko muflis sekiranya 
kerajaan terus membelanjakan wang yang dipinjam untuk perbelanjaan 
operasi misalnya perbelanjaan untuk pemberian subsidi berbanding untuk 
pelaburan.



Sebelum
 ini pakar ekonomi pernah mempertikai kerajaan BN yang membelanjakan 
sejumlah besar subsidi sebanyak RM23.7 bilion untuk bahan api dan tenaga
 yang dibayar kepada syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP).

Ini tidak termasuk subsidi terhadap pengilang dan pengeluar makanan 
negara yang kebanyakannya dimonopoli individu tertentu. Tindakan ini 
menimbulkan persoalan mengapa rakyat terpaksa berhadapan dengan kenaikan
 harga keperluan asas yang tidak wajar.

Sambil mengingatkan rakyat negeri Perak pula khususnya, Ahli Parlimen
 Beruas itu berkata, BN juga punca kepada kelembapan ekonomi negeri itu 
setelah berlakunya rampasan kuasa pada 2009 lalu.

“Pada 2008 di bawah pentadbiran kerajaan PR Perak, kami berjaya 
mencatat pelaburan sebanyak RM3.2 bilion di mana ia adalah jumlah 
tertinggi pelaburan yang pernah direkod dalam sejarah Perak.

“Setelah berlaku rampasan kuasa BN yang dikepalai Najib, pelabur itu 
kemudiannya menangguhkan pelaburan mereka dan menunggu pilihan raya 
negeri yang baru tetapi malangnya tidak dijalankan,” katanya. – Roketkini.com


===========================================================================
>From : 
>http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/12/2/nation/10020914&sec=nation
Malaysia ranked 60th in Corruption Perception Index


PETALING JAYA: Malaysia took 60th spot in the Corruption Perception Index (CPI) 
this year, a drop of four places from last year.
The country scored 4.3 on the survey which gauges the perceived level of public 
sector corruption among 183 countries.
Malaysia is ranked third among Asean nations behind Singapore (9.3) and Brunei 
(6.3).
About two-thirds of the countries surveyed scored below five, Transparency 
International-Malaysia (TI-M) secretary-general Josie M. Fernandez said 
yesterday.
“Malaysia is among 60% of the countries surveyed who scored below five,” she 
said.
Fernandez said the TI-M Cor­ruption Barometer (CB) revea­­led that close to 
half 
of the 1,000 respondents believed the Malaysian Government was effective in its 
efforts to combat corruption.
The enforcement of corruption has increased, Fernandez said.
TI-M has forwarded eight recommendations to the Government, including 
amending the Official Secrets Act and enhancing the independence of the 
Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).
In an immediate response, the Performance Management and Delivery Unit 
(Pemandu) said it is pursuing issues related to corruption very seriously.
“This will include an entire transformation of the MACC,” Pemandu’s NKRA & NKEA 
director D. Ravindran said.
New Zealand took top spot in this year’s rankings with a score of 9.5, followed 
by Denmark and Finland (both at 9.4).
Countries with the highest perceived level of corruption are Somalia and North 
Korea (1.0) as well as Afghanistan and Myanmar (1.5).
===========================================================================
>From : 
>http://themalaysianreserve.com/main/index.php?option=com_content&id=1087:corruption-index-malaysias-ranking-keeps-sliding&Itemid=120


Corruption index: Malaysia’s ranking keeps sliding  
Thursday, 01 December 2011 23:57  Siti Radziah Hamzah  0 Comments       
Fernandez says although the decline for the last two years is marginal but the 
lack of improvement in Malaysia’s CPI ranking is a cause for concern 
(pic: Shiddieqiin Zon)
Malaysia’s Corruption Perceptions Index (CPI) has worsened for the 
third year running, sliding to 4.3 in 2011 from 4.4 recorded in 2010 and is 
significantly lower than the government’s benchmark of 4.9, 
according to Transparency International Malaysia (TI- M).

The country’s ranking also declined to 60 out of 183 countries this year from 
56 out of 178 countries in 2010.

“Although
 the CPI decline for the last two years is marginal (0.1 for 2010 and 
2011), the lack of improvement in Malaysia’s CPI ranking is a cause for 
concern. TI-M therefore reiterates our call to the government to show 
strong political will in the fight against corruption, notably ‘grand 
corruption’,” said TI-M’s secretary-general Josie M Fernandez in a 
statement yesterday.

New Zealand, Denmark and Finland were ranked
 the least corrupt nations in the world, while Somalia, North Korea and 
Myanmar were the most corrupt.

TI-M said Malaysia’s Corruption 
Barometer (CB) results were about the same as last year’s as 40% of the 
public perceived that corruption levels have stayed the same over the 
past three years and will remain the same for the next three years. It 
said police and political parties have been identified as the most 
corrupt institutions, with the police as the most frequent recipient of 
bribes in the past 12 months.

The CB is a measure of the public perception of corruption.

However,
 the percentage of respondents who had paid bribes has encouragingly 
plummeted from 9% in 2010 to 1.2% this year. In addition, almost 50% of 
the respondents continued to believe that the Malaysian government was 
effective in fighting corruption.

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke