Salam


Hadis dipetik dari Sahih Muslim:

Tiada seorang nabi pun yang Allah utuskan kepada satu-satu umat sebelumku,

melainkan ada di kalangan umatnya yang menjadi penyokong dan teman seperjuangan;

mereka mengambil sunnah perjalanan hidup nabi mereka,

dan
 mereka taatkan arahannya,

kemudian sesungguhnya akan menggantikan mereka pengganti-pengganti yang jahat;

mereka berkata apa yang mereka tidak buat,

dan mereka buat apa yang mereka tidak disuruh.

Maka barangsiapa yang berjihad melawan mereka dengan tangannya, maka dia 
benar-benar beriman...

Dan barangsiapa yang berjihad melawan mereka dengan lidah, maka dia beriman...

Dan barangsiapa yang berjihad melawan mereka dengan hati, maka dia juga beriman.

Dan tiada lagi iman (kalau tidak berjihad melawan mereka dengan hati) walaupun 
sebesar biji sawi.”


WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri

http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/


===================================================================================================


"I saw a lot of SPR YELLOW BAG hiding in a vacant shop at Metro Avenue in 
Kajang! This time is real! I saw by my own eye. This is a back door of the shop 
lot and there is a man is "watching" it!"



https://www.facebook.com/photo.php?fbid=589074127770243&set=a.202010136476646.53473.199689986708661&type=1

===================================================================================================

CERAMAH PASCA PRU 13 8 MEI 2013

[3.26] Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa 
pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang 
Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari
 sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang 
Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. 
Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau 
Maha Kuasa atas tiap-tiap
 sesuatu. 


http://www.youtube.com/watch?v=hNou-4vxXUY

===================================================================================================

Menuntut hak keadilan dalam perlembagaan negara terbukti
 menghampakan bagi calon parlimen Tapah, K
 Vasantha Kumar sewaktu di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Merdeka, Tapah .

Beliau telah ditolak
 keluar dari Pusat
 Penjumlahan Undi ituoleh sepasukan Tindakan Ringan Polis jam 11mlm Ahad.

Vasantha Kumar berkata, lapan anggota polis menolaknya keluar setelah beliau 
bertanyakan pegawai SPR mengenai keganjilan adanya undi bercampur dalam kotak 
undid an ketiadaan beberapa kotak peti undi .

Kotak –kotak peti undi yang hilang itu tidak sampai di Pusat Pengiraan waima 
jam sudah 11 mlm. Dikatakan , undian Pos telah dicampur dengan Undian Parlimen 
dan Dun dalam kotak undi bercampur.

“Saya meminta pengiraan semula kerana kertas undi Parlimen dan Dun telah 
bercampur dalam satu peti undi parlimen.

http://alhusseyn51.blogspot.com/2013/05/pakatan-rakyat-perak-sebenarnya-menang.html



===================================================================================================

Umar al-Khattab - "kita adalah kaum yang 
dimuliakan oleh Allah dengan islam. Maka sekalipun kita mcari kemuliaan 
selain dengan apa yang Allah muliakan pada kita, maka Allah akan mghina 
kita" 

Video - Dr Danial Zainal Abidin - Bangsa Melayu Atau Islam - 2

http://www.youtube.com/watch?v=yPpRAK8w7bU

===================================================================================================

From: "abdul-aziz_bin-oth...@non.agilent.com" 
<abdul-aziz_bin-oth...@non.agilent.com>
Subject: Politik dunia ketiga
 


 ·         Hishamuddin Rais
·         12:59PM Jun 12 2013   
Biar saya mulakan dengan tiga tuntutan rakyat yang kini telah menjadi asas 
Tuntutan Gerakan Anti Tipu 505.

Pertama: Tidak akan menerima keputusan PRU13.

Kedua: Menuntut ditubuh SPR baru.

Ketiga: Mengadakan pemilihan semula dikawasan berlaku penipuan.

Tiga tuntutan ini adalah tuntutan minima dari rakyat yang semakin marah kerana 
undi mereka telah ditipu. Kemarahan para pengundi ini sedang diterjemahkan 
dengan gerakan anak
 muda yang mahu turun ke jalan raya. Turun ke jalan raya ini adalah manifestasi
 bahawa para
 pengundi tidak mahu ditipu. Paling menjolok mata ialah kehadiran ratusan ribu 
anak anak muda di jalan raya - walau pun mereka mungkin belum mengundi - tetapi 
mereka tidak mahu menerima penipuan.

Ramainya orang turun ke jalan raya itu adalah bukti sahih bahawa penipuan telah 
berlaku. Jika penipuan tidak berlaku mustahil ratus ribu orang ramai akan turun 
ke jalan raya. Mereka yang turun ke jalan raya ini bukan diupah. Mereka bukan 
dibawa dengan bas. Mereka bukan pegawai kerajaan yang dipaksa datang. Mereka 
bukan murid sekolah yang dibawa oleh guru. Mereka bukan anak muda dari sekolah 
asrama penuh. Mereka tidak dibekalkan dengan nasi bungkus.

Mereka ke jalan raya dengan kesedaran. Beratus ribu turun ke jalan raya kerana 
mereka sedar bahawa SPR telah menipu. Mereka sedar bahawa kemenangan United 
Malays National Organisation adalah kemenangan melalui jalan tipu. Mereka sedar 
bahawa SPR telah menjadi alat untuk memastikan Parti Ketuanan Melayu
 akan terus berkuasa.

Bermula dengan Himpunan #Tipu505 di Kelana Jaya kini telah merebak ke seluruh 
negara. Turun ke jalan raya ini kini telah menjadi ampuh dan sedang mendobrak 
lembaga-lembaga yang bersekongkol dalam merancang penipuan PRU13. Tidak dapat 
tidak rakyat Satu Malaysia akan menunggu ‘grande finale' gerakan jalan raya ini.

Jelas terbukti bahawa kesedaran wujudnya PENIPUAN dalam PRU13 adalah pemangkin 
orang ramai dan anak anak muda untuk turun ke jalan raya. Menolak penipuan 
dalam PRU13 menjadi motivasi utama. Penipuan PRU13 adalah penyebab rakyat turun 
ke jalan raya. Turun berdemo ke jalan raya bertujuan untuk mengembalikan yang 
hak.

Seluruh dunia tahu PRU13 telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat. PRU13 ini telah 
dicuri. Kemenangan PRU13 telah dicuri oleh United Malays National Organisation. 
Justeru perjuangan untuk mengembalikan kemenangan ini telah memanggil anak-anak 
muda ini turun ke jalan raya. Jika TIDAK ada penipuan
 mustahil beratus ribu orang ramai akan turun ke jalan raya.

Anak anak muda bukan bodoh. Anak anak muda bukan bangang boleh ditarik hidung. 
Anak muda turun ke jalan raya melawan kezaliman kini sedang menjadi tren dan 
fesyen seluruh dunia. Dimulakan oleh anak muda dari Tunisia, kemudian ke Mesir, 
ke Paris, ke London, ke Bahrain, ke New York - dan terakhir ke Turki.

Rejim-rejim zalim satu demi satu telah disingkirkan oleh gerakan anak muda di 
jalan raya. Anak muda tahu akhirnya dunia ini adalah milik mereka. Justeru 
mereka wajib bertindak untuk melakar masa depan mereka. Ini hakikat.

Masih ada yang bertanya : Kenapa kita ke jalan raya? Apa salahnya pilihan raya 
kita?

Dua soalan ini adalah soalan yang amat adil. Ini soalan berhemah. Ramai yang 
telah menyuarakan soalan ini. Justeru di sini saya cuba memberi jawapan sejelas 
mungkin.

Awal wahid kita mesti menerima hakikat bahawa Malaysia adalah Negara Dunia 
Ketiga. Dalam
 sejarah Negara Dunia Ketiga TIDAK pernah berlaku perubahan rejim melalui 
pilihan raya. Hukum-hukum dan syarat dalam Negara Dunia Ketiga ini amat berbeza 
dari hukum dan syarat politik di Amerika, di Eropah , di New Zealand, di 
Australia atau di Kanada. Ada perbezaan hakiki antara Negara Dunia Ketiga 
dengan negara kuasa imperial Anglo-Amerika dan egara Kedua di Eropah.

Kesemua Negara Dunia Ketiga muncul hasil dari pertembungan dengan negara 
imperial. Tanah Melayu ini wujud kerana British. Malaysia wujud kerana 
perancangan British. India, Burma, Pakistan, Iran, Iraq dan dan dan... semua 
diwujudkan oleh kuasa imperial British. Malah Siam yang tak pernah dijajah itu 
pun diwujudkan oleh dua kuasa kolonial. Siam dijadikan negara pemisah dengan 
perjanjian kuasa imperial Perancis yang menjajah Indo-China dengan kuasa 
imperial British yang menjajah Tanah Melayu. Hakikatnya Negara Dunia Ketiga ini 
muncul kerana kuasa kolonial.

Sejarah Tanah Melayu
 yang kemudiannya menjadi Malaysia adalah sejarah kolonial British. Kuasa 
penjajah British ini telah memilih United Malays National Organistaion untuk 
mengambil alih pentabiran Bristish pada 31 Ogos 1957.

Salah satu ciri yang amat penting dalam Negara Dunia Ketiga ini ialah kaum 
kapitalis dan kaum pemodal nasional amat lemah. Mereka hanya menjadi orang 
tengah untuk kaum pemodal internasional. Kerana mereka lemah maka mereka 
bergantung kuat dengan kuasa politik. Justeru kita melihat Daim Zainuddin, 
Vincent Tan, Syed Mokhtar, Halim Saat, Cucu Iskandar Kutty, Ananda Krishna 
semuanya bergantung dengan kuasa daulah United Malays National Organisation 
untuk mengembangkan jaringan perniagaan mereka. Tanpa sokongan daulah kaum 
kapitalis ini akan reput.

Ini perbezaan politikal ekonomi yang wajib difahami. Inilah sebab utama kenapa 
pilihan raya dalam Negara Dunia Ketiga tidak akan pernah menukar kerajaan. Kaum 
kapitalis ini bergantung kuat dengan
 kuasa daulah. Malah tidak ada garis pemisih antara kuasa daulah dan kuasa kaum 
kapitalis nasional ini. Kepentingan ekonomi kaum kapitalis nasional ini dijaga 
dan dibentuk oleh kuasa daulah.

Menteri jaga politik - menteri yang sama juga jaga kroni. Menteri ada 
kepentingan dalam syarikat milik kroni. Yakinlah di belakang syarikat kroni ini 
ialah para menteri. Ini politikal ekonomi Negara Dunia Ketiga.

Justeru ikatan ini memustahilkan berlaku apa-apa perubahan melalui pilihan 
raya. Cukong-cukong ini semua sedar jika United Malays National Organisation 
tutup kedai mereka bukan sahaja mereka akan hilang harta malah ramai antara 
mereka akan diheret ke penjara. Anak Suharto masuk penjara. Anak Husni Mubarak 
masuk penjara. Ini hakikat politik Negara Dunia Ketiga.

Ini tidak akan berlaku di Kanada, New Zealand, Australia, Jerman , Sweeden atau 
Britain atau Amerika. Dalam Negara Dunia Pertama dan Kedua ini - kaum kapitalis 
telah kukuh
 bertapak. Kepentingan ekonomi mereka berselirat di dunia. Sama ada Parti 
Konservatif menang atau Parti Buruh menang di Britain - perniagaan Mark and 
Spencer saperti biasa. Sama ada Demokrat menang atau Republican menang Esso dan 
General Motors akan terus berniaga.

Pilihan raya dalam Negara Pertama dan Kedua adalah tentang dasar. Dasar parti 
politik mana yang akan dapat membawa keuntungan untuk kaum pemodal. Dasar parti 
mana yang akan membawa kestabilan ekonomi. Tidak seperti di Malaysia. Pilihan 
raya di Malaysia ini akan menentukan saudara mara siapa atau syarikat kroni 
menteri yang mana yang akan dapat kontrak, dapat tanah atau dapat lesen cari 
gali. Politikal ekonomi inilah yang menjadikan pilihan raya dalam Negara Dunia 
Ketiga ini satu sandiwara.

Untuk saya PRU13 ini cukup cantik sebagai satu sekolah politik. Bertahun-tahun 
saya telah memberi kuliah/menulis tentang penipuan yang telah, yang sedang dan 
yang akan dilakukan dalam pilihan
 raya. Ada yang percaya dan ramai yang TIDAK percaya. Tetapi PRU13 ini telah 
membuktikan bahawa apa yang saya tulis selama ini adalah tepat dan benar.

Akhirnya saya akan ditanya apa kesudahannya? Ini juga satu soalan yang 
berhemah. Saya yakin ramai yang bertanyakan soalan ini. Apa seterusnya?

Dari apa yang kita semua baca kita dapat mengetahui bahawa kedudukan Najib 
Razak amat lemah. Kita juga melihat bahawa kerajaan Najib ini lebih lemah dari 
kerajaan Dolah Badawi. Dari segi politik ini amat penting untuk kita menilai 
kekuatan musuh kita.

Seluruh dunia - dari Obama di Rumah Putih - dari akhbar di Austarlia, New 
Zealand, Hong Kong, Jepun, United Kingdom, Jerman, Perancis dan dan dan... 
malah The New York Times telah membuat kartun memperli Najib menipu dalam 
PRU13. Semua ini adalah berita baik untuk rakyat Malaysia. Rakyat dunia telah 
tahu bahawa kerajaan Najib Razak ini kerajaan haram.

Najib dan United Malays National
 Organisation juga tahu bahawa mereka menang kerana penipuan. Justeru kita 
lihat bagaimana agama telah digunakan untuk melobi agar rakyat menerima 
keputusan PRU13. Kita juga melihat bagaimana mufti telah direkrut untuk 
menghalalkan penipuan. Kita melihat para penjual agama yang berjanggut dan 
berserban meminta agar orang ramai menerima keputusan PRU13.

Akhir ini kita melihat bagaimana Yang di-Pertuan Agong dikaitkan dengan rayuan 
kepada orang ramai agar menerima keputusan PRU13.

Ini ertinya penolakan keputusan PRU13 adalah tepat. Garis turun ke jalan raya 
itu tepat dan membawa hasil. Apabila Najib mula berkelentong untuk membawa SPR 
ke bawah jawatan kuasa Parlimen - memberi tanda bahawa Najib sedang terdesak. 
Bila musuh terdesak adalah masa yang tepat untuk mengasak.

Justeru pengumuman Anwar Ibrahim bahawa pada petang Sabtu 22 Jun 2013 ini 
rakyat akan berhimpun adalah langkah tepat. Perhimpunan ini adalah sambungan 


#Blackout505 dengan tiga tuntutan. Kemarahan orang ramai kerana ditipu tidak 
akan dapat diredakan hanya dengan satu ucapan Agong. Tiga Tuntutan wajib 
ditunaikan.
 
===================================================================================================

GE13: You can rule Malaysia with only 17% of the popular vote

How does it work? Well, we can illustrate it with a simple example. One
 of the largest electoral districts in the country has close to 150,000 
registered voters while the smallest 
with only over 37,000. While both in the state of Selangor, it puzzles 
people why are numbers spread out more evenly. Critics often question 
the fairness of such delineations, which tend to keep pro-government 
seats small as possible to so it would be 'easier' for the coalition to 
multiply their number of seats, and in turn, win enough to form 
government.

We know this has been the arguments of many 
organisations, such as Bersih and the Malaysian Electoral Roll Analysis 
Project or popularly known as Merap, groups like these are strongly 
calling for electoral reform in the country.

http://my.news.yahoo.com/ge13--you-can-rule-malaysia-with-only-17--of-the-popular-vote-064643083.html

===================================================================================================
http://www.selangorku.com/?p=9382

Pinda Akta Kesalahan Pilihan Raya, Lindungi Penyelewengan Daftar SPR



SHAH ALAM, 10 JUN: Kerajaan BN meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 
demi melindungi penipuan yang terdapat dalam daftar pemilih Suruhanjaya 
Pilihan Raya (SPR).


Demikian menurut Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa apabila ditanya 
tentang pindaan terhadap seksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 
(Pindaan 2002) yang menyebabkan daftar pemilih yang digazetkan tidak 
boleh dibawa ke mahkamah oleh mana-mana pihak.


“Pada 2002 dalam kes Likas di Sabah, di mana hakim membatalkan 
keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Likas dengan alasan 
daftar pengundi SPR didapati penuh dengan penipuan.


“Hakim mendapati SPR gagal menyelesaikan isu daftar pemilih dan menganggap SPR 
cuai dalam menjalankan perkerjaan mereka.


“Selepas itulah kerajaan BN membuat pindaan undang-undang Akta 
Kesalahan Pilihan Raya supaya daftar pengundi tidak boleh dicabar.


“Kita memang tak boleh terima undang-undang ini kerana mana boleh 
undang-undang digunakan untuk melindungi penyelewengan seperti mana 
dalam daftar pemilih SPR itu,” ujar beliau yang juga seorang pengamal 
undang-undang.


Ketika menyentuh ruang tindakan yang ada bagi samada bagi Kerajaan 
Selangor, parti politik atau orang awam terhadap penipuan dalam daftar 
pemilih SPR, beliau berkata ruang untuk berbuat demikian masih ada 
dengan membuat kajian lebih mendalam.


Sivarasa turut menolak pandangan bahawa Kerajaan Negeri tidak boleh mengambil 
tindakan saman terhadap SPR dan Kerajaan Pusat.


“Dalam isu sekiranya daftar pemilih SPR terbukti tidak bersih, 
pengundi dan parti politik lebih baik kemukakan saman, tetapi Kerajaan 
Selangor juga boleh sebab ia berbeza dengan prinsip saman fitnah.


“Kalau dalam saman fitnah memang badan kerajaan tidak boleh kemukakan saman 
fitnah kepada individu, pengamal media atau mana-mana pihak yang 
mengkritik badan awam itu,” katanya lagi.

===================================================================================================

Seorang lelaki (ayah perempuan yang meriwayatkan hadith) bertanya:
--- Wahai Rasulullah, adakah dianggap ashobiyyah, puak orang yang sayang kepada 
kaum bangsanya?
Jawab Baginda s.a.w.:
--- Tidak, tetapi ashobiyyah ialah
--- apabila seorang itu MENOLONG bangsanya kepada KEZALIMAN..

(hadith riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya) Imam Al-Munawi ketika 
mensyarahkan perkataan Ashobiyyah lalu berkata:
“Iaitu membantu kezaliman…” (rujuk Aun Al-Ma’bud)




https://www.facebook.com/photo.php?fbid=571803266174204&set=a.104160946271774.8132.100000336060564&type=1&relevant_count=1
===================================================================================================

===================================================================================================

===================================================================================================

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke