Salam


Sumbang Mahram dan Rogol itu BERBEZA..  


Sumbang Mahram adalah Zina.. Ianya atas dasar suka sama suka...

Rogol pula dipaksakan keatas mangsa tanpa kerelaan.. samada ditipu atau diugut 
atau ketika mangsa tidak sedarkan diri ( dipukau, diberi ubat pelali, ubat 
perangsang dsb )...


Untuk penzina yang belum berkahwin, hukuman hudud nya adalah dirotan 100x.. dan 
diasingkan/buang daerah selama setahun..

http://tempat-nulisku.blogspot.com/2012/01/pengertian-zina-dan-hukum-hukum-berzina.html


[24.2] Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat 
tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu 
dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan 
hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan 
hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh 
sekumpulan dari orang-orang yang beriman. 


Untuk penzina yang telah berkahwin, hukumannya adalah direjam sehingga mati..


Nabi SAW bersabda : 


Ambilah dariku, sesungguhnya Allah telah menentukan bagi mereka jalan, anak 
dara dan teruna seratus kali dan buang daerah selama setahun, dan yang 
sudah berkahwin 100 rotan dan rejam dengan batu.
(Riwayat Muslim, Abu Daud dan at Tarmizi dari Ubbadah bin as Sormit)

http://datomuhdasri.blogspot.com/2010/08/pelaksanaan-hukuman-sebatan-di-mahkamah.html

Yang tidak adilnya, hanya perempuan yang dijatuhkan hukuman didunia, dan 
kemungkinan besar akan terlepas dari hukuman akhirat..  Yang lelaki 
kebanyakannya terlepas dari hukuman dunia.. tetapi pasti tidak akan terlepas 
dari hukuman akhirat..

Sepatutnya bukti DNA boleh digunakan untuk mengesahkan zuriat / benih seseorang 
untuk disabitkan kesalahan zina... memandangkan DNA adalah unik untuk setiap 
individu...


Kalau dahulu, kita perlukan 4 saksi yang melihatnya.. mungkin  kini, 4 orang 
pakar yang jujur boleh digantikan sebagai saksi. untuk mengesah kes penzinaan / 
kes rogol... syarat saksi pakar, haruslah sama dengan syarat saksi mata...

[24.4] Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang 
terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, 
maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima 
persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang 
fasik;


Menurut hadith dibawah, pertuduhan rogol tidak memerlukan 4 orang saksi, 
memadai dengan pengakuan mangsa rogol.. Tetapi tidak salah, kalau ianya 
disahkan lagi oleh saksi saksi pakar... supaya orang yang tidak bersalah tidak 
dihukum, dan perogol sebenar boleh dikenal-pasti..

Hukum perogol dalam Islam adalah direjam sampai mati...

Dalil Hudud Untuk Isu Rogol :

'Al-Qamah bin Wail al-Khindi meriwayatkan daripada bapanya :
Seorang wanita pada zaman Rasulullah SAW telah keluar bersolat ke masjid.

Ia di temui oleh seorang lelaki, lalu lelaki itu telah menyelimutinya dengan 
kain, kemudian menunaikan hajatnya ( merogolnya ).

Wanita itu menjerit.

Lelaki itu melarikan diri.

Seorang lelaki lain telah melalui wanita itu, lalu wanita itu menuduh lelaki 
tersebut melakukan kepadanya begini dan begini ( merogolnya )

Maka lelaki itu telah di tangkap oleh sekumpulan mujahirin, lalu ditanyakan 
kepada wanita tersebut apakah lelaki tersebut yang merogolnya.

Jawab wanita tersebut : Ya, dialah orangnya.

Mereka telah membawa lelaki tersebut kepada Rasul SAW, lalu Rasul SAW telah 
memerintahkan lelaki itu direjam.

Maka bangunlah seorang lelaki yang lain mengakui perbuatannya :
Ya Rasulullah, saya lah yang telah merogol perempuan tersebut.

Rasul SAW telah
 berkata kepada perempuan tersebut :
Pergilah engkau, sesungguhnya Allah SWT telah mengampunkanmu.
Kemudian Rasul SAW berkata kepada lelaki yang dituduh dengan perkataan yang 
bagus.

Dan Rasul SAW berkata kepada lelaki yang merogol itu :
Hendaklah kamu di rejam.

Kemudian Rasul SAW berkata :
Sesungguhnya lelaki yang merogol itu telah bertaubat.
Sekiranya penduduk Madinah bertaubat sepertinya, nescaya taubatnya dimaqbulkan 
Allah SWT.

( HR At-Termizi & Abu Daud )

Rujukan : Himpunan Hadith Sahih mengenai Hukum Hudud. ( ms 40 ) :

http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/message/330



Khutbah Jumaat - KHUTBAH JUMAAT 14 REJAB 1434 / 24 MEI 2013 - Ustaz Azri Abdul 
Aziz

Peristiwa - Israk Mi3raj - Antara Anugerah dan Ujian Keimanan

[17.1] Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya
 (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa 
(di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya 
tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha 
Mendengar, lagi Maha Mengetahui. 

http://www.youtube.com/watch?v=9TlfwHsnB3Q


Khutbah Jumaat - Ustaz Riduan Mohd Nor -  (Khaibar dan Palestin)

[48.1] Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu 
jalan kemenangan yang jelas nyata, 

[48.2] Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu 
yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, 
serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan 
melaksanakan hukum-hukumnya). 

[48.3] Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai
 kejayaan) dengan sepunuh-penuh dan
 sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya). 

http://www.youtube.com/watch?v=AWcsiGZ5t5I

WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri




----- Forwarded Message -----
From: roslan mohd <mohros...@gmail.com>
Subject: [chainz_of_frenz] 'Kenapa mangsa sumbang mahram perlu disebat?'
 


  


        * Gabungan Kumpulan Wanita Bertindak bagi Kesamarataan Gender
        * 12:22PM Jun 18 2013   
Berita pelaksanaan hukuman sebat terhadap 24 wanita dan 17 lelaki yang didakwa 
melakukan sumbang mahram dan mengadakan hubungan seks luar nikah membawa 
kerengsaan kepada Gabungan Kumpulan Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG).

Pengumuman tersebut menimbulkan beberapa kebimbangan:

(1) Hukuman sebat melanggar prinsip-prinsip hak asasi manusia, khususnya hak 
kebebasan dari segala perlakuan yang kejam, menganiaya, menghukum dan yang 
menjatuhkan kehormatan diri seseorang. 

JAG menyokong sepenuhnya kesetaraan yang membawa kepada pencapaian hak 
tersebut. Hukuman sebat seharusnya dimansuhkan.

(2) Diskriminasi terhadap wanita beragama Islam. Artikel 8(2) Perlembagaan 
Persekutuan menjamin kesetaraan dan kebebasan dari diskriminasi atas dasar 
agama dan gender. 

Maka, sebarang undang-undang yang menghukum wanita atas dasar agama melanggar 
prinsip antidiskriminasi ini. 

Tambahan pula, Kod Prosedur Jenayah dan Peraturan-Peraturan Penjara jelas 
melarang hukuman sebat ke atas wanita, tidak kira umur.

(3) Jenayah sumbang mahram. Adalah tidak adil bagi mangsa sumbang mahram 
dikenakan tuduhan persetubuhan luar nikah atas dasar suka sama suka bawah 
Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah, malah ia suatu penganiayaan terhadap 
mangsa tersebut. 

Ini menunjukkan kegagalan pihak mahkamah untuk memahami penyalahgunaan kuasa 
oleh seseorang dalam keluarga sendiri yang seharusnya menjadi pelindung dan 
penjaga. 

Mangsa tidak patut dihukum atau didakwa bagi jenayah sumbang mahram.

(4) Bilangan wanita yang disebat dan dihukum lebih tinggi berbanding lelaki. 
Ketidakseimbangan ini dapat dilihat di negara-negara Islam yang lain yang 
mengguna pakai undang-undang syariah di mana bilangan wanita yang disabitkan 
kesalahan jenayah seksual adalah jauh lebih ramai berbanding dengan lelaki.

(5) Percanggahan undang-undang. Kedua-dua Kanun Keseksaan (S 376) dan Enakmen 
Kesalahan Jenayah Syariah Johor (S 20) mengandungi peruntukan yang khusus 
mengenai sumbang mahram, tetapi hukuman yang berbeza. 

Keadilan akan dicapai dengan lebih baik jika mereka didakwa di bawah Kanun 
Keseksaan, di mana pihak yang bersalah boleh dikenakan penjara selama tempoh 
tidak kurang daripada enam tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun. 

Hukuman ini mencerminkan betapa beratnya jenayah yang dilakukan.

Bagaimanapun, bawah enakmen jenayah syariah negeri, seseorang yang melakukan 
sumbang mahram boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama 
tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau 
dihukum dengan mana-mana tiga hukuman di atas.

Penggunaan undang-undang mestilah tekal dan selaras untuk menegakkan keadilan 
bagi mangsa sumbang mahram, maka undang-undang persekutuan hendaklah diterima 
pakai dan semua jenayah sumbang mahram perlu didakwa bawah Kanun Keseksaan.

(6) Hukuman yang menjatuhkan kehormatan diri seseorang bertentangan dengan 
ajaran al-Quran. 

Jabatan Agama Johor kini mencadangkan individu yang disabitkan hukuman disebat 
di ruang awam seperti masjid atas pemerhatian subjektif bahawa pihak Jabatan 
Agama Johor "melihat riak keinsafan pada wajah setiap pesalah yang dihukum". 

Mustahil untuk mengukur tahap kekesalan dan taubat berdasarkan air muka 
seseorang. Selain itu, masih tiada bukti kukuh bahawa jenayah ganas atau 
seksual dapat dihalang oleh penyaksian hukuman sebat.

Penguatkuasaan undang-undang moral dan pendakwaan terpilih bertentangan dalil 
al-Quran, seperti "tidak mengorek rahsia orang lain" (Surah al-Hujurat 49:12); 
"Janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga 
kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; jika 
dikatakan kepada kamu 'baliklah', maka hendaklah kamu berundur balik; cara yang 
demikian adalah lebih suci bagi kamu;."(an-Nur 24:27- 28) dan "Apabila kamu 
menjalankan hukuman di kalangan manusia, tetapkanlah dengan adil." (an-Nisa 
4:58). 

Sebuah hadis Nabi SAW dalam Sunan al-Tarmidhi juga menyatakan: "Jangan 
membahayakan umat Islam, dan jangan mencela mereka, mahupun meneruskan 
ketidaksempurnaan mereka... " 

Apabila seseorang itu ditegur, adalah penting untuk memastikan bahawa hak-hak 
atas keadilan, kesaksamaan, dan kehormatan diri seseorang ditegakkan pada 
setiap masa dan tidak dianiaya oleh mereka yang berhasrat untuk menjatuhkan 
hukuman yang mengaibkan.

Tamadun manusia zaman dahulu, di Barat mahupun Timur, sering menjatuhkan 
hukuman berbentuk fizikal yang berat, lebih-lebih lagi ketika Zaman 
Pertengahan. 

Tiada apa pun yang "Islam" tentang hukuman yang berbentuk fizikal malah, 
ajaran-ajaran Islam mengehadkan hukuman sebegitu yang diamalkan sebelum itu. 

Ia lebih menekankan sikap kasih sayang serta keinsafan dan taubat bagi mereka 
yang berdosa. 

Sifat Allah SWT yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani merupakan sifat dan 
tema yang sering diulang di dalam al-Quraan.

Dengan ini, JAG mengulangi saranannya kepada kerajaan untuk mengkaji semula dan 
memansuhkan undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah atas dasar bahawa 
peruntukan-peruntukan tersebut tidak berasas dari segi teori dan amalan 
undang-undang Islam. 

Selain itu, terdapat banyak peruntukan yang jelas bertentangan dengan Kanun 
Keseksaan, Kod Prosedur Jenayah dan Perlembagaan Persekutuan.

________________________________
Gabungan Kumpulan Wanita Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG) merangkumi 
Sisters in Islam (SIS), Women's Aid Organisation (WAO), All Women's Action 
Society (AWAM), Perak Women for Women Society (PWW), Persatuan Kesedaran 
Komuniti Selangor (EMPOWER) dan Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke