Salam

Sumpah dengan maksud melariskan dagangan adalah penghapus barokah. (HR. Bukhari 
dan Muslim)

Barangsiapa bersumpah tidak dengan (menyebut) nama Allah maka dia telah berbuat 
syirik (menyekutukan Allah). (HR. Ad-Dailami)

Ada tiga
 kelompok orang yang kelak pada hari kiamat Allah tidak akan berkata-kata, 
tidak akan melihat, tidak akan pula mensucikan mereka. Bagi
 mereka azab yang pedih. Abu Dzarr berkata, "Rasulullah mengulang-ulangi 
ucapannya tiga kali dan aku bertanya, "Siapakah mereka itu, ya
 Rasulullah?" Beliau menjawab, "Orang yang pakaiannya menyentuh tanah karena 
kesombongannya, orang yang menyiarkan pemberiannya (mempublikasikan 
kebaikannya), dan orang yang menjual dagangannya dengan sumpah palsu." (HR. 
Muslim)

Barangsiapa mengangkat sumpah terhadap suatu perkara kemudian dia mengetahui 
sesuatu yang
 lebih baik (benar) maka hendaklah dia menebus (kafarat) sumpahnya dan 
mengemukakan apa yang lebih baik (benar). (HR. Muslim)

http://sabdaislam.wordpress.com/2009/12/06/39-bahaya-bersumpah/



3. Menipu dan bersumpah bagi melariskan barangan.

Dalam keghairahan mempromosi dan menarik pelanggan, pelbagai cara dan 
strategi dibuat dengan tujuan melariskan barang jualan. Sungguhpun 
perbuatan itu dibolehkan, namun sebagai perniaga yang beriman mereka 
sewajarnya tidak alpa dan lupa bahawa Islam melarang sebarang bentuk 
penipuan dalam pernigaan. Menipu ialah melakukan suatu helah untuk 
kepentingan diri sendiri dan memudharatkan orang lain.
 
Pelbagai cara penipuan boleh berlaku dalam aktiviti perniagaan seperti 
memalsukan tandatangan, menjual barang tiruan dengan harga yang mahal 
dan menipu pelanggan dengan iklan-iklan yang palsu.
 
Termasuk juga dalam perbuatan menipu ialah perbuatan bersumpah dengan 
nama Allah dengan tujuan melariskan barang jualan seperti menyatakan 
“demi Allah, barang ini adalah paling murah dijual di kota ini dan saya 
hanya menjual harga modal sahaja” sedangkan hakikat yang sebenar adalah 
sebaliknya.
‏عَنْ ‏ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏‏صَلَّى اللَّهُ 
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏مَرَّ عَلَى ‏ ‏صُبْرَةِ ‏ ‏طَعَامٍ فَأَدْخَلَ 
يَدَهُ فِيهَا  ‏فَنَالَتْ ‏ ‏أَصَابِعُهُ بَلَلًا فَقَالَ مَا هَذَا يَا 
صَاحِبَ الطَّعَامِ ؟ قَالَ أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يَا رَسُولَ اللَّهِ . 
قَال َأَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ النَّاسُ ‏ ‏مَنْ غَشَّ 
فَلَيْسَ مِنِّي. أي : من غش فليس على دينيى الكامل. رواه مسلم
Maksudnya:
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah melalui 
setimbunan makanan (yang dijual) seraya memasukkan tangannya ke dalam 
timbunan makanan tersebut dan mendapati jari-jemarinya basah. Rasulullah SAW 
bersabda, apakah semua ini wahai pemilik makanan? Lelaki itu 
menjawab; makanan ini telah ditimpa hujan wahai Rasulullah SAW.  Seraya 
Rasulullah bersabda: kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu disebelah 
atas makanan agar manusia dapat melihatnya, barang siapa yang menipu 
maka ia bukan dari agamaku (yang sempurna).
‏عَنْ ‏ ‏أَبِي قَتَادَةَ الْأَنْصَارِيِّ ‏أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ 
اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏يَقُولُ ‏‏إِيَّاكُمْ 
وَكَثْرَةَ الْحَلِفِ فِي الْبَيْعِ فَإِنَّهُ يُنَفِّقُ ثُمَّ ‏ 
‏يَمْحَقُ. أيْ: فأن كثرة الحلف فى البيع قد يؤدي ألى  رواج السلعة إلا أنه بعد 
ذلك إلى  يُزِيل الْبَرَكَتها.
 Maksudnya:
Diriwayatkan oleh Abi Qatadah al-Anshari, sesungguhnya ia telah 
mendengar rasulullah SAW bersabda, awas kamu dari banyak bersumpah dalam 
berniaga. Sesungguhnya (kadang kala) banyak bersumpah dalam berniaga 
boleh melariskan barangan akan tetapi selepas itu ia akan menghilangkan 
barakahnya.
 
Berpandukan kepada dua hadis ini, sebagai peniaga yang beriman dan 
berpegang teguh kepada ajaran agama ia hendahlah mengelak dari sebarang 
bentuk penipuan dan banyak bersumpah dalam keghairahan melariskan 
barangan jualan dan mendapat keuntungan daripadanya.

http://islam.gov.my/muamalat/artikel/perkara-haram-dalam-perniagaan


WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri

http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/

================================================


>From : 
>http://www.informasi.my/panas-peugeot-volkswagen-proton-nafi-turun-harga-kereta/

Panas: Peugeot, Volkswagen, Proton nafi turun harga kereta
Posted on 13 June 2013. 


KUALA LUMPUR, 13 Jun – Pembuat kereta Volkswagen dan Peugeot 
kedua-duanya telah menafikan penurunan harga tahun ini seperti 
dilaporkan oleh akhbar milik Umno Utusan Malaysia tiga hari lalu sebagai bukti 
gabungan pemerintah itu menunaikan janji pilihan raya mereka.
Utusan telah melaporkan Volkswagen, Peugeot, Honda dan pembuat kereta tempatan 
Proton dan Perodua telah menurunkan harga sepuluh model mereka sehingga 11 
peratus bermula Januari tahun ini, menyiarkan senarai harga sebagai bukti 
kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menunaikan janji 
mereka untuk menurunkan harga kereta dalam manifesto Pilihan Raya 2013.


“Sila ambil perhatian, harga di imej itu tidak tepat. Harga Golf 
memang RM157,888 semenjak dilancarkan. Bukan RM169,888,” kata wakil dari 
Volkswagen Malaysia di akaun Facebook mereka merujuk kepada salah satu 
model Golf.


Seorang pengguna sebelum itu memuat naik laporan Utusan, yang 
mendakwa harga Golf telah dikurangkan sehingga 7.1 peratus dari 
RM169,888 ke RM157,888.


Bercakap kepada The Malaysian Insider, seorang pengedar untuk pembuat kereta 
Jerman itu mengesahkan harga Golf Mark 7 1.4 TSI yang 
dilancarkan sejak awal tahun ini memang berharga bermula dari RM157,888.



Peugeot Malaysia juga telah memberi respon di laman Facebook mereka 
mengenai dakwaan Utusan harga bagi model 308 telah diturunkan sebanyak 
11 peratus dari RM115,663 ke RM102,888.


“Tanpa sebarang prejudis, tiada apa-apa dikeluarkan oleh kami, kami 
tidak dirujuk sebelum artikel itu dicetak dan tidak mempunyai apa-apa 
kaitan dengan laporan berita itu. Harga yang ditunjukkan 308 Turbo pra- 
facelift dan 308 VTi sebenarnya merupakan dua varian berbeza dari 
Peugeot 308,” kata pembuat kereta Perancis itu.


Seorang pengedar Peugeot memberitahu The Malaysian Insider model 
facelift 308 VTi semenangnya berharga RM102,888 semenjak ianya 
dilancarkan pada pertengahan tahun lepas dan harga 308 Turbo adalah 
RM121,888.


Utusan juga melaporkan Honda Jazz Hybrid kini berharga RM89,900 selepas 
diturunkan sebanyak 2.5 peratus dari RM92,187.



Semakan dengan pembuat kereta dari Jepun itu mengesahkan model versi 
kenderaan pemasangan tempatan (CKD) di kilang Alor Gajah sememangnya 
dijual pada RM89,900 semenjak dilancarkan tahun lepas. Manakala model 
versi kenderaan jenis diimport sepenuhnya (CBU) dilancarkan sebelum ini 
berharga RM94,800.


Akhbar Melayu itu juga melaporkan penurunan harga bagi model syarikat tempatan 
seperti Persona, Preve, Saga dan Exora dari Proton, dan Alza, 
Viva, dan Myvi dari Perodua.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengulangi ikrar pilihan raya 
untuk mengurangkan harga kereta melalui akaun Twitter lewat bulan 
lepas, berjanji harga kereta akan dikurangkan secara berperingkat 
sehingga 2017.



Pada hari sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk 
Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan telah berjanji untuk mengurangkan 
harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun, 
seperti yang digariskan dalam manifesto pilihan raya BN.


“Malah, sejak Oktober tahun lalu, harga 10 model popular di negara 
ini telah turun secara purata 7.3 peratus,” katanya kepada pemberita 
selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu, pertama selepas 
Mustapa dilantik semula ke dalam Kabinet.



Kedua-dua BN dan pembangkang Pakatan Rakyat telah berikrar harga kereta 
lebih murah menjelang pilihan raya Mei, walaupun melalui mekanisme 
berbeza.TMI


Sementara itu proton pula menghantar memo kepada pengedar-pengedarnya



========================================================

>From : 
>http://belogfadah.blogspot.com/2013/06/penjelasan-volkswagen-malaysia-harga.html


Penjelasan Volkswagen Malaysia Harga Kereta Tidak Turun

By Fadah  on13 June 2013 at 7:59 AM 

Penjelasan 
Volkswagen Malaysia harga kereta tidak turun dan masih kekal. Sebentar 
tadi, kami telah menerima maklumat yang mendakwa bahawa harga Model 
Volkswagen GOLF adalah kekal dan tidak diturunkan seperti yang diumumkan
 kerajaan baru-baru ini. Untuk mendapatkan kepastiaan, kami melawat 
facebook Volkswagen Malaysia untuk mencari bukti dakwaan tersebut dan 
ternyata bahawa dakwaan mereka adalah benar.


Penjelasan Sebenar Isu Harga Volswagen Golf

Harga 
Volkswagen Pada Januari 2013 dilaporkan RM 169, 888 oleh sebuah akhbar 
tempatan. Selepas pengumuman harga kereta turun, harga model tersebut 
jatuh ke RM 157,888. Menurut Vokswagen Malaysia, mereka tidak pernah 
meletakkan harga RM169, 888 seperti yang didakwa oleh akhbar tersebut. 
Menurutnya lagi, harga model tersebut adalah kekal RM 157, 888 sejak 
ianya dilancarkan.

Untuk 
mendapatkan lebih maklumat terperinci, kami layari laman web rasmi 
Volkswagen Malaysia untuk melihat harga terkini Vokswagen Golf dan 
ternyata ianya masih RM 157,888. SUMBER

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke