Salam


[20.99] Demikianlah Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), sebahagian dari 
kisah-kisah umat manusia yang telah lalu; dan sesungguhnya Kami telah memberikan
 kepadamu, dari sisi Kami (sebuah Kitab Al-Quran yang menjadi) peringatan. 

[20.100] Sesiapa yang berpaling ingkar dari peringatan Al-Quran itu, maka 
sesungguhnya ia pada hari kiamat menanggung beban (dosa) yang berat. 

[20.101] Mereka kekal di dalam (azab) dosa itu; dan amatlah buruknya tanggungan 
itu bagi mereka pada hari kiamat, 

WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/

===============================================================================================


From: Yuniarko Sukendro <sukendroyunia...@yahoo.com>

GOD IS NEVER WRONG
 
A
 king who did not believe in the goodness of God, had a slave who, in 
all circumstances would always say “my king, do not be discouraged, 
because everything God does is perfect. He makes no mistakes!”
 
One
 day they went hunting and along the way a wild animal attacked the 
king. His slave managed to kill the animal, but could not prevent his 
majesty from losing a finger.
 
Furious and without showing his 
gratitude for being saved, the nobleman asked "Is God good? If He was 
good, I would not have been attacked and lost
 my finger."
 
The slave replied: "My king, despite all these 
things, I can only tell you that God is good, and he knows why these 
things happened. What God does is perfect. He is never wrong!"
 
Outraged by the response, the king ordered the arrest of his slave.
 
Later, the King left for another hunt, this time alone. He was captured by 
savages who engaged in human sacrifices. 
 
On
 the altar and ready to sacrifice the nobleman, the savages discovered 
that their victim did not have one of his fingers. According to them, 
only a whole person with all his/her parts intact could be offered to 
the gods.

The King without a finger was deemed an abominable sacrifice for their gods. So 
they released the King.
 
Upon his return to the palace, the King authorized the release of his slave. He 
received the slave affectionately.
 
He
 asked his slave, "my dear, God was
 really good to me! I was almost killed by the wild men, but for lack of
 a single finger, I was let go! But I have a question: if God is so 
good, why did he allow me to put you in jail?"
 
The slave 
answered, "my King, if I had gone with you on this hunt, I would have 
been sacrificed instead because I have no missing finger. Remember 
everything God does is perfect. He is never wrong. He made you keep me 
in jail so I would not be with you on the hunt." 
 
Often we 
complain about life, and negative things that happen to us, forgetting 
that nothing is random and that everything has a purpose. 
 
Every morning, offer your day to God, don't be in a rush. 
 
Ask God to inspire your thoughts, guide your actions, and ease your feelings. 
And do not be afraid. God is never wrong!
:


===============================================================================================

From: kaca cute <aayang9...@gmail.com>

Sedikit cerita tentang arwah Roslan Ishak

Alhamdulillah…Muslimat TJ telah menziarahi balu Allahyarham siak surau 
Tmn Desa Surada pagi tadi. Satu pertemuan yang cukup menginsafkan, 
memanggil diri untuk bermuhasabah ttg kehidupan yg telah dikemudi selama
 ini. Beberapa mutiara keikhlasan, zuhud & kecintaan kepada Allah 
dan Rasul yg dpt dikutip dari perkongsian kak Mar (balu) utk tatapan 
bersama.

Allahyarham bersara awal pada umur 40an. Sejak itu. Beliau bersama-sama 
bekerja utk jamaah dan bertugas sebagai siak surau di tmn Desa Surada. 
Surau itu menjadi rumah kedua malah menurut kak Mar mungkin lebih dari 
rumahnya sendiri.

Allahyarham seorang yang berpegang kepada kata-kata ustaz dalam ceramah2 & 
kuliah yg diikutinya.

Oleh kerana itu beliau:

1. Tidak pernah meninggalkan solat berjamaah di surau walaupun hujan beliau 
tetap ke surau menaiki.motor dengan berpayung.

2. Sentiasa membaca Al Quran, tidak pernah ketinggalan dlm hari2 
kehidupan beliau. Di surau itu lah tempat beliau berjamaah, mengaji dan 
membersihkan surau.

3. Menyampaikan apa yg didengar ketika kuliah kepada ank2 dan sentiasa 
berpesan supaya tidak meninggalkan solat dan mengerjakannya diawal 
waktu, kalau berkesempatan berjamaah di surau.

4. Berpesan supaya rajin membaca Al Quran kerana kata Allahyarham kepada
 anak2nya Al Quran ini lah yang akan menemani kita dan membantu kita 
kelak.

5. Kata beliau lagi jgn sibuk2 harta dunia kerana hanya 3 benda shj yg 
kita bawa bila mati – “ayah x ada harta nak infaq, ini lah saja…. ke 
surau berjamaah, membaca Al Quran, bertugas membersih dan menjaga 
surau…. (amal soleh & insya Allah anak2 beliau yg soleh).

6. Kurang melayan kehendak dunia – tidak suka berjalan jauh2 kerana kata
 Allahyarham nnt solat jamaah beliau (surau) macamana pula…

Itu lah antara amalan beliau yg Istiqamah kerana Allah. Beliau x bekerja
 lagi walaupun bersara awal kerana nak menghabiskan sisa hidup dgn 
beramal soleh.

Beliau pernah berkata rentetan peristiwa kematian di Mekah/Madinah (x 
berapa ingat) yg meninggal dlm keadaan sujud. Kata beliau, orang biasa 
mcm kita x boleh dapat ke mcm tu, maka hajat dan doa beliau dimakbulkn 
Allah SWT.

Rakan beliau yg pernah mendengar beliau berkata begitu menangis mengenangkan 
kata2 Allahyarham.

Kata kak Mar hujan renyai2 ketika jenazah dibawa ke tanah perkuburan. 
Jenazah beliau pun lembut semasa diluruskan & ditanggalkn pakaian 
utk dimandikan dan seperti tidur.

Melihat kpd kak Mar yg sederhana dan lembut orgnya, yg sentiasa menolong
 suami membersih surau (kerja kak Mar basuh toilet), saya dapat 
merasakan ketenangan dalam keluarga ini.

Hanya kak Mar sedikit terkilan kerana hari itu…rutin hidup seperti biasa
 tanpa Allahyarham menunjukkan tanda2 kelainan dan kak Mar x banyak 
bercakap dengan suami beliau sebelum keluar mengambil anaknya dan tiada 
di sisi ketika Allahyarham pergi. Tp beliau redha atas ketentuan Allah 
dan urusan jenazah pun dipermudahkan Allah SWT. Al fatihah…

Semoga kita yg hidup beroleh iktibar dalam melayari bahtera kehidupan 
yang singkat ini. Bila2 masa kita akan dipanggil pergi mengadap Maha 
Pencipta…

sumber:facebook 

===============================================================================================
From: uDa <udafird...@yahoo.com.my>
Subject: [SurauKampung] Pengorbanan Seorang ayah..


اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah 

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan 
kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan 
tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk 
menjauhinya (menghapuskannya).


Pengorbanan Seorang ayah.. 

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku 
menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih 
melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli 
untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - 
laptop yang mana yang ok?".

Aku
 mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling 
murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat 
belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku 
bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir.

Sedikit
 lama dia terdiam, dia membuka mulut
 "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - 
pergi dengan suatu perasaan yang lain.Aku dengan rutinku berkerja setiap
 hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu 
pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan.
 "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, 
tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. 

Dia
 bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie 
murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang 
kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih 
mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan 
menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - 
"Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan 
rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak 
laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk
 belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - 
warenti setahun.". 

Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas 
dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya."Oklah, yang ini." jawab 
anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 
'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - 
aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar 
laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia 
melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan 
dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...".
 Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira 
duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku 
membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop 
untuk anaknya - penuh harapan.Aku geram kepada anaknya - seperti dia 
tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku
 tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak 
airmukanya, aku perhati sekeping-sekepi­ng duit yang diserahkan. Aku 
tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari 
esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua 
ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada 
waktu kecil. Amin...

HARGAILAH PENGORBANAN IBU & BAPA KITA.

===============================================================================================

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke