Kesaksian Saudara Hisham
   
  Nama saya Hisham. Saya seorang Melayu. Saya mula berkenalan dengan orang 
Kristian ketika saya mula bekerja pada awal tahun 90an. Seorang kawan saya yang 
beragama Kristian pernah menceritakan kesaksiannya bagaimana dia pernah 
mendoakan emaknya yang sedang saKit tenat. Selepas didoakan emaknya pulih dan 
sihat walafiat.
  
  Daripada dialah saya dapat melihat Kitab Injil buat pertama kalinya. Saya 
dapati di dalam Kitab Injil terdapat nama 'Allah', lalu saya bertanya kepada 
kawan-kawan Muslim saya. Mereka menjawab bahawa memang di dalam Kitab orang 
Kristian terdapat perkataan 'Allah'. Tetapi Al-Kitab tidak menunjukkan siapa 
sebenarnya 'Allah" itu. Sejak daripada hari itu saya berkata kepada diri saya 
bahawa kalau itu adalah ajaran Kristian, lebih baik saya jauhkan diri saya. 
  
   
  Selepas itu saya memberikan perhatian yang lebih kepada agama Islam. Tetapi 
di dalam diri saya terdapat beberapa persoalan; menurut Islam, Al-an atau 
Firman Allah itu adalah kudus sebab Kitab itu dipercayai turun dari Syurga, 
maka apa sahaja yang turun dari Syurga semestinya kudus juga. Kalau ini adalah 
fahaman Islam, Isa Al-Masih juga adalah kudus sebab menurut Hadis Anas bin 
Malik hal 72 " Isa itu sesungguhnya Roh Allah dan FirmanNya" Jadi saya bertanya 
kepada diri saya sendiri, "Apakah Isa Al-Masih roh yang kudus?". Pernah 
Rasululah s.a.w bertanya kepada Allah, katanya : "Ya Allah, ya Tuhanku, apakah 
sebenarnya roh kudus?". Tuhan berfirman : "Wahai Muhammad, engkau hanya diberi 
pengetahuan sediKit tentang roh kerana engkau tidak tahu apa-apa, itu adalah 
halKu sendiri". Jadi ayat ini menunjukkan bahawa nabi Muhammad tidak tahu 
apa-apa tentang roh. Tetapi di dalam agama Kristian terdapat banyak ajaran 
tentang roh Allah. 
  
  Sejak dari hari itu saya mula belajar ilmu Tasaauf. Ini saya lakukan untuk 
mencari kebenaran. Saya ingin mendekatkan diri saya kepada Allah. Sementara itu 
saya juga sering mengutuk ajaran-ajaran Kristian. 
  
  Tetapi pada suatu hari, ketika saya melihat kalimat-kalimat Islam yang 
tergantung di dinding rumah saya, saya bertanya kepada diri saya : "Bermaknakah 
semuanya ini? Apakah yang salah di antara Kristian dengan Islam?". Pada malam 
itu ketika saya sedang tidur, terasa seperti ada orang yang memegang tangan dan 
dada saya. Saya sedar hal ini berlaku, saya cuba untuk melepaskan diri tetapi 
dipegang terlalu kuat. Kemudian saya bangun dan berkata : "Apakah ini?". Lalu 
saya sambung tidur, tetapi Dia datang sekali lagi. Kali ini saya dapat melihat 
jubah putihNya tetapi tidak dapat melihat wajahNya. Pada keesokkan paginya, 
saya pergi berjumpa dengan seorang ustaz dan menceritakan bahawa saya telah 
dilawati oleh seorang yang berjubah putih dan memegang tangan saya dan 
menerangkan bahawa Dia adalah Isa Al-Masih. Lalu ustaz itu menjawab bahawa saya 
telah diganggu oleh Syaitan, dia pun berdoa untuk menghalau Syaitan itu supaya 
tidak menganggu saya. Selepas itu saya kembali ke rumah saya.
  
  Selepas saya sembahyang isyak pada malam itu, sekali lagi saya terdengar 
suara yang berkata : "Akulah Isa Al-masih". Selepas itu saya tertidur di atas 
tikar sembahyang. Kemudian saya terasa ada orang yang kejutkan saya, jadi saya 
lari ke bilik dan mula membaca Al-an sehingga tertidur. Pada malam itu Dia 
datang lagi dan memegang tangan saya. Daripada jubahnya saya dapat lihat luka 
yang sedang berdarah. Saya bertanya kenapa dadaNya berdarah dan tiba-tiba dada 
saya juga terasa panas! Pada saat itu saya juga tercium bau wangi seperti 
wangian bunga ros. Kemudian saya tersedar.
  
  Pada malam ke tiga Dia datang lagi kepada saya dan kali ini Dia berkata : 
"Akulah jalan keluar untuk engkau". Sesudah saya mengalami peristiwa ini saya 
menelefon ke sebuah gereja dan bertanya tentang apa yang saya alami itu. Mereka 
menjawab bahawa apa yang saya alami mungkin datang daripada Syaitan ataupun 
mungkin daripada Allah sendiri. Kemudian saya telefon pula ke sebuah gereja 
lain dan mereka menyuruh saya dibaptis. Apabila saya menelefon ke gereja lain 
pula, mereka suruh saya tunggu satu minggu. Akhirnya seorang pemimpin gereja 
datang berjumpa dengan saya. Apabila saya berdoa bersamanya, saya terasa 
disentuh oleh Tuhan. Saya mula percaya kepada Isa Al-Masih dan saya percaya 
bahawa Dia adalah Roh Allah dan juga Kalimat Allah seperti yang tercatat di 
dalam Al-Anbiyaa' 21: "Dan (ingatlah kisah) Maryam yang telah memelihara 
kehormatannya, lalu kami telah tiupkan ke dalam (tubuh) nya Roh daripada kami 
dan kami jadikan dia dan anaknya tanda (kekuasaan Allah) yang besar
 bagi alam semesta". (Al-Imram 45: "(ingatlah), ketika malaikat berkata 'Hai 
Maryam, sesungguhnya Allah menggembirakan kamu (dengan kelahiran putera yang 
diciptakan) dengan kalimat (yang datang) kepada-Nya. Namanya Al-Masih "Isa 
Putera Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat dan salah seorang 
di antara orang-orang yang dekat (kepada Allah).
  
  Setelah saya percaya kepada Isa Al-Masih, setiap kali saya berdoa, saya 
tercium bau bunga ros. Dia telah menolong menyelesaikan banyak permasalahan 
saya selama ini. Saya telah melihat kuasaNya. Selepas saya mengikut Dia, hidup 
saya telah berubah. Kalau dulu saya adalah seorang yang panas baran tetapi kini 
menjadi lebih banyak bersabar. Dulu saya juga merupakan seorang perokok tetapi 
kini saya tidak lagi terikat dengan rokok.
  
  Kepercayaan kepada Isa Al-Masih membawa jaminan penyelamatan. Ini terbukti di 
dalam Al-an Surah Az-Zukhruf 61 yang berbunyi;"hazaasyiraatolmustaqiim", yang 
maksudnya; "Ikutlah Aku, inilah jalan yang lurus". Apakah anda bertemu dengan 
jalan yang lurus itu?
  
   
  Sungguh menarik kesaksian en. Hisham tadi. Kenapa en Hisham tiba-tiba 
mengalami hal ini? Jelas dari kesaksian dia, en.Hisham adalah seorang yang 
sangat ingin mendekatkan diri kepada Allah. Seperti yang telah dijanjikan oleh 
Allah di dalam Kitab TauratNya, Ulangan 4:29 "...dan jika kamu mencari Allah 
dengan segenap hatimu, kamu akan menemuiNya." Keinginan en. Hisham terjawab 
apabila Isa Al-Masih menjelma kepada dia. Siapakah sebenarnya Isa Al-Masih itu 
yang menjawab kerinduan en. Hisham ini? Di dalam Al-an surah An-Nisa' 171, 
menyatakan bahawa Isa Al-Masih adalah 'kalimatullah' atau Firman Allah. Ini 
merupakan salah satu daripada sifat-sifatNya. Sifat Tuhan yang tidak boleh 
dipisahkan daripadaNya. Dengan perkataan lain Firman Allah ialah Allah sendiri. 
Ini bererti Isa Al-Masih adalah diri Allah sendiri, kerana Dia tidak boleh 
dipisahkan daripada Allah ? Dan menurut Al-an, Dia akan turun ke dunia ini 
untuk menghakimi umat manusia. Hadith Shahih Muslim juga mengatakan;
 "Rasullulah bersabda: "Wallahi! Layanzilan nabnu Maryam Hakaman a'dila" yang 
bermaksud 'Demi Allah! Sungguh akan turun (akan datang kembali ) Anak Maryam 
menjadi hakim yang adil'. Kenapa harus Isa Anak Maryam yang datang menghakimi 
dunia ini? Kenapa tidak nabi Muhammad sendiri yang mengadilinya kerana zaman 
ini merupakan zaman umat nabi Muhammad dan bukannya umat Isa a.s. Dan apakah 
pangkatnya Isa Al-Masih sehingga Dia boleh menghakimi keseluruhan umat di dunia 
ini? Cuba renungkan apakah keistimewaan Isa Al-Masih berbanding dengan 
nabi-nabi lain sehingga dia diangkat setinggi itu? Hanya Tuhan sahaja yang 
boleh menghakimi dunia ini. Kalau diperhatikan, ini jelas menunjukkan bahawa 
siapa sebenarnya Isa Al-Masih itu.
  
  Anda juga mungkin rindu mendekatkan diri kepada Allah. Percayalah kepada Isa 
Al-Masih hari ini dan izinkan Dia menjawab kerinduan anda itu. Isa Al-Masih 
berjanji untuk menjawab kerinduan apabila anda datang kepadaNya, mengikut 
perintahNya dan menerima ajaran-ajaranNya. Datanglah kepada Dia sekarang!    
  http://www.answering-islam.de/Main///Bahasa/Kesaksian/KesaksianHisham.html
  
  
---------------------------------
     

 
---------------------------------
It's here! Your new message!
Get new email alerts with the free Yahoo! Toolbar.

[Non-text portions of this message have been removed]



Post message: [EMAIL PROTECTED]
Subscribe   :  [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe :  [EMAIL PROTECTED]
List owner  :  [EMAIL PROTECTED]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/ 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke