Injil Tidak Berubah, tapi Injil MENGUBAH !!!
Injil mampu mengubah dari tidak benar menjadi benar, dari tidak selamat menjadi
selamat, dari penuh dosa diampuni dan boleh masuk sorga, yang mati imannya
akan lahir baru, Injil penuh Kuasa dan Perkasa;camkanlah semua ini baik-baik
!!!
Sehingga sudah mulai banyak orang yang murtad lalu mereka memilih Injil
sebagai Kitab Suci mereka yang baru...!!!
Mereka yang belum murtad serta keras hati dan keras kepala, mereka berusaha
terus dengan cara menebarkan kebencian serta kebohongan dan fitnah, maka Injil2
palsu serta Kitab2 yang ditolak Umat Kristen/Katolik itu dipakai untuk
menyerang Injil-Benar yang dipakai umat Kristiani, supaya orang2 yang murtad
mau berbalik kembali dan juga supaya umat Kristiani berhianat kepada
Yesus....Tapi sayang mereka yang murtad tetap sangat setia kepada Yesus,
demikian juga yang sudah percaya bertumbuh terus dalam iman kepada Tuhan,
karena mereka sudah tahu kalau Yesus adalah jalan satu-satunya kesorga,
menyediakan tempat di sorga dan berjanji membawa mereka/kita semua
kesorga..............
Puji Tuhan, segala hormat dan kemuliaan bagiNya dan selama-lamanya........
Tapi bagi yang bukan pengikut Yesus, mereka juga akan memanggil-manggil nama
Yesus, "Tuhan....Tuhan......, tolong kami juga"
Tapi Yesus bilang, "Aku tidak mengenalmu, enyahlah daripadaku.........., maka
mereka semua akan diikat dan dijadikan satu lalu dibuang ke dalam api neraka
yang kekal, disana akan terdengar erangan, rintihan, raungan serta kertakan
gigi"
Mereka dibakar, bagaikan binatang ngengat (kecil sekali) yang dipanggang diatas
bara yang menyala-nyala, tapi ngengat itu tetap hidup sambil menahan sakit yang
luar biasa itu :)))
Siapa yang tidak percaya akan dihukum, dan bagi yang percaya akan memperoleh
kehidupan kekal disorga !!!
Maka berbahagialah orang yang nama-namanya sudah tercantum didalam Kitab
Kehidupan Anak Domba Allah di sorga.
Siapa2kah yang pasti dan boleh dicantumkan nama2nya didalam Kitab Kehidupan
itu ? Semua orang yang beriman kepada Yesus, menjadi muridnya serta mengikuti
jalannya, Setia dan bertahan sampai kesudahannya, maka ia akan SELAMAT, IA dan
SEISI rumah :))Puji Tuhan, Alleluya.............................
Mulai hari ini ubahlah hidup saudara, jangan katakan tidak bisa, segera
berbaliklah. Terimalah Yesus sebagai Penyelamat anda, anda belum terlambat,
anda diberi kesempatan !!!
Yesus akan memberkati anda hari ini juga, besok dan sampai selama-lamanya,
amin.........
feifei2899 <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Apabila umat Kristian memetik daripada Injil, umat Muslim seringnya
menegur :
Nas yang kamu membaca itu bukanlah Injil yang benar. Injil Isa al-
Masih yang asli itu sudah pun hilang. Generasi Kristian yang lampau
telah memalsukan Kitab suci kamu, jadi, pada hari ini Kitab kamu
tidak berguna lagi.
Pra-sangka ini begitu meyakinkan bagi para Muslim sehingga ianya
menggugat perhubungan dan apa-apa komunikasi yang bermakna di antara
mereka dan saudara-saudara Kristian mereka. Bagaimanakah umat
Kristian dapat menjelaskan pemahaman dan akidah mereka mengenai
Hazrat Isa al-Masih apabila para Muslim yakin bahawa 'Injil yang
asli' menggambarkan Hazrat Isa yang berlainan? Dakwaan itu sentiasa
ditonjolkan bahawa "Kamu umat Kristian bergantung kepada Kitab-kitab
yang sudah dipalsukan."
Dakwaan-dakwaan ini ada juga terdapat pada bahan-bahan bercetak.
Tidak berapa lama dahulu sebuah buku berjudul "Jesus Prophet of
Islam" (Isa Nabi Islam) telah diterbitkan. Sejajar dengan ajaran
Islam, penulisnya mendakwa bahawa Hazrat Isa telah mengemukakan diri-
nya hanya sebagai seorang Rasul dan dia tidak mati disalib (beliau
telah diselamatkan oleh sekumpulan malaikat), bahawa dia
telah 'menyebut tentang kedatangan Muhammad'. Akidah umat pada
Kristian hari ini adalah satu penyelewengan yang telah diperkenalkan
dengan sengajanya pada tahun-tahun selepas kebangkitan Hazrat Isa.
Dan pembidaah-pembidaah ini, si penulis terus mendakwa,
sanggup 'mengudungkan' kitab suci mereka. Malah mereka juga telah
memperkenalkan tulisan-tulisan palsu bagi menyokong ajaran-ajaran
mereka.
"Buku-buku yang mengandungi ajaran-ajaran Hazrat Isa itu telah
dimusnahkan, sengaja ditumpaskan atau diubah bagi mengelak apa-apa
percanggahan dengan ajaran baru mereka.Ajaran yang asli itu telah
mengalami perubahan secara menyeluruh dan telah hilang selama-lamanya
sama sekali."
Tidak puashati dengan menjatuhkan hukuman umum itu, si penulis cuba
menunjuk kepada satu titik permulaan 'tepat' bagi 'proses pemalsuan
itu'.
"Pada 325 Tahun Masihi, Sidang Nicea yang terkenal itu telah
bersidang. Ajaran Tritunggal telah diisytiharkan sebagai ajaran rasmi
bagi 'Gereja Pauline' dan salah satu daripada akibatnya ialah
daripada lebih kurang tiga ratus 'Injil' yang wujud pada masa itu,
hanya empat telah dipilih sebagai 'Injil rasmi' gereja. Yang bakinya
termasuk 'Injil Barnabas' diperintahkan untuk dimusnah. Satu lagi
perintah telah dikeluarkan yang menyatakan bahawa sesiapa yang
dijumpai memiliki Injil tidak rasmi itu akan dihukum mati. Ini adalah
detik-detik awal percubaan secara teratur bagi menghapuskan segala
catitan dan rekod ajaran Isa al-Masih, baik di dalam manusia mahupun
di dalam buku-buku."1
Bagi mereka yang fasih dengan hakikat-hakikat sejarah, tuduhan-
tuduhan dan dakwaan seperti di atas dengan mudah sekali dapat
ditolak. Apakah yang boleh dikata kepada mereka yang percaya bahawa
kota London terletak di negeri Libya? Akan tetapi bukanlah semudah
bagi para Kristian yang kurang mempelajari teologi atau pun sejarah
gereja. Mereka mungkin kurang pasti apa jawapan sepatutnya diberikan
kepada tanggapan dan prasangka saudara-saudara Muslim mereka.
Bagi pihak merekalah, saya akan senaraikan beberapa fakta-fakta dan
hujah-hujah yang menunjukkan Injil pada hari ini tidak mengalami
perubahan. Tetapi ianya berguna untuk menanyakan: Dari manakah para
Muslim memperolehi tanggapan ini bahawa Injil Kristian telah diubah?
Bermulanya satu mitos (cerita dongeng)
Dalam al-Qur'an umat Muslim diperintahkan untuk menghormati Injil Isa-
al-Masih yang dibaca oleh umat Kristian. Al-Qur'an menganggap Injil
yang dimiliki oleh umat Kristian pada hakikatnya sama dengan yang
telah diisytiharkan oleh Hazrat Isa.2 'Dalam empat abad yang pertama
selepas wafatnya nabi Muhammad (600-1000 TM) tidak ada satu pun ahli
Ulamak yang membawa tuduhan bahawa nas-nas Kitab Injil bukan sahih.
Mereka mungkin menuduh para Kristian memberi salah-tafsiran kepada
perkataan-perkataannya; tetapi mereka tidak mempertikaikan perkataan-
perkataan itu sendiri. Kajian ke dalam apologetik Islam telah
membuktikan bahawa tuduhan 'pemalsuan' ini telah hanya bermula dengan
seorang tokoh Islam, Ibn-Khazem(*) yang meninggal dunia di Kordoba
pada 1064 T.M.'3
Ibn-Khazem telah memerintah di selatan Andalus(Sepanyol) sebagai
wazir kepada khalifah. Dia telah keluar berperang banyak peperangan
saudara bagi pihak khalifah. Dia juga melibatkan diri di dalam
perbincangan-perbincangan polemik agama dan teologi. Dia memegang
kepada fahaman Zahiri dan telah menentang ahli Shi'a dengan setegas-
tegasnya. 'Di dalam kedua-dua jurusan politik mahupun hal hal
keagamaan, dia bersikap pahlawan yang sangat tegas. Sesiapa yang
berani menentangnya akan mencederakan dirinya umpama dihentam oleh
batu karang. Penanya sehebat sebilah pedang pahlawan.' Oleh kerana
sifatnya yang terlalu taasub Ibn Khazem telah gagal menarik murid-
murid kepada dirinya, tetapi penulisannya amat berpengaruh pada masa
yang akan datang.4
(*) nama penuhnya: Abu Muhammad Ali bin Ahmad ibn-Khazem(994 - 1064
T.M.)
Semasa perjuangannya menentang para Kristian, Ibn Khazem telah
terserempak dengan beberapa percanggahan di antara al-Qur'an dan al-
Injil. Satu contoh yang jelas ialah nas al-Qur'an "Padahal bukanlah
mereka membunuhnya dan bukan pula menyalibnya" (Q.4:156). Pada hemat
Ibn Khazem : "Qur'an seharusnya dianggap benar, jadi ajaran Injil
yang bercanggah dengan al-Quran ini adalah salah. Tetapi nabi
Muhammad telah menyuruh umatnya supaya menghormati Injil, oleh itu,
nas-nas al-Kitab itu telah dipalsukan oleh umat Kristian."
Tanggapannya ini tidak berdasarkan kepada hakikat-hakikat sejarah,
tetapi hanya di atas pendapat dan hemat Ibn Khazem semata-mata, dan
juga pada hasratnya untuk menjaga kebenaran al-Qur'an.5 Setelah dia
memutus untuk mengambil jalan ini, tiada sebarang daya yang dapat
menghentikan Ibn Khazem mengejar keazamannya. Nampaknya cara yang
paling mudah ialah untuk serang dan mengecam musuh-musuhnya. "Kalau
kita dapat membuktikan kepalsuan Kitab mereka, semua bantahan-
bantahan mereka akan kehilangan apa-apa kewibawaan."6 Ini telah
mendorongnya membuat pernyataan sinis "Umat Kristian telah kehilangan
Injil yang telah diwahyukan bagi mereka kecuali segelintir yang
dibenarkan oleh Tuhan sebagai satu kesaksian untuk menentang mereka."7
Penulis-penulis seterusnya telah memeluk dan memperkembangkan
tanggapan ini. Pemalsuan Al-Kitab terus didakwakan oleh Salikh ibn-al-
Khusain (meninggal dunia 1200 TM), Ahmad at-Qarafi (meninggal dunia
1285 TM), Sa'id ibn-Khasan (1320 TM), Muhammad ibn-Abi Talib (1327
TM), ibn-Taimija (1328 TM) dan lain-lain. Sejak itu dakwaan dan
tanggapan ini telah menjadi bahan tetap dalam 'resipi' polemik Islam
menentang syiar Kristian.
Penulis-penulis ini telah mendakwa Maharaja Konstantine dan Paulus
sebagai pemalsu-pemalsu yang utama. Watak Konstantine yang telah
dikelirukan oleh penulis-penulis ini (kononnya beliau telah
melibatkan diri dalam Sidang Nicea) dipersalahkan oleh kerana
kononnya dia telah merekakan cerita penyaliban Hazrat Isa bagi sebab-
sebab politik dan dialah menghadkan catatan-catatan Injil kepada
empat jilid. Mengenai Paulus pula, banyak lagi cerita yang tidak
masuk akal telah direkakan oleh mereka. Menurut satu cerita, Paulus
adalah seteru utama kepada umat Kristian dan ingin sangat untuk
menghapuskan ajarannya. Usaha awalnya melalui kekerasan dan kezaliman
tidak berjaya, jadi dia mencuba helah lain iaitu dengan 'berpura-
pura' memeluk akidah Kristian termasuk dibaptiskan. Tujuannya ialah
bagi merosakkan ajaran Kristian dari dalam. Untuk memperkukuhkan lagi
kesan pemelukan akidah Kristiannya itu, Paulus ingin dikenang sebagai
seorang yang telah bermati syahid bagi ugama Kristian. Jadi, dia
telah reka cerita bahawa Hazrat Isa telah menjelma kepadanya pada
suatu malam dan menyuruhkannya pergi mengorbankan diri di kaki sebuah
gunung. Pada hari sebelum kematiannya kononnya Paulus telah memanggil
tiga orang raja Kristian yang utama dan menyampaikan kepada setiap
satu wahyu rahsia yang berlainan. Kepada yang pertama
diberinya 'wahyu' Al-Masih itu adalah Anak Tuhan, yang kedua
diberi 'wahyu' Siti Maryam itu isteri Tuhan dan yang ketiga pula
ialah Tuhan itu adalah 'tiga'. Apabila matahari terbit pada pagi
seterusnya maka keluarlah Paulus dengan berkain selubung berwarna
kelabu dan membawa sebilah pisau. Dan beliau telah menikam dirinya
sehingga mati dengan tangannya sendiri. Orang ramai yang
menyaksikannya kagum dan menganggap dia sebagai seorang pesuruh
Tuhan. Inilah cerita kononnya bagaimana umat Kristian telah terima
ajaran-ajaran serong mereka dan telah dibahagikan kepada mazhab-
mazhab yang berlainan8. Menurut cerita-cerita lain Paulus adalah
seorang raja Yahudi, atau seorang biarawan di kota Roma 150 tahun
selepas Hazrat Isa al-Masih. Semua cerita-cerita ini bersetuju dengan
dakwaan bahawa beliau ialah seorang yang telah membuat pemalsuan
dengan licik, dan 'telah berpura-pura memeluk agama Kristian supaya
dapat merosakkan agama itu dari dalam.'
Dongeng-dongeng ini mengenai raja Konstantin dan Paulus berasal
daripada campuran sumber-sumber anti-Kristian Yahudi, legenda-legenda
Parsi dan tulisan-tulisan Marcion.9 Untuk membuktikan bahawa cerita-
cerita ini tidak mempunyai kesahihan sejarah bukan menjadi satu
perkara yang rumit. Paulus hidup dari 5 TM ke 67 TM, beliau
memperkembangkan ajaran yang sama dengan Hawariyun-hawariyun yang
lain dan dia telah mengarang kebanyakan daripada warkah-warkah dalam
kitab Perjanjian Baru. Konstantin ialah Maharaja Roma dari 312 - 337
TM. Beliau telah membenarkan umat Kristian mengamalkan agama mereka
dengan aman. Konstantin tidak mereka cerita penyaliban Hazrat Isa
atau cuba membuat pindaan kepada Kitab Injil. Sidang Nicea yang
bersidang dari 20 Mei ke 25 Ogos tahun 324 TM tidak mengeluarkan apa-
apa perintah tentang tulisan-tulisan 'apocrypha'. Seramai 300 uskup-
uskup yang berjemaah di sana telah berbincang tentang pentafsiran dan
pemahaman nas Al-Kitab dan BUKAN tentang isi kandungan Al-Kitab itu
sendiri. Semua pemimpin-pemimpin Kristian di Jemaah itu mempunyai
persetujuan penuh mengenai nas Al-Kitab dan kesahihannya pada masa
itu. Semua ini adalah hakikah-hakikah sejarah yang nyata.
Kalau kita mengetahui apa yang menyebabkan sesuatu penyakit, itulah
langkah pertama untuk mencari ubatnya. Umat Islam seringkali membaca
tulisan-tulisan dan karya-karya mereka sendiri yang hanya mengulangi
dakwaan-dakwaan lama mereka terhadap ajaran Kristian sehingga hanya
itulah yang meyakinkan mereka. Seekor katak yang hidup di dalam
perigi boleh yakin ia telah mengalami lautan. Apakah jawapan kepada
jalan buntu ini? Untuk benar-benar mencapai kemajuan dalam proses
berdialog yang ikhlas, kedua-dua para Muslim mahupun Kristian
sewajarnya mengabaikan dan melepaskan prasangka-prasangka,salah
tafsiran dan tanggapan lama mereka masing-masing terhadap Kitab-kitab
suci mereka dan mengkaji fakta-fakta objektif dengan teliti dan
dengan fikiran yang terbuka.
Teks al-Injil
Ini membawa kita kepada penilaian teks Injil sendiri. Bolehkah kita
menemui teks-teks asal dan menentukan ketepatan kata-kata yang
diilhamkan Tuhan itu yang telah dicatat di antara 50 dan 90 TM?
Banyak saintis-saintis dan para ilmuan yang lain telah menumpukan
tenaga dan kehidupan mereka bagi memperoleh jawapan kepada soalan
ini. Pengkajian 'text criticism' telah membuat penelitian yang begitu
rapi kepada banyak penulisan-penulisan yang kuno dan lama; di
antaranya buku-buku Perjanjian Baru (New Testament). Saya akan cuba
menjelaskan dalam perenggan-perenggan berikut proses ini yang
sebenarnya satu kaedah yang cukup rumit dan teliti.
Pada zaman Hazrat Isa al-Masih semua buku-buku dan surat-surat kena
ditulis dengan tangan. Apabila semua tulisan-tulisan Perjanjian Baru
telah sempurna dicatat, mereka hanya dapat diperkembangkan kepada
jemaah-jemaah Kristian di merata tempat dengan mengambil catitan-
catitan yang telah sempurna ditulis. Jenis surat ini
digelar 'manuskrip'(dr.bahasa Latin yang bermaksud 'ditulis dengan
tangan'). Bahan yang digunakan pada masa itu ialah 'papyrus', sejenis
kertas berkualiti rendah yang disediakan daripada sejenis buluh. Oleh
kerana kitab-kitab suci sering digunakan -semasa pembacaan peribadi
ataupun semasa Sembahyang Ahad, manuskrip-manuskrip terawal itu mudah
menjadi luntur dan susuh, dan kena diganti dengan catitan-catitan
manuskrip yang baru.
Pada abad keempat tahun Masehi, sejenis bahan yang lebih tahan lasak
telah dijumpai, iaitu kertas kulit(parchment). Kertas kulit ini
dibuat daripada jalur-jalur kulit kambing atau biri-biri yang telah
dikikis, disamak dan dijahit rapi untuk dijadikan gulungan. Kulit
gulungan ini semestinya lebih mahal untuk dihasilkan, akan tetapi
keistimewaannya ialah satu bahan yang amat susah untuk dimusnahkan.
Sedikit demi sedikit lebih banyak buku-buku Perjanjian Baru dicatit
di atas gulungan-gulungan kulit tersebut, yang diberi nama 'Kodis
(codice)' atau buku-buku dimana kepingan-kepingan kulit disusun satu
demi satu sama seperti buku yang ada pada hari ini. Ada juga kemajuan
dalam bidang penulisan. Pada abad pertama T.M. setiap huruf bahasa
Yunani mengunakan huruf besar (tulisan Majuskul). Lepas itu satu
jenis yang berbeza telah muncul (tulisan Miniskul). Apabila para ahli
sains menjumpai manuskrip yang lama, mereka cuba menentukan umur
dokumen itu. Lepas itu, mereka akan menyalin teksnya dengan sebaik-
baiknya dan mengkaji segala ciri-ciri catatan itu. Teks-teks yang
telah dibaik-pulih dari sesuatu manuskrip itu akan dibandingkan
dengan teks-teks lain yang telah dijumpai.
Untuk membuat pengkajian tulisan-tulisan Perjanjian Baru, ahli-ahli
sains mempunyai banyak sekali bahan-bahan sejarah. Ada tidak kurang
daripada 4,680 buah naskhah yang ditulis di dalam bahasa Yunani
(Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Yunani). 68 buah daripada
mereka adalah dalam bentuk papyri, 241 adalah dalam salinan bentuk
majuskul, 2,533 adalah salinan miniskul dalam gulungan kulit
(parchments) dan terdapat 1,838 koleksi petikan-petikan nas Al-Kitab
bagi ibadat hari Ahad.
Ada juga lebih daripada 6,000 naskhah terjemahan dalam bahasa-bahasa
lama seperti bahasa bahasa Latin, Syria, Koptic Mesir, Eropah tengah
(Gothic), Armenia, Habsyah, Georgia, Arab Nubia, Parsi dan Slav.
Sumber ketiga bagi tujuan perbandingan ialah petikan-petikan Kitab
suci yang terdapat pada lebih dari 220 tokoh-tokoh dan pemimpin
gereja awal (church Fathers) dan para ulama-ulama Kristian.
Ada di antara naskhah-naskhah tersebut yang sangat tua. Salah satu
daripada koleksi papyrus dikenali sebagi 'P52' mengandungi sebahagian
daripada Injil yang dicatit oleh Yahya-seorang Hawariyun dan murid
Hazrat Isa al-Masih. Tarikhnya telah ditetapkan pada 130 T.M., yakni
salinan Injil ini tidak melebihi empat puluh tahun selepas catatan
asalnya. Satu lagi contoh salinan Injil yang sahih ialah Kodeks
Sinaiticus yang telah disalin pada tahun 350 T.M. di Mesir. Sebanyak
347 muka suratnya telah dipelihara dan ini pula menjangkau lebih
kurang keseluruhan jangka masa Perjanjian Baru. Dengan membandingkan
tulisan manuskrip tersebut boleh disimpulkan bahawa tiga orang
penyalin telah mengusahakannya.
Ciri-ciri dalil-dalil itu
Untuk membandingkan ribuan naskhah-naskhah ini dan sumber-sumber lain
yang menjangkau jangka masa lebih kurang dari abad kedua sehingga
abad keempat-belas merupakan satu tugas yang amat berat. Tetapi ia
telah dilakukan! Proses penyalinan yang telah berulang-ulang dari
abad ke abad telah menyebabkan penyerapan beberapa perbezaan yang
kecil kepada teks-teks. Ini dikenali sebagai 'perbezaan bacaan'.
Sekali terjadinya suatu perbezaan kecil ini kepada kandungan sesuatu
teks, ia akan 'diwarisi' oleh naskhah-naskhah yang telah disalin
daripadanya. Dengan menganalisis semua perbezaan-perbezaan kecil ini,
ahli sains telah dapat mengumpulkan banyak naskhah-naskhah kepada
beberapa kelompok utama dan daripada ini dapat mengesan bahawa semua
naskhah-naskhah tersebut telah berpunca daripada sumber yang sama.
Dalam cara begini, versi-versi teks yang paling awal dapat dikesan
dan dibentuk semula dengan rapi dan sangat tepat. Kita dapat
mengesahkan bentuk dan keadaan teks pada penghujung abad yang ketiga
T.M. mengikut empat aliran transmisi iaitu Iskandariah, Barat,
Kaisari dan Antiokus. Dengan proses ekstrapolasi ke lebih dalam lagi
mengenai sejarah teks-teks itu, kita dapat tentukan teks yang asal
bagi semua teks-teks tersebut.
Hasilnya semua penyelidikan dan kajian-kajian ini ialah kesahihan dan
kewibawaan teks Perjanjian Baru telah dikukuhkan kedudukannya tanpa
apa-apa keraguan lagi. Kita dapat menentukan hakikat dengan muktamad
bahawa teks yang ada pada kita hari ini adalah sama dengan teks
Perjanjian Baru yang asal.10
Untuk menyatakannya secara yang kuantitatif pula: kesan perbezaan-
perbezaan kecil yang telah menyerap kedalam teks dalam proses
penyalinan selama berabad-abad ini ialah hanya kepada satu perpuluhan
lima peratus jumlah teks asal (yakni sepatah perkataan bagi setiap
enam puluh patah perkataan); dan tiada membawa apa-apa kesan
pengajaran atau pun perbezaan kepada akidah Kristian pada hari ini.
Sebanyak sembilan puluh lapan perpuluhan lima peratus teks Alkitab
mempunyai dasar sahih yang kukuh yang tidak dapat dipertikaikan.
Ini membuktikan bahawa teks itu tidak dipalsukan. Sesungguhnya, kalau
ada seseorang yang ingin cuba membuat suatu pemalsuan, muslihat ini
dapat dikesan dengan mudahnya. Cubalah fikirkan satu senario di mana
seorang pemilik Bank yang kaya di Singapura telah menulis surat
wasiatnya yang menghuraikan bagaimanakah harta bendanya akan
dibahagikan selepas lima puluh tahun yang akan datang. Orang kaya ini
mempunyai lima orang anak dan setiap satu daripada mereka telah
menyalin satu salinan surat wasiat tersebut masing-masing. Setiap
satu di antara mereka telah membawa salinan surat masing-masing
semasa berhijrah ke lima tempat yang berlainan di dunia iaitu London,
Cape Town, Los Angeles, Sydney dan Rio de Janeiro. Setiap orang anak
orang kaya tersebut telah mempunyai lima orang anak masing-masing dan
mereka pula telah membuat salinan surat wasiat yang asal itu. Cucu-
cucu orang kaya ini pun telah memperolehi lima orang anak mereka
masing-masing dan mereka juga telah membuat salinan surat wasiat
datuk mereka bagi anak-anak mereka. Pada suatu hari, pemilik bank
yang kaya di Singapura itu telah kehilangan surat wasiatnya yang
asal, dengan membandingkan salinan-salinan yang banyak yang telah
dibuat oleh anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit pemilik itu di
seluruh dunia, Surat wasiat yang asal itu dapat disahkan. Kalau mana-
mana anak atau cucu si orang tua itu ingin membuat pindaan kepada
teks Surat yang asal itu, pemalsuannya itu akan didedahkan serta-
merta kerana berbeza dengan salinan-salinan surat asal yang sudah ada!
Dalam cara yang sama, mana-mana percubaan memalsukan teks Al-Injil
akan didedahkan dengan serta-merta kerana percanggahan dan
perbezaannya dengan beribu-ribu salinan teks asal yang ada.
Raja Ashoka yang beragama Buddha telah memerintah di India dari 273
S.M. ke 240 S.M., dia telah mengumumkan suatu perlembagaan
berlandaskan perikemanusiaan yang unik. Dia perintah supaya
perlembagaannya itu diukir pada tempat-tempat umum di empayarnya
saperti batu-batan besar, tiang-tiang dan tembok-tembok gua. Lebih
kurang tiga-puluh lima ukiran-ukiran tersebut dijumpai dan telah
dibaik-pulih.
Oleh sebab itu kita dapat mengesahkan kandungan perlembagaan Raja
Ashoka yang asal. Walaupun seorang daripada pengukir-pengukir itu
cuba meminda teks asal Ashoka untuk memperdayakan kita, pemalsuan itu
dapat dibuktikan dengan membandingkan ukiran-ukiran lain yang ada.
Injil merupakan perlembagaan bagi gereja yang awal. Beribu-ribu
salinannya telah dibuat daripada teks asalnya dari awal lagi,
kalaulah kononnya suatu pemalsuan telah berlaku, tentu sekali ia
dapat didedahkan dengan mudah.
H.K.Moulton yang telah menyelidiki dan mengkaji manuskrip-manuskrip
Injil lebih daripada empat puluh tahun, boleh dipetik bagi memberi
kesimpulan bagi hakikat ini. Dia telah mencapai kesimpulan bahawa
perbezaan-perbezaan kecil di antara beberapa teks tidak membawa kesan
yang buruk kepada mana-mana ajaran-ajaran Kristian. Katanya lagi:
"Setelah semua dokumen-dokumen ditapis dan diteliti serapi-rapinya
didapati bahawa pada dasarnya mereka adalah secocok
"
Tidak ada buku yang telah diteliti dan diselidik dengan sehebatnya
buku-buku Perjanjian Baru. Tiada mana-mana pemalsuan yang dapat tahan
pengujian dan penyelidikan sedemikian rupa (yang telah diadakan
terhadap buku-buku Perjanjian Baru). Kita boleh meyakini Kitab-Asal
yang ada pada kita (hari ini), ia telah dikenakan pengujian yang
runcing tetapi ini tidak dapat mengemukakan apa-apa kelemahan
padanya.11
Penjaga-penjaga Ajaran.
Jadi, telah dibuktikan di atas bahawa umat Kristian dari awal-awal
lagi telah memelihara dengan setia ajaran-ajaran yang diterima mereka
daripada Isa al-Masih. Ini pula bukanlah perkara yang menghairankan.
Pengikut-pengikutnya amat mengutamakan pemeliharaan mutiara-mutiara
rohani yang telah dianugerahkan mereka oleh Tuhan. Seawal T.M. 50
Paulus telah menulis: "Saudara-saudaraku, kamu harus tetap percaya
dan berpegang kepada ajaran-ajaran yang telah kami sampaikan
"(2
Tesalonika 2 ay.15). "Sentiasa mengikut ajaran yang aku berikan
kepada kamu (1 Korintus 11 ay.2). "Apa yang aku sampaikan kepada kamu
adalah apa yang sudah aku terima. Inilah perkara terpenting: Al-Masih
mati kerana dosa kita, sesuai dengan yang tertulis di dalam AlKitab
Dia dikuburkan dan pada hari ketiga Dia dihidupkan semula
Kami semua
mengisytiharkan perkhabaran yang sama dan maku semua percaya
kepadanya
Berita Baik itu akan menyelamatkan kamu jika kamu berpegang
kepadanya dengan teguh (1 Korintus 15:3-4,11,2).
Umat Kristian yang terawal amat mementingkan apa-apa yang telah
dikatakan dan dilakukan oleh Isa Al-Masih. Orang-orang Yunani dan
Roma telah mengikut taraf yang agak tinggi di dalam penulisan-
penulisan sejarah. Mereka tahu ini memerlukan mereka melapurkan fakta-
fakta yang objektif, yang dapat dibuktikan oleh saksi-saksi dan
dokumen-dokumen yang asal.
Para ilmuan moden telah memutus bahawa beberapa ahli-ahli sejarah
pada masa kuno boleh diyakini dan dipercayai dalam tulisan-tulisan
mereka. Herodotus, Thucydides, Polybius dan Tacitus adalah cemerlang
dalam bidang ini; Josephus, Kaisar(Caesar), Polynius dan Livy adalah
boleh diyakini. Walaupun mungkin ada di antara mereka yang cuai, umat
Kristian yang awal itu akur kepada peraturan dan cara-cara mencatat
rekod-rekod yang benar dan sahih.12 Oleh itu, kita seharusnya
menerima dengan serius kenyataan Lukas bahawa dia telah merujuk
kepada saksi-saksi (Lukas 1 ay.2) dan seterusnya bersambung: "Saya
sendiri telah menyelidiki semua peristiwa itu dari permulaannya, maka
ada baiknya saya juga menulis satu laporan yang teratur untuk
Tuan..supaya Tuan dapat tahu dengan selengkapnya bahawa apa yang
telah diajarkan kepada Tuan memang benar." (Lukas 1 ay.3-4). Umat
Kristian secara lazimnya telah sentiasa ingin mengetahui kebenaran
sepenuhnya segala-gala yang telah diajari kepada mereka.
Satu Permulaan Baru
Umat Kristian dan Muslim berkongsi banyak kepercayaan yang sama.
Tuhan yang maha Esa, Pencipta segala-galanya dan Punca segala wahyu-
wahyu. Hakim yang penyayang; yang akan menghukum penjahat dan
menganjarkan mereka yang salih. Pada masa kini apabila fahaman
materialisme menonjol-nonjolkan kepalanya yang berpengaruh di seluruh
dunia, amatlah penting dan mustahak supaya semua ahli-ahli Kitab
menekankan bidang-bidang yang dikongsikan bersama-sama di antara
mereka dan bukanlah perbezaan-perbezaan yang membawa kepada
percanggahan dan perselisihan sesama sendiri. Ini bermakna bahawa
prasangka-prasangka yang tidak berasas di kedua-dua pihak seharusnya
dijatuhkan. Pada bulan Februari 1976, seramai 1,200 para rombongan
daripada enam puluh buah negara mengambil bahagian di dalam satu
Seminar 'Dialog Islam-Kristian'. Para Kristian disitu telah memohon
peserta-peserta Muslim supaya mengenal dan mengkaji Perjanjian Baru
secara lebih terbuka dan mendalam dan untuk menjatuhkan
tuduhan 'pemalsuan' terhadap mereka. Untuk berdialog memerlukan kedua-
dua pihak menerima kesahihan Kitab-kitab suci mereka masing-masing.13
Sesungguhnya kebanyakan tokoh dan pemikir-pemikir Islam yang agung
telah menerima kesahihan teks Injil dan Perjanjian Baru. Untuk
menghuraikan nama-nama mereka disini merupakan penutup yang sesuai
bagi karangan ini. Kesaksian mereka membuktikan bahawa dialog di
antara para Muslim dan Kristian tidak usah dibelenggui oleh tuduhan
yang telah dipelopori oleh Ibn-Khazem. Dua ahli sejarah Islam yang
agung, Al-Mas'udi (meninggal 956 T.M.) dan Ibn-Khaldun (meninggal
1406 T.M.) telah memegang kepada kesahihan teks Al-Injil. Empat orang
ahli ulamak yang terkenal pun telah menyetujui hakikat ini: Ali at-
Tabari (meninggal 855 T.M.), Qasim al-Khasani (meninggal 860
T.M.), 'Amr al-Ghakhiz (869 T.M.) dan tokoh yang terutama, imam Al-
Ghazzali (1111 T.M.).14 Pandangan ini pula disokong oleh Abu Ali
Husain Ibn Sina, lebih dikenali di Barat sebagai 'Avicenna' (m. 1037
T.M.). Al-Bukhari (m.870 T.M.) yang terkenal kerana mengumpulkan
hadith-hadith yang terawal, telah memetik daripada Al-Qur'an sendiri
(Surah Ali-Imran 3 ay.72,78) bagi membuktikan bahawa teks Al-Kitab Al-
Mukaddis tidak pernah dipalsukan.15
Akhir kata, seorang tokoh Muslim terkemuka di zaman moden, Muhammad
Abduh Sayyid Ahmad Khan, seorang 'ulamak Islam moden' yang telah
menerajui pembaharuan sosial pada era moden ini, telah menerima
keputusan-keputusan sains moden. Beliau telah berkata:
"Bersabit dengan teks Al-Kitab (Bible), ia tidak mengalami apa-apa
perubahan. Juga tiada sesiapa yang dapat mengemukakan sesuatu teks
(alternatif) yang berbeza sebagai teks yang sahih".16
Bersyukurlah kepada Tuhan kerana kesaksian tokoh-tokoh yang jujur ini!
NOTA-NOTA
1. MUHAMMAD ATA UR-RAHIM, Jesus Prophet of Islam, Omar Brothers
Publications, Singapore 1978, ms. 12, 15 and 40.
2. G. PARRINDER, Jesus in the Qur'an, Faber and Faber, London 1965,
bab 15.
3. P. A. PALMIERI Die Polemik des Islams, German tr. Holzer, Salzburg
1902; E. FRITSCH, Islam und Christentum im Mittelalter, Müller &
Seiffert, Breslau 1930; see also. H. HIRSCHFELD, `Muhammadan
Criticism of the Bible'. Jewish Quarterly Review 13 (1901) 222-240.
4. F. M. PAREJA, Islamologia, Orbis Catholicus, Roma 1951, ms. 460-
461.
5. I. DI MATTEO, `Il "takhrif" od alterazione della Bibbia secondo i
musulmani', Bessarione 38 (1922) 64-111; 223-260; `Le preteze
contradizzioni della S. Scrittura secondo Ibn-Hazm', Bessarione 39
(1923) 77-127, E. FRITSCH, op. cit., ms. 66.
6. IBN KHAZEM, Kitab al-fasl fi'l-milah wa'l ahwa'l nikhal, II,6; E.
FRITSCH, op cit., ms.55.
7. IBN KHAZEM, ibid.; E. FRITSCH, op. cit, ms. 64.
8. Ringkasan drpd. AL-QARAFI; E. FRITSCH, op. cit., ms. 49.
9. Cerita2 yg.sama terdapat dalam versi Pasri Tustari: "Qisas al-
anbija (Sejarah Nabi-nabi)" di dalam manuskrip bertarikh 1330 TM, dan
drpd.Ghalal-addin Rumi: "Metnewi (Satu Cerita raja Yahudi dan
wazirnya, 1273 TM)"; E. FRITSCH, op. cit., ms. 50-65.
10. Bagi penjelasan lebih mendalam mengenai 'text criticism' dan
kesimpulan2nya, saya syorkan penulis2 F.G.KENYON:The Text of the
Greek Bible, London 1937,1949;L.D.TWILLEY, The Origin and
Transmission of the New Testament,Edinburgh 1957; V.TAYLOR, The Text
of the New Testament, London and New York 1961; J.H.GREENLEE, An
Introduction to New Testament Textual Criticism , Grand Rapids 1964;
B.M.METZGER, The Text of the New Testament, Oxford 1968.
11. H. K. MOULTON, Pa pyrus, Parchment and Print; the story of how
the New Testament text has reached us, London 1967, ms. 9-10, 70-71.
12. A.M. MOSLEY, Historical Reporting in the Ancient World, New
Testament Studies 12 (1965) ms.10-26.
13. Teks Pengisytiharan Penutup bagi Seminar Tripoli, L'Osservatore
Romano (English Edition), Feb. 26, 1976, ms. 6-7.
14. I. DI MATTEO, loc. cit (nota 5), AT-TABARI dan AL-GHAKHIZ
menyatakan bahawa penterjemahannya mungkin kurang tepat, tetapi
mereka tidak meragui kesahihan teks bahasa Yunani. Mengenai AL-
GHAZZALI pula, lihat F. M. PAREJA, op. cit, ms. 463.
15. G. PARRINDER, Jesus in the Qur'an ('Isa di dalam Quran), Faber
and Faber, London 1965; Terjemahan Belanda, Ten Have, Baarn 1978, ms.
124.
16. M. H. ANANIKIAN, `The Reforms and Religious Ideas of Sir Sayyid
Ahmad Khan'. The Moslem World 14 (1934) ms. 61
---------------------------------
Need Mail bonding?
Go to the Yahoo! Mail Q&A for great tips from Yahoo! Answers users.
[Non-text portions of this message have been removed]
Post message: [EMAIL PROTECTED]
Subscribe : [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe : [EMAIL PROTECTED]
List owner : [EMAIL PROTECTED]
Homepage : http://proletar.8m.com/
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/proletar/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/