'Saya sekarang Muhammad Leo….'

Oleh: LUKMAN ABDULLAH 




 



"Saya sekarang Muhammad Leo Toyad…saya rasa ada kedamaian dalam 
Islam…" itulah jawapan spontan bekas Menteri Pelancongan ketika 
ditanya bagaimana beliau tertarik memeluk agama Islam. 




Perihal Datuk Seri Dr Muhammad Leo Toyad Abdullah memeluk Islam 
bukannya perkara yang hendak diperbesarkan tetapi ceritanya yang 
ingin bersama Islam sejak berada dalam kabinet itu tidak pernah 
diberitahu pada sesiapa pun. 




Beliau hanya memendam rasa dan keinginannya sejak sekian lama 
sehinggalah pada tarikh 17 Jun 2006 Dr. Muhammad Leo mengambil 
keputusan untuk di'Islam'kan oleh Iman Besar Negeri Sarawak. 




Pada mulanya beliau yang masih lagi panggil oleh rakan-rakan sebagai 
Dr. Leo agak segan menceritakan hal itu kerana menganggap terlalu 
peribadi, namun akhirnya menjawab juga beberapa soalan. 




Dr. Leo, sebelum ini beragama Roman Khatolik mempunyai seorang isteri 
dan empat orang anak yang sudah menjangkau umur lebih 18 tahun. 




"Mereka tidak bersama saya…" jawab kepada Agendadaily semasa 
berbual dengannya di bangunan Parlimen ketika ditanya samada isteri 
dan anak-anaknya ikut sertai Islam. 




Beliau yang juga Ahli Parlimen P212 Mukah mengakui tertarik dengan 
Islam kerana ramai dikalangan ahli keluarganya telah memeluk Islam. 




Sebagai seorang baru dan tidak tahu tentang Islam, Dr. Leo kini 
sedang mendalami pengajian Al-Quran dan hukum hakam Islam melalui 
seorang ustaz. 




"Saya juga seperti biasa menunaikan solat di masjid dan surau serta 
mengikuti pengajian di majlis ilmu yang adakan di masjid-masjid," 
katanya. 




Disamping itu, Dr. Leo juga membaca buku-buku mengenai Islam, membaca 
sebutan ayat-ayat Al-Quran dengan betul dan turut menggunakan tape 
dan CD. 




Dr. Leo dilahirkan di Mukah, Sarawak pada 11 April 1950, mendapat 
pendidikan awal di SRB St. Patrick Mukah pada tahun 1957 kemudian 
meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah di SMB St. Patrick Mukah 
pada tahun 1963, SMK Three Rivers Mukah pada 1968 dan SMK Tanjong 
Lobang Miri pada 1969. 




Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya (UM) 
dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri pada 
tahun 1976. 




Pada tahun 1977 Dr. Leo telah memulakan tugas sebagai Pegawai 
Perubatan dan Kesihatan di Jabatan Kesihatan Sarawak dan sekali lagi 
kembali ke UM kemudiannya berjaya menerima Ijazah Sarjana Kesihatan 
Awam pada tahun 1981. 




Bergiat aktif dalam politik setelah menyertai Parti Pesaka Bumiputera 
Bersatu (PBB) Cawangan Kampung Tellian Tengah / Ulu, Mukah pada 
tahun1980. 




Kini sebagai Ketua PBB Cawangan Kampung Tellian Tengah / Ulu, Mukah, 
Ketua Bahagian Limbang dan Naib Presiden PBB Pusat. 




Beliau juga terlibat dalam pelbagai aktiviti sosial. Beliau kini 
adalah Pengerusi Saberkas Sarawak sejak 1998, Penaung dan ahli seumur 
hidup Persatuan Melanau Miri sejak tahun 1989, Presiden Persekutuan 
Melanau Sarawak semenjak tahun 2004 dan Penasihat Persatuan Bolasepak 
Bahagian Mukah sejak tahun 1998. 




Pada tahun1982, Dr. Leo telah meninggalkan tugasnya di Jabatan 
Kesihatan Sarawak untuk bertanding mewakili Barisan Nasional di 
kerusi Parlimen Mukah dan memenangi kerusi tersebut buat kali 
pertamanya. 




Dr. Leo juga terus berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai Ahli 
Parlimen kawasan Mukah untuk tahun-tahun pilihan raya 1986, 1990, 
1995, 2004 dan 2008. 




Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Luar Negeri semasa Datuk Seri 
Abdullah Ahmad Badawi sebagai Menterinya.- 11/7/2008 

 http://agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?
id=com.tms.cms.article.Article_dc758610-cabec5bb-12f50470-43ef7b1f

----------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------
Palestine:
Gesaan sumbangan RM1.00 satu kepala
      RM1 setiap bulan kepada Palestin 

Masukkan derma anda ke dalam akaun: 
'Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia’ 
Bank Islam Malaysia - No. Akaun 12113010005797
Maybank - No. Akaun 562209608847

Shalom,
Tawangalun.


------------------------------------

Post message: [EMAIL PROTECTED]
Subscribe   :  [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe :  [EMAIL PROTECTED]
List owner  :  [EMAIL PROTECTED]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke