http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0916&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm

Perancis haramkan burqa

PARIS 15 Sept. - Senat Perancis hari ini meluluskan rang undang-undang 
mengharamkan pemakaian burqa dan niqab di tempat awam di negara ini, tindakan 
yang dilihat sebagai simbol melindungi nilai-nilai Perancis.

Sebanyak 246 anggota Senat mengundi menyokong rang undang-undang tersebut 
berbanding hanya satu menentang, dan ia kini menunggu kelulusan daripada 
pemerhati Perlembagaan Perancis sebelum rang undang-undang pengharaman 
pemakaian burqa dan niqab itu menjadi satu undang-undang.

Penduduk Islam percaya, undang-undang berkenaan merupakan satu tamparan baru 
buat agama kedua terbesar di negara ini di mana rumah ibadah seperti masjid, 
dilihat sebagai sasaran kebencian.

Bagaimanapun, pihak yang menyokong rang undang-undang itu berkata, 
undang-undang itu akan memelihara nilai-nilai Perancis, termasuk asas 
sekularnya dan tanggapan persaudaraan yang bercanggah dengan golongan yang 
menutup muka mereka.

Dalam satu usaha untuk menghalang sebarang bantahan terhadap alasan 
undang-undang itu mungkin menyekat kebebasan beragama, pemimpin di kedua-dua 
Dewan Parlimen meminta satu badan khas iaitu Majlis Perlembagaan meluluskannya 
dalam tempoh sebulan.

Sebagai langkah keselamatan, perkataan 'wanita', 'Islam' dan 'niqab' tidak 
disebut pada mana-mana bahagian dalam rang undang-undang yang mengandungi tujuh 
artikel tersebut.

"Undang-undang ini adalah hasil perdebatan kompleks yang panjang," kata 
Presiden Senat, Gerard Larcher dan Ketua Perhimpunan Kebangsaan, Bernard 
Accoyer dalam satu kenyataan bersama ketika mengumumkan keputusan itu.

Perancis menjadi negara pertama di Eropah meluluskan undang-undang seumpama 
itu, walaupun negara-negara lain seperti Belgium sedang menimbangkan untuk 
melaksanakan undang-undang yang sama, selepas ia dilihat bercanggah dengan 
budaya tempatan.

Sementara itu, keputusan Perancis tersebut mendapat bantahan kuat daripada 
Majlis Ulama Indonesia atas alasan pemakaian burqa dan niqab di kalangan wanita 
Asia Barat adalah sebahagian budaya dan kepercayaan mereka.

"Sekiranya Parlimen Perancis mahu memperjuangkan hak asasi kemanusiaan, ia 
perlu membenarkan wanita memakai burqa dan niqab di tempat awam.

"Jika ia dibuat atas sebab-sebab keselamatan, persoalannya ialah setakat mana 
ancaman yang boleh ditimbulkan oleh wanita memakai burqa?," kata pengerusi 
majlis, Amidhan. - AP/AFP






[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: [email protected]
Subscribe   :  [email protected]
Unsubscribe :  [email protected]
List owner  :  [email protected]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke