Refleksi : Mujur sekali tidak mendarat lemas.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1105&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_03.htm
A380 Qantas mendarat cemas
Kakitangan teknikal memeriksa enjin pesawat Qantas Airways A380 yang
rosak sehingga terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang
Antarabangsa Changi di Singapura, semalam. - REUTERS
--------------------------------------------------------------------------
SINGAPURA 4 Nov. - Sebuah pesawat Airbus A380, milik Qantas Airways melakukan
pendaratan cemas di republik ini hari ini selepas mengalami kerosakan enjin
semasa berada di ruang udara Indonesia, dalam insiden kecemasan pertama
penerbangan melibatkan pesawat superjumbo itu.
Pesawat dua tingkat yang berlepas dari Singapura menuju ke Sydney dengan
membawa 433 penumpang itu terpaksa membuang bahan bakar di ruang udara
Indonesia, sebelum berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di
sini dan badannya mengeluarkan asap.
Enam kereta bomba menyemburkan cecair pada pesawat A380 itu sebaik-baik sahaja
ia mendarat pada pukul 11.45 pagi.
Pesawat itu kelihatan kehilangan penutup sebuah enjin di sayap kiri dan
bahagian tersebut nampak hitam, menurut seorang wartawan AFP.
Serpihan pesawat, termasuk apa yang kelihatan seperti sebahagian ekor jet
Qantas ditemui di pekan Batam, Indonesia selepas bunyi letupan di udara
dilaporkan kedengaran di bumi.
"Saya tidak melihat pesawat terhempas tetapi mendengar satu bunyi letupan kuat
di udara. Serpihan-serpihan logam berguguran dari udara di sebuah kawasan
perindustrian di Batam," kata seorang saksi, Noor Kanwa.
Seorang jurucakap Qantas Airways di Australia berkata, pesawat itu membawa 433
penumpang dan 26 krew dan semuanya selamat tanpa sebarang kecederaan.
Qantas yang tidak pernah mengalami nahas maut dalam sejarahnya selama 90 tahun
berkata, tidak ada pesawatnya terhempas di Indonesia tetapi semua penerbangan
Airbus A380 miliknya digantung buat sementara waktu berikutan insiden tersebut.
Penerbangan komersial pertama Airbus A380, milik Singapore Airlines adalah
mengikut laluan Singapura-Sydney yang sama pada Oktober 2007.
Sejak itu, masalah bahan bakar dan komputer menyebabkan perkhidmatan beberapa
Airbus A380 iaitu pesawat penumpang terbesar di dunia, digantung. - AFP
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------------------
Post message: [email protected]
Subscribe : [email protected]
Unsubscribe : [email protected]
List owner : [email protected]
Homepage : http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/proletar/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
[email protected]
[email protected]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[email protected]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/