Salam


Dulu pernah saya tegur saudara..  Jangan membazir kerana larangan Allah SWT 
dalam al-Quran :

[17.27] Sesungguhnya orang-orang yang boros ( membazir ) itu adalah 
saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat 
kufur kepada  Tuhannya. 


Lalu ditegur saudara tersebut... Tak elok mengkafirkan orang..

Hmm.. Yang saya bacakan itu ayat Allah SWT di petik dari al-Quran...

Yang mempersaudarakan pembazir dengan Syaithan adalah Allah  SWT..
Dan yang mengkafirkan Syaithan itu juga, Allah SWT...

Saya HANYALAH penyampai sahaja... 

[10.99] Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat 
manusia beriman), jika Tuhanmu  menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia 
yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang 
yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula 
hendak 
memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman? 


WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri

Video Suami Isteri Mencuri di sini ( 
http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/attachments/folder/524074852/item/list
 )

TV Selangor ( http://www.youtube.com/watch?v=oflMQsGVnS0 )
Surat Setiausaha UMNO Kapar kepada Semua Ketua Cawangan UMNO Kapar...( 
http://www.youtube.com/watch?v=GfrH3Sv6oZE )
Sabri Chick dan Hudud ( 
http://www.youtube.com/watch?v=O6sEgZZM6Vc&feature=related  )
Khairi Dan Hudud  (http://www.youtube.com/watch?v=3rLX2FOL4Po )

===================================================

From: ridzuan nauzdir <wan...@yahoo.com>
Subject: [penawarku] KHUTBAH JUMAAT yang perlu dijadikan renungan kepada semua

RAKAMAN KHUTBAH 18 MAC 2011:

Disampaikan oleh Ust Johari Abdul Wahab di Masjid Asy Syarif Meru Klang

bertajuk"Orang yang Paling Dasyat Diazab Dalam Neraka"
(15minit 30saat).

Semoga Bermanfaat.

http://www.4shared.com/audio/D1CtTsAJ/20110318_-_Ust_Johari_Abdul_Wa.html
 
www.mediafire.com/?tawgf7h24rzgi02


===================================================

Nabi SAW ada bersabda, ’jangan membazirkan air, waima kamu di sungai yang 
mengalir’
Salah seorang sahabat bertanya, ’Wahai Rasulullah, apakah membazir pun boleh 
berlaku pada wudu?"
Jawab Nabi SAW"ya.. Pada semua perkara boleh berlaku pembaziran" 



http://g-82.blogspot.com/2009/12/jangan-membazir-waima-berwudu.html


From: Anna Annisa <akma...@gmail.com>

Germany is a highly industrialised country. It produces top brands like Benz, 
BMW, Simons etc. The nuclear reactor pump is made in a small town 

in this  country. In such a country, many will think its people leads a 
luxurious life. At least that was my impression before my study trip. 

  
When I arrived at Hamburg, my colleagues who work in Hamburg arranged a welcome 
party for me in a restaurant. As we walked into the restaurant, 

we noticed that a lot of tables were empty. There was a table where a young 
couple was having their meal. There were only two dishes and two cans of beer 
on 
the table. I wondered if such simple meal could be romantic, and whether the 
girl will leave this stingy guy. 

  
There were a few old ladies on another table. When a dish is served, the waiter 
would distribute the food for them, and they would finish every bit of the food 
on their plates. 

  
We did not pay much attention to them, as we were looking forward to the dishes 
we ordered. As we were hungry, our local colleague ordered more food for us. 

As the restaurant was quiet, the food came quite fast. Since there were other 
activities arranged for us, we did not spend much time dining. When we left, 
there were still about one third of unconsumed food on the table.
 
When we were leaving the restaurant, we heard someone calling us. We noticed 
the 
old ladies in the restaurant were talking about us to the restaurant owner. 
When 
they spoke to us in English, we understood that they were unhappy about us 
wasting so much food. We immediately felt that they were really being too 
busybody. 

  
"We paid for our food, it is none of your business how much food we left 
behind," my colleague Gui told the old ladies. 

  
The old ladies were furious. One of them immediately took her handphone out and 
made a call to someone. After a while, a man in uniform claimed to be an 
officer 
from the Social Security organisation arrived. Upon knowing what the dispute 
was, he issued us a 50 Mark fine. 


 
We all kept quiet. The local colleague took out a 50 Mark note and repeatedly 
apologised to the officer. 

  
The officer told us in a stern voice, "ORDER WHAT YOU CAN CONSUME, MONEY IS 
YOURS BUT RESOURCES BELONG TO THE SOCIETY. THERE ARE MANY OTHERS IN THE WORLD 
WHO ARE FACING SHORTAGE OF RESOURCES. YOU HAVE NO REASON TO WASTE RESOURCES." 

  
Our face turned red. We all agreed with him in our hearts. The mindset of 
people 
of this rich country put all of us to shame. WE REALLY NEED TO REFLECT ON THIS. 
We are from country which is not very rich in resources.
 
To save face, we order large quanitity and also waste food when we give others 
a 
treat. THIS LESSON TAUGHT US A LESSON TO THINK SERIOUSLY ABOUT 

CHANGING OUR BAD HABITS. 
  
My colleague photostated the fine ticket and gave a copy to each of us as a 
souvenir. All of us kept it and pasted on our wall to remind us that we shall 
never be wasteful. 

  ====================================================


From:Saad, Shukri [mailto:shukri.s...@honeywell.com] 
Subject: Syaitan itu kreatif !  
 
Pernah satu ketika saya diminta belajar daripada syaitan oleh seorang yang 
ulama 
yang dihormati. Saya terkejut. Benarkah ini? 

“Belajar tentang kreativiti dan inovasi syaitan menyesatkan manusia,” jelasnya.

Saya tersenyum. Ada kebenarannya.  Syaitan begitu kreatif mencipta dan 
mempromosi kejahatan. Ada-ada sahaja  cara dan jalannya. Tidak pernah kaku, 
jarang yang beku. Sentiasa ligat  dan cepat. Sentiasa ada pembaharuan. 
Malangnya, acapkali orang yang  memperjuangkan kebenaran… tidak se’dinamik’ 
dia. 
Tumpul kreativiti dan  beku inovasi. Asyik-asyik yang semacam itu juga. 


Begitulah. Semoga kisah dialog di  bawah boleh dijadikan cabaran untuk minda 
bagi terus memperjuangkan  kebenaran. Kita mesti lebih kreatif daripada syaitan!

KISAH TIDAK LAMA DULU


Bertemu dengannya dahulu merupakan satu penghormatan. Apa tidaknya, dia sudah 
berubah – ke arah kebaikan.
“Mengapa tiba-tiba?” tanya saya.
“Hidayah bang…” jawabnya sidia pendek.
“Bagaimana dengan segalanya?” Risau saya dengan profesyennya.
“Allah ada. Allah akan membantu segalanya.”
“Syukur,” kata saya perlahan.


Setahun kemudian.



“Lihat ini..” kata seorang sahabat sambil menghulurkan sekeping gambar.
“Betul ke ni?”
“Apa kau ingat ini ‘super-impose’?”
Saya terdiam. Kaku.
“Mana pergi tudungnya?”
“Itu..” tuding jari saya kepada tudung merah di atas kepalanya.
“Itu tudung?”
“Yalah, bertudung tapi tidak menutup aurat.”
“Bertutup tapi terbuka, tahupun…” katanya seakan menyindir. 



Bila kenalan itu pergi, saya tatap sekali  lagi gambar yang ditinggalkan. 
Kesihan saya melihat wajah sidia yang  terbaru. Terasa, betapa kekadang hidayah 
datang dan pergi  berselang-seli. Masih terbayang tangisannya tempoh hari, 
ketika  menceritakan bagaimana terbuka pintu hatinya menginsafi dosa-dosa  
lampau.
“Bang saya insaf bang…“




Lantas, tanpa sesiapa yang  memaksa… dia mengenakan tudungnya. Lengkap, labuh, 
menutup aurat  berpandukan syariat. Tidak jarang, tidak ketat, tidak mengundang 
fitnah  bertandang. Sempurna. Sejuk, mata memandang. Dingin kalbu merasakan.  
Betapa hidayah itu singgah tanpa mengira siapa, di mana dan bila? Dulu  sidia 
terpilih, sekarang kembali tersisih?


Kini tiba-tiba segalanya semacam  ‘ditarik’ kembali. Tudungnya makin singkat. 
Dari mulanya di bawah paras  dada, naik ke paras leher dan akhirnya kembali 
membuka leher, dagu dan…  Paling malang, tingkah yang dulunya mula terjaga, 
kini 
lepas bebas  kembali. Kata sesetengah yang setuju, biarlah… itu lambang Islam  
dinamik. Bertudung tapi masih boleh meliuk-lentuk, terkinja-kinja dan  bersuara 
manja. Yang penting hati… Asal hati baik, tidak mengapa. Yang  penting isi, 
kulit tak apa. Kalau begitu kenapa dulu perlu bertukar  kulit? Insaf dan taubat 
sahajalah, tak payah bertudung litup seperti  kelmarin!

Saya teringat kuliah yang pernah disampaikan oleh seorang ulama satu ketika 
dahulu:
“Syaitan terlalu kreatif…”
Kreatif? Bisik hati saya.
“Kekadang  syaitan tidak menghasut manusia meninggalkan daerah putih menuju 
daerah  hitam… Tetapi dia mengujudkan lebih banyak daerah ‘grey’ – warna  
keperang-perangan, yang hakikatnya bukan lagi kebenaran.”


Terfikir saya, inilah jerangkap kebatilan yang dianggap kebenaran. Topeng  baik 
bagi melempiaskan kejahatan yang dulunya terpendam. Ya, syaitan  terlalu 
kreatif. Ada-ada sahaja ‘was-wasan’ baru yang ditiupkan ke jiwa  insan agar 
meminggirkan jalan Tuhan.

Hasilnya… sekarang kita dapat lihat bagaimana ada gadis bertudung di kalangan 
Mat Rempit. Ada wanita bertudung  yang melalak dengan gaya bebas terbabas dari 
nilai akhlak dan  kesopanan. Atau peragawati bertudung dengan langkah ‘catwalk’ 
dengan  dada, ‘make-up’ galak sambil yang mengundang pesona dan ‘aura’ dosa. 
Dan  
lebih ‘daring’ lagi kita dapat lihat tarian ala-ala gelek oleh gadis  
bertudung… 
Atau sekarang pun sudah ada bunga-bunga munculnya Rockers  wanita bertudung? 
Ah, 
apa ni? Daerah ‘grey’? Atau segalanya sudah hitam,  kelam, kusam.

Teringat juga saya pesan daripada seorang yang saya sangat hormati kerana ilmu 
dan kewarakannya:


“Tudung wanita itu ada empat… tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung 
pada suara, tudung pada hati.”


Apa ertinya?


“Tudung  pada wajah… jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan 
adalah  
pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi. Tudung pada  mata… 
jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah  yang hakiki, 
tidak dipandang, tidak memandang. Tudung pada suara… jangan  dilunak-lunakkan 
dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada  hati… mengingati Allah… 
dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah,  alhamdulillah dan Allahu Akbar…”

“Jangan terlalu ekstrem,” tegur seorang  kawan bila saya lontarkan pandangan 
betapa wanita bertudung masakini  sudah semakin hilang ‘penghormatannya’ (baca 
betul-betul… bukan  ‘kehormatan’). Bagi saya kuantiti orang bertudung meningkat 
tapi  kualitinya merudum.”


“Bukan begitu. Menutup aurat ada tujuannya…  tercapaikah tujuan dengan 
penutupannya. Jika tidak, hakikatnya mereka  masih terdedah,” balas saya 
perlahan.

“Aku tak faham. Maksud kau?”


“Seperti juga solat. Tujuannya mengingati Allah, kesannya pasti dapat mencegah 
kejahatan dan kemungkaran. Begitu maksud Al Quran apabila menjelaskan tujuan 
solat didirikan.”


“Lantas?”


“Jika  solat tidak mencapai tujuan pasti ada sesuatu yang menyimpang. Samalah  
seperti hukum menutup aurat, tujuannya menjaga akhlak dan kehormatan.  Maknanya 
kalau sudah menutup aurat, tetapi masih tercalar akhlak dan  kehormatan… tentu 
ada yang salah dalam penutupannya.”

“Jangan ektreem sangat. Tutup aurat bukan ertinya kita menutup keindahan. Tak 
salah berhias, menarik, cantik.”


"Keindahan mesti didasari oleh kebenaran. Ingat, setiap keindahan tidak 
semestinya satu kebenaran…”


“Jadi kebenaran menolak keindahan?”


“Keindahan itu satu kebenaran!” balas saya cepat.



Ya,  atas alasan bertudung tidak menafikan keindahan pelbagai ‘aksesori’  
ditokok-tambah menjadikan tudung lebih dimertabatkan sebagai ‘fesyen’  orang 
‘baik-baik’ dan orang ‘cantik-cantik’ berbanding syariat wanita  yang beriman!

“Hormati, itukan era transisi” kata seorang sahabat seakan memujuk saya.


“Transisi? Apa maksud mu?”


“Sebelum  lengkap bertudung… err… maksudku menutup aurat, biarlah mereka 
berskaf  
dulu. Tu pun dah baik daripada sebelumnya yang tak menutup kepala  langsung.”


“Transisi, ke arah mana? Aku tidak bercakap tentang orang  yang tak bertudung 
langsung. Tetapi aku bercakap tentang individu yang  dulu tak bertudung, lepas 
tu bertudung, kemudian berskaf sahaja… ini  transisi ke arah mana? Nak 
bertudung 
semula atau nak tak bertudung  semula?”


Dia diam. Bungkam. Marah sayapun kerana sayang.

“Langkah pengalihan mesti diiringi oleh  pengisian. Jangan tutup kepala sahaja, 
tetapi isi kepala yang ditutup  itu dengan ilmu. Mereka yang tidak menghadiri 
majlis lebih 40 hari, hati  menjadi gelap. Kemudian cari kawan-kawan yang 
sehaluan. Penghayatan  agama kita dipengaruhi oleh kawan-kawan kita…”


“Kau kata mereka tidak ada ilmu?’”

“Bukan begitu. Menuntut ilmu mesti  berterusan. When you stop learning, you 
stop 
leading – maksudnya, jika  kita berhenti menuntut ilmu kita akan berhenti 
memimpin.  Sekurang-kurangnya memimpin diri sendiri,” kata saya.


“Sekali lagi. Kau meragui ilmu mereka?”


“Ada sebab untuk aku meraguinya? Maaf, aku pun bukan baik. Tetapi kita tidak 
boleh berdiam melihat kejahilan berkata-kata.”

“Maksud kau?”


“Ada yang berkata, dia  masih menutup aurat kerana dia memakai rambut palsu! 
Bayangkan apa yang  orang begini faham tentang hukum menutup aurat? Pernahkah 
dia mendengar  tafsir Surah An Nur? Pernah dia belajar tafsiran hadis tentang 
aurat wanita Islam? Peliknya, suara semacam ini semakin nyaring sekarang.”

Aku diam. Tafakur. Semua itu imiginasi  untuk tulisan ini semata. Namun itu 
bukan ilusi. Aku tidak pernah punya  kesempatan untuk menuturkannya. Lalu 
Kemudi 
Hati  ini menjadi 


wadahku berbicara. Untuk diri, isteri, anak perempuanku dan  anda wanita-wanita 
Islam semua. Antara syaitan bisu dan syaitan yang  licik berkata-kata, kekadang 
kita jadi semakin bungkam… menjadi  ‘malaikat’ yang diam? Oh, tidak… Rasul 
berpesan: katakan yang benar walaupun pahit! 

 
-- 
Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam Agamaku, Al-Quran  Imamku, Kaabah 
Kiblatku, Solat Kewajipanku, Sekelian Muslimin Saudaraku  dan Ibrahim Al-Khalil 
Datukku. Aku hidup dan mati atas kalimah 'LAA  ILAHA ILLALLAH'
 
Untuk berhenti menerima email dari xkawankux groups, hantarkan e-mel kepada:


====================================================

From: garfield cute..... <fazikr...@yahoo.com>
Subject: RG09... Tauladan Untuk Suami Isteri Yang Selalu Bergaduh

  
Tauladan Untuk Suami Isteri Yang Selalu Bergaduh


Sepasang suami isteri yang sudah menikah selama 7 tahun dan memiliki 3 orang 
anak, terlibat dalam sebuah pertengkaran hebat. Begitu hebatnya pertengkaran 
mereka, sampai akhirnya mereka memutuskan untuk bercerai, mengakhiri kehidupan 
rumah tangga mereka secepat mungkin.


Mereka menemui seorang peguam, untuk melangsungkan perundingan pembahagian 
harta 
sepencarian di antara mereka, perundingan berlangsung lancar dan akhirnya 
sebagian besar masalah dapat diselesaikan, baik tanah, rumah, dan semua aset 
harta mereka dapat dibahagi dan mencapai kepuasan kedua belah pihak.

Hanyasatu hal tidak ditemukan jalan  keluarnya, yaitu mengenai pembahagian anak 
[jangan lupa anak mereka tiga orang].


Baik si suami maupun si isteri, sama sama ingin mengasuh 2 anak, tidak ada yang 
mau mengalah, dan anak tidak mungkin dibelah dua seperti pada Zaman Nabi 
Sulaiman a.s. dulu.


Akhirnya mereka menemui seorang tokoh agama, meminta nasihat bagaimana jalan 
keluar yang harus ditempuh.


Sang Imam akhirnya memberikan jalan keluar yang bijak, yaitu mereka diminta 
menunda perceraiannya selama satu tahun, mereka harus menambah satu orang anak 
selama satu tahun, bila Tuhan mengizinkan perceraian mereka, Tuhan akan 
memberikan tambahan satu anak, total menjadi 4 anak, sehingga mudah untuk 
dibahagi di antara mereka berdua.


Kerana si suami dan si isteri sangat serius untuk bercerai, mereka mengambil 
keputusan berusaha keras untuk menambah anak, dan akhirnya mereka berhasil.


Setahun kemudian, ketika Sang Imam  berjalan jalan, beliau bertemu dengan 
pasangan suami isteri ini, sedang bergandingan tangan dengan mesra, sehingga 
Sang Imam bertanya, :


"Apakah Kalian tidak berhasil menambah anak sehingga kalian batal bercerai?".


Sang Suami lalu menjawab : "Tuhan maha pengasih, Dia memberikan kami tambahan 
anak, tapi sekaligus juga memberikan isyarat agar kami saling memaafkan dan 
saling mengasihi, kami memutuskan untuk tidak bercerai".


"Bagaimana Tuhan memberikan isyaratNya?", tanya Sang Imam.


"Tuhan memberikan kami tambahan anak, bukan satu anak, tapi dua anak,anak 
kembar 
!!".


Beberapa hikmah:


1.      Menunda tindakan negatif sering bermanfaat, apalagi ketika seseorang 
sedang dikuasai emosi. Ada baiknya jika kita sedang marah kita menunda sesuatu 
yang ingin kita lakukan. Betapa banyak penghuni penjara yang menyesal: mengapa 
ketika marah memukuli  isteri/anak/dsb sampai tewas....


2.      Mampu mengendalikan marah [emosi] adalah kunci kebaikan,sehingga nabi 
saw menekankan  laa taghdhab  [jangan marah] kepada sahabatnya. 




3.      Kisah diatas menunjukkan kasih sayang Allah, tetapi ada yanglebih baik 
daripada kisah di atas yaitu pasangan suami isteri yang selalu berhasil mereda 
pertengkaran mereka. Mungkin keluar rumah meninggalkan isteri/suami yang marah 
untuk sebentar kemudian kembali membawa buah tangan/peralatan baru kesukaannya 
akan membuatnya tersenyum, meminta maaf dan berfikir betapa baiknya 
suaminya/isterinya.


4. Pertengkaran itu lumrah rumah tangga.  Dengan pertengkaranlahmembuat 
keharmonian semakin terasa nikmat.  Orang bijaksana akan menikmati pertengkaran 
dan masa-masa setelahnya dengan tetap mengendalikan suasana agar tidak sampai 
keluar dari sunnah Nabi saw. Karena pertengkaran itu seperti api: sedikitnya 
bermanfaat tetapi besar dan luasnya
membinasakan.


.sampaikanlah ilmu walaupun hanya satu ayat.......muhasabahlah diri sendiri 
sebelum muhasabah diri orang lain...........
====================================================

[3.139] Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan 
menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan 
menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh 
dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) 
beriman. 


http://halaqah.net/v10/index.php?topic=35.0


From: Anna Annisa  <akma...@gmail.com>
Subject: Fwd: FW: 10 things to learn from Japan






10 things to learn from Japan

1. THE CALM
Not a single visual of chest-beating or wild grief. Sorrow itself has been 
elevated.
 
2. THE DIGNITY
Disciplined queues for water and groceries. Not a rough word or a crude gesture.
 
3. THE ABILITY
The incredible architects, for instance. Buildings swayed but didn’t fall.
 
4. THE GRACE
People bought only what they needed for the present, so everybody could get 
something.
 
5. THE ORDER
No looting in shops. No honking and no overtaking on the roads. Just 
understanding.
 
6. THE SACRIFICE
Fifty workers stayed back to pump sea water in the N-reactors. How will they 
ever be repaid?
 
7. THE TENDERNESS
Restaurants cut prices. An unguarded ATM is left alone. The strong cared for 
the 
weak.
 
8. THE TRAINING
The old and the children, everyone knew exactly what to do. And they did just 
that.
 
9. THE MEDIA
They showed magnificent restraint in the bulletins. No sensationalizing. Only 
calm reportage.
 
10. THE CONSCIENCE
When the power went off in a store, people put things back on the shelves and 
left quietly 

 
This makes the nation great.

====================================================


----- Forwarded Message ----
From: muhamad agus syafii <agussya...@yahoo.com>
Subject: [penawarku] Hati Seorang Suami


Hati Seorang Suami

By: M. Agus Syafii

Pernah  di Rumah Amalia seorang Ibu bertutur tentang ketulusan hati suaminya.   
Kehidupannya selama ini dikatakan mengalir dengan mudah. Dirinya bekerja  
diperusahaan swasta nasional yang bonafit dengan posisi jabatan yang  cukup 
lumayan karena posisi inilah ia sering melakukan perjalanan keluar  kota. Dalam 
setiap bulan bisa dua atau tiga kali penerbangan dan setiap  bepergian bisa 
tiga 
hari. Praktis suami dan anak ditinggalkannya  sehingga bagi suami dan anaknya 
tidak pernah mempermasalahkan aktifitas  kerjanya. Selama lima tahun 
perkawinan, 
ia hampir tidak pernah melayani  suami dengan menyediakan air putih atau teh 
hangat, mempersiapkan baju  kerja suami namun suaminya tidak pernah memprotes, 
dia terbiasa  menyiapkan semuanya sendiri.  Kesabaran & pengertian suami inilah 
 
yang malah membuat ia semakin  seenaknya. Setiap minggu senantiasa menunjukkan 
agenda kegiatannya yang  padat dan meminta suami mengurus segala keperluan 
rumah 
tangga, pernah  ia ditegur oleh suami, 'Mama kalo nyuruh ama ayah kok kayak 
nyuruh ama  bawahan ya?'

Terkadang teguran suami dianggap sebagai usaha  menghalangi kariernya. Sampai 
ia 
pernah mengatakan. 'Saya sudah terbiasa  mandiri, tidak ada suami, saya juga 
bisa hidup sendiri.' Mendengar apa  yang diucapkan istri, suaminya malah 
meminta 
maaf bila kata-kata yang  diucapkannya salah. begitulah suaminya dipenuhi 
dengan 
kesabaran &  pengertian. Kemudian pada suatu hari ibu itu mengalami musibah 
terjatuh  ketika berada di kantor disaat sedang berlari, sampai tulangnya 
patah.  
Sampai dirinya segera dibawa ke Rumah Sakit. Kondisis membuatnya tidak  bisa 
bergerak, hanya terbaring lemah. Kakinya terasa sakit yang sangat  luar biasa 
bila digunakan untuk menggeser sedikit aja. Disaat kondisi  seperti inilah ia 
mendapatkan tamparan atas  kesombongannya selama ini. Suaminya dengan penuh 
kesabaran membantunya,  terutama ketika BAB ditempat tidur. Sehari di rumah ia 
masih sombong an  selalu mengeluh namun suami tidak berkata apapun. Dengan 
sabar 
sang  suami memandikan, memijat punggung dan membesarkan hati istrinya. 


Air  mata sang ibu mengalir, saya mendengarkannya. Sementara suami duduk  
disampingnya dan memangku sang buah hati. Terlihat rintik hujan  membasahi 
jalanan. DI Rumah Amalia terlihat anak-anak sedang berlarian.  Ibu melanjutkan 
kisahnya, Pernah suatu ketika ia begitu sangat ingin  buang air besar, ia 
memaksa pergi ke kamar mandi, suaminya melarang,  malah membuatnya marah dan 
mengatakan bahwa suaminya tidak perlu  membantu. Dengan angkuh ia merangkak ke 
kamar mandi dengan menahan rasa  sakit berderai air mata, tiba-tba sebuah 
tangan 
merengkuh &  memeluknya. Ia terkejut melihat suaminya meneteskan air mata. 'Ma, 
saya  tidak akan pernah keberatan membantu mama sekalipun mama sudah  tidak 
berdaya & maut  menjemput sekalipun, ayah hanya berharap mama  lebih sabar & 
ikhlas. Aku mohon ma, bersyukurlah karena hanya lutut  yang cidera.' Suaminya 
kemudian menggendongnya ke tempat tidur,  mengambil pispot dan membantu BAB 
tanpa jijik. Sang istri menangis dan  memohon ampun kepada Allah Subhanahu Wa 
Ta'ala, 'Ya Allah, ampunilah  hambaMu ini yang tidak pernah mensyukuri apa yang 
telah Engkau  anugerahkan kepadaku, Engkau berikan suami yang sabar & penuh  
pengertian serta anak yang lucu.'

Disaat itulah ia menangis  dibahu suaminya. 'Yah, maafkan mama ya..Bantu mama 
menjadi istri &  ibu yang baik.' Sejak peristiwa itu telah membuat mata beliau 
terbuka  betapa hati seorang suami betapa hangat penuh kasih sayang dan ikhlas. 
 
Anaknya yang masih kecil juga sudah mengerti apa yang sedang terjadi.  Segera 
memeluk dan menciumi pipi mamanya. Ujian & cobaan yang telah  dilalui 
menyadarkan betapa Allah Maha Besar telah  menganugerahkan kebahagiaan untuk 
dirinya, suami dan sang buah hatinya.  Tiada henti sang ibu memanjatkan puji 
syukur kehadirat Allah karena  telah diberikan suami yang penuh pengertian & 
anaknya yang manis  serta lucu.

Wassalam,
M. Agus Syafii
-
Yuk, hadir di  kegiatan 'Amalia Bersyukur' Ahad, 20 Maret 2011, di Rumah 
Amalia. 
Bila   berkenan berpartisipasi dg menyumbangkan buku2, Majalah, Komik, Novel,  
Cerpen,Kaset VCD, CD, DVD ( ISLAMI ), IPTEK, buku Pelajaran, peralatan  
sekolah, 
baju layak pakai. silahkan kirimkan ke Rumah Amalia.  Jl.  Subagyo IV blok ii, 
no. 24 Komplek Peruri, Ciledug. Tangerang 15151.  Dukungan & partisipasi anda 
sangat berarti bagi kami. Info:  agussya...@yahoo.com atau SMS 087 8777 12  
431,http://agussyafii.blogspot.com/

====================================================

From: Abdul Rahim Him <fizh...@yahoo.com>
Subject: Fw: Kes Tumbuk Guru-Siapa Yang Bersalah

Kes Tumbuk Guru-Siapa Yang Bersalah

Berlaku  di daerah Dungun, Seorang guru lelaki tidak menyangka tindakannya  
menerima pelawaan bapa muridnya ke rumah membawa padah apabila ditumbuk  dua 
kali di muka selain disepak.Guru berusia 43 tahun itu juga diacukan  pisau 
berikutan bapa terbabit naik angin apabila mengetahui mangsa  menampar anaknya.


Penyebab  bagi insiden tersebut adalah  kerana guru terbabit menampar pipi dan 
memulas telinga pelajar terbabit  yang didakwa memberikan isyarat lucah kepada 
salah seorang murid tahun 6  di sekolahnya selepas keluar dari makmal.


Atas  sebab tindakan ingin "mengajar" anak murid, guru yang tidak mahu  
dikenali 
pula dibelasah bapa pelajar tersebut.Apakah rasionalnya  tindakan bapa pelajar 
itu?


Kejadian  ini bukan baru pertama kali terjadi,dan dari senario yang kami lihat, 
 
kebanyakan ibu bapa lebih banyak menyokong tindakan luar kawalan anak  mereka 
dengan menganggap anak mereka berperwatakan baik di sekolah dan  bukan 
sebaliknya.


Ini membuatkan  pelajar-pelajar sekolah semakin "naik lemak" apabila mengetahui 
keluarga  mereka akan menyokong mereka walau apa-pun terjadi atas sebab 
perbuatan  pelajar tersebut di sekolah. Takkan tak tahu, guru adalah umpama 
bapa  
atau ibu kepada pelajar semasa di sekolah.


Wajarlah  jika mereka melakukan kesalahan, mereka menerima hukuman. Namun  
sekarang, guru-guru tidak lagi dihormati.Tidak semasa zaman kami  
dahulu.Ibu-bapa pada zaman dahulu lebih menitik beratkan perasaan hormat  dan 
memandang tinggi profession guru sebagai pendidik anak-anak mereka.


Pada  masa dahulu, usahkan hendak membalas, hendak mengadu kepada keluarga  
bila 
kena hukum dengan guru pun, tidak berani untuk diluahkan.Kerana,  ibu bapa 
beranggapan sekiranya anak mereka dihukum, ini bermakna anak  mereka memang 
melakukan kesalahan.


Tidak  ada guru yang ingin menghukum anak muridnya tanpa ada asas-asas yang  
kukuh. Dalam kes di atas, menunjukkan isyarat lucah bukanlah sesuatu  yang 
boleh 
dibiarkan. Lebih-lebih lagi, perbuatan anak menjadi cermin  kepada sikap dan 
keperibadian keluarga pelajar tersebut sendiri.


Jika  kita sendiri sebagai ibu-bapa, melihat anak kita yang berusia 8 tahun  
sudah pandai memberi isyarat lucah, adakah kita hanya akan tersenyum  gembira 
dengan perbuatan mereka? Anda fikirkanlah sendiri.


Pada  pendapat kami, KPM selepas ini patut mewujudkan silibus atau modul  
mempertahankan diri untuk guru-guru mereka.Pada zaman ini,  berkemungkinan 
ianya 
amat diperlukan.


Pendapat anda, siapakah yang patut dipersalahkan?

====================================================

====================================================

====================================================

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke