Inilah yang namanya kompomi tingkat tinggi; dimana akhirnya yang RUGI adalah 
rakyat yang gak ngerti apa apa.


--- In proletar@yahoogroups.com, "sunny" <ambon@...> wrote:
>
> Refl: Pertemuan dagang sapi dan kucing dalam karung?
> 
> http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0602&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_03.htm
> 
> Megawati akhirnya bertegur sapa dengan Susilo
> 
> Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
> saharudin.musthafa@...
> 
> 
> 
> 
> Susilo Bambang Yudhoyono dan isteri Ani Yudhoyono (kanan) disambut bekas 
> Presiden, Habibie dan Megawati Sukarnoputri (kiri) di Jakarta, semalam. - AFP 
> 
> --------------------------------------------------------------------------------
> 
> 
> 
> JAKARTA 1 Jun - Bekas Presiden Indonesia, Megawati Sokarnoputri akhirnya 
> secara rasmi menyapa musuh politiknya, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pada 
> sambutan Hari Pancasila di sini hari ini.
> 
> "Yang Amat Berhormat Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono.," kata 
> Megawati ketika memulakan ucapannya.
> 
> Sebilangan besar tetamu yang menghadiri majlis berkenaan di Parlimen hari ini 
> saling tersenyum sesama mereka sebaik Megawati berbuat demikian.
> 
> Pada majlis berkenaan, Susilo yang ditemani isterinya, Ani Yudhoyono turut 
> tersenyum sebagai reaksi terhadap salam yang diucapkan oleh Megawati.
> 
> Sebelum acara itu bermula, kedua-dua mereka turut bersalaman ketika bersemuka.
> 
> Kehadiran Megawati ke Hari Pancasila itu juga disambut dengan tepukan oleh 
> ahli Parlimen serta tetamu-tetamu lain.
> 
> Selain Megawati, bekas Naib Presiden Indonesia iaitu Jusuf Kalla, Hamzah Haz 
> dan Try Sutrisno turut hadir menyaksikan majlis bersejarah deklarasi 
> Perlembagaan negara itu yang diperkenalkan oleh Presiden pertama Indonesia, 
> Sukarno 65 tahun lalu.
> 
> Susilo juga dilihat berbual dengan Speaker Dewan Perwakilan Rakyat, Taufik 
> Kiemas yang juga suami Megawati ketika nama Megawati diumumkan berada dalam 
> senarai tetamu yang hadir.
> 
> Bagi Taufik, beliau sangat gembira melihat isterinya yang juga Ketua Umum 
> Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan akhirnya bersalam dengan Susilo.
> 
> "Bagaimanapun, jangan sesekali memeluk isteri saya, saya akan jadi marah," 
> kata Taufik dalam nada berseloroh.
> 
> Itu merupakan pertemuan pertama antara dua tokoh pemimpin negara sejak 
> kedua-duanya bersaing merebut kerusi Presiden Indonesia pada pilihan raya 
> umum tahun 2009.
> 
> Hubungan dingan antara kedua-duanya terjadi apabila Susilo membuat keputusan 
> untuk bertanding kerusi Presiden pada tahun 2004 dengan mengasaskan Parti 
> Demokratik.
> 
> Sebelum era tersebut, Susilo merupakan orang paling dipercayai oleh Megawati 
> sehingga diberi tanggungjawab memegang jawatan menteri dalam kabinetnya.
> 
> Sebaik Susilo membuat keputusan untuk melawan Megawati pada pilihan raya itu, 
> hubungan mereka berdua sekali gus bertukar menjadi 'musuh'.
> 
> Sejak itu, kedua-dua pemimpin berkenaan jarang kelihatan menghadiri acara 
> yang sama atau bercakap antara satu sama lain. - Utusan
> 
> 
> [Non-text portions of this message have been removed]
>




------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke