Salam
Yang pasti sesat.. Mereka yang menetang hukum Allah SWT...

HR Termizi : 
Umar ra berkata : 
Rasul SAW merejam, Abu Bakar merejam, aku pun merejam. 
Kalau tidak kerana tidak mahu menambah kitab Allah, tentulah aku sudah 
menulisnya dalam mushaf. 
Sesungguhnya, aku takut kaum selepasku akan menjadi KAFIR kerana tidak 
mendapatinya dalam kitab Allah. 
(Himpunan Hadith Hukum Hudud - ms 85)
Yang pasti menyesatkan.. Fatwa dari mereka yang bodoh/jahil..


Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. 
berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak 
mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari 
(dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan 
mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang 
ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka.Maka 
apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu 
pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain." 
H.R. Muslim



Jelas tercatit untuk kes rogol :
Hadis ini dengan jelas menunjukkan bahawa Nabi melayani dan menerima aduan 
mangsa, menyiasat kebenarannya dan seterusnya menjatuhkan 
hukuman, meskipun aduan mangsa yang mendakwa dirinya dirogol seseorang, 
dilakukan tanpa mengemukakan empat saksi.

Adalah jelas, Nabi tidak terus mensabitkan kesalahan qazaf ke atas wanita itu 
disebabkan beliau mengadu seseorang merogolnya tanpa mengemukakan empat 
saksi.



WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri





________________________________
From: zulfahmi zainal <zulfahmiha...@yahoo.com.my>



  
assalammualaikum sahabat, banyak2 istighfar.....

 
ISLAM DULU KINI DAN SELAMANYA


________________________________
From: hamden yahaya <mrla...@yahoo.com>
Subject: Re: [Idaman_Group] HUDUD CIPTAAN PAS MEMBUKTIKAN PAS PARTI SESAT 
MENYESATKAN


  
ertinya, HUKUM HUDUD ciptaan PAS tidak merujuk jumhur ulama Malaysia/Dunia 
Muslim. Apakah HUKUM HUDUD ciptaan PAS itu cuma MANIPFESTO untuk memikat 
pengundi pilihanraya sahaja


________________________________
From: nizam penang <nizam_bgc...@yahoo.com>
Subject: [Idaman_Group] HUDUD CIPTAAN PAS MEMBUKTIKAN PAS PARTI SESAT 
MENYESATKAN


  




"Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan 
orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. (Al-Baqarah 2:269)

Berikut ini di nukilkan sebahagian dari Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah 
Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud):

BAHAGIAN III

Keterangan

39. Bagaimana membukti kesalahan. En. 2/91.

(1) Kecuali jika ada percanggahan dengan peruntukan yang ada dalam Enakmen ini, 
maka Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah 1991 hendaklah dipakai untuk 
membuktikan kesalahan-kesalahan di baawah Enakmen ini.

(2) Semua kesalahan di bawah Enakmen ini samada kesalahan hudud atau kesalahan 
qisos, atau kesalahan ta'zir, hendaklah dibuktikan dengan keterangan lisan atau 
iqrar yang dibuat oleh tertuduh.

40. Bilangan saksi

(1) Bilangan saksi-saksi yang dikehendaki untuk membuktikan semua kesalahan di 
bawah Enakmen ini melainkan zina, hendaklah sekurang-kurangnya dua orang.

(2) Bilangan saksi-saksi yang dikehendaki untuk membuktikan kesalahan zina 
hendaklah tidak kurang daripada empat orang.

41. Syarat-syarat menjadi saksi

(1) Tiap-tiap orang saksi hendaklah terdiri daripada seorang lelaki Islam yang 
akil baligh dan hendaklah seorang yang adil.

(2) Seseorang itu adalah dianggap adil jika ia menunaikan apa-apa yang disuruh 
oleh Islam dan menjauhi daripada dosa-dosa besar serta tidak mengekalkan 
dosa-dosa kecil dan juga mempunyai isti'mal al-muru'ah, (perasaan dan pendirian 
menghormati diri).

(3) Seseorang itu adalah dianggap adil, sehingga sebaliknya dibuktikan.

42. Keadaan keterangan

(1) Untuk membuktikan tuduhan terhadap tertuduh dan menyebabkan dia boleh 
dihukum dengan hukuman hudud atau qisos, keterangan yang diberi hendaklah 
benar-benar terang dan tidak ada apa-apa kesamaran dan keraguan.

(2) Tiap-tiap saksi hendaklah dengan terang menyatakan bahawa dia benar-benar 
melihat perbuatan yang didakwakan itu dan dalam kes zina pula keempat-empat 
orang saksi itu hendaklah menyatakan bahawa mereka benar-benar melihat 
kemasukan zakar ke dalam faraj perempuan pasangan yang bersetubuh itu dengan 
juga hendaklah jangan ada perselisihan dan pertelingkahan di antara saksi-saksi 
di dalam keterangan itu.

43. Menarik balik keterangan

(1) Untuk menyebabkan hukuman hudud dikenakan kepada tertuduh setiap saksi itu 
hendaklah berdiri teguh di atas keterangan terhadap tertuduh itu, bukan sahaja 
dalam masa perbicaraan dan selepasnya, tetapi juga ketika hukuman itu 
dilaksanakan, kerana jika keterangan itu ditarik balik sebelum hukuman itu 
dilaksanakan, maka tertuduh itu tidak lagi boleh dikenakan hukuman hudud, dan 
jika keterangan itu ditarik balik ketika tertuduh sedang menjalani hukuman, 
maka hukuman itu hendaklah dengan serta merta diberhentikan.

(2) Dalam kes zina jika seseorang saksi itu enggan memberi keterangan, atau 
memberi keterangan yang berlawanan dengan tuduhan, atau memberi keterangan 
menyokong tuduhan itu tetapi kemudiannya menarik balik keterangan itu, yang 
mana dengan sebab itu bilangan saksi yang menyokong tuduhan itu menjadi kurang 
daripada empat orang, maka tuduhan zina terhadap tertuduh itu tidaklah 
terbukti, dan yang demikian tertuduh itu adalah terlepas daripada dikenakan 
hukuman hudud; tetapi saksi-saksi yang telah memberi keterangan menyokong 
tuduhan itu adalah bersalah kerana melakukan kesalahan qazaf.

44. Iqrar

(1) Sebaik-baik keterangan untuk menyabitkan tertuduh dan menyebabkan dia boleh 
dihukum dengan hukuman hudud ialah iqrarnya sendiri.

(2) Iqrar itu hendaklah dibuat dengan sukarela dan tanpa apa-apa paksaan di 
hadapan seorang pegawai kehakiman dan kemudiannya diulangi di hadapan hakim 
pada masa perbicaraan dijalankan; dan jika perbicaraan itu mengenai kes zina 
maka iqrar itu hendaklah diulangi sebanyak empat kali di hadapan hakim pada 
masa perbicaraan dijalankan:

Dengan syarat bahawa iqrar itu hendaklah dibuat dan diulangi dengan tidak ada 
apa-apa ugutan, janji atau dorongan; dan hendaklah dengan nyatanya membuktikan 
secara terperinci bahawa tertuduh itu benar-benar telah melakukan kesalahan 
yang dengannya dia telah dituduh, dan dia faham bahawa dia akan dihukum kerana 
membuat iqrar.

(3) Iqrar itu hanyalah boleh diterima sebagai keterangan terhadap tertuduh yang 
membuat iqrar itu sahaja, dan tidak boleh digunakan terhadap orang lain; dan 
untuk menjadikannya sah maka iqrar itu hendaklah bukan satu iqrar yang ditarik 
balik.

45. Menarik balik iqrar

(1) Sesuatu iqrar itu boleh ditarik balik oleh tertuduh yang membuatnya pada 
bila-bila masa sahaja; meskipun pada ketika dia sedang menjalani hukuman.

(2) Jika sesuatu iqrar itu ditarik balik sebelum dilaksanakan hukuman ke 
atasnya maka tertuduh itu tidaklah lagi boleh dikenakan hukuman itu, dan jika 
dia menarik balik iqrar itu pada ketika dia sedang menjalani hukuman, maka 
hukuman itu hendaklah dengan serta merta diberhentikan.

(3) Jika pada bila-bila masa sebelum atau pada ketika hukuman dilaksanakan, 
tertuduh itu dapat melarikan diri daripada pihak yang berkuasa, maka dia 
hendaklah dianggap sebagai telah menarik balik iqrar itu; dan yang demikian 
peruntukan subsekseyn (2) hendaklah terpakai.

46. Keterangan qarinah

(1) Kecuali seperti yang diperuntukkan dalam subseksyen (2) dan (3) keterangan 
qarinah walaupun berkaitan hendaklah tidak boleh dijadikan satu cara yang sah 
untuk membuktikan kesalahan hudud.

(2) Dalam perkara zina, kehamilan atau kelahiran anak oleh seseorang perempuan 
yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi keterangan yang boleh mendapatinya 
bersalah melakukan zina dan yang demikian hukuman hudud ke atasnya hendaklah 
dikenakan melainkan jika dapat membuktikan sebaliknya.

(3) Dalam perkara minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, bau minuman 
yang didapati dalam nafas tertuduh itu atau muntahnya yang mengeluarkan arak 
atau sebarang minuman yang memabukkan atau apa-apa kesan darinya, atau 
pemerhatian Mahkamah kepada keadaan tertuduh itu bahawa dia sedang berada di 
dalam keadaan mabuk, hendaklah boleh diterima sebagai keterangan untuk 
membuktikan bahawa dia telah melakukan kesalahan syurb, melainkan jika ia dapat 
membuktikan sebaliknya.

47. Apabila seseorang tertuduh itu tidak boleh dihukum dengan hukuman hudud 
kerana saksi-saksi telah menarik balik keterangan mereka sebagaimana yang 
diperuntukkan di bawah seksyen 43 atau kerana tertuduh itu telah menarik balik 
iqrarnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 45 atau kerana 
keterangan saksi yang ada tidak memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki untuk 
membuktikan kesalahan hudud, maka tertuduh bolehlah dihukum dengan hukuman 
ta'zir, dan mahkamah hendaklah mengambil tindakan untuk menjatuhkan hukuman itu 
sekiranya ada keterangan yang cukup bagi maksud itu.

(Pelaksanaan Hukum Hudud Di Kelantan, halaman 120-125)


Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Alqamah bin Wail al-Kindi daripada ayahnya 
itu, diceritakan kisah seorang wanita dirogol semasa beliau dalam perjalanan 
menuju ke masjid untuk menunaikan solat.

Wanita yang dirogol secara bersendirian itu telah bertindak memaklumkan kepada 
orang ramai yang ditemuinya bahawa seseorang telah merogolnya.

Bertindak di atas perkhabaran wanita malang itu, orang ramai telah berjaya 
menangkap suspek dan menyerahkannya kepada Nabi, setelah disahkan oleh mangsa 
sendiri bahawa suspek itulah orang yang telah merogolnya.

Perbicaraan yang dilakukan oleh Nabi akhirnya memutuskan bahawa suspek 
dikenakan hukuman rejam, kerana telah disabitkan merogol mangsa (akan 
dinyatakan selepas ini bahawa menurut pandangan yang kuat, beliau tidak 
direjam).

Namun, sebelum hukuman dilaksanakan, bangun seorang lelaki lain membuat 
pengakuan bahawa beliaulah sebenarnya yang merogol mangsa, bukannya suspek tadi 
yang telah disahkan sendiri oleh mangsa.

Hukuman akhirnya dijatuhkan ke atas lelaki yang mengaku merogol mangsa, 
manakala suspek dan mangsa rogol yang telah tersilap menuduhnya (suspek) 
merogol, dibebaskan.

Hadis ini dengan jelas menunjukkan bahawa Nabi melayani dan menerima aduan 
mangsa, menyiasat kebenarannya dan seterusnya menjatuhkan hukuman, meskipun 
aduan mangsa yang mendakwa dirinya dirogol seseorang, dilakukan tanpa 
mengemukakan empat saksi.

Adalah jelas, Nabi tidak terus mensabitkan kesalahan qazaf ke atas wanita itu 
disebabkan beliau mengadu seseorang merogolnya tanpa mengemukakan empat saksi.

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi dalam Sunannya dalam Kitab 
al-Hudud, bab Ma Ja'a Fi al-Mar'ah Iza Ustukrihat 'Ala al-Zina (Bab berkenaan 
wanita yang dipaksa berzina), hadis bernombor 1454.

Terjemahan hadis yang diriwayatkan oleh 'Alqamah bin Wa'il al-Kindi daripada 
ayahnya itu, seperti berikut :

“Sesungguhnya [terdapat] seorang wanita telah keluar [dari rumahnya] pada zaman 
Nabi s.a.w [kerana] mahu [mengerjakan] solat [di masjid]. Lalu seorang lelaki 
menemuinya [di tengah jalan] lantas menindih dan merogolnya serta melempiaskan 
hajat [nafsu] nya.

Lantas wanita tersebut bertempik lalu perogolnya melarikan diri. [Selepas itu] 
seorang lelaki menemui wanita tersebut, lalu beliau berkata, “sesungguhnya 
lelaki itu telah melakukan ke atas ku [perkara] demikian [yakni merogolnya]”.

Kemudian wanita itu bertemu pula sekumpulan orang-orang Muhajirin lantas 
berkata,“sesungguhnya lelaki itu telah melakukan ke atasku [perkara] demikian 
[yakni merogolnya].

Memperkosanya

Lalu mereka terus beredar dan menangkap lelaki yang disangka oleh wanita itu 
bahawa dia yang telah memperkosanya, lantas mereka membawanya kepada wanita itu 
seraya dia berkata, “ya, dialah orangnya [yang telah merogolku]”.

Mereka terus membawa lelaki tadi kepada Rasulullah s.a.w. Tatkala Baginda s.a.w 
memerintahkan supaya lelaki itu direjam, bangun seorang lelaki yang 
[sebenarnya] telah merogol wanita itu sambil berkata, “wahai Rasulullah, akulah 
orangnya [yang merogol wanita itu].

Lantas Baginda bersabda kepada wanita itu, “Pergilah, sesungguhnya Allah telah 
mengampunkanmu”. Baginda [seterusnya] berkata kepada lelaki [yang didakwa oleh 
wanita itu sebagai orang yang merogolnya] dengan kata-kata yang baik.

Seterusnya Baginda bersabda kepada lelaki yang [mengaku] merogolnya, “rejamlah 
dia” sambil bersabda, “sesungguhnya dia telah bertaubat [kepada Allah] dengan 
taubat yang jika seluruh penduduk Madinah bertaubat seperti itu, nescaya 
diterima [Allah] daripada mereka [taubat itu]”.

Berkenaan kedudukan hadis ini, Imam Tirmizi berkata, “[hadis] ini hasan gharib 
sahih” (Sunan Tirmizi, jil.6, hlm.35).

Menurut al-Albani, hadis ini adalah hadis sahih dalam kategori hasan (baik) 
kecuali sabda Baginda s.a.w yang berbunyi, “rejamlah dia”.

Menurut al-Albani, berdasarkan pendapat yang kuat, lelaki yang mengaku merogol 
itu tidak direjam (Lihat al-Jami' al-Sahih Sunan al-Tirmizi, jil.4, hlm.56).

Ringkasnya, hadis ini adalah hadis yang sahih yang boleh dijadikan hujjah.
KUPASAN SEKSYEN 41 DAN 42

Seksyen 41 dan 42 menerangkan mengenai syarat-syarat menjadi saksi dan keadaan 
keterangan yang boleh dikira sebagai sah dari saksi-saksi.
Di sini, Dr. Mahathir menerangkan lagi:

Untuk mengesahkan bahawa wanita itu benar-benar telah dirogol dan bukan ianya 
dengan rela hati berzina, empat orang saksi yang terdiri daripada orang yang 
tidak berdosa besar dan tidak melakukan dosa-dosa kecil berulangkali diperlukan.
Saksi seperti ini sudah tentu sukar didapati. Yang pertamanya, perogol tidak 
merogol di hadapan saksi. Ia sudah tentu tidak ingin mendedahkan dirinya kepada 
hukuman yang berat yang akan dikenakan ke atasnya. Jika hukuman tidak berat 
sekalipun ia tidak akan mendedahkan dirinya.

Saksi yang mulia tidak akan berdiam diri melihat perbuatan merogol berlaku di 
hadapan mereka. Tentulah mereka tidak bertanggungjawab jika mereka melihat 
jenayah yang begitu dasyat berlaku di hadapan mereka tanpa memberi pertolongan. 
Jika mereka tidak cuba menolong maka mereka akan menjadi orang yang bersubahat 
dengan perogol. Ini bermakna mereka turut berdosa dan tidak layak lagi untuk 
menjadi saksi yang boleh diterima.

Hanya jika mereka dipaksa menyaksi dan diugut oleh perogol atau rakan-rakannya 
mungkin saksi terpaksa menyaksi tanpa membuat apa-apa. Keadaan ini tidak 
mungkin berlaku melainkan dalam peperangan umpamanya, di waktu mana rogol 
berlaku tanpa apa-apa sekatan seperti di Bosnia, di mana orang Serb yang bukan 
Islam sering merogol. Tetapi mereka bukan Islam dan mengikut undang-undang PAS 
mereka tidak akan dikenakan hukum hudud.

Yang jelas ialah mangsa rogol yang membuat pengaduan tidak mungkin mendapat 
saksi-saksi yang boleh diterima di bawah undang-undang PAS. Dengan itu perogol 
tidak boleh didakwa di bawah undang-undang PAS.

Undang-undang PAS juga tidak akan menerima 'circumstantial evidence' iaitu 
tanda-tanda pada mangsa yang membuktikan ia telah dirogol. Undang-undang PAS 
tidak menerima kesan atau cedera luka di tempat-tempat berkenaan atau 
tanda-tanda pada perogol yang menunjuk mangsanya telah melawan untuk 
mempertahankan kehormatannya.

Dengan tidak adanya saksi yang empat yang diterima sah oleh undang-undang PAS 
dan penolakan 'circumstantial evidence' maka pengaduan dan tuduhan oleh mangsa 
rogol akan ditolak. Perogol akan terlepas daripada apa-apa hukuman.

Dari pemahaman di atas, apabila Undang-undang ini dilaksanakan, ia akan 
menindas golongan-golongan tertentu, seperti mangsa rogol. Ini kerana 
undang-undang ini dengan jelas menetapkan syarat-syarat yang ketat dan amat 
sedikit untuk mengesahkan perbuatan zina. Tidak ada alternatif, contohnya 
penerimaan ‘circumstantial evidence’ seperti yang disebutkan di atas. Mangsa 
rogol yang sudah tentunya tidak akan dapat membuktikan perbuatan rogol tersebut 
(berdasarkan keperluan 4 saksi) akan boleh didakwa kerana berzina. Adilkah 
begitu?


KUPASAN SEKSYEN 46(2)

Seksyen 46(2), mengenai keterangan qarinah, berbunyi seperti berikut: “Dalam 
perkara zina, kehamilan atau kelahiran anak oleh seseorang perempuan yang tidak 
mempunyai suami hendaklah menjadi keterangan yang boleh mendapatinya bersalah 
melakukan zina dan yang demikian hukuman hudud ke atasnya hendaklah dikenakan 
melainkan jika dapat membuktikan sebaliknya.”

Sekali lagi isu mangsa rogol timbul. Jika mangsa tersebut belum berkahwin, 
hamil ataupun telah melahirkan anak, jika beliau tidak dapat membuktikan beliau 
telah dirogol, maka beliau akan dikenakan hukuman hudud, iaitu dalam kes ini, 
rejam sehingga mati / sebatan 100 kali rotan.

Fikirkanlah, di manakah keadilan di dalam undang-undang Hudud ciptaan PAS ini? 
Mangsa rogol (wanita) akan teraniaya. Sedangkan Ajaran Islam tidak 
sekali-kalinya begitu. Allah s.w.t. berfirman, maksudnya " Allah yang 
menurunkan Kitab suci dengan membawa kebenaran, dan menurunkan keterangan yang 
menjadi neraca keadilan "(Asy-syura:17)

Satu perkara yang patut ditekankan disini adalah Undang-undang Hudud di atas 
adalah ciptaan PAS, yang telah diambil bulat-bulat dari sebuah kitab kurun ke13 
(maaf tidak dapat dinyatakan nama kitab itu disini) tanpa mengambil kira arus 
perubahan zaman dan teknologi.

Kerajaan Pusat, (UMNO) sama sekali tidak pernah menolak Hukum Hudud, tetapi 
hanya menolak Hukum Hudud ciptaan PAS

SUMBER :Malaysiakini/blog




 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke