Salam

Dahsyat nujum UMNO ni..

[17.16] Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah 
negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan 
kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan 
maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami 
menghancurkannya sehancur-hancurnya. 

Jawapan saya 


http://www.youtube.com/watch?v=db-qmnTqSRs&feature=related ( Hudud - Dr 
Marsitah vs Ustaz Azhar )

http://www.youtube.com/watch?v=ZmGi77cf7IU ( Hudud Untuk Bukan Islam )

WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri

From: nizam penang
 <nizam_bgc...@yahoo.com>
Date: Monday, October 17, 2011, 1:59 AM


Kita tengok sape yang bodoh ye.. 

[2.13] Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana 
orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman 
sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya 
merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang 
sebenarnya).  


Hasil kajian rambang, jika ditakdirkan Pakatan Rakyat menang PRU13, maka 
parti yang paling banyak kerusi ialah DAP, diikuti dengan PKR dan PAS. 
Manipulasi data menunjukkan ratio 5 : 3 : 2 (DAP : PKR : PAS).

KAJIAN RAMBANG je.. RAMBANG = serkap jarang.. SUKAR dipercayai.. 


Sekiranya DAP mewakili separuh kerusi kerajaan di Dewan Rakyat, mana mungkin 
DAP 
akan berdiam diri dan memberikan laluan mudah kepada PKR sebagai Perdana 
Menteri. Sejarah DAP turut tercatit di Perak di mana DAP ingin menjadi 
Menteri Besar; bagaimanapun Undang-undang Tubuh Negeri Perak tidak 
membenarkannya, maka jawatan itu diberikan kepada Dato’ Seri Mohamad 
Nizar Jamaluddin (PAS).

Memang dah dilantik pun ketika PRU12.. Sebelum BN merampas kuasa.. Apakah akan 
terjadi kejadian lompat melompat sekali lagi..???



Dalam kes siapa akan jadi Perdana Menteri, Perlembagaan tidak ada halangan 
kepada DAP untuk jadi PM. Maka, tentunya wakil DAP akan menjadi Perdana 
Menteri dan kenyataan Anwar untuk “memberi” kerusi Timbalan Perdana 
Menteri kepada Cina tidak timbul. Kalau pun ada, ia mungkin membawa 
maksud DAP menjadi Perdana Menteri dan PKR akan meletakkan wakilnya 
berbangsa Cina sebagai Timbalan Perdana Menteri. Apapun, segalanya dalam 
politik tidak ada yang mustahil.

Cina Melayu India dll... semuanya berhak keatas bumi ALLAH SWT ini.. Kalau nak 
berkuasa sangat.. buatlah bumi sendiri.. kemudian perintahlah ikut suka hati.. 
Sure Allah SWT tak kisah punya..  

Apapun
 yang jelas, kenyataan LGE bila ditanya mengenai kenyataan Ketua Umum 
PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bahawa ia sedia melantik Cina sebagai 
Timbalan Perdana Menteri. LGE menolak. Apakah sebenar yang cuba 
diaturkan oleh DAP?

[8.30] Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), 
kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya. 



Kesimpulannya, PRU13 adalah pita pengukur kemampuan kerajaan BN sekarang untuk 
terus 
kekal dipercayai rakyat atau kerajaan PR menakluki Putrajaya. Rakyat 
kini sebenarnya dalam dilema. Banyak isu yang diundang dari BN yang 
belum terjawab serta sudah semakin hilang kepercayaan kepada PR. Jadi 
pembangkang atau kerajaan? Mereka kebanyakkan berada di atas pagar.

Tak terjawab ke.. tak bagi peluang untuk jawab??? 


 Sedarlah orang Melayu sekarang, jikalau pelbagai senario tidak mustahil 
berlaku!
Orang Melayu bangsat seperti DSAI, Nik Aziz, dan Nizar dan yang lain-lain lagi 
dari PAS!!

Yang cuba tegakkan hudud Allah SWT dikatakan bangsat.. Yang menentang hukum 
hakam Allah disanjung...

http://en.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3542-mahathir-gets-earful-on-hudud-after-daring-nik-aziz.html

Dzulkefly was responding to former prime minister Dr Mahathir Mohamad, 
who urged Kelantan Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat should now 
implement the laws because he no longer was the prime minister.

Then, Mahathir, in a letter to Nik Aziz, warned Kelantan it had no right to 
implement hudud as it did not have any backing from the Federal 
government to amend the Federal Constitution.


LGE jikalau dia menjadi TPM di negara ini. Mungkin pelbagai senario akan 
berlaku, seperti:

KALAU..JIKALAU.. submarine pun boleh terbang.. Kapal terbang pun boleh 
menyelam...  


1. LGE akan bekerjasama dgn PAP di S'pura, (sekarang dia sedang mencuba 
dari Singapura) mengetepikan hak orang Melayu, menghapuskan hak asasi 
& kedaulatan & kesultanan Melayu di Tanah Melayu dgn 
mementingkan bangsa mereka sahaja. 

Hmm...Penuh dengan buruk sangka.. BUSUK dan BERULATnya hati dia.. Hitam lagi 
gelap dari hidayah.... 


2. Menghapuskan hak kepunyaan dan kehidupan bumi putra & orang asli 
secara beransur-ansur yg sekarang nampaknya sedang diancam oleh PAS di 
Kelantan, Gua Musang.(Tok Guru adalah satu drpd liabiliti ini.)


3. Menyatukan Singapura, Penang, Sarawak & Sabah. 

Pepatah Melayu.. Bersatu teguh.. Bercerai roboh...
Falsabah UNMO.. Bersatu UMNO lemah.. Bercerai UMNO Raja.. 


4. Menggandakan kerakyatan Cina & India di seluruh Malaysia melebehi 
orang Melayu, jadi pilihan raya di generasi-generasi akan datang (PRU14 
atau 15) akan sukar di capai oleh parti yang pro Melayu. LGE akan 
meluluskan pergandaan kerakyatan Malaysia dari Cina & India, 
mengutamakan bahasa Mandarin.

BANGLA.. INDON.. VIETNAM dll dah ramai jadi warga negara dah layak mengundi.. 


5. Mengkayakan bangsa Cina dgn membeli banyak tanah yg terpaksa dijual 
oleh PAS & PKR kerana kebanyakan orang Cina dan India semuanya 
adalah taukeh dan jutawan.


Tanah di Kelantanlah yang paling sedikit tergadai kepada bukan Islam.... 


6.
 Anwar akan meluluskan undang-undang pro-homoseksual kerana bangsa asing
 yang kafir tidak akur dgn ajaran dari Al-Quran yang mengharamkan 
sodomy. Jenayah, pelacuran dan penjudian akan berlipat ganda.

Zina/Pelacuran/Jenayah/Perjudian/Arak.. memang dah bermaharaja lela pun di 
Malaysia ni.. Bilala nak sedar..


7.Ramai generasi muda Melayu akan terjebak didlm homoseksual yang akhirnya akan 
merosakkan masa depan mereka dan akhirnya bangsa Melayu akan runtuh 
maruah, tumpas bangsa, ekonomi,bahasa, ugama dan budaya.

Sebab tu la kena laksanakan hudud.. InsyaAllah kalau hudud terlaksana.. Semua 
homosekual.. lesbian.. transeksual.. yang degil akan di hukum rejam... Maka 
bersihla Melayu/Islam dari golongan ini.. Yang kafir.. Biarla.. Kalau mereka 
nak menolak hudud... 


8. Anwar sendiri akan di tumpaskan oleh parti DAP kerana Karpal S adalah 
manusia yang tidak konsisten pendiriannya terhadap Anwar dan LGE akan 
menerajui seluruh Malaysia sebagai PM.


Semuanya BALA dari Allah kerana UMNO INGKAR perintah Allah SWT ketika mereka 
berkuasa..

[17.16] Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah 
negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan 
kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan 
maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami 
menghancurkannya sehancur-hancurnya. 




ZamR

________________________________
 
=========================================================================================


 
Mujahid Yusof Rawa is MP for Parit Buntar and PAS National Unity Committee 
chairman.  
Setelah satu hari menunggu giliran untuk berucap bahas
 bajet 2012, akhirnya sebelum rehat pukul 1 tghari , saya memulakan 
ucapan dan kemudian menyambongnya pukul 2.30. Kami diberi 20 minit  
untuk berbahas. Terlalu banyak yang hendak diperkatakan tetapi malangnya
 masa tak cukup. Saya telah menyentuh beberapa tajuk besar antaranya 
tanggungjawab membuat keputusan terbaik, kritikan bajet secara 
menyeluroh, soal alam sekitar, keselamatan dan peranan agama. Saya 
memulakan ucapan dengan membaca ayat Quran dari Surah Hud ayat 88, yang 
membawa tema perlunya reformasi atau dalam istilah Al Quran Al Islah. 
Saya juga memetik kata- kata hikmah orang tua-tua memberi amaran kepada 
pemimpin-pemimpin:
“Mengejar pangkat mau menjilat
Mengejar harta mau melata
Mengejar kedudukan mau melendan
Mengejar pengaruh mau bergaduh
Mengejar dunia mau menganiya”
Saya menyatakan juga tentang kegagalan dasar kerajaan dalam menangani isu kesan 
alam sekitar. Saya membawa contoh Bukit Merah yang pernah 
dicadangkan untuk tapak loji nadir bumi yang akan dikendalikan oleh 
Mitsubishi dari Jepun. Usaha itu mendapat tentangan pada tahun 1982 
sehingga 167,000 penduduk Pekan Papan dan sekeliling telah membantah 
kerana kesan alam sekitar yang membahayakan kesihatan penduduk, 
antaranya leukimia, keguguran, cacat kelahiran dan kanser paru- paru. 
Kejayaan menutup tapak itu adalah tanda kejayaan NGO menimbulkan 
kesedaran bahaya kesan alam sekitar dan ia juga menandakan sikap 
penduduk yg prihatin yang tidak rela dijadikan mangsa di atas nama 
pelaburan yang menguntungkan. Walaupun kini dalam pasca Bukit Merah 
masih ada berbaki 800,000 ton sisa radioaktif yg belum dihapuskan. Untuk 
menghapuskan sisa radioaktif itu menelan belanja US100juta. Malah 
kematian akibat kesan radioaktif ini juga tinggi iaitu 9 kes kematian 
kerana leukimia, selalunya kes leukimia hanya berlaku dalam kes 
terpencil.
Tiba-tiba hari ini kita dikejutkan dengan kes yang sama akan dibuka 
di Gebeng, Pahang oleh syarikat Lynas Corp dari Australia. Bayangkan 
kalau Bukit Merah luasnya hanya 9 ekar, kini di Gebeng luasnya 100ekar 
iaitu seluas 140 padang bola! Apakah sikap kerajaan yg lebih melihat 
laba ekonomi dan keuntungan dari kesan jangkapanjang yang mengancam 
keselamatan dan kesihatan awam? Dasar kerajaan terperangkap antara 
mengaut keuntungan atau menyelematkan kesan alam sekitar dari 
radioaktif. Walaupun kerajaan memberi jaminan bahawa radioaktifnya 
rendah tetapi sebagaimana yang digambarkan oleh pencinta alam sekitar 
relatifnya radioaktif itu rendah tidak menafikan ianya bahaya cuma 
tahapnya sahaja rendah atau tinggi!
Dalam menyentuh persoalaan Gebeng, ucapan saya dicelah oleh Ulu 
Selangor bertanyakan saya secara nakal apakah saya bertentangan pendapat dengan 
Hulu Langat dari Pas yang memberikan pandangan bahawa radioaktif di tapak 
Gebeng tidak bahaya. Semua sudah mengetahui bahwa Hulu Langat, Yb Dr Che Rosli 
adalah pakar nuklear yang dihormati. Saya mengatakan di sebalik saya 
memghormati pandangan Dr Che Rosli, kes Bukit Merah 
menjadi rujukan secara hidup kesan dari sisa radioaktif, ia tidak perlu 
untuk mana mana pakar untuk memberitahu kita apa yang berlaku di Bukit 
Merah.
Saya sempat juga menyentuh isu keselamatan di mana saya mendedahkan 
surat yang saya terima secara misteri. Saya menerima dari orang lain 
surat itu yang meminta saya supaya mendedahkannya. Surat itu ialah dari 
PGA (Pasukan Gerak Am) Briged Tengah mengarahkan anggotanya dan keluarga mereka 
serta pesara polis supaya menandatangani memorendum membantah 
kenyataan Timbalan Presiden PAS Mat Sabu tentang peranan Mat Indera yang 
dikatakan seorang komunis. Saya menegaskan bahawa kalau betul surat 
arahan dari Pegawai Tinggi Polis dalam kes Mat Sabu, maka polis tidak 
profesional dan telah campurtangan dalam persoalan yang sifatnya 
politik! Adakah polis secara sengaja cuba menimbulkan kemarahan  
terhadap Mat Sabu? Ataukah Polis menerima arahan dari pihak politik 
untuk merencanakan kebencian terhadap Mat Sabu? Saya minta Menteri Dalam Negeri 
memberikan penjelasan tentang surat ini. Saya diganggu dalam 
ucapan saya oleh Kulim-BandarBharu yang menuduh saya membuat fitnah! 
Saya kata saya cakap dalam parlimen dan bukan di kedai kopi! Saya 
bertanggunjawab atas soalan saya.
Kerana diganggu, masa saya terjejas jadi isu peranan agama saya tak 
sempat nak perincikan. Saya mencadangkan hubungan antara agama mestilah 
memperbanyakkan dialog dan perbincangan secara bertamadun dan bukan 
dengan menimbulkan kemarahan atau isu yang sensitif. Saya mencadangkan 
juga akta zakat bagi memperkemaskan pengurusan dan kawal selia zakat 
bagi membantu pengukuhan umah. Malangnya masa tidak cukup dan saya 
terpaksa berhenti setelah diarahkan oleh Tuan Speaker.
Selesai ucapan saya membuat sidang akhbar bersama rakan dari Kuala 
Kedah atas dua isu. Pertama sikap kami secara peribadi dalam perhimpunan sejuta 
umah di mana kami melihat ini eksploitasi Umno dan golongan 
desperate untuk menimbulkan kebencian antara agama dan bukan keharmonian antara 
agama. Kedua saya mendedahkan surat yang saya terima secara 
misteri yang memberi petunjuk bahawa Polis dari PGA terlibat mengarahkan secara 
resmi supaya anggotanya , keluarga dan pesara menandatangan 
kempen membantah Kenyataan Mat Sabu. jikalau ini berlaku ia sesuatu yang malang 
bagi Polis yang tercalar imej mereka kerana menjadi alat kepada 
pihak tertentu yang desperado untuk berpegang kepada kuasa mereka yang 
semakin terhakis.
=========================================================================================

Kerajaan tidak harus menyekat hak orang 
ramai daripada mendapat maklumat yang sepatutnya mereka peroleh, melalui
 pelbagai peraturan dan undang-undang seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA), 
kata seorang ahli akademik Amerika Syarikat (AS).
Jane E.Kirtley, Professor, Fakulti Kewartawanan dan Komunikasi Massa University 
of Minnesota berkata, bagi negara yang mempunyai 
undang-undang seumpama itu, kerajaan perlu mengambil inisiatif untuk 
memansuhkannya atau sekurang-kurangnya mengecilkan bidang akta itu 
kepada beberapa jenis dokumen dan hanya sesetengah orang yang tertakluk 
di bawah undang-undang itu.
“Saya rasa adalah salah untuk mana-mana kerajaan menyekat maklumat 
awam dengan mengisytiharkan maklumat itu sebagai sulit,” katanya dipetik 
Bernama Online selepas menyampaikan ceramah pada bengkel bertajuk 
“Media dan Undang-undang & Kod Etika” anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI) 
hari ini.
Kirtley berkata jika mengekalkan OSA atas sebab keselamatan negara, 
kerajaan perlu menjelaskan maklumat tertentu yang akan diklasifikasi 
sulit kerana setiap negara mempunyai situasi berbeza dalam perkara yang 
dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan negara.
Beliau menyebut contoh kerajaan British memansuhkan Akta Rahsia Rasmi 1911, 
yang menyebut bahawa adalah menjadi satu kesalahan jenayah untuk 
mendedahkan sebarang maklumat rasmi tanpa kebenaran pihak berkuasa, dan 
menggantikannya dengan Akta Rahsia Rasmi 1989.
Mengikut undang-undang baru itu, adalah menjadi kesalahan untuk 
mendedahkan maklumat rasmi hanya jika ia tertakluk dalam kategori khas 
dan hanya jika pendedahannya menggugat kepentingan negara.
Kirtley berkata wartawan tidak seharusnya dikehendaki mematuhi OSA 
kerana ia melanggar kod etika kewartawanan untuk mencari kebenaran, 
kejujuran, keadilan dan keberanian dalam mengumpul, melapor dan 
mentafsir maklumat.
=========================================================================================
ELANG PATAH - Datuk Dr. Chua Jui Meng, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat
(PKR)
 Johor mempersoalkan bagaimaana UMNO mendakwa begitu efisyen dalam 
mengurus tadbir negara ini namun dalam masa yang sama memperlihatkan 11 
juta rakyat masih berada pada tahap berpendapatan sederhana sedangkan 
negara ini mempunyai sumber alamnya yang banyak.

"Kenapa negara yang diberkati Allah, sumbernya kaya, tanah subur, tanah hijau 
tak ada padang pasir, telaga minyak banyak. Tapi kenapa11 juta rakyat hidup 
sederhana berpendapatan rendah?" soalnya lagi.

Dalam pada itu katanya Singapore yang dulu dipandang rendah hingga dakwanya 
Malaysia telah memutuskan untuk berpisah namun hari ini negara tersebut jauh 
lebih maju meninggalkan negara jirannya.

''Hari ini, Singapore 5 kali ganda 500 % lebih daripada orang kita di 
Malaysia.'' ujarnya lagi.

Hal
 ini terjadi kerana katanya wujudnya gejala rasuah, salah urus tadbir, 
ketirisan dan penyelewengan sehingga menimbulkan kebimbangan kepada 
banyak pihak, mungkinkah soalnya suatu hari nanti, negara boleh jadi 
bankrap jika tidak tidak diurus secara berhemah.

'' Kalau tak berhemah seperti Najib, kita bankrap. Bankrap satu hari nanti.'' 
tegasnya lagi.

Katanya
 lagi UMNO sering berbangga dengan dasar ekonomi sedia ada dan mendakwa 
itu merupakan usaha mereka untuk mempertahankan kaum bumiputera Melayu 
sedangkan daripada 11 juta rakyat yang berpendapatan kurang daripada RM 
1500.00, 8 juta daripadanya adalah orang Melayu.

''Pendapatan rakyat yang kurang RM 1500.00 daripada 11 juta itu, 8 juta adalah 
Melayu.

''Apa bangga UMNO iaitu dasar ekonomi untuk pertahankan bumiputera Melayu?
Ini
 bohong belaka ! Saya tak nampak orang Melayu yang kaya di Ulu Pulai 
ini'' katanya dengan nada sinis sambil disambut tepukan daripada orang 
ramai.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada 
majlis ceramah isu-isu semasa bersama Hj. Mohammad Sabu, Timbalan 
Presiden PAS. Markas Tarbiyyah PAS Kampung Ulu Pulai, Gelang Patah, 
dekat sini, baru-baru ini.


http://ibn75.wordpress.com/

=========================================================================================
=========================================================================================
=========================================================================================

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke