Salam


Dari Abdullah bin Umar dia berkata, 

"Rasulullah shallallahu 
'alaihi wasallam menghadapkan wajah ke kami dan bersabda: 

"Wahai 
golongan Muhajirin, lima perkara apabila kalian mendapat cobaan 
dengannya, dan aku berlindung kepada Allah semoga kalian tidak 
mengalaminya;
(1)Tidaklah kekejian menyebar di suatu kaum, kemudian 
mereka melakukannya dengan terang-terangan kecuali akan tersebar di 
tengah mereka penyakit Tha'un dan kelaparan yang belum pernah terjadi 
terhadap para pendahulu mereka. 

(2)Tidaklah mereka mengurangi 
timbangan dan takaran kecuali mereka akan disiksa dengan kemarau 
berkepanjangan dan penguasa yang zhalim. 

(3)Tidaklah mereka enggan 
membayar zakat harta-harta mereka kecuali langit akan berhenti 
meneteskan air untuk mereka, kalau bukan karena hewan-hewan ternak 
niscaya mereka tidak akan beri hujan. 

(4)Tidaklah mereka melanggar janji Allah dan Rasul-Nya kecuali Allah akan 
kuasakan atas mereka musuh dari 
luar mereka dan menguasainya.

(5)Tidaklah pemimpin-pemimpin mereka ENGGAN menjalankan hukum-hukum Allah dan 
tidak menganggap lebih baik apa yang diturunkan Allah, kecuali Allah akan 
menjadikan rasa takut di 
antara mereka." (HR Ibnu Majah 4009)

http://www.eramuslim.com/suara-langit/penetrasi-ideologi/waspadai-lima-bala-di-tengah-masyarakat.htm

WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
( http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ )



==================================================================================================

From: Batapihanand <hamiza_...@yahoo.com>


 
Frankly  speaking, I am speechless ketika mahu menulis entry ini. Tak tahu mana 
nak  mula. Tak tahu juga bagaimana mahu memulakan entry ini. Perlukah saya  
hurai panjang lebar, atau perlukah saya buatkan entry ini hanya pendek dan  
terus kepada maksud sebenar? Ermmm….*paused*

Masih teringat kali pertama Adam dilahirkan. Saya sebagai 
      seorang ibu, naluri ibu sangat menebal, nak cium, nak usap kepala dan nak 
      peluk Adam setiap masa. Hanya mahu duduk bersama Adam, susukan dia dan 
      merasai setiap detik-detik penuh nikmat.

Hari ini saya melayari blog. Membaca blog adalah rutin saya 
      setiap hari. Cuma masanya mungkin berbeza mengikut mood. Tapi hari ni, 
      terjumpa 1 blog, baca dan terus jatuh rasa terlalu simpati, dan terlalu 
      insaf. Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara. Itu perkara pertama terlintas 
      difikiran saya bila membaca setiap entry yg ada di dalam blog ini. Blog 
      ini adalah kepunyaan Moon, seorang kakak ipar kepada gadis cantik bernama 
      Norma. 


 
Norma and Talib on their wedding  day 


Namanya Norma, orangnya cantik, bertudung, 
      manis sekali. Melihat keceriannya pada hari perkahwinan lebih setahun 
yang 
      lalu buat saya tersenyum seorang diri. Namun, takdir Allah mengatasi 
      batasan fikiran manusia. Mengatasi keinginan dan jangkauan akal. 

Rezeki dan khabar gembira dari Dia untuk Norma 
      adalah zuriat yang hidup dalam rahim wanita ini. Kebanyakkan anda mesti 
      pernah lalui perkara ini. Pertama kali mengetahui didalam kita ada 
seorang 
      lagi insan sangat istimewa! Norma juga begitu. Naluri keibuannya mesti 
      sama atau lebih dari saya.




 
ini adalah Rafiq..permata hati Norma &  Talib 

Namun begitu, dugaan 
      Allah datang kepada mereka yang mampu menanggungnya. Dan kali ini, adalah 
      giliran seorang ibu muda seperti Norma menerima takdir yg tersurat. 
      Kebahagian Norma mendapat zuriat pertama, Rafiq, disusuli dgn berita 
      bahawa dia menghidap Brain Cancer Stage 4. (T_____T) *terus aku menangis 
      lah kan *



 
Norma at hospital. Jauh beza dengan waktu dia sihat  :( 
I just can't hold my tears  anymore. Ya Allah, dugaan yg Kau bagi padanya 
betul-betul menginsafkan  diriku. Norma masih didalam pantang ketika itu tak 
dapat berjumpa Rafiq.  Memeluk Rafiq dan tidur bersama Rafiq seperti mana kita, 
ibu-ibu yg normal  boleh lakukan. Lebih meruntun hati saya, apabila Norma tidak 
dapat  menyusukan Rafiq kerana penyakitnya. Sedih. Dia telah di bedah sebanyak 
5  kali since mac 2011..sekarang baru Jun,2011. 5 kali dalam masa 3 bulan  
adalah banyak. Norma juga perlu diberi suntikan atau ubat *kurang pasti*  
berharga RM10,000.00 / suntikan. 
Sayu hati saya bila melihat Rafiq. Umur Rafiq  sebaya permata hati saya, Adam. 
Sedangkan sehari tak jumpa Adam boleh buat  saya resah dan tak tentu hala. Tak 
peluk Adam masa dia tidur boleh buat  saya tak tidur lena. Bagaimana pula bayi 
sekecil Rafiq melalui  hari-harinya, malam-malamnya tanpa seorang ibu 
(T___________T). Bagaimana  kalau dia menangis? Lapar? Mahu dipeluk? Mahu 
diusap? Mahu di  agah?

Kisah Norma betul-betul 
      menginsafkan saya. Terus terfikir sejenak, andai saya diberi dugaan hebat 
      begini, apakah yg akan terjadi? Ermm…ingat 5 perkara sebelum 5 
      perkara..masa SIHAT SEBELUM SAKIT... 



 
Rafiq with his mother...ohh~  (T__T) 
Terus meleleh-leleh airmata  tgk gambar ni. Selaku blogger, saya bukan kaya 
raya, harta juga tidak  banyak. Namun, saya ada tanggungjawab sosial yg perlu 
saya tunaikan atas  dasar kemanusiaan. Secara serius, saya tidak menagih 
simpati anda untuk  menyumbangkan sesuatu. Tetapi, saya amat-amat berterima 
kasih jika entry  saya kali ini dapat membantu Norma sekeluarga walaupun hanya 
dengan RM10.  Sesiapa yang ingin menyumbang, boleh ambil details dibawah. 

cimb 
  
01070068677528 
  
Noormawati Mohd Rasif
  

Ya  Allah, Engkau maha mengetahui. Berikan keluarga ini kekuatan. Berikan ibu  
ini ketabahan hati untuk melawan dugaanMu. Dan berikan keajaibanMU semoga  anak 
kecil itu kembali tidur lena disisi ibunya.  Amin.
Rafiq, aunty pun tak tahu one day Rafiq akan bace entry ini atau  tak Rafiq pun 
tak kenal aunty, dan aunty sendiri tak kenal mama dan papa  Rafiq. But, one day 
when you grow up, u must be a strong person just like  your parents. Mesti! 
Sebab mama dan papa sangat kuat sekarang demi Rafiq  (T_____T) 

 

 
a very strong husband...to a strong  wife 

Semoga Norma dan Talib 
      sekeluarga tabah mengharungi hari-hari mendatang. 

Entry mengenai Norma boleh dibaca di blog kakak iparnya Moon.  Sila lah 
panjang-panjang kan diFB, tweeter, blog or mana-mana jika anda  mahu. Thanks 
for reading. 
  
==============================================================================================


‘Tak boleh tunggu’
Oleh Nurul Nafisah Mazlan
a...@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Anak saya mesti dibedah segera dan tak boleh tunggu 
lama lagi sebab kuman merebak cepat,” kata Johari Idris, 33, bapa bayi 
yang menghidap pelbagai komplikasi jantung.

Muaz Muzzamil Johari, 20 hari, antara dua bayi bermasalah jantung 
yang menjalani pembedahan pada Sabtu ini dan November depan selepas 
mendapat bantuan kewangan daripada Tabung Kebajikan The New Straits 
Press (M) Berhad (NSTP).

Johari berkata, anaknya itu menghidap empat penyakit serentak iaitu jantung 
berlubang, saluran 
arteri terbalik, sempit dan bocor.

“Semasa anak saya lahir tiada tanda  Muaz sakit sehingga pada hari keempat 
selepas ujian sampel darah doktor mengenal pasti  bayi saya 
menghidap penyakit berkenaan.

“Kami menunggu tiga tahun 
untuk mendapat anak, baru kini dikurniakan zuriat tetapi  tidak sangka 
pula ini nasib yang diterima tetapi kami reda,” katanya ketika ditemui 
di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Sementara itu, Lim May Ling, 19 bulan, yang sudah dua kali menjalani 
pembedahan saluran pernafasan dan pemakanan pada Oktober tahun lalu 
bakal menjalani pembedahan ketiga, bulan depan kerana saluran injap 
jantungnya bocor.

Ibunya, Chen Shieh Tyng, 29, berkata, May yang hanya seberat tujuh kilogram 
cergas dan aktif sehingga jika dilihat dengan mata kasar, dia 
langsung tidak menunjukkan ciri sakit.

Kedua-dua bayi 
berkenaan bakal menjalani pembedahan di hospital sama dengan kos rawatan
 masing-masing RM60,000  dan RM34,000.     Orang ramai yang ingin 
menghulurkan bantuan boleh menghantar cek atau wang pos kepada The New 
Straits Times Press (M) Bhd, Bahagian Kewangan/Tabung Kebajikan NSTP, 
Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur dengan menulis nama 
pesakit berkenaan di belakang cek itu. 

==============================================================================================

---- Original Message ----- 
From: ::-eSpAcE 9808-:: 
 

Pelajar hilang sejak 13 Sept 
lalu gagal dikesan
 
TKO
Dilulus untuk paparan oleh BudakJalanan
 
KUALA LUMPUR, Seorang pelajar, 
Muhamad Akram Sujut, 16, hilang dan tidak dapat dikesan sejak 13 September lalu 
apabila beliau didapati masih belum pulang ke asrama sekolahnya di Pondok Beta 
Hilir di Kota Bharu, Kelantan hingga hari ini. 


Sehubungan itu, orang ramai diminta berkerjasama mengesaninya serta 
melaporkan kepada keluarganya dengan segera jika menemuinya di sebarang tempat 
bagi menyelamatkan beliau dari segala kejadian tidak diingini.

Ayahnya, Sujut Esmon, 45, yang tinggal di B8-10-8, Flat Desa Mentari, Petaling 
Jaya, Selangor amat mengharapkan kerjasama orang ramai untuk mengesani 
anaknya bagi menyelamatkan Muhamad Akram dan membolehkan beliau menjalani 
kehidupan seperti biasa.

Menurut Sujut, kehilangan Muhamad Akram amat menyedihkan beliau dan seluruh 
keluarganya serta penuh tanda tanya, setelah beliau menghantarnya ke Stesyen 
Bas 
Hentian Putra, di sini, pada jam 10.00 malam 12 September lalu untuk pulang ke 
asrama sekolahnya.


Katanya, pada sekitar jam 8.15 pagi 13 September lalu, Muhamad Akram ada 
menelefon beliau melalui telefon bernombor 09-7434447 dan memberitahu kepadanya 
bahawa beliau telah sampai di Stesyen Bas Kota Bharu.


"Melalui perbualan menerusi telefon itu, dia juga meminta nombor telefon 
ustaznya yang bernama Nazri daripada saya," katanya ketika berkunjung ke 
pejabat 
Harakahdaily, di sini, hari ini.


Pada petang hari yang sama, menurut beliau, beliau telah menerima panggilan 
telefon daripada kawan anaknya yang tidak beliau pastikan namanya melalui 
telefon bernombor 014-8092693 yang memberitahu anaknya masih tidak sampai di 
Pondok Beta Hilir.


Katanya, sehingga ke hari ini, anaknya masih juga tidak sampai ke Pondok Beta 
Hilir dan gagal dikesani, walaupun berbagai usaha telah dilakukan oleh beliau, 
keluarganya, saudara maranya dan rakan-rakannya untuk mencari dan mengesani 
anaknya.


Dalam usaha mencari Muhamad Akram, beliau telah mendapatkan kerjasama 
daripada pihak polis dengan membuat laporan kehilangan anaknya di Balai Polis 
Kota Bharu, Kelantan pada 15 September lalu.


Beliau yang berkerja sebagai peniaga menjelaskan, usaha mencari anaknya telah 
dilakukan di Kelantan termasuk di Tanah Merah dan Machang, dengan kerjasama 
saudara mara dan sahabat handai beliau dan isterinya yang berasal dari 
Machang.


Selain itu, berita mengenai kehilangan anaknya telah disiarkan di TV3 pada 
pagi semalam, setelah beliau berkunjung ke stesyen TV3 untuk memaklumkan 
kejadian itu.
"Tetapi sehingga sekarang, anak saya masih juga tidak ditemui. Inilah yang 
merisaukan kami sekeluarga. Saya amat mengharapkan kerjasama orang ramai untuk 
mengesani dan mencari anak saya itu," katanya.


Anak beliau, jelasnya, mempunyai ketinggian lebih kurang 5 kaki 6 inci, 
berkulit putih, berbadan sederhana.


Semasa keluar dari rumah, Muhamad Akram berpakaian T shirt putih berline 
hijau dan berseluar jeans hitam.


Kepada orang ramai yang menemuinya diharap menghubungi Sujut di talian 
019-3389960 atau 013-3134223.

==============================================================================================

rom:Maznan, Idayu [mailto:idayu.maz...@ap.sony.com] 
Sent: 23 September 2011 14:58
Subject: Bantulah Anak2 Ini Demi Sesuap Nasi..Minta tolong sebarkan 
 
To all
 
Please refer to person below before transfer anything into the bank account to 
avoid some mistake
 
Regards
 
 
 
SESUAP MAKANAN, SEJAMBAK HARAPAN 
by Help KAFA Integrasi Al-Insaniah on Friday, September 9, 2011 at 7:08pm 
Ini Izam. Sebabnya saya tak letak nama penuh dan terpaksa memozekkan 
wajahnya adalah kerana janji saya pada bapanya (kejap lagi saya 
terangkan). 
  
Umurnya 10 tahun. Beberapa bulan lalu, dia ditangkap bersama-sama abangnya yg 
berumur 12 tahun dan sEorang lagi kawan -mencuri meja sekolah. Meja tu 
bahagian tepinya diperkukuhkan dgn besi. Bahagian besi tulah yg dijual 
kepada pembeli besi buruk utk RM3. 


Kenapa? Sebab nak beli beras. 
“Kami lapar sgt,” kata mereka. 


“Saya tak sampai hati nak hukum diorang bila dpt tangkap,” kata Ustazah 
Norazainah. Beliau telah mengajar di KAFA Integrasi Al-Insaniah  sejak  
2004. Malahan dia dan seorang guru lain yang bertanggungjawab menubuhkan 
sekolah itu di tgh2 kawasan PPRT  (Projek Perumahan Rakyat Termiskin) Lembah 
Subang. 



“Sekolah kami ni mmg selalu kena pecah masuk, barang2 dirosakkan dan dicuri. 
Mmg frust betul sbb kami kumpul duit utk kemudahan sekolah ni dgn titik 
peluh sendiri. Bila dpt tahu yg pelajar kami sendiri yg mencuri, mmg 
sedih. Bila tahu kenapa, Tuhan sajalah yg tahu perasaan ni.”  



Dari nak dihukum akhirnya ditolong. Ustazah Zainah meminta Izam dan abangnya 
membawa beliau ke rumah mereka. 



Runtun hatinya melihat keadaan tempat tinggal mereka. Izam punyai lima adik 
beradik. Mereka tinggal di sebuah unit flat yg keadaannya amat 
daif bersama2 bapa mereka, yg tiada di rumah ketika lawatan itu. Si bapa sibuk 
mencari rezeki di tepian Jalan Masjid India, menjual alat permainan. 



Ibu mereka masih hidup, namun telah lama meninggalkan mereka. Tak sanggup 
menanggung keadaan hidup sedemikian, begitulah yg diceritakan kepada 
Ustazah Zainah. 



Ketika beliau masuk, ternampak adik-beradik yg lain sedang duduk di atas 
lantai, sambil menjamah nasi kosong di dalam talam. Yg bongsu umurnya empat 
tahun. Badannya kelihatan lesu, lagaknya pasif, menurut Ustazah Zainah. Mungkin 
kerana terlalu lapar, 
mungkin kerana kurang nutrisi, mungkin kerana penyakit yg tidak kita 
ketahui. 



Guru Besar sekolah, Ustazah Hawa, menceritakan pada saya tentang usaha mereka 
meminta kebenaran si bapa untuk menjaga dan 
membela nasib yg bongsu dan si kakak yang umurnya belasan tahun, namun 
tidak diizinkan. Mereka mati akal, tak tau mcm mana nak sampaikan 
pertolongan. 



Izam dan abangnya tiada surat beranak. Jadi, tak 
dapat pergi sekolah kebangsaan. Kakaknya yang berusia 13 tahun dpt ke 
sekolah menengah, namun terpaksa juga menjaga yg bongsu ketika bapanya 
tiada di rumah. Tapi selalunya, Izam yg menjaga adik-adiknya ketika yang lain 
ke sekolah dan bapanya bekerja. 



Pertama kali kami bertemu, Izam  senyap dan sugul. Baju sekolahnya comot dan 
berdaki. Katanya dia memakai baju yg sama setiap hari. Baju itu dibasuh 
di hujung minggu. 



Kami bersembang. Katanya, matapelajaran 
kegemarannya Jawi. Saya minta dia tuliskan namanya di atas sekeping 
kertas. Dia dapat menulis (dalam tulisan Rumi). Ini sebenarnya 
mengkagumkan kerana dia tak pernah ke sekolah. 



Saya tanya apa yang dimakannya ketika sarapan pagi tadi. 
Tak makan, jawabnya. 
Sebelum ke KAFA? 

Tak makan. 



Saya terdiam, sambil memandang pinggan berisi goreng pisang di hadapan kami. 

“Jadi.. ni  baru Izam nak makan?” 
Dia mengangguk. 
Kata Izam, kadang-kadang dia tak lapar, sbb dah biasa. 


Ya Allah. Saya tak dpt bayangkan apa yg dilalui anak ini setiap hari. 


Saya tanya, Izam nak ke sekolah? Sekolah yg saya maksudkan ialah sekolah 
kebangsaan. 
Wajah Izam serta-merta berubah. Ceria. Tersenyum. Senyuman yg penuh harapan. 
Ustazah Zainah bertanyakan saya sama ada nak melawat rumah Izam. Saya setuju. 


Sesampainya di sana, kami dapati bapanya tiada di rumah. Beliau di surau, 
menunaikan solat Asar berjemaah. Namun anak perempuannya telah diarah 
agar tidak membenarkan sesiapa masuk ke rumah, melainkan keluarga. Tapi, kalau 
saya nak masuk pun, mmg takda masalah. Tombol pintunya hilang. 
Yang ada hanyalah sehelai kain buruk yg digunakan utk menutup lubang 
tombol dan menyelak pintu.  


Kami menghormati permintaan si bapa 
dan menunggu di luar. Bila beliau tiba, dia meminta maaf kerana tidak 
dpt membenarkan kami masuk.  


“Saya buat begini bukanlah sebab 
saya sombong, tapi Cik kan dah tahu keadaan rumah saya, sgt daif. Saya 
malu nak bagi masuk. Bimbang boleh dijadikan fitnah,” katanya.  


Beliau kurang selesa dgn kehadiran saya. Katanya sungguh pun mereka hidup 
dalam kemiskinan tegar, mereka bukannya pengemis. Beliau tak mahu media 
dtg ke rumah, merakamkan kedaifan hidup mereka dengan kamera video, 
menceritakan pada org ramai tentang kesedihan mereka. Beliau jengkel 
dengan  mereka yang meratapi nasib di dalam TV, dengan air mata bercucuran, 
ditatap umum.  


Saya berjanji tidak akan mengambil gambarnya dan tempat tinggalnya, atau 
mendedahkan identitinya di media. Namun saya tetap akan menceritakan 
kisah mereka, cuma bukan dgn cara yg tidak dikehendakinya. Saya di situ 
bukannya atas dasar mencari berita, tapi atas dasar kemanusiaan, kerana 
saya juga seorang ibu, punyai naluri kasih sayang pada anak2.  


Saya dan Ustazah Zainah berusaha memujuknya membenarkan sekolah itu menjaga 
si bongsu dan anak perempuannya di siang hari, agar beliau mudah mencari rezeki 
atau mencari punca pendapatan yg lebih baik. Namun beliau kurang yakin dgn 
cadangan kami. Katanya, kalau dia ke kerja awal pagi, siapa 
yg akan menyiapkan anak2? Memasak utk mereka?  


Cadangan Ustazah 
Zainah itu sebenarnya amatlah praktikal. Si bongsu akan dimasukkan ke 
program taska mereka pada waktu pagi, dan Ustazah sendiri akan 
menjaganya di sekolah selepas habis taska, sehinggalah si kakak atau 
bapa balik. Namun cadangan itu tetap ditolak. 


Si bapa seolah2 
gembira menerima kemiskinan ini sebagai taqdir yg akan merapatkan lagi 
hubungannya dengan Rasulullah s.a.w. Saya berkata kepadanya bahawa ramai para 
Sahabat alaihissalam yang juga kaya, dan mereka juga amat rapat 
dan dicintai Rasulullah s.a.w.   


Sebelum kita menuduh beliau 
menggunakan agama sebagai alasan kemiskinannya, harus juga kita ingat yg beliau 
seorang lelaki. Ego lelaki itu cukup kuat utk membuatkan beliau 
menafikan kesempitan hidupnya.  


Saya mmg kagum dgn dedikasinya 
menjaga anak2 setelah ditinggalkan isteri. Tidak mudah dilakukan, tidak 
ramai sanggup melakukan. Namun realitinya adalah budak2 itu tetap lapar, dan 
telah pun mencuri akibat kelaparan. Mereka perlukan pendidikan utk 
membebaskan diri dari cengkaman kemiskinan. Si bapa itu sendiri mengaku, Izam 
sering menyuarakan keinginannya utk ke sekolah, dan mengadu 
dirinya seperti diperlekehkan rakan2nya yg seronok ke sekolah ketika dia 
terperuk di rumah.    


Kami menawarkan pertolongan mendapatkan 
surat beranak utk anak2 itu, tapi balasnya “Buat apa? Dia sudah darjah 
3..tidak ketinggalankah dia?” 
Tidak, kata kami. Kami terus 
memujuk. Saya kata anaknya bijak, sgt berminat belajar. Sebenarnya, 
ramai pelajar sekolah itu yg sememangnya bijak walaupun dikongkong 
kemiskinan dan kelaparan. Cuma, mereka tak berpeluang mendapat kehidupan lebih 
baik.  


Bapa Izam berkata beliau malu anak2 nya ke sekolah 
KAFA itu tanpa membayar yuran, kerana beliau tak mampu. Ustazah Zainah 
kata takpa, asalkan mereka dtg.  
“Takkanlah saya tak bagi budak2 
ni dtg..ini ilmu akhirat. Tanggungjawab saya nak mendidik mereka, dtg 
sajalah, takpe,” rayunya.  


Di sini saya nak terus terang mengatakan bahawa walaupun ibu kepada budak2 ni 
org Malaysia, bapanya ini kemungkinan warga Indonesia. Pelatnya sukar 
dilindung. Terdahulu, saya pernah ditegur seseorang yg tak puas hati saya 
menolong pelajar miskin, yg bukan semuanya dari org Malaysia. Saya rasa komen 
mcm ni tak perlu. 
Bukankah dia tetap manusia? 



Bukankah budak2 ni, tetap budak2? Mereka 
berhak mendapatkan hak asasi seperti makanan, tempat tinggal dan 
pendidikan. Dan kita semua sesama Islam. Yg membezakan antara kita, 
taqwa. Itu saja yg perlu kita ingat. 


Guru2 di KAFA Al-Insaniah ni bukan saja telah melaksanakan tanggungjawab mereka 
malah lebih dari 
itu. JAIS hanya mampu membayar guru2 ini bagi satu sesi pengajaran, 
sedangkan ada guru, spt Ustazah Zainah, yg mengajar dua sesi. Ada guru 
yg langsung tak dpt dibayar. 


JAIS mengharapkan perbelanjaan 
sekolah dpt ditampung oleh yuran sekolah. Ya, secara teorinya takda 
masalah, kerana kebanyakan sekolah KAFA di Lembang Klang ni lokasinya di 
kawasan perumahan mereka yg berpendapatan 
sederhana atau agak berada. Jadi ramai yg mampu yuran RM20 sebulan. 


Namun KAFA Al-Insaniah dibina di tgh2 kawasan PPRT. Kebanyakan keluarga yg 
tinggal di sini masing2 penerima zakat. Hampir separuh kanak2 yg ke 
sekolah itu juga dari keluarga penerima zakat, jadi tau2 sajalah tahap 
keperitan hidup mereka. 


“Bagaimanalah kami sampai hati nak mintak budak2 ni yuran sekolah?” kata 
Ustazah Hawa. “Masa mula2 tu, kerana 
ramai yg tak bayar, kami mintak, tulis surat kat ibubapa. Lepastu, ramai yg tak 
dtg sekolah. Kami ingat takpalah, mari balik, tak payah bayar, 
asalkan dpt teruskan belajar.”  


Guru2 ini sanggup menerima 
potongan gaji semata2 agar sekolah ini terus beroperasi. Gaji mereka 
kira2 RM1,200. Itu pun baru2 ini dinaikkan kerajaan. Sebelum ini, 
RM1,000 ke bawah. Lagi menambahkan asam ke luka,  baru2 ini sekolah itu 
dipecah masuk. Habis yuran, komputer dgn data pelajar dan wang sumbangan dari 
jualan amal disapu. Dapur kantin juga dipecah masuk dan makanan 
dicuri. Penutup longkang dan pelbagai lagi barangan besi dan logam 
dicuri, membahayakan anak2 yg bermain di waktu rehat. Pagar dipotong, 
siling dipecahkan, memudahkan lagi pencuri keluar masuk.  Guru2 ini mati kutu 
bagaimana nak terus beroperasi bila berhadapan dgn cabaran 
sebegini besar.  


Setiap ringgit yg disumbang ke KAFA Integrasi 
Al-Insaniah dapat megenyangkan seorang pelajar, menggalakkan mereka ke 
sekolah, membantu mereka merubah kehidupan. Setiap ringgit membawa 
bersamanya harapan, membasmi kemiskinan, menggalakkan org lain beramal. 


Tiada sumbangan yg terlalu kecil. Setiap sumbangan adalah amal baik yg 
berterusan faedah dan pahalanya.  


Aishah r.a. berkata Rasulullah s.a.w bersabda: “Amalan yang paling disukai 
Rasulullah SAW ialah yang kekal (istiqamah) sekalipun sedikit.” 
(Bukhari, Muslim) 
------------------------ 
Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun berikut: 
Maybank 
MBB account - 164388710655 
(SAKINA BINTI HAJI MOHAMED). 
Sila tulis  'For KAFA' di kotak komen dan email sakina_...@yahoo.com. 
  
RHB 
Account number 1-12479-00092090 
(TENGKU ELISA BUSTAMAN BT TENGKU MOHD ALI) 
Sila tulis  'For KAFA' di kotak komen dan elisa_tau...@yahoo.com. 
  
Sumbangan terus kepada:  
Bank Islam SAR AL-INSANIAH 
Acc no: 12047010031372 
Atau hubungi 
Guru Besar Ustazah Siti Hawa 0139180191 
Ustazah Norazainah 0173217971 
  
Minta tolong sebarkan


==============================================================================================

From: Sirajuddin Abbas <sirajuddinab...@gmail.com>

Wujud Empati bagi Warga Somalia, Restoran di Arab Denda Pelanggan yang Tak 
Habiskan Makanannya  
Seorang wanita asal Somalia Selatan memangku anaknya di Mogadishu, Somalia, 
Ahad …
Damam - Restoran di timur wilayah Damam, Arab Saudi memberikan hukuman denda 
kepada pelanggannya yang tak menghabiskan 
seluruh makanan di piring mereka. Hal ini dilakukan sebagai bentuk 
solidariti terhadap kaum miskin di dunia.
Denda akan disalurkan 
untuk amal. Pelanggan tidak mempermasalahkan dengan adanya denda ini. 
"Selama itu untuk amal saya tidak mempermasalahkan gagasan itu," kata 
seorang lelaki setelah mengunjungi restoran.
Ia justru berharap 
seluruh restoran di wilayah ini akan mengikutinya. Pelanggan lain 
mengaku terkejut dengan keputusan ini, tapi menurutnya ini adalah sebuah 
langkah yang cukup bagus untuk mendorong orang lain berbuat baik.
"Ada negara-negara lain yang menderita kelaparan seperti Somalia,dan saya 
menemukan idea baru ini membantu untuk mendorong kesadaran ekonomi dan 
sosial, dan untuk mengajar orang untuk mengambil jumlah makanan yang 
tepat, ditambah, itu ramah lingkungan”, kata seorang lelaki Saudi 
menyuarakan keprihatinan dengan berbagai macam kes kelaparan yang 
terjadi di tingkat global.
Menurut sebuah laporan pemerintah 
Inggris, sebanyak 30 persen makanan di seluruh dunia mungkin akan hilang atau 
terbuang, sementara perkiraan lain telah menyebutkan angka di 
sekitar 50 persen makanan yang hilang karena tak habis dimakan.

==============================================================================================
From: Mohd Shah <mohdshahsap...@yahoo.com>


Disini kami dengan penuh takzim ingin memohon sokongan tuan/puan untuk;
1. Menghulurkan sumbangan RM10.00 per bulan kepada Dana Pembangunan Fasa 1 
Masjid dan Maahad Tahfiz Al-I'tisam.
2. Membantu menyebarkan emel ini kepada 10 orang yang lain.
 
اسلام عليكم ورحمة
لله وبركاته
Tuan Puan yang dihormati dan dirahmati Allah sekalian,
 بسم الله الرحمن الرحيم
 "Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah serupa 
dengan sebutir benih yang menumbuhkan 7 butir, pada tiap-tiap butir ada seratus 
biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa saja yang Dia 
kehendaki. Dan Allah Mahaluas lagi Maha Mengetahui." (Al-Baqarah : 261)
 
Semoga tuan puan dan keluarga sentiasa dalam redha dan keberkatan Allah.
 
1. Kempen Sumbangan MYR10.00 Per Bulan.
Kami Ahli Jawatankuasa Masjid Al-I'tisam Taman TTDI Jaya, Shah Alam menyeru dan 
merayu kepada semua muslimin dan muslimat untuk sama-sama 
membantu kami mengumpul Dana Pembangunan Masjid dan Maahad Tahfiz baru 
untuk kariah kami.
 
Tuan/Puan dipohon untuk mengambil bahagian dalam kempen sumbangan MYR10.00 per 
bulan sehingga keseluruhan projek siap dalam tahun 2014 nanti, 
insyaAllah. Kami yakin sumbangan MYR10.00 per bulan ini mampu malah 
tidak membebankan langsung untuk dilaksanakan oleh sesiapa sahaja di negara 
kita ini.
 
Allah SWT menjanjikan balasan yang tiada tolok bandingnya kepada sesiapa yang 
membantu 
membina rumah Allah seperti yang dinyatakan dalam hadis Nabi SAW seperti 
berikut;
 
"Barangsiapa yang mendirikan masjid kerana Allah walaupun hanya memberikan 
sesuatu 
benda sebesar sarang merpati, nescaya Allah akan mendirikan untuknya 
rumah di syurga" (Hadis Riwayat Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban).
 
 2. Cara Menyampaikan Sumbangan
Untuk menyertai kempen ini pihak tuan puan hanya perlu memasukkan RM10.00 
setiap bulan ke akaun kami seperti berikut;
 
NAMA AKAUN    :    DANA KOMPLEKS ISLAM AL-I'TISAM
NO. AKAUN         :    MAYBANK - 5624 7813 0016
                                   CIMB - 1261 0001211 102
                                   BIMB - 12-038-01-010864-7
 
Ada pelbagai cara mudah untuk menyampaikan sumbangan kepada kami seperti secara 
online, standing instruction atau pindahan di mesin-mesin ATM bank-bank diatas.
 
3. Resit Sumbangan
Jika tuan puan memerlukan resit rasmi, maklumat sumbangan seperti nama 
penyumbang, alamat, no telefon, rujukan sumbangan boleh dihantar melalui emel 
ke k...@alitisam.my atau sms ke no. 019-649 7147. Resit rasmi akan dikeluarkan 
setelah 
penerimaan sumbangan disahkan dan akan dihantar melalui pos ke alamat 
yang dikehendaki.
 
4. Keperluan Kewangan
Dalam Mesyuarat Penyelarasan Masjid dan Perunding pada 26hb September 2011 yang 
lalu, telah diputuskan bahawa untuk pembangunan Fasa 1, tumpuan akan diberikan 
kepada pembinaan Aras 1 
Ruang Solat Utama dan Ruang Podium. Kami berharap kerja-kerja cerucuk 
dapat dimulakan selewat-lewatnya pada penghujung tahun 2011 
ini. Keperluan dan kedudukan dana terkumpul setakat 1 Oktober 2011 ialah 
seperti berikut;
 
        Kos Pembangunan Fasa 1            MYR5,000,000
        Dana Terkumpul                            MYR   525,000
        Jumlah Diperlukan                      MYR4,475,000
 
Seperti yang tuan puan dapat lihat, sasaran dana terkumpul untuk Fasa 1 masih 
jauh dan sangat memerlukan sokongan padu daripada semua pihak. Sekali 
lagi kami menyeru tuan puan untuk bermurah hati membantu kami seperti 
yang disebutkan diatas.
 
5. Sebaran Emel
Selain daripada menyumbang kepada dana pembangunan ini pihak tuan puan juga 
diharap dapat membantu kami menyebarkan emel ini kepada kenalan lain 
supaya kempen ini dapat disebarkan keseluruh pelusuk tanahair disamping memberi 
peluang kepada setiap umat Islam membuat amal jariah.
 
Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan kita untuk saling bantu membantu dalam 
melaksanakan kebaikan seperti firmanNya;
 
"............. dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan 
dan 
bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa 
(maksiat) ............... " (Al-Maidah : 22)
 
   
6. Maklumat Terkini
Kepada sesiapa yang ingin mengikuti perkembangan kempen ini boleh melawat atau 
add ke facebook projek kami atas nama Kompleks Islam Al-I'tisam. Selain itu web 
Masjid Al-I'tisam di www.alitisam.my juga menyediakan maklumat terkini dan 
terperinci tentang masjid kami.
 
Tuan Puan boleh juga menelefon kami atau mengunjungi pada bila-bila waktu 
bekerja daripada jam 8.30 pagi - 5.00 petang. Pejabat kami juga dibuka pada 
setiap hari Sabtu sehingga jam 12.30 tengahari.
 
7. Penutup
Kami lampirkan disini maklumat-maklumat projek kami termasuk brosur 
keseluruhan projek kami yang dijangka menelan belanja MYR29.0 juta dan 
mengambil masa 3 tahun untuk 
disiapkan. Setelah siap nanti, projek ini yang dikenali sebagai Kompleks Islam 
Al-I'tisam atau ringkasnya KIAI, akan menjadi sebuah pusat 
tumpuan masyarakat untuk beribadah, menuntut ilmu dan bermuamalat.
 
Sama-samalah kita berdoa agar usaha ini dipermudahkanNya dan setiap orang yang 
menyumbang dibalasi dengan kebahagiaan didunia dan diakhirat, AMIN.
 
Lampiran / Link
 
http://s1091.photobucket.com/albums/i381/Kompleks_Islam_Al_Itisam/Brochure_Kompleks_Islam_Al-Itisam/
    
http://s1091.photobucket.com/albums/i381/Kompleks_Islam_Al_Itisam/Concept%20drawing%20KIAI/
      
http://s1091.photobucket.com/albums/i381/Kompleks_Islam_Al_Itisam/Gambar%20Model%20KIAI/
    
http://s1091.photobucket.com/albums/i381/Kompleks_Islam_Al_Itisam/Press%20Conference%20Pelancaran%20Pengumpulan%20Dana%20KIAI/
      
http://s1091.photobucket.com/albums/i381/Kompleks_Islam_Al_Itisam/Surat%20Kebenaran%20Mengutip%20Sumbangan/
==============================================================================================


Rumah Perlindungan Al Nasuha memberi perlindungan kepada anak-anak 
yatim, miskin dan terbiar. Kami juga menjaga ibu-ibu tunggal dan gadis-gadis 
terlanjur. Ditubuhkan atas dasar dan kewajipan bagi mengambil 
tanggungjawab diatas golongan yang berkenaan. Kami tiada sebarang penaja dan 
tidak mempunyai penyumbang dana yang tetap.

Oleh
 yang demikian kami sangat memerlukan simpati, sokongan dan sumbangan 
dari anda semua. Sila terus hubungi kami untuk sebarang program, 
jemputan atau sumbangan.

RUMAH PERLINDUNGAN AL NASUHA 
No. 5, Jalan GP 3/3 , Taman Gombak Permai,
68100, Pinggiran Batu Caves, Selangor, 
Telefon : 017-9354323 (UMI) 
 
       Nombor Akaun MAYBANK atas nama PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK ANAK YATIM AL 
NASUHA 564829000530
FACEBOOK http://www.facebook.com/pages/Rumah-Perlindungan-Al-Nasuha/154619704566002

Kami
 sangat berbesar hati menerima sumbangan, sokongan dan simpati dari anda
 sekelian. Kami sangat berterima kasih dan berharap agar khidmat bakti 
ini mendapat keberkatan Allah SWT.

Terima
 kasih        
==============================================================================================

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke