Salam



Islam bertolak ansur dalam banyak hal dan keadaan..

TETAPI BUKAN dalam hukum-hakam yang telah ditetapkan Allah SWT dan RasulNYA 
SAW..

Omar bin Al-Khattab yang mengatakan;

 لئن أعطل الحدود بالشبهات أحب إلي من أن أقيمها بالشبهات. 

Maksudnya;
          “tidak melaksanakan hudud dengan wujudnya kesamaran lebih aku suka 
berbanding menjatuhkan hukuman hudud dalam keadaan wujudnya kesamaran” 
(Musannaf Ibni Abi Syaibah : 6/514)


Diskriminasi adalah terlarang dalam Islam..

Dari Ibnu Mas'ud RA. Rasulullah SAW bersabda: Apabila kalian bertiga jangan 
berbisik-bisik berdua saja tanpa yang seorang 
lagi, kecuali kalian berkumpul dengan orang banyak, karena perbuatan itu 
menyakitkan. HR Muttafaq 'Alaih. (Ibnu Hadjar As Qalani, Bulughul Maram, Hadis 
No 1383). 


Begitu juga amalan homosekual + lebian + zina..

Daripada Ibnu Abbas, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang 
kamu temui mengamalkan amalan kaum Lut, hendaklah kamu bunuh pelaku dan 
si pelaku.”


Beberapa pendapat mazhab lain menyatakan pelaku liwat hendaklah dibakar. 
Pendapat ini berpandukan hadis riwayat al-Baihaqi, sahabat Rasulullah 
SAW  sependapat membakar pelaku dan yang diperlaku.

http://www.bharian.com.my/articles/PeguamSyarieMenulis_Hubungansejenisamalanhina/Article/print_html


Menurut Allahyarham 
Tuan Guru Haji Said bin Haji Ibrahim dalam kitabnya yang bertajuk “Kanun 
Jenayah Syariiyyah”, hukuman yang dikenakan kepada peliwat adalah sama 
seperti hukuman yang dikenakan kepada penzina. Iaitu, sekiranya si 
pelaku itu adalah muhsan (telah merasai jimak yang sah), maka hendaklah 
direjam sampai mati. Adapun bagi si pelaku yang tidak muhsan (iaitu 
tidak pernah merasai jimak yang sah), maka hendaklah disebat sebanyak 
seratus kali dan dibuang negeri selama setahun (Kanun jenayah syariiyyah : m.s 
37)  

Pendapat
 ini merupakan pendapat jumhur ulama. Pendapat ini menyalahi dengan satu
 riwayat dari Hanabilah, satu pendapat dalam Syafieyyah dan pendapat 
yang rajih dari Malikiyyah yang mewajibkan bunuh kepada peliwat 
tersebut. (‘Uqubah Al-‘Iidam : 550) 

Pendapat Jumhur ulama ini adalah disandarkan kepada hadis yang diriwayatkan 
oleh Abu musa Al-‘Asyari, bersabda Nabi SAW;

 إذا اتى الرجل الرجل فهما زانيان 

Maksudnya;
          “apabila seorang lelaki mendatangi seorang lelaki yang lain (liwat), 
maka kedua-duanya adalah berzina” (Sya’b Al-Iman : 5221))


http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=print&sid=6493


WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
( http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ )


________________________________
From: My Mama Nyah <my.m...@yahoo.com>
Subject: Islamic Renaissance Front: Religion no excuse to discriminate on 
Pondan's sexuality


  
Religion no excuse to discriminate on sexuality

 Ahmad Fuad Rahmat
3:55PM Nov 14, 2011. Malaysiakini
 
 
                                                 [Ahmad Fuad Rahmat is a 
Research Fellow at Islamic Renaissance Front.]

“We
 will freedom for freedom’s sake, in and through particular 
circumstances. And in thus willing freedom, we discover that it depends 
entirely upon the freedom of others and that the freedom of others 
depends upon our own ... I cannot make liberty my aim unless I make that
 of others equally my aim”. [Jean-Paul Sartre, 1905-1980]

Anyone who is wronged must be helped. [Clause 43 of the Medinah Charter]

Our
 society is again in chaos and pandemonium following an event known as 
Sexualiti Merdeka. Literally meaning Sexual Independence, it is 
basically a festival celebrating the human rights of people of diverse 
sexual orientations and gender identities.

The theme ‘Queer 
Without Fear’ aims to highlight the discrimination and persecution faced
 Malaysians simply because of their sexual orientations and gender 
identities.

Although it is an annual event, first held in August 
2008, it has never created such furore before. This time around, with 
the coming of Elton John, it seems that all hell has broken loose. 
Sexualiti Merdeka has been attacked from almost every angle, be it from 
intolerant religious leaders or prejudiced politicians.

All kinds
 of intimidation and slanderous accusation have been levelled towards 
the organisers and supporters of Seksualiti Merdeka. They were accused 
of promoting homosexuality and a hedonistic lifestyle.

Open discussion needed

Malaysians
 at large and Muslims in particular have to realise that we’re living in
 a highly diverse community. We have to learn to be inclusive. What is 
more important is to have an open and critical discussion on the issues 
of gender and sexuality.

Such a discussion must firstly be 
informed. It must engage with the most up to date researches on the 
issue of gender and human sexuality from the natural sciences, social 
sciences, critical theory and feminist studies.

The discussion 
must also be inclusive. It must incorporate perspectives from scholars 
and activists who are most engaged and active in the issue of gender 
equality and human rights.

It is very unlikely that the Muslims 
who are protesting Seksualiti Merdeka were completely oblivious to the 
presence of the LGBTQ community in Malaysia. What appears to be the 
problem is the fact that the community is now asserting their rights.

In
 other words, Seksualiti Merdeka is not evoking the reactions we are 
seeing because of its organisers’ sexual orientation, but because it is 
an open show of force by the LGBTQ community to empower and educate 
themselves of their rights as Malaysians.

This represents a 
significant shift from the commonly held attitude among Malaysians that 
the LGBTQ community should be left to do what they want so long as they 
do not seek full recognition as active and entitled citizens.

Seksualiti
 Merdeka should not be viewed as a transgression against Islam or 
Muslims in Malaysia but a simple demand for fundamental human rights.

Uphold the spirit of tolerance in Islam

While
 we may disagree on issues relating to morality, we have to respect a 
person as an individual. A person who embraces Islam has to be regarded 
as a Muslim. If that particular person has non-hetero-normative 
inclinations, that does not give anyone the right to ostracise and 
oppress him or her. As Prof Tariq Ramadan says, behaviours considered 
reprehensible under the general rules of morality cannot justify their 
ex-communication or alienation from society.

We are living in a 
heterogeneous society full of diversity. In order for a society to 
mature, it must be able to remodel itself to be inclusive in nature. 
There should be no discrimination based on gender or sexual orientation,
 irrespective of race and religion. Every single citizen has the right 
to live and express his or her conviction without fear.

In the spirit of democracy and fundamental liberty, we must respect the freedom 
of expression of all Malaysians.

The Medinah Charter too shows the importance of working across different 
opinions and ways of life to maintain a stable polity.

This spirit of tolerance and diversity in Islam must be upheld to ensure that 
Islam is not used for pure political mileage.

 “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your 
right to say it”. [Voltaire, 1694-1778]

___________________________________________________

Ahmad Fuad Rahmat is a Research Fellow at Islamic Renaissance Front.


______________________________________________________________________________________________________

From: roslan mohd <mohros...@gmail.com>
Subject: [chainz_of_frenz] Seksualiti Merdeka dan Politik Tubuh




OlehIsmail Hashim Yahaya
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata Polis Diraja 
Malaysia mengharamkan sebarang majlis yang dilakukan mana-mana penganjur 
berkaitan dengan program Seksualiti Merdeka demi ketenteraman awam.
Penganjuran berkuatkuasa diharamkan pada Khamis lalu. Beliau berkata 
undang-undang 
di negara ini tidak mengiktiraf kegiatan songsang yang boleh 
menghancurkan kehidupan beragama di negara ini.



Merdeka Seksualiti 2011, program yang bermula 1 November lalu dan sepatutnya 
berlaruran sehingga 13 November antara lain mendesak hak sama rata untuk 
golongan homoseksual dan transeksual seperti gay, lesbian, biseksual, 
interseks serta transgender.


Selain dari itu bantahan dan cadangan demontrasi dicadangkan (telah 
dibatalkan) oleh Dewan Pemuda PAS pusat dan badan Himpunan Sejuta Umat 
(Himpun).  Beberapa demontrasi juga diadakan di negeri-negeri lain 
seperti Pulau Pinang.  


 Namun jika diteliti seksualiti Merdeka menjadi satu lagi isu yang 
memperlihatkan perbezaan politik bersandarkan kepentingan kepartian. 


 Kita tidak dapat menolak hakikat bahawa kedua-dua parti politik Melayu 
Muslim, PAS, Umno dan penyokong mereka, memperlihatkan kecenderungan 
menggunakan isu itu sebagai kempen politik. Malah PKR telah menyatakan 
pendirian yang agak longgar melalui Datuk Seri Anwar dengan memberikan 
hak bersuara kepada golongan terbabit dan menegaskan ini tidak bermakna 
komponen Pakatan Rakyat menyokong pegangan pergerakan tersebut.


 Perkara ini tidak menjadi isu yang hangat sebelum ini. Hakikatnya, sejak 2008, 
acara itu diadakan secara tidak terbuka, tidak seperti tahun ini yang 
melibatkan kempen meluas melalui media baharu.


 Persoalannya kenapa ia tidak menjadi isu besar. PAS sendiri hanya mula 
menyatakan 
penentangan secara lantang pada tahun ini, sama seperti Umno yang 
didakwa berdiam diri itu.


 Tahun ini juga menyaksikan tindakan tegas oleh pihak polis dan pemerintah 
terhadap acara kempen gay itu, yang disebabkan profil lebih tinggi 
dinikmati acara itu ekoran perhatian ramai ekoran kaitannya dengan 
pembangkang. 


 Salahuddin Ayub, naib presiden PAS memulakan usaha dengan meminta Majlis Fatwa 
Kebangsaan mengeluarkan fatwa menghalang acara itu.


 Tahun ini juga menyaksikan tindakan tegas oleh pihak polis dan pemerintah 
terhadap acara kempen gay itu, yang disebabkan profil lebih tinggi 
dinikmati acara itu ekoran perhatian ramai ekoran kaitannya dengan 
pembangkang.


  Kita juga tidak mahu isu ini hanya menjadi hangat-hangat tahi ayam 
apabila pertimbangan dan perkiraan politik menjadi percaturan dan 
apabila telah sejuk acara seperti ini buat-buat tidak nampak atau 
dimasukkan ke bawah permaidani. Inilah yang berlaku selama dua tahun 
penganjurannya. 


 Apa yang penting selepas melakukan bantahan dan pengharaman serta 
menyatakan pendirian serta demontrasi? Apakah rancangan susulannya?. Ia 
tidak seharusnya berhenti dengan pengharaman polis dan pembatalan 
penganjurannya. Apakah tindakan seterusnya dalam menyedarkan golongan 
terbabit supaya kembali ke pangkal jalan? 


 Apakah rancangan kerajaan, parti pembangkang dan badan-badan agama dalam 
menyusun strategi mendekati golongan ini? 


 Adakah ia dilakukan secara tertutup di luar pengawasan media atau tiada usaha 
bersungguh-sungguh, melakukannya dengan mengikut musim dan kehangantan 
dirasakan apabila ada kepentingan politik dan siasah dan dengan 
kedatangan pilihan raya?


 Di luar kotak pemikiran kita, apa yang berlaku sekarang sebenarnya ada kaitan 
dengan politik tubuh.   


 Dalam setiap masyarakat, tubuh senantiasa menjadi objek kuasa, meskipun cara, 
ukuran dan sasaran kawalannya sentiasa berubah-ubah. 


 Hal ini kelihatan kepada ‘anatomi metafisik’ yang dilakarkan  para dokter 
dan ahli falsalah, begitu juga dari sudut pandangan politik yang 
mengatur, menguasai, memperbetulkan segala kegiatan yang kemudiannya 
berakhir pada terciptanya tanda-tanda. 


 Manusia – jiwa, individualiti, kesedaran, perilaku dan seumpamanya- adalah 
pengertian eksplisit dan mudah yang dapat dikaitkan dengan tubuh. 



 Mungkin terdapat pertanyaan apakah kaitan politik dengan badan kita dan sejauh 
manakah kuasa dapat menakluki tubuh dan bagaimana reaksi tubuh 
terhadapnya. 


 Jika sudi meneliti kajian Michael Foucault mengenai perubahan model strategi 
menghukum dalam bukunya Discipline and Punish: the Birth of the Prison yang 
berpangkal pada penelusuran “teknologi politik ke atas tubuh” 
dapat dijadikan salah satu rujukan tentang bagaimana tubuh ditakluki dan 
didominaikan oleh  kuasa. 


 Tubuh yang tadinya harus disiksa kerana melanggar hukum tunduk berubah 
menjadi dilatih, didisiplin dan dikuasai secara politik.  


 Foucault menyebut disiplin sebagai ‘anatomi politis’ baru yang merupakan 
bentuk 
“penghargaan “ terhadap tubuh. Dalam bentuk regim ini tubuh dicatat, 
dikelompokkan, dipantau dan diawasi terus menerus supaya menjadi 
individu yang ‘patuh dan berguna'. 


 Inilah yang dilakukan sekarang iaitu ancaman tindakan kuasa yang dilakukan 
sekiranya sebarang penganjuran festival atau pameran tubuh diadakan. 


 Kita tidak ada pendekatan yang dialogis dalam menangani kemelut permasalah 
seks yang dialami sekarang. Kita lebih mendekati kaedah menghukum 
sebagai jalan pintas bagi penyelesaian sementara dan dianggap dapat 
dikawal  dan telah didiam, disenyap atau matikan. 


 Bagi Foucault kaedah menghukum ini dinamakan konsep "ingatan" (memory) 
meminjam dari Nietzsche dalam karyanya The Genealogy of Moral. Melalui proses 
sosialisasi, penghukuman dan disiplin memunculkan ingatan kepada para pelanggar 
dan masyarakat secara umum. 


 Ingatan yang berada dalam tataran tidak sedar pada saat yang sama menjadi 
pelaksana kawalan sosial dan berfungsi demi reproduksi sosial.  


 Foucault dalam bukunya History of Sexuality berkata terdapat dua bentuk 
kekuasaan yang beroperasi di sekitar wacana tubuh. Pertama kekuasaan atas 
tubuh, iaitu kekuasaan luaran yang 
mengatur tindak tanduk dan tingkah laku, mengadakan pembatasan, 
pelarangan dan pengendalian terhadap tubuh melalui hukuman, larangan 
adat dan tabu agama dan undang-undang. 


 Kedua, kekuasaan dari dalam tubuh menentang kekuasaan atas tubuh, melalui 
sebuah revolusi tubuh sehingga diciptakan ruang bagi percambahan dan 
pelipatgandaan secara wacana seksual yang terbebas seperti gay dari 
setiap bentuk dominasi kekuasaan.


 Dalam narasi Foucault, ingatan diukir langsung dalam tubuh pada abad 17 dan 
18 melalui acara ritual yang paling kejam dan mengerikan melalui 
"mnemonik rasa sakit" yang berfungsi sebagai tontonan dan mengarah pada 
reproduksi kekuasaan absolutis/transenden. 


 Kemudian wacana penghukuman mereproduksi kekuasaan yang bersifat imanen dalam 
masyarakat. 


 Oleh itu penghukuman melakukan individuasi, menormalisasi, mendisiplin dan 
memobilisasikan tubuh manusia. Penghukuman beroperasi pada tubuh tidak 
melalui kekejaman fisik langsung melainkan melalui "kesedaran buruk" 
yang melekat pada tubuh, semacam tatapan yang berpengaruh pada jiwa. 


 Singkatnya jika penghukuman klasik merupakan proses tertanamnya ingatan secara 
langsung pada tubuh, maka dalam penghukuman moden dalam bentuk wacana 
menghasilkan ingatan. 



 Lebih jauh lagi penyebaran disiplin ke dalam institusi pemerintahan 
menjadikan kaedah disiplin dikembangkan di penjara, sekolah, rumah 
sakit, berek tentara dan polis, bengkel kerja dan seumpamanya. 


 Sekalipun individu semakin “ditaklukkan” tetapi ternyata individu juga semakin 
"dihargai". Pembentukan pengetahuan atas individu moden ini tidak pernah 
berhenti kerana semakin individu diketahui, individu semakin 
ditaklukkan dan semakin individu ditaklukkan, individu semakin 
diketahui. 


 Dengan demikian dalam karyanya ini selain menyingkapkan perselingkuhan 
pengetahuan dan kuasa Foucault juga memperlihatkan kepasifan ragawi; 
tubuh selalu berarti tubuh yang patuh (docile-bodies), semua kegiatan 
fisik adalah ideologis: bagaimana seorang tentara berdiri, gerak tubuh 
anak sekolah, bahkan model hubungan seksual.



 Kuasa tidak menyentuh tubuh secara langsung melainkan individu diperlakukan 
dengan teliti dan teliti sehingga menghasilkan mekanisme gerak, tingkah 
laku dan bentuk fisik yang berprinsip ekonomi, cekap serta memiliki 
keteraturan tubuh dalaman (docile bodies). 

 Ends. 

 Penulis adalah pensyarah di Fakulti Komunikasi dan Media, UNISEL kampus Shah 
Alam 

______________________________________________________________________________________________________


From: Ramlah <ram...@yahoo.com>
Subject: http://www.himpun.org/ Sisters in Islam (SIS) strongly disagrees with 
the police blanket ban on Seksualiti Merdeka

http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/we-oppose-the-ban-on-seksualiti-merdeka-sisters-in-islam/

Sisters in Islam
November 03, 2011
Nov 3 – Sisters in Islam (SIS) strongly disagrees with the 
police’s blanket ban on Seksualiti Merdeka. We see this as yet another 
pattern of censorship and banning of freedom of expression, association 
and the free circulation of ideas in Malaysia.
We are also concerned at how the ban is going to be enforced by the 
police force. Was there, for example, a court order to ban the festival? How 
exactly do the police intend to follow through this “ban”?

While we understand that there are Muslims opposed to ideas of 
respecting gender and sexual diversity, as a Muslim women’s 
organisation, SIS disagrees with the methods used to stifle these ideas.

We ourselves have been subjected to police reports simply for 
questioning syariah criminal procedures on women, and our publication 
discussing the impact of religious extremism on Muslim women was once 
banned by the authorities. We regret that Seksualiti Merdeka has fallen 
prey to the same kind of state intimidation and harassment.

We call on fellow Muslims to exercise compassion and wisdom in 
dealing with the issues brought up by Seksualiti Merdeka. We also call 
on the authorities to ensure the safety and security of all those 
involved in this, especially Seksualiti Merdeka’s organisers, volunteers and 
supporters. – Sisters in Islam

______________________________________________________________________________________________________

From: Abd_Rahim <abdul_ra...@thermos.com.my>
To: chainz_of_fr...@yahoogroups.com; pakbel...@yahoogroups.com; 
malaysian...@yahoogroups.com
Sent: Friday, November 4, 2011 4:54 PM
Subject: [chainz_of_frenz] PAS sokong tuntutan Bersih bukan Ambiga


PAS sokong tuntutan Bersih bukan Ambiga 
 
 
Aziz Muda    
KUALA LUMPUR, 3 Nov: PAS menegaskan sokongan parti itu terhadap Datuk S Ambiga 
hanyalah terhadap isu yang dibawanya terutama mengenai tuntutan Bersih 
baru-baru ini, 
tetapi bukanlah sokongan ke atas batang tubuhnya.

Oleh itu, PAS 
tetap tidak bersetuju malah menentang keras pendirian Ambiga terhadap 
hak asasi manusia yang diperjuangkannya mengenai seksualiti termasuk 
sokongannya terhadap program Seksualiti Merdeka yang dianjurkan oleh 
pihak-pihak terbabit baru-baru ini.

Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud (gambar) berkata, perkara itu 
perlu difahami oleh kesemua pihak dan tidak sepatutnya 
disalah anggap sejajar dengan dasar perjuangan PAS sejak ditubuhkan 
untuk menegakkan Islam di tanah air.

"Dalam hubungan ini, saya 
sememangnya bersetuju dengan kenyataan dan pendirian Dewan Ulamak PAS 
yang menentang penganjuran Pesta Seksualiti Merdeka dan sebarang 
aktiviti seks luar tabie melibatkan lesbian dan gay," katanya.

Beliau
 menjelaskan demikian ketika menjawab pertanyaan kontroversi Ahli 
Parlimen Kulim Bandar Bharu (Bebas), Zulkifli Noordin mengenai sokongan 
PAS ke atas Ambiga, sedangkan Ambiga jelas menyokong Pesta Seksualiti 
Merdeka atas alasan hak asasi manusia.

Menjawab pertanyaan yang 
dikemukakan oleh Zulkifli ketika mencelah ucapannya pada persidangan 
Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata, sejak dulu sokongan PAS terhadap 
seseorang bergantung kepada isu, bukan ke atas batang tubuh seseorang 
dan ia tidak terkecuali dengan Ambiga.

Menurutnya, sokongan PAS 
dalam isu Bersih yang dibawa oleh Ambiga sesuai dengan tuntutannya yang 
selaras dengan perjuangan PAS, tetapi dalam isu seksualiti yang membawa 
sokongan Ambiga terhadap Pesta Seksualiti Merdeka berbeza sama sekali.

"Dalam
 isu Pesta Seksualiti Merdeka, PAS tidak menyokong Ambiga kerana isu 
tersebut ternyata bertentangan dengan perjuangan PAS," tegasnya yang 
juga AJK PAS Pusat.

Sebelum itu, beliau menjelaskan, dalam 
perkara perjuangan hak asasi manusia oleh pihak-pihak terbabit, ada 
perkara yang diterima oleh PAS dan ada pula yang ditolak oleh parti itu.

Katanya,
 penolakan PAS terhadap sesuatu perkara melibatkan hak asasi manusia itu
 berdasarkan sebab-sebab tertentu selaras dengan dasar perjuangannya dan
 parti itu tetap mempunyai hujah mengenai perkara itu.

Begitu 
juga, tegasnya,  dengan penolakan PAS terhadap aktiviti seks luar tabie 
dan perzinaan tetap mempunyai hujahnya kerana ia diharamkan dalam Islam 
dan amalan itu bertentangan dengan norma-norma kemanusiaan serta 
mengundang kemusnahan individu terbabit, keluarga dan masyarakat

Sungguhpun
 begitu, beliau menyarankan agar pihak-pihak terbabit mengambil langkah 
lunak terhadap mereka yang terlibat dengan aktiviti haram itu untuk 
menyedarkan mereka supaya kembali menjalani hidup dengan cara normal.

"Tapi
 kalau kita guna undang-undang sahaja ke atas mereka, takut nanti mereka
 akan menjalani aktiviti bawah tanah. Ini pasti lebih merumitkan untuk 
diatasi," katanya.

Dalam masa yang sama, beliau menyarankan kerajaan agar turut menggubal 
undang-undang khusus bagi membolehkan zina dikategorikan  sebagai 
jenayah, setelah liwat diletakkan sebagai jenayah di bawah Seksyen 377.

Beliau
 juga mendesak kerajaan agar mengambil pendirian tegas mengutuk 
kezaliman yang dilakukan oleh pihak pemerintah Syria terhadap rakyatnya 
sehingga menyebabkan kematian ratusan ribu orang awam di negara itu.
Sementara itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib (kiri)menegaskan 
bahawa dewan itu sama sekali tidak akan menyokong apa sahaja langkah yang 
bertentangan  dengan nilai fitrah manusia.
Penganjuran program itu dilaporkan oleh akhbar perdana kelmarin dipromosikan 
melalui laman sesawang www.seksualitimerdeka.org yang kononnya bertujuan 
mempertahankan hak golongan homoseksual agar boleh diterima dalam kalangan 
masyarakat negara ini.
“Kebebasan ada peraturannya, memang manusia diberikan kebebasan menyuarakan 
pandangan tetapi hendaklah di dalam kerangka yang dibenar dan tidak 
bertentangan dengan fitrah kejadian manusia” kata beliau yang juga Adun 
Manir, Terengganu.
“Namun Dewan Ulamak PAS menyeru supaya golongan seperti ini diubati sehingga 
dapat hidup bersama masyarakat secara fitrah dan bukannya memberikan 
pengiktirafan yang tidak akan menyelesaikan masalah, Dewan Ulamak 
melihat dari sudut  penyelesaian masalah iaitu golongan ini mesti 
diubati dan bukannya meneruskan masalah,” ujar beliau lagi. 
______________________________________________________________________________________________________


Pemuda PAS gesa Seksualiti Merdeka dibatal
TERKINI  @ 12:38:10 PM 02-11-2011 
Oleh G Manimaran
November 02, 2011
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemuda-pas-gesa-seksualiti-merdeka-dibatal/


KUALA LUMPUR, 2 Nov — Dewan Pemuda PAS mahu penganjur dan penyokong program 
Seksualiti Merdeka 2011 — acara tahunan diadakan sejak 2008 — agar tidak 
meneruskan perjuangan dan kempen mereka ke arah menuntut kebebasan gaya dan 
cara hidup barat yang salah dengan norma, tatasusila, budaya dan 
agama.
Justeru Ketuanya Nasrudin Hassan (gambar) berkata, sayap parti Islam itu juga 
sedia berdialog ke arah itu bagi menangani perkara ini yang menjadi polemik 
sekarang.

“Usah lari dari fitrah dan meninggalkan kehidupan beragama kerana 
jiwa tidak tenteram dan tidak pun boleh menyelesaikan masalah,” kata 
beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Seksualiti Merdeka adalah festival tahunan yang meraikan hak asasi 
manusia rakyat yang terdiri daripada pelbagai orientasi seksual dan 
identiti jantina. Ia dianjurkan oleh sekumpulan gabungan longgar 
pertubuhan bukan kerajaan, artis, aktivis dan individu sejak 2008.

Program festival itu, termasuk forum, ceramah, bengkel, pelancaran 
buku, pameran seni dan persembahan berlangsung mulai semalam hingga 13 
November di The Annexe Gallery di sini. Ia dijadualkan akan dirasmikan 
oleh bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan pada 9 
November.
Nasrudin berkata program itu kononnya berteraskan perjuangan hak 
asasi manusia menuntut hak dan kebebasan golongan lesbian, gay, 
biseksual dan transeksual untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka 
secara sah dan terbuka.

“Sekilas pandang, mereka sedang memperjuangkan hak dan kebebasan 
dengan gaya hidup pilihan mereka dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia.
“Justeru, mereka tidak lagi teragak-agak untuk mengiklan, memperjuang dan 
menganjurkan programnya secara terbuka,” katanya.

Kata beliau, sungguhpun mereka tampil dengan prinsip perjuangan hak 
asasi, Islam mempunyai pandangannya yang tersendiri mengenai perkara 
itu.
“Sementara Dewan Pemuda PAS berpaksi teguh kepada ajaran Islam, 
justeru Islam adalah agama petunjuk dari Allah swt, Tuhan yang mencipta 
manusia,” kata beliau.

Malah kata beliau, kebebasan bukan bermakna manusia bebas melakukan apa sahaja 
sehingga bertentangan dengan fitrah dan agama.

“Kalaupun seseorang tidak beragama sekalipun, akal yang masih 
dimiliki tidak mungkin membenarkan manusia melakukan apa sahaja di atas 
tiket kebebasan.
“Sebaliknya manusia mesti hidup berasaskan peraturan - peraturan 
tertentu yang mengikat komitmen dirinya agar tidak terbabas dari 
kebaikan dan kemuliaan,” kata beliau lagi.

______________________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________________

From: roslan mohd <mohros...@gmail.com>


Sesungguhnya, "bulan madu" Pakatan  Rakyat sudah tamat tempohnya.  Malah, 
"keghairahan untuk menukar  kerajaan persekutuan" di kalangan rakyat 
sedikit sebanyak menyurut  selepas lebih tiga tahun lanskap politik Malaysia 
dilanda 
"tsunami".   Namun, masih ramai yang yakin bahawa PR mampu menggegarkan 
Barisan  Nasional dalam PRU 13 akan datang.  Sekurang-kurangnya BN terpaksa  
berhempas-pulas dalam PRN Sarawak pada April 2011, 
mempertahankan  kubunya di bumi kenyalang itu. 


Seandainya PR mengekalkan momentum yang sedia ada, ditambah pula dengan usaha  
gigih dan kerja keras di peringkat akar umbi, maka gandingan politik ini 
dijangka berdaya untuk sekurang-kurangnya mengekalkan status quo, jikapun gagal 
menjangkau lebih daripada itu.  Mengekalkan status quo bermakna Najib Razak 
terpaksa mengulangi nasib Abdullah Ahmad Badawi,  kerana pengganti ini terbukti 
gagal dalam misinya mengembalikan  
"kegemilangan" UMNO-BN sebelum 8 Mac 2008. 【Baca: PRU 13 awal atau lewat, Najib 
tetap didesak berundur?】

Bayangkan,
  pergelutan antara Najib, Muhyiddin Yassin, Hishammuddin Hussein dan  
Zahid Hamidi, ditambah pula dengan Mukhriz Mahathir dan Khairy  
Jamaluddin kelak semestinya membuka ruang yang seluas-luasnya kepada  
PR.  Ringkasnya, meminjam andaian yang tersurat dalam retorik pemimpin  
PR, "PR tetap akan menawan Putrajaya, kalau bukan hari ini, maka hari  
esok..." - kalau bukan PRU 13, maka PRU 14.

Dari Hudud, HIMPUN ke Homoseksual

Secara
  tiba-tiba isu Hukum Hudud dihidupkan semula, menjelang PRU 13.   
Disusuli pula dengan Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah, yang  
bertemakan anti-murtad, dan yang terbaru, isu homoseksual.  Meskipun  
pendirian "setuju untuk tidak bersetuju" antara tiga parti gagal  
memuaskan semua pihak, namun sekurang-kurangnya isu Hukum Hudud  
diredakan untuk seketika, pada akhir September 2011.

Alasan  PR 
untuk tidak menyertai HIMPUN juga diterima, setelah diperlihatkan  
bagaimana media kawalan UMNO-BN memberi liputan positif yang luar biasa 
 kepada HIMPUN.  Lebih-lebih lagi, kemunculan Presiden PERKASA Ibrahim  
Ali di Stadium Shah Alam pada petang 22 Oktober, menjadi alasan terbaik  untuk 
pimpinan PR menjarakkan diri dari HIMPUN.

Namun demikian, 
 PR akhirnya terperangkap dalam isu homoseksual, apabila memberi reaksi 
 yang berlebihan terhadap isu ini.  Apa pun yang dikatakan, misalnya 
"isu  homoseksual melangkaui batas politik kepartian", gagal mengubah 
realiti  bahawa isu ini wujud dalam konteks politik, dan adalah 
perangkap  politik.

Selepas "gelombang hak asasi ancam Malaysia"...

Kita
  semestinya ingat bagaimana Ambiga Sreenevasan diserang dengan isu  
murtad, ketika peguam hak asasi ini memimpin gabungan BERSIH 2.0.   
Tujuannya jelas, untuk meleraikan PAS daripada perjuangan BERSIH 2.0,  
lantas melumpuhkan usaha mobilisasi perhimpunan pada 9 Julai 2011.   
Percaturan ini akhirnya digagalkan, dan isu reformasi sistem pilihan  
raya ini berjaya menarik sokongan masyarakat tanpa mengira kaum dan  
agama - memberi tamparan sengit kepada regim UMNO-BN.

Gelombang  
BERSIH 2.0 terus mengombak, sehingga PM Najib Razak terpaksa berganjak  
untuk menawarkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) -  
sebagai langkah memperbaiki imejnya dengan menjana "transformasi  
politik", kononnya.  Namun, langkah ini tidak direstui sesetengah  
golongan konservatif - tidak kira apa juga sebabnya.  Sebulan kemudian, 
 pada 26 Oktober, kita disajikan kenyataan bekas Ketua Polis Negera 
Rahim  Noor, bahawa Malaysia kini sedang berdepan dengan ancaman 
"gelombang  hak asasi manusia" - ketika berucap dalam Perhimpunan Agung 
Tahunan  kedua PERKASA.

Lima hari kemudian, PERKASA menyasarkan 
program  Seksualiti Merdeka 2011, dan isu ini terus menyarat dalam media cetak  
kawalan UMNO.  Sebagaimana yang dijangkakan, "hak asasi manusia" digunakan NGO 
untuk mempertahankan golongan homoseksual, dan di sini  
beberapa pimpinan PR mula terperangkap.

Homoseksual: Jurang pandangan

Isu
  homoseksual telah lama diperdebatkan dalam masyarakat bukan  
Melayu-bukan Muslim, khususnya di kalangan komuniti Cina-Kristian.   
Paderi yang mengakui dirinya homoseksual, Ou Young Wen Feng (gambar  
bawah) sebagai kolumnis di Sin Chew Daily, akhbar Cina yang  
terlaris di Malaysia - telah menulis secara mendalam tentang isu  
homoseksual sepanjang beberapa tahun kebelakangan.  Dari kitab injil  
hinggalah perspektif perubatan moden, hujah-hujah yang lama telah  
dicabar dan disanggah.  Misalnya, terjemahan sesetengah istilah dalam  
kitab injil dipertikai, bahawa wujudnya ralat ketika kitab injil asal  
diterjemahkan ke bahasa lain.

Ada juga dakwaan bahawa "homoseksual" adalah sejenis penyakit.  Maka, 
hujah  ini dipersoalkan - jika homoseksual sejenis penyakit, apa 
perlunya  pesakit itu dimusuhi, dan ditindas dengan cara yang keras?  
Apakah  pesakit itu berdosa?  Logik yang sama, apakah kita akan 
berdendam dan  mengambil tindakan keras terhadap pesakit denggi, 
misalnya?  Perdebatan  ini terus didalami, malah dikemukakan fakta 
bahawa Persatuan Psikiatri Amerika (American Psychiatric Association, APA) 
telah mengeluarkan homoseksual dari senarai penyakit psikiatri (Diagnostic and 
Statistical Manual Of Mental Disorders, DSM-II) pada tahun 1973.  Maknanya, 
homoseksual telah diiktiraf sebagai sifat  semulajadi seseorang (biarpun 
minoriti dalam masyarakat), dan tidak  
boleh "diubati" agar diubah cenderung seksnya.

Pendedahan di atas
  bukan berniat untuk memaksakan nilai ini kepada masyarakat Islam,  
menyedari bahawa setiap agama mempunyai hukumnya sendiri (yang perlu  
dihormati) - tetapi untuk menunjukkan jurang pandangan antara muslim  
dengan bukan muslim dalam isu homoseksual.  Sesungguhnya masih wujud  
bantahan terhadap amalan homoseksual, namun secara perbandingannya,  
masyarakat bukan Islam lebih toleransi terhadap golongan ini.

Maka
  sebarang cadangan untuk menggunakan kekerasan terhadap golongan  
homoseksual adalah tidak menyenangkan, dan mencungkil pertikaian.   
UMNO-BN tidak bermasalah dalam isu ini, kerana PERKASA, dan Utusan Malaysia 
telah memainkan "peranan" untuknya.  Di depan masyarakat Islam,  
"perjuangan" ini dikreditkan untuk UMNO; di depan masyarakat bukan Islam pula, 
sebarang keterlanjuran yang keterlaluan akan dipersalahkan  
PERKASA danUtusan Malaysia - bukan UMNO.  Lagipun, UMNO-BN dari mulanya bukan 
parti politik yang mendukung hak asasi manusia.

Situasinya
  berbeza untuk PAS, PKR atau Pakatan Rakyat.  Parti-parti politik ini  
berjanji untuk membela hak asasi rakyat, keadilan untuk SEMUA.  Maka  
mereka akan berdepan dengan pertikaian - apakah PR mengiktiraf hak asasi
  seseorang dalam kecenderungan seks peribadinya?  Apakah keadilan untuk
  SEMUA ini, termasuk keadilan untuk golongan homoseksual?

Maknanya,
  soalan-soalan ini akan terus membelenggu pemimpin PR, sebagaimana  
situasinya yang dihadapi "reformis" dalam PAS sebelum ini.  Pernah  
pemimpin PAS dipersoalkan dalam forum terbuka, bagaimana rakyat  
diyakinkan bahawa PAS akan menghormati kebebasan bersuara dan  
berpersatuan jika parti itu berkuasa, sedangkan parti itu pernah  
mengambil pendirian keras terhadap Sisters-In-Islam, satu NGO yang dianggap 
bercanggah pandangan dengannya?

Perangkap: Jurang maklumat

Analisa
  ini bukan bertujuan untuk mendalami perdebatan isu homoseksual, tetapi
  untuk menunjukkan bagaimana isu homoseksual diwujudkan sebagai 
perangkap  politik.  Pemimpin PR semestinya sedar bahawa cabaran di 
depan mata mereka adalah untuk mengatasi jurang maklumat, antara bandar dengan 
desa  - persaingan maklumat adalah antara faktor penentu 
kerajaan dalam PRU  13.

PR  harus jelas, bahawa mereka gagal 
menandingi UMNO-BN seandainya menjejak  langkahnya ke gelanggang untuk 
permainan perkauman atau agama sempit.   Dengan jentera negara dan 
sumber yang ada dalam tangan, UMNO-BN akan  mengerah segala tenaga yang 
ada untuk menyerang PR.  Seandainya PR  bersaing dengan UMNO-BN untuk 
menjadi wira "kaum" dan "agama" (dalam  konteks perjuangan yang sempit), maka 
PR akan menemui ajal di gelanggang  itu, malah gagal meraih 
simpati rakyat yang menuntut reformasi yang  progresif.

Situasi 
hanya memihak kepada PR seandainya mengheret BN ke gelanggang untuk 
pertarungan isu nasional, berlandaskan nilai  sejagat yang menyentuh 
SEMUA golongan rakyat.  Jangan terkejut apabila  gerak-geri sesetengah 
pemimpin PR dipertikai, atau disindir.  Misalnya,  apabila Laporan Ketua Audit 
Negara 2010 yang sarat dengan butiran  penyelewengan kerajaan BN 
didedahkan - Ketua Pemuda PAS nampaknya lebih  ghairah dan bersemangat 
untuk respon kepada konsert Elton John.  Mungkin  ramai, khususnya 
golongan bukan Islam yang tertanya-tanya, apakah  amalan rasuah 54 tahun lebih 
mengancam kepentingan negara, atau konsert  dua jam dari seorang 
penyanyi gay?

Bukan sahaja PAS, malah sesetengah pimpinan PKR kelihatan juga hilang 
tumpuan  ketika berdepan dengan isu-isu ini.  Bekas Timbalan Ketua 
Angkatan Muda  Keadilan, kini ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Fariz Musa pada 2 
 November menghantar memorandum kepada Presiden MCA, kononnya 
Chua Soi  Lek telah menghina Islam.  Sememangnya itu hak Fariz Musa 
untuk berbuat  demikian, atas kapasiti penyelaras satu pertubuhan 
dinamakan Jingga 13.   Namun, kesannya, MCA mendapat durian runtuh - 
untuk mendakwa kepada  masyarakat Cina bahawa tiada bezanya antara PKR 
dengan PAS.  Lebih-lebih  lagi, dengan kes "ibu pejabat MCA disimbah cat merah" 
semalam - suka  atau tidak, kini giliran PKR pula untuk 
membersihkan nama dirinya.

Isu yang lebih besar

Persoalannya,
  apakah tiada isu untuk PR buat masa sekarang?  Laporan Ketua Audit  
Negara 2010 dengan sendirinya mendedahkan betapa dahsyatnya tahap rasuah
  dalam kerajaan.  Lebih merunsingkan, pemuda PAS kelihatan lebih  
bersemangat untuk berdemo membantah homoseksual, pada saat-saat ribuan  
pekerja turun untuk berpiket membantah pindaan Akta Kerja 1955, semalam.

Hak
  PAS dan PKR untuk bersuara lantang dalam isu homoseksual tidak  
dipertikaikan.  Persoalannya, apakah kekuatan Pakatan Rakyat sebelum  
ini?  Apakah PR merasakan dengan mengutamakan isu homoseksual,  
mengetepikan isu rasuah, kebajikan pekerja, isu alam sekitar - maka PR  
mampu merampas sokongan dari BN, lantas menang dalam PRU 13?

Tindak-tanduk pimpinan PR tersebut bukan sahaja "hilang tumpuan", malah 
menawarkan  
diri untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari isu rasuah.  Dengan kata  
lain, mereka secara sedar atau tidak mengetepikan isu yang melibatkan  
kepentingan SEMUA, kemudian beralih untuk bertarung dengan UMNO-BN di  
gelanggang yang telah dipasang perangkap.  Lebih dahsyat, mereka masih  
yakin bahawa mereka boleh menang.

______________________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________________

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke