Salam

[33.36] Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan 
- apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - 
(tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan 
mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka 
sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. 

[24.1] Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan 
hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata 
supaya kamu beringat (mengamalkannya). 

[24.2] Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat 
tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu 
dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan 
hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan 
hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh 
sekumpulan dari orang-orang yang beriman.:

WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
( http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ )

----- Forwarded Message -----
From: halawah shop <mresp...@gmail.com>
To: 
Sent: Thursday, September 29, 2011 11:13 AM
Subject: [UiTM-Melaka] Hudud dan pakatan rakyat
 

  



Hudud: Pakatan akui enakmen syariah Kelantan, Terengganu  | Print |  
Nazri Abdullah & Hazayani Zakaria    

 
KUALA LUMPUR, 29 Sept: DAP, PKR dan PAS hari ini 
mengambil pendirian akan mempertahankan segala dasar yang dipersetujui 
bersama disamping menghormati perbezaan ideologi di antara ketiga-tiga 
parti khususnya dalam isu hudud.

Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di 
Pejabat Agung PAS, lewat malam tadi, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar 
Ibrahim berkata mereka mengormati aspirasi PAS mahu melaksanakan hudud 
disamping menghormati pandangan DAP yang membantahnya ekoran 
bertentangan dengan perlembagaan.

Kesemua komponen parti katanya 
memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan 
Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 sebelum muafakat dalam Pakatan 
Rakyat wujud.

"Kita mendengar penjelasan Datuk Takiyuddin Hassan 
yang mewakili kerajaan Kelantan bahawa perlaksaan hudud di negeri itu 
hanya boleh dibuat dengan pindaan perlembagaan persekutuan.

"Kita tidak boleh menafikan mana-mana hak PAS, DAP dan PKR untuk mengemukakan 
pandangan termasuk dalam isu syariah.

"Kita
 jelas menghormati hak dan aspirasi PAS (mahu laksanakan hudud). Cuma 
dia terikat dengan apa yang kita sebut dasar bersama, semangat 
perlembagaan dan Buku Jingga," katanya.

Turut serta pada sidang 
media itu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pengerusi
 DAP Karpal Singh, Penasihat DAP Lim Kit Siang serta 23 ahli mesyuarat 
yang lain.

Sebelum ini, semua pimpinan Pakatan Rakyat diarah 
tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud sehinggalah 
mencapai pendirian bersama pada mesyuarat malam ini.

Mesyuarat 
yang bermula kira-kira jam 9 malam tadi antara lain bagi mencari 
pendirian bersama berhubung perbezaan pandangan antara ketiga-tiga parti
 dalam isu hudud.

"Mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan 
bahawa kami tidak akan terheret dengan mainan politik Umno BN untuk 
memecah belahkan kesatuan Pakatan Rakyat," kata Anwar lagi.

Isu hudud telah bergema kembali ekoran cabaran yang dibuat oleh bekas 
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Kelantar agar 
melaksanakan hudud kerana beliau bukan lagi perdana menteri.

Kata
 Mahathir, pemimpin PAS Kelantan sentiasa menyalahkan beliau apabila 
tidak melaksanakan undang-undang itu ekoran satu surat amaran yang 
dikeluarkan semasa beliau menjadi PM lalu.

Mahathir meminta 
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz meminta kebenaran
 dari Datuk Seri Najib untuk berbuat demikian.

Najib pula dalam 
jawapannya berkata, beliau tidak akan memberikan kebenaran itu walaupun 
timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yassin berkata sedia untuk berbuat 
demikian.

Parti MCA dan Gerakan memberikan amaran kepada Umno, 
mereka akan keluar dari BN jika membenarkan undang-undang Islam itu 
dilaksanakan.

Ekoran itu, DAP juga membuat kenyataan akan keluar 
Pakatan Rakyat jika pakatan setuju menjadikan agenda hudud sebagai 
agenda bersama Pakatan.

Ia terus panas apabila Tuan Guru Nik 
Abdul Aziz menyatakan kerelaan jika DAP mahu keluar daripada Pakatan 
Rakyat kerana tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum 
hudud dan menubuhkan negara Islam.

Nik Aziz berkata demikian 
mengulas kenyataan Karpal bahawa parti itu tetap menolak penubuhan 
negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud kerana ia bertentangan sama 
sekali dengan Perlembagaan Persekutuan.
Berikut adalah kenyataan bersama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang 
diperakui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri 
Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang dikeluarkan selepas mesyuarat tersebut.
Mesyuarat Pakatan Rakyat malam ini memperakui dan 
mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini 
sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama dan Buku 
Jingga.
Pakatan Rakyat terus memperteguhkan iltizam politik bagi 
mempertingkatkan daya-saing ekonomi, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, 
kesihatan dan menangani kos kehidupan yang semakin menekan.
Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan 
ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai sebuah permuafakatan 
demokratik, termasuk  pendirian PAS berkenaan hukum syariah.
Mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah 
Syariah II Kelantan 1993 dan enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 
yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat. Keadilan dan PAS 
menghormati perbezaan pendirian oleh DAP dalam perkara ini.
Mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa kami 
tidak akan terheret dengan mainan politik terdesak Umno-Barisan Nasional untuk 
memecah belahkan kesatuan Pakatan Rakyat . Kita percaya penuh di 
atas kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilai suasana ini.
Mesyuarat sekali lagi mempertegaskan bahawa muafakat dan 
objektif utama politik parti-parti komponen PR dalam Pilihanraya Umum 
(PRU) ke-13 ini adalah untuk membina kembali asas-asas kenegaraan yang 
telah dirosakkan oleh Umno-BN, dengan berpandukan prinsip Keadilan 
Sejagat (Universal Justice), Pentadbiran yang Baik (Good Governance), 
Kebertanggungjawaban (Accountability), Ketelusan (Transparency), 
Kompetensi (Competency) bagi mencapai  Kemaslahatan Umum (Public Good) 
untuk semua rakyat. 

====================================================================================================


  
  

 

 
  


=====================================================================================

OlehSyed ImranKecuali  mendiang Tan Sri Wong Pow Nee, setiap seorang ketua 
menteri Pulau Pinang tidak terlepas daripada dituduh 'anti-Melayu'.

Mendiang Pow Nee yang menerajui  pentadbiran Negeri Pulau Pinang sejak 
Merdeka sehingga pilihan raya umum  1969, terlepas daripada tuduhan itu mungkin 
kerana sentimen orang  Melayu tidak dipengaruhi politik 
perkauman yang tebal.
 


Rakyat Pulau  Pinang memilih Perikatan, iaitu kerjasama tiga buah parti 
politik yang  mewakili kaum Melayu (UMNO), Cina (MCA) dan India (MIC) 
demi mengekal  perpaduan dan kerjasama antara kaum.
Kehidupan orang Melayu ketika itu  bukanlah senang dan mereka menghuni 
kampung-kampung tradisional bukan  sahaja di Seberang Perai tetapi di 
bahagian pulau termasuk dalam kawasan  bandar raya George Town. 
Kemiskinan bukan sahaja menimpa orang Melayu  tetapi Cina dan India 
terutama dalam kawasan bandar dan pinggir kota.  

Walaupun Perikatan menguasai  pentadbiran negeri, pihak  yang menguasai Majlis 
Bandar Raya George  Town, iaitu pihak berkuasa tempatan tertua dan 
pertama di negara ini  selepas pilihan raya tempatan diadakan, ialah 
gabungan dua buah parti  politik berhaluan kiri,  Partai Sosialis dan 
Partai Buruh yang membentuk  Barisan Sosialis atau "Socialist Front".

Tiada banyak masalah yang timbul  walaupun pentadbiran negeri dan pentadbiran 
kerajaan tempatan dipegang  oleh dua buah gabungan parti politik yang 
berlainan ideologi.  Pentadbiran negeri pimpinan Pow Nee menerajui 
negeri tanpa membawa  banyak perubahan dalam bentuk pembangunan fizikal 
mahupun sumber manusia  yang sekarang disebut sebagai pembangunan insan 
atau modal insan.

Pulau Pinang mula melihat dan  merasai perubahan dalam pembangunan apabila 
pentadbiran Gerakan pimpinan  mendiang Tun Dr Lim Chong Eu mengambil 
alih pada 1969.  Atas daya usaha  allahyarham Tun Abdul Razak, Gerakan 
membentuk kerajaan campuran dengan  UMNO yang kemudiannya berkembang 
membentuk Barisan Nasional.

Chong Eu membawa perubahan besar  kepada ekonomi Pulau Pinang apabila beliau 
berjaya membawa masuk  industri elektronik terutama dari Amerika Syarikat dan 
Jerman. Zon  Perdagangan Bebas dan Zon Industri Bebas wujud membuka beratus 
ribu  peluang pekerjaan dan membawa rahmat bukan sahaja kepada rakyat Pulau  
Pinang tetapi negeri-negeri di utara Semananjung 
dan Pantai Timur. 

Berpuluh  ribu anak Melayu dari  kampung dan desa di Perlis, Kedah, Perak, 
Kelantan, Terenggu dan Pahang berhijrah ke Pulau Pinang untuk bekerja 
di kilang-kilang elektronik  selain anak watan Pulau Pinang.

Berkat usaha  Chong Eu membawa masuk industri elektronik, ramai keluarga Melayu 
dapat dikeluarkan daripada takrif kemiskinan.

Selain industri elektronik,  Chong Eu turut membangun semula industri 
pelancongan ekoran tindakan  kerajaan persekutuan menarik balik taraf 
pelabuhan bebas Pulau Pinang  untuk diberikan kepada Langkawi. 
 Penarikan taraf pelabuhan bebas itu  dilihat sebagai satu tindakan yang 
bermotifkan politik dan Chong Eu  terpaksa bekerja keras untuk memulih 
industri pelancongan pulau  peranginan yang digelar "Mutiara Timur" itu.

Pembangunan pusat-pusat  peranginan dan hotel tepi pantai bertaraf antarabangsa 
berjaya memulih  industri pelancongan walaupun Pulau Pinang bukan lagi 
'syurga membeli  belah' seperti yang wujud semasa bertaraf pelabuhan 
bebas.

Walaupun Chong Eu berjaya  membawa keluar Pulau Pinang daripada kemurungan 
akibat penarikan balik  taraf pelabuhan bebas dan secara tidak langsung 
membantu beratus ribu  anak Melayu yang menganggur bekerja di 
kilang-kilang elektronik, beliau  tidak terlepas daripada tuduhan 
'anti-Melayu'. 

Pengganti beliau, Tan Sri Dr Koh  Tsu Khoon juga tidak terlepas daripada 
tuduhan 
sedemikian walaupun  beliau tidak sehebat Chong Eu tetapi sekadar 
meneruskan dasar  pembangunan yang diletak asasnya oleh Chong Eu.

Sekarang, ketua menteri DAP yang  mewakili Pakatan Rakyat, Lim Guan Eng pula 
menghadapi tuduhan  'anti-Melayu'. Tuduhan yang dihadapinya agak unik 
dan lebih teratur dan  dirancang dengan teliti.

Guan Eng  kurang bernasib baik  berbanding Chong Eu dan Tsu Khoon kerana dia 
menghadapi 'bantahan'  termasuk secara demonstrasi jalanan oleh 
kumpulan-kumpulan yang kononnya  mewakili badan-badan bukan kerajaan 
(NGO).  

Penunggang motosikal yang  kebanyakannya mewakili penunggang 'kapcai' turut 
berdemonstrasi  menghentam pentadbiran Guan Eng dan mendesak diadakan 
trek lumba  motosikal untuk mereka. demonstrasi mat-mat motor itu sudah 
tentu diatur  dan dirancang oleh pihak tertentu yang disokong oleh 
kepentingan  politik. Bukan mudah untuk mengumpul sebegitu ramai 
penunggang motosikal  berkumpul di satu tempat untuk bermotoikal ke satu tempat 
lain secara  serentak jika tidak dirancang terlebih awal.

Kita ingin tanya penganjur  demonstrasi mat motor itu sama ada mereka sedar 
atau tidak,  negeri-negeri lain juga tiada trek lumba motosikal khusus 
untuk mat-mat  motor atau yang disebut polis sebagai samseng jalan 
raya. 

Selain penunggang motosikal,  pengayuh beca pun dijadikan alat untuk golongan 
tertentu untuk membantah   pentadbiran Guan Eng dengan bermacam tuduhan. Sekali 
lagi, kita lihat  ada perancangan terlebih dahulu untuk 
mengumpul pengayuh beca berkenaan.    

Sama seperti Chong Eu dan Tsu  Khoon, Guan Eng juga dituduh 'anti-Melayu' 
dan tuduhan yang dihadapinya  jauh lebih berat  kerana ia membabitkan 
dalang yang mewakili parti  politik yang ditolak oleh rakyat Pulau 
Pinang.

Orang Melayu Pulau Pinang harus  sedar bahawa mereka akan terus ditadbir oleh 
seorang ketua menteri bukan  Melayu kerana UMNO, melalui presidennya 
Datuk Seri Najib Tun Razak,  telah memberi jaminan bahawa UMNO tidak 
akan tuntut jawatan itu walaupun  menang besar. Adakah orang Melayu 
Pulau Pinang akan mengulangi tuduhan  'anti-Melayu' kepada ketua-ketua 
menteri berikutnya? 

Orang Melayu Pulau Pinang juga  harus lihat kehidupan para pemimpin mereka 
yang sering memperalatkan  golongan Melayu bawahan untuk membantah itu 
dan ini sedangkan mereka  menghuni kediaman  mewah, berkereta mewah dan 
saban tahun bercuti ke  luar negara. 

Penunggang motosikal dan  pengayuh beca harus bertanya kepada kepimpinan Melayu 
Pulau Pinang apa  yang mereka buat atau usahakan untuk membantu orang 
Melayu miskin, yang  mengangur dan tiada kediaman tetap? 

Jangan terlalu mudah menuduh  orang lain sebagai 'anti-Melayu' sedangkan di 
kalangan orang Melayu  sendiri wujud mereka yang tidak memperdulikan 
untung nasib bangsanya  sendiri.
http://kudaranggi.blogspot.com 

==================================================================================


Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 15, 2011
PETALING JAYA – Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Petaling Jaya Selatan, 
Hee 
Loy Sian menegaskan tidak wujud 180 ahli (PKR) ke-luar parti seperti 
diumumkan bekas naibnya, Suhaimi Saari.

Menurutnya, setakat ini melalui semakan dilakukan hanya dua orang termasuk 
Suhaimi yang keluar dari PKR.

“Kita sudah siasat rata-rata mereka yang hadir pada program itu tidak tahu 
tentang agenda program itu yang mahu peserta hadir untuk keluar parti,” katanya 
kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, pihaknya mengetahui sebanyak tiga bas bergerak dari Taman Medan ke 
Cameron Highlands yang rata-ratanya peserta terdiri daripada golongan belia.

“Program itu pada mulanya diberitahu hanya program 
riadah, namun bila tiba di sana segala berubah selepas ia dikatakan 
menjadi medan untuk individu keluar daripada PKR,” katanya.
Mengulas
 lanjut mengenai status jawatan Suhaimi di dalam Cabang PJS, beliau 
berkata, perkara itu akan dimaklumkan kepada pucuk pimpinan parti.

“Parti
 tidak pecat dia tetapi dia (Suhaimi) sudah secara rasminya keluar 
daripada parti dan selepas ini dia tidak mempunyai sebarang urusan 
dengan PKR,”katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen PJS mendakwa
 naibnya itu kini sudah dibayar Barisan Nasional (BN) untuk mengerakkan 
program belia di Selangor.

Katanya, apa yang berlaku tidak menjejaskan Cabang PKR Petaling Jaya Selatan 
sebaliknya dilihat salah satu percubaan BN untuk mencipta propaganda politiknya.

Akhbar ini semalam menyiarkan mengenai pengumuman bekas Naib Cabang PKR
 PJS, Suhaimi Saari bahawa 180 ahlinya keluar parti dan
 menyertai Umno selepas menyerahkan borang keahlian kepada Pemangku 
Ketua Umno Bahagian PJS, Datuk Raja Hanipuddin Raja Nong Chik dalam satu
 program di Bentong, semalam.
 
===================================================================================


PULAU PINANG adalah antara negeri yang cukup mencuri tumpuan  mutakhir ini oleh 
Umno-BN selain PAS di Kelantan kerana ia ditadbir  Pakatan Rakyat di bawah 
kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng. 
Pelbagai fitnah dilontarkan ke atas kerajaan negeri pimpinan Guan Eng  yang 
kononnya mentadbir dengan mendiskriminasi kaum Melayu, walhal 
Pulau  Pinang adalah negeri yang mengiktiraf peranan Huffaz (ahli tahfiz 
Al-Quran) dengan membayar elaun golongan ini sejumlah RM500.

Kemelut
 isu perkauman yang didakyah BN di negeri Pulau Mutiara ini gagal sama 
sekali mengubah sokongan rakyat kepada pentadbiran Guan Eng.
Guan Eng mampu mentadbir negeri dengan baik hinggakan dapat mengurangkan kadar 
hutang yang dahulunya dikumpul oleh Gerakan-BN sebelum pilihan raya umum 2008.
Kerajaan negeri Pulau Pinang mendapat pengiktirafan 
tertinggi di dalam Laporan Audit Negara kerana kedudukan kewangannya 
yang cemerlang untuk tahun 2010 berbanding tahun 2009.
Penghasilan terkumpul Pulau Pinang meningkat kepada 2.7 peratus, 
daripada RM1,101.89 juta pada tahun 2009 kepada RM1,131.17 juta dalam 
tahun 2010.
Simpanan wang terkumpul meningkat sebanyak 6.2 peratus kepada RM572.49 juta 
meningkat daripada RM538.95 juta pada tahun 2009.
Penghasilan negeri untuk tahun 2010 meningkat sebanyak RM34.19 juta 
atau 9.1 peratus berbanding tahun 2009 daripada RM376.51 juta kepada 
RM410.70 juta.
Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan 
baru-baru ini mendedahkan kumpulan Wang Disatukan mengalami peningkatan 
berjumlah RM29.28 juta atau 2.7 peratus kepada RM1,131.17 juta 
berbanding RM1,101.89 juta pada tahun 2009.
Pada pendapat audit, 
penyata kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada keseluruhannya 
menunjukkan gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan 
kerajaan negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2010 dan rekod 
perakaunannya telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini
Pada keseluruhannya, analisis audit mendapati kedudukan kewangan 
Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada akhir tahun 2010 adalah bertambah baik 
berbanding tahun 2009.
Pada tahun 2010, Kumpulan wang Disatukan 
mengalami peningkatan berjumlah RM29.28 juta atau 2.7 peratus kepada 
RM1,131.17 juta berbanding RM1,101.89 juta pada tahun 2009.
Baki 
Akaun Hasil Disatukan pada 31 Disember 2010 telah bertambah sejumlah 
RM33.54 juta atau 6.2 peratus menjadikannya berjumlah RM572.49 juta 
berbanding sejumlah RM538.95 juta pada tahun 2009.
Hasil yang 
dikutip pada tahun 2010 telah meningkat sejumlah RM34.19 juta atau 9.1 
peratus berbanding tahun 2009 iaitu daripada sejumlah RM376.51 juta 
menjadi RM410.70 juta.
“Kedudukan aset yang terdiri daripada wang tunai dan pelaburan pula telah 
meningkat sejumlah RM29.28 juta atau 2.7 peratus menjadi RM1.13 bilion pada 
tahun 2010 berbanding RM1.10 bilion 
pada tahun 2009,” kata Laporan yang disediakan Ketua Audit Negara, Tan 
Sri Ambrin Buang baru-baru ini.
Dalam laporan itu, Ketua Audit 
Negara turut mengesyorkan kerajaan pimpinan Guan Eng memastikan hasil 
yang dikutip diakaunkan ke akaun yang betul dan terus berusaha untuk 
menambahkan hasil dan mengekalkan perbelanjaan secara berhemat bagi 
memastikan kedudukan kewangannya bertambah baik.
“Kerajaan negeri juga disarankan membuat analisis pelaburan dengan lebih baik 
bagi 
meningkatkan pulangan dividen terhadap pelaburan. Di samping itu, 
Kerajaan negeri disyor meneruskan usaha untuk mengutip tunggakan hasil 
yang berjumlah RM78.78 juta pada akhir tahun 2010 terdiri daripada cukai tanah, 
bayaran balik pinjaman penuntut, ansuran atau sewa rumah dan 
kedai serta hasil-hasil lain,” katanya.
Kerajaan Negeri Pulau 
Pinang dari semasa ke semasa menerima pinjaman daripada Kerajaan 
Persekutuan bagi membiayai projek pembangunannya. Semua pinjaman yang 
diterima pada tahun 2010 untuk projek tertentu telah dipindahkan ke 
Akaun Kumpulan Wang Pembangunan sebelum diagihkan.
Pada akhir 
tahun 2010, baki hutang Kerajaan Negeri adalah berjumlah RM687.79 juta 
berbanding sejumlah RM683.75 juta pada tahun 2009, iaitu meningkat 
sejumlah RM4.04 juta atau 0.6 peratus.
Peningkatan hutang ini 
adalah disebabkan pinjaman baru dengan Kerajaan Persekutuan bagi 
membiayai projek bekalan air yang berjumlah RM4.24 juta untuk projek 
pembesaran Empangan Mengkuang dan projek Perbadanan Pembangunan Pulau 
Pinang bagi membina Indoor Archade and Seafood Centre di Batu Kawan 
berjumlah RM1.56 juta.
Pada tahun 2010, jumlah bayaran balik 
pinjaman Perumahan Awam Kos Rendah yang dibuat oleh kerajaan negeri 
ialah RM2.95 juta (pokok dan faedah).
Analisis Audit mendapati 
Kerajaan Negeri telah menangguhkan bayaran balik pinjaman Projek Bekalan Air 
berjumlah RM160.14 juta kerana menunggu penyelesaian isu 
pengambilalihan pengurusan perkhidmatan air di semua negeri oleh 
Kerajaan Persekutuan melalui penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Air 
Negara (SPAN).
‘Trend’ baki hutang bagi tahun 2006 hingga 2010 
menunjukkan hutang Kerajaan Negeri dari Kerajaan Persekutuan terus 
meningkat disebabkan ada pinjaman baru diterima pada tahun-tahun 
tersebut.
Kedudukan baki pinjaman projek majlis perbandaran untuk pembetungan najis 
sejumlah RM1.33 juta tidak berubah sejak tahun 2004 
kerana Kerajaan Persekutuan telah memberi kelulusan kepada Kerajaan 
Negeri Pulau Pinang untuk menghentikan bayaran balik pinjaman bagi 
projek tersebut berikutan dengan pengambilalihan oleh Indah Water 
Konsortium.
Pajakan Empangan Teluk Bahang adalah terdiri daripada pinjaman Kerajaan Negeri 
daripada Kerajaan Persekutuan untuk pembinaan 
Empangan Teluk Bahang dan kerja-kerja berkaitan penyaluran air mentah ke 
empangan tersebut.
Pembinaan Empangan Teluk Bahang melibatkan penggunaan tanah Kerajaan Negeri.
Justeru, bagi memastikan fungsi empangan dapat dilaksanakan dengan efisien, 
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd.
(PBAPP) perlu membayar balik pinjaman berdasarkan kepada perjanjian 
pajakan yang ditandatangani antara Kerajaan Negeri dan PBAPP.
Pada tahun 2010, PBAPP menangguhkan pembayaran pajakan berjumlah RM6.10 
juta kerana ia adalah sebahagian daripada proses migrasi dan 
penstrukturan semula Industri Perkhidmatan Air Negara yang melibatkan 4 
pihak, iaitu Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Pengurusan Aset Air Berhad 
(PAAB), SPAN dan PBAPP.
Berdasarkan kepada perjanjian dan 
persetujuan proses migrasi tersebut, PAAB akan menyelaras baki pinjaman 
Projek Bekalan Air Kerajaan Negeri yang berjumlah RM655.25 juta bersama 
pajakan aset-aset air Negeri yang mempunyai nilai setara.
PBAPP 
akan membuat bayaran balik pinjaman kepada PAAB dalam tempoh 45 tahun, 
sekali gus mengurangkan kos perbelanjaan serta memperbaiki aliran tunai 
PBAPP. Sehingga 31 Mac 2011, kerajaan negeri masih menunggu keputusan 
migrasi ini yang akan diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan.
Pelaburan adalah pegangan ekuiti dalam badan berkanun, saham dalam 
syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dan saham dalam syarikat 
berkaitan kerajaan serta syarikat-syarikat lain.
Ini termasuk 
modal pelaburan melalui Pengurus Dana yang dilantik oleh kerajaan 
negeri. Pada tahun 2010, pelaburan kerajaan kegeri berjumlah RM238.67 
juta berbanding RM237.67 juta pada tahun 2009 iaitu meningkat sejumlah 
RM1 juta atau 0.4 peratus.
Pelaburan ini terdiri daripada RM40.59 juta pelaburan saham melalui pengurus 
portfolio, pelaburan saham Maxis 
Berhad berjumlah RM25.25 juta dan pelaburan ekuiti Kerajaan Negeri dalam PBA 
Holdings Berhad berjumlah RM172.83 juta.
Bagi pelaburan 
melalui pengurus portfolio, nilai pasaran pelaburan adalah berjumlah 
RM44.13 juta iaitu RM3.54 juta atau 8.7 peratus lebih tinggi dari nilai 
kos pelaburan yang berjumlah RM40.59 juta.
Trend pelaburan 
Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2006 hingga 2010 menunjukkan 
peningkatan sejumlah RM7.20 juta atau 3.1 peratus dalam tempoh 5 tahun.


 
Kelantan, Pulau Pinang wajar saling belajar
 
 

Oleh DinsmanBERITA Harakahdaily akhir Oktober melaporkan ucapan  Tok Guru Nik 
Aziz Nik Mat di Pulau Pinang, mengingatkan saya kepada  tulisan kolum ini 
pertengahan 2008 lalu 
mengenai andaian kalau Tok Guru  menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.
 

Sekadar andaian sahaja. Untuk melihat kualiti  kepemimpinan TG Nik 
Aziz apakah hanya sesuai untuk negeri seperti  Kelantan yang penduduknya lebih 
90 peratus beragama Islam, ataupun  sesuai juga untuk negeri yang majoriti 
penduduknya bukan beragama Islam  seperti Pulau Pinang
 


Andaian itu dibuat tentulah terbit daripada keyakinan saya terhadap 
kepemimpinan TG Nik Aziz yang berasaskan pada tuntutan al-Quran dan 
Sunnah; dan bahawa kebijaksanaan al-Quran dan Sunnah itu bukan sahaja 
terbatas kepada umat Islam, tetapi meluas kepada umat manusia 
seluruhnya, termasuk juga bukan Islam.
Berita 
Harakahdaily yang saya maksudkan itu bertajuk “Semuanya selamat apabila 
al- Quran disanjung”, ditulis Mohd Sabri Said, pemberita Harakah Pulau 
Pinang.
Ia melaporkan: Menteri Besar Kelantan, 
Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang 
dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Maipp) memberi perhatian 
terhadap usaha melahirkan para huffaz di kalangan muallaf.
TG Nik Aziz berkata demikian dalam ucaptama majlis pengiktirafan 
Al-Hafiz dan Ijtimak Al-Huffaz Negeri Pulau Pinang, yang turut dihadiri 
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
TG Nik 
Aziz juga dilaporkan berkata: Pulau Pinang boleh dijadikan contoh 
terbaik pelaksanaan program seumpama itu memandangkan golongan muallaf 
yang ramai, sekali gus memberikan semangat untuk mereka mempelajari 
Al-Quran dengan betul, lancar dan tertib.
Paling 
menarik bagi saya ialah apabila Tok Guru menegaskan bahawa Islam 
didatangkan untuk semua kaum, maka al- Quran perlulah dibawa kepada 
pengetahuan masyarakat bukan Islam, selari dengan konsep dakwah 
Rasulullah s.a.w.
TG Nik Aziz juga mengulangi 
pandangan yang selalu dikemukakannya bahawa al-Quran patut diterjemahkan ke 
semua bidang termasuk kenegaraan dan pemerintahan, agar negara 
berada dalam rahmat Allah SWT. Negara akan aman, sejahtera serta berada 
dalam limpah ruah keberkatan yang tiada tolok bandingnya.
“Bila al-Quran disanjung, semuanya selamat. Tiada lagi gejala rasuah 
yang merosakan negara. Kekacauan tidak akan berlaku kerana manusia 
memahami isi kandungannya,” kata TG Nik Aziz.
Kita mengharapkan kehadiran Menteri Besar Kelantan dalam majlis rasmi 
Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu akan merapatkan lagi hubungan antara 
dua ketua pentadbir negeri yang berbeza keturunan dan agama, tetapi 
berkongsi banyak persamaan dalam perjuangan untuk pemerintahan yang 
adil, berkebajikan dan tiada rasuah.
Rasanya 
belum pernah kita mendengar seorang ketua pentadbir bukan Islam seperti 
Lim Guan Eng yang selalu berkata bahawa beliau mencontohi pentadbiran 
Khalifah Umar Abdul Aziz dan bersetuju dengan prinsip amar makruf nahyi 
mungkar yang diajar Islam.
Maka saya rasa tidak 
salahlah kalau dalam perkara tertentu pihak kerajaan Nik Aziz pula 
mencontohi aspek-aspek kebaikan yang terdapat dalam amalan pentadbiran 
pimpinan Lim Guan Eng, yang belum dicapai pentadbiran negeri Kelantan.
Misalnya dalam urusan kewangan, khasnya soal bayaran yang perlu dibuat 
oleh pihak kerajaan negeri kepada pihak kontraktor atau kepada mana-mana jua 
pihak yang perlu dibayarnya. Pengalaman saya sendiri dengan 
Kerajaan Negeri Pulau Pinang sangat mengkagumkan. Bayaran dibuat dalam 
tempoh seminggu sahaja.
Dan apabila saya nyatakan penghargaan kepada seorang pegawai kewangannya, dia 
menyatakan bahawa 
itu memang sudah menjadi amalan biasa mereka, dan pada ketika itu mereka dalam 
proses untuk mempercepatkan lagi bayaran kepada tempoh tiga atau 
empat hari sahaja. Itu pengalaman saya pada bulan September 2009.
Apa pun, bayaran dibuat dalam tempoh satu minggu, itu sudah cukup 
memuaskan. Jauh lebih memuaskan daripada kebiasaan yang saya alami 
dengan pihak (tertentu) pentadbiran di negeri Kelantan. Tanpa menafikan 
ada juga berlaku pembayaran dibuat dalam tempoh kurang seminggu.
Memang saya difahamkan negeri Kelantan mempunyai peraturan dan 
permasalahannya yang tersendiri dalam hal urusan kewangan, yang agak 
berbeza daripada negeri-negeri lain. Namun walaupun begitu saya fikir 
sepatutnya masih ada ruang untuk memperbaikinya.
Urusan kewangan Islam itu bukanlah selesai dan sempurna apabila riba 
berjaya dihapuskan sahaja. Tetapi ada banyak permasalahan lain yang 
perlu diperhatikan. Dalam soal tempoh membuat bayaran kepada pihak yang 
perlu dibayar, misalnya, adalah satu perkara yang sangat penting.
Melambatkan bayaran akan memberi atau menimbulkan banyak implikasi yang kurang 
berkebajikan, malah berkemungkinan akan memudaratkan pihak yang 
menunggu bayaran tersebut.
Alangkah baik dan 
indahnya sistem kewangan Islam itu, kalaulah urusan pembayarannya dapat 
diefisyenkan sepertimana dalam pentadbiran di negeri Pulau Pinang. 
Itu sekadar satu contoh sahaja. Saya fikir tidak ada salahnya kalau 
apa-apa yang baik dibuat oleh salah satu negeri Pakatan Rakyat itu 
dicontohi negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain. Kita saling belajar 
dan saling mencontohi. Sepertimana Lim Guan Eng tidak segan silu 
mengakui dia mencontohi Umar Abdul Aziz!


=======================================================================================



Oleh  Litmohd 

Hari raya ketiga korban pada hari ini iaitu 12 Zulhijjah 1432H bersamaan 8 
November 2011, penulis meronda sekitar bandar bagi mendapatkan sarapan untuk 
anak-anak yang pulang bercuti.
Kedai keempat barulah dapat membeli makanan yang dihajati dek orang yang 
ramai di semua premis sarapam pagi. Lebih sejam masa diambil untuk 
mencari sarapan pagi itu bagi penulis yang mendiami di pusat Bandar ini 
di kira terlalu lama.



Memang budaya orang Melayu jika 
sudah tiga hari kedai bercuti tiada nasi kandar dan roti canai, apabila 
buka sahaja, berpusulah pelanggan di semua premis.
Biarpun makanan berisiko seperti roti canai, orang sanggup menunggunya, 
termasuklah 
penulis. Di Perlis, roti canai telah mencecah RM0.80 sekeping. Di Kuala 
Lumpur sudah tentulah RM1.00 sebagai mengiring kenaikan harga semua 
barang-barang.
Situasi seperti ini, penulis rasa wujud di seluruh negara di ketika cuti 
perayaan. Orang ramai sanggup menunggu dan makan 
dengan selesa. Pastinya ia adalah suatu fenomena yang di kehendaki oleh 
Umno-BN kerana ia menggambarkan Malaysia yang aman damai dan rakyat 
masih mempunyai banyak wang untuk berbelanja.   
Dek budaya 
seronok dan makan orang Melayu, apa sahaja isu yang didedahkan oleh 
media massa tidaklah diendahkan sangat oleh warga penduduk. Isu-isu 
seperti korupsi, ketirisan wang rakyat, gejala sosial dan jenayah,  
kurang diambil peduli atau mereka sudah lali dengan isu-isu sedemikian. 
Perkataan ‘biasalah’ , ‘sama saja siapa perintah’ , ‘kalau hang dok di atas 
pun..’  atau ‘kalau aku pun dalam keadaan macam tu..’  Itulah 
ungkapan-ungkapan yang biasa kita dengar.
Biarpun sebuah akhbar di muka hadapannya memaparkan berita dua bayi baru lahir 
dijumpai terbuang di Nilai dan di Petaling Jaya dengan gambar seorang bayi yang 
dijumpai 
itu masih hidup.
Itulah antara berita pagi yang sempat dilayar 
oleh mata penulis  ketika memerhati secara rambang tajuk-tajuk berita di 
beberapa buah akhbar sementara menanti makanan yang diminta.
Memang benar, berita buang bayi sudah menjadi berita lumrah di Malaysia, dan 
ia sudah  tidak lagi direspon oleh rakyat. Apakah ia merupakan petanda 
bala’ dari Allah sudah ke tahap maksimum!
Di ketika saat yang 
celaru seperti ini juga Umno tetap menolak Hudud sebagai jalan 
penyelesaian ke atas gejolok  umat ini  dengan memberi pelbagai helah.
Bukankah bayi-bayi  yang dibuang itu hasil dari penzinaan yang berleluasa. 
Peliknya biarpun bayi itu dibuang di sungai atau di parit atau 
disembunyikan ia tetap akan dijumpai oleh manusia. Bukankah Allah SWT  
mahu manusia menyaksikan  di hadapan mata kepala mereka sendiri hasil 
perbuatan mungkar yang dilakukan oleh manusia dan hasil kerana tidak 
mahu melaksanakan hukum Allah.
Kita boleh merujuk balik kajian 
yang dibuat badan-badan yang berautoriti, angka-angka yang begitu 
menakut kan bersabit penglibatan remaja di dalam seks bebas, gejala 
porno, anak yang tidak sah taraf termasuklah bayi yang dibuang sehingga 
terwujud pula sekolah remaja mengandung di  Melaka itu yang majoritinya 
adalah orang Melayu Islam.
Rakyat yang sudah lali dengan 
kebobrokkan dan kepincangan sosial di dalam negara baru-baru ini 
dikejutkan pula dengan laporan Audit Negara yang mendedahkan berlakunya 
penyelewengan, pembaziran dan  ketirisan wang rakyat berbiilion ringgit 
serta peningkatan hutang yang serius. Ia  menggambarkan betapa 
kepincangan tadbir urus kewangan oleh kerajaan pusat sudah ditahap 
membimbangkan.
Laporan Audit ini mengesahkan betapa amalan korupsi dan kronism yang sentiasa 
menjadi buah mulut rakyat memang mempunyai 
asasnya. 
Di saat genting seperti ini yang menggambarkan betapa 
isu sosial dan pengurusan di dalam Negara sudah di tahap meruncing Umno 
masih menggunakan hujah akal untuk menolak perlaksanaan dasar Islam 
secara menyeluruh sebagai jalan penyelesaian kehidupan umat. 
Di 
saat PAS sedang menerangkan (berdakwah) kepada rakan-rakan bukan Islam 
samada di dalam Pakatan Rakyat atau di luar tentang kebaikan peraturan 
Islam, Umno memintasnya dengan mengatakan ia belum sesuai dan pelbagai 
lagi hujah akal.
Jelas, Umno sebenarnya menjadi penghalang perlaksanaan sistem Islam, biarpun  
mendakwa mereka parti yang memperjuangkan Islam. 
Biarpun telah berkuasa dan menerajui negara lebih 50 tahun, namun Umno gagal 
memberi gambaran Islam yang sebenar kepada rakan-rakan bukan Islamnya di dalam 
BN sehingga mencetuskan keraguan melampau malah penentangan 
terhadap Islam seperti dilakukan oleh pemimpin rakan Cina mereka, Chua 
Soi Lek.
Umno usah merasa memadai dengan perlaksanaan sistem Islam dari aspek-aspek 
tertentu sahaja seperti zakat, takaful, perbankan 
Islam, haji dan sebagainya kerana dilihat ia boleh menjana keuntungan.
Umno hendaklah yakin bahawa perlaksanaan apa sahaja dasar Islam termasuk 
Hudud tetap akan memberi keuntungan dan kebaikan kepada seluruh manusia 
kerana Islam adalah sistem cara hidup yang diturunkan dari langit oleh 
Allah SWT yang mencipta manusia dan segala isi makhlukNya.
Di saat Umno menuduh PAS menggunakan agama untuk berpolitik, Umno sendiri 
banyak terperangkap oleh agenda-agenda politik yang menjadi darah 
dagingnya. Kes Aziz Bari sudah cukup menjelaskan siapa yang bermain 
politik.
Malah agenda politik Umno terserlah di dalam isu-isu 
penguatkuasaan bersabit agama dan kepentingan rakyat terutama di Selangor dan 
Pulau Pinang yang menjadi target  rampasan kuasa mereka.
Akibat agenda politik keterlaluan dan tidak ‘smart’ Umno juga tewas untuk 
mempolitikkan isu ceramah Mat Sabu biarpun seluruh jentera terutama 
media dikerah 24 jam untuk membenamkan PAS atas anggapan liar PAS sudah 
jadi komunis.
Justeru tidak memadai di saat rakyat dan negara 
sedang berdepan dengan hentaman gejolok, ombak, badai dan gelora yang 
berkesinambungan, tiba-tiba pilihanraya mahu diadakan hanya semata-mata 
terpampang gambar di muka hadapan akhbar pengampunya, Perdana Menteri 
dan isteri sedang bertawaf di Kaabah.
Usahlah kerana politik, 
kouta tambahan untuk jemaah haji dibolot habis, sehingga mengambil hak 
ramai jemaah lain yang sekian lama sabar menanti dan ikhlas untuk 
menunaikan ibadah rukun ke lima itu.
Media massa talibarut dan 
pengampu Umno perlu ingat bahawa akan tiba masanya rakyat yang semakin 
bermaklumat dan cerdik terutama golongan muda  akan menolak secara total cara 
mereka menghidangkan maklumat untuk rakyat.
Apakah Umno-BN 
akan menggunakan apa cara sekalipun  seperti pernah diucapkan oleh 
Perdana Menteri terutama sebagai strategi mereka untuk merampas kembali 
negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat, yang merupakan negeri-negeri yang sangat 
strategik buat negara kita.
Ingat, biarpun di dalam 
keadaan tidak selesa, Umno boleh melakukan apa sahaja hatta secara tidak 
demokratik dan membelakangkan perlembagaan seperti mana pernah mereka 
lalukan di dalam drama ‘coup de tat’  Negeri Perak dari Pakatan Rakyat 
tempoh hari.

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke