Ni khas buat lelaki yg sedang or ingin mcari wanita yg bakal menjadi suri di 
hati mereka.
Info mengenai cara berjalan dan personaliti seseorang wanita mungkin
boleh membantu serba sedikit dlm pcarian anda itu...jom baca!!!

Berginjat

Jika dari belakang kelihatan seperti berginjat, wanita yang berjalan
seperti ini dipercayai tidak jujur. Ketika berbual, perkataan yang
sering keluar dari mulutnya cenderung menyinggung perasaan orang lain.

Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap ego. Namun
jangan risau, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai
lelaki kerana memiliki wajah yang menarik.

Menoleh ke kiri dan ke kanan

Wanita yang berjalan sambil menoleh ke kiri dan ke kanan biasanya
pandai menyimpan rahsia. Walaupun wanita seperti ini dianggap tidak
jujur dan sombong tetapi ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hati
mereka. Wanita seperti ini kononnya senang diatur dan diuruskan.

Menunduk

Wanita yang suka berjalan tunduk atau memandang ke bawah disifatkan
memiliki sifat yang tertutup. Mereka hanya akan berbual dengan orang
yang rapat dan mereka yang dipercayai sahaja.

Wanita seperti ini biasanya sukar ditakluk hatinya. Di samping sikapnya
yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta.
Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati mereka, dijamin akan
mendapat kebahagiaan. Sebabnya, wanita jenis ini sangat setia dan tidak
akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

Kepala menegak

Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya
memiliki pendirian yang teguh dan bukan mudah hendak menggoncangkan
imannya. Jangan sekali-kali menentang apa yang pernah dikatanya, jika
anda tidak mahu pergaduhan kecil tercetus. Jangan hairan jika wanita
seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas
sahaja.

Badan bergoyang

Jika wanita berjalan dengan pergerakan badannya ke kiri dan ke kanan,
tandanya wanita itu tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa
pun masalah yang ada dihadapannya, ia akan dianggap kecil. Padahal
masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan.
Sifatnya yang suka ambil mudah menyebabkan banyak persoalan tidak dapat
diselesaikan dan akibatnya merugikan diri sendiri.

Badan menegak

Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya
sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampuri oleh orang lain.
Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian
teguh. Yang menariknya, wanita ini bertanggungjawab terhadap apa yang
dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa memiliki
sifat-sifat yang manja.

Seperti zirafah

Jika berjalan seperti zirafah, maksudnya, ketika melangkahkan kaki,
badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini
memiliki perasaan sensitif. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah
tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah
menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah
mengalirkan air mata.

*juz untuk hiburan jea...hehehe 
 http://zailina88.blogspot.com



      

Kirim email ke