ASAL USUL SOLAT 
                                                                                
  Klik sini untuk tujuan pengetahuan dan ilmu:
 
http://www.kuasaforex.com/index.php?ref=amryalong
                                                        |
                              |
                                                                         
| *SUBUH:                                                                  |
| Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s.,    |
| iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara  |
| pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang    |
| amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun         |
| bersembahyang dua rakaat.                                                |
|                                                                          |
|                                                                          |
| Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam. |
| Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.            |
|                                                                          |
| ZOHOR:                                                                   |
| Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., |
| iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih  |
| anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu          |
| tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.           |
|                                                                          |
|                                                                          |
| Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.                               |
| Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.  |
| Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.             |
| Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan    |
| kibas.                                                                   |
|                                                                          |
| ASAR:                                                                    |
| Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,    |
| tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun     |
| telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk|
| waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat |
| kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu: |
|                                                                          |
|                                                                          |
| Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.                                 |
| Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.                                    |
| Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.                                      |
| Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.                            |
|                                                                          |
| MAGHRIB:                                                                 |
| Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,   |
| tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan      |
| kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi  |
| Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan    |
| tersebut, iaitu:                                                         |
|                                                                          |
|                                                                          |
| Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang    |
| Maha Esa.                                                                |
| Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya  |
| Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.              |
| Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu     |
| iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.                                    |
|                                                                          |
| ISYAK:                                                                   |
| Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada|
| ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri     |
| Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu  |
| menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.|
|                                                                          |
|                                                                          |
| Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.       |
|                                                                          |
|                                                                          |
| Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.                            |
| Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.                  |
| Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.                                |
| Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.                          |
|                                                                          |
| -KU SAMPAI KAN WALAU                                                     |
| SEBARIS AYAT     
 
Klik sini untuk tujuan pengetahuan dan ilmu:
 
http://www.kuasaforex.com/index.php?ref=amryalong
                                                        |


      
____________________________________________________________________________________
Get easy, one-click access to your favorites. 
Make Yahoo! your homepage.
http://www.yahoo.com/r/hs 

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke