"amir jamal" [EMAIL PROTECTED]
Tindakan Maybank gantung pekerja didakwa cetuskan masalah lebih besar
Mohd Sabri Said
Wed | Nov 28, 07 | 3:25:43 pm MYT
PULAU PINANG, 28 November (Hrkh) - Pengantungan 34 orang pekerja Maybank
Cawangan Utama di Lebuh Union, Georgetown baru-baru ini menambahkan lagi barah
yang menular dalam institusi kewangan negara ini.
Walaupun ia dilihat sebagai ugutan kepada kakitangan di cawangan lain
atau bank yang bernaung di bawah NUBE yang berpiket secara aman di Menara
Maybank, Kuala Lumpur pada 3 November lalu namun tindakan itu masih dianggap
tidak munasabah dan pelik.
Seramai 34 orang pekerja di situ tidak semena-mena mendapat surat
pengantungan kerja pada 23 November lepas atas alasan pergi ke klinik kerana
berniat melakukan 'mogok'.
Alasan itu bagi pekerja tidak releven kerana mereka ke klinik bukan
sengaja sebaliknya disahkan oleh doktor lagipun kembali semula bekerja seperti
biasa.
Selepas tarikh tersebut pekerja dilarang ke pejabat walaupun hendak
mengambil barangan peribadi yang masih tertinggal dan pengambilan pekerja baru
dilakukan dalam tempuh tiga minggu sahaja.
Langkah itu merencatkan operasi Maybank Cawangan Utama secara amnya
kerana semua pekerja baru masih tidak mahir tambahan lagi sikap pengurus di
situ seolah-olah mengamalkan perkauman apabila mengambil ramai pekerja
berbangsa Cina berbanding dahulu, Melayu seramai 26 orang, Cina (5 orang) dan
India (3 orang).
Sebelum ini tindakan pengantungan juga berlaku terhadap 11 orang pekerja
Maybank Cawangan Serdang, Selangor dan Kuala Lumpur.
Semasa sidang akhbar di rumah union, Georgetown hari Ahad lalu pekerja
menuntut tiga perkara iaitu kenaikan gaji 30 peratus, kedua memohon diwujudkan
kola dan ketiga meminta Maybank mengekalkan dua bulan bonus dihujung tahun.
Sidang akhbar itu dihadiri oleh Pengerusi NUBE, Solomon, Presiden MTUC,
Syed Shahir Syed Mohamad serta beberapa orang kepimpinan DAP Pulau Pinang.
Seorang pekerja yang enggan dikenali berkata, Maybank Cawangan Lebuh
Union tidak sepatutnya bertindak tanpa alasan yang munasabah sebaliknya lebih
profesional.
Pihak pengurusan di situ seolah sengaja melakukan tindakan drastik untuk
membuang pekerja yang dianggap 'orang kuat union' sebagai menakutkan rakan lain
daripada terus menaikan semangat kalangan pekerja bagi menuntut tiga perkara
tersebut.
Walhal Maybank mencatatkan keuntungan suku tahun pertama sebanyak RM1.06
billion serta sanggup menjadi penaja utama Pertandingan Golf Terbuka Malaysia
dengan hadiah bernilai RM9 juta malahan turut menjadi penaja makanan seekor
harimau di Zoo Negara ekoran kepala harimau adalah lambang kemegahan institusi
kewangan itu. - mr
--
Amir JAmal
Sunway Kuala Lumpur
[Non-text portions of this message have been removed]