Askar AS makin sengsara di Iraq 104 anggota tentera maut sepanjang April
BAGHDAD: Angka kematian tentera Amerika Syarikat di Iraq mencecah 104 orang sepanjang bulan April berikutan kematian lima lagi askar penceroboh itu, dalam tempoh 48 jam lalu. Ini menjadikan April sebagai antara bulan maut tentera penceroboh Iraq itu sejak mula menjejakkan kaki pada Mac, 2003. Pemimpin kanan Syiah Iraq, Muqtada al-Sadr pula mengambil langkah baru kempen anti-Amerika apabila menggesa pelukis dan artis negaranya melukis mesej anti-penjajah di tembok keselamatan yang dibina askar asing itu di Baghdad. Berita Penuh : http://www.maynetwork.net/ [Non-text portions of this message have been removed]
