--- In [EMAIL PROTECTED], Naja <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Salam sejahtera buat semua,
Baru² ini ada cadangan patut dicuba kaedah man to man marking
sebagai salah satu cara untuk mengawal bekas penagih dari
relapse(menagih semula) dan ini satu cadangan yang agak baik walaupun
implemantasi mungkin sukar.
Cadangan ini dikatakan baik kerana ini pun salah satu kaedah yang
berkesan bagi mengelakan relapse dan ada dari kalangan exda (ex drug
addict) sesuai menggunakan kaedah ini sebagai kubu untuk dirinya dari
relapse.Sebagai yang telah dibincangkan tidak ada satu kaedah pun yang
sesuai untuk semua maka man to man marking ini boleh kita katakan
salah satu dari kaedah pilihan.
Yang dikatakan sukar untuk dilaksanakan pula ialah persediaan diri
dari segi fizikal,mental,saikologi,masa,material dan informasi oleh
marker untuk mengawasi exda kerana jika tidak ada persediaan ini maka
berkemungkinan marking akan berlaku separuh jalan sahaja.Ini kerana DA
dan EXDA adalah golongan yang kreatif dan manupilatif.Dalam penggunaan
kaedah ini pula rasanya famili terdekat sahaja yang boleh melakukan
dengan ikhlas , berkesan dan diterima oleh exda.
Walau bagaimana pun sebagai kepimpinan tinggi PENDAMAI Kedah saya
telah cuba gunakan kaedah ini di Sik Kedah dengan
mengadakan program anak angkat.Ahli JKPD (Jawatankuasa Pemulihan
Dadah Daerah) diberikan exda sebagai anak angkat dan diharap ahli JKPD
akan memantau exda ini dan juga memberi sokongan moral dan membuka
jalan untuk exda bergiat dalam apa juga kegiatan sosial dan ekonomi
supaya mereka dapat kembali kealam kehidupan arus perdana dan terasa
masyarakat masih memberikan peluang pada mereka.
PENDAMAI serta AADK Sik akan membuat pemantauan dengan mengadakan
indikator keberkesanan dan jika ia positif maka kita akan perluaskan
keseluruh negeri Kedah.Sebagai projek perintis maka terlalu awal untuk
kita dapat keputusan gagal atau berjaya program ini.Cuma yang menjadi
kesukaran pada hari ini ialah kerana PENDAMAI peringkat daerah tidak
punya dana untuk buat kajian serta pemantauan secara serius.
Kalau kita punyai dana yang mencukupi maka kita boleh adakan bengkel
dan ceramah untuk memberi maklumat perlu bagi persediaan untuk menjadi
marker.Bolehlah kita dedahkan kekuatan dan kelemahan exda dan da
supaya marker boleh menjadi kreatif dan menipulatif untuk
memperseimbangkan kaedaan bagi menghadapi mereka ini.
Bagi akhir bicara saya cadangkan kepada sesiapa sahaja yang tertarik
untuk mengkaji,mencuba atau apa juga bagi tujuan pengajian atau kajian
cari dana dan kami akan sediakan kes kes untuk buat kajian atau apa
juga bantuan yang perlu dan terdaya kami lakukan .
Sekian dengan harapan kita dapat menjadi smart partner diantara
pengkaji dan yang hendak dikaji,pencuba dan yang hendak dicuba.Kami
tidak punya dana tetapi kami boleh sediakan bahan (da,exda)dan
persekitaran dan juga bahan lain yang tidak guna wang untuk sesiapa
sahaja yang terpanggil bagi mencari kaedah mematlamatkan MALAYSIA
BEBAS DADAH 2015.
Ingatlah kalau ada satu penagih dalam rumah ia boleh purakperandakan
rumahtangga
Kalau ada 10 penagih dalam kampung ia boleh haruharakan kampung.
Kalau ada sejuta penagih dalam negara tak mustahil satu masa nanti
bangsaku akan jadi hamba dinegara sendiri......
---------------------------------
Sick sense of humor? Visit Yahoo! TV's Comedy with an Edge to see
what's on, when.
--- End forwarded message ---