Semasa waktu makan tengah hari tadi teman sempat menjenguk sebentar laman harakahdaily untuk melihat andainya terdapat propaganda terkini yang diterbitkan. Benar seperti apa yang dirasakan oleh naluri ini, sebaik sahaja laman web itu dibuka maka terpangpanglah seribu dusta dan penghinaan.
Di dalam banyak-banyak dusta dan penghinaan yang dilembarkan itu, hati teman tercuit untuk membaca sebuah artikel di bawah tajuk `Isu hina YDP Agong Raja Petra masih disiasat di Balai Dang Wangi' Setelah membaca, meneliti dan mengkaji artikel tersebut seperti biasa timbullah seribu persoalan dan kemusykilan yang perlu di perjelaskan dan di bahaskan bagi mengelakkan pembaca terus terkeliru antara kebenaran dan fitnah; antara berita dan hikayat dan antara realiti dan fantasi. Apa yang menjadi kemusykilan yang teramat sangat di hati ini ialah, mengapakah beliau tergamak untuk terus menjadi seorang pembohong dan berterusan membohongi pembaca dan penyokong beliau dengan hikayat propaganda seperti ini. Di dalam atikel tersebut, Raja Petra atau Raja Mat Jenin (RMJ) gelaran yang diberikan oleh rakan seperjuangan teman, ada mengatakan semua perbuatan buruk yang dilakukan oleh beliau sebenarnya di dalangi oleh para pengikut YB Datuk Seri Azalina Othman Said. "... kebanyakan komen-komen yang diterbitkan di dalam blog tersebut di lakukan oleh pasukan yang di pilih Azalina Othman Said, yang menyamar dengan pelbagai identiti. Ada di kalangan mereka, sengaja menghantar komen yang berbaur hasutan dan perkauman bagi menghangatkan ruangan forum bagi mendapatkan respon daripada pembaca. "Saya tahu perkara ini. Dan ia disahkan oleh 'orang kita' yang berada di Pejabat Umno. Ada ketikanya, sehingga 4000 atau 5000 komen dimasukkan sehari. Saya akan 'delete' dan menyekat kemasukan komen tersebut, setakat yang saya mampu," tohmah beliau. Sungguh hairan bin ajaib apabila kenyataan seumpama ini datang dari Editor Malaysia-Today yang kononnya di gelar sebagai `penulis agung' oleh penyokong dan pembaca laman propaganda beliau. Untuk pengetahuan saudara seperjuangan sekalian, apa yang ditohmahkan itu langsung tidak mempunyai asasnya, kerana sejak kebelakangan ini teman sendiri telah bertindak sebagai pemantau secara sukarela bagi menjawab fitnah dan propaganda ini. Apa yang dapat teman simpulkan ialah, komen-komen berbaur hasutan dan perkauman seperti yang di dakwa, sebenarnya dilakukan oleh pengikut dan penyokong beliau sendiri. Ini kerana sekiranya kita melihat ruangan komen yang diberikan rata-rata mereka yang melakukan perkara ini terdiri daripada mereka yang telah lama mendaftar sebagai ahli. Mereka ini terdiri dari kalangan mereka yang menyokong dan mendokong perjuangan jahat RMJ sejak dahulu lagi. Berikut adalah komen yang teman petik di dalam laman propaganda ini untuk menyokong hujah yang di berikan. "Now you know why the Malays call the Rulers Raja-Raja Melayu and why the Malays will not abolish the Monarchy and turn this country into a Republic. So eat your heart out DAP, PKR, MCA, MIC, Gerakan, PPP, and all those other `non-Malay' political parties. You can either work against the Malays (meaning Umno) like the DAP/PKR or work with the Malays like the component members of Barisan Nasional. But you can NEVER take away Malay political dominance either through fair or foul means. That is what the Federal Constitution of Malaysia is all about so better just accept it." Di komen oleh hansolo pada 8 Julai pukul 8.30 malam. "Sokongan penuh kepada RPK. The umno fellas cant sit straight and having nightmares with all the "bites" from MT. But this "muhamad tahi" is not RPK target right?But if he is , mohamad tahi better keeps quiet as more salvos from RPK will shows mohamad to the hells gate sooner than expected. The umno is getting very uneasy these days.This the best time for all bn supporters to rethink and to abandon the ship named as "SS BN "" Di komen oleh johanssm pada 24 Julai pukul 10.55 malam. Sekiranya ada yang mengikuti perkembangan laman propaganda ini, pasti mampu membuat kesimpulan yang sama kerana sejak dahulu beliau dan para penyokongnya yang begitu gemar dan taksub untuk mengulas, memfitnah dan menghasut khalayak mereka. Seperkara lagi, bukankah kebanyakan IP mereka yang tidak menyokong `taktik kotor' RMJ ini telah di blok? Oleh itu mengapa pula harus timbul kononnya propaganda ini dijalankan oleh Azalina dan kuncu-kuncunya? Di dalam perenggan lain beliau juga ada mengatakan telah `mendelete' komen yang berbaur hasutan dan perkauman maka bukankah kenyataan beliau ini secara tidak langsung dengan sendirinya telah menjawab bagi isu yang beliau sendiri bangkitkan. Sila klik di sini <http://www.kpmu.net/> untuk cerita selanjutnya [Non-text portions of this message have been removed]
